Support My Blog

Sunday, February 5, 2017

NENAS GANDOL (AC3) - CIRINYA

NENAS GANDOL (Ananas commosus) merupakan satu varieti nenas yand telah didaftarkan dengan nombor rujukkan pendaftaran AC3 di Malaysia. Nenas merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia semenjak lama dahulu. Terdapat 9 varieti nenas yang telah didaftarkan di Malaysia melalui Jabatan Pertanian untuk dikenali oleh pengusaha nenas dan pembaca blog Anim Agro Technology kali ini. Varieti tersebut adalah Nenas Moris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7), Nenas N36 (AC8) dan Nenas MD2 (AC9). Nenas Gandul ini merupakan nenas yang diminati petani untuk ditanam kerana ia adalah sesuai utuk dimakan segar dan juga di tinkan. Negeri Johor merupakan paling luas menanam nenas dengan varieti ini tetapi ia kini telah berkembang kebeberapa negeri lain seperti Pahang, Selangor dan Kedah. Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2012 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat varieti nenas GANDUL (AC3) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.


Nenas Gandul merupakan varieti nenas dari kumpulan Spanish yang mempunyai buah dengan berat sekitar 1.0 - 1.5 kg sebiji. Buahnya berbentuk selinder dengan mempunyai warna kulit yang Ungu Gelap (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai mata sebanyak 120 - 160 dengan kedudukan matanya adalah TIMBUL. Mempunyai warna isi yang kuning keemasa varieti gandul mempunyai lebar empulur diantara 1.8 - 2.2 cm. Dinilai dari rasa kemanisan ia mengandungi kemanisan dengan ukuran 8 - 12 Brixs iaitu nilai yang agak rendah berbanding dengan beberapa varieti popular yang lain. Penulis semasa membuat ujian penilaian rasa nenas ini mendapati kandungan asid citrik adalah sekitar 0.15 -0.25% dan ia amat sesuai untuk diproses. Jika dimakan segar ia dikategorikan masam dan kurang manis. Warna permukaan atas braktea nenas Gamdul adalah merah jambu gelap.


Nenas ganduk dari segi marfologi daunnya adalah berwarna hijau pada permukaan atas laidaun tetapi dimargin lazimnya adalah bercampur dengan warna kemerahan. Terdapat kehadiran anthocyanin yang ketara pada permukaan atas daun nenas gandul dengan kadar keamatan (intensity) yang sederhana. Sebaran anthocyanin ini adalah secara memanjang dari bahagian terngah daun keatas. Nenas gandul mempunyai daun yang berduri dengan sebaran duri ini berada pada apeks (Sila lihat foto disebelah). Susunan duri pada margin adalah tidak teratur dengan warna durinya adalah MERAH iaitu menyamai dengan warna daun. Duri yang ada bersaiz kecil sahaja. Warna permukaan atas braktea ventral adalah Merah yang ketara. Ciri tabiat pertumbuhan pokok nenas varieti gandul adalah menegak dengan penghasilan buahnya pada kedudukkan buah terlinding (Sila lihat foto paling bawah). Nenas gandul yang sering diproses atau dikalengkan sering ditanam oleh ladang swasta dengan jumlah keluasan yang tinggi. Tinjauan penulis mendapati nenas ini luas ditanam di Johor. Semuga artikel ini memberi info berguna dalam anim agro untuk rujukkan anda. Wasallam!!!.


NENAS GANDUL... DIPROSES BUAHNYA...
NENAS AGAK MASAM... MUDAH DIJAGA...
KANDUNGAN ANTOCYANIN...TINGGINYA....
INGIN MENANAM... CARILAH BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Sg Sarang Buaya,
Muar, Johor, 
Malaysia.
(23 Rabiulakhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...