Support My Blog

Monday, March 5, 2018

CUPUACU - APA KEHEBATANNYA

CUPUACU (Theobroma grandiflorum) merupakan sejenis buah yng sama dengan buah koko (Theobroma cacao) iaitu daripada keluarga Malvaceae. Nama lain bagi buah ini adalah berbeza dimana dalam bahasa Inggeris sebagai Çupuassu, dalam bahasa Sepanyol dipanggil sebagai buah Cupuasú, copoasú, cacao blanco dan dalam bahasa Portugis sebagai buah Cupuaçu, pupu atau Pupuaçu. Pada penulis blog yang membuat banyak penulisan mengenai teknologi pertanian memang sentiasa mencari bahan tulisan yang unik dan pelik daripada banyak sumber. Melihat bentuk dan warna buah Capuacu tersebut diatas seakan buah binjai dengan kulit tebaall berwarna coklat. Penulis pernah melihat dan memegang buah ini semasa membuat tinjauan teknologi di salah satu lokasi di Indonesia lama dahulu. Bila bertanya kepada penjaga taman botani tersebut ia menyatakan buah capuacu ini adalah unik dan berbuah. Membuat rujukkan seterusnya dimaklumkan bahawa buah ini berasal daripada hutan malar hijau tropika diari kawasan Lembah Amazon.  Bagaimana pun dilaporkan ia ada banyak ditanam sekitar negara seperti Colombia, Bolivia, Peru dan juga Brazil. Di Brazil lokasi penanaman yang luas terdapat di kawasan Para, Amazonas, Rondonia dan kawasan Acre. Buah capuacu ini boleh dimakan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dengan rasa lemak dimana sering juga dijadikan aiskrim, makanan ringan dan produk lain bernilai. Jika kita ingin melihat kesesuaian iklim dan tanah, penulis blog ada berpendapat pokok capuacu ini memang boleh ditanam, berbunga dan berbuah di Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Kemungkinan ada pusat-pusat pertanian dan individu yang ada menanam pokok ini di negara kita. Rencana malam Jumaat sempena Cuti Raya Cina 2018 ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai sejenis buah agak pelik yang amat jarang kita lihat atau kenal.


Jika anda pernah melihat pokok koko di Malaysia tentunya boleh bayangkan pokok capuacu ini kerana ia hampir sama. Ia adalah jenis pokok berkayu dengan mampu mencecah sekitar 5-15 meter tinggi (16-49 kaki) tetapi dilaporkan ada yang mencecah ketinggian sehingga 20 meter (66 kaki). Sama seperti batang pokok koko ia juga mempunyai warna batang iairu coklat yang kuat. Daunnya adalah berwarna hijau berukuran sekitar 25-35 cm panjang dan 6-10 cm lebar. Daunnya mempunyai sekitar 9-10 urat daun yang ketara dilihat. Warna daun akan menjadi hijau gelap apabila pokok matang semasa berbuah. Apa yang kompleks pada tumbuhan ini adalah bunganya yang bersifat Kompleks (Sila lihat foto disebelah). Proses pendebungaan bunga capuacu lazimnya memerlukan agen biotik vektor. Walau pun sebahagian besar pokok capuacu adalah tidak mempunyai keserasian bunga (self-incompitable) dimana perkara ini telah menyebabkan produktiviti rendah akibat proses pendebungaan yang rendah. Proses pendebungaan juga rendah akibat faktor keadaan cuaca dimana pada masa hujan lebat ianya kurang berjaya. Ini berpunca bila hujan lebab maka serangga pendebunga tidk dapat melakukan proses pendebungaan seperti kumbang, lebah, semut dan sebagainya.


