Support My Blog

Saturday, November 10, 2012

MAMAN - APA DIA?

MAMAN (Cleome gyanandra) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Cleomaceae yang tumbuh liar di negara kita dan ianya sering digunakan sebagai sumber untuk sayuran. Maman sebenarnya tumbuh dibanyak kawasan tropika didunia yang mempunyai habitat yang sama dan terdapat di Asia (terutama Asia Tenggra) , Benua Afrika (Utara, Barat, Tengah dan Afrika Timur) , Timur Tengah (Oman dan Yamen) , juga di Australiasia/Fiji dan Afghanistan. Banyak spesis maman yang natif kepada negara tersebut bergantung kepada habitat semulajadinya. Kita di Malaysia telah mengenali maman sebagai sejenis sayuran yang dimakan semenjak turun temurun dahulu. Saya pun kenal akan tumbuhan maman ini kerana banyak tumbuh dikeliling kawasan rumah, diatas tanah gambut dan ditepi jalan. Kini maman telah dikomersilkan sebagai sejenis tanaman sayuran di negara kita dengan keluasan penanaman seluas 35 hektar dan menghasilkan 121 metrik tan maman segar pada 2010. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis mengenai apa dia maman dalam 'Anim Agro Technology' untuk dikongsi bersama pembaca semua.


Maman adalah sejenis tumbuhan renek yang banyak di tanam secara serius di kawasan rendah terutama di Negeri Sembilan. Laporan statisatik Jabatan Pertanian 2010 yang saya rujuk melaporkan, seluas 24 hektar maman di tanam di Negeri Sembilan, 5.4 hektar diKelantan, 4.7 hektar di Pahang. 1.0 hektar di selangor dan 0.16 hektar di Perak. Saya juga ada pernah mendengar kisah yang Bandar Kemaman di Terengganu asalsusl namanya diasaskan oleh nama tumbuhan ini. Dipercayai yang maman banyak tumbuh liar dahulu dan orang luar bertanya " Kamu hendak kemana?".. Jawab orang kampung  "Saya hendak Ke Maman", maka jadilah nama bandar tersebut sebagai nama Pekan Kemaman. Tetapi orang Terengganu akan sebut sebagai ...Kemamang. Kajian saya mendapati banyak spesis maman yang ada di Malaysia  diantaranya Maman Berbunga Kuning dan Maman Bunga Ungu walau pun dari segi marfologinya hampir sama. Ada juga orang lebih kenal akan Maman Pasir dan Maman Hantu. Kedua jenis ini kurang mana ianya agak kurang dipedulikan kerana tidak dijadikan sayuran.


Maman merupakan tumbuhan renek yang mampu tumbuh setinggi sehingga 1 meter jika tidak dipotong. Batangnya yang tumbuh menegak dengan mempunyai ranting serta daun agak berbulu atau saya kata macam mempunyai rerambut halus. Apa yang saya suka melihat ialah bentuk daunnya yang mempunyai 5 helai daun dalam satu tangkai berwarna hijau. Pucuk maman ini mempunyai daun yang lembut dan ianya sering digunakan sebagai sayuran yang diambil pada pokok yang sesuai. Pokok dewasa akan mengeluarkan bunga apabila cukup umur (bergantung kepada spesis sama ada ianya berwarna putih keunguan atau putih kekuningan). Apabila cukup matang pokok maman akan menghasilkan sarung benih (pod atau kapsul) berukuran 2 - 10 cm panjang yang mengandungi biji benih berwarna coklat kehitaman dan akan pecah untuk pembiakan seterusnya.


Maman merupakan sejenis sayuran yang memang ada rasa PAHIT dan ini ada orang kata boleh dijadikan sayuran. Orang kata yang pahit itu UBAT dan ini menjadikan sayur maman perlu dimasak dahulu untuk dimakan. Ia perlu dicelur dahulu sebelum dimasak sebagai sayur masak lemak (Foto sebelah) atau dicampur dengan bahan seperti dengan Ikan Bilis, Daging atau pun ada juga yang buat sebagai Rendang Maman. Kalau saya di Muar dulu masak sayur maman dengan menumis sahaja bersama cili api, santan kelapa, ikan bilis dan ramuan lain yang dimakan dengan nasi masih panas. Khasiat maman banyak terdapat daripada bahagian pucuk, daun , biji dan bahagian akarnya. Beberapa rujukkan mendakwa yang akar maman yang direbus baik untuk kulit yang kekurangan Vitamin C. Biji maman yang ditumbuk halus, kemudian direbus dan diminum dengan air sangat sesuai untuk mengeluarkan 'Angin' dari dalam perut. Ini memang kena cuba kerana ianya sangat berkesan. Banyak kajian berkaitan tumbuhan ini yang perlu dibuat.  

BERSAMBUNG...
Teknologi Menanam Maman (Klik disini)

NAMANYA MAMAN.... SENANG TUMBUHNYA....
DINEGERI SEMBILAN... BANYAK DITANAMNYA...
DI MASAK SAYUR.. SAYUR LEMAK UTAMANYA...
TANAM SENDIRI... KELILING RUMAH MUDAHNYA...

By,
M Anem
Kuala Pilah, 
Negeri Sembilan,
Malaysia.
(110.11.12 atau 25 Zulhijjah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...