Support My Blog

Tuesday, September 16, 2025

APLIKASI BAJA AB

BAJA AB
juga dikenali sebagai Baja XY seringkali digunakan dalam teknologi tanaman tanpa tanah seperti sistem fertigasi dan hidroponik kerana media tanamannya iaitu cocopeat atau rockwool yang seringkali digunakan dalam teknologi tersebut tidak terkandung kandungan nutrien berbanding yang ada di tanah campuran. Sebenarnya baja AB wajib digunakan kerana kandungan nutriennya yang lengkap dimana ia juga boleh digunakan untuk tanaman di batas. Baja AB adalah sejenis baja kimia akan tetapi ia adalah selamat untuk digunakan pada pokok berbanding racun serangga kimia komersil yang ada dipasaran. Baja AB adalah hasil campuran pelbagai baja tunggal yang dicampurkan dengan jumlah tertentu sehingga membentuk baja AB yang lengkap. Biasanya setiap baja A dan baja B mempunyai unsur-unsur yang berbeza. Contohnya seperti baja A terdiri daripada campuran Kalsium nitrat dan Ferum EDTA. Manakala bagi baja B terdiri daripada campuran Kalium nitrat, Mono-kalium hidrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat. Apa pun baja A dan Baja B apabila ia dalam bentuk pati yang pekat atau butiran dimana ia tidak boleh sama sekali dicampurkan dan perlulah disimpan di tong yang berasingan kerana akan menyebabkan kehilangan unsur fosforus akibat daripada kesan tindak balas kimia. Baja AB lengkap dengan 12 unsur makro dan mikro nutrien yang diperlukan oleh tanaman dan ia membekalkan zat yang mencukupi untuk tumbesaran pokok yang sihat dan kuat. Oleh itu, tidak perlu lagi menggunakan baja buah bagi sayuran jenis berbuah. Dipasran dimana baja AB dijual dalam bentuk serbuk atau  bentuk butiran atau pati cecair. Bagi bentuk serbuk dimana ia perlu dilarutkan terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai pati, kemudian dicampurkan dengan air mengikut nisbah tertentu untuk digunakan bagi tanaman mengikut keperluan dan usia pokok. Contohnya, apabila usia tanaman meningkat, kepekatan baja AB juga turut meningkat. Baja AB yang tersedia dalam bentuk cecair adalah dalam bentuk yang mudah diserap oleh pokok iaitu dalam bentuk ion yang bercas positif dan negatif. Oleh itu, kesan penggunaan baja AB adalah sangat cepat dan menyuburkan pokok. Baja AB terdiri daripada pelbagai jenis warna bergantung kepada sebatian dan campuran yang digunakan. Kebiasaannya, baja A berwarna kuning kerana terkandung unsur Ferum, manakala baja B berwarna biru kerana terkandung unsur kuprum. Ada juga yang berwarna putih bergantung kepada syarikat pengeluar masing-masing. Baja AB diberikan kepada pokok sama ada dalam bentuk pengairan akar atau secara semburan foliar, bergantung kepada formulasi baja yang digunakan oleh setiap pengeluar. Setiap pengeluar baja AB mempunyai formulasi campuran baja yang berbeza-beza. Oleh itu, kaedah dan cara penggunaannya juga berbeza bergantung kepada pengeluar. Kadar kepekatan nutrien bagi baja AB boleh diukur dengan menggunakan EC meter (unit: microsiemen) atau TDS meter (unit: ppm). Kebanyakan di Malaysia menggunakan bacaan EC akan tetapi boleh juga menggunakan bacaan TDS, cuma perlu ditukar ukuran unitnya untuk mendapatkan bacaan EC. Biasanya stok baja A dan B perlulah disimpan di tempat teduh dan berbumbung untuk menjaga kualitinya. Baja AB yang disimpan di tong yang berasingan hendaklah dikacau terlebih dahulu sebelum penggunaannya supaya tidak terjadi mendakan putih dan untuk penyerapan ion yang lebih berkesan. Di Malaysia ada jenis-jenis baja yang terdapat di pasaran selain baja AB sesuai di gunakan untuk amalan agronomi pembajaan tanaman. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai baja AB sama ada dalam bentuk cecair atau bentuk lain sekadar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Teknologi tanaman fertigasi dalam pertanian merupakan teknik yang semakin popular diamalkan oleh petani yang menanam sayuran dan tanaman kontan lain. Fertigasi (fertigation) ini sebenarnya berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi yang penulis faham adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Pada masa ini Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Terdapat banyak nama dalam fertigasi ini seperti Fertigasi Rakyat, Fertigasi Tertutup dibawah SPH (Struktur Pelindung Hujan), Fertigasi Gantung, Fertigasi Bantal, Fertigasi NFT dan banyak lagi. Dalam pada itu ada beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Media cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan. Apa yang penulis tinjau dari banyak lokasi penanaman fertigasi, pokok akan ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) atau media lain yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Selain itu kaedah tanaman biasaannya akan ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga. Kaedah Sistem Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah. Teknologi Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional seperti bagaimana proses pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. FFertigasi juga memberi media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit dimana ini akan mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak. Sistem moden ini juga mampu untuk meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi dimana tiada masalah merumpai sekali gus akan dapat mengurangkan kos buruh. DAripada tinjuan penulis dibanyak TKPM yang menjalankan sistem fertigasi mendapati ia mamu penghasilkan kualiti hasil yang lebih baik dimana berlaku juga kadar penggunaan baja yang cekap. Pemerhatian dilokasi mendapati ia mampu mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30% dalam pemberian baja serta ia mampu untuk mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai. Beberapa petani mendakwa hasil diperolehi adalah lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda. Sistem ini memerlukan pengurusan tanaman yang lebih sistematik. 


