Kisah unik mengenai landak adalah 'Tawaran harga lumayan untuk ternak landak raya' yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro layak dikongsi sama dengan pembaca blog. Bagi Mohd Nor Ramzol akan rasa gembira apabila dapat bersama anak landak raya yang diternak di Kampung Batu 13 Tempoyang. Lipis, Pahang (Sila lihat foto disebelah). Dia yag ditawarkan harga mencecah RM4,000 untuk sepasang landak raya dewasa bukan jaminan untuk penternak haiwan terbabit menjualnya. Beliau yang kini mengusahakan ternakan landak raya secara komersial sejak lebih lima tahun lalu nyatakan harga anak landak raya berumur tiga bulan ialah RM3,000 sepasang dan dijangka meningkat hingga sekali ganda pada masa akan datang berikutan permintaan menggalakkan untuk tujuan diternak. Walaupun ditawarkan dengan harga tinggi namun dia masih tidak terlalu ghairah untuk menjualnya. Ladak adalah haiwan mudah membiak dimana kini dia mempunyai 130 landak raya dewasa dan anak yang diternak menggunakan sistem kurungan simen. Menternak haiwan berkenaan mudah daripada segi penjagaan dan makanan. Landak betina yang dewasa mampu melahirkan anak dua kali setahun dan selepas berumur tiga hingga empat bulan, anak akan dipisahkan daripada ibu dan ditempatkan dalam kurungan khas. Dia bermula dengan 12 ekor yang dibeli daripada rakan berharga RM9,000 dan kini jumlahnya terus bertambah setiap bulan kerana landak mudah membiak. Kini boleh dikatakan setiap bulan ada pihak berminat untuk membeli haiwan itu untuk diternak, namun pada masa ini dia belum berniat untuk menjualnya dan berhasrat untuk memperbesarkan lagi projek ternakan haiwan eksotik ini secara berperingkat berikutan permintaan begitu menggalakkan selain harga tinggi. Sokongan serta kemudahan disediakan agensi berkaitan seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menambahkan lagi semangat untuk berjaya.
Akhbar sama mempaparkan kisah unik bertajuk 'Jual batu tepi jalan' yang menarik dan agak viral juga. Kisan Batu Jalan yang didakwa 'batu landak' kini dilaporkan HM masih dijual bebas di media sosial. Kisah dipetik dari Kuala Lumpur begitu 'mudahnya menipu' apabila batu kerikil dikutip di tepi jalan mampu dijual pada harga puluhan ribu ringgit selepas didakwa ia sebagai batu landak yang memiliki seribu satu kelebihan dan kuasa penyembuhan. Akibatnya ramai mangsa yang taasub terhadap khasiat batu landak mudah diperbodoh-bodohkan sindiket yang dikesan bergiat aktif mencari pelanggan di laman sosial. Ini antara taktik buat duit digunakan segelintir kaki kelentong yang mengaut keuntungan mudah selepas mendakwa batu landak dilaporkan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik termasuk kanser dan leukemia. Salah seorang mangsa yang diperdaya sindiket penjual batu landak mendakwa kerugian lebih RM20,000 selepas diumpan melalui laman sosial Facebook (FB). Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Natrah, 40, berkata, seorang lelaki tidak dikenali mempromosikan jualan batu landak melalui FB dengan mendakwa batu itu menjadi buruan pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang luar biasa. Lelaki itu mendakwa batu landak yang turut dikenali sebagai geliga landak terhasil di dalam perut mamalia itu yang hidup liar di hutan. Lelaki itu juga mendakwa landak memang mempunyai kebolehan untuk sembuh segera daripada sebarang penyakit berikutan keupayaannya mencari akar atau tumbuhan berkhasiat. Ini menyebabkan landak dikatakan mempunyai antibodi yang kuat berbanding haiwan mamalia lain. Lelaki terbabit mendakwa kesan detoksifikasi melalui herba dicernakan itu akan meneutralkan toksin dan racun dalam tubuh landak menyebabkan haiwan ini cepat sembuh dari penyakit. Tindakan haiwan ini memakan pelbagai tumbuhan herba dalam tempoh waktu lama didakwa akan membentuk geliga batu di dalam tubuhnya. Bagaimanapun didakwa bukan semua landak mampu menghasilkan batu di dalam perut sekali gus menyebabkan harganya melambung tinggi dan menjadi buruan ramai pihak. Dilaporkan wujud kepercayaan batu itu mampu dijadikan ubat alternatif menyembuhkan penyakit kanser, meningitis, pneumonia, dan