JALA IKAN merupakan sejenis alat untuk menangkap ikan tradisional yang masih lagi digunakan sehingga sekarang dikawasan kampung terutama didalam menangkap ikan darat atau ikan air tawar. Jala adalah peralatan menangkap ikan tradisional yang masih digunakan oleh nelayan walaupun terdapat alat-alat yang lebih canggih. Jala merupakan warisan budaya Malaysia, dan penghasilannya masih diteruskan sehingga ke hari ini untuk kegunaan para nelayan. Aktiviti menjala Ikan merupakan satu kaedah nelayan sungai untuk menangkap ikan, udang dan pelbagai hidupan sungai untuk sara diri, hobi dan agak jarang ianya digunakan untuk tangkapan ikan secara komersial (Sila lihat foto diatas). Penulis yang mempunyai beberapa keping jala telah lama tidak melakukan aktiviti menjala seperti beberapa belas tahun dulu. Kemahiran untuk seseorang menebar jala memerlukan skill khusus dan latihan kerana ia mempunyai teknik dan juga kesenian tersendiri. Jala dalam bahasa mudah merupakan sejenis peralatan menangkap ikan tradisional walaupun kini telah terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan masa kini. Pembuatan jala ikan ini masih dibuat oleh mereka yang handal membuat jala sehingga ke hari ini. Selalunya penduduk kampung yang mempunyai kepandaian membuat jala terutama dikawasan pendalaman biasanya menghasilkannya untuk dijual sebagai hasil kraftangan ataupun untuk kegunaan sendiri.Jala asli akan diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nylon yang agak kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan alat dinamakan 'cuban'. Dikeliling bahagian bawah jala perlu diletakkan cincin pemberat logam (sama ada dari besi atau timah) yang berfungsi sebagai pemberat untuk menurunkan jala kedasar air sungai atau kolam. Jala memang ia merupakan satu alatan memangkap ikan terutama ikan darat yang masih relevan digunakan sehingga kini. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai alat menangkap ikan iaitu JALA untuk bacaan semua pembaca blog ini.
Jala mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan jenis bahan digunakan bergantung kepada kegunaan dan juga kesesuaian. Jenis jala komersil yang dijual dikedai kaki pancing lazimnya mempunyai saiz standard dan bahan benang yang sama. Selalunya saiz "jala" mengikut kesesuaian kegunaan individu dan juga lokasi untuk menjala. Saiz jala akan ditentukan mengikut berapa panjangnya iaitu panjang 7, panjang 9 dan ada yang paling panjang adalah panjang 12 mengikut kiraan kaki. Panjang jala ini perlu disesuaikan dengan kedalaman air dan juga jenis ikan atau udang yang hendak dijala. Lazimnya jala untuk menangkap ikan mempunyai jenis mata besar sementara jala untuk udang adalah bermata halus (Sila lihat foto disebelah). Jala yang baik lazimnya diperbuat daripada benang yang kasar dan disirat dengan alat yang dinamakan "cuban" dan peregang yang selalu diperbuat daripada buluh. Sebuah jala selalunya mengambil masa sebulan atau dua bulan untuk sesiapa yang ingin menyiapkannya iaitu mengikut saiz dan yang panjang memerlukan masa yang lebih lagi. Kepakaran bagi seorang yang membuat jala sangat bergantung kepada kecekapannya menganyam benang yang digunakan. Dari segi komponen lazimnya jala boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Komponen Tali, Pucuk, Badan, Batu Pemberat (samada batu timah atau batu besi) dan "Kandit Jala". Bahagian kandit jala inilah bahagian paling bawah yang berfungsi sebagai tempat ikan akan terperangkap semasa jala ditarik keatas permukaan air perlahan2 setelah pemberatnya bercantum. Pemberat berbentuk cincin ini perlu diikat kuat dengan kandit jala kerana sebarang kelucutan pada pemberat membolehkan ikan tangkapan terlepas. Jala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil, diperbuat daripada benang kapas yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atau tiga lengan panjangnya, manakala bagi panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas panjangnya. Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar dengan lebih luas.
Teknik menebar jala ikan atau jala udang amat menitik beratkan pada jenis jala, kawasan yang dijala, jenis ikan atau udang dan juga tempat berdiri sebelum menebar jala. Lazimnya tempat untuk berdiri menebar jala adalah stabil, kukuh dan tidak licin (Sila lihat foto disebelah). Teknik menjala daripada atas perahu pula memerlukan kepakaran khusus dan sampan perlu dilabohkan (anchored) dahulu. Dalam pada itu pemerhatian penulis bagi nelayan sungai yang mana mata pencarianya menjala ikan memadai dengan seorang diri mengendalikannya. Bagaimana pun sesetengah nelayan sungai melibatkan satu kumpulan nelayan iaitu terdiri daripada pendayung, seorang pengemudi dan seorang lagi penebar jala yang berdiri dihujung sampan dan akan melakukan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan menebar jala. Selalunya bila sampai pada satu kawasan yang dianggap sesuai untuk menebar jala maka jala pun ditebar dan tunggu sehingga ia mula tenggelam sehingga kedasar. Jala akan ditarik perlahan-lahan ke permukaan dan ikan-ikan atau udang akan dikeluarkan dari jaring-jaring halus tersebut dan dimasukkan kedalam raga buluh. Lazimnya kerja menebar jala tidak habis disitu sahaja tetapi nelayan sungai beredar kelokasi baru dan menebar jala semula. Selalunya kawasan menjala perlu dijarakkan mengikut keadaan sungai, jumlah ikan ditangkap dan juga kesesuaian dari selelu tersangkut didasar air. Terdapat beberapa teknik menebar atau menarik jala. Salah satu caranya ialah jala tersebut pada mulanya akan ditarik dibahagian tali yang kendur, kemudian tali tadi akan digelung dengan tangan kanan dimana selepas itu jala itu akan ditarik hingga cincin besi pada jala tersebut terangakat dari perahu sampai ke paras lutut penjala.
