Support My Blog

Tuesday, June 13, 2023

JALA DAN FAKTA MENARIK (Part 2)

JALA IKAN
(Casting net) merupakan sejenis alat yang selalu digunakan untuk menangkap ikan atau seumpamanya sama ada menjala ikan di laut dan juga ikan di dalam air tawar. Apa pun pada penulis blog yang ada mempunyai beberapa unit jala mendapati dimana kebanyakan jenis 'Jala Tebar' atau pun dipanggil sebagai 'Jala Lempar' ini digelar sebagai 'cas net' dalam bahasa Ingersi merupakan satu lingkaran kecil benang atau tali khas dengan pemberat (selalunya timah) berbentuk bulat berlubang pada tepi-tepinya. Jala yang dilempar atau ditebar oleh nelayan kedalam sungai atau kawasan pantai ini lazimnya mempunyai banyak jenis dan bentuk bergantung kepada kegunaannya. bagaimana pun secara umumnya dimana ukurannya bervariasi sehingga kepada 4 meter pada diameternya. Jala sama dengan anyaman sama seperti jaring ini akan dilempar dengan sedemikian rupa sehingga ianya menyebar bulat (atau bentuk tebaran lain) di permukaan air dan kemudian tenggelam untuk memerangkap ikan atau udang dibawahnya. Ikan yang terkurung akan terperangkap didalam jaring semasa jaring tersebut turun dalam air iaitu sehingga kedasar air. Kemudian dengan cara perlahan dan betul ia akan ditarik keatas atau ditarik keluar dari air. Pada prinsipnya penangkapan dengan jala adalah mengurung ikan atau udang dengan jalan menebarkan alat tersebut dimana ia sedemikian rupa sehingga menelungkup atau menutup sasaran yang dikehendaki. Bagi nelayan sungai lazimnya ia akan menabur umpan yang sesuai dengan sasaran 10 - 20 minit sebeum tebaran jala dijalankan. Sasaran ikan atau udang ini akan berkumpul dikawasan umpan untuk mudahkan kerja menjala. Umum faham bagaimana jala merupakan salah satu jenis peralatan menangkap ikan tradisional yang mana ia sehingga kini masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan. Masih ada lagi pembuat jala yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Penduduk kampung pendalaman biasanya menghasilkan jala untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri atau pun sebagai barang hiasan kraftangan diganting dirumah atau di hotel. Jala tradisional lazimnya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nylon yang sederhana kasar bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman benang menggunakan alatan dinamakan 'coban' dimana dibahagian bawahnya ia dikelilingi dengan cincin besi atau timah sebagai pemberat. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu mengenai jala dan fakta menarik didalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan.


Setiap tahun di musim monsoon akan berlaku banjir dimana ia bencana ini akan menyebabkan limpahan air sungai. Bagaimana pun media tempatan sering laporkan banyak perkara seperti kes '
Banjir - Penduduk Segamat berpesta jala ikan darat' amat wajar dikongsikan. Salah satunya dimana Mphd Hanafi, Amat Faizal dan Mohd. Rizan menunjukkan hasil iaitu pelbagai jenis ikan sungai yang dijaring di Sungai Bekok, Chaah, Segamat memang berbaloi dikongsikan.  Di sebalik bencana banjir yang melanda dimana ia juga mendatangkan rezeki bagi penduduk apabila mereka bagaikan berpesta menangkap ikan air tawar di Kampung Haji Mian Batu Tujuh Belas, Chaah Bahru, Segamat. Mereka juga sudah memperoleh kira-kira 20 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan hasil menahan dua rawan jaring di tepi Sungai Empangan Bekok. Walau pun sudah empat hari mereka macam berpesta menangkap ikan air tawar dimana dia pasang dua jaring atau pukat. Banyak dapat ikan antaranya jelawat, keli, talapia serta lampam, ada dekat 20 kilogram dah dapat sejak kami turun tahan ikan. Dilaporkan di sepanjang laluan Jalan Yong Peng-Segamat berhampiran kampung berke­naan mendapati ada kira-kira 50 ­penduduk kampung ‘berpesta’ menjala serta ada yang memancing dan memasang pukat. Selalunya ikan yang ditangkap itu dipercayai dari kolam ikan yang melimpah. Ikan air tawar ini juga berpunca dari Empangan Sungai Bekok yang melimpah akibat hujan ­lebat dimana biasanya ikan-ikan ini akan dibuat lauk untuk makan sendiri selain beri kepada jiran-jiran, Mereka akan turun memancing, pasang pukat apabila tiba musim tengkujuh, ini antara hasil paling banyak kami dapat dimana kali terakhir hasil sama pada banjir 2016. Ikan hasil tangkapan ini akan di masak dengan sajian yang mampu membangkit selera ialah masak asam pedas, goreng kunyit serta gulai tempoyak. 


