Support My Blog

Wednesday, February 22, 2023

BURUNG RUAK-RUAK DAN HAIWAN DI MAKAN

BURUNG RUAK-RUAK (Amaurornis phoenicurus) atau BURUNG WAK-WAK adalah salah satu spesies burung keluarga Rallidae yang semakin pupus dan dilindungi di Malaysia.  Dilaporkan dimana taburan spesies ini tersebar luas di India, Sri Lanka, di China Selatan di Asia Tenggara dimana ada di Semenanjung Malaysia, Thailand, Filipina dan juga Indonesia. Selalunya burung ini dijumpai di kawasan belukar dengan ia merayau dikawasan rumput dan semak seperti dikawasan berpaya, belukar, hutan bakau, padang rumput dan kawasan tanah gambut yang ada perparitan. Penulis blog sudah melihat burung ini di kampong semenjak kecil lagi kerana dikawasan rumah ada parit nesar dan juga parit kecil yang digemari oleg burung ini. Faktanya dimana burung ruak-ruak ini biasa ada terdapat dikawasan habitatnya berhampiran penempatan manusia. Bagaimana pun lazimnya ia agak sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila burung ini menyedari ada manusia bergerak menghampirinya. Bagi penulis blog memang sering dengar bunyi nyaring burung ini dikampong saban masa terutama petang hari. Apa pun bila dilihat akan ciri fizikal burung ini dimana badannya berukuran hingga mencapai 20 cm dengan panjangnya sekitar 15cm  dengan ekornya agak pendek. Ciri pada paruh dan kakinya adalah berwarna kuning yang relatif panjang. Badannya tirus menegak agar memudahkan ia menyusup melalui rimbunan semak-semak dan rumput dikawasan berpaya. Cili lain dimana paruh burung ruak-ruak tidak bergigi. Ia mempunyai bulu iaitu bagi burung dewasa dilihat berwarna kelabu gelap kehitaman pada bahagian belakangnya. Warna bulu dibahagian sisi serta kepala, leher dan dadanya adalah agak putih. Bahagian perut dan bawah ekornya bewarna perang cerah.Kedua jantina bagi burung ini agak serupa bentuknya akan tetapi burung remaja lebih pudar warnanya berbanding burung dewasa. Bagi anak kecil burung ruak-ruak ini berbulu warna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan. Paling unik faktanya adalah dimana ia suka berbunyi nyaring pada waktu maghrib selama beberapa minit. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa fakta burung ruak-ruak untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Melihat akan habitatnya burung ini menggunakan paruhnya untuk mencari makanan di dalam lumpur dan air berlumpur. Ia akan memagut makanan yang dilihat dipersekitarannya seperti serangga, ikan kecil dan biji-bijian tumbuuhan. Ia merayau mencari makanan di atas tanah atau didalam semak samun dan tumbuhan renek. Burung Ruak-ruak ini mudah dilihat dikawasan terbuka. Walau pun cirinya ia sebagai spesis burung yang bising terutamanya pada waktu subuh dan maghrib tetapi sukar dicari akan kedudukannya dan ada berapa ekor yang berbunyi seakan-akan banyak jumlahnya. Ia juga merupakan hidupan liar yang dilindungan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 2010 (Akta 716) bagi semenanjung Malaysia dan juga di Indonesia. Jika menyimpan tanpa permit atau memakan dua spesies burung ini dan sabit kesalahan maka ia boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun bagi burung jantan. Sementara itu akta nyatakan dimana jumlah denda RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun bagi burung betina atau tidak matang. Burung ini suka membuat sarang di tempat kering di kawasan berpaya dimana selepas mengawan ia akan bertelur sekitar 6 - 7 biji dalam satu-satu masa. Faktanya dimana setiap biji telur adalah agak besar berukuran sekitar 32 cm dan mempunyai cangkerang keras. Telur-telur  burung ini lazimnya mengambil masa 19 hari di eram sebelum dapat menetas menghasilkan anaknya.

Mungkin ramai kalangan pembaca blog ada yang pernah makan burung ruak-ruak yang dilindungi ini. Dalam sebuah tulisan di facebook bertajuk 'Khasiat Daging Burung Wak wak' kali pertama saya membacanya menarik dikongsikan. Dia mulakan tulisan dengan nyatakan tuhan jadikan benda baik dan benda buruk. Disuruh kita memilih benda yang baik untuk dijadikan makanan. Ini termasuklah benda yang boleh tidak memudaratkan jasad dan fikiran manusia serta membantu untuk beribadah. DItulis dimana bermula benda yang kurang baik untuk dijadikan makanan ialah haiwan laut (seafood) seperti udang (haiwan yang jalan kebelakang), sotong (berjalan reverse), ketam (berjalan senget) dan kerang (haiwan jumud yang hanya menunggu makanan datang baru dijelirkan lidah - tentacles). Tabiat jumud dan songsang yang ada pada haiwan tersebut dikatakan akan mempengaruhi tabiat manusia. Kemudian lebih elok sedikit adalah ikan-ikan kecil dilaut (termasuk jenis ikan bilis, sardin, kembong, selar, kerisi dan sebagainya) walaupun sebenarnya ia dikatakan 'ikan bodoh' kerana bergerak secara kelompok yang besar diantara 100 - 500 ekor sekumpulan. Jika pihak ikan yang berada hadapan sekali salah "memandu" kelompoknya maka semua ikan yang lain akan masuk pukat. Ia jika dibandingkan dengan jenis ikan sungai yang lebih cerdik seperti ikan keli, haruan dikatakan lebih bijak mencari makan seorang diri dan mampu melindungi diri dari pemancing dan memang ada ia dilaporkan lebih banyak khasiat jika dimakan. Paling dibawah adalah jenis haiwan di darat seperti ayam daging atau digelar sebagai 'ayam karan' yang selalu  disuntik hormon atau bahan steroid agar cepat membesar. Ayam daging hanya ambil masa masa 30 hari didalam reban sempit kurang bergerak cergas untuk sedia dimakan. Ayam daging memang tidak mempunyai keluarga ayam dimana tanpa mengawan serta tanpa melawan atau berjuang mempertahankan kawasan. Ayam ini kalau pun uniknya kalau terjumpa ular sawa samada dia buat tidak kenal atau akan mudah serah diri awal-awal.

Agak unik penulisan dalam facebook ini dengan bahasanya yang bersahaja apabila dakwanya haiwan yang cerdik sedikit adalah haiwan berkaki empat (ruminan) yang bergerak lambat dimana walau pun dilihat nampak malas tapi rajin jika dipukul pada punggungnya. Haiwan ini adalah jinak dimana selalu akan ianya dipelihara tuannya seperti lembu, kerbau dan kambing. Walaupun ia tidak secergas haiwan liar dihutan tetapi ia masih maenjadi kesukaan penternak. Kambing cergas sedikit cara pergerakannya dimana ia ada banyak khasiat walaupun hamis bau badannya. Penulis facebook dakwa haiwan yang amat cerdik, istimewa dan menjadi buruan raja-raja pada zaman dahulu ialah jenis haiwan berkaki 4 yang hidup liar di hutan. Ia bergerak sejauh lebih 50km setiap kali waktu malam hari baru menjelma. Haiwan buruan tersebut adalah seperti rusa, pelanduk, napoh, kancil, kambing hutan, sebukit (kambing bukit) dan sebagainya yang biasanya amat cergas mencari makan, amat sensitif deria dengar, bau dan firasat. Biasanya semakin cerdik ia melarikan diri dari kepungan askar istana maka akan semakin ia disukai raja untuk dijadikan hidangan. Tabiat ini diharap akan mempengaruhi pemikiran raja untuk menyusun strategi mempertahankan negara dari ancaman musuh. Bagaimana pun haiwan yang lebih cerdik, cergas dan sensitif deria adalah haiwan berkaki dua iaitu unggas seperti burung merpati, burung wak-wak, itik belibis, ayam hutan, burung punai yang hidup liar di hutan. Haiwan jenis ini sangat luas pengalamannya kerana ia hidup bebas terbang kemana-mana yang disukai. Akan tetapi apabila difikirkan dengan mendalam dimana semua haiwan unggas ini apabila makan ia akan memberi tumpuan mereka ke bawah berbanding dengan ciri pada pokok yang makan tetapi pucuknya sentiasa melihat ke langit. Falsafah pokok amat tinggi dengan ciri kebaikannya banyak serta ia menjadi payung ketika panas terik, tempat bersandar bagi musafir, menghidangkan buah kepada banyak manusia dan haiwan. Bila sampai umur pula akan ada dahan digugurkan sedikit demi sedikit dan tidak mencemarkan alam dengan bau bangkai. Pun begitu kemudian pokok tua dimana jasadnya digunakan orang untuk ditebang dan dibuat perabut dan jambatan. Mereka yang vegetarian tentu faham rahsia kehebatan pokok dan tumbuhan dan tidak memakan daging. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BURUNG RUAK-RUAK... DILINDUNGI AKTA...
BERBUNGI KUAT... MAGHRIB WAKTUNYA...
HAIWAN DIMAKAN... DIBURU MANUSIA...
BACA ARTIKEL... TAHNIAH PENULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
House No 6, Little Kampong Studio,
Kampong Banjar, Teluk Intan,
Perak,
Malaysia.
(28 Rejab 1444H).

