Support My Blog

Tuesday, October 15, 2024

KELAPA SEBAGAI MAKANAN 'SUPERFOOD' (Part 1)

PRODUK KELAPA
 (Coconut) sudah boleh dia dijadikan salah satu makanan superfood?. Perkara ini mungkin boleh dibincangkan dalam artikel kali ini kerana pada penulis blog tanaman kelapa merupakan 'Tree for Life' yang mana ia merujuk kepada semua bahagian tanaman kelapa boleh digunakan. Pembangunan Tanaman Kelapa di Malaysia bagi sektor pekebun kecil sejak merdeka lagi sudah diterajui oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Salah satu program didalam usaha pembangunan kelapa yang sangat berjaya adalah Rancangan Pembangunan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang berjaya membangunkan ribuan hektar tanaman kelapa terutama dibeberapa kawasan tumpuan di negeri Johor, Selangor, Perak dan negari-negeri lain. Projek ini telah berjaya menanam kelapa jenis Malayan Tall (CN1)  yang mampu menghasilkan sekitar 7,000 - 8,000 biji kelapa sehektar setahun. Bagaimana pun program RPSKK ini telah dihentikan pada tahun 1981 setelah peruntukkan bagi program tersebut dihentikan. Persaingan dengan penanaman kelapa sawit dikalangan pekebun kecil juga menyebabkan tanaman kelapa terus tidak menarik minat petani berbanding dengan pulangan dari tanaman sawit. Pada penulis blog yang telah menulis lebih 500 artikel mengenai kelapa dalam blog ini memang sangat memahami industri kelapa di Malaysia dan dunia amnya. Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) merupakan sejenis tanaman yang keempat terpenting di negara kita selepas tanaman Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea brazilliensis) dan Padi (Oryza sativa). Kelapa telah kini menjadi penting apabila negara perlu mengimport jutaan biji kelapa tua dari negara jiran Indonesia untuk membolehkan permintaan kelapa tempatan dipenuhi. Industri kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia juga menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dikalangan pekebun kecil kelapa. Disamping itu industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan prodik asas kelapa negara disamping berkeupayaan menjana sumber pertumbuhan baru saperti industri terkini seperti pengeluaran produk minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Penulis blog dapati dimana pada tahun 2021, Malaysia mempunyai kira-kira 84,228 hektar kelapa melibatkan 80,000 keluarga tani yang menghasilkan lebih kurang 566,595 metrik tan biji berdasarkan kepada hasil purata kelapa sebanyak 3,500 biji/hektar/tahun (Sumber: Booklet Statistik Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Sebahagian besar dari varieti yang ditanam sedia ada adalah dari jenis tradisional seperti Malayan Tall (80%), manakala bakinya adalah dari jenis hibrid komersil seperti MATAG (15%), pandan (4%) dan MAWA (1%). Dilaporkan dimana data semasa menunjukkan dimana sekitar 61% dari keluasan kelapa Malaysia terletak di Semenanjung Malaysia. Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat sementara di Sabah banyak kelapa dikawasan Kudat dan Tawau. Industri penanaman kelapa semakin merosot sepanjang tahun disebabkan oleh banyak faktor terutama penggantian tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan satu tajuk bagaimana produk dari kelapa sesuai dijadikan sebagai 'Superfood' dimasa akan datang bagi menjadi rujukkan pembaca blog semua.


Penulis blog dulu tertanya-tanya akan maksud 'Superfood'. Kemudian merujuk banyak jurnak dan media ternyata yang 'Superfood' adalah ia merujuk kepada semua jenis makanan yang sangat tinggi kandungan nutrisinya seperti unsur vitamin, mineral, antioksidan dan enzim-enzim sihat. Khasiat yang 'hebat' ini telah memberinya gelaran “super” yang mana ini menjadikannya dikenali sebagai “superfood”. Nagaimana pun didakwa jika diamalkan makanan ini dengan cara pemakanan seimbang maka 'superfood' dilaporkan ia boleh menolong menurunkan risiko penyakit kronik dengan membekalkan badan anda dengan nutrisi-nutrisi penting. Bagaimana pun ada kenyataan yang unik dimana di Malaysia diantara jenis makanan yang popular di gelar sebagai 'superfood' duu adalah seperti Chia seeds, Quinoa, Sprulina, Kale dan juga Avocado sebelum makanan Madu Kelulut di lancarkan pada tahun 1998. Dalam pada itu kemudian kelapa merupakan bahan utama dalam diet harian yang bersesuaian dengan iklim tropika di Malaysia serta negara Asia yang ada ura-ura menjadi satu lagi superfood. Peulis blog masa itu terlibat secara langsung dengan program pembangunan industri kelapa negara melalui Program Sumber Kekayaan Baru di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (kini MOA sudah pun bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan). Seetiap tahun diperuntukkan jutaan ringgi untuk pembangunan tanaman kelapa di Malaysia melalui Jabatan Pertanian Malaysia terutama untuk projek penanaman kelapa Matag *CN13, CN14 dan CN15). Walau pun ada isu ketidakcukupan sumber benih tulin Kelapa Matag F1 tetapi ianya merupakan satu program yang berjaya dibawah pembangunan program tersebut. Mungkin penulis blog agak pasti jika ramai yang tidak tahu kebanyakan produk makanan berasaskan dari pokok kelapa yang dikenali sebagai 'superfood' yang mana ia adalah disebabkan kepadatan nutrien yang unik dan kebolehannya dalam usaha menyokong imuniti, metabolisma yang sihat, penurunan berat badan serta manfaat yang lain.


