TANAMAN PANDAN (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan pelbagai guna yang mudah ditanam dan banyak kegunaannya. Pokok pandan mudah dikenali kerana ia mempunyai daun yang berwarna hijau dan tumbuh secara menegak dimana daunnya panjang halus seperti berjambak dengan mempunyai akar seakan berkayu. Pada penulis blog memang faham dimana pokok pandan mempunyai 1,001 cara kegunaan dalam masyarakat tempatan daripada untuk dalam kegunaan dalam masakan sehingga kepada kosmetik dan bunga rampai. Ia sering digunakan sebagai mewangikan bilik atau didalam kereta, menyegarkan udara dan juga mampu untuk menghalau serangga seperti lipas dari bilik. Bagaimana pun penulis blog lihat masih ramai orang terutama penduduk dibandar yang masih membeli daun pandan dipasar atau dipasaraya untuk digunakan. Sebenarnya menanam sendiri pokok pandan adalah sangat mudah dimana dirumah penulis blog sendiri ada banyak pasu pokok pandan yang selalu dapat dipetik untuk kegunaan memasak. Paling penting adalah ada kemahuan untuk hobi bercucuk tanam disekeliling rumah daripada jenis tanaman daput sehingga kepada jenis tanaman hiasan. Memang sangat mudah menanam beberapa jenis tanaman seperti pokok pandan, pokok daun kari, pokok cekur, pokok daun salam, ulam raja, daun kesum, pokok kunyit, pokok ubi kayu (untuk diambil pucuknya dibuat sayur). daun bawang dan beberapa lagi. Menanam pandan sebagai tumbuhan tropika dibiakkan dengan cara keratan, akar, anakbenih sulur dan juga anakbenih pokok. Lazimnya pokok pandan hanya menghasilkan daun sahaja dan penulis blog belum pernah melihat pokok pandan ini berbunga. Pembaca blog faham dimana ada dua (2) jenis pokok pandan yang ada di Malaysia yang perlu dikenali. Pertama adalah Pokok Pandan Biasa dimana pokoknya tinggi, berdaun panjang dan berbau harum dimana jenis ini sering ditanam dikawasan rumah dan digunakan untuk masakan. Jenis kedua adalah dikenali sebagai Pokok Pandan Wangi dimana pokoknya lebih rendah bersaiz kecil daripada pandan biasa. Aroma dari pandan wangi ini berkali ganda kuatnya dari pandan biasa. Pandan wangi ini selalunya ditanam secara komersil untuk diproses dijadikan bahan kosmetik dan juga untuk produk penjagaan muka dan agak jarang digunakan untuk masakkan. Artikel pagi Khamis ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan amalan agronomi penjagaan tanaman pandan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Dikawasan kebun dikampong lazimnya ada kawasan sesuai untuk tanaman pandan sebaiknya dari jenis tanah yang subur dengan ada kelembapan. Ia akan tumbuh dengan baik jika ditanam ditepi longkang, tepi parit, kawasan berpaya dan sebagainya. Paling baik adala dikawasan tanah yang tinggi bahan organiknya dan mendapat cahaya matahari yang banyak walau pun ia boleh tumbuh baik juga dikawasan ada naungan. Pokok pandan dihabitat ini akan hidup tampa penjagaan rapi untuk suatu jangkamasa yang agak lama dan tidak mudah mati dilapangan. Penulis blog pernah melawat satu projek dengan menanam pandan komersil beratus-ratus ekar di Simpang Rengam di Johor dimana ia ditanam diatas tanah gambut dibawah pokok kelapa sawit. Artikel tersebut boleh dibaca dengan pautan berikut (Sila klik disini) dan memang boleh dijadikan contoh terbaik. Bagaimana pun artikel ini lebih mirip kepada amalan agronomi penanaman pandan dalam pasu atau bekas khas dikawasan keliling rumah. Langkah awal adalah mempastikan ada bahan mencukupi untuk menanam pokok pandan. Perlu menyediakan tanah, pasu dan benih pandan yang sesuai. Tanah dan pasu (pilih sederhana besar) dari banyak kedai nurseri dimana kini sudah ada pasu plastik yang murah dan tahan lama juga. Beli tanah yang banyak kandungan bahan organik dan kemudian dicampurkan dengan bahan perlite sebelum dimasukkan kedalam pasu. Perlite ini berfungsi sebagai bahan pengembur tanah, dapat tingkatkan sistem pengudaraan dalam tanah dan juga membantu mengekalkan kelembapan dalam tanah untuk jangkamasa lebih lama.