Kisah bagaimana '
Peserta pesta menjala estet ikan Paya Wau bakal bawa pulang banyak ikan' juga berkaitan dengan aktiviti menjala ikan. Dilaporkan oleh hmetro.com dimana ada lebih 1,000 peserta dijangka menyertai Pesta Menjala Ikan Air Tawar Memburu Si Baduk di Estet Ikan Paya Wau, Kampung Kuala Wau, Maran, Pahang. Program kali pertama diadakan itu anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Wau dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Pengerusi JPKK Kampung Kuala Wau, Mohd Zurin Md Jais berkata, penganjur menyediakan sebuah motosikal sebagai hadiah bagi kategori ikan terberat. Menurutnya kini terdapat lebih 15 spesies ikan air tawar terdapat dalam Estet Ikan Paya Wau seluas lebih 28 hektar, antaranya lampam, kap rumput, jelawat, kerai, rohu, patin, temalian, haruan dan toman. Pihak urusetia pesta berharap program kali pertama diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan, sambil bercuti peserta pasti terhibur dengan aktiviti menjala secara beramai-ramai. Kalangan peserta berpeluang membawa pulang seberapa banyak ikan yang berjaya ditangkap hanya dengan sekali bayar yuran penyertaan. Ada pelbagai spesies ikan bersaiz besar berumur lebih dua tahun terdapat di Estet Paya Wau yang dimajukan selepas aktiviti menanam padi tidak lagi dilakukan penduduk setempat. Benih ikan disediakan Jabatan Perikanan Negeri Pahang yang mengadakan pelepasan di perairan umum lebih dua tahun lalu, difahamkan beberapa spesies ikan seperti kap rumput, kap kepala besar dan temalian kini telah mencapai berat lebih enam kilogram seekor. JKKK berharap peminat aktiviti menjala tidak melepaskan peluang untuk menyertai pesta menjala di Estet Ikan Kuala Wau yang julung kali diadakan di daerah ini, selain dapat membawa pulang pelbagai spesies ikan air tawar sekiranya bernasib baik meraih hadiah motosikal. Yuran penyertaan RM70 bagi satu jala, hasil yuran bagi mengisi tabung JPKK Kampung Kuala Wau selain turut diagihkan kepada 40 pemilik petak sawah.


Dalam pada itu Bernama laporkan bagaimana aktiviti '
Menjala ikan di persisir sungai Kelantan' sesuai juga dikongsikan. Dilaporkan ada foto dimana ada seorang nelayan menebar jala untuk menangkap ikan di persisir sungai Kelantan ketika tinjauan di sekitar Kok Majid, Sungai Kelantan. Ia telah menjadi kebiasaan bagi segelintir penduduk di sini melakukan aktiviti menjala iaitu apabila berada di sepanjang pesisir sungai sebagai alternatif untuk mencari rezeki dan mengisi masa lapang di samping menambah pendapatan sekiranya mendapat tangkapan yang banyak.elintir penduduk di sini melakukan aktiviti menjala di sepanjang pesisir sungai sebagai alternatif untuk mencari rezeki dan mengisi masa lapang di samping menambah pendapatan sekiranya mendapat tangkapan yang banyak.  Dalam kes lain dimana dilaporkan 'Hasil menjala 'ikan darat' cecah RM150 sehari. sesuai dikongsikan. Kisah dari daerah Rantau Panjang iaitu di sebalik banjir yang melanda dimana Ariffin Hussin tidak melepaskan peluang menjala ikan sungai di Sungai Tasek Garu, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang. Dia mengakui sudah lima hari menjalankan aktiviti menjala yang mana hasil diperoleh dijual kepada pelanggan selain dijadikan lauk untuk juadah buatnya  sekeluarga.  Menurut Ariffin yang berusia (63 tahun) dimana dia hanya menjala ikan setiap kali musim tengkujuh kerana mempunyai masa terluang selain minat yang mendalam terhadap aktiviti berkenaan. Dia akan turun ke lokasi seawal 6.45 pagi untuk menjala ikan sungai kerana pada waktu itu lebih banyak hasil diperoleh. Kemudian dia pulang sebentar untuk solat Zuhur dan Asar sebelum kembali semula dan pulang menjelang Maghrib. Antara ikan sungai yang dapat seperti ikan baung, terbol, lampam, toman dan sepat (Sila lihat foto paling bawah). Apa pun biasanya ikan dijual antara RM10 - RM35 sekilogram bergantung kepada jenisnya. Hasil menjala kini dia mampu memperoleh sehingga RM150 sehari dimana ia cukup untuk dijadikan bekal membeli barangan keperluan sepanjang musim banjir. Baginya aktiviti menjala ikan adalah aktiviti tahunan baginya kerana kawasan kediamannya hampir setiap tahun dilanda banjir selain mengakui tahu lubuk ikan sungai bagi mendapatkan hasil yang banyak. Pelanggan yang datang membeli ikan sungai adalah daripada seluruh negeri seperti dari jajahan Tanah Merah, Kota Bharu dan Tumpat. Ada antara mereka ialah pelanggan tetap yang membeli ikan sungai dengan saya setiap kali musim tengkujuh. Selain melempar jala, saya juga memasang pukat di kawasan yang lebih dalam airnya menggunakan perahu. Pukat biasanya dipasang pada waktu pagi dan akan diangkat naik sebelah petang. Dia juga menjahit sendiri jala kerana mahukan saiz jala yang lebih besar sekali gus memudahkan saya untuk mendapatkan lebih banyak ikan sungai. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA JALA... UNIK BUATANNYA...
TALI DI ANYAM... BULAT BENTUKNYA...
DI TEBAR BESAR... IKAN DIDALAMNYA...
PERLU KEMAHIRAN... HASILNYA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Zulkaedah 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...