Support My Blog

Friday, October 4, 2024

HERBA DAN KEHEBATANNYA

HERBA
(Herbs) merupakan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan aspek aroma atau baunya. Pada penulis blog percaya dimana herba sejak lama sudah ia digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan oleh nenek moyang secara tradisional. Herba ada juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus yang tidak kelihatan secara mata kasar oleh perawat tradisional seperti dukun, bomoh dan pawang. Ada pelbagai kaedah dan cara mudah bagaimana menggunakan bahan dari herba sama ada dari bahagian daun, batang, akar, buah, biji, bunga, getah dan sebagainya yang di olah menjadi bahan yang berguna. Apa pun paling lazim diambil adalah pada bahagian hijau yang ada tumbuhan herba iaitu DAUN (Leaves) yang digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Dalam pada itu tidak kurang juga dimana bahagian AKAR (Roots) dari tumbuhan herba ini yang diambil. Penulis juga maklum kalau bahagian seperti kulit pokok, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba yang tertentu dikelaskan sebagai produk herba boleh digolongkan sebagai herba. Dizaman ini walau pun ada pelbagai jenis ubat moden dari doktor atau makanan tambahan suplement untuk tjuan kesihatan akan tetapi industri herba terus berkembang. Kalau difikirkan kini hampir setiap orang menggunakan herba iaitu sama ada dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian dimana ramuab dari herba memang sentiada digunakan. Ramai juga tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan kerana kebanyakannya memang ada kandungan bahan herba. Pemahaman umum memang menjurus dimana bahan herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan akan tetapi disisi lain dilihat sebenarnya ia dilaporkan boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Sesiapa yang selalu mengambil herba sebaiknya memeriksa dahulu akan kandungan bahan didalamnya, akreditasi atau penyataan saintifik yang tepat dengan kandungan bahan didalam herba tersebut.  Apa pun sebaiknya herba yang dijamin kuaitinya sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat oleh pihak berwajib. 
Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta menarik dan kehebatan herba di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.


Pada penulis blog dimana Industri Herba di Malaysia memang di majukan mengikut beberapa program berkaitan herba. Apa pun industri herba telah dikenal pasti sebagai industri yang berpotensi untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara sejak beberapa Rancangan Malaysia dilaksanakan. Penggunaan herba juga pernah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia yang peka terhadap penjagaan kesihatan dan penggunaan produk semula jadi yang masih mempunyai nilai terapeutik. Herba dilaporkan dan didapati mempunyai kegunaan yang meluas, terutamanya penghasilan produk bernilai tinggi dalam industri makanan dan minuman untuk tujuan kesihatan, farmaseutikal, ubatan tradisional, penjagaan kesihatan, perisa, pewarna dan pewangi serta untuk pengeluaran minyak pati (essential oil) bagi kegunaan kosmetik dan perubatan. Penulis blog merujuk kepada Pelan Herba dimana dalam tempoh Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2010 - 2020 dimana jumlah pengeluaran bagi herba dijangka meningkat daripada 17,000 tan metrik kepada 73,000 tan metrik dengan kadar pertumbuhan 15.4 peratus setahun. Kini dilaporkan dimana jumlah eksport herba yang meliputi produk terproses pula dijangka meningkat daripada RM152 juta kepada RM1.3 bilion dalam tempoh yang sama (Sumber: Laporan AgroMakanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tahi 2015). Keluasan tanaman herba diunjur meningkat sebanyak 15 peratus setahun iaitu daripada 1,000 hektar pada 2010 kepada 4,000 hektar pada 2020. Melihat kepada potensi herba ini kemudian pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan kini sudah ditukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah pun meletakkan industri tanaman dan pemprosesan herba di bawah salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berpotensi dan pernah menjadi projek penting dalam Projek Keutamaan Permulaan (EPP 1) iaitu dengan bertujuan untuk menghasilkan produk-produk herba bernilai tinggi seperti nutraseutikal dan 'botanical drug'. Sejauh mana kejayaan projek industri herba ini memang sukar dinilai kerana ia melibatkan satu proses yang lebih komplikated berbanding dengan pembangunan projek tanaman makanan lain. Ini juga kerana harba akan dinilai daripada 'kandungan kimia' atau 'chemical content' yang ujud pada setiap jenis herba yang memberi fungsi kesihatan kepada pengguna. Bagaimana pun setelah penulis blog bersara daripada Jabatan Pertanian seakan prjek pembangunan tanaman herba ini agak 'senyap' perlaksanaan dan perlaporannya tidak seperti dahulu lagi. Sila baca artikel berkaitan industri herba dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini).  Adakah projek herba yang pernah diberikan bajet tinggi ini masih menjadi tumpuan yang berpotensi semakin kurang diketahui.