Pemilihan pasu untuk menanam pandan juga perlu dilihat dimana adalah disyorkan membeli jenis pasu tanah liat berbanding dengan pasu plastik atau jenis pasu yang lain. Ini kerana pengalaman penulis blog mendapati pokok pandan dalam pasu tanah liat lebih subur dan tahan lama pokoknya berbanding dengan pasu dari plastik. Pastikan pasu tanah liat ini ada beberapa lubang air dibawahnya untuk menyalirkan air berlebihan apabila penyiraman dilakukan. Pokok pandan memerlukan tanah yang lembab akan tetapi tidak boleh hidup dengan baik jika ada air bertakung didalamnya. Malahan jika air bertakung terlalu lama menyebabkan air pandan jadi reput dan pokok akan mati. Bagi menyediakan bahan tanaman sebaiknya dapatkan benih daripada pokok pandan yang telah matang bagi ditanam didalam pasu. Periksa anakbenih tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 3 urat akar (berakar) dibahagian bawahnya sebelum menanam. Adalah penting memeriksa kualiti benih ini untuk mempercepatkan lagi akan proses pertumbuhannya. Potong anakbenih pandan ini dengan cara menggunakan pisau yang tanam dan bersih. Ini kerana jika pisau tersebut kotor maka ada kemungkinan ia menyebabkan jangkitan kepada benih pandan yang ditanam. Semasa menanam pandan pastikan semua akarnya tenggelam atau berada dalam tanah. Sebaiknya jika perlu boleh disokong dengan pacakkan kayu dalam pasu supaya ia tumbuh menegak dan tidak tumbang. Kemudian dipadatkan sedikit pangkal benih pandan dan seterusnya ia perlu disiram sebaik ditanam dan letakkan ditempat yang redup. Aktiviti Penyiraman sebaiknya dilakukan sekali sahaja sehari iaitu sehingga ia tumbuh dan berakar. Elakkan meletakkan pasu yang baru ditanam pandan dibawah sinaran matahari petang kerana ia akan menyebabkan pokok menjadi kering pula. Apabila pokok pandan sudah hidup dan membesar maka ia perlu disiram dua kali sahaja seminggu kecuali hari hujan. Periksa pasu semasa musim kering dan panas kerana ia akan menjejaskan pertumbuhan pandan ketika ini. Pembajaan pokok pandan dalam pasu perlu dilakukan sebulan sekali sahaja walau pun ada yang membaja dua minggu sekali mengikut kesesuaian.
Walau pun ramai mendakwa menanam pokok pandan dalam pasu tidak perlu dijaga sebenarnya itu adalah tidak benar. Tanaman dalam pasu perlu selalu diperiksa dan dirawat agar tidak berlaku serangan penyakit atau serangan serangga perosak dan pokok tersebut akan hidup lama. Menanam pandan dalam pasu boleh memberikan kegembiraan keran hanya sekali menanam akan tetapi mennuai untuk satu jangkamasa yang agak lama sampai bertahun jika dijaga baik. Beberapa amalan agronomi yang penting bagi tanaman pan dan dalam pasu atau pun diatas tanah dikawasan rumah perlukan penjagaan seperti selalu memangkas (pruning). Pangkasan terhadap daun-daun tua dibahagian bawah dan daun yang rosak atau berpenyekit dilakukan dengan membuang menggunakan gunting atau pisau tajam dan dikumpulkan atau secara ianya dimusnahkan. Sebaiknya hanya tinggalkan 3-7 helai daun sihat didalam pasu. Penting diingatkan dimana apabila pokok pandan sudah tumbuh tinggi lebih 3 kaki daripangkal maka ia perlu dipotong pangkal batangnya dimana ia akan bertunas semula. Apabila tunas tangkai pertama sudah mula berdaun sebaiknya potong atau buang tunas kedua dan ketiga untuk membolehkan pertumbuhan tunas pertama subur dan cebat membesar. Perlu diingat dimana akar pokok pandan adalah jenis akar serabut yang sangat aktif dimana ia akan keluar dari bawah lubang pasu dan menjalar dikawasan lembap. Apa lagi kalau pasu tersebut diletakkan ditepi kawasan kumbahan dimana ia akan menjadi sangat subur sehingga pasunya pun tidak kelihatan lagi. Apa pun penjagaan pokok pandan dalam m=pasu memang mudah dikendalikan kerana tanaman herba ini jenis tanaman lembut dan tidak berkalu keras. Penuaian daun pandan dirumah ini pun bukan selalu sangat dilakukan. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat ilmu berguna dari penulisan ini. Wasallam!!!....
DAUN PANDAN.. MUDAH TANAMNYA...
WALAU BEGITU... IA PERLU DIJAGA...
DISIRAM AIR... DIBERI JUGA BAJA...
ASPEK AGRONOMI... AMALKANNYA...By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Syaaban 1443H).
Posted from:
Room 2118, Miri Waterfront Hotel,
Miri, Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.