Support My Blog

Wednesday, May 3, 2017

YELLOW STICKER KAWAL WHITE FLY

WHITE FLY atau LALAT PUTIH merupakan serangga kecil dan mngandungi hanya famili Aleyrodidae dari kumpulan Hemiptera kecil dengan ada lebih 1,550 spesies yang telah dikenalpasti. Lalat putih biasanya makan bahagian bawah daun tumbuhan. Ia merupakan sejenis serangga yang hadir di Malaysia dan merupakan serangga penghisap bewarna putih yang merbahaya kepada tanaman tertentu. Banyak laporan menyatakan ia kini telah menjadi kebal terhadap banyak racun perosak sintetik dimana untuk petani membuat kawalan menggunakan racun kimia menjadi amat sukar. Penulis bagaimana pun melawat sebuah ladang tanaman tomato milik Syarikat Benom Height Hydroponic Sdn Bhd. yang terletak di Raub, Pahang untuk berkongsi maklumat mengenai serangan white fly diladang tomatonya. Pemilik syarikat En Yew telah mengistiharkan 'perang' terhadap white fly ini yang menjadi ancaman utama dalam penanaman tomato secara fertigasi didalam rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Tomato yang ditanam adalah dari varieti hibrid Qudma dari pembekal Excel Seeds yang diimport dari Holland. Tomato varieti ini amat sesuai ditanam dialam SPH yang kedudukannya berada 600 meter dari paras laut. Beliau kini mencari idea bagaimana cara untuk mengawal kehadiran white fly dalam SPH melalui pelbagai pendekatan dan cara. Beliau pernah membuat pengosongan selama lebih sebulan dalam SPH tanpa apa-apa tanaman tetapi bila dipasang pelekat kuning (yellow sticker) masih ada 3-5% serangga ini yang masih ada dalam SPH. Apa pun kini kaedah kawalan yang beliau lakukan adalah memasang banyak 'yellow sticker' disemua lokasi didalam SPH dan juga diluar SPH. Dakwanya kaedah ini agak praktikal untuk mengetahui populasi kehadiran lalat putih ini sebelum kawalan lanjut dengan semburan racun kimia boleh dilakukan. Syarikat ini yang aktif ini mempunyai sekitar 35 pekerja untuk SPH seluas 15 ekar SPH dari kawasan 27 ekar sedia ada dan mampu menghasilkan tomato sebanyak 3.0 - 4.0 juta kg tomato setahun. Kesemua hasil tomato adalah dihantar ke pasar borong Selayang untuk pasaran domestik. Tomato dari ladang ini dikira mempunyai kualiti premium dengan saiznya yang menepati kehendak pasaran dan tahan lama dalam simpanan. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan maklumat bagaimana kawalan white fly yang diamalkan diladang tomato fertigasi dalam SPH selepas penulis membuat lawatan teknologi dilokasi.

Kawalan white fly dalam rumah SPH memerlukan kaedah sesuai kerana serangga ini mampu menyerang tanaman seperti tomato dengan menjadi pembawa kepada bakteria. Serangga White fly atau Lalat putih (Trialeurodes vaporariorum) adalah serangga  yang merosakkan tanaman iaitu jenis yang menghisap yang sering dijumpai dalam rimbunan bawah daun tomato yang tebal (Sila lihat foto disebelah). Ia akan menyebabkan kerosakan dengan menghisap jus daripada daun, batang dan bahagian pokok yang lembut. Kesan dari menghisap ini maka lama-kelamaan pokok-pokok tomato ini menjadi lemah dan mudah terdedah kepada penyakit. Hasil daripada gangguan ini daun-daun pokok akan menguning dan menjadi terbantut. Seperti juga serangga jenis aphids, whiteflies juga lazimnya serangga ini merembeskan bahan buangan dimana ia meninggalkan kesan melekit atau ditutup dengan kesan hitam. Serangga ini juga jenis yang bertanggungjawab untuk menghantar beberapa virus kepada tumbuhan. Virus ini yang akan menyebabkan masaalah serangan Penyakit Layu Bakteria yang memusnahkan tanaman. Di Malaysia kini whiteflies atau lalat putih ini hidup sepanjang tahun di kawasan-kawasan pertanian terbuka atau pun didalam SPH. Paling penting diketahui adalah dimana terdapat banyak jenis tumbuhan perumah termasuk lebih daripada 250 tanaman hiasan dan sayur-sayuran. citrus, skuash, poinsettia, kentang, timun, cili, rock melon, tomato dan banyak lagi. Lalat putih dewasa berukuran (1/16 inci panjang) adalah serangga rama-rama seperti dengan sayap putih serbuk dan antena pendek. Mereka mudah dikenali dan sering ditemui berhampiran puncuk  tumbuhan atau pada hujung batang. Nimfa tidak bersayap yang diratakan, bujur dan hampir berskala seperti dalam penampilan. Selepas instar pertama, atau peringkat merangkak, mereka menetap dan melekat pada bahagian bawah daun dan mula makan.

