Support My Blog

Wednesday, April 30, 2025

SEMBANG LEMPENG KELAPA

LEMPENG KELAPA
atau PEK NGA atau dikenali sebagai Lempeng Nyiur merupakan sejenis makanan ringan (snek) oleh orang Melayu yang popular dan mudah disediakan serta enak di makan. Penulis blog suka makanan ini yang dimakan selalunya untuk sarapan pagi. Makanan ini adalah seperti lempeng tepung biasa (pancake) tetapi ia digaulkan adunan tepungnya bersama isi kelapa parut. Lempeng kelapa banyak dijadikan hidangan sarapan oleh orang Melayu Pantai Timur, terutamanya di Terengganu dan di Kelantan tetapi kini sudah dimakan di seluruh Malaysia. Hidangan ini juga sesuai untuk dimakan untuk waktu minum petang dan minum malam dan paling sering ia dimakan bersama kopi panas. Merujuk kepada sejarah dimana tiada sejarah yang jelas bagi masakan ini cuma ia diasakan oleh penduduk desa sahaja. Bagi penulis blog dimaa lempeng kelapa ini adalah satu jenis lagi lempeng dengan modifikasi yang menggunakan bahan-bahan asas tempatan iaitu isi kelapa yang banyak terdapat terutama kalangan masyarakat yang berada di pantai Semenanjung. Cara membuatnya mudah dimana adunan tepung untuk lempeng (tepung, air dan garam) digaul bersama isi kelapa parut. Bagi penulis blog dimana adalah lebih molek kalau diambil isi kelapa yang agak muda. Adunan boleh dimasak dengan menggunakan kuali biasa atau kuali leper atau kuali tidak melekat. Lempeng kelapa ini sesuai dimasak sehingga agak garing di kedua-dua belah mukanya. Biasanya lempeng kelapa dihidangkan dengan sambal tumis atau kari kering. Namun begitu pada penulis blog suka kalau lempeng ini ia dimakan begitu sahaja tanpa ada cicahan apa-apa pun sebab rasa lemak. Memang enak dimakan bersama dengan kopi panas dan pada masa sekarang kuliner lempeng kelapa ini boleh didapati dengan agak mudah di restoran orang Melayu tertentu untuk sarapan pagi di seluruh Semenanjung. Apa pun lempeng kelapa atau turut dikenali dengan nama 'Pek Nga' ini bagi kalangan orang utara sememangnya hidangan klasik yang enak untuk menu minum petang. Menu ini selain dari ia mudah dan cepat untuk disediakan dimana makan dengan macam itu sahaja atau di cicah dengan kuah pun sedap. Bagi penulis blog asas bahan di gunakan adalah resepi mudah iaitu disediakan 1 cawan tepung gandum, 2 cawan kelapa parut, ¼ cawan santan, ½ sudu kecil garam dan 1 cawan air kelapa. Ia di gaul sebati dan di goreng atas kuali. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Techology" saya sembang dengan menulis mengenai lempeng kelapa untuk dijadikan bahan bacaan bagi pembaca blog semua.


Menarik disembangkan akan asas bagi hidangan Lempeng Kelapa atau Pek Nga ini paling tradisional. 
Apa pun asas membuat lempeng ini perlukan 2 cawan tepung gandum, 1 cawan kelapa putih, 1/2 sudu teh garam halus, 1 sudu teh gula, 1 telur, 2 cawan air suam dan juga sedikit minyak masak. Cara membuatnya juga bergantung kepada masak dengan dapur tradisional zaman dulu (guna kayu api - ada aroma khas) atau masak gunakan gas masak. Mula-mula didalam bekas boleh dicampurkan tepung, kelapa, garam dan gula. Kemudian adunan ini digaul rata dan boleh dipecahkan telur serta ditambahkan air suam sambil dikacau hingga sebati. Kadar guna air boleh disesuaikan dimana jika suka adunan pekat kurangkan air dan jika suka adunan yang cair boleh tambah air. Dalam masa sama boleh di panaskan 1 sudu minyak daam kuali dan boleh di tuangkan adunan sesenduk membuat lempeng.Apabila sudah masak bawahnya maka boleh diterbalikkan lempeng dan boleh ditekan sedikit dengan belakang sudip supaya lempeng leper nipis. Balik-balikkan beberapa kali agar ia masak dengan ekata atau ia garing kedua belah. Apa pun bagi penulis blog paling best adalah dimakan atau di hidang semasa ia mash suam anas dan dicicah dengan sambal tumis atau cicah kuah kari atau kuah asam pedas. Paling best jika ada hidangan Kopi-O atau minuman kopi (ada susu pekat). Bagi membuat kopi-O diperlukan 1 sudu makan serbuk kopi, 2 sudu gula dan 1 mug air panas mendidih. Cara membuatnya dengan didalam bekas teko beoleh dimasukkan gula dan serbuk kopi kemudian digaul rata. Tuangkan air panas yang baru mendidih dan di tutup bekas sekejap biar terseduh lebih kurang 5 minit. Kacau hingga gula larut dan boleh ditapiskan. Petua mudah dimana kadar sukatan ini untuk 1 mug besar atau bersamaan 2 cawan kecil sesuai untuk resepi diatas. 


Kisah bagaimana '
Lempeng kelapa nostalgia' dalam hmetro.com berkaitan dengan tajuk disembangkan. Lempeng kelapa ialah sajian biasa dinikmati untuk sarapan atau bersama minuman petang. Tekstur lempeng lembut yang mengandungi kelapa parut enak dicicah bersama sambal tumis ikan bilis atau susu pekat. Biarpun dilihat sebagai hidangan popular di kampung, ia sukar ditemui di restoran biasa. Namun, peminatnya boleh menjengah Warong Kampung Sungai Pinang di Klang, Selangor yang diusahakan Roni Nurizwan dan pasangannya, Mazlin Diana Mohd Mokhtar bagi menikmatinya. Menurut Roni, lempeng kepala adalah antara juadah paling digemari pelanggannya selain pilihan roti lain seperti roti tisu dan roti canai sebagai sajian minum petang. Mereka ada pelanggan tetap yang menikmati lempeng kelapa setiap petang. Pada hujung minggu pula ada pelanggan yang datang dari luar Klang atau Selangor semata-mata untuk menikmati lempeng kelapa. Ia sesuai dengan nama restorannya iaitu 'Warong Kampung Sungai Pinang' dimana hidangan lempeng kelapa antara menu utama yang kami tawarkan mampu mengubati kerinduan terhadap hidangan kampung berkenaan. Restorannya yang mula beroperasi jam 3 petang hingga 3 pagi, menawarkan konsep restoran ala medan selera dan kepelbagaian pilihan ditawarkan mampu memenuhi selera pengunjung seisi keluarga. Restorannya boleh dikatakan mesra pengunjung khususnya yang datang berkeluarga. Lihat saja senarai menu kami ada hampir 100 pilihan baik hidangan panas seperti ‘kuetiau seafood’, bihun kungfu special hinggalah makanan Barat seperti ‘chicken chop’ yang dibekalkan oleh bekas juruhebah Hot Fm, Keiran. Dari segi harga untuk setiap hidangan boleh dikatakan alah dengan kualiti dan saiz hidangan kami tawarkan. Kami sentiasa memperbaharui menu agar dapat memenuhi selera dan ‘trend’ pengunjung. Mereka sentiasa kreatif dengan pilihan menu di restorannya. Dia mengakui, mereka berdua sering berkunjung ke restoran lain bagi mendapat ilham menu terbaru sesuai dengan selera pelanggan. Mengenai menu restoran ini, ada sebahagian yang kami tetapkan dan ada juga menu bermusim yang mana ditawarkan kerana ‘viral’. Pendek kata hidangan kami berubah dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kuetiau seafood antara terbaru apabila menampilkan sotong sebagai tarikan serta tidak lupa minuman dan sajian pencuci mulut seperti teh tarik buih dan jagung. Untuk penggemar pencuci mulut, saya sarankan mereka mencuba cendol mangga selain pelbagai pilihan ais kisar. Restoran mereka secara asasnya menekankan konsep relaks, lepak dan santai selain dilengkapi kemudahan Wi-fi percuma.


