Beberapa media laporkan jika 'Hanya sayur dari Cameron Highlands naik harga' dimana kalangan pengguna amat terasa akan kenaikan ini. Dilaporkan telah berlaku peningkatan harga antara 10-20% harga yang membabitkan beberapa jenis sayur-sayuran dari Cameron Highlands. Hasil tunjauan wartawan di pasar segar harian di Chendering, Terengganu dan Johor Bahru mendapati tiada kenaikan harga beberapa jenis sayur diusahakan petani tempatan. Menurut seorang peniaga, M Saufi Abdul dakwa tiada kenaikan harga pelbagai jenis sayur petani tempatan berbanding bekalan dari Cameron Highlands. Apa pun dinyatakan kenaikan harga antara RM3 hingga RM5 sekilogram (kg) hanya membabitkan bekalan sayur dari Cameron Highlands termasuk salad bulat, salad pokok, daun sup, daun bawang, kailan, lada besar dan lada kecil serta kangkung. Katanya harga lada besar atau lebih dikenali dengan nama lada solok dijual pada harga RM18 sekilogram (kg), kailan RM12 kg, salad bulat RM16 kg, salad pokok RM20 setiap kg, daun sup RM20 setiap kg dan RM15 kg daun bawang dimana sebenarnya tiada peningkatan harga membabitkan sayuran seperti tomato, kobis bulat dan sawi. Bagi sayur sawi dijual denganhargaRM6 sekilogram, kobis bulat RM3 sekilogram dan tomato RM4 sekilogram manakala terung tempatan (RM8 sekilogram), timun (RM9 sekilogram) dan kacang panjang (RM12 sekilogram). Dalam tinjauan di beberapa pasar awam mendapati berlaku perbezaan harga pelbagai jenis sayur-sayuran jika dibandingkan di pasar segar harian dimana bagi kobis bulat dijual pada harga RM5 sekilogram, lada besar (RM20 sekilogram), lada kecil (RM15 sekilogram), salad bulat (RM18 sekilogram), salad pokok (RM13 sekilogram) dan timun (RM10 - RM12 sekilogram). Bagaimana pun ada kenaikan harga sayur Kailan ketara hasil tinjauan rambang. Sayur kailan adalah jenis sayur daun yang konsistent mendapat permintaan tinggi terutama di kalangan pemilik restoren Ala-Thai tanpa mengira masa dan waktu di seluruh negara.
Menarik isu 'KPDNHEP minta pembeli kailan ikan masin RM18 tampil' yang berlaku di Kepala batas, Pulau Pinang untuk di ketahui masaalahnya. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, di sini, tampil membuat aduan rasmi berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18. Kini KPDNHEP memerlukan kerjasama pelanggan itu supaya tindakan lanjut dapat dilakukan dimana mereka sudah ambil maklum dengan hantaran tular ini dan kini kita sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan nama premis tersebut. Menerusi hantaran di Facebook (FB) itu ada seorang pelanggan berkenaan memuatnaik resit memaparkan harga keseluruhan makanan sebelum ia tular dimana dalam hantaran itu individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18. Menurut petikan hantaran itu, dia sedia maklum dengan kenaikan harga barang mentah dan reda dengan harga ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal yang dibelinya. Bagaimanapun, dia sukar menerima kenaikan sebungkus kailan ikan masin untuk seorang makan pada harga RM18 yang ia dianggap terlalu mahal. Kos keseluruhan makanan yang dibeli individu berkenaan adalah berjumlah RM122 namun dia tidak mendedahkan nama restoran berkenaan. Bil berkenaan memaparkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5). Dalam laporan media lain dimana isu 'Mahalnya sayur kailan ikan masin' didapati sudah tular di media sosial harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin dijual pada harga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad. Perkongsian itu dibuat seorang pelanggan di media sosialnya yang mendakwa harga masakan bagi seorang makan yang dibelinya itu terlalu mahal. Pelanggan berkenaan memuat naik gambar sayur kailan ikan masin yang dibeli berserta resit pembayaran yang memaparkan harga RM18 bagi sebungkus sayur tersebut. Nama restoran tidak didedahkan individu berkenaan. Apa pun isu ini dan perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial pada Ahad yang rata-rata mendakwa harga tersebut mahal. Pihak KPDNHEP Pulau Pinang meminta pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, di sini tampil membuat aduan rasmi berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.
Dalam kes lain di Johor Bahru dilaporkan kes 'Ulat berkeliaran dalam sayur kailan' yang dihidangkan kepada pelanggan dalam hidangan kailan di sebuah restoran di Taman Scientex Pasir Gudang, Johor. Seorang pelanggan tidak berpuas hati apabila menemui ulat yang masih hidup dan bergerak-gerak dalam hidangan sayur kailan ketika menjamu selera di sebuah restoran makanan di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini. Sosmed melalui siaran video berdurasi seminit 50 saat yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan pelanggan mempersoalkan tahap kebersihan premis tersebut kepada peniaga restoran itu namun memberi alasan perkara itu adalah biasa. Dilihat lelaki yang berada di kaunter bayaran itu turut menjelaskan ulat dalam sayur kailan tidak dapat dielakkan walaupun sudah membersihkan sayur itu. Dilaporkan sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dr. Mohtar nyatakan pihaknya memang memandang serius aduan yang tular di media sosial mengenai isu tersebut. JKNJ menerusi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru telah menjalankan siasatan ke premis dan mendapati premis gagal mematuhi keperluan kebersihan premis makanan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) Akta Makanan 1983 dan mengeluarkan tiga Notis 32B kepada wakil premis. Satu notis Arahan Kerja Pembersihan Premis Makanan di bawah Seksyen 10, Akta Makanan 1983 juga telah dikeluarkan bagi mengarahkan pihak premis mengambil tindakan pembetulan atas teguran yang dikeluarkan oleh PKD Johor Bahru. JKNJ akan terus memantau dan akan sentiasa memastikan premis makanan mematuhi PPKM 2009, Akta Makanan 1983 bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Ramai kalangan pelaanggan makanan ala-Thai yang suka makan sayur Kailan Ikan Masin. Sebenarnya jika hendak membuat sendiri sayur ini memang ,udah sahaja dan simpel. Apa yang penting adlah mempunyai bahan dan peralatan serta minat memasak sendiri. Bahan yang diperlukan cuma Ikan masin, 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 sudu makan sos tiram, Sayur kailan, Cili padi, Cili besar merah 1 biji dan bahan perisa yang sesuai. Cara-cara memasaknya adalah dengan menggoreng ikan masin terlebih dahulu sehingga garing dan di ketepikan. Kemudian masukkan 1 biji bawang besar dan juga bawang putih 3 ulas. Langkah seterusnya adalah memasukkan sos tiram 1 sudu makan dan kemudian barulah masukkan sayur kailan. Seterusnya boleh masukkan cili padi dan juga keratan cili merah 1 biji. Gaul rata sehingga masak dan matikan api dan dimasukkan kedalam mangkuk dimana ia sedia dihidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KAILAN IKAN MASIN...POPULAR DIA...
HARGA TINGGI... RAMAI YANG BELINYA...
MEMASAK SENDIRI..MUDAH SAHAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Muurni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Syaaban 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.