Kitaran hidup serangga ini dimana anak nimfa hidup pada daun tumbuhan atau perumah. Pada awal musim pembiakan selalunya lalat putih betina dewasa bertelur antara 200 - 400 biji telur iaitu kedudukannya dalam kelompok bulat pada bawah dan atas daun. Telur-telur ini akan menetas dalam 5-10 hari dimana nimfa pertama menyerupai bentuk mealybugs kecil dan dipanggil 'crawler' atau jenis perangkak, dimana ia mampu untuk bergerak jauh dari telur sebelum melekatkan diri mereka daripada daun untuk memperolehi makanan. Peringkat nimfa seterusnya iaitu pada peringkat ke 2, ke-3 dan ke-4 selalunya ianya tidak akan bergerak. Ini adalah satu peringkat pupa dimana ia lazimnya tidak makan untuk satu jangkamasa selama seminggu. Kemudian adalah peringkat lalat dewasa muda yang akan muncul untuk mengulangi kitaran ini. Terdapat banyak generasi setiap tahun. Whiteflies selalunya akan berkembang dari telur hingga dewasa dalam kira-kira 25 hari pada suhu bilik. Srangga dewasa pula boleh hidup selama satu hingga dua bulan dalam keadaan biasa. Keujudan lalat putih ini jika tidak dikawal mampu merosakkan tanaman tomato di ladang Benom Heights Hydroponic Sdn Bhd menurut pemiliknya En Yew. Beliau beberapa kali mengistiharkan 'perang' terhadap serangga ini dengan menjalankan beberapa aktiviti kawalan secara IPM dan biasa.


Kawalan lalat putih atau white fly ini bukan satu kerja yang mudah. Menurut En Yew yang telah menanam tomato di Tanah Tinggi di Raub ini selama lebih 20 tahun, serangga jenis ini yang paling digeruni dan ia sukar dikawal. Bagaimana pun beliau kini amat percaya dengan kaedah kawalan yang lama diamalkan iaitu dengan menggunakan PELEKAT KUNING (Yellow Sticker). Perangkap kuning merupakan kertas berwarna kuning berbagai saiz empat segi dan diletakkan sarung plastik diluarnya yang disapu dengan gam yang kuat melekit. Gam dan plastik ini akan ditukar setiap 5-7 hari bergantung kepada jumlah white fly yang ada melekit. Kemudian ia dibuang dan diganti dengan yang baru. Asalnya kaedah nenggunakan warna kuning ini adalah untuk tujuan memantau dan menyekat populasi lalat putih dewasa. Kini ia merupakan teknik paling berkesan mengetahui populasi lalat buah disamping mengurangkan populasinya. Paling penulis tertarik dimana En Yew meletakkan 4-5 pelekat kuning berukuran 1 m x 1 m diruang lalu tengah-tengah SPH dalam ladangnya (Sila lihat foto disebelah atas sekali). Kalau melihat daripada hadapan macam tidak banyak white fly melekat tetapi apabila dilihat dari sisi maka penulis lihat beratus malahan ribuan white fly yang telah terlekat. 


Kaedah kawalan lain yang pernah En Yew dan pekerjanya buat adalah dengan menyirami pokok tomato dikebunnya dengan semburan air yang kuat air dari sistem micro-jet sperinkler yang dipasang dibahgian atas SPH. Kaedah ini didapati memang mampu untuk mengurangkan populasi perosak white fly. Semburan ini dilakukan mengikut keperluan apabila jumlah whitefly dalam SPH yang melekat pada yellow sticker tersebut mencapai 'economic treshold level'.  Semburan air bagaimana pun perlu dikurangkan apabila populasi white fly telah berkurangan. Dalam pada itu penulis semasa tinjauan telah dimaklumkan ada kaedah lain mengawalnya iaitu dengan menggunakan cara pemangsa semula jadi perosak ini. Didapati ianya termasuk ladybugs dan larva lacewing dimana ia akan memakan telur mereka dan parasit lalat putih akan memusnahkan nimfa dan pupa. Menurut En Yew, jika populasi white fly dalam SPH menjadi tinggi semburan racun kimia dilakukan dengan cara menggunakan racun serangga kurang toksik atau racun perosak organik demi menjaga kualiti tomato dihasilkan. Penggunaan racun kimia yang bertoksik amat tidak disyorkan untuk kawalan kerana ia mungkin kekal lama. Selain itu pernah digunakan kaedah lain sebagai kawalan seperti gunakan sabun serangga, minyak neem dan racun serangga. Ada juga dilaporkan dimana horticultural  oil atau jenis minyak mampu bertindakbalas dengan cara ia akan menyesakkan nafas serangga dan sangat berkesan dimana ia didapati berkesan pada semua peringkat perosak ini. Satu kaedah yang penulis rujuk pada rakan menyatakan kaedah rawatan Kimia Proshield sesuai dilakukan. Caranya dengan ambil bahan 50 gm halia yang dipotong kecil-kecil dan kemudian dicampur dengan 3 liter air dan dikisar dalam pengisar (blender). Kemudian diambil airnya sahaja dan ditapis. Kemudian campuran cecair tersebut yang mengandugi bahan Proshield digunakan dengan sukatan iaitu 5ml proshield setiap 1 liter air dan disembur pada tanaman tomato. Hasil kajian mendapati cara ii mampu mengawal masaalah kehadiran serangan oleh white fly. Semuga tulisan ini berjaya memberi info bernilai kepada anda yang membaca rencana dalam anim agro technology untuk semua. Wasallam!!!..
En Yew menerangkan ancaman white fly dalam SPH yang baru ditanam tomato.
LALAT PUTIH... WHITE FLY ITU SAMA...
MENGISAP BAWAH DAUN... BAHAYA...
PEMBAWA VIRUS... ANCAMAN UTAMA...
PERLU DIKAWAL... PELBAGAI CARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Benom Height Hydroponic Sdn Bhd,
Raub, Pahang, Malaysia.
(27 Rejab 1438H)
Ditulis dari Rumah Melaka, 
Air Keroh, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...