BLUEBERRY atau BUAH BERRI (Vaccinum corymbosum) adalah sejenis buah dari keluarga Ericaceae yang mana ramai orang Malaysia kurang kenal pokoknya. Kita kenal produk blueberry dalam bentuk jem, pie, muffin, jelly, puree dan beberapa produk makanan kesihatan yang harganya pun agak mahal kerana ia adalah produk siap proses yang diimpot. Penanaman pokok ini di negara kita amat kurang popular dimana tidak ada rekod rasmi oleh Jabatan Pertanian akan keluasan penanaman pokok blueberry dinegara kita. Ini kerana ia tanaman sesuai dikawasan subtropika dan temperate. Pokoknya adah jenis parenial berkayu dengan ketinggian antara 1-4 meter dan kelebaran kanopi sehingga 2 meter. Pokok ini menghasilkan bunga HERMAPRODITE dimana proses pendebungaan bersendiri tetapi untuk menghasilkan buah yang banyak, disyorkan agar berlaku pendebungaan bersilang (cross pollination). Artikel malam ini saya tulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman blueberry hasil pembacaan dan pemerhatian dibuat untuk bacaan dan rujukan anda semua.
Pokok blueberry atau singkatnya 'berri' boleh tumbuh sebenarnya didalam pelbagi keadaan iklim. Tanah gembur dengan saliran baik perlu untuk pokok berri kerana akarnya tidak tahan lembab dan basah. Sesuai ditanam dikawasan tanah yang banyak bahan baja organik. Pokok berri tidak tahan kemarau atau pun keadaan mudah banjir dan mudah rosak. Keadaan cahaya matahari yang banyak diperlukan. Kulat akan mudah menyerang jika keadaan persekitaran adalah lembab dan panas. Tanah yang rata, saliran sempurna dan struktur pelindung SPH disyorkan untuk penanaman pokok berri. Keadaan tanah dengan pH antara pH 4.0 - 5.0 sesuai dimana ada banyak tanah gambut. Tanah jenis berpasir dengan kelembapan mencukupi juga boleh ditanam beri asalkan sentiasa ditambah dengan baja organan. Akar pokok berri tidak mampu menjalar dikawasan tanah padat (compact soils). Pembajaan adalah penting untuk pokok berri. Baja NPK dan baja organan perlu diberi mengikut jadual pembajaan.
Bahan tanaman yang sesuai digunakan adalah melalui keratan dahan yang diambil musim sejuk. Keratan batang disemai dalam nurseri tanah pasir atau polibeg sehingga berumur 1 - 2 tahun. Anakbenih berumur 2 tahun disyorkan untuk ditanam (Lihat foto sebelah). Jarak tanaman adalah 2.5 - 3.0 meter antara barisan dan 1.0 - 1.2 meter antara pokok. Cantasan pembentukan perlu dibuat daripada peringkat awal penanaman untuk mendapatkan bentuk pokok yang seimbang dan kanopi yang sesuai. Akar pokok blueberi adalah jenis cetek dan pengemburan tanah tidak digalakan. Sebaliknya kawalan rumpai dengan racun rumpai boleh diamalkan. Tambahan sungkupan seperti habuk papan atau kulit kayu baik untuk pokok beri.
Pokok beri mula mengeluarkan hasil selepas 3 tahun ditanam dengan penjagaan yang sempurna. Buah yang masak akan menjadi warna biru kuat (lihat foto sebelah) dan dipetik menggunakan tangan. Pilih buah yang cukup ranum dipokok dan dipetik sebelum dikumpulkan untuk digredkan. Penggunaan jentera untuk menuai buah beri ada digunakan di USA untuk buah beri yang akan diproses. Pokok berumur 6 - 7 tahun mampu memberikan hasil paling optimum. Jangkaan penuaian hasil bergantung kepada pengurusan dimana pada tahun ketiga sebanyak 250 kg/ha boleh dicapai. Hasil akan meningkat kepada 1.5 mt/ha tahun ke 3, sebanyak 3.0 mt/ha pada tahun ke 5 dan sebanyak 6.0 mt/ha pada tahun ke 6. Kajian dibeberapa negara mendapati jangkahayat pokok blueberry adalah sehingga 20 - 30 tahun lamanya dengan pengurusan yang baik. Penyimpanan buah beri dalam suhu sejuk 1-2 celsius tahan sehingga 10 - 14 hari. Kita jarang dapat buah beri segar dipasaran negara kita.. nampaknya kena pergi ladang blueberry lepas ini. Wasallam!
BUAH BLUEBERRY... WARNA BIRU ....
DI BUAT JEM... PIE, MUFFIN TAHU...
POKOK MENEGAK... BUAH BERIBU..
BELI SAHAJA... PRODUK DI SITU...
By,
M Anem
Hotel Selesa,
Seremban 2,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(16 Safar 1434H)

Roti dengan jem blueberry. |
BUAH BLUEBERRY... WARNA BIRU ....
DI BUAT JEM... PIE, MUFFIN TAHU...
POKOK MENEGAK... BUAH BERIBU..
BELI SAHAJA... PRODUK DI SITU...
By,
M Anem
Hotel Selesa,
Seremban 2,
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(16 Safar 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.