Kisah '
Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik' berkaitan dengan tahuj kali ini. Meskipun ia baru beroperasi dimana Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang sudah menjadi destinasi pilihan ramai untuk bersarapan pagi. Ia tidak hanya menyajikan menu tradisional seperti peknga berintikan kelapa dan pisang, orang ramai juga boleh mencuba Kuetiau Goreng Tok Mama, Nasi Lemak Ayam Perap, roti bakar gulai ikan seekor, lontong dan nasi impit kuah kacang daging. Bagi pemilik Rumah Makan, Muhammad Syafiq Mujamil berkata, sajian peknga kelapa wajib dicuba kerana dibikin dengan stail tersendiri demi menghasilkan rasa enak yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Dakwanya isi kelapa digoreng terlebih dahulu bagi menghilangkan ‘air’ sebelum dimasukkan ke dalam bancuhan tepung. Bila dimasak dengan api perlahan, isi kelapa itu akan lebih rangup dan terasa ketika dimakan. Lagi sedap kalau dinikmati bersama gulai ikan seekor atau sambal ikan bilis. Sambal ini memang saya buat sendiri dengan lebihkan ikan bilis supaya rasanya lagi sedap. Apa pun jika mahukan kelainan, pelanggan boleh memilih untuk menikmati pilihan menu Mat Saleh seperti Big Breakfast terdiri roti bawang putih, telur cincang, kentang goreng, kacang panggang dan koktel mini. Kongsi usahawan berusia 29 tahun itu, sebelum ini premisnya turut menghidangkan aneka roti kukus yang merupakan air tangannya sendiri.  Resipi adunan roti ini menggunakan sukatan saya. Memang lembut, gebu dan tahan lama tetapi dia terpaksa untuk  menghentikan menu tersebut buat sementara waktu. Apa pun Mhammad Syafiq dakwa kebanyakan lauk-pauk di Rumah Makan dimasak dengan penuh kasih sayang oleh ibunya. Kini antara pilihan minuman di Rumah Makan juga menarik perhatian SinarPlus. Selain coffee latte, mereka menyediakan minuman laku keras iaitu Rose Chocolate. Maka ia kena cuba baru tahu rasanya, memang sedap lebih-lebih lagi dibuat oleh barista berpengalaman. Mereka juga turut bertanya tentang dekorasi premisnya yang juga merupakan rumah pusaka dan sarat dengan elemen vintaj. Teratak warisan tersebut sering mencuri perhatiannya setiap kali melalui kawasan berkenaan yang terletak berhampiran dengan rumah. Sudah hampir tiga bulan saya memujuk tuan rumah untuk disewa. Pada mulanya memang pemilik berat hati sebab ia harta peninggalan keluarga tapi akhirnya dia setuju dengan syarat yang dipersetujui bersama. Pembukaan premis ini juga antara impian saya bersama keluarga. Jadi, dekor klasik ditambah menu unik diharapkan terus menarik lebih ramai orang.


Satu lagi laporan menarik disembangkan adalah kisah 'PekNga (Lempeng Kelapa) Gulai ikan Termenung Makanan Warisan Orang Kedah' wajar di kongsikan. Apa pun makanan 
Peknga, Tempek atau Lempeng Kelapa adalah hidangan tradisional Kedah yang mudah dan berkhasiat dan ia sering dinikmati sebagai sarapan dan minum petang. Dibuat daripada tepung gandum dan kelapa parut yang melambangkan kesederhanaan masyarakat Melayu Kedah. Gulai ikan temenung pula, menggunakan ikan kembung (dikenali sebagai ikan temenung di Kedah) yang mudah didapati di pesisir pantai Kedah. Dimasak dengan rempah tempatan, gulai ini kaya dengan rasa berempah dan pedas, sesuai dinikmati bersama peknga atau nasi putih. Dilihat yang kedua-dua hidangan ini mencerminkan kulinari Kedah yang mengutamakan keaslian, kesederhanaan dan penggunaan bahan tempatan, serta membawa kenangan nostalgia kehidupan masyarakat Kedah. Bagi penulis blog sebagai orang Johor juga suka dengan makanan ini dimana setiap kali berkunjung ke Kedah dan Perlis akan memburu kuliner ini dimana sahaja. Memang seronok memakan peknga bersama gulai ikan termenung. Semuga arikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
LEMPENG KELAPA...DISEBUT PEK NGA...
TEPONG DAN KELAPA...DIADUN JUGA...
DIMAKAN ENAK...DI CICAH KUAHNYA...
MUDAH DIBUAT..SANGAT ENAK UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 St=yawal 1446H).

Tuesday, April 29, 2025

SEMBANG TANAM BUNGA RENEK LASAK

TANAMAN BUNGA
merupakan salah satu kaedah langskap (Landscape) iaitu ia merupakan pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti gunung-ganang, bukit-bukau, sungai, tasik dan tumbuh-tumbuhan terutamanya pemandangan kawasan desa atau taman dikawasan perbandaran. Konsep landskap juga dikaitkan dengan keadaan udara iaitu salah satu daripada saluran penting sumber nyawa kepada makluknya. Udara bersih menjadikan hidup manusia dan udara yang tercemar kan menyebabkan kesan negatif ibarat manusia yang mudah diserang penyakit. Aspek pencemaran alam sekitar bermakna kehidupan manusia juga bakal tercemar dimana perlu untuk semua menjaga alam sekitar iaitu perlunya teknologi hijau. Bermakna perlunya manusia kepada perlandskapan yang perlukan dan melibatkan proses merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia untuk bahagia. Kini ramai yang faham dimana landskap adalah taman buatan manusia dimana ada konsep rekabentuk landskap yamn mana ia menggabungkan elemen-elemen yang sesuai seperti tumbuhan, struktur, air dan batu-batan untuk menwujudkan ruang di kawasan terbuka. Dalam pada itu di kawasan luar bangunan sesebuah pejabat atau syarikat ada di lakukan aspek landskap yang juga terdapat dalam bentuk taman bunga, taman rekreasi bertujuan bagi mencantikkan aura pada pemandangan alam. Lazimnya pembinaan landskap juga ia perlu disesuaikan dengan fungsinya iaitu sama ada untuk bersantai atau hanya untuk sekadar penghias ruang semata-mata atau untuk dapat manuisa bergerak aktif di dalamnya. Diluar sana sudah ada landskap semulajadi namun kini ia mungkin diubah atau dibentuk dalam rekabentuk baru untuk menjaga kepentingan manusia. Manusia akan berusaha memperbaiki keadaan dengan tujuan tertentu yang mana ia melibatkan alam sekitar yang semulajadi diganggu gugat dengan pembinan bangunan, kawasan perumahan, ladang dan sebagainya. Akibat dari itu terjadinya tanah runtuh, pokok-pokok hijau ditebang dan berkurangan. Jika pembangunan tanah ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna maka ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya. Justeru itu penting ada konsep perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Kepentingan landskap dapat memelihara alam sekitar dimana landskap selalu menambah nilai estetik sesuatu kawasan dan sekelilingnya termasuk aspek dalam mencantikkan kawasan dan pandangan keliling. Memberi pengguna suasana yang nyaman serta menyegarkan penglihatan akan dapat menghidu udara segar, deruan bunyi angin dari pohon-pohon, siulan burung-burung, bau harum dari kuntuman bunga-bunga. Secara tidak langsung sekadar dapat melupakan suasana hiruk pikuk yang dialami. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya akan sembang dengan menulis info mengenai 10 jenis bunga yang tahan panas, lazak dan mudah di jaga untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


(1) BUNGA KERTAS

Bunga kertas atau 
(Bougainvillea spp.) bagi penulis blog merupakan sejenis bunga tropika yang mudah di tanam, senang di jaga dan juga menarik dengan pelbagai warna. Tanaman bunga kertas antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah dijaga dan tahan panas. Bagaimana pun dilaporkan dimana tidak semua tahu cara bagi dapat menghasilkan bunganya yang lebat. Diantara cara bagi dapat melebatkan bungaan tumbuhan ini adalah melakukan pemangkasan kerana percambahan akan lebih lebat, cepat tu,buh dan kekal segar terutaa pada musim panas dan kering. Selalunya bunga kertas akan gugur apabila kena hujan lebat atau hujan yang berterusan. Ada lebih dari 200 spesis bunga kertas daripada yang berwrna terang kuat sehingga bunga kerta hibrid yang pelbagai warna.


2. BUNGA MARIGOLD

Bunga Marigold (Tagetes patula) adalah sejensi bunga yanag cantik dan ramai suka melihatnya. Dilaporkan bagi kalangan penganut agama Hindu sering kali menggunakan bunga ini pada acara keagamaan mereka. Biarpun bau bagi bunga marigold ini kurang menarik atau 'busuk' akn tetapi memang warna kuat orennya melambangkan kemewahan yang unik
Bagi penulis blog tumbuhan merigold mempunyai kandungan yang digeruni oleh serangga seperti nyamuk dan serangga perosak. Maka tidak hairan kalau peminat landskap akan mereka menjadikan bunga ini menjadi pilihan tanaman untuk kawalan serangga biologi di kebun yang mengamalkan cara tanaman organik.


