Support My Blog

Friday, March 13, 2020

INDUSTRI NANAS DI INDIA

INDUSTRI NANAS DI INDIA (Ananas comosus) merupakan satu industri yang bersar dimana India kini merupaka negara ke lima (5) sebagai pengeluar nanas dunia dengan kawasan seluas 77,200 hektar. Pengeluaran nanas India sebanyak 1,182,300 metrik tan merupakan pengeluar utama bersma pengeluar utama seperti Costa Rica, Thailand, Filipina, Brazil, China, India, Nigeria, Mexico, Indonesia dan sebagainya. Dilaporkan dimana produktiviti nanas India sebanyak 25,300 metrik tan sehekhat dengan kawasan pengeluaran utama terletak di Negeri seperti West Bengal (11,500 ha), Assam (14,100 ha), Manipur (10,300 ha), Kerala (9,500 ha), Menghalaya (9,200 ha) dan beberapa lagi. Tanaman nanas di India di kendalikan oleh Horticulture Board, Ministry of Africulture yang diusahakan oleh pihak perladangan dan juga pekebun kecil. Dipercayai penanaman nanas di India diperkenalkan oleh penjajah Portugis pada tahun 1548 sebagai sejenis tanaman yang akhirnya penting untuk negara tersebut.  Penanaman nanas di India terus meningkat sebanyak 35% daripada hanya seluas 57,000 ha pada tahun 1991-1992 kepas seluas 77,000 ha pada tahun2001-2002. Dari segi pengeluaran pula dilaporkan juga meningkat sebanyak 54% iaitu daripada 8 lakh tan kepada 12 lakh tan. Pada masa sama pengekpoort nanas dunia masih didominasi oleh Filipina, Mexico, Brazil, Taiwan, Costa Rica, Brazil, Taiwan, Malaysia dan Afrika Selatan. Sementara itu dilaporkan pengimport buah nanas utama duna terdiri daripada Perancis, Jepun, USA, Itali, Jerman, Sepanyol, UK dan juga Kanada. Nilai eksport nanas dari India juga meningkat daripada 138 tan pada 2000 kepada sebanyak 837 metrik tan pada tahun 2002. Hampir 70% nanas dari India adalah untuk pasaran eksport pada tahun tersebut antara tertinggi dimana selalunya adalah untuk kegunaan domestik sahaja. Nanas dari India kebanyakannya dihantar ke negara seperti UAE (446 mt), Arab Saudi (230 mt), Oman, Nepal, Belanda, Maldives dan UK. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai industri nanas di Negara India sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua.


Sebahagian besar nanas dinia adalah untuk di eksport didalam bentuk kaleng (ditinkan) sama ada didalam bentuk kuib, potongan atau pun dijadikan jus. Nanas dari Inida juga dilaporkan 70% diproses atau dikaleng dimana ini mampu mengelakkan kerugian berbanding dengan pengeksportan nanas segar. Bagaimana pun aada ancaman didalam menghasilkan nenas kaleng seperti kos yang semakin tinggi untuk bahan gula dan menyediakan tin serta bekalan buah nanas yang tidak berterusan sepanjang tahun. Ini kerana musim utama penuaian nanas di India dari bulan May hingga Ogos setiap tahun. Peneksportan nanas segar bagaimana pun menghadapi masaalah jangkahayat kesegaran nanas (perishable) yang hanya bertahan untuk 4 -5 hari sahaja selepas penuaian. Pengilangan nanas kepada dalam benuk tindi India dilaporkan membolehkan industri nanas di negara tersebut lebih terjamin hasilnya dengan pelbagai jenama nanas didalam tind dipasarkan (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana penanaman nanas di India perlukan kawasan sesuai dibeberapa lokasi yang mempunyai suhu 22 - 32 Celcius kerana sihu tinggi akan merosakkan buah nanas (scorching) sementara suhu yang rendah pula menyebabkan buah nanas kurang berkualiti atau rosak.  Keperluan hujan pula untuk tanaman nanas sekitar 100 - 150 cm. Kawasan tanah berpasir dengan kemasaman tanah diantara pH5.0 - pH6.0 pula didakwa mampu memberikan pertumbuah terbaik tanaman nanas di India.