Oleh itu kaedah fertigasi merupakan kaedah yang mudah untuk tempat yang kecil dan tidak mempunyai kawasan yang luas. disini saya ingin berkongsi kaedah dan tips mudah untuk melarutkan stok A dan B bagi kegunaan saudara di rumah. Baja Set A dan Set B boleh dibeli daripada pembekal tempatan sama ada yang berjenama atau tidak (Sila lihat foto disebelah). Pengetahuan tentang cara menyediakan larutan baja fertigasi ini adalah penting bagi memastikan tanaman kita mendapat nutrien yang secukupnya. Baja fertigasi lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B. di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Ia bergantung kepada berapa polibeg yang ditanam dirumah. Kebiasaannya baja 100L menjadi pilihan untuk fertigasi dirumah. Langkah pertama bagi anda untuk menyediakan pati larutan baja dimulakan dengan sediakan 2 bekas air bekas A dan bekas B (gunakan bekas atau baldi). Kemudian isikan 10 liter air paip kedalam setiap bekas dan . sekiranya di rumah tiada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu anda boleh gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi anda perlu masukkan sebanyak 5 botol air mengunakan botol dan lengkap 10 liter. Kemudian dimasukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam bekas baja pekat A dan B. Rendam plastik yang mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut akan betul-betul habis di tuang. Perkara ini perlu dilakukan kerana ada baja Mikro seperti Mo yang beratnya secubit, hanya mempunyai berst tidak sampai 1 gram. Kemudian kacau larutan sehingga sebati.


Seterusnya langkah kedua pula adlah dengan menyediakan air baja untuk siraman pokok. Mula-mula sediakan bekas berisi 10L air paip dalam bekas lain. Kemudian diambil 100ml pati baja A dan pati baja B masukkan kedalam bekas C dan kacau sehingga sebati. Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan kepada pokok sehingga berumur satu bulan. Antara beberapa tips penggunaan stok air baja adalah dimana Baja Set A selalunya ada baja mikro Ferum (iaitu sejenis serbuk warna kuning) dimana stok air baja A akan berwarna kuning. Manakala selalunya baja Set B adalah dimana stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih. Jika hendak menggunakan untuk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen) disyorkan agar ambil stok air baja set B dulu diikuti dengan stok air baja set A. Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yang teduh atau berbumbung untuk mengelakkan ia rosak. Jika simpan air baja set A dan B dirumah sebaiknya anda boleh simpan pati baja kedalam botol yang tertutup dan simpan. Bagi memudahkan mereka yang ingin membuat bancuhan baja Set A dan Set B boleh gunakan kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter. Berikut adalah formula membancuh iaitu kadar 1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air), Kadar 1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air), Kadar 1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air), Kadar 1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air), Kadar 1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air), Kadar 1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air) dan Kadar 1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air. Bagaimana pun mereka yang kali pertama membuat bancuhan perlu belajar daripada pihak berkenaan sehingga betul-betul mahir mengenainya.