Dilaporkan ada banyak jenis herba yang sudah dikenalpasti sebagai tumbuhan yang berguna sebagai jeis herba di Malaysia. Kementerian Pertanian pernah menyatakan sebanyak 15-20 jenis herba yang sesuai untuk di komersilkan sebagai memberikan nilai ekonomi yang baik. Apa pun dilihat dimana t
umbuhan herba bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan penyedap dalam banyak jenis masakan, malah herba turut digunakan untuk tujuan perubatan terutamanya dalam perubatan tradisional. Kaedah perubatan tradisional menggunakan pokok herba bukan sahaja terdapat dalam negara ini akan tetapi dilapotkan herba turut dipraktikkan di seluruh pelosok dunia mengikut budaya masing-masing. Walau pun masih kekurangan maklumat dan ketiadaan cara untuk mengetahui dengan tepat bagaimana budaya terawal menggunakan pokok herba akan tetapi ada banyak testimoni bagi mereka setelah mengambil masa selama beribu-ribu tahun bereksperimen dengan cara pengolahan dan penggunaan tumbuhan herba. Memang ada yang tahi jika sejarah penggunaan tumbuhan dan pokok herba untuk tujuan perubatan sudah di amalkan seperti dikalangan orang-orang Cina, India, Mesir Kuno, Babylon dan penduduk asli Amerika kuno dimana hampir kesemuanya adalah ahli herba yang dijadikan panduan. Sebagai contoh dimana diantara beberapa senarai herba ubat-ubatan yang paling lama yang diketahui adalah oleh Shen Nung’s Pen Ts’ao atau Shennong Ben Cao Jing (sekitar 3,000 sebelum Masihi) dimana banyak rujukkan masih relevan sehingga kini. Apa pun rujukkan dari bulu ini ia berkemungkinan merupakan susunan herba-herba Cina bagi tradisi ubat-ubatan Cina secara lisan yang lebih tua. Apa pun dikalangan orang Mesir Kuno dan Yunani Rom purba dimana kaum kereka juga terkenal dengan penggunaan pokok herba mereka. Penulis blog ada beberapa kali merujuk kepada kajian yang di lakukan oleh saintis lokal daripada FRIM, UPM, UKM dan Jabatan Pertanian sendiri berkaitan khasiat daripada banyak jenis herba tempatan. Antara jenis herba yang banyak di bincangkan dikaitkan dengan wujudnya nilai perubatan termasuk herba seperti herba Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Akar Saga, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Serai, Cekur, Halia Bara, Pegaga, Cengkih dan banyak lagi. Saya ada menulis kesemua jenis herba popular didalam blog ini untuk dijadikan rujukkan. 


Menarik artikel dalam hmetro.com bertajuk '
Teroka manfaat herba' untuk dikongsikan. Di Malaysia dilaporkan iaitu dianggarkan terdapat lebih 15,000 spesis tumbuh-tumbuhan di negara ini dimana sekitar 2,000 daripadanya dilaporkan mempunyai nilai perubatan yang masih belum diterokai sepenuhnya untuk potensi ubatan serta nilai komersial. Namun hanya 1 - 3% saja yang digunakan untuk penjagaan kesihatan dan dijual di dalam bentuk produk tradisional. Setiap tumbuhan ini memang ia berpotensi dibangunkan, dipelbagaikan kegunaan dan dibuat produk bernilai tinggi yang berkesan, selamat serta berkualiti. Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk mengeluarkan produk kesihatan (nutraseutikal), ubatan moden (farmaseutikal) dan produk kosmeseutikal terjamin kualitinya disokong maklumat saintifik serta bertaraf antarabangsa. Ia dinyatakan oleh Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang dakwa kementeriannya menggubal Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan. Ia merangkumi pemerkasaan pihak berkepentingan; mengurangkan tekanan ke atas biodiversiti; melindungi ekosistem, spesies dan kepelbagaian genetik; memastikan faedah daripada penggunaan biodiversiti dikongsi secara adil dan saksama serta membangunkan keupayaan semua pihak yang berkepentingan. Sejak lama dimana pihak  Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sentiasa memberi fokus kepada aspek penyelidikan, pembangunan, pengkormersialan dan inovasi (R,D,C&I) sumber biodiversiti negara ini. FRIM membangunkan kepakaran untuk mengenal pasti, menghasilkan bukti saintifik dan formulasi serta mendokumentasi sumber semula jadi dari hutan di Malaysia ke arah penghasilan ramuan aktif dan produk yang dapat dikomersialkan. FRIM juga mempunyai Pusat Pensahihan Bahan Mentah Herba yang menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri dan pengumpulan maklumat industri herba melalui lawan sesawang HerbaXpress. Peranan FRIM dalam membantu industri herba untuk menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan bahan mentah serta produk herba. Dilaporkan yang usaha ini dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia selaras dengan matlamat utama kerajaan menyasarkan sumbangan industri herba kepada pendapatan kasar negara sebanyak RM2.2 bilion menjelang 2020 di samping menyediakan 2,000 peluang pekerjaan. Kajian yang dijalankan di FRIM merangkumi peringkat huluan dan hiliran. Penyelidik FRIM umpamanya membuktikan tongkat ali yang dihasilkan daripada kaedah pengekstrakan khas boleh membunuh sel barah ovari dan kini sedang dalam proses pengiktirafan paten. Apa pun penyelidikan ini masih perlu dilengkapkan dalam beberapa peringkat pra-klinikal dan klinikal jika ingin diguna serta dipasarkan sebagai ubatan antibarah. Sebagai contoh dimana herba Kacip Fatimah iaitu usaha untuk menghasilkan klon elit (dari segi pertumbuhan dan penghasilan bahan bio-aktif) juga menampakkan hasil yang positif. Herba Ketum juga antara spesies yang perlu diberi perhatian. Penggunaan ketum untuk tujuan yang salah (khayal) menyebabkan spesies ini tersenarai di bawah Akta Racun 1952 dan dicadangkan pindaan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penyenaraian daun ketum sebagai dadah berbahaya. Secara tradisional dilihat yang ketum digunakan untuk mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan produktiviti kerja. Kajian dan penyelidikan yang menyeluruh sangat diperlukan supaya kegunaan spesies ketum dapat dimanfaat sepenuhnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA HERBA...BANYAK JENISNYA....
ADA YANG KOMERSIL...DITANAM DIA...
KAJIAN DIBUAT... PELBAGAI CARANYA...
KHASIAT HERBA...PERLU IA DIGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Rabiulawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...