Support My Blog

Sunday, March 3, 2013

BORDEUX MIXTURE

CAMPURAN LARUTAN BORDEUX (Bordeux mixture) merupakan satu campuran diantara Kuprum Sulfat (CuSO4) dengan sejenis bahan kapor (slaked lime) yang digunakan sebagai racun kulat. Bahan ini mula digunakan secara meluas di dalam mengawal serangan kulat pada batang tanaman anggur (Vitis vinifera) di Eropah. Serangan terhadap pokok anggur ini juga berkait dengan serangan Penyakit Great French Wine Blight terutama di kawasan bandar Bordeaux, Perancis. Rujukkan yang saya buat daripada lamanweb wikepedia menyatakan, bahawa seorang saintis di Universiti Bordeaux iaitu Prof. Pierre-Marie-Alexis-Milatdret  telah menemui bahan campuran kuprum sulfat yang diuji pada pokok anggur. Kesannya pokok anggur yang dirawat dengan larutan ini mampu menunjukkan simptom tidak diserang dengan Kulapok Berdebu (Downy Mildew) dan penyakit lain disebabkan oleh kulat (Fungi). Hasil daripada temuan ini telah pun di terbitkan pada tahun 1885 dan sehingga kini ia masih lagi dinamakan larutan 'Bordeaux mixture' yang popular dikalangan penanam nenas di Malaysia. Artikel pagi Ahad ini saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai campuran cecair iaitu 'Bordeaux mixture' yang perlu diketahui oleh pegawai pengembangan dan juga petani terutama penanam nenas di Malaysia sebagai rujukkan.


Bahan Kuprum sulfat
Bordeaux mixture adalah cecair yang amat berkesan untuk mengawal serangan beberapa penyakit yang berpunca dari kulat dan bakteria pada tanaman buah-buahan, pokok kecil dan juga pokok ornamental (Pokok hiasan). Bahan ini adalah merupakan kaedah paling lama (old fashsioed) yang di praktikan semenjak beratus tahun dahulu sehingga kini. Campuran antara bahan Kuprum Sulfat (Lihat foto) dengan Kapor ini adalah mesra alam sehingga sesuai untuk ditakrifkan sebagai penghasilan untuk prouk organik. Sebenarnya banyak formula dan juga formulasi untuk penghasilan Bordeaux mixture bergantung kepada jenis penyakit dan perosak serta tanaman yang hendak dibuat rawatan. Di negara Eropah sebagai contoh, formula 8-8-100 sesuai untuk mengawal penyakit karah Corneum pada buah peach. Formula 12-12-100 pula dibuat untuk kawaalan penyakit mati pucuk pada tanaman Cheri. Di Malaysia campuran khas (Rujuk para akhir artikel ini) dibuat untuk kawalan masaalah pada tanaman nenas (Ananas cosmosus). Kuprum sulfat adalah dalam bentuk butiran yang lazimnya berwarna biru dan mudah dikenali oleh mereka yang sering buat cecair larutan Bordeaux sendiri.


Bahan Kuprum sulfat (Berwarna biru) dakan dicampurkan dengan bahan kapor (Hydrated lime) dan juga air bersih. Jika formulasi digunakan ialah 12-12-100 bermakna kadar digunakan adalah 12 bahagian Kuprum sulfat, 12 bahagian kapor dan 100 bahagian air. Sebaiknya menggunakan bahan Kuprum sulfat didalam bentuk serbuk atau debu kerana ia mudah dan cepat larut didalam air. Pastikan bahan kuprum sulfat dibeli daripada pembekal yang berdaftar atau boleh dipercayai. Lebihan yang tidak digunakan perlu disimpat ditempat yang kering dan diikar dengan kuat. Bahan kapor yang dibeli mesti dari jenis Kapor Terhidrat berkualiti (Calcium hydroxide). Sebaiknya ia adalah stok kapor yang baru dan masih elok. Kadang-kadang ada petani yang menggunakan kapor dari jenis pelbagai jenama termasuk jenis yang dicampor antara Ca(OH2) dengan Mangnesium oxide atau Mg(OH2). Larutan bordeaux ini boleh disimpan sebelum disembur kepada tanaman yang diserang penyakit.


Bagi tanaman nenas di Malaysia, Jabatan Pertanian dan LPNM memberikan formula khusus bagi penyediaan larutan ini. Larutan ini disediakan untuk mengawal serangan kulat pada pokok nenas. Larutan Bordeaux Mixture untuk tanaman nenas ini disediakan dengan mencampurkan Kapur terhiderat sebanyak 640 gram dengan Ferrus Sulfat (21 gram), Zink Sulfat (42 gram), Kuprum Sulfat (42 gram) dalam 18 liter air bersih. Kadar semburan yang disyorkan mengikut Manual Tanaman Nenas oleh Jabatan Pertanian (2006) adalah sebanyak 50 ml sepokok (sehingga semua atau keseluruhan bahagian pokok sehingga basah). Semburan ini juga sebagai langkah mengawal penyekit berasaskan kulat pada tanaman neneas seperti Penyekit Mata Dalam yang disebabkan oleh kulat jenis Penicillium funiculosum yang sering menyerang pada peringkat pembentukkan bunga (4-5 minggu selepas aruhan). Kulat ini menyebabkan tisu dinding ovari menjadi keras berwarna coklat dan bergabus. Kadang kala ia mrerebak sehingga ke empulur nenas. Larutan Bordeaux Mixture perlu disembur pada pokok nenas yang mempunyai tanda kekurangan zat kuprum. Diharap artikel ini dapat memberikan maklumat tambahan dan berguna kepada pembaca semua. Wasallam! 

BORDEAUX MIXTURE... PELIK BUNYINYA...
TAHUN 1885... TEKNOLOGI DITEMUINYA...
MENGAWAL KULAT... SIHAT POKOKNYA...
PENANAM NENAS..BANYAK GUNANYA...

By,
M Anem
Bukit Gambang Resort,
Kuantan, 
Pahang,
Malaysia
(6 Rabiulawal 1434H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...