Baja AB merupakan sejenis baja yang terdiri daripada dua komponen, iaitu Baja A dan Baja B, yang biasanya digunakan dalam sistem hidroponik dan pertanian tanpa tanah. Baja ini dirumus khas untuk menyediakan semua nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat. Komponen Baja AB dimana jenis Baja A akan mengandungi nutrien asas seperti nitrogen (N), kalsium (Ca), dan kalium (K) yang penting untuk pembentukan daun, akar dan batang tumbuhan. Sementra itu Baja B ia akanm engandungi mikronutrien seperti bahan fosforus (P), Magnesium (Mg) dan sulfur (S) serta unsur surih seperti besi (Fe), mangan (Mn), zink (Zn), dan lain-lain yang membantu dalam proses metabolik tumbuhan dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit. Cara Penggunaan dimana Baja A dan Baja B biasanya dicampur dalam nisbah tertentu dengan air untuk menyediakan larutan nutrien yang seimbang. Adalah amat penting untuk memastikan kedua-dua baja ini tidak dicampur secara terus sebelum dilarutkan dalam air kerana ini boleh menyebabkan tindak balas kimia yang mengakibatkan pembentukan sebatian yang tidak larut. Baja AB merupakan sejenis baja yang terdiri daripada dua komponen, iaitu Baja A dan Baja B, yang biasanya digunakan dalam sistem hidroponik dan pertanian tanpa tanah. Baja ini dirumus khas untuk menyediakan semua nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat. Komponen Baja AB:Baja A yang mengandungi nutrien asas seperti nitrogen (N), kalsium (Ca), dan kalium (K) yang penting untuk fungsi pembentukan daun, akar dan batang tumbuhan. Bagi jenis baja B ia mengandungi mikronutrien seperti fosforus (P), magnesium (Mg), dan sulfur (S) serta unsur surih seperti besi (Fe), mangan (Mn), zink (Zn), dan lain-lain yang membantu dalam proses metabolik tumbuhan dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit. Cara Penggunaan Baja A dan Baja B biasanya dicampur dalam nisbah tertentu dengan air untuk menyediakan larutan nutrien yang seimbang. Penting untuk memastikan kedua-dua baja tidak dicampur secara terus sebelum dilarutkan dalam air kerana ini boleh menyebabkan tindak balas kimia yang mengakibatkan pembentukan sebatian yang tidak larut. Antara kelebihan Baja AB adalah ia mudah diserap oleh tumbuhan, amat sesuai untuk pelbagai jenis tumbuhan, memberikan nutrien lengkap yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang optimum. Kalangan petani dimanan baja AB sangat popular dalam kalangan penggiat hidroponik kerana keberkesanannya dalam memastikan tumbuhan mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan yang sihat dan produktif. Untuk menyediakan baja AB pembaca semua perlu menyediakan dua larutan berasingan iaitu Larutan A dan Larutan B. Langkah-langkah asas untuk menyediakan baja AB dimana bahan-bahan untuk Larutan A terdiri dari Kalsium Nitrat (Ca(NO₃)₂), Kalium Nitrat (KNO₃), Ferum EDTA (Fe-EDTA) (jika perlu) disediakan. Bahan untuk Larutan B terdiri daripada Monopotassium Fosfat (KH₂PO₄), Magnesium Sulfat (MgSO₄), Mangan Sulfat (MnSO₄), Zink Sulfat (ZnSO₄), Tembaga Sulfat (CuSO₄), Asid Borik (H₃BO₃) dan juga Molibdenum (Mo). Sediakan peralatan iaitu bekas air yang besar untuk dapat mencampur larutanm alat pengukur dimana campuran akan di kacau untuk melarutkan bahan-bahan. Langkah-langkah menyediakan Larutan A dimulai dengan mengisi bekas dengan air bersih (sekitar 70-80% penuh). Kemudian di tambahkan Kalsium Nitrat ke dalam air sambil mengacau sehingga larut sepenuhnya. Langkah 3 dengan menambahkan Kalium Nitrat dan kacau sehingga larut. Langkah 4 (Opsionsl) adalah menambah Ferum EDTA jika diperlukan untuk mengelakkan kekurangan zat besi pada tumbuhan. Bagi penyediaan Larutan B pula dimulakan dengan mengisi bekas kedua dengan air bersih (sekitar 70-80% penuh). Langkah 2 perlt tambahkan Monopotassium Fosfat ke dalam air sambil mengacau sehingga larut. Langkah 3 adalah menambahkan Magnesium Sulfat dan kacau sehingga larut. Langkah 4 menambahkan Mangan Sulfat, Zink Sulfat, Tembaga Sulfat, Asid Borik, dan Molibdenum satu persatu sambil mengacau sehingga semua bahan larut. Sebaiknya jangan campur Larutan A dan Larutan B secara terus tanpa air kerana ini boleh menyebabkan pembentukan garam yang tidak larut yang mana ia juga boleh mendatangkan masalah kepada sistem hidroponik. 