Tuesday, February 21, 2023

SEPERTI BERTIH GORENG - KAITAN PERTANIAN

Peribahasa SEPERTI BERTIH GORENG merupakan salah satu peribahasa Melayu yang telah lama digunakan dimana ia berkaitan dengan makanan iaitudari biji jagung di goreng menjadi 'bertih goreng'. Bertih merupakan bijirin kering yang dipanaskan (digoreng) seperti biji jagung, biji millet, biji beras dan sebagainya. Semasa dilakukan aktiviti ini sifat bertih ini ialah apabila ia dipanaskan contohnya digoreng dimana ia akan mengembang dan meletup-letup kerana ada bahagian lembut di dalamnya yang mengembang dan memecahkan dinding luar yang nipis. Ciri ini wujud pada bijirin untuk proses pertumbuhan jika ia ditanam. Pada penulis blog mendapati dimana proses menggoreng bertih tentunya melibatkan akan kuantiti bijirin (jagung) yang banyak. Bertih yang dimaksudkan dalam peribahasa ini pastinya adalah bertih beras atau jagung kerana ia lebih sinonim dengan masyarakat Malaysia. Apabila digoreng dalam kuantiti banyak maka akan berlakulah letupan-letupan kecil terhasil dalam kuali menggoreng yang tertutup banyak dan laju. Situasi ini menyebabkan ia sesuai untuk menggambarkan 'percakapan' atau 'bunyi' yang bertalu-talu tanpa henti yang didengari. Kalau dikaitkan dengan perbuatan bagaimana cara percakapan tentunya untuk gambarkan seseorang yang suka membebel, manakala kalau untuk gambarkan aksi tembak-menembak mmaka ia tentunya kena laju seperti menggunakan mesingan. Di masa kini jika ada penjaja jual jagung pop corn tentunya pembaca blog boleh ingat dan lihat bagaimana proses pembuatan popcorn yang memang ia akan meletup dan mengembang bertalu-talu. Apa pun selalunya ciri-ciri letupan ketika menggoreng bertih adalah kecil dan halus sahaja dimana ini sesuai menggambarkan situasi yang tidak berapa gegak gempita. Merujuk kepada sumber dimana maksud peribahasa seperti bertih digoreng adalah 'percakapan yang petah' atau 'becakap tidak berhenti-henti' atau pun 'mengomel atau membebel' atau pun 'bunyi bising yang bertalu-talu'.  Bagaimana pun untuk memahami peribahasa ini bolehlah terlebih dahulu mengenali apa itu bertih iaitu sesuatu bijirin yang kering seperti jagung dan beras yang meletup-letup dalam kuali semasa digoreng. Contoh ayat 'Hasan terpaksa melarikan diri ke kolam ikan untuk memancing kerana dia sudah tidak tahan apabila isterinya suka membebel seperti bertih goreng setiap kali mereka jumpa dirumah'. Artikel petang Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan bertih jagung dan popcorn yang berkait dengan peribahasa seperti bertih goreng dalam aspek teknologi pertanian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


POPCORN
atau BERTIH JAGUNG merupakan sejenis makanan ringan berasaskan Jagung (Zea mays) yang yang digoreng dengan memanaskan biji jagung yang meletup dari 'kernel'nya dimana ia mengembang apabila dipanaskan. Di negara Malaysia mudah membeli popcorn dikawasan kompleks membeli belah atau pun dipasar malam. Sejarah pembuatan bertih jagung pada asalnya dijumpai oleh Orang Asli Amerika tetapi kini menjadi popular sebagai makanan ringan diseluruh dunia terutama dikalangan kanak-kanak dan remaja. Popcorn dikategorikan sebagai 'junk food' oleh sesetengah saintis permakanan walau pun ia mempunyai khasiat permakanan yang khusus. Jagung popcorn agak berbeza dengan jagung manis atau jagung bijirin makanan haiwan dari segi bentuk, warna dan juga saiz serta ciri ia untuk mengembang dan meletup dalam oven. Jagung ini mampu mengembang kerana kernalnya memiliki rangka lembab yang keras dan isi berkanji padat. Apabila dipanaskan ini akan membenarkan tekanan meningkat dalam kernel sehingga menghasilkan letupan "pop" dan ia pecah. Jenis jagung ini ditanam khusus sebagai untuk bertih atau khusus untuk popcorn. Makanan ini sering dimakan ketika menonton wayang dipanggung wayang diseluruh dunia dan merupakan antara lokasi pemasaran popcorm yang paling strategik. Terdapat banyak teknik bagi menghasilkan bertih jagung. Paling mudah adalah dengan menggunakan mesin popcorn yang dijual dipasaran. Sejarah telah mencatitkan mesih bertih jagung berskala perdagangan dicipta oleh Charles Cretors pada akhir abad ke-19. Sila baca tulisan saya mengenai popcorn dengan pautan berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Banyak jenis mesin popcorn kecil dijual dikedai dimana ia sesuai untuk menghasilkan popcorn sendiri di rumah bagi hidangan untuk ahli keluarga. Mesin ini merupakan mesin yang mudah digunakan, tahan lama dan jenis mudahalih, Jika hendak menjadikan perniagaan popcorn sebagai mata pencarian memang sesuai gunakan mesin ini. Pemerhatian saya mendapati popcorn sebagusnya dimakan selepas dimasak kerana ia masih rangup. Ia perlu dibungkus dengan bekas pembungkusan yang kedap udara untuk proses penyimpanan yang lebih lama. Popcorn memang tidak enak dimakan apabila sejuk kerana lembik dan tidak rangup lagi. Penjual perlu membungkus dengan kemas dan label yang menarik untuk menarik perhatian pembeli. Kini penjualan popcorn telah diubahsuai dengan pelbagai perisa lain seperti vanila, strawberri, oren dan sebagainya. Perasa ini juga menarik minat golongan tersebut dalam memasarkan popcorn.


Jagung popcorn ditanam untuk tujuan menghasilkan biji jagung yang mana ia mengandungi bahan kanji tinggi dan akan 'meletop' apabila dipanaskan dalam kuali. Kebanyakan makanan ringan atau snek biasa mengandungi banyak lemak, gula dan natrium dimana jika ada pengambilan terlalu banyak makanan ini didakwa boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu bagi penulis blog memilih makanan yang sihat untuk kudapan adalah sama penting dengan memilih makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.Oleh itu untuk mengelakkan berat badan bertambah kita elakkan makan snek. Jadikan kudapan sebahagian daripada amalan pemakanan keluarga setiap hari. Bekalkan snek yang sihat kepada anak anda untuk dibawa ke sekolah setiap hari dimana ini boleh mengurangkan kemungkinan mereka membeli snek yang tidak sihat daripada penjaja tepi jalan selepas waktu sekolah. Sebaiknya bawa snek sihat ke tempat kerja untuk mengelakkan kelaparan dan membekalkan tenaga apabila bekerja hingga lewat petang atau malam. Pastikan memilih snek yang rendah kalori. Kurangkan jenis makanan manis dan berlemak dan yang masin seperti kerepek kentang boleh menyahhidratkan anda. Makanan ini hendaklah diambil secara sederhana atau terhad. Tabiat makan snek atau kudapan untuk mengalas perut antara waktu makan sudah menjadi cara hidup masyarakat Malaysia di rumah, di tempat kerja dan sebelum tidur!. Hampir semua orang mengambil snek sekurang-kurangnya sekali sehari. Makanan snek yang sihat menambah serat dan nutrien ke dalam diet tanpa menambah kalori yang tidak diingini. Malah, ia boleh memberi tenaga sepanjang hari dan mengelakkan daripada makan berlebihan pada waktu makan. Kanak-kanak mendapat lebih manfaat daripada snek yang sihat, kerana mereka lazimnya tidak mendapat khasiat secukupnya daripada makanan yang diambil tiga kali sehari.


Peribahasa 'Seperti Bertih Goreng' sesuai dikaitkan bagaimana resepi untuk membuat bertih jagung sendiri dirumah. 
Antara bahan-bahan asas yang perlu disediakan adalah 1 sudu besar mentega2 sudu besar minyak masak, jagung kering secukupnya, garam secukup rasa, Tambah Karamel (pilihan optional), 1 sudu mentega atau margerin, 3 - 5 sudu besar gula pasir (ikut suka atau banyak mana pop corn yang ada), Serbuk Coklat (Optional) dan juga sebanyak 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka banyaknya). Cara membuatnya dengan memanaskan mentega dan minyak dalam periuk yang ada tutup cermin (Sila lihat fotoo diatas). Disyorkan agar cara kawal api dimana pada mulanya guna api kuat untuk panas kan minyak dan butter dalam 2 minit lepas turunkan api sedikit demi sedikit. Proses seterusnya adalah memasukkan biji jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dengan jumlah minyak dan butter yang dah cair tadi. Pastikan kemudian kuali ditutup rapat. Sebaiknya ditunggu beberapa minit dan akan dengar bunyi "pop - pop" dengan kuat dan rancak. Bila bunyi sudah berhenti maka dengan cepat-cepat dikeluarkan pop corn tersebut dari kuali. Apa pun jagung popcorn boleh dapat penuh satu periuk Langkah terakhir adalah menaburkan garam secukupnya untuk tambah perisa tetapi kalau hendak buat karamel tidak payah tabur garam. Masukkan kedalam bekas dan sedia untuk dihidangkan. Bagi yang suka buat popcorn Karamel maka perlu dicairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat akan tetapi perlu berhati-hati kerana bahan karamel caie adalah panas boleh melecur kalau kena tangan. Bagi resepi membuat Popcorn Coklat pula dengan mencairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dengan semua popcorn yang sudah disalut karamel. Cara ini membolehkan ia menjadi caramel popcorn bersalut coklat yang enak dimakan suam panas. Semuga pembaca blog anim agro technology dapat fahami kaitan antara teknikal bertih jagung dengan peribahasa 'seperti bertih jagung' yang maksudnya sudah dijelaskan diatas. Wasallam!!!...
SEPERTI BERTIH JAGUNG... APA DIA...
BERTIH BERAS.. JARANG DENGARNYA...
POPCORN.. DIJUAL DIMANA-MANA..
BUAT SENDIRI... MUDAH RESEPINYA...  

