AISKRIM NANAS (Pineapple Icecream) merupakan sejenis makanan semakin popular dan kini telah dikomersilkan. Sebut sahaja aiskrim memang sudah kecur dan air liur meleleh terutama ketika kehausan. Kini aiskrim sudah dikomersilkan dimerata tempat dalam premis-premis yang biasa sehingga kepada premis yang ada kelas tersendiri. Dula ketika kecil dikampong ada penjaja aiskrim yang menjual aiskrim diseluruh kampong dalm tong kedap panas. Terdapat banyak jenis aiskrim termasuk dikantin sekolah iaitu ''Aiskrim Malaysia", aiskrim dalam kon, aiskerim potong, ais kerim dalam cawan atau kotak dan sebagainya. Antara jenis aiskrim ini yang terpopular adalah jenis aiskrim dalam cup atau cawan dan aiskrim potong isi kacang. Pelbagai perisa aiskrim dijual dipasaran daripada perisa coklat, strawberry, susu, kacang, keladi, vanilla, durian, mangga dan terkini adalah jenis aiskrim nanas. Aiskrim nanas adalah aiskrim yang diperbuat daripada nanas, susu atau hasilan susu, lemak susu atau lemak sayuran serta krim, mentega dan gula. Lazimnya hidangan aiskrim akan dihidangkan untuk tujuan pencuci mulut atau dijadikan makanan ringan sahaja. Bagaimana pun golongan kanak-kanal adalah yang paling suka makan aisketim kerana keenakannya dan juga rasa sejuknya. Aiskrim nanas memang enak setanding dengan nanas perisa lain dipasaran. Membuat aiskrim sebenarnya mudah kepada mereka yang ada kemahiran, peralatan khusus dan juga bahan-bahan untuk membuatnya. Atikel subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai aiskrim nanas sebagai satu produk makanan yang berasaskan nanas untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Membuat aiskrim sendiri dirumah boleh dilakukan sendiri asalkan anda telah mempunyai bahan yng mencukupi, peralatan membuat aiskrim dan juga kemahiran. Bahan-bahan utama yang diperlukan adalah Jus Nanas. Jus nanas boleh diperolehi daripada buah nanas masak yang dibesihkan dan diambil isinya (Sila lihat foto disebelah). Nanas yang berkualiti adalah nanas segar daripada varieti premium seperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas Maspine dan beberapa varieti lagi yang masak. Terdapat dua jenis aiskrim nanas iaitu AISKERIM MALAYSIA PERISA NANAS dan AISKRIM PERISA NANAS. Apa pun kedua-duanya merpakan jenis aiskerim yang boleh dan sesuai dimakan sebagai pencuci mulut atau makanan ringan yang enak dimakan pada siang hari. Produk hasilan dari nanas yang lain adalah seperti Jem Nanas, Sos Nanas Masam Manis, Bebola Daging Serat Nanas, Biskut Serat Nanas, Kraker Serat Nanas, Nugget Nanas, Rempeyek Nanas, Serunding Serat Nanas, Burger Nanas dan banyaj jenis jus serta kordial nanas. Anda boleh menbaca kesemua resepi dan keterangan senarai diatas didalam blo ini yang ditulis sendiri penulid blog.
Paling mudah didalam membuat makanan berasaskan nanas adalah membuat Askrim Malaysia Perisa Nanas (Sila lihat foto disebelah). Ia adalah jenis aiskrim yang paling awal dikenali dikalangan rakyat Malaysia sebelum ada aiskrim moden daripada Wall's, Nestle dan Buskin Robin. Aiskerim Malaysia perisa nanas disediakan dengan memasukkan jus nanas yang diekstrak dari buah nanas kedalam plastik panjang dan diikat dihujungnya. Kemudian ia dimasukkan kedalam freezer atau pei sejuk semalaman dan pada esoknya air jus ini akan membeku didalam plastik (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya air jus nana yang membeku ini enak dimakan semasa haru dan ianya masih keras. Aiskrim ini dimakan dengan mengigit bucu plastik dan terus mengigit dan meratah air btu didalamnya yang mempunyai rasa buah nanas. Ia selalunya dijual dengan harga murah sekitar kurang RM0.50 sebiji atau selalu dijual RM1.00 untuk satu batang. Aiskerim Malaysia sering dijual dikantin sekolah dan dibeberapa lokasi lain.
Bagi membuat aiskrim nanas yang enak perlukan bahan-bahan iaitu Jus Nanas, Serat Nanas, Lemak Susu, Susu Tepong, Stabiliser dan jug Emulsifier. Cara-cara membuatnya dengan menggaulkan semua bahan-bahan diatas sehingga sebati. Kemudian dipanaskan campuran tersebut pada suhu dikawal 68 darjah celsius selama 30 minit (proses ini dipanggil pasteurisation). Campuran ini kemudian di seragamkan (homogenesis) dengan menggunakan kelajuan tinggi selama 20 minit. Kemudian campuran ini perlu disejukkan pada suhu bilik dan kemudian ia perlu dipukul sehingga kembang menggunakan mesin membuat aiskrim selama 30 minit. Kemudian campuran aiskrim ini perlu dipindak atau dimasukkan kedalam bekas khas aiskrim. Ia perlu dibekukan didala peti sejuk beku (freezer) selama satu malam bagi tujuan untuk mengeraskan aiskrim. Kemudian ia boleh dikeluarkan dari peti ais dan dihidangkan didalam bekas yang dihias dengan buah nanas (Sila lihat foto disebelah). Fakta nutrisi aiskrim nanas bagi setiap hidangan sebanyak 100 gram terdiri daripada 160 gram kcal tenaga, 8 gram lemak, 6 gram lemak tepu, 21 gram Sodium, 20 gram karbohiderat, kurang 2 gram kolesterol, kurang 1 gram serat, 2 gram protin, 19 gram gula , 1% Kalsium dan 1% zat besi. Aiskrim adalah makanan sihat yang berkhasiat. Semuga anda mendapat info berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MEMBUAT AISKRIM... NANAS RASANYA...
PALING MUDAH... AISKRIM MALAYSIA...
RESEPI MUDAH... PERLU ALATANNYA...
MAMANG ENAK... DIMAKAN BERSAMA2...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(7 Syaaban 1439H).
Published from:
Anggerik Hostel, INTAN Bukit Kiara,
Kuala Lumpur, WP, Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.