Siapa rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan salah satu hasil utama kelapa yang di ambil hampir setiap keluarga di Malaysia iaitu Santan (Coconut Milk). Pada penulis blog santan kelapa yang dihasilkan dari perahan isi kelapa iaitu cecair yang berwarna putih serta mengandungi banyak zat makanan. Pada zaman dahulu dimana secara tradisional isi kelapa akan diparut dengan menggunakan alatan 'Parut' atau 'Kukur' kemudian dicampur dengan air sebelum diperah bagi menghasilkan santan. Pada masa kini santan kelapa dapat diperah terus secara cekap menggunakan Alatan Mesin Pemerah Santan Kelapa. Produk santan digunakan sebagai bahan masakan lauk pauk, kuih mueh dan pelbagai kegunaan lain. Terdapat beberapa varieti kelapa yang mengandungi santan yang banyak dan ada juga varieti kelapa yang kurang kandungan santannya. Umur pokok juga memainkan peranan penting mengenai kualiti santan dimana pokok muda kualiti santanya rendah (cair) berbanding dengan pokok tua. Lazimnya biji kelapa dari pokok yang tua memberikan kualiti santan lebih baik kerana ianya lebih pekat. Santan juga pada penulis blog merupakan satu-satunya produk dari kelapa yang boleh dibuat sendiri hanya dengan memarut isi kelapa dan perah susunya dengan cara menggunakan tangan atau kain. Cara ini hanya memerlukan masa yang singkat dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan tropika yang kaya dengan rasa kelapa yang memuaskan. Lebih banyak santan segar dapat dihasilkan apabila mempunyai sumber kelapa yang banyak dengan memanaskan serta disejat sehingga terhasilnya lapisan minyak kelapa. Lapisan minyak ini dikaut bagi tujuan memasak dan menggoreng. Selain itu produk seperti 'kerisik' dihasilkan daripada kelapa yang diparut serta digoreng tanpa minyak yang digunakan dalam resepi masakan yang enak. Kini mudah mendapatkan produk kerisek dari premis diseluruh negara dan juga boleh dibeli secara on-line juga. Kerisek sangat perlu didalam memasak rendang, asam pedas dan banyak lagi kuliner tradisional.


Lazimnya produk seperti Santan Kelapa dihasilkan dari perahan isi kelapa iaitu cecair yang berwarna putih serta ianya mengandungi banyak zat makanan. Pada zaman dahulu dimana secara tradisional isi kelapa akan diparut dengan alat khas yang digunakan iaitu 'Parut' atau alat 'Kukur'. Apa pun di rumah penulis blog dahuli iaitu di Kampong Pt Bengkok, Gersik, Muar dan masyarakat lain disekitarnya memang mempunyai alat kukur atau parut untuk menghasilkan santan kelapa.  kelapa yang selesai diparut iti kemudian dicampur dengan air sebelum diperah dengan tangan (atau mesin) bagi menghasilkan santan. Pada masa kini santan kelapa dapat diperah terus secara cekap iaitu dengan cara menggunakan Alatan Mesin Pemerah Santan Kelapa yang ada dijual dipasaran. Seperti penulisan saya dalam blog ini mengenai produk santan kelapa dimana disahkan memang terdapat beberapa varieti kelapa yang mengandungi santan yang banyak dan ada juga varieti kelapa yang kurang kandungan santannya. Dalam pada itu penelitian penulis blog mendapati dimana faktur umur pokok juga boleh memainkan peranan penting mengenai kualiti santan. Kajian secara nyata mendapati dimana santan kelapa dari pokok muda kualiti santanya rendah (cair) berbanding dengan pokok kelapa tua yang lebih berkualiti. Lazimnya biji kelapa dari pokok yang tua memberikan kualiti santan lebih baik kerana ianya lebih pekat dengan banyak kandungan mineral dan sebagainya yang lebih tinggi dan baik untuk kesihatan. Penulis blog tang beberapa kali melawat negara-negara jiran (ASEAN Country) mendapati dimana dik
ebanyakan negara Asia tropika menggunakan santan sama ada santar segar atau santan kotak didalam menus masakkan mereka. Di Kalangan daripada kalangan pelancong asing dan youtubers mereka kebanyakannya sangat suka makanan 'Nasi Lemak' dan 'Rendang Daging' ketika merke berkunjung ke Malaysia.  Artikel ini ditulis dalam limat (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga tulisan artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
TANAMAN KELAPA... LUAS DI MALAYSIA...
VARIETI HIBRID MATAG...RAMAI SUKA...
KELAPA...MAKANAN SUPERFOOD DIA...
SELAPAS MEMBACA... FAHAM ISINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8.8.2023 bersamaan 
21  Muharram 1445H).
Updated October 2024.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...