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 321-322, The Upper House,
Bandar Baru Casia, Simpang Ampat,
Pulau Pinang,
Malaysia.
(29 Rejab 1444H).

Monday, February 20, 2023

HOBI SUKA IKAN HIASAN

HOBI BELA IKAN HIASAN
merupakan salah satu hobi yang bagus untuk memberikan ketenagan kepada mereka ketia penat bekerja dan melihat ikan berenang dalam akuarium. Apa pun ikan hiasan ialah ikan yang dijadikan sebagai hiasan di dalam sesuatu tempat seperti rumah, pejabat, sekolah dan kawasan pelancongan. Di Malaysia yang juga satu negara yang maju dari bidang perikanan dan mempunyai pelbagai jenis ikan hiasan yang menarik memang mudah mendapatkan ikan hiasan dan ada pelbagai jenis. Terdapat ikan hiasan yang kecil dan juga ikan hiasan yang besar sama ada dari spesis ikan air tawar atau spesis ikan air masin atau air laut. Kalangan pakar terapi ada menyatakan dimana melihat ikan bergerak di rumah adalah salah satu t
erapi terbaik dan mungkin paling mudah dilakukan ialah dengan memelihara ikan hiasan. Biarpun seekor ikan gapi sahaja yang dibela dalam balang kecil namun kesannya ia cukup melegakan minda pemiliknya. Ada pemilik ikan hiasan yang berjam-jam melihat ikan hiasannya dan sanggup melaburkan wang yang banyak untuk tujuan tersebut. Tarian dan gerakkan ikan-ikan ini seperti spesis ikan pelbagai warna, sirip atau ekor panjang yang memantulkan warna keemasan pada sisiknya membuat seseorang lupa akan masaalah dihadapinya. Ia memang sesuatu yang mampu membanu mendamaikan jiwa. Jika mahu mencari ketenangan seseorang itu boleh sahaka memerhatikan ikan kecil berenang ke sana-sini yang seolah-olah pemikiran akan berkhayal dalam dunianya sendiri. Apa pun memang hobi memelihara ikan hiasan sudah lama bertapak di Malaysia. Perhatikan saja rumah kenalan atau saudara-mara yang dikunjungi memang ada kalangan mereka atau segelintir mereka memiliki akuarium biar kecil sekalipun. Apa pun hobi memelihara ikan hiasan bukan saja dapat memberi nilai positif terutama kepada si kecil mengenai rasa sayang kepada ikan atau hidupan laut malahan ia juga akan mengajar erti tanggungjawab apabila ikan perlu dijaga, ditukar airnya serta diberi makan apabila tiba masanya. Bagi individu yang mengikuti perkembangan hobi ikan hiasan dimana mereka pasti ternanti-nanti kewujudan spesies ikan hiasan baru untuk dipelihara. Sebagai contoh dimana pada satu waktu dulu dimana spesies ikan arowana yang boleh mencecah RM50,000 seekor yang mana ia telah mencetus fenomena di kalangan pencinta ikan hiasan. Mereka sanggup berhabis wang beratus-ratus ringgit bagi mendapatkan anak ikan arowana dan memeliharanya sehingga matang. Ada yang menjadikan hobi memelihara ikan arowana sebagai sumber pendapatan. Bayangkanlah kerana jika harganya menyamai sebuah kereta baru  ramai akan tertarik untuk memelihara dan menjual spesies ikan ini yang tidaklah sukar untuk dipelihara di rumah. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta hobi membela ikan hiasan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Setiap mereka yang ada hobi membela ikan hiasan dalam akuarium perlu mempunyai ilmu terutama dalam cara menguruskannnya termasuk bagaimana m
enghias akuarium. Pada penulis blog yang banyak kali membela ikan hiasan sejak dulu tahu dimana fungsi akuarium bagi kebanyakan pemilik hanya sebagai habitat bagi ikan atau hidupan akuatik peliharaan. Hobi yang unik boleh diceburi peminat ikan hiasan dan hidupan akuatik menerusi aquascape nyata perlu dipelajari dan cabang ilmu yang menarik perhatian. 'Aquascape' adalah seni menghias tanaman dalam air atau akuarium dengan menyusun atur tanaman akuatik, kayu, batu dan sebagainya dengan menerapkan nilai estetika tersendiri. Bagi penggiat aquascape dengan dimana keindahan seni hiasan akuarium libatkan faktur kreativiti dan sentuhan kreatif susun atur aquascape agar ia menyerupai habitat semula jadi untuk hidupan akuatik. Ia dihasilkan agar dapat dilihat sebagai ciptaan reka bentuk aquascape menarik seperti pemandangan alam semula jadi yang menjadi habitat kepada hidupan akuatik. Ia sesuai dengan kehidupan akuatik yang sesuai dipelihara dalam aquascape terdiri dari bahan iaitu pelbagai spesies tumbuhan akuatik serta aspek penjagaan pokok akuatik dan kaedah mengekalkan ekosistem hidupan akuatik dalam akuarium. Apa pun lazimnya bidang atau cabang baharu ini turut berpotensi buat peminat tegar hidupan akuatik dan marin dimana ia sekali gus memberi nilai tambah kepada hobi sedia iaitu memelihara ikan atau hidupan air hiasan. Para peminat atau hobi ini tidak tertumpu hanya kepada pemelihara ikan sahaja kerana aquascape boleh menjadi sebahagian daripada reka bentuk dalaman sesebuah rumah, pejabat atau kafe. Selain memberi ekosistem baik kepada pilihan akuatik dan marin yang dipelihara, pemandangan landskap dari dalam air turut memberi satu perasaan menyenangkan setiap kali pemilik memandang akuarium aquascape. Bagaimana pun seni hiasan dalam air itu juga perlu membuat 'pelaburan' bagi menyediakan akuarium aquascape. Penggiat aquascape perlu membelanjakan kos persiapan antara RM300 hingga ribuan ringgit bergantung kepada saiz akuarium, kehidupan akuatik dan teknologi digunakan sehingga material tambahan seperti batu serta kayu. Apa yang lebih penting ada cara bina sistem pencahayaan, sistem karbon dioksida dan pilihan tanah yang sesuai digunakan tumbuhan akuatik. Merawat air juga sangat penting supaya air itu sesuai dengan hidupan akuatik. Ada kalanya lampu membantu memberi pencahayaan baik kepada tumbuhan akuatik yang juga memerlukan cahaya. Dari segi skil juga diperlukan bagi sentuhan kreatif untuk kerja dalam menyusun atur atau mengolah kayu dan batu untuk menghasilkan sebuah akuarium yang menyerupai habitat semula jadi untuk hidupan akuatik. Dalam aquascape bukan sahaja memelihara ikan sahaja malahan ia juga menjaga tumbuhan akuatik pelbagai spesies, bentuk dan warna. Apa pun dilaporkan ada banyak jenis pokok akuatik iaitu lebih dari 2,000 spesies. Antara yang popular ialah Bolbitis diffomis dan Bolbitis heudilotti. Skill individu perlu diperkemaskan dalam menangani isu amalan baik atau mengekalkan ekosistem aquascape. Sebaiknya gunakan sistem penapisan air yang berkualiti dan berkapasiti besar untuk bakteria baik berkoloni. Bakteria baik dalam sistem penapisan air berfungsi ddalam menguraikan sisa buangan dari hidupan akuatik menjadi bentuk nutrien yang boleh diserap tumbuhan akuatik sebagai baja. Sistem pencahayaan baik juga perlu digunakan dengan penggunaan lampu khusus untuk pertumbuhan pokok. Cara penukaran air sebanyak 30 -  50% biasanya perlu dilakukan seminggu sekali untuk mengekalkan kejernihan dan kebersihan air.

