Support My Blog

Sunday, May 27, 2018

KUMBANG ANCAM TANAMAN SAWIT

TANAMAN KELAPA SAWIT (Eleais guineensis) merupakan tanaman terpenting di Malaysia yang menyumbang hasil terpenting kepada KDNK dalam sektor pertanian. Terdapat seluas lebih dari 5 juta hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia dengan sektor perladangan dan pekebun kecil bersama-sama dalam penanaman ini. Teknologi penanaman kelapa sawit di negara kita telah mencapai status terbaik dengan sistem amalan agronomi yang mampu menghasilkan buah yang tinggi dan minyak CPO yang berkualiti. Apa pun penyelidikan tentang tanaman sawit diteruskan oleh pelbagai pihak sama ada oleh MPOB, universiti dan pihak swasta untuk mempastikan tanaman kelapa sawit terus dominan didalam industri pertanian negara. Apa pun tanaman ini masih menghadapi banyak masaalah seperti serangan serangga perosak dan penyakit. Salah satu daripada perosak tanaman ini adalah serangan serangga kumbang yang mampu memgancam tanaman sawit. Kumbang yang dimaksudkan adalah perosak KUMBANG BADAK (Oryctes rhinoceros) dan beberapa jenis kumbang lain yang didapati diladang sawit. Kumbang Badak atau dipanggil sebagai Rhinocerous beetle ini mampu merosakkan kelapa sawit dibabarapa peringkat dimana ia menjadi serangan kritikal. Artikel malam ini sambil meninton TV9 perlawanan Liga Super Bolasepak diantara Melaka dengan Negeri Sembilan saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai kumbang badak yang mengancam tanaman kelapa sawit dikawasan Felda.

Penulis blog dapat melawat tanaman sawit yang rosak akibat serangan kumbang di Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan dalam siri lawatan pemantauan kebeberapa projek TKPM dikawasan berhampiran.  Penulis juga disambut oleh peneroka di Blok 8, Felda Lui Muda dekat sini yang mendakwa mereka telah pun menanggung kerugian berikutan pokok sawit seluas 46 hektar yang ditanam itu kini diancam kumbang perosak yang telah menyerang tanaman mereka sejak pertengahan tahun lalu. Sebagai bukti penulis dapati terdapat begitu banyak larva kumbang dipercayai jenis kumbang badak (Oryctes rhinoceros) yang dikenal pasti antara serangga perosak yang menyerang pokok sawit muda dengan mengorek bahagian pucuk untuk menghisap manisan di dalamnya hingga ke umbut. Seorang peneroka Encik Hamidun yang berusia 60 tahun menyatakan dimana banyak pokok sawitnya menjadi layu dan telah terbantut pertumbuhannya berikutan serangan kumbang berkenaan (Sila lihat foto disebelah)Setiap kali mendekati anak pokok kelapa sawit ini beliau dapati banyak larva kumbang ini yang menyerang.  Dia telah maklumkan kepada pihak Felda beberapa kali mengenai ancaman kumbang berkenaan dan setakat ini, mereka telah meracun untuk membinasakan serangga itu. Berdasarkan kajian am yang telah dijalankan mendapati, masalah serangan oleh kumbang badak semakin serius kerana serangan ini boleh menyebabkan bahagian pucuk pokok muda mati dan membantutkan pembesarannya.

Dalam pada itu serangan kumbang yang juga dikenali sebagai kumbang tanduk atau kumbang kelapa itu bukan saja boleh menyebabkan kematian pokok tetapi jika pokok itu masih hidup ia akan kekurangan hasil sehingga 25 peratus. Walau pun pekebun sudah meracun beberapa pam biasa yang digunakan tetapi ianya tidak lagi meninggalkan kesan kepada serangan kumbang tersebut. Mereka berharap yang pegawai Felda dan agensi berkaitan dapat datang melihat ke kawasan ini dan membantu mereka yang terpaksa terus menanggung kerugian akibat kerosakan ini. Dalam pada itu pekebun lain dikenali dengan nama Encik Baharin berusia 51 tahun pula ada juga memberitahu dimana pokok sawit itu baru ditanam tahun lalu bagi projek penanaman semula. Mereka menjangkakan ia akan mengeluarkan hasil pada tahun hadapan dan kalau masalah ini tidak diatasi segera maka sush bagi mereka. Telah dilakukan pelbagai kaedah dan cara diguna penanam dan pengusaha ladang sawit untuk menghapuskan koloni kumbang badak seperti menggunakan perangkap feromon, tanaman pokok kekacang dan semburan racun serangga dengan perawis aktif Carbofuran dan Cypermethrin. Apa pun didapati kaedah itu kurang berkesan untuk mengawal kitaran hidup kumbang badak. Aktiviti tanam semula dengan kaedah penebangan pokok yang kemudian batang diracik, dikumpul dan dibiar reput di situ menggalakkan kumbang badak membiak dengan hebat. Apa yang lebih malang lagi dimana kaedah semburan racun serangga memang mampu membunuh kumbang tanduk dengan baik akan  tetapi semburan yang sama turut memudaratkan kumbang pendebungaan sawit dan serangga lain yang diperlukan untuk proses penghasilan buah sawit.

