Support My Blog

Thursday, December 27, 2018

NUTRIEN DALAM DAGING AYAM


KANDUNGAN NUTRIEN DAN LEMAK DALAM AYAM PEDAGING, AYAM KAMPONG, AYAM ORGANIK, AYAM HUTAN dibuat kajian?. Itulah yang penulis blog akan bincangkan berdasarkan tesis oleh Jamilah bt Ismail daripada USM Pulau Pinang kali ini. Penulis blog tertarik dengan tajuk tesis ini yang sesuai dipaparkan dan juga dibincangkan dalam blog pertanian Anim Agro Technology kali yang ke 5,023 kali ini. Daripada laporan abstrak thesis tersebut dinyatakan dimana pada masa kini masih kurang kajian dan maklumat berkaitan kandungan nutrien dan asid lemak daging ayam alternatif dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, objektif kajian beliau ini adalah menganalisis dan membandingkan kandungan nutrien dan asid lemak bagi 4 jenis ayam yang ada di Malaysia iaitu jenis ayam pedaging, ayam kampung, ayam organik dan ayam hutan mengikut bahagian badan bagi kategori mentah dan masak dan seterusnya mengenalpasti jenis ayam dan bahagian badan yang mengandungi nutrien dan asid lemak yang baik untuk kesihatan. Bahagian dada dan paha ayam hutan mentah dan kukus didapati mengandungi lemak paling rendah dan protein paling tinggi antara keempat empat jenis ayam tersebut (P kurang dari 0.05). Hasil analisis asid lemak bagi kategori daging mentah bahagian dada dan paha mendapati, ayam kampung mengandungi jumlah omega-6 tertinggi dan ayam pedaging mengandungi jumlah omega-3 tertinggi (P lebih dari 0.05). Bahagian masak pula menunjukkan kandungan asid linoleik (LA), α-linolenik (ALA), jumlah omega-6 dan omega-3 tertinggi pada kedua dua bahagian dada dan paha ayam hutan (P kurang dari 0.05). Hasil bagi kajian dan analisis mineral menunjukkan kandungan ferum, magnesium dan kalsium tertinggi pada semua bahagian ayam hutan mentah (P lebih dari 0.05). Manakala, kepekatan ferum bahagian dada dan paha ayam organik masak adalah tertinggi. Kesimpulannya, ayam hutan boleh dicadangkan sebagai salah satu diet yang baik kerana kandungan dagingnya yang rendah lemak, tinggi protein serta kaya dengan asid lemak (asid LA dan ALA) serta mineral (ferum, magnesium, kalsium). Selain itu, kandungan asid lemak omega-6 yang tinggi pada ayam kampung juga baik untuk kesihatan. Daripada segi bahagian badan samada mentah atau dikukus, xiv bahagian paha mempunyai nutrien yang lebih baik bagi keempat empat jenis ayam. Kaedah kukus pula merupakan satu kaedah masakan yang paling baik kerana kehilangan nutrien adalah rendah. Artikel subuh ini dalam keheningan pagi dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai temuan kajian tesis yang sangat signifikan kepada kita untuk dibaca dan dbuat rujukkan semua.

Kita lihat bagaimana setiap jenis ayam tersebut dijelaskan oleh penulis tersebut. Sebenarnya Ayam Pedaging yang mana saya belajar dahulu nama saintifiknya Gallus gallus domesticus berasal daripada Famili Phasianidae (Anon, 2006). Generasi ketiga ayam hutan ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama dengan ayam hutan, melainkan tisu ototnya yang lebih cepat berkembang (Ganabadi et al., 2009). Saya ada menulis mengenai industri ternakan ayam di Malaysia terutama sektor ayam pedaging dan statistiknya (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Ayam pedaging menjadi pilihan pengguna disebabkan oleh harganya yang murah, boleh dimasak dengan pelbagai kaedah dan juga ia mempunyai nilai kesihatan yang lebih baik berbanding jenis daging merah (Chang, 2007). Ayam pedaging akan diberi makanan khusus yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan otot dan seterusnya menambahkan berat badan (Arshad et al., 2000). Makanan tersebut disediakan mengikut tahap umur. Pada usia 1 hari hingga 4 minggu, anak-anak ayam dibekalkan dengan makanan permulaan (kandungan protein kasar antara 22% hingga 24%). Manakala makanan bagi tujuan penggemuk (kandungan protein kasar antara 19% hingga 20%) diberikan pada usia ayam antara 5 hingga 7 minggu (Sila lihat foto disebelah). Peningkatan berat badan yang mendadak akan berlaku dalam masa antara lima hingga enam minggu sahaja. Selepas jangkamasa tersebut, ayam pedaging siap sedia untuk disembelih (Anon, 2006).

