Support My Blog

Wednesday, March 9, 2022

JENIS-JENIS UDANG - APA DIA? (Pt 1)

UDANG
(Prawn) merupakan sejenis hidupan krustacea yang mana ia banyak di buru untuk dijadikan makanan yang kaya dengan protin dan chitin. Dalam habitat semulajadi biasanya udang 
boleh didapati di dalam air masin dan air tawar atau air payau. Pada masa ini dilaporkan dimana udang air masin dan udang air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara sebagai satu komoditi penting dimana ia mampu untuk memberikan pulangan baik kepada penternak industri. Dilapor di Malaysia dimana aktiviti ternakan udang komersil dilakukan dibeberapa negeri tetapi terkini ia luas diusahakan di Pahang dan Sabah untuk pasaran domestk dan eksport terutama jenis udang harimau (tiger prawn). Ladang ternakan udang dilapor memerlukan kos pembangunan dan penyelenggaraan yang tinggi serta risiko yang terbaik untuk ianya berjaya sebelum  memberikan pulangan baik. Dalam banyak maklumat teknikal dimana penulis blog dapati dimana udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun bentuk udang selalu kelihatan seakan ia sama sahaja dengan udang-udang lain akan tetapi jenis udang berbeza dengan udang lain dari segi struktur insangnya, bentuknya, makannya, saizya, harganya dan banyak faktur lain mengenai udang itu sendiri. Makanan dan khasiat udang banyak diperkatakan kerana keenakannya, khasiatnya dan ancamannya jika dimakan berlebihan. Ini adalah kerana uudang adalah dikenalpasti sebagai sumber protein yang tinggi dan juga kolesterol. Bagaimana pun secara teorinya udang mempunyai protein yang sangat tinggi dan ianya penting untuk menyokong dan juga membantu membina sel-sel baru tumbesaran. Ianya juga sangat penting dan dapat membantu menggantikan sel-sel tisu yang telah rosak. Selain itu terdapat juga bahan Omega-3 pada udang dimana ia juga penting untuk menyokong kesihatan jantung dengan cara mengurangkan kandungan lemak dalam saluran darah. Terdapat banyak perdebatan mengenai kendungan kolesterol yang tinggi didalam udang. Ini kerana ada laporan mendakwa kadar kolesterol boleh menurun apabila seseorang makan udang dan ia dikaitkan juga apabila kadar kolesterol dapat menurun serta boleh meningkatkan aliran hempedu dan melegakan hati jika makan udang. Walau pun ada dakwaan dimana makanan laut boleh juga dapat menurunkan tekanan darah dan menghilangkan sakit kepala tetapi kenyataannya ramai yang merasai sebaliknya. Udang juga didakwa akan dapat memberi kesan sistem pencernaan berfungsi dengan baik, menghilangkan pedih ulu hati dan gastrik. Fungsi yang lain adalah dapat meningkatkan kadar metabolisme dan berat badan yang seimbang. Sebaiknya makan udang dengan jumlah berpatutan dan elaan makan berlebihan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapajenis udang yang sesuai diketahui pembaca semua untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Terdapat berpuloh jenis udang yang dikenalpasti sama ada ianya diternak atau yang ditangkap dibeberapa lokasi sama ada di laut, di sungai dan sebagainya. Bagaimana pun hanya beberapa jenis udang yang sesuai diternak dan dikonersilkan seperti Udang Harimau, Udang Galah, Udang Kara Air Tawar dan beberapa lagi. Sebahagian besar udang yang ada dipasar di Malaysia masih diperolehi melalui aktiviti nelayan yang mencarinya dihabitat asalnya. Harga udang dipasar banyak ditentukan oleh faktur jenisnya, saiz, kesegarannya, kualiti dan juga musim tertentu. Harga udang biasanya akan naik di musim tengkujuh arau monsoon atau musim banjir apabila bekalannya berkuarangan dan banyak kolam udang musnah disebabkan bencana banjir juga. Kebanyakan udang dijua dalam bentuk udang segar dipasar (Sila lihat foto diatas) atau udang sejukbeku dalam petisejuk. Selain daripada udang dibeli untuk dimasak dengan pelbagai resepi biasanya ada banyak restoren Makanan Laut yang menghidangkan udang dalam banyak jebis hidangan. Antara kuliner popular udang adalah seperti Udang goreng tepong, Udang bakar, Mee udang (Sila lihat foto paling atas), Sambal Udang, Udang Goreng Butter dan banyak lagi. Restoren Tomyam Ala Thai dan Medan Ikan Bakar sering menjadikan makanan udang sebagai satu hidangan popular yang diminati pelanggan. Apa pun artikel kali ini saya paparkan beberapa jenis udang yang sesuai dikenali untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua sebagai menambah ulmu pengetahuan.