3. BUNGA ALAMANDA
Bunga Alamanda (Allamanda spp.) pula adalah sejenis bunga yang berbentuk seakan trompet dengan tersusun  dimana bunga alamanda mempunyai bunga yang berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang terentu dia juga boleh menjadi ancaman pula. Bagi penulis blog menana bunga alamanda mudah di lakukan dengan penjagaannya juga mufah dan pokok ini sangat lasak. Bunga ini sering atau kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang dan mudah di cantas menjadi pagar yang efektif. Tanaman ini adalah sangat mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah.


4. BUNGA TAHI AYAM
Bunga tahi ayam (Lantana camara) merupakan sejenis bunga yang cantik berwarna warni dan sesuai di tanam dikeliling rumah. Dilaporkan ada terdapat sekitar 100 jenis Bunga Lantana dengan bermacam warna termasuk jenis hibrid. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki dimana pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 8 kaki. Batangnya bermiang dan daunnya pula berbau kurang menyenangkan terutama bila di ramas. Apa pun bunga ini disyorkan di tanam di kawasan kebun sayur sebagai 'tanaman perangkap serangga. dalam amalan konsep Kawalan Perosak Bersepadu. Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan. Warna bunga ini juga berubah mengikut peringkat iaitu dari putih ke warna kuning, jingga ke merah dan dadu ke samar kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim seperti cahaya, suhu dan sebagainya. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang ianya dirosakkan serangga ataupun haiwan kerana pokoknya beracun.


5. BUNGA ROS JEPUN 
Bunga Ros jepun (Portulaca spp.) ia merupakan sejenis tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air dan terdapat pelbagai rona bunga yang ceria. Bunga ros jepun mudah dibiakkan melalui keratan batang. Kalau nak tahu cara mudah menjaganya. Bunga Ros Jepun nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan pokok yang sangat cantik untuk ditanam di halaman rumah serta pokok landskap yang tahan panas. Oleh disebabkan ia merupakan pokok landskap tahan panas, ia sangat sesuai untuk ditanam dan akan tumbuh subur dalam keadaan cuaca di Malaysia. Ia dikatakan berasal dari negara Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Uruguay. Di Malaysia, bunga Ros Jepun ini turut dikenali dengan nama pokok bunga pukul 10 pagi atau pokok bunga kembang 10 pagi. Jolokan nama ini diberi kerana pokok bunga ini dikatakan akan kembang dengan mekar pada pukul 10 pagi. Ia sangat mudah untuk dikenali dengan sifat fizikalnya yang berwarna-warni dan cara tumbuh yang menjalar. Bentuk kelopak bunganya juga sama seperti ros biasa tetapi lebih kecil. Walaupun saiz bunga yang lebih kecil, ia masih cantik untuk dipandang dengan warna bunganya yang terang dan ceria. Diantara kelebihan Bunga Ros Jepun adalah ia mudah dijaga dan tahan lasak dan ia bukan sahaja tahan dengan cuaca yang panas, pokok bunga Ros Jepun ini juga tahan lasak dan sangat mudah untuk dijaga. Pokok ini hanya memerlukan penjagaan yang minimum untuk hidup dengan subur. Sesuai ia digunakan bagi menghilangkan gatal-gatal pada badan akibat gigitan serangga. Batang dan daunnya yang diramas dikatakan mampu mengurangkan kesan gatal akibat gigitan serangga. Tanaman ini mudah membiak dan tumbuh dan subur dan amat mudah dibiakkan dengan menggunakan kaedah biji benih dan keratan batang. Malah, tanaman ini juga akan tumbuh dengan subur dalam keadaan yang sesuai. Ia juga boleh ditanam dengan pelbagai cara kreatif dimana ada yang menjadikan bunga Ros Jepun ini sebagai taman bunga ros, pasu gantung malah tanam bunga Ros Jepun dalam botol. 


Bagi penulis blog merujuk artikel bertajuk '
Hiasan bunga ikut petua' untuk di tulis semula dan disembangkan. Minat yang mendalam terhadap bunga sejak kecil mendorong ramai suri rumah ini membina taman bunga di kediamannya. Di Malaysia memang ada banyak jenis pokok bunga yang ditanam di sekeliling kediamannya sekali gus membentuk landskap unik dan menarik. Diantara pokok bunga yang sesuai ditanam termasuk pokok bunga kertas, bunga ros jepun, bunga alamanda, bunga tahi ayam, bunga keembong, lavender, keladi, zinnia dan sebagainya. Kombinasi semua pokok bunga yang berwarna-warni ini disusun atur kemas dan teratur memenuhi segenap ruang sehingga membentuk seperti sebuah taman bunga. Kalau kelihatan cantek maka taman bunga ini akan menjadi tumpuan peminat pokok bunga dari jiran sekeliling. Apa pun selalunya inspirasi untuk membina taman bunga sendiri datangnya daripada youtube, landskap dalam filem hindustan yang ditonton di televisyen dan menerui internet. Apa yang penting dimana peminat bunga-bungaan perlu mempunyai minat yang tinggi, sedikit modal dan paling utama adalah ilmu bagaimana menjaga tanaman ornamental ini. Bagi memulakan tanaman bunga di kawasan keliling rumah paling mudah perlu pergi ke nurseri bunga swasta yang ada beribu jumoahnya di seluruh negara. Perlu target apakah jenis pokok bunga yang hendak di beli mengikut konsep taman yang hendakk dibuat. Asasnya adalah perlu ada ilmu berkenaan susun atur sebab setiap pokok bunga disusun mengikut jenis, warna dan ketinggiannya agar serasi dengan konsep landskap. Apa paun asasnya dimana pokok yang tinggi sesuai ditempatkan iaitu ia berada di bahagian tepi dan belakang manakala pokok renek akan ditempatkan di bahagian depan. Amalan dengan pokok akan sentiasa dipangkas untuk memastikan ketinggiannya sentiasa sama dan sesuai. Memang bukan mudah untuk memastikan semua pokok bunga sentiasa hidup subur kerana ia menuntut komitmen yang tinggi. Sebaiknya setiap hari ada masa meluangkan selama lapan jam untuk memastikan pokok bunga sentiasa dalam keadaan baik dimana pokok perlu ianya sentiasa disiram mengikut keperluan dan baja serta penggalak akar perlu diberikan mengikut jadual yang ditetapkan. Selain guna baja kiia konersil dan baja organik dimana boleh juga menggunakan campuran kulit bawang, kulit telur dan air basuhan beras sebagai pengganti kepada racun serangga. Selain itu boleh juga gunakan minyak masak yang direndam dengan bawang putih untuk mencantikkan daun pokok. Apa pun cara kaedah alternatif ini lebih selamat digunakan selain dapat menjimatkan kos penyelenggaraan pokok walau pun awalnya ia mungkin nampak sukar untuk memastikan semua pokok bunga dapat hidup subur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
ADA PILIHAN BUNGA... JENIS TROPIKA...
TANAM SENDIRI..DEPAN RUMAH SAJA...
PILIH YANG CANTIK...SENANG DIJAGA...
BACA ARTIKEL... DAPAT PANDUANNYA...    