Kedua pula kategori Ayam Organik yang mana saya ada tulis artikel sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa artikel berkaitan lagi. Pada masa kini lazimnya pengguna lebih prihatin dan bijak dalam memilih sumber daging yang mampu menghasilkan kesihatan yang lebih baik. Pengguna percaya kualiti daging ayam yang dihasilkan daripada sumber organik adalah lebih baik (Grashorn & Selini, 2006). Organik merujuk kepada cara sesuatu haiwan ternakan dan produk agrikultur dihasilkan iaitu bebas daripada penggunaan bahan agrikimia seperti pestisid dan baja sintetik (Fanatico, 2008 & Chander, 2009). Haiwan ternakan berasaskan sumber organik mengfokuskan kepada kesihatan dan kebajikan haiwan. Penternakan organik berbeza daripada penternakan konventional yang lebih memberi tumpuan kepada usaha untuk pengurangan kos dan memaksimumkan pengeluaran (Sundrum, 2006). Ciri-ciri penternakan ayam organik yang bersifat mesra alam, mampu memberikan kesihatan manusia yang lebih baik. Perkara ini adalah kerana makanan ayam organik terdiri daripada bahan yang bebas daripada penggunaan bahan kimia serta ayam tidak disuntik dengan antibiotik, hormon dan vaksin berbahaya (Henry, 2002). Penulis blog hanya beberapa kali sahaja dapat menikmati ayam organik semasa bertugas diPahang. Ini kerana penulis blog berpeluang memeriksa ladang-ladang ayam organik semasa membuat pemeriksaan persijilan ladang tersebut bersama pasukan JPV. Dalam pada itu apa yang unik adalah sistem perumahan Ayam Organik. Ia biasanya mengamalkan konsep bebas daripada pagar (Sila lihat foto disebelah). Ayam organik diternak dalam keadaan yang lepas bebas (Fanatico, 2008). Haiwan bebas melakukan pergerakan dan tingkahlaku semulajadi (Merritt et al., 2010). Lantai yang digunakan adalah rata. Sampah sarap yang dihasilkan membolehkan ayam melakukan perlakuan semulajadinya seperti mencakar-cakar. Selain itu, kayu yang digunakan hendaklah bebas daripada bahan kimia yang dilarang untuk penggunaannya untuk mengelakkan daripada ianya akan memudaratkan kesihatan ayam. Penggunaan pagar elektrik diperlukan bagi mengelakkan ayam organik daripada serangan pemangsa. Pencahayaan buatan adalah terhad iaitu dengan had maksimum adalah 12 jam. Cahaya yang diberikan perlu sederhana terang bagi membolehkan haiwan tersebut melakukan aktiviti rutin. Ayam perlu mendapat cahaya semulajadi iaitu cahaya matahari. Ayam organik juga perlu didedahkan kepada keadaan gelap selama sekurang-kurangnya 8 jam. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan sistem imun, seterusnya memastikan kebajikan ayam terpelihara (Fanatico, 2008).

Jenis ayam ke 3 yang penulis blog selalu menikmatinya adalah dari Jenis Ayam KampongAyam kampung atau nama saintifik ayam kampung ialah Gallus domesticus memang ianya agak berbeza dengan ayam hutan. Ini kerana penulis blog ada menulis mengenai ayam kampong sebelum ini untuk rujukkan (Sila klik disini), (Sila kli disini) dan beberapa artikel lagi. Ayam kampung merupakan ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas (Sila lihat foto disebelah). Kebiasaannya ayam kampong ini dipelihara di kawasan luar bandar atau pun di kawasan perkampungan. Ayam kamong ini terhasil daripada percantuman benih antara ayam hutan dan ayam eksotik campuran yang berasal dari Eropah terutamanya British. Makanan ayam kampung adalah seperti serangga kecil, ulat, belalang, cacing serta bijirin, buah dan dedaun. Ayam kampung membiak dua hingga tiga kali setahun, serta mampu menghasilkan lapan hingga lima belas biji telur setiap eraman. Masa eraman adalah sehingga 21 hari untuk telurnya menetas. Keistimewaan ayam kampung adalah ia boleh dibiak atau diternak sepanjang tahun serta boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal. Ibu ayam ini sangat penyayang dan bijak kerana mampu mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh. Sifat ayam kampung yang aktif bergerak menghasilkan daging yang mengandungi nilai nutrien yang tinggi (Jaturasitha et al., 2008). Tetapi ia mengalami kenaikan berat yang lebih perlahan berbanding ayam lain seperti ayam daging dan ayam organik yang mempunyai berat dua kali ganda. Di Thailand ayam kampong ini menjadi pilihan utama kerana mempunyai daging yang lembut, kandungan lemak yang rendah dan bebas daripada 12 pengunaan bahan kimia berasaskan dadah (Jaturasitha et al., 2008). Selain itu biasanya ayam kampung mampu bertahan dalam cuaca yang panas dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Ekoran daripada itu menjadikan harga daging ayam kampung agak mahal di pasaran berbanding ayam daging komersial kerana dagingnya yang enak dan berprotein tinggi. Daging ayam kampung juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersial (Jaturasitha et al., 2008).