leukemia. Malah ada juga testimoni tersebar mendakwa meminum air rendaman batu landak boleh menyembuhkan penyakit ketumbuhan otak, kanser payudara, hati, gangguan sistem saraf dan metabolisme serta pelbagai penyakit lain. Akibat percaya dengan semua dakwaan ini, saya sudah membayar lebih RM10,000 kepada lelaki itu. Namun batu geliga seberat 200 gram yang dihantar kepada saya melalui penghantaran pos hanyalah batu biasa berbentuk bulat. Dilaporkan dimana seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Omar, 50, berasal dari Batu Gajah, Perak berkata, dia kerugian RM2,000 selepas ditawarkan batu landak yang didakwa dibawa masuk dari Indonesia. Menurutnya, dia diyakini seorang pengamal perubatan tradisional kononnya batu landak mampu menjadi tubuh manusia kebal daripada pelbagai penyakit berbahaya. Batu landak ini didakwa memilik tekstur, warna, bentuk dan kualiti berbeza. Ini sebabnya mengapa batu landak dianggap begitu berharga. Biasanya batu ini hanya seberat antara 70 gram hingga 300 gram dan dijual mengikut gred tertentu. Peniaga akan menjual batu ini pada harga sekitar RM300 hingga RM500 bagi setiap gram.
Kisah mengenai 'Mitos landak 'tembak' duri' dalam akhbar sama memang agak menarik perhatian penulis blog membaca dan menulis semula dalam artikel ini. Dilaporkan dimana spesis landak raya kini dibiak untuk baka dan daging akan tetapi ramai kurang tahu keupayaan landak untuk melepaskan atau 'menembak' duri kepada pemangsa atau ketika berasa terancam antara kisah yang kita sering dengar. Kenyataan tersebut bagaimana pun disangkal oleh Muzaffar Kaisar (49 tahun) yang mempunyai pengalaman memelihara haiwan eksotik terbabit hampir 20 tahun apabila mula mengimport tiga pasang landak dari spesies landak jambul atau Hystrix cristata sejak 2009. Beliau nyatakan kisah mengenai haiwan terbabit itu hanya mitos dimana lazimnya haiwan landak melindungi diri dengan mengembangkan durinya apabila ia menyerang. Landak menggunakan duri untuk melindungi diri akan tetapi bukan dengan kaedah 'menembak' atau melepaskan duri kepada pemangsa. Sebaliknya haiwan ini menjadi agresif dengan menghentak kaki pada lantai dan mengundur sambil mengembangkan duri bagi melindungi dirinya. Sikap agresif lebih ketara apabila dalam koloni yang mana spesies betina dewasa akan mengepung anaknya bagi mengelak ia diserang atau dicederakan. Atas sebab itu juga bagi pembiak baka berpengalaman, kami tidak boleh sewenang-wenangnya memegang anak landak. Terdapat risiko anak landak dibunuh apabila adanya bau tangan atau tubuh manusia berpindah kepada haiwan berkenaan. Disebalik sikap agresif haiwan berkenaan, landak memiliki tarikan tersendiri terutama sebagai haiwan peliharaan kepada peminat eksotik yang menghayati haiwan terbabit sebagai 'bahan' pameran. Landak bukan spesies haiwan peliharaan untuk dibelai. Biasanya pemilik spesies eksotik ini pelihara bagi tujuan induk serta untuk pameran dan daging. Namun, permintaan tinggi ketika ini ialah tujuan induk dan pameran. Bagi mereka yang pelihara bagi tujuan daging, rasanya hanya sebilangan kecil. Daging landak dikatakan mempunyai kebaikan kepada kesihatan. Kategori pembiak landak daging kurang popular kerana harga landak itu sendiri mahal dan pengeluaran secara komersial adalah sukar berikutan kadar kelahiran haiwan ini biasanya dua hingga empat ekor setahun. Biasanya landak bagi tujuan daging adalah landak spesies tempatan atau landak raya membabitkan pembiak baka yang memiliki permit memelihara dan menjual dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Sebagai pembiak baka landak yang berpengalaman dia kini memiliki lebih 50 ekor dan spesies paling unik ialah jenis landak terbesar di Afrika dan dunia iaitu Landak Cape. Bagi landak raya pula, ketika ini terdapat undang-undang yang mengehadkan jualan haiwan itu dengan kebenaran pada Mei hingga Ogos. Ini kekangan bagi pembiak baka menjual haiwan mereka. Kini dia beralih kepada landak import termasuk yang terbaharu adalah Landak Cape. Landak ini mendapat nama sempena tempat asalnya iaitu Capetown, Afrika Selatan.