(1) Udang Galah
Udang Galah (
Macrobrachium rosenbergii) merupakan spesis udang yang penulis blog paling suka kerana sering memancing udang ini dahulu.  Lazimnya udang galah akan hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang jenis-jenis lain yang ada di perairan Malaysia. Harga udang galah segar biasanya akan dijual di dipasaran dimana ia  kini mencecah RM 40 ringgit - RM60 sekilogram. Harga udang galah yang tinggi sebegini menjadi pemangkin kepada penternak ikan lain untuk bertukar kepada aktiviti penternakan udang galah. 

(2) Udang Harimau
Udang Harimau (Penaeus monodon) merupakan antara jenis udang yang paling popular di ternak serta dipasarkan dibanyak negara termasuk di Malaysia. Udang ini diternak dikawasan pesisir laut dimana kolam akan dibina dan makanan pelet diberikan sehingga mencapai saiz sesuai untuk dipasarkan. Harga pasaran udang harimau diantara RM40 - RM50 sekilogram dan merupakan antara jenis udang enak dimakan.

(3) Udang Kara Air Tawar
Jenis Udang Kara Air Tawar (
Cherax quadricarinatus) atau pun Lobster Air Tawar (LAT) merupakan jenis udang yang kini semakin popular dikalangan penternak udang air tawar di Malaysia. Penulis blog ada membuat tinjauan teknologi kepada penternak udang ini dan ujirasa akan kelazatan udang ini. Anda boleh baca artikel berkaitan dengan pautan seperti berikut dalam blog ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). 

(4) Udang ketak
Udang ketak
(Thenus orientalis)  merupakan spesis udang yang seakan sama dengan Lobster Air Tawar dari segi bentuknya cuma ia berada di dalam air masin. Udang ini penulis blog dapat ujirasa semeas beberapa kali bertugas di Labuan dimana memang enak dimakan (orang belanja). Udang Ketak juga dipanggil sebagai Udang Lubuk dimana ia dilihat  mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 cm dan panjang karapasnya 8 cm. Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Jabatan Perikanan Malysia pernah laporkan dimana pada sekitar tahun 1985 berlaku pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia kecuali ada di sekitar Sabah.

(5) Udang Geragau
Udang Geragau (Acetes japonicus) merupakan sejenis udang halus yang berwarna keputihan yang datang secara bermusim dipantai-pantai negara kita seperti di Melaka, Perak, Selangor, Sabah dan beberapa pantai lain di Malaysia. Udang geragau juga di panggil sebagai Udang Baring atau Udang Geraguk dimana dalam bahasa inggeris dipanggil 'Small Shrimp'. Penulis blog yang pernah tinggal di Melaka lebih 14 tahun mendapati udang Geragau datang kepantai di pantai Klebang di Melaka pada waktu-waktu tertentu semenjak berkurun-kurun dahulu dan sangat popular dikalangan penduduk tempatan. Haiwan kecil dari kumpulan Crustacea ini dilaporkan hidup dipantai secara berkumpulan dalam air laut ditepi pantai Melaka. Nelayan tempatan selalu mendapat tahu bila perlu turun ke pantai untuk menangkap udang geragau di Melaka dengan cara menggunakan Pelanggai' atau 'Sungkur'.  Artikel ini ditulis dalam 3 segmen yang perlu dibaca bersama iaitu Part 1, Part 2 dan Part 2. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SPESIS UDANG... BANYAK JENISNYA...
UDANG LAUT... AIR TAWAR PUN ADA...
KAYA PROTEIN... KOLESTEROL JUGA...
MEMBACA ARTIKEL... KENAL JENISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Suite 2-12, Meru Golf Resort,
Meru, Ipoh,
Malaysia.
(3 Syaaban 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...