Pastikan air yang digunakan adalah air bersih dan bebas daripada klorin, jika boleh gunakan air suling atau air yang telah diudarakan. Setelah siap, baja AB ini boleh digunakan sebagai larutan nutrien untuk menyuburkan tanaman, terutamanya dalam sistem hidroponik.  EC (Electrical Conductivity) meter digunakan untuk mengukur kepekatan larutan nutrien dalam sistem hidroponik atau pertanian tanpa tanah. Bacaan EC yang sesuai berbeza mengikut jenis tanaman kerana setiap tanaman memerlukan jumlah nutrien yang berbeza untuk pertumbuhan optimum. Berikut adalah beberapa bacaan EC yang disarankan untuk beberapa jenis tanaman dimana bagi Tanaman Sayur-Sayuran Berdaun (Contoh: Bayam, Sawi, Salad)Bacaan EC yang Sesuai: 1.0 - 2.0 mS/cm. Apa pun sayuran berdaun biasanya memerlukan larutan nutrien dengan kepekatan yang lebih rendah. Bagi tanaman tomato perlukan bacaan EC yang sesuai adalah 2.0 - 3.5 mS/cm sebab tomato memerlukan kepekatan nutrien yang lebih tinggi, terutamanya semasa fasa pembentukan buah. Bagi Tanaman Cili perlukan nilai bacaan EC yang Sesuai adalah 2.0 - 3.0 mS/cm dimana selalunya cili memerlukan larutan nutrien yang lebih pekat. Bagi tanaman timun perlukan bacaan EC yang Sesuai iaitu pada 1.7 - 2.5 mS/cm dimana timun memerlukan kepekatan nutrien yang sederhana untuk pertumbuhan dan penghasilan buah. Bagi tanaman Basil (Selasih) perlu bacaan EC yang sekitar 1.0 - 1.6 mS/cm dimana basil lebih suka larutan nutrien yang tidak terlalu pekat. Bagi tanaman strawberi dimana bacaan EC yang sesuai ada;ah 1.0 - 1.8 mS/cm dimana tanaman strawberi memerlukan kepekatan nutrien yang sederhana, terutamanya semasa fasa berbunga dan pembentukan buah. BAgi tanaman Lettuce (Salad Hijau) dimana bacaan EC yang sesuai adalah 0.8 - 1.2 mS/cm iaitu tanaman lettuce memerlukan larutan nutrien yang sangat rendah, sesuai untuk pertumbuhan sayur-sayuran berdaun hijau. Bagi tanaman herba ain (seperti Pudina, Oregano) nilai bacaan EC yang sesuai adalah 1.0 - 1.6 mS/cm sebab jenis herba umumnya memerlukan larutan nutrien yang lebih cair untuk pertumbuhan yang baik. Akhir sekali adlah bagi tanaman jenis buah-buahan kategoru berbuah Besar (seperti Tembikai dan buah labu) dimana bacaan EC yang sesuai adalah 1.5 - 2.5 mS/cm dimana tanaman berbuah besar memerlukan kepekatan nutrien yang lebih tinggi terutamanya semasa fasa pertumbuhan buah. Panduan umum untuk tanaman dalam fasa Vegetatif dimana tumbuhan biasanya memerlukan perlu nilai bacaan EC yang lebih rendah dalam fasa awal proses pertumbuhan (vegetatif). Berlainan denga fasa berbunga dan Berbuah dimana nilai bacaan EC boleh dinaikkan sedikit semasa tumbuhan memasuki fasa berbunga dan berbuah untuk menyokong pertumbuhan buah. Pastikan untuk juga mengukur dan mengawal pH larutan nutrien juga kerana pH yang tidak sesuai boleh menjejaskan penyerapan nutrien walaupun bacaan EC adalah tepat. Sesuaikan bacaan EC mengikut tindak balas tanaman. Jika tanaman menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrien (pertumbuhan lambat, warna daun berubah), bacaan EC mungkin perlu dinaikkan sedikit, dan sebaliknya jika ada tanda-tanda kepekatan terlalu tinggi (daun kering atau terbakar). Penggunaan EC meter yang betul membantu memastikan tanaman anda mendapat nutrien yang mencukupi tanpa berlebihan atau kekurangan, yang penting untuk pertumbuhan optimum. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA AB... POPULAR KINI DI GUNAKAN...
MUDAH DI BELI...BOLEH DI SEDIAKAN....
BACAAN EC... SEDIAKAN PERALATAN...
TANAMAN SUBUR...BAJA DICUKUPKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Rabiulawal 1447H).
SELAMAT HARI MALAYSIA 2025...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...