Produk keropok lekor lazimnya diperbuat daripada isi ikan yang dibancuh dengan tepung kanji atau tepung sagu seperti yang dilihat di beberapa gerai di Kg Losong, Terengganu. Biasanya bancuhan tersebut dibentuk kepada bentuk silinder sama saiz mini (kecil), sedang atau besar. Keropok lekor kormersial diperbuat daripada otoshimi ikan seperti ikan tamban atau pun jenis ikan selayang. Keropok lekor komersial kini menggunakan teknologi sejuk beku sebagai kaedah pengawetan agar keropok lekor dapat bertahan lama. Dalam pada itu pemilihan jenis cendawan pula merupakan tanaman yang semakin mendapat perhatian kerana nilai pemakanan yang baik. Cendawan yang sebelum ini dimakan sebagai hidangan terus berpotensi digunakan sebagai bahan mentah dan paling banyak dipasaran adalah cendawan goreng. Penggunaan cendawan sebagai bahan ramuan keropok lekor ini dan kemudian disimpan sebagai produk sejuk beku dapat meningkatkan nilai tambah kepada produk sejuk beku sedia ada. Pembuatan keropok lekor cendawan ini menggunakan cendawan sebagai antara bahan mentah keropok lekor. Tiga jenis keropok lekor cendawan digunakan sebagai bahan ramuan keropok lekor cendawan dalam tiga formulasi berlainan mengikut kesesuaian formulasi. Bahan yang telah disyorkan membuat keropok lekor cendawan terdiri daripada Isi Ikan Selayang (750g), Gula (20g), Tepong Sagu (450g), Tepong Jagung (50g), Garam (45g), MSG (4g), Air berais /Air Batu (260g) dan Cendawan 550 g) menjadikan jumlah adunan menjadi 2,129 gram (2.1 kg). Sebaiknya semua bahan-bahan tersebut adalah masig segar untuk mendapatkan kualiti terbaik kelopok lekor cendawan.
Penulis blog melihat dimana cara dalam penyediaan keropok lekor cendawan sejuk beku melibatkan proses adunan bahan-bahan, rebusan, pembungkusan dan juga penyimpanan sejuk beku. Semua bahan-bahan yang digunakan termasuk isi ikan selayang, gula, tepung sagu, tepung jagung, garam dan sedikit bahan perisa MSG perlu diadun sehingga sebati menggunalan mesih penguli (Sila lihat foto disebelah). Adunan tersebut perlu juga dicampur dengan cendawan yang ditimbang dan dipotong kepada saiz yang lebih kecil. Cendawan yang telah dipotong kecil perlu direbus selama dua minit dimana formulasi ini sebaiknya bagi keropok lekor cendawan menggunakan kadar sebanyak 25% cendawan. Adunan kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin penggaul (mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati seterusnya perlu dibentuk menjadi bentuk silinder menggunakan tangan atau jika ada mesin boleh menggunakan alat mesin pembentuk keropok jenis roller mengikut saiz yang dikehendaki. Batang keropok lekor tersebut kemudian mesti direbus selama 30 minit dalam air mendidih atau sehingga adunan terapung di permukaan air. Keropok lekor yang telah siap direbus mesti dituskan dan disejukkan pada suhu bilik dan boleh dihidangkan terus atau digoreng dahulu kemudian dimakan bersama sos cisah. Apa pun bagi tujuan simpanan sejuk beku ia boleh dimasukkan kedalam pembungkusan plastik yang berlabel disimpan pada suhu -18 ° C untuk memanjangkan jangkahayatnya dan dijual mengikut kehendak pasaran.

Produk keropok lekor cendawan sejukbeku yang baru dikeluarkan dari peti sejuk sebaiknya dibiarkan sekurang-kurangnya 30 minit pad suhu bilik dahulu untuk ia sesuai. Lazimnya keropok lekor cendawan sejuk beku ini boleh disediakan dalam dua cara untuk menikmatinya. Cara pertama adalah dengan cara merebusnya (penulis blog lebih suka jika di kukus atau steam sahaja untuk mengekalkan citarasanya) selama 2 - 3 minitn dalam air panas diperiok sebelum sesuai dhidangkan. Cara ini akan mengekalkan kelembutan dan aroma keropok lekor cendawan seperti yang asli. Bagaimana pun ada kalangan peminat yang suka makan keropok lekor cendawan dengan menggoreng dahulu. Keropok lekor cendawan yang sudah di keluarkan dari peti ais tadi boleh di goreng di dalam kuali yang mana tersedia minyak masak panas dikawal api dan dikacau rata sehingga masak. Keropok cendawan yang direbus dan digoreng paling enak dimakan semasa panas lagi dicicah dengan sos cili yang khusus untuk keropok. Sos ini dijual dengan harga RM6.00 (500 litar) dan RM4.50 (300 liter) di Kg Losong Terengganu dan boleh disimpan lama. Merujuk kepada analisa kandungan gizi keropok lekor cendawan yang penulis rujuk agak berbeza mengikut jenis cendawan yang digunakan. Keropok lekor cendawan yang menggunakan cendawan volvareilla dilapor mempunyai kadar kandungan protein (10.02 g/100 g) yang lebih tinggi daripada cendawan kukur (9.81 g/100 g) dan cendawan tiram kelabu (8.79 g/100 g). Dari segi nilai kalori pula kajian mendapati dimana jenis keropok lekor cendawan tiram kelabu mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi (148 kcal/100 g) daripada keropok lekor cendawan kukur (136 kcal/100 g) dan keropok lekor cendawan volvareilla (134 kcal/100 g). Produk keropok lekor cendawan ini mampu membantu usahawan cendawan di Malaysia jika dapat dikomersilkan dengan betul. Produk unik ini boleh dijual sebagai snek untuk pasaran domestik dan eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
CAMPUR CENDAWAN... RASA LEMAK...
BAHAN DI ADUN... SELINDER DIBENTUK...
DISIMPAN SEJUKBEKU...IA LAMA ELOK...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bilik 1503, Hotel FELDA (Felda Residence Kuala Terengganu),
Jalan Hiliran,Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1443H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.