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

Monday, April 28, 2025

SEMBANG RESEPI NANAS GORENG

NANAS GORENG
merupakan salah satu produk yang kurang di ketahui ramai akan keenakannya, khasiatnya dan mudah di sediakan. Resepi pertama bagi menyediakan produk nanas goreng (Ananas comosus) memang ia sesuai di kongsikan cara membuatnya. Terdapat banyak cara untuk membuat nanas goreng yang ragup kerana adunan tepong yang di gunakan dan pemilihan buah nanas yang tepat adalah juga penting. Bagi memudahkan cara membuat nanas (Khususnya Nanas MD2) apa yang penting adalah menggunakan nanas yang segar dari ladang. Bahan-bahan asa yang perlu agar ia disediakan adalah 1 biji nenas segar (sebaiknya Nanas MD2 atau seumpanya yang masak dan ia di potong nipis atau bulat - ikut citarasa), 100 gm tepung beras, 50 gm tepung ubi, 1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan, 1/2 cawan santan atau air, 1 biji telur, 1 sudu teh air kapur makan, pewarna kuning atau serbuk kunyit dan juga secubit garam dan gula. Apa pun jika bahan ini tersedia cara membuatnya dengan menyatukan tepung beras dan tepung ubi dalam bekas dan kemudian dimasukkan telur, air kapur dan santan serta air bersih dimana semua perlu di kacau rata menjadi adunan sesuai untuk di celup. Tambahkan pewarna kuning atau guna serbuk kunyit serta garam dan sedikit gula (optional) sebab nanas masak sudah manis dan dikacau rata. Bagi menjadikan gorengan ini menjadi lebih lazat maka akhir sekali masukkan marjerin cair. Seterusnya di atas dapur di panaskan minyak masak yang agak banyak agar semasa menggoreng keratan buah nanas akan terendam. Seterusnya di masukkan potongan atau keratan buah nenas kedalam adunan tadi untuk menyalutkan dengan adunan tepung. Masukkan dan goreng potongan nenas hingga berwarna kuning keemasan. Apabila sudah sesuai masak maka diangkat dan tdioskan minyaknya sebelum ia dihidangkan bersama aiskrim vanila atau kopi panas. Enak di makan semasa suam panas. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan dan sembang mengenai resepi nanas goreng untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Merujuk satu postingan dalam facebook bertajuk 'NENAS GORENG RANGUP' mungkin ada sedikit kelainan dalam cara menyediakannya. Postingan ini mencadangkan guna bahan iaitu 1 biji nenas yang masak dan di potong baji, 100 gm tepung beras, 50 gm tepung ubi, 1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan, 1/2 cawan santan atau air, 1 biji telur, 1 sudu teh air kapur makan, pewarna kuning, secubit garam dan gula. Dijelaskan bagaimana cara membuatnya iaitu pertama sekali satukan tepung beras dan tepung ubi, masukkan telur, air kapur dan santan atau air dan mesti dikacau rata. Tambahkan pewarna kuning, garam dan gula dan adunan dikacau rata.  Akhir sekali masukkan marjerin cair. Pada dapur dipanaskan minyak untuk goreng terendam. Kemudian nanas dimasukkan nenas dan salutkan dengan adunan tepung. Goreng nenas hingga berwarna kuning keemasan dan bila garing boleh di agkat dan toskan minyaknya. Hidangkan bersama aiskrim vanila dimana selalunya nanas goreng paling enak dimakan semasa suam panas lagi pada waktu petang dengan minum air kopi panas.


Salah satu produk menarik adalah 'Nenas Goreng Vakum' atau Kerepek Nanas Goreng Vakum yang sudah diujirasa penulis blog. Resepi ini m
enyajikan satu campuran istimewa rasa manis dan masam nanas segar dengan tekstur rangup yang diperolehi dengan menggunakan teknik goreng vakum. Ia dibuat dengan nanas masak yang baru dipilih (MD2 pling enak) dimana produk ini adalah snek yang lazat dan berguna sedia pada bila-bila masa. Makanan nanas goreng vakum berfungsi pada suhu yang lebih rendah-biasanya antara 80  - 120 darjah Celcius dimana suhu ini dapat membantu mengekalkan vitamin, mineral dan antioksidan dalam nanas segar. Teknik ini dapat mengurangkan kehilangan nutrisi berbanding teknik goreng konvensional lain. Ia boleh jadi pengganti yang menarik untuk hidangan makanan gorengan tradisional sebab kaedah goreng vakum dapat menghasilkan tekstur rangup dan rasa enak yang menyenangkan dari segi estetika dan ianya lazat untuk dimakan sebagai makanan berkhasiat. Nanas goreng vakum mengekalkan warna terang dan kemanisan semulajadi dimana ia menawarkan sensasi rasa yang menyenangkan tanpa memerlukan gula atau pengawet tambahan. Apa pun bagi penulis blog dimana produk nanas goreng vakum boleh di promosikan dan menjadi pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mencari snek yang sihat kerana paras minyaknya kurang daripada teknik goreng konvensional. Pendekatan ini secara drastik dengan cara merendahkan penyerapan lemak dan ia menghasilkan produk dengan kurang kalori. Nanas goreng cara ini boleh dinikmati sendiri sebagai snek dimana ia boleh dimakan terus atau dicampur dengan yogurt, salad dan jadi pencuci mulut yang menarik. Nanas goreng vakum mungkin akan berikan rasa istimewa dengan menambah baik kepada pelbagai jenis masakan berasaskan nanas. Cara goreng vakum membantu produk nanas disimpan untuk tempoh yang lebih lama tanpa rosak dimana teknologi ini memberi manfaat kepada pelanggan dan juga pekedai dan pelanggan. Nanas Goreng Vakum sesuai untuk spektrum penggunaan yang luas. Bagi orang yang menghargai kemudahan snek sedia untuk dimakan yang mengekalkan rasa atau bernutrisi. kini produk ini semakin digemari kerana pengguna mahukan makanan ringan yang cepat dan mudah dengan rasa yang sangat baik dan nilai berkhasiat. Nanas Goreng Vakum menarik kerana pengguna lebih mementingkan kesihatan dan mencari makanan yang memberikan rasa dan nilai pemakanan. Apa pun dengan kandungan minyaknya yang berkurangan maka jangka hayat yang lebih lama dan kebolehsesuaian dalam kegunaan masakan. Nanas goreng vakum ialah snek lazat dan berkhasiat yang mengekalkan sifat semula jadi nanas segar sambil memberikan banyak kelebihan kesihatan untuk pengguna yang mencari pilihan snek yang lebih baik


Agak baru resepi 
Nenas Goreng Halia Ala-Thai yang sesuai di buat dan di nikmati sekeluarga. Bagi penulis blog resepi ini memang sesui dimakan dan enak serta berkhasiat. Mungkin ada beberapa restoren Ala-Thai yang ada menyediakan menu ini. Apa pun jika hendak membuatnya sendiri pun mudah asalkan ada bahan-bahannya iaitu 2 biji nenas, 1/3 mangkuk minyak sayuran, 4 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar (atau 4 biji bawang kecil), 1 ketul halia (lebih kurang 5cm panjang), 1/2 biji limau nipis, 1 batang cili padi dan juga 2 sudu teh kicap cair. Cara membuatnya dengan mencincang halia segar, bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kemudian sediakan jus limau dengan potong limau nipis dan di perah.  Kemudian dibuang kulit nenas dan perlu hiris hingga menjadi kepingan yang tebalnya lebih kurang 0.8cm setiap keping. Apa pun seterusnya memnaskan minyak sayuran di dalam kuali tidak lekit dan menggoreng bawang besar, bawang putih sehingga berwarna perang-keemasan (jangan sampai hangus) untuk lebih enak. Tambah nenas dan kacau goreng lebih kurang 2 minit sehingga pinggirnya nenas mulai berwarna sedikit perang-keemasan. Kemudian ditambah halia dan cili padi, kemucian kacau gaul. Seterusnya adalah menambah kicap cair dan jus limau nipis. Perlu direbus sekejap dengan api kecil dimana tutup api bila hidangan siap untuk diambil apabila kuahnya habis diserap.


Resepi ke lima rasanya penulis blog ingin kongsikan resepi berasaskan buah nanas iaitu NASI GORENG NANAS yang sudah banyak kali dapat ujirasa semasa menjawat k=jawatan sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dulu. Ia mudah disediakan dan memang lazat sekali dimakan apa lagi selalu dapat makan percuma dan panel ujirasa pertandingan masakan ini. B
ahan-bahan membuatnya adalah 2 sudu besar minyak, 2 cawan nasi, 1 mangkuk kecil nenas (potong kiub), 1 biji telur ayam, 6-7 ekor udang, serbuk lada sulah, 1 sudu kecil sos ikan dan bawang goreng untuk hiasan. Seterusnya perlu ada bahan tumbuk kasar terdiri dari 4 tangkai cili hijau, 2 ulas bawang merah dan juga 2 ulas bawang putih. Cara-cara untuk membuatnya dengan memanaskan minyak dalam kuali dan dimasukan bahan tumbuk kasar, tumis hinga wangi. Kemudian masukan udang dan mesti dikacau sehingga separuh masak. Kemudian di pecahkan telur dan dikacau telur dalam mangkuk sebelum ia dituang ke dalam kuali dan kacau hingga sebati. Seterunsnya dimasukkan nasi, serbuk lada sulah, sos ikan dan nenas. Kacau sehingga sebati sebelum ia diangkat dan hiaskan dengan bawang goreng dan dimasukkan dalam buah nanas yang di potong dua dan dikeluarkan isinya. Enak dimakan semasa suam panas. Semuga rencana ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NANAS GORENG.. KENA UJIRASA...
ENAK DIMAKAN....PANAS MAKANNYA...
NANAS MD2... PALING SESUAI GUNA...
BOLEH DI JUAL... MEMANG LAKU DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syawal 1446H).