Banyak yang menyatakan dimana '
Hobi bela ikan akan membantu tenangkan jiwa'  seperti dilaporkan oleh pakar jiwa dan peminatnya. Dalam kajian yang dijalankan dimana dilaporkan hobi membela haiwan akuatik kini menjadi ikutan apabila melalui hobi tersebut ia mampu membawa ketenangan diri kepada sang pembela selain membantu dalam menaikkan seri rumah sebagai hiasan. Sebagai contoh didakwa ada seorang peniaga ikan hiasan CS Sim dakwa haiwan tersebut bukan sahaja boleh dijadikan hobi semata-mata tetapi turut membantu dalam mencapai ketenangan apabila dihimpit dengan tekanan hidup. Dia yang juga peniaga ikan hiasan dakwa kedai ikannya juga adalah warisan daripada ayahnya dimana dia mula menjual ikan sejak umur 17 tahun di sini dan sekarang sudah berumur 70 tahun dimana sudah menjadikan kedainya sudah berbakti selama 53 tahun kepada pelanggan. Dia dakwa ada kalangan pelanggannya yang menyatakan tekanan dalam hidup akibat daripada kerja dan sebagainya hilang selepas melihat haiwan akuatik yang dibeli. Kesannya adalah sesiapa pun akan berasa tenang apabila melihat keadaan akuarium dengan keberadaan haiwan tersebut. Pelanggan dapat mencari dan membeli pelbagai variasi ikan dengan harga yang berpatutan. Antara ikan yang popular ialah arowana, guppy, ikan emas, koi dan ikan laga. Terdapat juga, aquarium atau hiasan-hiasan lain dijual untuk pelanggan menghias sendiri akuarium mereka. Lazimnya banyak variasi ikan yang ditawarkan kepada pelanggan daripada harga serendah RM3.50 hingga RM200 seekor malah petua atau maklumat turut disalurkan kepada mereka agar ikan dibeli menepati citarasa. Apa pun memang ada bermacam-macam jenis ikan hiasan dijual dimana kalangan sesetengah orang membela untuk hiasan rumah tetapi ada juga yang menjadikan haiwan tersebut sebagai peneman hidup terutama setelah penat apabila balik kerja kita boleh tengok akuarium untuk berehat. Membela ikan juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan jika tahu cara untuk melakukan proses pembiakan. Hobi ini ada banyak untungnya bukan sekadar hiasan semata-mata. Ramai mereka yang ada ikan hiasan apabila melihat ikan berenang-renang dalam akuarium  seolah-olah macam ikut sama dengannya dan terpukau  jadi rasa seronok. 


Betul dakwa ramai pemilik ikan hiasan yang amalkan konsep iaitu '
Renangan bawa ketenangan' untuk dikongsikan. Apa pun perasaan 'Tenang' adalah satu perasaan yang boleh digambarkan melihat kelibat sekumpulan ikan 'glofish' dan ikan guppy cantik yang sedang berenang di dalam akuarium. Apa pun tarikan ikan hiasan ini pasti pada warna yang mampu mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Ikan ini dilihat sangat menarik apatah lagi aktif berenang secara berkumpulan. Penggunaan lampu putih dan biru dalam akuarium juga dapat menyerlahkan warna ikan yang terdiri daripada pelbagai warna termasuk merah, kuning, hijau dan sebagainya. Apa yang lebih menarik, sentuhan seni landskap akuarium atau lebih dikenali sebagai akuaskap menggunakan tumbuhan akuatik, tunggul kayu dan batu oleh pemiliknya menjadikan seolah-olah ikan ini sedang berenang di sebuah taman air.  Melihat ikan ini berenang memberi terapi dan ketenangan yang cukup berkesan sehingga tidak menyedari masa berlalu dengan pantas. Memang tidak hairan jika ikan hiasan tertentu menjadi pilihan dalam kalangan peminat ikan sebagai terapi dan sebahagian pelengkap dekorasi rumah. Sebagai cintoh warna ikan yang kuat dan garang kini menarik apa lagi kalau ada lampu terang. Contohnya jika ada dipasang lampu berwarna biru maka dilihat kecerahan warna ikan ini seolah-olah dapat 'dinaikkan' lagi. Sementara lampu putih pula membantu ikan ini dapat memantulkan kembali cahaya itu. Ada jenis ikan hiasan yang mana ia mempunyai banyak warna iaitu hitam, putih, hijau, kuning, ungu, merah jambu, biru dan merah.  Ada ikan hiasan yang bergerak solo tetapi banyak juga yang memppunyai karakter yang 'suka berkawan' dan sering bergerak aktif secara berkumpulan. Penjagaan ikan ini juga sangat mudah namun kebersihan air perlu dititikberatkan supaya ikan aktif dan sihat. Bagaimana pun air perlu bebas daripada klorin dan kawalan amonia dan nitrat perlu dilakukan dengan kaedah menggunakan bakteria baik yang diletakkan di dalam penapis. Konsep aqascape yang menggunakan tumbuhan akuatik sebagai hiasan seperti anubias, java fern dan cabomba dapat membantu menyerap amonia ini dan mengurangkan kekerapan menukar air. Dalam kawal makanan penggunaan  palet yang pemberiannya gergantung kepada jumlah ikan. Apa yang penting kekerapan memberi makanan perlu dikawal untuk mengelakkan lebihan (makanan) membentuk amonia sekali gus memberi kesan kepada air dan kesihatan ikan.  Pada masa sama, saiz akuarium yang digunakan juga perlu diambil kira bergantung kepada jumlah ikan yang dipelihara.  Saiz akuarium dan jumlah ikan yang tidak sesuai boleh menyebabkan peningkatan amonia. Ada jenis ikan hiasan yang mana ia tidak terlepas daripada serangan penyakit seperti 'white spot' dan 'drop eye.' Antara puncanya adalah suhu air terlalu sejuk sehingga mengakibatkan pertumbuhan alga yang boleh beri kesan kepada ikan. Apabila melihat ikan tidak aktif, saya akan asingkan sebelum diberikan ubat dan dikuarantinkan sehingga ia pulih sepenuhnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN HIASAN... POPULAR DIANYA...
BANYAK PILIHAN... BELI YANG SUKA...
BERIKAN KETENANGAN... BAHAGIA...
SATU INDUSTRI... TERAPI JIWA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 Rejab 1444H).
Posted from,
Room 321, The Upper House,
Simpang Empat, Penang.

Sunday, February 19, 2023

PENYAKIT ZOONOTIK - APA DIA?

PENYAKIT ZOONOTIK
 adalah penyakit bawaan haiwan yang mana ada yang boleh menjangkiti manusia. Kesan daripada jangkitan ini memberi kesan kepada kesihatan manusia. Apa pun pada penulis blog dimana pada kebiasaannya penyakit ini memberi kesan yang lebih teruk kepada golongan kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang mempunyai tahap imuniti yang rendah. Lazimnya penyakit zoonotik ini boleh terdiri daripada jenis bakteria, kulat dan parasit. Penting semua orang untuk memahami dan mengetahui sebagai pemilik haiwan peliharaan dan pets untuk lebih peka dengan masalah kesihatan haiwan ini kerana ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia juga. Dalam beberapa penulisan di buku dimana perkataan 'zoonotik' lebih terkait dengan '
Zoonosis' iaitu keadaan jangkitan yang mana ia disebarkan di antara haiwan vertebrata dan manusia atau sebaliknya. Zoonosis mendapat perhatian secara global dalam beberapa tahun terkini baik mengenai epidemiologi, pandemik dimana asas kepada cara atau mekanism penghantaran penyakit dari haiwan ke manusia, diagnosa, pencegahan serta kaedah kawalan sesuai. Zoonosis  atau zoonose adalah perkara yang merupakan sebarang penyakit berjangkit yang boleh menular antara spesies (dalam sesetengah kes, melalui vektor) dari haiwan pada manusia atau dari manusia pada haiwan (yang kemudian kadangkala dipanggil zoonosis songsang atau anthroponosis). Dalam kajian saintis dimana ia merangkumi 1,415 patogen yang diketahui boleh menjejaskan manusia dimana sebanyak 61% adalah zoonotik. Kemunculan pathogen pada spesies hos baru dikenali dizaman moden ini ia dikenali sebagai pencerobohan penyakit. Dalam pada itu terkini dimana kemunculan bidang silang-displin bagi tujuan perubatan konservasi yang mana konsepnya adalah untuk menyatukan perubatan manusia dan veterinari dan sains persekitaran, kebanyakannya berkenaan zoonoses semakin berkembang. Artikel pada petang Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenaii apakah yang perlu pembaca faham mengenai zoonotik untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Dalam bharian.com artikel bertajuk '
Awasi punca penyakit Zoonotik daripada haiwan peliharaan' amat sesuai dikongsikan dan ditulis semula. Kini di Malaysia kebanyakkan haiwan peliharaan dan haiwan lain seperti hamster dan tikus membawa penyakit bakteria saluran usus yang didakwa ia menyebabkan penyakit seperti demam tifoid, keracunan makanan dan radang usus. Penyakit seperti Sporotrikosis      iaitu sejenis jangkitan kulat yang terdapat pada kucing misalnya dilaporkan ia boleh berpindah kepada manusia dalam bentuk kudis sekiranya tidak berhati-hati ketika menyentuhnya. Ramai kalangan orang yang sronok membelai haiwan peliharaan seperti kucing, hamster atau sugar glider yang gebu tetapi awas kerana di sebalik kecomelan haiwan ini tersembunyi bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sekiranya tidak berhati-hati dalam penjagaan berkaitan kebersihan khususnya selepas menyentuh haiwan ini maka ia boleh mengundang risiko penyakit berjangkit. Menurut seorang Pensyarah Kanan Biokimia Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM)  Dr Mohd Mokrish nyatakan dimana haiwan peliharaan dan haiwan perosak yang berkeliaran di rumah seperti tikus, berisiko membawa bakteria yang menyebabkan penyakit zoonotik. Penyakit zoonotik adalah jangkitan yang dijangkiti daripada haiwan kepada manusia oleh bakteria, virus, parasit serta kulat yang boleh mengganggu sistem tubuh manusia. Lazimnya kesan jangkitan menyebabkan gangguan kesihatan yang menimbulkan gejala seperti demam, keracunan makanan malah membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan betul dan segera. Ada ramai orang memandang remeh penyakit zoonotik kerana serangan itu jarang berlaku terutama membabitkan haiwan peliharaan walaupun pada hakikatnya boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Sebagai comtoh dimana isu Sporotrikosis iaitu sejenis jangkitan kulat yang terdapat pada kucing misalnya, didakwa ia boleh berpindah kepada manusia dalam bentuk kudis sekiranya tidak berhati-hati ketika menyentuhnya. Apa pun penulis blog pernah dimaklumkan dimana kebanyakan haiwan peliharaan dan haiwan lain seperti hamster dan tikus membawa penyakit bakteria saluran usus yang menyebabkan penyakit seperti demam tifoid, keracunan makanan dan radang usus. Bakteria ini dikeluarkan melalui najis haiwan terbabit yang boleh merebak ke kulitnya dan menular kepada sarang dan permukaan perabot rumah. Jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang mempunyai luka dan menyentuh haiwan ini atau melalui makanan yang terdedah dan tercemar dengan bakteria ini. Kepada semua pembaca sebaiknya elakkan dari memelihara haiwan pet ini untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria kepada keluarga.