Jenis Ayam yang ke 4 adalah Ayam Hutan yang perlu diburu untuk kita boleh mendapatkannya. Anda boleh baca artikel saya mengenai ayam hutan dengan buat pautan disini (Sila klik disini). Kajian oleh Babjee (2009) melaporkan dimana ayam hutan (Red Junglefowl) atau nama saintifiknya Gallus gallus adalah tergolong dalam famili Phasianidae. Famili ini terdiri daripada lima subspesies lain iaitu CochiChinese red jungle fowl (Gallus gallus gallus), Burmese red jungle fowl (Gallus gallus spadiceus), Tongkinese red jungle fowl (Gallus gallus jabouillei), Indian red jungle fowl (Gallus gallus murghi) dan Javanese red jungle fowl (Gallus gallus bankiva). Haiwan ini mempunyai taburan geografi bermula daripada Pakistan, India, Indo China, Semenanjung Malaysia, Jawa dan Pulau pulau kecil di Selat Sunda. Perbezaan ciri-ciri fizikal yang nyata antara ayam hutan dengan ayam yang lain dapat dilihat pada tampalan putih di telinga. Manakala kakinya berwarna kelabu kebiruan biruan. Ayam hutan jantan mempunyai ciri-ciri lain seperti bahagian tengkuk berwarna terang dan jelas, iaitu berwarna merah kelam atau kemerah merahan serta kuning keemasan (Sila lihat foto disebelah). Balung ayam jantan pula berwarna merah jambu dan bergerigi. Warna cuping telinganya samada merah, putih atau putih kemerah merahan dengan yang bersaiz besar atau kecil. Ekornya berwarna hijau kehitaman berkilau. Julat 13 panjang keseluruhan badan ayam jantan adalah antara 65cm-75cm. 

Ayam hutan betina pula biasanya akan berwarna coklat gelap dengan bahagian dada dan leher berwarna coklat muda dengan saiz kepala yang kecil dan kelihatan seperti kepala ular (Sila lihat foto disebelah). Kaki ayam hutan betina adalah panjang dan mempunyai warna yang sama seperti ayam hutan jantan. Julat panjang keseluruhan ayam betina adalah antara 41cm- 46cm dengan berat antara 500g - 1700g. Ayam hutan ini biasanya memilih habitat yang memudahkan mereka menjalankan aktiviti rutin seperti mencakar-cakar bagi mencari makanan, berjemur di bawah cahaya matahari, bersarang dan membiak. Habitat yang biasanya didiami oleh haiwan ini adalah ladang kelapa sawit, ladang getah dan ladang koko kerana mempunyai pancaran matahari yang cukup. Kawasan tersebut juga didiami oleh banyak spesies serangga dan invetebrata lain yang merupakan sumber makanan bagi haiwan ini seperti belalang, anai-anai, semut dan kumbang yang melata di atas tanah. Semasa mencari makanan, lakuan yang ditunjukkan oleh ayam hutan adalah mencakar-cakar. Dari segi aspek pembiakan pula, ia membiak sepanjang tahun. Ayam hutan jantan akan mengeluarkan bunyi pada musim membiak bagi menarik perhatian ayam betina. Biasanya ayam betina akan bertelur di atas tanah di kawasan terbuka. Perkara seperti ini ini memandangkan kawasan tersebut yang menerima lebih cahaya matahari yang banyak akan dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan bersaiz kecil seperti rumput yang panjang, lalang dan paku pakis. Seperti ayam yang lain, telurnya berwarna putih dengan lima hingga tujuh biji bagi setiap eraman. Telur akan menetas pada hari ke 21, pada umur 4-5 minggu, anak ayam akan mempunyai bulu penuh. Pada umur 5 bulan pula, ia akan mencapai kematangan. Haiwan ini dikatakan mampu hidup sehingga 10 tahun. Ayam hutan juga terdedah kepada penyakit seperti jangkitan salur pernafasan seperti coryza dan jangkitan parasit seperti kutu (Haemaphysalis) dan tungau (Menopon gallinae).Ancaman utama kepada ayam hutan adalah manusia, yang memburu haiwan ini untuk tujuan makanan dan perjudian.Alat seperti jerat bidas, tanggok, perangkap jaring dan senapang biasanya digunakan untuk memburu mereka. Selain itu, antara ancaman lain adalah haiwan liar seperti musang, kucing hutan serta iguana yang sering menjadikan telur dan anak ayam hutan sebagai bahan makananan. Ayam hutan merupakan spesies haiwan yang dilindungi di bawah akta PERHILITAN 76/72. Semuga anda mendapat info berguna dari artikel ini mengenai nutrien ayam dari 4 kaategori ayam dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
AYAM PEDAGING... MUDAH DAPATNYA...
AYAM ORGANIK... MAHAL HARGANYA...
AYAM KAMPONG...MENCARI DIMANA...
AYAM HUTAN... AWAS IA DIKAWAL AKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Maaysia.
(18 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...