Sunday, April 27, 2025

SEMBANG FAKTA NANAS HIBRID MS16

NANAS HIBRID L6
atau Nanas MS16 (Ananas comosus) adalah varieti nanas yang di perkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang dilaporkan mampu berhasil tinggi dan berkualiti. Varieti nanas ini telah berjaya dibangunkan lebih dikenali dengan nama MNS 2020 berasal daripada kacukan induk Josapine dan nanas tanpa duri dari Australia. Hibrid nanas baharu ini ia  berpotensi untuk pasaran segar berhasil tinggi dan toleran kepada penyakit reput teras bakteria. Pengenalan hibrid nanas ini sebagai satu lagi pilihan alternatif varieti baharu nanas manis dan berkualiti kepada pengusaha dan penggemar nanas di samping meningkatkan kepelbagaian sumber genetik tanaman nanas di Malaysia. Sehingga artikel ini di tulis dimana Negeri Johor masih merupakan negeri pengeluar terbesar nanas di Malaysia dengan nilai pengeluaran sebanyak 212,000 tan metrik dan menyumbang sebanyak 66% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran nanas di Malaysia pada tahun 2024. Kini dengan penggunaan teknologi baharu di dalam meningkatkan pengeluaran berhasil tinggi mampu dilaksanakan melalui gabungan pendekatan agronomi, fisiologi dan penggunaan teknologi mekanisasi yang lebih efisien dan seterusnya dapat menjimatkan kos tenaga buruh dan input. Selari dengan pembangunan teknologi pengeluaran nanas ke arah peningkatan produktiviti hasil nanas dimana ia mampu mengadaptasi dengan pemanasan global melalui amalan agronomi dan mekanisasi. Dilaporkan pihak MARDI turut membangunkan teknologi berkaitan pengurusan perosak, penyakit dan pengendalian lepas tuai serta melibatkan strategi pengukuhan pemasaran. Dalam industri nanas proses untuk pemindahan teknologi adalah penting bagi memberi manfaat kepada pekebun dan masyarakat sekiranya ia diaplikasikan secara efektif di lapangan dan beliau berharap agar aktiviti penyelidikan tanaman nanas di Malaysia dapat dijalankan dengan jayanya bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas bagi memenuhi permintaan pasaran semasa yang tinggi. Di MARDI program pembaikbakaan dan pembangunan varieti baharu nanas sejak tahun 1980 dimana janaplasma nanas yang terletak di MARDI Pontian, Johor adalah koleksi pembaikbaka daripada dalam dan luar negara yang digunakan sebagai sumber genetik untuk menghasilkan hibrid baharu nanas MARDI. Artikel kali ini kita kongsikan maklumat mengenai nanas baru varieti hibrid L6 atau Nanas MS16 dalam blog "Anim Agro Technology" untuk di jadikan bahan rujukkan.


Di Malaysia isu kekurangan dan juga isu kelemahan varieti nanas komersial sedia ada telah menyumbang kepada faktor negara tidak dapat bertahan sebagai salah satu negara pengeluar utama nanas seperti pada awal 1970-an dulu. Bagi penulis blog dimana varieti Nanas Gandul (AC3) selalu ia dilaporkan menghadapi kemerosotan hasil tanaman, diikuti dengan nanas varieti Sarawak (AC2) yang ada isu iaitu ia kurang memberi tindak balas kepada proses aruhan pembungaan (menghormon nanas) dan berlaku pengurangan hasil. Selain itu terkini paling popular adalah varieti nanas MD2 (AC 9) iaitu ia merupakan kultivar yang sangat popular pada masa kini dan diiktiraf sebagai nanas premium. Nanas MD2 bagi penulis blog ia bersifat rentan kepada penyakit reput teras bakteria di sebabkan oleh bakteria Dekyya spp terutama pada musim hujan di Malaysia. Varieti nanas MD2 ini juga didapati menghasilkan buah yang manis untuk pasaran domestik dan eksport dan terdapat kejadian translucent pada isi yang menjejaskan kualiti buah sekiranya ia ditanam di tanah gambut. Pihak MARDI dilaporkan telah melaksanakan pembangunan varieti baharu nanas melalui program pembaikbakaan secara konvensional bagi mengatasi isu kekurangan kultivar nanas sedia ada dengan objektif utamanya adalah untuk membangunkan varieti baharu nanas berkualiti dan berhasil tinggi, toleran kepada penyakit reput teras bakteria dan bebas daripada kejadian teras hitam ketika penyimpanan pada suhu sejuk. Pada tahun 1993 dilaporkan ada satu pertukaran janaplasma antarabangsa telah berjaya ia dilaksanakan antara MARDI bersama dengan Maroochy Research Centre, Queensland, Australia iaitu dengan cara membawa kepada pengenalan varieti baharu nanas 53-116 dan 59-656 ke Malaysia. Hasil daripada program biakbaka tanaman (plant breeding) tersebut dilaporkan sudah ada beberapa populasi hibrid F1 baharu telah dihasilkan melalui kaedah penghibridan konvensional. Melalui kajian saringan penilaian dan pemilihan dimana ada satu titisan baharu dengan kod J53116 (1) yang dikenali dengan ‘Line 1’ berjaya dibangunkan melalui kacukan antara varieti nanas komersial Josapine dan 53- 116 sudah pun berjaya dihasilkan.



Ciri-ciri hibrid baharu nanas MS16 dimana dilaporkan ia adalah mempunyai ciri luaran yang menghampiri induknya iaitu Nanas Varieti Josapine dengan kehadiran duri secara separa pada margin daun dan juga jambul akan tetapi MS16 mempunyai buah bersaiz medium dengan purata berat buah yang lebih tinggi (1.5 kg sebiji) berbanding dengan Josapine (1.2 kg sebiji). Hibrid MS16 ini mempunyai mata yang kecil dan permukaan kulit sederhana tebal serta tahan lasak bagi mengelakkan kecederaan fizikal buah ketika penuaian dan kurang berlakunya kejadian sunburn akibat terik matahari. Apa pun proses pembungaan dapat diaruh seawal lapan bulan dan mempunyai tempoh matang yang pendek. Hibrid MS16 hanya memerlukan kombinasi aruhan pembungaan yang rendah iaitu 30 mL ethephon dan 180 mL urea (dalam 18 L) bagi aruhan pembungaan serentak dan menghasilkan saiz buah yang seragam. Pengeluaran jambak bunga (red heart) juga ia adalah singkat iaitu 30 - 35 hari selepas aruhan hormon dibuat. Anggaran masa penuaian buah pula ialah 125 - 130 hari selepas aruhan hormon dan buahnya sesuai dituai pada indeks kematangan optimum 3 - 4. Hibrid ini berkualiti dan berhasil tinggi berkadaran dengan tindak balas pembungaan yang tinggi iaitu melebihi 90% kejayaannya. Ciri buahnya berbentuk silinder dengan warna isi kekuningan, isinya sangat manis (15 – 21 °Brix), kurang berasid (0.64%) dan sesuai untuk permintaan pasaran segar mahupun proses pengetinan. Buahnya pula dapat disimpan pada suhu bilik (ambien) dalam tempoh yang agak panjang sekitar tujuh hari tanpa dilaporkan ia tidak menjejaskan kualitinya. TNanas MS16 ini didakwa ia  telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada induknya Josapine dari aspek kualiti isi buah, saiz buah, pengeluaran sulur sebagai bahan tanaman dan ciri ketahanan terhadap penyakit reput teras bakteria (BHR). Keistimewaan Nanas MS16 dilaporkan ia terletak pada ciri buahnya yang manis, beraroma, tekstur isi buah dan empulur yang lembut dan kurang rasa lidas. Ciri-cirinya sangat sesuai untuk dimakan segar. Tidak seperti nanas Maspine (AC4) diana penulis blog dapati yang pokoknya menghasilkan banyak sulur tangkai dan sulur tanah yang boleh digunakan sebagai bahan tanaman dan ini menjimatkan masa untuk penghasilan bahan tanaman baharu. Tempoh matangnya juga lebih singkat berbanding dengan varieti nanas sedia ada seperti Maspine, MD2, N36 dan Sarawak. Bagaimana pun sehingga April 2025 penulis blog dapati populariti nanas MS16 ini kurang mendapat respon dan sukar membelinya di mana-mana sahaja di Malaysia.