Segelintir individu yang dijangkiti bakteria tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala sebaliknya hanya mengalami demam tetapi boleh memberikan kesan buruk ke atas buah pinggang. Selalunya akibat tidak menunjukkan sebarang petanda dijangkiti dimana kebanyakan kes tidak dapat dikesan oleh doktor dan menyebabkan yang mangsa akhirnya meninggal dunia. Dilaporkan diantara kes jangkitan bakteria yang kerap berlaku adalah jangkitan Kencing tikus (Leptospirosis) yang membabitkan kematian selepas terdedah dengan bakteria berkenaan. Langkah penting bagi elakkan kes ini adalah sentiasa amalkan kerja penjagaan kebersihan dalam menguruskan haiwan peliharaan di rumah termasuk memastikan haiwan berkenaan mendapat suntikan vaksin selain sentiasa memastikan rumah sentiasa dibersihkan. Selalu kes kencing tikus dilaporkan dikawasan perkhemahan dan piknik di air terjun, kawasan rekreasi dan sebagainya. Pastikan makanan di rumah tidak terdedah dan juga pastikan susu segar sama ada daripada lembu atau kambing di rebus sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum. Penulis blog merujuk beberapa bulu dimana kini ada terdapat lebih 200 penyakit zoonotik mengikut senarai WHO. Paling teratas kedudukkannya di Malaysia adalah Penyakit cakaran kucing yang mana ia berpunca berpunca daripada Bakteria Bartonella. Manusia akan dijangkiti selepas dicakar, digigit kucing atau terkena air liur kucing (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya jenis bakteria ini lebih banyak didapati dibawa oleh anak kucing berbanding kucing dewasa. Antara gejala penyakit ini dimana ada kejadian Luka (melepuh, benjolan) selepas tiga hingga 10 hari selepas jangkitan. I kemudian boleh menyebabkan masaalah demam (bagi sesetengah pesakit mengalami sakit kepala). Kelenjar limfa membengkak berhampiran kawasan cakaran atau gigitan (berlaku sehari hingga empat minggu selepas jangkitan). Apa pun dilaporkan dimana antara 
gejala lain termasuk juga penyakit imfa membesar dalam kes isu zoonotik ini dimana mangsa akan hilang selera makan, sakit tekak, berat badan menurun dan tahap imuniti yang kurang baik. Gejala lebih teruk dalam kalangan pesakit yang rendah sistem imun terutama bagi kanak-kanak, orang tua dan pesakit kronik lain terkesan. Dalam pada itu masaalaj jangkitan bakteria ada banyak jenis. Penyakit Leptospirosis boleh berlaku dimana cara jangkinab berlaku apabila air kencing tikus mengandungi bakteria leptospira ada dikawasan tumpuan manusia. Objek dan semua benda yang tercemar dengan air kencing seperti permukaan tanah dan air sungai atau air terjun memang mudah bagi bakteria menyebar. Tanda serangan adalah dengan adalnya gejala dimana dalam fasa 1 dikesan gejala seperti sakit kepala, sakit otot, sakit mata dengan silau, rasa dingin dan demam. Dalam fasa 2 pula berlaku demam dengan tegang pada leher, radang saraf, mata, otak dan tulang belakang. Pesakit mengalami risiko yang dikaitkan dengan penyakit hati (jaundis) dan buah pinggang.

Dalam portal primamedia.com dilaporkan '
Zoonotik boleh berjangkit' seperti jika ada berlaku gigitan kucing dimana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia. DI Malaysia haiwan kucing adalah diantara yang biasa menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan kesayangan kerana ia mempunyai sifat mesra dengan manusia. Namun begitu sebagai pemilik sudah pasti semua perlu mengetahui mengenai isu kesihatan haiwan berkenaan terutama jika ia mampu menjangkiti manusia. Penyakit zoonotik adalah penyakit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia. Jangkitan ini memberi kesan kepada kesihatan manusia dan pada kebiasaannya penyakit ini memberi kesan yang lebih teruk kepada golongan kanak-kanak, warga emas dan pesakit yang mempunyai imun rendah. Penyakit zoonotik ini boleh terdiri daripada jenis bakteria, kulat dan parasit. Sebaiknya sebagai pemilik semua embaca blog perlu peka dengan masalah kesihatan haiwan ini kerana ia berkemungkinan boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia. Antaranya termasuk Penyakit Cakaran Kucing yang berpunca daripada bakteria Bartonella henselae. Selalunya insiden berlaku apabila jangkitan ini iaitu selepas dicakar, digigit kucing yang dijangkiti bakteria ini. Antara gejala adalah seperti Luka (melepuh, benjolan) antara 3 - 10 hari selepas jangkitan, demam dan sakit kepala. Ada kes dimana berlaku kelenjar limfa membengkak sama ada berhampiran kawasan cakaran atau gigitan (berlaku sehari hingga empat minggu selepas jangkitan). Mangsa boleh hilang selera makan, sakit tekak dan berat badan menurun. Apa pun gejala lebih teruk boleh berlaku dalam kalangan pesakit yang rendah sistem imuniti badan seperti kanak-kanak, orang tua dan pesakit kronik lain. Ada persoalan bagaimana kucing boleh dpat penyakit ini kerana pada kebiasaannya kucing dapat penyakit ini dari kutu, bergaduh dengan kucing lain atau melalui pemindahan darah. Cara untuk mengelakkan kucing kita dari dijangkiti penyakit ini adalah dengan pastikan selalu hanya memelihara kucing 'indoor' di dalam rumah, sentiasa  mempastikan kawalan kutu dijalankan dengan rapi dan juga pastikan jika kucing yang kita tidak pasti status ubat kutu dan sejarah kesihatan elakkan daripada terkena cakaran dan gigitan (gunakan cara pengurusan kucing yang lebih rapi). Penyakit ke dua berkaitan kucing adalah Penyakit  Sporpthricosis yang disebabkan oleh kulat itu adalah iaitu Sprothrix. Ia boleh berjangkit kepada manusia melalui cakaran kucing yang mempunyai gejala sporothricosis. Tanda-tanda klinikal pada kucing yang mempunyai sporothricosis adalah banyak luka di badan dan berlaku penambahan luka secara mendadak di atas kucing itu. Cara kenal pasti penyakit ini pada kucing adalah melalui pemeriksaan mikroskop dan lihat kewujudan sporo (spora) kulat ini. Rawatan pada kucing adalah memberi ubat kulat sehingga kucing sembuh daripada luka. Sering kali rawatan ubat fungus ini diberikan beberapa minggu selepas luka kucing sembuh supaya semua spora ini hilang sepenuhnya. Tanda klinikal pada manusia adalah benjolan yang gatal dan kadang-kala berdarah. Jika terkena cakaran dari kucing sporothricosis anda perlu memberi maklumat ini kepada doktor yang merawat. Cara mengelakkan penyakit ini adalah dengan segera dibawa berjumpa doktor vaterinar untuk dignos kucing anda jika ada penyakit ini. Apa pun jika positif sporothricosis elakkan daripada memegang kucing itu dan cuba urus kucing secara minimal akan tetapi menjaga semua kebajikannya.