Terdapat beberapa varieti nanas yang popular ditanam mengikut kesesuaian kawasan di India. Bagi kawasan Negeri Assam dan di kawasan pantai timur biasanya nanas jenis Kew, Queen dan Moris ditanam sementara bagi kawasan Kerala mereka menanam nanas varieti Moris, Kew dan Queen juga. Sementara itu bagi Negeri Bangal Barat mereka meilih nanas Giant Kew dan Queen untuk diusahakan. Dari laporan Indian Pineaples menyatakan dimana variety nanas yang masih popular secara umumnya adalah seperti Varieti
Queen, Kew, Mauritius, Charlotte, Rothchild, Jaldhup, Desi, Lakhat dan beberapa lagi.  Kebanyakan nanas ini ditanam pada bulan dan berbunga (dihormon)mpada bulan Febuari - April dan penuaian dilakukan pada bulan Julai September (Peringkat 1) dan pada bulan September -Disember (Peringkat 2) iaitu musim sejuk. Nanas yang mempunyai akar cetek akan perlukan baja N dan K diberikan kepada tanaman mengikut jadual kerana kedua unsur ini mudah larutresap dalam tanah di India. Pakar nanas mereka ada mengesyorkan untuk memberikan 12 gram baja N dan K2O sepokok dan mereka tidan memberikan unsur P. Bagaimana pun jika tanah kurang unsur P maka diberikan sebanyak 4 gram sepokok. Baja N akan diberikan sebanyak 6 kali aplikasi dan baja K diberikan sebanyak 2 kali aplikasi.  Tidak ada penyakit serius dilaporkan menyerang tanaman nanas di Indis kecuali serangan olehserangga Mealybug dan Reput Perdu (Heart Rot). Ia dikawal dengan merendam daidalam 0,05% methyl parathion sebelum sulur nanas ditanam. Bahan kimia seperti carbofuran @ 15 - 17 kg sehektar disembur untuk mengawal serangga perosak. Larutan Bordeous Mixture juga ada digunakan di India.

Nanas di India akan dituai apabila matang mengikut jadual menghormon (aruhan pembungaan). Oleh kerana mereka menanam varieti Queen dan Mauritius maka mereka mengambil masa semala 2 - 1.5 tahun untuk jadual menuai. Merak aada juga nanas yang dituak dalam masa 12 -1 4 bulan dimana masaalah mengangkutan menyebabkan kaedah penuaian perlu di rancang dengan betul. Di India meewka mempunyai pengelasan ciri warna buah nanas untuk dijadikan panduan semas memetik buah. Terdapat 6 kategori kematangan buah di India iaitu CS1 (semua mata nanas hijau tanpa kuning langsung), CS2 (5 - 20% mata nanas sudah kuning), CS3 (20 - 40%) mata buah nanas kuning), CS4 (40 - 80% mata buah kuning), CS5 (90% mata buah berwarna kuning dan 5 - 20% menjadi coklat) dan CS6 (20 - 100% mata buah nanas menjadi warna coklat kemerahan). Lazimnya buah dituai pada Julai Ogos akan tetapi buah kecil dituai pada Disember hingga March. Dengan cara aruhan bunga maka mereka mampu menuai dalam jangkamasa 8 bulan sahaja setahun. Pemeriksaan kualiti buah dilakukan diladan dimana sekurang-kurangnya buah sudah mengandungi kemanisan 10% Bacaan Brix Meter. Kandunag gula dan kemanisan ini selalu berkait dengan warna mata pada buah nanas (Sila anda lihat foto disebelah). Biasanya untuk pasaran eksport melalui kapal laut untuk pasaran sekitar segar dalam jangkamasa 7 - 14 hari mereka memetik pada indek CS1 (Buah masih hijau semuanya). Bagaimana pun jika menggunakan kapalterbang (airfreight) mereka akan memetik pada indeks CS2 atau CS3. Jika dipetik melebihi indeks ini makan buah nanas untuk eksport ini mudah rosak akibat gangguan mekanikal dan masak ranum. Bagi pasaran eksport India memotong jambul pada 2 cm dan 10 cm (ikut gred) sebelum dimasukkan dalam kotak. Di India mereka menanam nanas dengan jangkamasa ekonomik selama 4 tahun dengan mengamalkan konsep 'ratoon'. Kawalann serangan perosak dan penyakit serta program pembajaan membolehkan tanaman nanas di India jauh lebih lama dikebun. Pasaran eksport nanas dari India adalah ke negara Nepal, UK, Sepanyol, UAE terutama didalam bentuk dalam tin (cannaed pineapple), Jus dan Titbits yang lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 TANAMAN NANAS... DINEGARA INDIA...
KE 5 DI DUNIA... 1.2 JUTA MT BUAHNYA...
JENIS UTAMA... BERBAGAI DITANAMNYA...
MEREKA EKSPORT... DALAM TIN UTAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(16 Rejab 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...