TANDUK RUSA (Keluarga Cervidae) merupakan satu produk yang dihasilkan oleh penternak rusa selain daripada untuk penghasilan daging, najis, kulit dan sebagainya. Dalam beberapa usaha menternak rusa, dinegara kita belum ada yang bertahap komersil dimana hanya ada beberapa usahawan rusa yang kurang dipromosikan. Rusa Sambar merupakan spesis rusa yang paling sering diternak dinegara kita selain daripada Rusa Import lain. Rusa, sambar, atau menjangan (deer) adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk keluarga Cervidae. Salah satu ciri khas rusa adalah adanya antler (tanduk rusa) dimana selalunya tanduk keluar hasil dari proses lama iaitu berlaku pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun atau aktif biasanya pada musim panas. Tanduk rusa terhasil pada terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa sebab pengecualian). Sebenarnya terdapat sekitar 34 spesies rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar iaitu Kelompok Lama iaitu Muntiacinae dan Cervinae serta kelompok rusa dunia baru iaitu Hydropotinae dan juga Odocoilinae. Dari beberapa rujukkan didapati ada beberapa jenis rusa yang perlu kita kenali iaitu Rusa Sika (Cervus nippon), Rusa Sambar (Cervus unicolor), Rusa Merah (Cervus elapus), Rusa Wapiti atau Elk, Rusa Fallow (Dama-Dama), Rusa Cital (Axs-Axis) dan juga Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis). Daging rusa yang juga dipanggil sebagai venision merupakan sejsni daging premium yang harganya memang mahal di Malaysia sekitar RM40 - RM50 sekilogram bergantung kepada jenis daging. Itu pun agak susah untuk mendapatkan daging rusa segar dipasaran biasa dan hanya ada beberapa outlet sahaja menjualnya. Tanduk rusa pula memang salah satu produk yang kini dijual dalam banyak kategori untuk dimenafaatkan terutama dari segi kesihatan. Bagaimana pun lebih banyak tanduk rusa yang digantung didinding rumah orang kaya dan pemburu sebagai hiasan. Artikel malam Sabtu ini say amenulis dala blog ''Anim Agro Technology'' mengenai tanduk rusa dan khasiatnya selepas melawat ladang rusa Datuk Yap di Keningau, Sabah dan mendapat buahtangan satu tanduk rusa kecil darinya untuk kenangan.
Sebuah satu kajian dijalankan pada tahun 2004 dan telah diterbitkan di Canadian Veterinary Journal menunjukkan bahwa semasa seekor anjing yang menderita dengan osteoartritis dimana ia telah pun mengalami peningkatan kemampuan untuk berjalan setelah diberikan sebuk tanduk rusa. Saintis disana kemudian menyimpulkan bahwa tanduk rusa sangat efektif dalam mengatasi masalah artritis pada anjing. Secara tradisional penggunaan tanduk rusa memang jarang diketahui dapat mengatasi masaalah sakit lutut. Ada juga dakwaan dimana kesan mengambil serbuk tanduk rusa mampu meningkatkan fungsi seksual atau kekuatan tubuh secara keseluruhan, kemampuan aerobik walaupun secara klinikal belum terbukti lagi. Tanduk rusa biasanya diambil dari rusa yang diternak iaitu sebelum tanduk ini menjadi keras. Para pakar nutrisi menyatakan dimana semasa ini tanduk rusa berada dalam keadaan terbaik untuk diambil. Rusa tidak akan merasakan sakit dan tanduknya akan tumbuh lagi. Tanduk rusa tumbuh sekitar satu setengah inchi setiap hari dan ini lebih cepat dibanding organ-organ lain. Pada masa ini negara seperti New Zealand, Australia dan Kanada merupakan negara yang banyak menghasilkan tanduk rusa dalam bentuk cairan, serbuk atau pil. Dos pengambilan umum bagi manusia diantara 3 - 9 gram setiap hari. Bila mana ada dikalangan mereka hendak membeli serbuk tanduk rusa sebaiknya ia boleh dicampur dengan air mendidih atau di rendam air panas sebagai minuman teh. Jangan tambahkan bahan-bahan lain sampai air mendidih.