Buah capuacu merupkan bahagian penting didalam penanaman pokok ini. Bunga yang telah berlaku proses pendebungaan akan membentuk putik buah seterusnya buah muda dan masak (Sila lihat foto disebelah). Buah yang telah masak ini boleh dipetik dari pokok dengan menggunakan pisau tajam atau memulasny sahaja dari pokok. Buah yang masak apabila dikopek akan dilihat isinya yang berwarna putih susu dengan baunya yang kuat seakan bau campuran antara buah nanas dengan bau coklat. Buah ini boleh dimakan dan enak kepada mereka yang menyukainya. Buah capuacu selain daripada dimakan segar juga boleh dijadikan pemcuci mulut, jus minuman dan juga manisan (sweets). Dari beberapa ujirasa dilaporkan jus buah capuacu mempunyai rasa seperti jus buar pear dengan ada sedikit rasa seperti buah pisang. Pokok ini boleh ditanam dari benih yang dihasilkan dari bijinya yang perlu disemai dahulu dan akan dipindahkan kekebun apabila cukup umur (sama dengan teknologi tanaman koko). Jarak tanaman bergantung kepada keadaan tanah iaitu sekitar 3 meter x 4 meter. Hanya buah masak yang gugur ketanah akan dikutip sebagai 'hasil' dimana sebenarnya agak sukar untuk melihat tahap indeks kematangan kerana warnanya sama dengan buah tua belum gugur. Bagaimana pun beberapa kajian di Westeru Colombia Amazon mendapati lazimnya buah capuacu akan masak selepas 117 hari selepas anthesis. Perkara ini amat penting untuk memetik buah capuacu yang berkualiti.


Ramai petani yang telah menanam pokok capuacu ini dilakukan secara hobi sahaja di negara asal. Kaedah pembiakan terbaik adalah dengan menyemai biji yang memang dikeluarkan dari buah masak. Kaedah lain proses pembiakan melalui cntuman dari pokom penanti terpilih. Walau pun pokok capuacu ini dikategorikan sebagai pokok hutan tetapi sesuai ditanam untuk mendapatkan hasil dan faktur keunikannya. Ia juga mudah tumbuh dan subur walau pun diatas tanah yang kurang subur. Tumbuhan capuacu ini sama dengan pokok jenis keluarga koko memang ada banyak musuh dan serangga perosak. Antara perosak seperti Witches Broom (Moniliophthora perniciosa) yang banyak menyerang bahagian babtang dan buah Serangan perosak ini menyebabkan hasil berkurangan dan juga lebih teru menyebabkan pokok capuacu akan mati jika tidak dikawal. Kaedah kawalan adalah dengan sering membuat cantasan ranting dan dahan mengikut jadual. Serangan oleh rama-rama Herbivor (Macrosoma tipulta) juga boleh juga menyebabkan keguguran pada daun capuacu. Buah unik capuacu amat bernilai kerana ia mengandungi bahan penting Phytokimia seperti Tanin, Glycoside, Theograndin, Cachin, Quercetin, Kaempferol dan juga Isoscutellarein. Buah capuacu juga mengandungi bahan seperti Caffiene, Theobromine dan Theophylline yan ujud dalam buah koko walau pun kandungan caffien didalamnya rendah berbanding buah koko. ''Capuacu Butter'' merupakan produk dai buah ini yang dikomersilkan mengandungi bahan Triglyceride Tepu dan Asid Lemak Tidak Tepuyang membolehkan produk ini mempunyai low melting point rendah sekitar 30 celcius. Jika diproses ia dijadikan bahan untuk confectionary dimana boleh dikatakan ia adalah ''COKLAT PUTIH". Banyak produk ini dijual dipasaran dengan pelbagai jenama (Sila lihat foto disebelah). Penanaman pokok capuacu walau pun tidak berlaku di Malaysia tetapi anda kali ini apabila membaca artikel dlam anim agro kali ini sudah tahu menganai produk dari buah capuacu ini. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

BUAH CAPUACU... AMAZON ASALNYA...
AMERIKA SELATAN... ADA TANAMNYA...
MACAM KOKO... PUTIH ISI WARNANYA..
PELBAGAI PRODUK... IA SERBA GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Bandar Badu UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysis.
(28 JamadilAwal 1439H)
Cuti sempena Tahun Baru Cina 2018.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...