Dilaporkan dimana varieti baru nanas hibrid MS16 ini juga mempunyai adaptasi pertumbuhan tampang yang sangat baik di tanah mineral dan dijangka akan dapat mempertingkatkan keluasan kawasan penanaman nanas negara yang pada ketika ini yang dilihat ia lebih tertumpu di kawasan tanah gambut. Pengeluaran hasil buah di kedua-dua tanah gambut dan mineral menunjukkan hibrid MS16 adalah buah yang bersaiz medium sekitar 1.30 kg hingga 1.60 kg dengan saiz jambul yang kecil menepati permintaan pasaran eksport bagi memudahkan aktiviti pembungkusan. Ciri khas nanas hibrid ini mempunyai kualiti rasa buah yang sangat baik dengan kandungan TSS yang tinggi apabila ditanam di tanah gambut mahupun tanah mineral sama dengan beberapa nanas hibrid lain. Kepadatan tanaman stadard adalah sebanyak 43,500 pokok/ha dengan menggunakan jarak tanaman piawai nanas iaitu 30 cm x 60 cm di antara pokok dan baris manakala jarak di antara batas ialah 90 cm. Bagi penulis blog masih ada potensi untuk kaedah penanaman nanas padat di tanah mineral varieti nanas ini boleh di naikkan sehingga lebih 70 ribu pokok sehektar seperti Nanas MD2. Kajian biakbaka hibrid baharu nanas ini adalah penambahbaikan ciriciri nanas Josapine dengan buah yang berhasil tinggi dan bersaiz medium (1.5 kg) sesuai dengan permintaan pasaran. Hibrid MS16 ini dikaji ia mempunyai kandungan gula yang tinggi iaitu lebih15 °Brix dengan kandungan asid citrik yang rendah (0.64%) yang seimbang memberikan rasa asli nanas. Hibrid MS16 ini juga mempunyai penyesuaian penanaman yang baik di tanah gambut dan mineral. Keistimewaannya terletak pada sifat pokok yang toleran kepada penyakit reput teras bakteria (BHR) dan kualiti buah yang manis dengan tekstur rasa isi dan empulur yang lembut serta tahan daripada gejala teras hitam (BHD) ketika penyimpanan pada suhu bilik. Ia mempunyai sulur tangkai dan sulur tanah yang banyak sebagai sumber bahan tanaman dan tindak balas pembungaan yang tinggi sehingga melebihi 90%. Hibrid baharu MS16 adalah satu alternatif nanas manis berkualiti di samping varieti-varieti sedia ada untuk industri nanas negara. Bagi penulis blog dimana ia adalah pengenalan kepada satu lagi hibrid baharu nanas untuk pasaran tempatan dan pengembangan industri eksport nanas negara. Apa pun isu mendapatkan benih tulin nanas MS16 ini agak sukar berbanding dengan nanas MD2 dan varieti ain di Malaysia. Sudah lebih setahun ia dilancarkan akan tetapi memang penulis blog belum menjumpai ladang luas komersil yang menanam varieti ini di Malaysia. Hanya dapat melihat ada pameran dan jualan nanas MS16 semasa Pameran MAHA 2024 lepas di MAEPS Serdang sahaja. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS HIBRID BARU... MS16 NAMANYA...
ASAL JOSAPINE... CIRINYA BERBEZA...
BANYAK KEHEBATAN...SUKAR BENIHNYA...
BELUM DPAT MEMBELI...TANAM DI MANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Syawak 1446H).

Saturday, April 26, 2025

FAKTA MENARIK ENZIM BROMELAIN

ENZIM BROMELIN
adalah satu jenis enzim proteolitik yang selalu didapati daripada bahagian tengan (empulur) buah nenas (Ananas comosus). Bromelin atau Bromelain adalah enzim proteolitik yang selalu juga ada dijumpai didalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Mungkin masih ramai kurang tahu akan kehebatan khasiat buah nenas terutama empulurnya yang banyak kandungan bromelin. 
Penggunaan bahan Bromelin mungkin telah lama dilakukan kajian oleh para saintis dan orang biasa. Sejarah menunjukkan dimana buah nanas telah digunakan sebagai buah untuk meningkatkan kesihatan (medicinal plants) terutama dikawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Orang Venezuela didakwa mula menggunakan Bromelin semenjak tahun 1891 dengan kaedah penapaian buah nanas. Kemudian pada tahun 1982 seramai 3 orang saintis mereka memberikan indentifikasi Bromelin didalam semua tanaman nenas atau yang tergolong dalam keluarga Bromaliceae. Hanya buah nenas masak yang dikupas ada mengandungi bahan bromelin dimana dilaporkan ia sebenarnya ia boleh diekstrak. Kini produk bromelin ada dijual dipasaran dalam bentuk serbuk atau kapsul dengan disimpan dalam botol kedap udara. Walau pun produk bromelin ini ada dijual dipasaran oleh syarikat ternama tetapi untuk dapatkan bromelin adalah dengan makan buah nenas segar. Dilaporkan enzim bromelin ini mudah rosak dalam suhu yang tinggi dan agak tahan lama sedikit dalam persekitaran terkawal. Kini dipasaran banyak produk bromelain dijual dalam bentuk serbuk (powder) dan ada yang didalam bentuk cecair (tidak stabil). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan fakta yang menarik bahan enzim Bromelin sebagai satu bahan yang berguna daripada buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan.


Bagi pembaca yang belum tahu apakah kegunnaan 
Serbuk Bromelain boleh teruskan membaca artikel ini. Lazimnya dimana cara penggunaan bahan terapeutik serbuk bromelain ini yang berasal daripada tumbuhan nanas, kini telah menarik perhatian ramai. Apa pun perlu di fahami akan sifat, faedah dari penggunaan serbuk enzim bromelain yang boleh didapatkan serta khasiatnya. Bahan ini adalah 'protease' yang terbentuk sebahagian besarnya adalah campuran dalam bromelain dimana ia merupakan cairan yang terdapat dalam empulur dan batang nanas. Sifat protease yang berpotensi untuk dapat menenangkan, rawatan berkaitan perut dan khasiat lain yang selamat diambil. Enzim Bromelin ini merupakan dalam bentuk cecair dalam keadaan semulajadi. Ia juga dilaporkan berkesan pada suhu sekitar 40 - 60 °C (celcius) dimana pada suhu lebih tinggi ianya mudah berubah kepada bentuk lain. Bagaimana pun difahamkan bahawa suhu optima enzim bromelin sekitar pada 50 - 60 °C sahaja. Dikatakan suhu deaktivasi ± di atas 65 °C. Kajian makmal menunjukkan dimana pH efektif adalah diantara pH4.0 - pH8.0 dengan bacaan optima adalah sekitar pada pH 4.5 - 5.5. Penghasilan enzim dalam bentuk komersil masih kurang dijalankan kerana banyak faktor selain ianya sebenarnya tidak tahan disimpan lama dalam keadaan biasa. Bromelin adalah enzim proteolitik yang dijumpai didalam tanaman dan buah nenas. Enzim ini di hasilkan sebagai hasil sampingan dari kilang yang membuat jus nanas. Kini didalam kaedah moden mendapatkan bromelin beberapa bahan khas digunakan untuk presipitasi (pengendapan) enzim ini iaitu bahan Amonium sulfat dan Alkohol. Beberapa khasiat dan penggunaan untuk enzim ini adalah mengurangkan rasa sakit dan pembengkakan disebabkan oleh luka atau akibat pembedahan, mengurangkan radang sendi, menyembuhkan luka terbakar, meningkatkan fungsi paru-paru pada penderita infeksi saluran pernapasan dan sebagainya. Bromelin juga berkesan untuk meningkatkan kelancaran pencernaan pada manusia umumnya jima menggunakan bromelin dengan kadar dos 500 mg dalam bentuk kapsul. Apabila seseorang itu mengambil bahan bromelin seakan ia mengambil bahan anti-koagulan dimana kesannya risiko terjadinya pendarahan akan meningkat.