Terkini dia mempunyai spesis landak Cape Albino iaitu diantara landak mampu menjadi koleksi haiwan eksotik yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Dia dakwa bagi dapat akses dari negara asal berkenaan bagi membawa masuk secara langsung tidak dibenarkan kerana spesies ini mendapat pelindungan penuh di negara terbabit.
Akses untuk saya memiliki haiwan terbabit ialah menerusi rangkaian dengan zoo haiwan di Eropah kerana saya turut aktif menjalankan kerja konservasi haiwan. Percubaan yang pertama pada tahun tahun lalu, apabila saya membawa masuk 12 Landak Cape termasuk spesies paling jarang ditemui iaitu Landak Cape albino. Kini nilai pasaran untuk memiliki landak terutama import, kata Muzaffar Kaisar, seperti haiwan eksotik lain, setiap landak mempunyai nilai tersendiri dan mencecah puluhan ribu berdasarkan spesies dan ciri baka unik haiwan berkenaan. Landak Cape ketika ini antara termahal kerana boleh mencecah berat melebihi 20 kilogram bagi dewasa. Konsep peliharaan saya gunakan ialah koloni yang mana seekor landak jantan diletak bersama empat landak betina untuk optimumkan pembiakan. Ketika ini Landak Cape termasuk spesies albino berjaya dibiak di sini. Ini satu perkembangan baik untuk peminat haiwan eksotik supaya dapat memiliki haiwan berkenaan. Dis sebenarnya tidak lokek dengan memberi sumber diet gred terbaik memastikan kesihatan landaknya. Mengenai cabaran untuk pelihara landak, kata Muzaffar Kaisar, haiwan itu tidak remeh dijaga kerana tidak banyak penyakit atau masalah kesihatan. Biarpun Landak Cape atau landak jambul ini tidak banyak kerenah, tetapi makanan antara isu perlu diberi perhatian kerana kosnya menelan belanja yang tinggi. Landak ialah haiwan yang tinggal dalam tanah. Oleh itu, bagi penyediaan sangkarnya perlu menggunakan lantai simen. Sementara bahagian dinding pula boleh gunakan jaring besi atau material lain yang kukuh. Aspek lain ialah diet landak. Landak antara spesies haiwan kuat makan dan diet terbaik ialah sayur-sayuran yang tertanam dalam tanah seperti sengkuang, labu, ubi kayu atau keledek. Bagi anak landak pula boleh diajar seawal usia sebulan dengan memakan labu atau keledek. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....

NAMA LANDAK... BADAN BERDURI...
BANYAK KISAH... PERLU KETAHUI....
BANYAK KISAH... PERLU KETAHUI....
HARGA MAHAL.... MAMPUKAH BELI...
MENGUNTUNGKAN...TERNAK SENDIRI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
MAlaysia.
(16 Jamadilawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.