Produk dari kelapa yang sudah dikomersilan sejak lama dulu adalah MINYAK KELAPA. Minyak kelapa merupakan salah satu superood yang tidak didendangkan sejak lama dulu walau pun ia merupakan satu komoditi yang sudah lama diperdagangkan untuk kegunaan masakan, kesihatan dan juga kosmetik. Umum mungkin pernah tahu akan 'Minyak kelapa' atau pun 'Minyak kelapa kering' iaitu minyak dari Kopra (kelapa dikeringkan). Minyak kelapa merupakan sejenis minyak yang boleh dimakan dimana ia di ekstrak dari inti atau daging matang kelapa tua yang gugur atau yang dituai dari pokok kelapa. Ia mempunyai banyak kegunaan dimana ia ada ciri tinggi lemak tepu dimana dalamnya dan ia adalah lambat untuk beroksidasi. Kajian mendapati minyak kelapa adalah tahan rancidification yang mana ia berkekalan sehingga enam bulan pada suhu 24 °C (75 °F) tanpa merosakkannya kualiti mintak kelapa. Sifat minyak kelapa yang mempunyai tahap yang tinggi lemak tepu telah diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FAO) dan juga oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (USDA) dan banyak organasasi dunia lain sebagai minyak berguna walau pun dinasihatkan agar penggunaan minyak kelapa harus dihadkan atau dielakkan. Propoganda ini telah menjadikan penggunaan minyak kelapa kurang di gunakan berbanding dengan minyak sawit. Bagaimana pun dilaporkan dimana minyak kelapa sebagai satu-satunya minyak sayuran dalam masakan sehingga pertengahan abad yang ke-20. Bagaimana pun dilaporkan sehingga kini dilaporkan ia sejenis minyak sayuran yang sudah diproses menjadi pilihan meski pun asid lemak Omega 6 (daripada jagung, safflower, bunga matahari, kanola, soya, kacang dll) berbahaya serta jika pengambilan yang berlebihan mengakibatkan keradangan seperti artritis, kencing manis dan obesiti.
Kehebatan bagi minyak kelapa sebagai 'superfood' mempunyai beberapa khasiat atau kebaikan. Antaranya dimana minyak kelapa baik untuk kulit, bersifat sebagai antibakteria dan sebagai antimikrob, mampu mengurangkan keradangan. Ia juga ajan membantu merawat jerawat, dapat melembapkan kulit kering, membantu untuk proses penyembuhan luka dan juga mampu merawat kulit menjadi gebu. Minyak kelapa digunakan selama berabad-abad oleh budaya di seluruh dunia sebagai penyelesaian penjagaan kulit semula jadi. Ia terkenal dengan kuasa pelembap, sifat antiradang dan keupayaan untuk membantu melindungi kulit daripada unsur yang merosakkan seperti habuk dan kotoran. Beberapa tahun kebelakangan ini, minyak kelapa menjadi bahan popular dalam losyen dan kosmetik. Walaupun sejarahnya yang panjang, ramai orang masih tidak memahami dan tahu manfaat minyak kelapa untuk kulit. Ia kaya dengan Asid laurik yang mana memberi manfaat kepada kulit. Asid lemak satu komponen utama yang menjadikan bahan ini begitu kuat dan berkhasiat. Sebaik sahaja menggunakan minyak kelapa secara topikal pada kulit, asid laurik berkesan menembusi jauh ke dalam liang-liang di mana ia memusnahkan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan atau kerengsaan. Minyak kelapa berfungsi sebagai Antibakteria dimana sifat antimikrob minyak kelapa sangat bermanfaat untuk kulit. Ia kaya dengan asid laurik, asid kaprilik dan sebatian lain yang mempunyai kualiti antibakteria, antikulat serta antivirus. Ia boleh membantu melindungi kulit daripada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan kulat, dan juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema, psoriasis dan dermatitis. Minyak kelapa adalah pelembap yang sangat baik yang boleh membantu dalam menenangkan kulit yang kering dan gatal. Ia juga membantu menjadi pelindung tanpa menyekat liang-liang. Sebagai tambahan kepada faedah antimikrobnya, sifat antioksidan minyak kelapa menjadikannya bermanfaat untuk membantu mengurangkan keradangan dan memberikan khasiat kepada kulit.