Terdapat proses khusus menghasilkan bromelaim dari buah nanas dimana s
erbuk bromelain adalah pekatan dari nuah nans dimana ia didapatkan dalam bentuk cecair sebelum dikeringkan. Kajian mendapati dalam buah Nanas (Ananas comosus) yang menjadi sumber bromelain dalam jumlah yang besar dan sudah di komersilkan. Pada penulis blog anim agro technology memang lebih berminat untuk mengetahui dan menyebarkan maklumat khasiat dan kegunaan enzim bromelin ini. Beberapa jurnal yang dirujuk mendakwa dimana bromelain sangat berkesan menjaga kesihatan jantung sebab ia didakwa dapat mengurangkan pembentukan abnormal pembekuan darah dan terjadinya plak di arteri yang menyebabkan masaalah darah tinggi dan sakit kronik. Ini dikaitkan juga dimana bromelain memiliki sifat anti-koagulan yang membantu berlakunya atau boleh mengurangkan pembentukan gumpalan darah beku dalam pembuluh darah sehingga mengurangkan risiko penyakit jantung. Bromelin dilaporkan mampu memecahkan protein dalam rantaiannya yang mana kesannya mampu mengurangkan berlaku kejang otot. Aspek kegunaan ke 4 yang dirujuk menyatakan dimana bromelin mempunyai sift 'analgesik' dan 'anti-inflamasi' yang mampu merawat pesakit rheumatik. Enzim ini mampu meningkatkan penyerapan Sulfur dan Glukosamine yang penting untuk memperbaiki bahagian sendi. Dalam kes ligamen cedera atau robek didakwa dimana bromelain membantu dalam mempercepatkan pemulihan sekaligus mengurangkan kes pembengkakan dan rasa sakit. Dalamn pada itu ada testimoni yang mendakwa dimana bromelin mampu mengatasi masaalah sakit kulit. Penyakit kulit selalunya akan dikaitkan dengan peradangan kulit atau sensasi rasa gatal seperti pruritus dapat secara efektif disembuhkan dengan bromelain. Bromelain juga digunakan dalam produk untuk menyembuhkan luka akibat terbakar pada kulit sekaligus menghilangkan sel-sel kulit mati.


Dalam beberpa laporan di dakwa dimana bahan bromelain ada kelebihannya tersendiri untuk kesihatan. Beberapa kelebihan dari 
Serbuk Bromelain seperti ia baik untuk kes berkaitan perut dan pencernaan. Bromelain berfungsi iaitu dengan bantu proses penyerapan oleh usus dengan lebih baik. Baik di ambil sebagai makanan diet dan suplementary dimana ianya membantu keselesaan perut sepanjang masa. Bromelain didakwa akan bantu kurangkan kes keradangan termasuk rawat kes Antrithis. Ia mampu kurangkan kesakitan sakit sendi yang di hadapi. Ia juga dilaporkan mampu mempercepatkan proses Penyembuhan Luka dengan mempercepatkan sistem pemulihan. Bahan ini dilaporkan juga baik rawat resdung dan membantu semasa proses pernafasan. Ciri 'mukolitik' pada bromelain akan membantu orang yang mengalami masaalah seperti kes sinusitis dan masalah pernafasan. Ia beri kesan dengan mengurangkan cecair badan dan ini boleh menambah proses pernafasan yang lebih mudah dan mengurangkan hidung tersumbat. Kaedah pengambilan bahan bromelain ada beberapa cara antaranya mengambil Serbuk Bromelain sebagai Suplemen melalui mulut. bagaimana pun pengguna perlu tahu dana mempertimbangkan dos suplemen bromelain mengiku syor di tulis pads label atau merujuk kepada pakar kesihatan  disesuaikan dengan keperluan individu dan isu perubatan. Bromelain boleh di ambil bersama dengan makanan lain sebagai tambahan. Disyorkan hanya mengambil jenis makanan yang kaya dengan bromelain ke dalam hidangan harian boleh menjadi kaedah yang menarik untuk menyihatkan. Meminum jus nanas atau makan buah nanas (terutama bahagian empulur) adalah cara paling mudah mendapatkan larutan bromelain segar. Apa pun serbuk bromelain, yang diperolehi daripada pokok nanas kini ia sudah muncul sebagai sebatian yang boleh disesuaikan dengan kegunaan secara klinikal yang boleh dijangkakan. Bromelain ialah salah satu pilihan bagi tujuan rawatan unik untuk bantu  pelbagai masalah kesihatan dan meningkatkan ketahanan atau imuniti penggunanya. Keupayaan Bromelain untuk memudahkan asimilasi dengan mengasingkan protein dan menggalakkan penggunaan suplemen adalah salah satu faedah yang perlu di ketahui umum. Ia juga boleh membantu mengurangkan kesakitan seperti tersiksa sebab radang pada sendi. Bahan ini dilaporkan memang sesuai dalam mengatasi isu kegelisahan (ia menenangkan), diguna untuk menampal luka dan membantu sistem pernafasan. Bromelain boleh diambil dalam beberapa kaedah sebagai suplement, dalam diet mskanan dan sebagainya. Dapatkan nasihat doktor perubatan sebelum mengambil bahan bromelain agar ia tidak memberikan kesan negatif pula. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ENZIM BROMELAIN...APA GUNANYA...
DALAM BUAH NANAS...IA BERADA...
BANYAK KHASIAT...ADA DI JUAL JUGA...
BACA ARTIKEL... ILMUNYA DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Banjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Syawal 1446H).

Friday, April 25, 2025

SEMBANG TENTANG 'BROMELAIN' (PART 2)

BROMELAIN adalah sekumpulan enzim protease yang memiliki fungsi mencerna protein dan ia mudah didapatkan dalam buah Nanas. Enzim ini telah bertahun-tahun digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat berbagai masalah kesihatan. Merujuk laporan journal Biotechnology Research International (2012) ia mengandungi bahan atau komponen bermanfaat pada enzim bromelain seperti untuk rawatan kesihatan termasuk sebagai 'Antiedematosa' atau ia mampu mencegah pembengkakan akibat gangguan organ atau sebagai 'Anti-trombotik' dalam mencegah penggumpalan darah dan juga 'Anti-inflamasi' yang mencegah peradangan. Kajian menunjukkan dimana enzim ini dapat diserap baik oleh tubuh tanpa kehilangan kberkesanan proteolitiknya (aktiviti bagi memecahkan protein) dan tidak menimbulkan kesan sampingan yang berbahaya. DIlaporkan antara jenis makanan yang ada mengandung bromelain adalah buah nanas dimana selalunya enzim ini ada dijual dalam bentuk pil, tablet dan juga krim. Bagi penulis blog Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang penting dalam sistem permakanan manusia sama seperti buah tropika yang lain. Buah nanas lazimnya dimakan segar atau pun diproses untuk dijadikan produk lain seperti Jus Nenas, Nenas Kering (Vacuum Fry), Pes Nenas, Tart Nenas dan dimasak sebagai makanan berasaskan nanas. Antara masakan berasaskan nanas adalah seperti Paceri Nenas, Rojak Nanas dan sebagainya. Bagaimana pun pengambilan nanas segar antara yang terbaik untuk kita kerana ia mengandungi semua khasiat yang terkandung dalam buah nanas termasuk bahan BROMELIN (Bromelain). Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Mungkin masih ramai kurang tahu akan kehebatan khasiat buah nenas terutama empulurnya. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan kandungan bahan enzim Bromelin sebagai satu bahan yang berguna seperti laporan media daripada buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan.


