Support My Blog

Tuesday, April 18, 2017

KADAL - KENALI DIA

KADAL atau 'Kadhal' ditempat kita dipanggil sebagai Mengkarong (Mabouya multifasciata) merupakan sejenis haiwan yang mudah kita jumpa dikawasan kebun, tepi sungai, padang permainan, tepi rumah dan banyak lokasi lagi. Saya lebih suka panggilan 'kadal' iaitu perkataan jawa dikampong saya semenjak kecil lagi. Semasa membuat rujukkan di lamanweb didapati perkataan 'Kadal' lebih menyerlah dengan seorang bintang filem Tamil yang sangat popular dan hansem. Bagaimana pun sebenarnya kadal adalah haiwan bersisik berkaki empat yang termasuk kelompok reptilia. Laporan juga menyatakan anak bangsa Lacertilia pada umumnya memiliki empat kaki, lubang telinga luar, dan pelupuk mata yang dapat dibuka tutup. Meskipun demikian, sebagai kekecualian, ada pula anggota-anggotanya yang tidak memiliki sebagian ciri itu. Contohnya adalah ular kaca (glass snake atau glass lizard, suku Anguidae) yang tak berkaki. Ciri-ciri khusus dari kadal adalah terdapat 'zat tanduk' di sepanjang permukaan tubuhnya, mempunyai cauda atau ekor, jantungnya terdiri dari dua atrium dan ventriculus. Artikel malam ini setelah kepenatan rewang di rumah saudara di Gersik, saya menulis semula artikel bertajuk kadal dalam "Anim Agro Technology" untuk menambahkan pengetahuan saya dan pembaca semua.

Kadal mempunyai dua pasang anggota badan yang bersifat pentadectil iaitu 'extrimitas anterior' dan 'extrimitas posterior'. Sistem pencernaan kadal meliputi cavum oris, pharynx, oesophagus, gastrum, intestinum dan cloaca. Lidah dijulurkan keluar untuk menangkap mangsa, giginya melekat pada rahang. Dari cavum oris dilanjutkan ke pharynx, oesophagus dan gastrum atau lambung. Dari lambung kemudian ke intestin, rectum dan cloaca. Cloaca merupakan muara tiga saluran yaitu tempat mengeluarkan sisa pencernaan, sekret dan untuk pembiakan. Kadal bernafas dengan paru-paru. Pada sistem pernafasannya dapat dijumpai tulang tipis yang berlipat-lipat dinamakan tulang turbinal. Dimulai dari rima glotis, larynx, trachea, annulus trachealis (trachea yang tersusun dari cincin tulang rawan), broncus, bronciolus, bifurcatio trachea (percabangan trachea) dan sepasang pulmo atau paru-paru.

Kadal berdarah sejuk (itu sebabnya kadal kerap berjemur) dan mempunyai sisik-sisik yang beraneka bentuknya yang terbentuk dari zat tanduk. Terdiri tak kurang dari 40 spesis, kadal memiliki banyak variasi warna, bentuk dan ukuran yang sangat beragam. Sebahagian jenis kadal mempunyai sisik-sisik yang halus berkilau, sangat licin atau seperti berminyak, walaupun jika diteliti sebenarnya sisik-sisik itu amat kering karena kadal tidak memiliki pori di kulitnya untuk mengeluarkan keringat atau minyak. Kebanyakan kadal bertelur (ovipar), meskipun ada pula yang melahirkan anak (vivipar). Juga, umumnya kadal dapat menumbuhkan kembali ekor atau bahkan tungkai yang terputus. Beberapa spesies kadal tak berkaki, seperti ular kaca misalnya, memiliki struktur gelangan bahu dan panggul dalam tubuhnya, meski tak ada tungkainya. Meski bentuknya mirip, kadal-kadal ini boleh dibezakan dari ular sejati kerana memiliki pelupuk mata yang dapat digerakkan, lubang telinga luar, dan dapat memutuskan ekornya dalam keadaan ia bahaya yang juga merupakan ciri-ciri yang tidak dimiliki oleh ular.

Kajian juga menunjukkan banyak jenis kadal yang merupakan pemanjat pokok yang cekap atau pelari cepat. Diantaranya dapat berlari di atas dua kaki dengan amat cepatnya, seperti halnya kadal tercepat di dunia iaitu Iguana berekor duri dari kumpulan Ctenosaura. Jenis kadal tertentu seperti bunglon mampu berganti warna kulitnya sesuai keadaan keliling seperti hijau dun dan coklat tanah. Kadal dapat berenang dengan baik dimana ada beberapa jenisnya seperti biawak mampu menyesesuaiakan dengan keadaan air. Kebanyakan kadal tinggal di atas tanah (terestrial), sementara sebagiannya hidup menyusup di dalam tanah gembur atau pasir (fossorial). Sebagian lagi berkeliaran di atas atau di batang pohon (arboreal). Kadal adalah haiwan Pemangsa dimana kebanyakan kadal aktif menjelajahi kawasan teritorinya untuk memburu mangsa. Walaupun kebanyakan jenisnya adalah binatang pemangsa (predator), namun sesungguhnya makanan kadal sangat bervariasi. Mulai dari buah-buahan , serangga, amfibia, reptilia yang lain, mamalia kecil, bangkai, bahkan kadal besar semacam biawak Komodo juga dapat memburu mamalia besar, hingga sebesar rusa atau babi hutan. Kadal-kadal bertubuh kecil memakan aneka serangga seperti nyamuk, lalat, ngengat dan kupu-kupu, berbagai jenis serangga, cacing tanah, sampai katak dan haiwan reptilia yang lain yang berukuran lebih kecil. Jenis Kadal Kebun (Mabuya multifasciata) kadang-kadang memakan haiwan lebih besar seperti Katak Tegalan (Fejervarya limnocharis), bahkan suka memanjat tembok yang kasar untuk haiwan ini menangkap cicak kayu (Hemidactylus frenatus) yang diburu sebagai makanannya.