Penyakit ke 3 dari kucing termasuk Masaalah 
Ringworm iaitu ia merupakan nama diberi ia sentiasa berbentuk bulat dan kemerahan. Ia menyebabkan rasa sangat gatal dan pada kucing kita dapat lihat tompok-tompok bulu yang hilang. Mangsa perlu dibawa ke doktor veterinar untuk diperiksa kerana gejala pada manusia sama seperti pada kucing. Cara untuk manusia dapat mengelakkannya pastikan kucing kita tiada masalah ringworm jika sudah dijangkiti asingkan kucing itun dan beri rawatan seperti dicadangkan doktor veterinar sehingga sembuh sebelum kembalikan kucing kita kepada rutin asal. Kucing boleh kena ringworm kerana ia selalunya ada kontak rapat antara kucing yang mempunyai masalah ringworm lain. Ia juga berkait dengan keadaan persekitaran kucing selalu lembap menyebabkan mudah terkena jangkitan kulat. Masaalah Kecacingan yang disebebkan daripada kucing dimana ia juga boleh berjangkit kepada manusia terutamanya kanak-kanak. Apa pun lazimnya masaalah ini boleh berlaku apabila berlaku pengurusan kucing tidak dilakukan dengan betul. Pemberian ubat cacing secara kerap perlu diberikan kepada kucing kita untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Selain itu amalan sering mencuci tangan dan menjaga kebersihan diri juga amat penting bagi mengurangkan risiko penyakit ini. Perlu difahami dimana gejala kecacingan pada kucing seperti cirit-birit dan berak berdarah, menjadi kurus, hilang selera makan serta akan kelihatan cacing di najis atau di lubang dubur. Kucing tersebut juga mempunyai bulu kelihatan kusam dan kucing tidak aktif. Bagaimana kucing juga boleh terkena keana ia berjalan di atas pasir yang mempunyai telur cacing. Ia juga dijangkini dari ibu kucing yang mempunyai masalah kecacingan. Punca lain adalan kerana mengambil makanan mentah dan makanan yang tidak diproses dengan sempurna. Jangkitan juga melalui daripada kucing lain yang sedia ada masalah kecacingan melalui fecal oral route (najis termasuk ke mulut kucing). Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PENYAKIT ZOONOTIK... APAKAH DIA...
ASALNYA HAIWAN.. JANGKITI MANUSIA...
ELAKKAN SERANGAN...PERLU WASPADA...
MEMBELA KUCING ... BANYAK CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agriculturist,
House No 6, Little Kampong Studio,
Teluk Intan, Perak,
Malaysia.
(27 Rejab 1444H).

Saturday, February 18, 2023

NANAS BARU SARAWAK GOLD DILANCARKAN

NANAS BARU SARAWAK GOLD 1 (AC16)
telah dilancarkan di Miri, Sarawak pada 14 Febuari 2023 
di Pusat Pengumpulan TG Agro Fruits Sdn Bhd di Sungai Tukau, Miri. Tanaman Nanas (Ananas comosus) pada penulis blog merupakan satu jenis tanaman yang mempunyai potensi besar di Sarawak. Kini dengan adanya majlis pelancaran ini bermakna ia adalah merupakan satu lagi kejayaan negara apabila nanas ini iaitu varieti varieti baru yang ke-16 negara dikenali Sarawak Gold (SG1) didaftarkan dengan nombor AC16. Penulis blog pernah ada bekerjasama dengan Datok Yap pemilik ladang ini untuk awal proses pendaftaran varieti nanas ini yang menanam nanas secara komersial di Miri sejak 2 - 3 tahun lalu. Proses pendaftaran ini adalah kerjasama  bersama pasukan dari Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Pertanian Putrajaya dan juga pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Kini senario nanas khususnya di Sarawak boleh berubah kerana jika dahulu pekebun dan pengusaha nanas di Sarawak mungkin ketinggalan di belakang dari segi teknologi akan tetapi sekarang mereka sudah setara sama dengan ramai rakan-rakan pengusaha nanas dari Semenanjung Malaysia terutama dari segi pengurusan ladang setaraf estet. Beberapa media tempatan memang ada melaporkan bagaimana varieti nanas baharu negara yang ke-16 dikenali Sarawak Gold (SG1) dari Sarawak didaftarkan dengan nombor AC16 dilancarkan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak iaitu Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom. Turut hadir adalah Ketua Pengarah LPNM, Usahawan Tempatan dan juga pemberita. Nanas varieti SG1 mempunyai populasi kawasan penanaman di Sarawak sebagai tanaman tunggal (monokrop) dilancarkan di Ladang Nanas Sungai Tukau adalah satu lagi varieti nanas baharu SG1 secara rasminya didaftarkan pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Kini dengan selesainya proses pendaftaran dimana ia direkodkan sebagai salah satu dalam Senarai Daftar Varieti Tumbuhan Kebangsaan dengan nombor pendaftaran sebagai AC16 dengan singkatan nama SG1. Dari segi sejarah dimana pada tahun 2019, nanas varieti ini mula dibawa masuk dari Taiwan ke Miri, Sarawak dengan jambul ditanam dan dijadikan sebagai bahan tanaman di plot pembiakan benih di Kampung Riam Jaya dan sebahagian kawasan ladang di Sungai Tukau, Miri. Kemudian pada 2021, sulur nanas mula dikembangkan dan ditanam berperingkat secara komersil di Ladang Nanas Sungai Tukau, Miri di tanah berkeluasan 10 hektar oleh syarikat TG Agro Fruits Sdn Bhd yang merupakan syarikat bimbingan dan berdaftar di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sarawak pada 2021. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan bagaimana sudah ada satu b=varieti nanas basu iairu Sarawah Gold yang sudah dilancarkan untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Dilaporkan dimana pihak LPNM adalah optimis dengan perkembangan projek penanaman nanas di Sarawak dimana pekebun dan pengusaha ladang nanas di negeri ini sudah menunjukkan pencapaian memberangsangkan dan meningkat setara dengan rakan-rakan mereka yang agak lebih maju menanam nanas terutama di Semenanjung Malaysia. Pada masa ini sudah tidak menghairankan jika pada suatu hari nanti Sarawak mampu mengatasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar di negara ini dengan peningkatan produktiviti dan penambahan dalam penanaman nanas. Paling penting dimana Sarawak masih mempunyai kawasan tanah gambut yang lebih 2.1 juta hektar yag berotensi untuk dibangunkan dengan pertanian termasuk untuk tanaman nanas. Dilaporkan dimana LPNM turut ada mendedahkan bahawa industri nanas mendapat perhatian pemain industri sektor agromakanan di Malaysia kepada skala komersil. Ini kerana pada penulis blog tanaman nanas boleh ditanam dimana-mana sahaja asalkan diuruskan dengan baik. Tanaman nanas juga boleh ditanam disepanjang tahun dimana ia adalah buah tidak bermusim yang boleh dijadualkan masa penuaiannya dan pemasarannya. Aktivitii penjadualan penanaman nanas boleh dikawal dengan menyusun jadual menanam dan jadual menghormon pokok nanas sesuai dengan sasaran pasaran. Pada penulis bog mendapati sektor tanaman nanas ini mampu memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap sosio-ekonomi ramai pengusaha pertanian sama ada bagi pengusaha penanaman untuk pengeluaran buah segar dan benih sehingga kepada pengusaha produk hiliran lain berasaskan nanas. Dilaporkan dimana trend eksport nanas juga menunjukkan peningkatan baik di mana pada 2021 nilai eksport produk berasaskan nanas negara meningkat sehingga RM1.1bilion berbanding RM642 juta pada 2020. LPNM mendedahkan juga bahawa pendaftaran nanas SG1 memberi lebih banyak pilihan dan alternatif kepada pengusaha tanaman nanas memilih jenis nanas hendak diusahakan mengikut permintaan setempat atau diterima. Sebelum ini di daftarkan juga varieti Nanas Jambul Mas A18 dari Negeri Sembilan dengan nombor kod pendaftaran AC15. Pada penulis blog dimana lebih banyak pilihan turut memberi ruang kepada rakyat selaku pengguna akhir memilih jenis nanas yang mereka gemari dengan setiap varieti nanas mempunyai keistimewaan serta penggemar tersendiri menjadikan industri nanas tidak mengalami kesukaran untuk dipasarkan. Kini dinyatakan melalui Program Pemodenan dan Pemerkasaan Industri Nanas Berimpak Tinggi Sarawak sudah ada pelbagai initiatif dan aktiviti dijalankan oleh LPNM Sarawak dalam setiap rantaian nilai industri nanas bermula dengan penanaman sehingga penghasilan produk. Selain insentif barangan pihak LPNM turut menyediakan kursus teknologi penanaman nanas dan teknologi produk berasaskan nanas diberikan secara percuma kepada pengusaha tidak kira pengusaha baharu atau lama. Dalam pada itu aktiviti kursus disediakan bagi memastikan usahawan baru akan dapat tunjuk ajar, khidmat nasihat serta pengenalan kepada teknologi terbaharu pengusahaan industri nanas di semua lokasi.

Dalam pada itu Televisión  Sarawak (TVS) melaporkan 'Nanas diberi perhatian dalam industri pertanian Sarawak' sesuai dikongsikan. Nanas adalah merupakan antara empat tanaman yang akan diberi perhatian oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak. Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tiga lagi tanaman yang turut diberi fokus ialah pisang, kelapa dan durian. 
Stephen Rundi hadir pada Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1)@(AC16) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak di sini hari ini. Sarawak dilaporkan memiliki kelebihan melibatkan tanaman nanas iaitu keunikan nanas varieti Sarawak Gold (SG1) yang berpotensi tinggi. Berdasarkan keluasan tanah dimiliki Sarawak dimana nanas boleh ditanam dengan jumlah yang banyak memandangkan satu ekar sudah cukup untuk menanam sehingga 20, 000 anak pokok. Program untuk menumpukan empat tanaman yang telah pun bentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai fokus. Nanas merupakan tanaman kedua terpenting selepas durian. Mentei berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1)@(AC16) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak. Kini nanas varietii SG1 secara rasminya telah didaftarkan pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan berjaya direkodkan sebagai salah satu dalam senarai daftar varieti tumbuhan kebangsaan dengan nombor pendaftaran AC16 dengan singkatan nama SG1. Melalui industri nanas dimana pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan semua kementerian dan agensi terlibat bagi membentuk polisi dalam membantu menaik taraf kehidupan petani kecil yang tinggal di luar bandar. 