Menarik dalam bernama melaporkan 'Penyelidik UTM hasil ubat gigi berasaskan nanas tanpa fluorida' yang wajat di kongsikan faktanya. Foro sebelah menunjukkan Dr Rosnani menunjukkan produk ubat gigi mesra kanak-kanak tanpa fluorida berasaskan nanas dikenali sebagai 'AnanaShine' di IBD UTM, Johor Bahru. Apa pun kanak-kanak yang baru sahaja belajar memberus gigi cenderung untuk menelan ubat gigi kerana ia dihasilkan dengan pelbagai variasi rasa namun ubat gigi dengan fluorida jika tertelan dalam kuantiti banyak boleh memberi kesan sampingan. Ada sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah menghasilkan produk ubat gigi mesra kanak-kanak tanpa fluorida berasaskan nanas dikenali sebagai 'AnanaShine'. Bagi Pengarah Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga UTM Prof Madya Dr Rosnani Hasham@Hisam berkata penghasilan produk itu memanfaatkan sumber semula jadi yang banyak di Johor sekali gus mengurangkan pembaziran nanas. Rosnani yang juga ketua penyelidik projek berkata nanas dipilih kerana keunikan komposisinya yang mengandungi bromelain bertindak sebagai enzim proteolitik, membantu menguraikan plak dan sisa protein serta lebih lembut pada enamel gigi. Kini nanas juga kaya dengan antioksidan dan asid malik yang menyumbang kepada pemutihan gigi secara semula jadi. Bahan fluorida sering digunakan dalam ubat gigi komersial kerana sifat pemutihan dan pencegahan kaviti namun ia boleh memberi kesan sampingan seperti fluorosis sekiranya tertelan dalam kuantiti yang banyak oleh kanak-kanak. Produk iaitu AnanaShine direka khas sebagai bahan boleh dimakan atau 'edible' menjadikannya selamat jika kanak-kanak tertelan selain turut mengandungi sorbitol dan gliserin sebagai agen pemanis berfungsi mengekalkan kelembapan pada bibir dan permukaan mulut. Dakwanya hampir 100% daripada nanas bermula di bahagian jambul sehingga isinya diekstrak bagi menghasilkan produk yang mengambil tempoh masa kajian selama 10 tahun untuk dikomersilkan. Produk ini mengguna pakai semua jenis gred nanas kerana enzim yang diekstrak daripada tanaman kontan itu mempunyai kualiti sama dan menepati piawaian dimahukan. Ini membolehkan tanaman nanas digunakan secara menyeluruh untuk penghasilan AnanaShine. Bagi memastikan ubat gigi ini berjaya menarik golongan sasar iaitu kanak-kanak untuk menggunakannya, kami menambah perisa berasaskan ekstrak jus nanas. Hasilnya produk ini menepati piawaian keselamatan oral termasuk Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) ditetapkan Kementerian Kesihatan. Kini produk yang baru berusia beberapa bulan itu telah merangkul pingat perak dalam Pameran Seni Industri dan Teknologi (INATEX) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, JB. Kumpulan penyelidik UTM bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sedang giat mencari pemain industri untuk dijadikan sebagai rakan kerjasama strategik bagi memasarkan AnanaShine secara lebih meluas. Produk ini menyasarkan satu niche market iaitu golongan ibu bapa yang mengutamakan produk penjagaan diri dengan mementingkan aspek kesihatan pengguna, apatah lagi untuk anak-anak mereka. Johor ialah pengeluar nanas terbesar negara dengan 10,366.6 hektar daripada keseluruhan 18,275.71 hektar keluasan tanaman nanas nasional dan ia menyumbang kepada 63.7 peratus pengeluaran nanas tempatan iaitu 280,878 metrik tan daripada keseluruhan 440,848.5 metrik tan pengeluaran negara dengan nilai RM682.53 juta.


Dalam portal lain dilaporkan '5 khasiat nanas termasuk atasi masalah keradangan sendi' wajar disembangkan beritanya. Buah nanas yang lazimnya enak dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut, selain sebagai campuran koktail mahupun salad buah. Buah tropika itu bukan sahaja banyak khasiat dari segi kesihatan termasuk rendah kalori, malah ia kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, K, B6, kalium, magnesium, protein, zink dan kalsium. Jadi juga sesuai untuk diet dan mengandungi antioksidan serta enzim pencernaan yang boleh membantu memudahkan proses penghadaman. Antara lima manfaat nanas untuk kesihatan adalah ia Membantu mengatasi arthritis dimana ada terdapat pelbagai jenis arthritis, tetapi kebanyakannya membabitkan keradangan pada sendi. Jadi, nanas yang mengandungi bromelain (enzim di dalam nanas) dikatakan mempunyai sifat antiradang. Fakta ini disokong oleh kajian Penasihat kualitatif utama, RDS South Central di University of Southampton, di England, Dr Sarah Brien, mendapati bromelain di dalam nanas boleh mengurangkan gejala seperti arthritis. Buah nanas dapat Mengurangkan risiko kanser dimana berdasarkan kajian, penyelidik dari University of Naples Federico II Naples, Itali, Barbara Romano, mendapati nanas boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Dalam beberapa kajian lain menunjukkan nanas boleh membantu mengurangkan risiko kanser dengan meminimumkan tekanan oksidatif dan mengurangkan keradangan. Buah nanas dapat  Membantu meningkatkan imuniti dengan meningkatkan imuniti dan menyekat keradangan. Dalam kajian sembilan minggu dijalankan oleh penyelidik, Mavil May C Cervo, ke atas 98 kanak-kanak yang diberi nanas setiap hari dimana ada sebahagiannya tidak diberi makan nanas dan mendapati keputusan menunjukkan kanak-kanak yang paling banyak makan nanas, hampir empat kali lebih banyak sel darah putih bagi melawan penyakit berbanding yang lain. Buah nanas akan Membantu menyembuhkan batuk dimana memakan nanas dipercayai dapat mengurangkan batuk, iaitu ia boleh mengeluarkan lendir ketika batuk, sekali gus mampu membantu meredakan batuk. Ia sesuai dijadikan jus dan diminum bagi tujuan itu. Buah nanas juga Baik untuk kulit dan rambut sebab ia mengandungi vitamin C yang membantu anda mendapatkan rambut yang lebih lembut dan bersinar. Apa pun buah nanas mempunyai sifat antiradang kerana ia mengandungi enzim bromelain yang mampu membantu mencegah jerawat dan ruam kulit.


Dalam portal bharian.com dilaporkan 'Inovasi kosmetik nanas kurangkan radang kulit, kekeringan' sesuai disembangkan dan ditulis semula. Sesiapa yang terdedah secara terus kepada sinaran matahari sering kali mencetus masalah besar pada kulit terutama apabila mengakibatkan kekeringan dan keradangan. Masalah ini sering kali dihadapi golongan seperti atlet atau pekerja lapangan, sekali gus mencetus idea sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membangunkan inovasi khusus bagi mengatasinya. Apa pun inovasi dinamakan Water-Dispersible Nanostructured Bromelain itu dibangunkan Dr Rosnani Hasham@Hisam, Prof Ir Dr Ani Idris, Siti Fatimah Mohamad, Farah Diana Ariffin dan Siti Hajar Mat Sarip. Projek ini yang dibangunkan dengan kerjasama Lembaga Nanas Malaysia itu membabitkan pembangunan inovasi cecair semburan yang dihasilkan daripada bahan buah nanas sepert kulit, batang tengah dan daun. Rosnani yang juga ketua penyelidik, berkata inovasi itu menyaksikan pengambilan bahan aktif daripada bahagian buah nanas yang dinamakan bromelin, yang kemudian diestrak menggunakan sistem enkapsulasi nano untuk menghasilkan mineral produk. Mereka menggunakan bromelin kerana bahan ini adalah anti radang. Bahan ini juga cepat dan mudah menyerap serta sesuai diaplikasikan ke atas kulit setiap hari. Dia berkata demikian ketika ditemui pada Ekspo Teknologi Malaysia (MET) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Apa pun mengenai kelebihan inovasi, Rosnani berkata ia mampu mempelbagaikan permintaan pasaran bagi produk kosmetik. Pada masa sama ia turut meningkatkan kelebihan dimiliki sumber tempatan kepada pengguna serta memperbanyakkan pembuatan produk kosmetik dan meningkatkan kelembapan kulit. Permintaan tinggi pengguna dan pengilang terhadap produk kosmetik yang mengandungi bahan semulajadi turut membantu meningkatkan pengeluaran produk seumpamanya. Selain itu, pendedahan kulit dalam tempoh lama terhadap cahaya matahari sehingga kemudian mengakibatkan jerawat, alahan dan keradangan, selain kos mahal bagi mendapatkan rawatan permasalahan kulit, mampu meletakkan inovasi ini sebagai produk pilihan berkesan. Dalam berkongsi cabaran membangunkan inovasi itu, Rosnani berkata kesukaran paling utama dialami kumpulan penyelidik adalah bagi mengenal pasti gabungan bahan asas disediakan tidak sensitif terhadap pengguna dan boleh diaplikasikan ke atas semua jenis kulit. Produk dipasarkan dalam bentuk botol ini boleh digunakan beberapa kali sehari apabila pengguna merasakan kulit mereka terdedah lama kepada matahari, terlalu kering atau kurang segar. Cara penggunaannya juga mudah iaitu dengan hanya menyembur ke bahagian wajah sama ada tanpa solekan atau di atas permukaan solekan. Apa pun saiz kandungan molukel bahan yang kurang daripada 200 nanometer membolehkan semburan ini masuk ke dalam kulit untuk mengekalkan keanjalan. Produk Water-Dispersible Nanostructured Bromelain sudah sejak 2008 produk mula dibangunkan dan mula dipasarkan tahun 2024. Dipasarkan dengan harga RM50 sebotol produk bagi kandungan 100 mililiter. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini berikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kalai ini. Wasallam!!!..

NAMANYA BROMELAIN...ENZIM BERGUNA...
DALAM BUAH NANAS... SELALU IA BERADA...
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK KHASIATNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TAHU HEBATNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...