Pengaruhnya terhadap saluran darah jantung kini didakwa antara kehebatannya. Zat yang dikeluarkan oleh tanduk muda rusa dari Siberia dalam dos yang tinggi dipercayai boleh menurunkan tekanan darah, radius gelombang jantung dan kepekatan darah nadi (pulse) serta melebarkan saluran darah sekitar jnatung. Jika diambil dalam dos yang sedrhana ia akan menimbulkan keuatan gerakan, menambah radius pengecilan, kecepatan denyut dan meningkat jumlah pengeluaran darah. Dalam pada itu jika ada masalah pada jantung yang lemah mak daya kekuatannya amat nyata. Tanduk rusa ini didakwa mampu memulihkan jantung yang iramanya tidak rata. Tanduk rusa mampu memperkuat dan mempercepat penyusutan jantung. Pada pesakit dengan gangguan edaran darah kronik yang diikuti tekanan darah rendah, dapat berfungsi menjadikan nadi terpenuhi darah, tensi naik, suara jantung jelas. Khasiat tanduk rusa sebagai penguat tubuh manusia dengan bahan iaitu Pantrocinum merupakan zat tonik yang dapat mempertinggi daya kerja organism yang akan mengurangkan paling minima. Ia elakkan dari kes-kes seperti berlakunya kelemahan otot, memperbaiki nafsu makan dan memudahkan tidur. Tanduk rusa yang baru tumbuh (disebut tanduk muda) dipercayai apabila ia diberikan kepada tikus putih didapati hasil kajian akan dapat mempercepat penambahan berat badan. Beberapa produk tanduk rusa dalam serbuk dan kapsul ada djual dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Ia ada dijual dibeberapa outlet tertentu. Dalam pada itu makanan yang dicampur tanduk muda 0.4 - 0.5 sampai 2 gram/kg selama 14 - 15 hari dilaporkan akan meningkatkan berat badan secara signifikan terhadap tumbesaran arnab yang kurang sihat. Tanduk muda dalam bentuk serbuk (powder) ini yang telah diberikan kepada arnab dalam jumlah dan jangka waktu tertentu menjadikan haemoglobin meningkat dan hasilnya arnab tersebut terus sihat.
Kesan tanduk rusa jika diambil secara betuk mampu menambahkan kekuatan tenaga batin. Ini kerana ramai juga mempercayai bahwa tanduk rusa mengandung zat perangsang seks. Bagaimana pun saintis di Jepun hanya menyesyorkan tanduk rusa yang masih muda dan lembut yang mempunyai kesan signifikan mengenai perkara ini. Selain itu tanduk rusa muda didakwa dapat mempercepat proses penyembuhan kudis lama atau pun jenis kudis baru. Ini kerana bahan ini mempengaruhi metabolisme unsur N dan karbohidrat. Tanduk rusa muda juga merangsang usus dan rahim serta memperkuatkan kemampuan ginjal dalam melancarkan sistem perkumuhan terutama untuk kencing. Bagi mengatasi masaalah cirit birit pula boleh diamalkan ramuan mencampur tanduk rusa muda yang sudah ditumbuk halus sebanyak 37.5 gram dengan buah kurma cina yang sudah direbus dan rumput kerbau. Semua bahan boleh dibeli di kedai ubat tradisional Cina. Jadikan biji butiran sebesar kacang hijau dan kemudian diminum 50 biji dengan arak hangat sebelum makan. Bagi merawat sakit pinggang boleh diamalkan mencampurkan serbuk tanduk rusa yang sudah tua sebanyak 2 gram, digoreng hingga kuning kemerahan dan kemudian dicampur dengan satu sudu makan cuka atau arak dan diminum 5-6 kali sehari. Apa pun pada penulis semua resepi diatas kurang sesuai untuk umat Islam. Carilah perubatan yang lebih sesuai mengenai tanduk rusa ini. Lebih baik tanduk rusa tersebut dipakkan didinding rumah untukh dijadikan tempat sangkut pakaian yang berfaedah dan unik. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.