Seterusna portal utusan.com melaporkan dimana '
Sarawak fokus pembekal nanas tempatan' juga sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan. Keunikan varieti nanas tempatan Sarawak iaitu Gred Sarawak Gold (SG1) menjadikan tanaman tersebut mampu mendapat permintaan yang tinggi sekali gus menjadikan Sarawak pembekal nanas berkualiti. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata dimana tanaman nanas kini merupakan antara empat tanaman yang diberikan perhatian negeri ini selain pisang, kelapa dan durian. Salah satu adalah nanas selain pisang, kelapa dan durian. Nanas ini kedua terpenting selepas durian, dan sesiapa boleh tanam 20,000 pokok SG1 seekar. Malah dengan keluasan tanah yang ada di negeri Sarawak didakwa industri nanas boleh ditanam dengan jumlah yang banyak memandangkan satu ekar sudah cukup untuk menanam sehingga 20 ribu buah pokok nanas. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) negeri Sarawak. Kini pihak kementeriannya juga akan meneruskan kerjasama dengan agensi terlibat bagi membentuk polisi khususnya dalam membantu menaik taraf kehidupan petani kecil yang tinggal di luar bandar. Dia berharap Jabatan Pertanian melalui Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dengan agensi seerti AgroBank serta beberapa bantuan dari Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan dapat melihat dan membetulkan polisi supaya dapat menarik taraf dan mengubah petani kecil yang tinggal di luar bandar. Kerajaan tidak boleh membiarkan mereka ketinggalan selamanya dimana petani perlu diubah dan dinaik taraf agar mereka ada taraf hidup yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Pengenalan nanas baru SG1 akan memberikan lebih banyak pilihan dan alternatif kepada pengusaha tanaman nanas dalam pemilihan jenis nanas yang mereka hendak usahakan mengikut permintaan setempat sekali gus turut memberi ruang kepada rakyat selaku pengguna akhir untuk memilih jenis nanas yang digemari. Dilaporkan dimana Nanas SG1 mempunyai beberapa keunikan dan kelebihan seperti dapat ditanam secara berkepadatan tinggi sehingga 20,000 pokok untuk satu ekar, pertumbuhan yang cepat dan subur serta masa pembungaan yang lebih awal iaitu pada umur 6 bulan selepas ditanam, kadar kemanisan yang tinggi serta mampu mengeluarkan sulur yang banyak pada setiap pusingan. Nanas SG1 secara rasminya telah didaftarkan pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan direkodkan sebagai salah satu dalam senarai daftar varieti tumbuhan kebangsaan dengan nombor pendaftaran AC16 dengan singkatan nama SG1.

Dalam satu facebook dilaporkan 'VARIETI NANAS SG1 DILANCAR, SUMBER PENDAPATAN BAHARU UNTUK PETANI TEMPATAN. juga sesuai dijadikan rujukkan. Varieti nanas baharu iaitu Sarawak Gold (SG1) kini dilancarkan dan mampu menjadi satu lagi punca pendapatan untuk petani tempatan. Didaftarkan secara rasmi pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan direkodkan sebagai salah satu di dalam Senarai Daftar Varieti Tumbuhan Kebangsaan dimana nanas SG1 ini akan memberikan lebih banyak pilihan alternatif kepada pengusaha tanaman nanas dalam memilih jenis untuk diusahakan berdasarkan permintaan setempat atau yang diterima. Apa pun menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom iaitu varieti ini mampu ditanam secara padat dalam kawasan tani dan seterusnya menghasilkan jumlah yang lebih untuk dieksport. Ia mampu menghasilkan pulangan yang baik terutamanya para petani luar bandar yang termasuk dalam golongan B40. Kini ada sekitar 20,000 buah dapat dihasilkan untuk ladang seluas satu ekar. Secara purata, buahnya sahaja dapat dijual pada RM5 sebiji.  Ladang seluas satu ekar mampu memberikan pulangan jualan buah sekitar RM6,000 untuk seorang petani,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Varieti Nanas “Sarawak Gold (AC16) menyatakan deikian di Pusat Pengumpulan TG Agro Fruits Sdn Bhd, Sungai Tukau, Miri. Apa pun setiap komponen daripada pokok nanas tersebut juga dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan produk lain selaras dengan pendekatan industri hiliran termasuk konsep ekonomi kitaran. Ini bermaksud setiap hasil akan digunapakai tanpa dibazirkan untuk membuat produk-produk lain seperti baju, benang, kertas dan makanan. Tanaman SG1 seluas satu ekar, ia akan memberikan hasil sebanyak hampir RM1 juta setahun. Industri nanas secara keseluruhannya mempunyai potensi yang tinggi dan harus dimanfaatkan memandangkan Sarawak masih mempunyai kawasan luas untuk tanaman lain selain sawit. Diharapkan agar Sarawak mempunyai tanah seluas sekurang-kurangnya 20,000 hektar yang diusahakan untuk tanaman nanas menjelang tahun 2030. Antara hadir sama, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Martin Ben, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Mohd. Khairuzamri M. Salleh, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sarawak Mohammad Suffian Sahmat dan Pengarah Urusan TG Agro Fruits Sdn Bhd Dato’ Yap Foot Loy. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technlogy kali ini. Wasallam!!!...
NANAS BARU...KINI SUDAH DIDAFTARKAN...
SARAWAK GOLD (SG1)... AC16 RUJUKKAN...
CEPAT BERBUAH... MUDAH PENJAGAAN...
NANAS PREMIUM... DI MASA HADAPAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rejab 1444H).

Friday, February 17, 2023

INDUSTRI NANAS MALAYSIA - SATU ANALISA (PART 4)

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la mula diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang Portugis pada abad ke-16 dimana iaitu selaras dengan perkembangan tanaman getah diperkenalkan pada tahun 1921. Sejarah tanaman nanas bermula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Di Malaysia tanaman nanas terangkum dalam buah-buahan iaitu dalam kumpulan tanaman makanan. Malaysia masih merupakan salah sebuah negara pengeluar utama nanas dunia di Asia Tenggara dahulu selain Thailand, Filipina, dan Indonesia. Negara pengeluar utama lain termasuk Costa Rica, Brazil, India, Mexico dan Columbia. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat, dan Singapura (FOASTAT, 2019). Buah nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) dilaporkan ia berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus, manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium dan sodium dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin yang digunakan secara meluas semasa pembedahan untuk mengawal pembengkakan and jangkitan dan menghalang pembekuan darah. Terkini ada lima pengeluar nanas utama dunia ialah Costa Rica, Brazil, Filipina, Thailand dan negara Indonesia. Dilaporkan pengeluaran nanas dunia meningkat dengan ketara iaitu dari 11.1 juta tan pada tahun 1980 kepada sebanyak 29.9 juta tan pada tahun 2018. Negara Costa Rica merupakan pengeluar utama nanas di dunia dimana ia mampu menghasilkan sekitar 11.42% (3.42 juta tan) pada tahun 2018. Pengeluaran ini juga diikuti oleh negara Filipina iaitu jumlah sebanyak 9.12% (2.73 juta tan), Brazil iaitu seitar 8.86% (2.65 juta tan), Thailand sekitar 7.06% (2.11 juta tan) dan negara Indonesia sebanyak 6.03% (1.81 juta tan). Malaysia yang berada di kedudukan ke-22 dunia mengeluarkan sebanyak 0.32 juta tan (1.1%) seperti sumber (FOASTAT, 2019). Nilai ini sudah sedikit berubah pada tahun 2023. Costa Rica juga merupakan pengekport utama nanas dunia dengan jumlah eksport sebanyak 2.3 juta mt pada tahun 2018. Destinasi utamanya ialah Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Ini diikuti oleh Filipina dengan jumlah eksport sebanyak 0.4 juta metrik tan. Manakala Malaysia yang berada di kedudukan 19 dunia mengeksport sebanyak 0.17 juta metrik tan nanas pada tahun 2018. Artikel pada malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai satu analisa industri nanas di Malaysia untuk inya dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Penanaman nanas agak berisiko kerana ia dibatasi oleh 
sumber kewangan. Penulis blog mendapati dimana secara umumnya anggaran kos pengeluaran bagi satu  pusingan tanaman adalah sekitar RM40,000 sehektar untuk nanas biasa dan mencecah RM80,000 untuk nanas premium. Kos paling tinggi untuk menanam nanas MD2 adalah pembelian benih diikuti dengan nahan input pertanian seperti baja dan racun. Kos membeli belih memang tinggi kerana jika harga benih MD2 sekitar RM1.50 - RN3,00 satu sulur kira sahajakah modal untuk membeli 45,000 sulur sehektar.  lebih mengikut jenis vareiti. Kebanyakan penanam nanas premium perlu menyediakan bajet yang besar dimana jika ingin menanam 10 ekar (4 hektar) nanas MD2 sudah memerlukan banyak modal untuk membeli benihnya. Ada yang menggunakan wang syarikat atau modal sendiri dan ada yang perlu meminjam daripada pihak lain. Bagaimana pun LPNM pernah memberikan pelbagai insentif kepada penanam nanas terpilih untuk diberikan bantuan benih dengan konsep 'sistem pawah' iaitu di berikan satu benih sulur dan pulangkan dua benih sulur. Menganalsia mengenai Nisbah Kos dan Faedah (Benefit Cost Analysis - BCA) mendapati bahawa BCA adalah bagi projek tanman nanas adalah POSITIF. Ini adalah menunjukkan bahawa tanaman nanas akan dapat menjana pendapatan yang lumayan dengan pendapatan bersih melebihi RM11,000 (Sumber: Buku Angaran Kos Tanaman Nanas, Jabatan Pertanian Malaysia dan Buku Anggaran Kos LPNM 2019). Apa yang penulis blog ingin jelaskan adalah dimana apabila berlaku bencana alam yang tidak jangka seperti insiden banjir dimana petani boleh mengalami kerugian besar. Pengalaman penulis blog dimana kejadian banjir di Juru, Pulau Pinang yang memusnahkan lebih 200,000 nanas MD2 menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit pada tahun 2018. Sebelum itu penulis blog yang berlaku di Kg Air Hitam, Muar pada tahun 2017 telah menyebabkan petani rugi dan memerlukan hampir RM16,000 untuk membeli benih baharu bagi kawasan bertanam sebanyak 0.4 hektar (Sumber maklumat: Anim Agro Technology, 2017). Ada banyak kalangan penanam nanas yang mengalami masaalah sama dalam industri nanas.