Kemudian dengan tangan kirinya maka nelayan akan mengambil jala itu dan disandangnya pada bahu dan lengan kanannya manakala yang selebihnya diraih dengan tangan kiri. Nelayan kemudian akan terus menghayun badannya ke belakang kemudian ke depan dengan gerak hantaran yang kuat diman dengan gerakan lengan dan bahu dan belakangnya jala akan ditebar keatas air. Cara betul membolehkan jala ditebar itu akan berkembang dengan cantiknya seperti sarang labah-labah yang besar bentuknya. Bahagian tepi jala tersebut tenggelam dengan serta-merta disebabkan oleh pemberat cincin itu menarik jaring jala tersebut kedarar air. Penulis dapati selalunya penduduk kampung yang tinggal berhampiran pesisiran pantai, sungai dan sawah padi akan menjalankan aktiviti menjala ikan atau udang di waktu lapang iaitu setelah selesai melakukan kerja utama seperti bersawah, menoreh getah, berkebun dan sebagainya. Kegiatan menjala ini sering dilakukan untuk menangkap ikan bagi keperluan seharian keluarga dan jika terdapat lebihan dijual kepada jiran atau sahabat handai serta dijadikan ikan pekasam. Ikan darat amat enak dimasak pelbagai jenis resepi terutama ikan segar hasl menjala dilakukan.
Menarik kisah dalam portal hmetro.com bertajuk 'Hasil tangan orang lama dalam hasilkan jala tradisional' wajar kisah ini dikongsikan. Kisah dari Kuala Terengganu laporkan ada seorang warga emas mengambil masa hampir dua bulan untuk menyiapkan sebidang jala hasil kerja tangan yang dilakukan sejak 50 tahun lalu. Bagi Musa Mohd (80) dari Kampung Chendering nytakan dimana kalau sebelum menjadikan pekerjaan membuat jala sepenuh masa dimana dia terlebih dahulu bekerja sebagai nelayan. Kemudian dia mengambil keputusan tidak lagi ke laut sejak 50 tahun lalu, malah menjadikan kerja menyirat jala sebagai pekerjaan hakikinya sehingga kini. Sebidang jala yang dihasilkan secara tradisional dijual dengan harga RM320 hingga RM350 bergantung kepada mata jala yang dihasilkan. Apa pun biasanya dia menyirat jala sepanjang 3.5 meter dengan mengambil masa selama sebulan setengah hingga dua bulan untuk disiapkan. Setiap satu bidang jala memerlukan tujuh tongkol tali tangsi dan bahan utama itu dibeli di daerah Dungun, kerana hanya kedai tertentu saja mempunyai tali tangsi yang berkualiti. Mata jala bersaiz kira-kira lima sentimeter saja yang saya hasilkan dan ketahanan pula bergantung kepada pemakaian individu yang datang menempahnya. Sekiranya jala diguna secara lasak ia mampu bertahan dua hingga tiga tahun namun jika digunakan secara berkala jala berkenaan boleh bertahan hingga puluhan tahun. Apa pun teknik simpanan jala juga perlu betul iaitu perlu disimpan secara lurus bagi menjamin ketahanannya untuk jangka masa panjang. Selalunya jala yang berada di pasaran merupakan jala buatan kilang namun bagi penggemar aktiviti menjala biasanya tidak menggunakan jala seumpama itu kerana ketahanannya berbeza. Sesiapa yang hobinya menjala biasanya akan menempah jala untuk kegunaan mereka kerana ketahanan dan kepuasan ketika melakukan aktiviti menjala ikan. Setiap sebidang jala yang saya hasilkan mempunyai 550 mata dan ia tidak boleh kurang atau lebih bagi menjamin kesempurnaan jala yang dihasilkan. Dari pangkal ke hujungnya ada pengiraan mata jala yang dihasilkan selain ikatan yang digunakan juga tidak sama dengan jala buatan kilang. Ikatan yang digunakan biasanya fleksibel kerana apabila ikan tersangkut pada jala dan mata jala menjadi senget namun ia dapat diperbetulkan kembali seperti asal. Apa pun selalunya ikatan setiap mata jala juga amat penting dalam penghasilan sesebuah jala yang berkualiti. Menyirat jala bukan satu kerja yang mudah dan mengambil masa lama untuk disiapkan namun permintaan terhadap jala buatan tangan masih tinggi terutama bagi yang memiliki hobi menjala. Faktor usia tidak menghalang saya untuk terus menyirat jala selagi permintaannya ada walaupun usia semakin lanjut namun kemahiran yang ada tetap saya manfaatkan. Semuga tulisan ini memberi maklumat berguna kepada pembaca blog anim agro semua. Wasallam!.
MENJALA IKAN... ADA CARANYA...
JALA DITEBAR...TEPAT SASARNYA...
DITARIK PERLAHAN...IKUT GAYA...
IKAN DIKUMPUL... MAKAN BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Kg Padang, Kuantan,
JALA DITEBAR...TEPAT SASARNYA...
DITARIK PERLAHAN...IKUT GAYA...
IKAN DIKUMPUL... MAKAN BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Kg Padang, Kuantan,
Pahang,
Malaysia.
(26 RabiulAkhir 1437H)
Malaysia.
(26 RabiulAkhir 1437H)
DIkemaskini pada 16 RabiulAkhir 1447H.

































