Support My Blog

Sunday, May 6, 2018

KHASIAT KELAPA WULUNG - HEBAT!!! (Part 2)

KELAPA WULUNG atau di Malaysia saya kenali dengan nama KELAPA TAMPUK MERAH (reddish coconut) ianya merupakan sejenis kelapa unik yang amat jarang kita jumpa dan sering dicari oleh pengamal perubatan tradisional. Kelapa ini memang dari kumpulan kelapa merah atau jingga (Cocos nucifera var rubescens) dipercayai mempunyai khasiat khusus dan didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit seperti sakit paru-paru, membuang sihir dan menghalau jin yang sering menganggu. Saya ada menulis artikel berkaitan sebelum ini mengenai perkara ini (Sila klik disini). Penulis dalam membuat rujukkan mengenai tanaman kelapa sebenarnya mendapati secara akademiknya Kelapa memang boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu jenis Kelapa Tinggi (Tall variety) dan jenis Kelapa Renek (Dwarf Variety). Kelapa juga boleh kita dibahagikan mengikut warna iaitu secara kasarnya boleh dikelaskan dalam kategori Kelapa Hijau (C. veridis), Kelapa Merah (C. rubescens) dan juga jenis Kelapa Kuning (C. eburens). Bagi kita di Malaysia yang mana jumlah keluasan tanaman kelapa hanya tinggal 97,500 hektar sahaja pada 2014 memang agak sukar untuk dapat melihat kelapa merah ini berbanding dengan negara Filipina dan Indonesia. Buah Kelapa hijau mudah dijumpai dimana lazimnya ia mempunyai pokok yang tinggi dan buah yang kulitnya berwarna hijau semuanya. Buah kelapa hijau bersaiz besar dimana ia sering digunakan dalam masakkan. Airnya juga berkhasiat dan digunakan sebagai bahan untuk perubatan tradisional seperti sebagai air penawar racun, mengubati muntah-muntah dan juga kepala pening dan pelbagai kegunaan lagi. Kelapa Kuning pula kebanyakannya adalah dari jenis kelapa renek yang cepat berbuat dalam masa 3 tahun sahaja dimana ketinggian pokok sekitar 1.0 - 1.5 meter sahaja. Buah kelapa kuning lazimnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil serta berwarna kuning dan digunakan sebagai kopra atau kegunaan lain. Artikel pada subuh jam 4.50 pagi Sabtu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan air kelapa wulung sebagai satu bahan untuk dijadikan rujukkan anda semua.

Kehebatan kelapa wulung ini dikaitkan dengan khasiatnya sebagai anti penyakit untuk ibu hamil dan kesihatan janin. Air kelapa hijau wulung ini didakwa memang mengandung senyawa Asid Lauric iaitu zat dimana ia dapat membantu melawan berbagai penyakit. Asid Lauric yang mana terkandung dalam air kelapa hijau memiliki ciri-ciri yang sama dengan Asid Lauric yang terkandung dalam VCO (Virgin Coconut oil) iaitu bahan anti-kulat dan anti bakteria yang membolehkan air kelapa wulung ini baik untuk ibu hamil dan janin (Sila lihat foto disebelah). Selin itu didkwa dimana khasiat air kelapa ini cepat mengembalikan Stamina dalam tubuhbadan dn sesuai dijadikan bahan minuman kepada mereka yang bersukan atau mempunyai aktiviri kercergasan atau bekerja berat. Air kelapa hijau juga mempunyai kesan menormalkan kerana ada kandungan vitamin yang cukup banyak pada air kelapa hijau. Ianya  dapat menambah tenaga semasa sedang melakukan aktiviti senaman. Disyorkan juga agar minum air kelapa ini dengan madu lebah atau madu kelulut untuk meningkatkan khasiat air kelapa hijau ini. Kandungan bahan mineral dalam air kelapa wulung ini sangat mudah diserap oleh tubuhbadan sehingga proses membah kandunga mineral dalam badan. Siapa sangka air kelaa ini melindungi Kesehatan Jantung. Ini kerana banyaknya vitamin dan mineral lain yang bermanfaat untuk tubuh yang terkandung dalam air kelapa hijau ternyata juga dapat dimanfaatkan untuk menjaga kesehatan jantung. Ia juga menjga kesihatan buah pinggang atau Ginjal. Ramai tahu ginjal merupakan organ yang sangat penting untuk tubuh kita. Khasiat air kelapa wulung ini berupaya untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuhbadan manusia dan ia  sangat meringankan kerja ginjal. Jika anda sering minum air kelapa hijau secara rutin maka kita dapat menjaga kesihatan pada  buah pinggang anda.