Siapa sangka jika minyak kelapa sebagai superfood ini juga dilaporkan ia mampu mengurangkan keradangan dimana tindakan antiradang minyak kelapa berlaku kerana kandungan trigliserida rantaian sederhana (MCTs). MCT boleh membantu mengurangkan kemerahan disebabkan oleh selaran matahari serta merawat jangkitan kerana ia juga mempunyai ciri antivirus, antikulat dan antibakteria. Walaupun banyak penyelidikan perlu dijalankan ke tahap mendalam tentang kesan MCT pada keradangan, kajian awal melaporkan hasil positif kerana tindakan pelembap dan gejala ekzema. Ia juga dilaporkan dapat membantu merawat jerawat disebabkan ia yang mana mengandungi asid laurik, yang mempunyai ciri anti-radang dan antimikrob yang kuat. Ciri-ciri ini dilaporkan membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak berkaitan dengan jerawat sambil membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat. Minyak kelapa adalah pelembap yang berkesan yang membantu melindungi kulit daripada kekeringan, dan boleh menyebabkan jerawat tambahan. Ia juga akan melembapkan kulit kering dimana sama seperti minyak semula jadi lain (seperti zaitun atau jojoba) dimana minyak kelapa mudah menembusi lapisan permukaan kulit kerana struktur pada molekulnya yang kecil. Keupayaannya untuk memacu bagi kelembapan lebih ke dalam sel membantu mengekalkan kulit terhidrat dan anjal. Minyak kelapa sudah digunakan sejak berabad untuk penyelesaian masalah kulit. Ia mengandungi vitamin E (antioksidan) serta asid kaprik, asid linoleik, asid kaprilik dan lain-lain dimana semuanya mempunyai kuasa pelembap yang kuat dengan melapisi kulit anda dengan lapisan lembapan pelindung setanding dengan kursus ini. Maka itulah sebabnya salah satu kegunaan terbaik minyak kelapa adalah untuk kulit kering. Ia juga membantu dalam penyembuhan luka dimana minyak kelapa tulen membantu dalam penyembuhan luka melalui sifat antibakteria dan anti-radang semula jadi. Ia terbukti menghalang pertumbuhan bakteria (seperti Staphylococcus aureus) yang terdapat pada kulit dan mengurangkan keradangan. Ia juga mmbantu serta dapat mempercepatkan penyembuhan luka. Ia melegakan lapisan kulit kering atau merekah. Ini boleh membantu menggalakkan penyembuhan luka yang lebih cepat. Minyak kelapa juga mengandungi sebatian antioksidan yang boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan selanjutnya akibat pengoksidaan yang disebabkan oleh pendedahan kepada udara dan cahaya matahari. Minyak kelapa mampu menjadikan kulit gebu kerana mampu bertindak sebagai pelembap untuk kulit dan menjadikan penghalang sempurna antara kulit anda dan bahan pencemar luar seperti zarah habuk kerana ia membantu melindungi daripada tekanan persekitaran yang keras; ini termasuk perlindungan terhadap sinaran cahaya matahari. Asid lemak MCT yang dibincangkan sebelum ini sangat baik dalam menyerap sinaran UV yang mewujudkan lapisan tambahan pertahanan fizikal terhadap radikal bebas molekul yang mewujudkan tanda penuaan pramatang seperti kedutan dan bintik-bintik penuaan. Malahan bahan vitamin E meningkatkan kesan pencerahan menjadikan kulit anda kelihatan lebih licin secara keseluruhan. Maka sesiapa sahaja boleh menggunakan minyak kelapa pada kulit mereka, kerana ia adalah produk semulajadi dan sesuai untuk kebanyakan jenis kulit. Minyak kelapa diketahui kaya dengan vitamin, asid lemak dan antioksidan yang membantu dalam menyuburkan serta menghidratkan kulit. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, antiseptik dan antikulat yang boleh membantu merawat dan mencegah cela pada kulit. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
Updated October 2024.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.