Support My Blog

Friday, August 9, 2019

SAYUR MIDIN - ENAKNYA!

SAYUR MIDIN (Stenochlaena palustris) atau Pucuk Paku (Jungle fern shoot) merupakan sejenis sayuran tradisional dari kumpulan PTERIDOPHYTE yang sangat popular di Malaysia khususnya di Negeri Sarawak sebagai satu lagi hidangan istimewa oleh penduduk tempatan dan pelancong asing. Kumpulan tumbuhan paku pakis atau 'fern' ini juga mempunyai lebih dari 12,000 spesis dari pelbagai bentuk, saiz dan warna dan habitat berlainan. Habitat semulajadi tumbuhan ini adalah kawasan yang lembab dan tanah gambut dalam yang mempunyai bahan organik yang tinggi dan juga boleh tumbuh dengan sedikit naungan. Pokok Paku Pakis atau Pokok Midin yang tumbuh secara semulajadi di Sarawak, Johor, Selangor dan banyak kawasan rendah di Indonesia dimana kebanyakan diatas tanah jenis gambut (peat soil) yang lembab. Saya berpengalaman makan dan masak midin semasa bertugas di Sarawak dari tahun 1996 - 1998 dan amat menggemari makan sayur goreng midin sehingga kini. Pokok paku pakis ini juga adalah tumbuhan semulajadi dikawasan lembab di sekitar tanah gambut di Sarawak yang terdapat dimerata kawasan. Tumbuhan ini akan menghasilkan pucuk baru dari pangkal rumpun pokok setiap masa dan sangat aktif pada musim hujan dan banyak panas. Pucuk paku pakis ini berwarna hijau dan mempunyai 2-6 helai daun pucuk yang baru bertunas dan bergulong dihujungnya. Penghasilan pucuk midin agak berkurangan pada musim panas dan kemarau. Pucuk midin dikutip menggunakan tangan atau pisau tajam dengan memotong pucuk paku pakis sepanjang 3-5 inci bergantung kepada keadaan pucuk. Pucuk midin yang lembut sekitar 2-3 inci dibahagian atas. Kumpulkan pucuk midin dan diikat menggunakan getah setiap satu genggam dan potong pangkal batang dengan pisau tajam agar rata. Daun pisang atau sebarang daun sesuai atau kertas boleh dijadikan pembalut bagi setiap ikatan. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu teknologi tumbuhan midin atau paku pakis berdasarkan pengalaman, pembacaan dan juga pemerhatian mengenai tumbuhan diberi nama 'midin'.

Sayur Midin satu ikat dijual di pasar basah atau di Pasar Satok dengan harga yang masih rendah iaitu sekitar RM 1.00 - RM2.00 satu ikat atau lebihkurang harga RM 3.00 - RM5.00 sekilogram dimana selalunya midin basah adalah lebih berat (Sila lihat foto disebelah). Sayur midin ini sama ada memetik sendiri atau membeli dipasar perlu dibersihkan dan di basuh dahulu sebelum memasaknya. Lazimnya pucuk midin yang masih segar dan tidak disimpan dalam peti sejuk sahaja yang akan di masak untuk mendapatkan kenikatan optima. Menu paling popular masak midin ialah MIDIN GORENG BELACAN iaitu dengan ramuan belacan, udang, bilis, sedikit garam , minyak masak dan juga cili api (yang minat pedas). Sayur Midin sedap dimakan dengan nasi panas dan masakan ikan tiga rasa atau apa jua lauk pauk 'seafood'. Satu hidangan sayur midin di sekitar Kucing sekitar RM 6.00 - RM 15.00 bergantung kepada resepi dan bahan campuran didalamnya. Kalau menu mengandungi udang atau daging segar maka harganya agak mahal sedikit. Sayur midin goreng belacan sedap dimakan ketika suam panas selepas di goreng dan minum teh cina. Pada penulis yang membuat beberapa rujukkan mendapatu sayur Midin dipercayai mengandungi banyak zat baik seperti Vitamin C, B2, Karbohiderat, Protin, Serat, Lemak serta berbagai zat mineral. Sayur Midin perlu di masak segar terus dari kawasan ladang yang terdapat disekitar Kuching dan banyak kawasan lain di Sarawak. Pucuk Midin tahan 5-8 hari segar jika disimpan dengan baik dalam peti ais tetapi rasa kesegarannya mulai berkurangan. Apabila bahagian bawah midin direndam dalam air maka pucuk midin akan terus tumbuh dan akhirnya daun akan keluar dan berwarna hijau pudar. Ramai orang tetap kata Sayur Goreng Midin Belacan adalah menu paling sedap dan popular. Memang disahkan makan sayur ini sedap apa lagi kalau free dan perut sangat lapar.

Berikut adalah satu daripada menu masakan Sayur Midin Goreng Belacan untuk panduan kepada mereka yang terlupa bagaimana hendak masak atau memang langsung tidak tahu masak resepi istimewa ini iaitu menu yang dikenali dengan nama "Sayur Midin Goreng Belacan" yang mudah disediakan dan enak. Antara beberapa bahan-bahannya adalah midin segar, 6 biji cili merah atau 4 biji cili padi, 2 ulas bawang putih, 6 ulas bawang merah, 4 camca besar udang kering dan juga 2 cm belacan. Bahan memasak lain adalah ¼ cawan minyak masak, 8 ekor udang kasar (dibuang kakinya sahaja), 2 camca besar sos ikan dan juga 2 cekak sayur Midin yang masih segar. Cara-caranya dengan memanaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai wangi. Kemudian dimasukkan udang, sos tiram dan sos ikan dan juga dimasukkan sedikit air. Kemudian masukkan sayur Midin kedalam kuali dan dikacau bersama ramuan. Apabila sos mulai pekat dan sayuran telah empuk maka bolehlah dihidangkan segera dan dimakan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja kepada mereka yang suka. Pada penulis blog disyorkan agar dihidangkan dengan nasi panas, ikan 3 rasa dan teh cina.


Sayur Midin dipercayai mengandungi banyak zat baik seperti Vitamin C, B2, Karbohiderat, Protin, Serat, Lemak serta berbagai zat mineral. Sayur Midin perlu di masak segar terus dari kawasan ladang yang terdapat disekitar Kuching dan banyak kawasan lain di Sarawak. Pucuk Midin tahan 5-8 hari segar jika disimpan dengan baik dalam peti ais tetapi rasa kesegarannya mulai berkurangan. Apabila bahagian bawah midin direndam dalam air maka pucuk midin akan terus tumbuh dan akhirnya daun akan keluar dan berwarna hijau pudar. Ramai orang tetap kata Sayur Goreng Midin Belacan adalah menu paling sedap dan popular. Di Sarawak dari dulu sehingga sekarang tahap permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi. Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi. Kini  pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagaikhasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi selain ianya juga mengandungi Vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam. Dalam pada itu tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama Fosforus dan Kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam. Semuga tulisan ini dalam anim agro technology memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!...
MASAK MIDIN...MAKAN MASIH PANAS.....
KUTIP MIDIN...BAHAYA PERLU AWAS....
PETIK YANG MUDA...LEMBUT TAK KERAS...
GORENG BELACAN...SEDIKIT PEDAS....


By,
M Anem

Senior Agronomist, precint 11,
Putrajaya, Malaysia.
Pernah tinggal di No 15, Jalan Ridgeway,
Off Jalan Ong Tiang Swee,
Simpang Tiga, Kuching, 

Sarawak, 
Malaysia
(Kemaskini pada 10 Mac 2013 dan 8/8/19)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...