Air kelapa ini didakwa juga akan menjaga kesihatan Sistem Pencernaan. Ini adalah kerana kandungan bahan enzim yang terkandung di dalam air kelapa hijau akan mempermudah penguraian dan pengeluaran sampah dan kotoran yang terdapat dalam tubuh. Air kelapa ini mampu untuk mencegah Radikal Bebas dimana bahan zat antioksidan yang terkandung dalam air kelapa hijau sangat efektif menghambat penuaan berlaku pada kulit. Air kelapa ini juga mampu menjaga tekanan darah agar tetap stabil. Kandungan bahan Kalium (K) dan bahan Magnesium membantu tubuh dalam menjaga tekanan darah tetap normal. Ia juga mampu mengatasi Penyakit Migran
dimana ada dakwaan penyakit migran akan segera boleh sembuh dengan meminum air kelapa hijau sebab ada terkandung magnesium yang boleh meawat migran. Dakwaan lain dimana ia mampu mengawal kadar Kolesterol dalam badan. Kepada mereka yang mempunyai masalah pada kadar kolesterol yang tingg sebaikknya minum air kelapa ini secara rutin. Kandungan lemak yang rendah pada air kelapa hijau di percaya dapat menjaga kadar kolesterol dalam tubuh kita. Ia juga didakwa mampu menguatkan Sistem Imuniti tubuhbadan. Kandungan Asid Lairic yang berupa anti-virus dan anti-bakteria yang terdapat di dalam air dapat membantu tubuh dalam menjaga sistem imuniti serta membantu membunuh cacing berbahaya dalam tubuh. Kini ia didakwa meningkatkan HDL kerana kandungan lemak yang rendah pada air kelapa hijau diyakini akan dapat untuk meningkatkan HDL (kolesterol baik) dalam tubuh kita. Dalam perkara stamina kini kebanyakan lelaki masa kini merokok dengan berlebihan. Kandungan nikotin pada rokok dapat menyebabkan stamina atau tenaga mereka akan menurun. Ternyata dengan minum air kelapa hijau secara rutin juga dapat mengurangkan kadar kandungan nikotin dalam tubuh yang menganggu tingkat kesuburan pada lelaki. Adakah anda mengetahui akan kehebatan air kelapa yang hebat ini?.

Seterusnya kehebatan khasiat kelapa wulung ini didakwa mampu untuk menekan kesan Alergi Pada Kulit. Ada kes dimana beberapa alergi kulit terjadi akibat adanya virus, bakteria atau pun kulat (Sila lihat foto disebelah). Air kelapa hijau yang mempunyai sifat untuk mengurai virus, bakteria dan kulat didakwa dapat membantu menyembuhkan alergi pada kulit anda. Kehebatan air klapa wulung ini juga didakwa mengurangkan kejadian rambut gugur. Memang belum rami orang yang mengetahui bahwa air kelapa hijau berguna juga untuk mengatasi rambut gugur. Ini kerana kandungan Asid Amino, Glukosa, Fruktosa, Sakarosa, Mineral dan Sukrosa yang terdapat dalam air kelapa hijau dapat membantu mengatasi rambut dari gugur dan juga mengatasi masaalah kelumumur. Caranya dengan mencampurkan air kelapa hijau dengan sesudu garam dan disimpan semalaman. Sesudah itu dicurah kekepala dan picit dengan kemas rambut dikepala (rams-ramas) kemudian dibiarrkan dan jangan dibilas dengan air bersih. Kemudian bungkus kepala anda dengan tuala dan biarkan semalaman dimana pada keesokkan hari barulah dibilas rambut anda dengan air suam. Air kelapa ini mampu menurunkan suhu panas semasa demam kerana banyaknya zat dalam air kelapa juga dapat menyembuhkan panas demam. Air kelapa hijau dapat digunakan sebagai pertolongan pertama demam panas dengan suhu tinggi. Caranya dengan minum segelas air kelapa hijau yang sudah dicampur madu. Begitu banyak manfaat air kelapa wulung ini yang saya kongsikan dengan pembaca dalam blog anim agro technology kali ini. Sila baca sama Part 1 untuk keterangan lengkap. Semuga anda mendapa menafaat. Wasallam!!!.
KELAPA WULUNG... HEBAT KHASIATNYA...
KELAPA MERAH... ITU NAMA LAINNYA....
MEMBUANG RACUN...TAMBAH TENAGA...
CUBA BELI BENIH... TANAM DI MALAYSIA ..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar BAru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(10 Mac 2018).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...