Kes pertama adalah apa yang dilaporkan oleh harian metro bertajuk 'Jual daging rusa palsu' yang dijual dipasaran. Oleh kerana kadar permintaan tinggi terhadap daging rusa menjelang perayaan Aidilfitri menyebabkan wujudnya segelintir pihak bertindak menjual daging rusa palsu dan memperdayakan orang ramai di Jerantut, Pahang. Perkara itu didedahkan wakil penternak rusa daerah Jerantut, Shamsul Mohd Ali selepas mendapati banyak iklan yang menawarkan daging haiwan itu tular di laman Facebook (FB). Dia mendakwa dimana harga yang ditawarkan iaitu sekitar RM30 - RM35 /kg adalah sangat tidak munasabah kerana harganya sama seperti daging lembu dan kerbau. Kebanyakan daging rusa palsu itu dijual secara mampat tanpa tulang dan diedarkan pihak tertentu melalui media di FB malahan ada yang dijual di kedai tertentu. Adalah mustahil daging rusa tempatan atau import boleh dijual pada murah antara RM 30 - RM 35 sekilogram dan isunya malah ada yang jual lebih murah dari daging lembu dan kerbau di pasaran (Sila lihat foto disebelah). Seekor rusa yang diternak bernilai lebih RM3,500 dan berat daging serta tulang yang boleh dijual adalah sekitar 30 kilogram sahaja dakwanya yang juga mempunyai ladang rusa iaitu Aisyadeerfarm di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut. Dakwanya harga daging rusa di pasaran ketika ini adalah sekitar RM75 - RM95 sekilogram mengikut bahagian tertentu. Bagi bahagian batang pinang harganya adalah RM160 sekilogram manakala bahagian torpedo atau alat kelamin dimana ia mampu mencecah RM200 sekilogram. Mereka yang terbabit menjual daging rusa ini pada harga RM35 sekilogram dan didarab dengan 30 kilogram nilai seekor rusa berkenaan hanyalah RM1,050 dan bagaimana penternak boleh mendapat keuntungan pada harga begitu. Dilaporkan dimana pihak terbabit mendakwa mereka mendapat bekalan dari sebuah ladang di Jerantut akan tetapi semua sedia maklum belum ada penternak yang menternak haiwan itu dengan skala besar di negara ini. Dipercayai ia adalah daging lembu atau kerbau dan justeru orang ramai diminta berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan daging rusa dengan harga murah bagi mengelak mereka ditipu. Biasanya penternak rusa akan menjual daging rusa di ladang masing-masing yang dijual berserta tulang, manakala harganya pula tidak serendah daging lembu mahupun kerbau. Penjualan daging rusa palsu itu mula dikesan sejak beberapa tahun lalu dan ia sedikit sebanyak menjejaskan industri ternakan rusa di negara ini jika langkah sewajarnya tidak diambil.
Dalam pada portal berita FMT Reports dengan berita bertajuk 'Tipu jual daging rusa, peniaga ditahan' berlaku pada Oktober 2021 wajar dikongsikan. Berita memetik dari Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adamiaitu hasil laporan mendapati sampel daging itu adalah daging kerbau berdasarkan hasil ujian DNA. Di petling Jaya dimana KPDNHEP mengesan terdapat individu disyaki menjalankan perniagaan dan mempromosi produk daging rusa “palsu” secara dalam talian melalui sebuah platform e-dagang. Ia susulan aduan diterima seorang pengguna yang mendakwa peniaga terbabit bukan menjual daging rusa sebaliknya daging kerbau dimana ada peniaga terbabit sudah ditahan pihak berkuasa baru-baru ini. Pihak KPDNHEP menjalankan siasatan dengan membeli daging itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujian kecerakinan. Hasil laporan jabatan berkenaan mendapati sampel daging itu adalah hanya daging kerbau berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Ada sepasukan penguat kuasa KPDNHEP melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor. Dalam serbuan itu mereka menemui sampel beberapa ketul daging dalam sebuah peti sejuk beku masing-masing seberat satu kilogram. KPDNHEP menyita kesemua daging itu bersama dokumen perniagaan bagi tujuan siasatan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM7,000. Hasil dari siasatan awal mendapati modus operandi oleh peniaga terbabit adalah menjual dan mengiklankan daging rusa sejuk beku secara dalam talian untuk pasaran tempatan pada harga RM42 sekilogram. Menurutnya, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.
Portal bharian.com juga melaporkan insiden 'Iklan daging rusa, Jual Daging Kerbau..' menarik untuk dikongsikan dan ditulis semula. Berita dipetik daripada Putrajaya melaporkan hasrat seorang peniaga yang ingin mengejar keuntungan dengan menjual daging kerbau yang diisytiharkan sebagai daging rusa akhirnya menjerat diri apabila dia ditahan pihak berkuasa. Individu terbabit disyaki menjalankan perniagaan dan mempromosi produk daging rusa itu secara dalam talian melalui sebuah platform e-dagang. Pihak KPDNHEP dinyatakan oleh Azman Adam menyatakan iaitu pihaknya menerima aduan daripada seorang pengguna berkaitan daging itu yang disyaki bukan daging rusa. Dalam masa sama KPDNHEP telah menjalankan siasatan dengan membeli daging itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujian kecerakinan. Hasil laporan jabatan berkenaan mendapati sampel daging itu adalah daging kerbau berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Sepasukan anggota Penguat Kuasa KPDNHEP melakukan serbuan ke atas sebuah premis terletak di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor (Sila lihat foto disebelah). Hasil pemeriksaan di premis terbabit menemukan beberapa ketul daging di dalam sebuah peti sejuk beku dalam bentuk ketulan, seberat satu kilogram. KPDNHEP menyita kesemua daging itu bersama dokumen perniagaan bagi tujuan siasatan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM7,000. Dari siasatan awal mendapati modus operandi peniaga terbabit adalah menjual dan mengiklankan daging rusa sejuk beku secara dalam talian untuk pasaran tempatan, pada harga RM42 sekilogram. Menurutnya, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung salah laku peniaga yang tidak beretika boleh mengemukakan aduan melalui aplikasi WhatsApp 019-279 4317, emel e-aduan.kpdnhep.gov.my, call centre di talian 1-800-886-800 dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 untuk mengadu hal sama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technologykali ini. Wasallam!!!.
MEMANG MAHAL... SUSAH JUMPA...
PENJUAL TIPU... KERBAU RUPANYA...
DILAPOR MEDIA... TERKEJUT SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.