POKOK MELAKA (Phyllanthus emblica) merupakan sejenis tumbuhan yang menjadi sejarah kepada pengujudan Negeri Melaka oleh Parameswara. Pokok ini menurut sejarah banyak tumbuh di kawasan sungai Lereh di Melaka dimana ia banyak didapati di India yang juga dikenali dengan nama 'amalaka',' Anola' dan 'amla' sahaja. Pokok Melaka yang saya kenal ini dipercayai berasal dari Asia Tropika dan pada masa ini ditanam atau tumbuh liar di Malaysia terutama di negeri Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Sebagai mengingati sejarah ini, beberapa batang pokok melaka ditanam di beberapa tempat di bandar Melaka termasuk dikawasan pelancongan Bandar Hilir (mungkin ramai tidak menyedari perkara ini). Buah ini dikenal sebagai ‘Aonla’ di kalangan orang India. Ada yang suka dan minat makan buah melaka yang masak. Saya dapati tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan dan lokasi penanaman pokok Melaka di negara kita kecuali pokok ini dipromosikan sebagai tanaman landskap di Melaka dan beberapa negeri lain. Artikel petang ini sambil berehat selepas melawat Bandar Hilir petang Ahad tadi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok Melaka untuk bacaan dan rujukkan anda.
Apa yang saya perhatikan, Pokok Melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana dimana ia tumbuh menegak keatas serta banyak cabang. Lazimnya ia mencapai ketinggian antara 6 - 15 meter dan untuk tanaman landskap ia perlu dicantas agar kanopi dan pembentukkan pokok kelihatan menarik. Kebanyakannya ipokok ini mempunyai batang yang bengkok serta taburan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daun pokok ini adalah jenis daun mudah dalam tangkai daun berbentuk 'oblong' dengan susunan bertentangan pada tangkai panjang. Warna daun dibahagian pucuk adalah hijau muda dan daun yang telah tua berwarna hijau gelap. Tangkai daun ini lazimnya pendek dan bersusun didahan dengan susunan tangkai 'alternate'. Daun Pokok Melaka akan gugur pada musim tertentu dan ini memerlukan pembersihan jika pokok tersebut terlalu besar. Belum ada maklumat mengenai penggunaan daun tumbuhan ini untuk makanan ternakan atau dijadikan sayuran.
Bunga Pokok Melaka terdapat dalam jambak bunga yang panjang dan bunganya adalah bersaiz kecil (Lihat foto sebelah). Bentuk bunganya sangat kecil dengan saiz kelopak halus dan panjangnya 0.2 cm berwarna putih dengan kehijauan. Penelitian menunjukkan lazimnya ada enam sepal yang berbentuk ovate-lonjong. Bilangan anter biasanya ada tiga yang berada di dalam cecincin di atas satu barisan. Bentuk ovari adalah sub-globos dan mempunyai enam jejari stigma yang melengkung ke bawah. Bunga ini dihasilkan sepanjang tahun tetapi ia mempunyai waktu tertentu dimana ia keluar dengan jumlah yang banyak. Bunga pokok ini jika keluar dengan banyak akan menghasilkan buah melaka yang banyak jika pokok dalam keadaan subur dan tiada bencana alam seperti tiupan angin kencang atau ribut.
Melihat kepada foto diatas, saya rasa ramai tidak akan keliru lagi mengenai 'BUAH MELAKA' selepas ini. Sebelah kiri adalah buah melaka sebenar dari Pokok Melaka yang merupakan buah dari tumbuh-tumbuhan. Buah ini jika dimakan segar adalah sangat pahit dan masam yang ramai tidak suka makan mentah. Sebelah kanan pula adalah 'KUEH BUAH MELAKA' atau di kampong saya lebih terkenal dengan nama 'KELEPON' yang dibuat daripada tepong beras dengan pandan dan intinya adalah gula merah direbus sehingga masak dan kental. Ia diselaputi dengan kelapa parut dan berhati-hati ketika makan buah ini kerana isinya yang cair akan memancut keluar atau melelah ketika digigit. Saya amat suka makan kueh buah melaka yang dijual diPasar Malam Bukit Baru, Melaka dengan harga 8-10 biji satu ringgit. Wasallam!
POKOK MELAKA... HIJAU DAUNNYA...
DIDEPAN RUMAH...ADA POKOKNYA...
POKOK SUBUR...BANYAK BUAHNYA...
BUAT LANSKAP...ADUH CANTIKNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(21 Rejab 1434 Hijrah)

Buah melaka berukuran 2 - 3 cm panjang dan hampir tidak bertangkai. Bentuknya seperti buah 'cherry' iaitu hampir bulat, agak dempak (masuk kedalam) di hujung dan pangkalnya (Lihat foto sebelah). Terdapat enam garis lurus yang berwarna pucat yang memanjang seolah-olah membahagi buah kepada enam bahagian yang jelas. Namun demikian, bahagian ini saya dapati memang tidak boleh dipisahkan dan garisnya juga nampak tidak terbelah. Permukaan kulit buahnya keras dan berkilat. Kulit buah berwarna hijau muda, berkilat dan agak lutsinar. Biji Buah Melaka mempunyai bentuk batu 'hexagon' dimana dilihat ada bentuk seginya yang agak menonjol. Bijinya berada dalam buah dengan berukuran 1.5 - 2.0 cm dan memang agak keras. Terdapat enam bijibenih dalam isi biji ini yang mana ia tertanam kuat. Buah Melaka mempunyai rasa yang sangat pahit dan masam dimana kurang sesuai dimakan segar. Bagaimana pun ramai yang ambil buah Melaka untuk dijeruk dulu sebelum dimakan. Buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak dahulu kecuali mereka yang 'extreme' iaitu berani makan bersama cecah dengan garam.
Melihat kepada foto diatas, saya rasa ramai tidak akan keliru lagi mengenai 'BUAH MELAKA' selepas ini. Sebelah kiri adalah buah melaka sebenar dari Pokok Melaka yang merupakan buah dari tumbuh-tumbuhan. Buah ini jika dimakan segar adalah sangat pahit dan masam yang ramai tidak suka makan mentah. Sebelah kanan pula adalah 'KUEH BUAH MELAKA' atau di kampong saya lebih terkenal dengan nama 'KELEPON' yang dibuat daripada tepong beras dengan pandan dan intinya adalah gula merah direbus sehingga masak dan kental. Ia diselaputi dengan kelapa parut dan berhati-hati ketika makan buah ini kerana isinya yang cair akan memancut keluar atau melelah ketika digigit. Saya amat suka makan kueh buah melaka yang dijual diPasar Malam Bukit Baru, Melaka dengan harga 8-10 biji satu ringgit. Wasallam!
POKOK MELAKA... HIJAU DAUNNYA...
DIDEPAN RUMAH...ADA POKOKNYA...
POKOK SUBUR...BANYAK BUAHNYA...
BUAT LANSKAP...ADUH CANTIKNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(21 Rejab 1434 Hijrah)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.