Bagi menjayakan dan menye
lesaikan cabaran dalam industri nanas di Malaysia perlu ada strategi yang sesuai. Masalah penyakit pokok nanas dapat ditangani melalui kaedah pengurusan dan kimia semasa penanaman dan penjagaan tanaman. Pernah disyorkan gabungan amalkan rawatan secara kaedah kimia bagi penyakit mata digunakan untuk mengawal lalat dengan menggunakan racun serangga semasa pembungaan, mengurangkan baja nitrogen dan menyembur campuran bordeaux pada pokok yang mana ia menunjukkan kekurangan kuprum. Antara syor bagi mangtasai reput pangkal kaedah pengurusan yang boleh dilaksanakan adalah dengan membiarkan sebahagian daripada buah-buahan yang melekat pada mahkota semasa mengutip atau memetik, meningkatkan saliran pada tanah, mengelakkan menanam semasa hujan, dan mengelakkan kecederaan pada buah semasa menuai dan transit untuk mengelakkan kejadian penyakit. Ada juga syor agar pengusaha untuk mengawal penyakit BHR menggunakan baja organik iaitu kawalan menggunakan bahan cuka kayu dan disembur pada pokok yang diserang dan kawasan sekitarnya. Hasil tinjauan kepada beberapa penanam nanas dimana mereka berpuas hati cara penggunaan cuka kayu kerana mampu mengawal dan ia memulihkan semula pokok yang diserang pada peringkat awal dan kesannya pokok yang dijangkiti kurang berbau busuk berbanding sebelumnya. Ada penanam nanas yang berjaya kawal penyakit BHR ini dapat dikawal dan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan. cara lain adalah dengan kaedah kimia boleh digunakan dengan mencelupkan buah yang dijangkiti ke dalam Thiabendazole (100 ppm) atau Benomyl (3000 ppm) selama lima minit untuk meminimumkan pereputan. Dalam mengatasi isu dan menangani kekurangan tenaga kerja terutama golongan muda maka dilaporkan pihak LPNM telah melaksanakan program usahawan agro muda bagi tanaman nanas yang dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara. Program ini terbuka kepada lepasan sekolah, universiti, dan belia. Pihak LPNM juga telah lama semasa saya menjadi Ketua Pengarah LPNM untuk tujuan membangunkan Projek Kluster Nanas Lestari (KNAL) yang sama dengan konsep pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM ) oleh Jabatan Pertanian. Program KNAL ini di Pusat Pertanian Alor Bukit, Pontian, Johor seluas 200 ekar berjaya mengeluarkan hasil melibatkan 10 orang usahawan pada 2018. Satu lagi projek KNAL yang berjaya adalah di Felda Nitar, Mersing Johor seluas 300 ekar melibatkan 1 syarikat swasta dan 10 usahawan muda. Penulis blog beberapa kali membuat tinjauan teknologi ke KNAL Felda Nitar, Mersing ini untuk menilai prestasinya (Sila lihat foto disebelah). Projek ini mampu untuk menjana ekonomi dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil dan beberapa orang lagi pengusaha komersil. Bantuan dan sokongan ini juga secara tidak langsung dapat membantu petani dan usahawan yang kekurangan sumber kewangan.


Pada penulis blog dimana akiviti t
anaman nanas merupakan tanaman tropika yang telah diterokai dan dikomersialkan semenjak abad ke-16 lagi. Sejajar dengan perkembangan sektor pertanian dan ekonomi dimana penanaman nanas yang terangkum dalam buah-buahan telah diiktiraf sebagai sumber ekonomi baharu Malaysia. Vareiti utama nanas yang ditanam di Malaysia adalah Moris, Josapine, N36, MD2, Sarawak dan Mas Merah. Negeri Johor merupakan pengeluar utama nanas di Malaysia dan beberapa negeri lain telah mula menanam secara lebih komersilal. Meskipun penglibatan Malaysia dalam tanaman ini di peringkat dunia relatif kecil (Malaysia berada di kedudukan ke-22 sebagai pengeluar) apa yang penulis blog analisa dimana nilai sumbangannya dalam penjanaan ekonomi dan pekerjaan domestik semakin ianya memberangsangkan. Pendapatan eksport produk nanas kian meningkat setiap tahun dan mencecah RM491 juta pada tahun 2019 dan terus meningkat pada 2023. Apa pun dinilai dari segi penjanaan pekerjaan industri nanas telah membuka peluang keusahawanan agro khususnya dalam kalangan belia. Malah ia dapat meningkatkan pendapatan penanam dan usahawan produk hiliran mencapari lebih RM5,000 sebulan. Tanaman ini juga banyak manfaat kesihatan dan perubatan. Keterselahan potensi tanaman nanas di Malaysia ini diterajui oleh LPNM dan bantuan serta sokongan pihak dan agensi kerajaan. Penulis blog dapati sokongan dan ketersediaan penanam nanas juga menjana perkembangan positif tanaman nanas negara amat diperlukan. Peranan pihak TEKUN dan Agro Bank merupakan sokongan dalam mengatasi masalah kekurangan guna tenaga dan sumber kewangan. Peningkatan pengeluaran secara tidak langsung dapat mengurangkan pengimportan nanas, meningkatkan kadar sara diri dan juga menjamin kelangsungan sektor makanan negara. Tanaman nanas telah membuka ruang dan peluang kepada Malaysia untuk menjana pendapatan eksport dan meningkatkan daya saing di pasaran global. Penulis blog pernah ke Mindanao, Filipina untuk melihat sendiri sumber teknologi tanaman nanas MD2 (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti mempromosi nanas segar ke Dubai, Korea, China, Jepun dalam mempastikan pasaran nanas Malaysia akan terus berkembang. Memang  tanaman nanas amat berpotensi tinggi untuk diterokai dan terus dibangunkan serta dikomersialkan di peringkat domestik dan global dengan bimbingan LPNM.


Dilihat dimana tanaman n
anas merupakan sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-16 oleh orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921, nanas mula ditanam di Singapura, Johor, dan Selangor sebagai tanaman kontan. Costa Rica merupakan pengeluar dan pengeksport utama nanas dunia. Produk nanas terdiri daripada nanas segar, jus nanas, dan nanas tin. Selain itu, nanas juga boleh diproses sebagai jem, sos, halwa, dan dikeringkan. Kedudukan Malaysia dalam pengeluaran dunia secara relatifnya adalah kecil iaitu pada kedudukan ke 19 pada tahun 2020. Namun pada penulis blog melihat dimana ia amat signifikan kepada ekonomi negara dari aspek pendapatan dan peluang pekerjaan. Di Malaysia sejak dulu dan sekarang dimana kawasan penanaman utama adalah di Johor, Selangor, Pahang, Sarawak, Sabah, dan Kedah. Selain pasaran domestik dimana buah nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara seperti China, Singapura, Hong Kong, dan Timur Tengah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan, sumbangan, dan cabaran industri nanas dalam penjanaan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tanaman nanas di Malaysia amat berpotensi di masa depan dan kerajaan perlu campur tangan untuk memastikan industri ini terus berdaya saing dalam memacu ekonomi Malaysia khususnya bagi menjamin kelangsungan tanaman nanas dan makanan amnya. Artikel ini ditulis merujuk kepada laporan oleh Anizah Md Ali dri UUM dan pengalaman penulis blog sendiri yang menulis lebih dari 200 artikel mengenai dalam blog ini. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini membero info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
INDUSTRI NANAS... KEMBANG DIMALAYSIA...
PERANAN LPNM... SEJAK 1957 SUDAH ADA...
TERYS BERKEMBANG... RAMAI TANAMNYA...
PASARAN DOMESTIK.. EKSPORT TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rejab 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...