Ditinjau lanjut sebenarnya pihak Felda ada memasang perangkap basmi kumbang secara selektif. Mereka juga telah menunjukkan larva kumbang badak (Oryctes rhinoceros) yang telah pun menyerang tanaman sawit sehingga merosakkan tanaman itu di Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan. (Sila lihat foto disebelah)Pengurusan Felda telah pun mengambil beberapa tindakan bagi membasmi kumbang perosak yang mengancam tanaman kelapa sawit seluas 46 hektar di Felda Lui Muda selapsa laporan dibuat oleh peneroka. Diantara tindakan yang diambil ialah kawalan dengan menggunakan bahan kimia dan agen biologi serta memasang perangkap Feromon.  Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias En Izham berkata, sekiranya masalah itu masih berlarutan maka pihaknya akan menggunakan kaedah mengutip kumbang bagi mengatasi masalah tersebut. Felda memandang serius rungutan para peneroka berkenaan dan berharap mereka tidak risau dan panik kerana langkah tersebut sudah pun dimulakan sejak Jun tahun lalu. Pihak pengurusan sedia maklum mengenai masalah ini dan Felda telah pun mengambil beberapa langkah yang diharap dapat mengawal serangga perosak itu daripada terus merosakkan tanaman sawit di situ. Felda mengakui kumbang perosak itu masih ada walaupun usaha membasminya telah dilakukan, namun jumlahnya semakin berkurangan sejak kaedah kawalan dijalankan.

Pihak Felda juga dapati terdapat begitu banyak larva kumbang dipercayai jenis kumbang badak (Oryctes rhinoceros) yang dikenal pasti antara serangga perosak yang menyerang pokok sawit muda dengan mengorek bahagian tajak untuk menghisap manisan di dalamnya hingga ke umbut. Kini Felda telah menggunakan racun jenis ‘Ory-X’ yang disembur pada cebisan batang sawit. Ia adalah jenis racun ‘cypermethrin dan ‘blocus’ pula disembur pada pucuk pokok. Akibat serangan kumbang boleh menyebabkan kekurangan hasil sehingga 25 peratus. Lazimnya serangan haiwan perosak ini berlaku pada tahun pertama sahaja. Keadaan akan pulih dan hasil akan keluar seperti biasa setelah memasuki tahun kedua. Dalam pada itu penulis blog merujuk laporan akhbar bertajuk ''Racun serangga bahan semula jadi'' oleh En Hanapi Sainon (Sila lihat foto paling bawah). Beliau menunjukkan racun serangga keluaran Imaspro Resources iaitu syarikat pengeluar bahan kimia pertanian yang memperkenalkan racun serangga yang menggunakan bahan semula jadi pertama di dunia yang dikenali sebagai Envo-Cyper. Racun serangga yang berasaskan air itu berupaya untuk mengawal kumbang tanduk khususnya di kawasan perladangan kelapa sawit. Pengurus Kanan Imaspro Resources ada menyatakan Envo-Cyper yang menggunakan formulasi bahan mesra alam adalah lebih selamat digunakan pekerja ladang. Antara kelebihan produk ini ialah ia digabungkan dengan formulasi bahan lengai berasas minyak sawit yang dapat mengawal atau mengurangkan keradangan mata dan kulit. Produk ini juga dapat mengawal serangga perosak yang terdapat pada tanaman hortikultur lain dimana produk tersebut terdiri daripada butiran cypermethrin yang dicampur dengan air dan ia bebas daripada bahan larut berasaskan petroleum mudah meruap. Cara penggunaan racun serangga Envo-Cyper juga lebih mudah berbanding produk saingannya.  Produk ini bertindak secara sentuhan dengan kawalan yang meluas dan formulasinya yang berasaskan sumber boleh diperbaharui tidak akan terpengaruh oleh harga minyak mentah dunia. Syarikat  Imaspro sentiasa mengutamakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan sekali gus bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi penghasilan produk ini. Semuga anda mendapat info berguna membaca artikel dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KUMBANG TANDUK... IA MERBAHAYA...
MENGOREK BATANG.. POKOK MUDA...
RACUN CYPERMETRIN...KAWALNYA...
PRODUK ENVO-CYPER...BOLEH GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(11 Ramadan 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...