Hingga kini terdapat dua jenis kadal yang gigitannya terbukti berbisa iaitu jenis Kadal Raksasa Gila dan kadal manik-manik dari Mexico. Kedua jenis kadal yang berkerabat ini selalunya akan hidup di baratdaya USA dan Mexico Utara. Meski ada banyak mitos dan legenda yang tersebar berkaitan kedua makhluk tersebut dimana terdapat fakta bahwa gigitan mereka boleh menyebabkan luka yang serius. Namun sejauh ini tidak ada catatan mengenai kematian yang terjadi pada manusia akibat gigitannya. Penelitian saintis di Australia pula mendapati terdapat kaitan dimana adanya kemungkinan beberapa jenis kadal kerabat Iguana dengan biawak memiliki kelenjar khas beracun dan berbisa juga. Bisa ini dipercayai saintis dimana tidak atau hanya sedikit sahaja yang boleh membahayakan manusia sehingga mampu mencederakan. Ini kerana bahwa bisa dari kadal ini dikeluarkan tersebut sedikit demi sedikit melalui proses mengunyah mangsanya. Selalunya ia dikeluarkan bukan disuntikkan sekaligus dalam jumlah besar sebagaimana pada gigitan oleh jenis haiwan seperti ular yang berbisa. Di Malaysia dan dikampong penulis, haiwan kadal ini lebih di geruni semua orang kerana rasa 'geli' terhadap haiwan ini bukan takut kepada bisanya. Penulis semasa menoreh getah dahulu sering terkejut apabila terjumpa kadal yang berada dibawah pokok getah sewaktu ingin menoreh getah.


Kebanyakan kadal tidak berbahaya bagi manusia sepertimana fakta diatas. Kesan dari gigitannya jika berlaku pun kepada manusia jarang-jarang yang sampai dapat mengalirkan darah dari luka kecil yang mungkin hasil gigitan ditimbulkannya. Hanya jenis kadal yang luar biasa besar seperti biawak Komodo mungkin yang didapati mempunyai keupayaan untuk membunuh manusia dan haiwan ternakan. Jenis reptelia raksasa Gila dan kadal manik-manik Mexico yang berbisa tidak selalu mematikan, meski luka yang diakibatkan oleh gigitannya dapat sangat menyakitkan. Umumnya kadal atau mengkarong adala jenis haiwan kecil yang dikatakan berguna bagi manusia kerana secara semulajadinya dalam habitat asal ia akan dapat emembantu untuk mengendalikan aneka jenis serangga kecil yang merosakkan tanaman. banyak jenis haiwan reptilia ini tidak mengganggu manusia sebaliknya ia bernilai tinggi sebagai haiwan peliharaan (pet) dan ia menghasilkan kulit untuk aneka bentuk kraftangan dan ada pula yang sesuian dimakan. Kadal juga penting dalam sebahagian budaya dan mitologi suku-suku tradisional seperti apa yang dilaporkan dinegara Australia dan Peru. Haiwan reptilian ini juga tidak menghairankan jika ia kerap diternak dan digunakan didalam simbol-simbol kesenian tradisional itu. Sebahagian manusia dibeberapa negara pula yakin bahawa daging reptilia seperti kadal ini sesuai dipergunakan sebagai sejenis ubat sakit kulit dan lain-lainnya. Kadal atau biasanya kadal kebun, tokek, atau cicak akan ditangkap atau dikail dengan kaedah mudah iaitu nereka mengunakan umpan pepatung (capung) atau kupu-kupu yang disambung dengan tali tangsi kuat. Setelah reptelia ini dibersihkan maka daging kadal terebut sesuai dibakar atau digoreng dan dijadikan lauk makan. Daripada beberapa pembacaan dilaporkan ada bangsa Arab Badawi yang suka mengambil atau makan reptelia semacam biawak herbivora iaitu DHAP. Reptelia cicak dhab yang banyak didapati dipadang pasir ini dikomersilkan diseluruh dunia sebagai bahan tujuan untuk perubatan. Haiwan ini umumnya adalah dimana dagingnya dan dianggap sebagai salah satu alternatif sumber protein dan mereka boleh menunjukkan cara untuk menyembelihnya kemudian kulitnya yang sangat keras sering digunakan oleh mereka pula direndam dalam minyak dan bahan lain untuk dijadikan ubat sapuan. Terdapat beberapa syarikat di Malaysia yang menjadikan biawak atau cicak dhab ini sebagai sumber perniagaan. Anda boleh membeli pelbagai produk dari reptilia dhab ini yang dipamerkan semasa promosi dijalankan. Semuga artikel mengenai kadal dan reptilia ini mampu memberi info berguna kepada pembaca anim agro semua. Wallahualam!...
NAMANYA KADAL... BANYAK JENISNYA....
MAKAN SERANGGA...DOKTOR BERGUNA....
SUKAR DITANGKAP... LAJU LARIANNYA...
DIMAKAN MANUSIA... ADA PEMINATNYA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Tehel, Jasin,
Melaka, 
Malaysia.
(16 September 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...