Rumput Menerong (Cyperus spp L) adalah sejenis tumbuhan rumpai dari keluarga Cyperaceae yang sering terdapat di tanah lembab dan berpaya di kawasan tropika seperti di Malaysia dan Asia Tenggara. Menerung dikategorikan sebagai rumpai kerana tumbuhan ini menjadi halangan kepada aktiviti pertanian dalam keebun petani. Tumbuhan ini mudah ditemui dalam sawah padi, tali air, paya dan tasik. Saya mengenali menerong semenjak kecil lagi kerana banyak tumbuh di tepi parit depan rumah di Grisek, Muar, Johor. Kadang-kadang kaki jadi luka atau gatal apabila terkena daun menerong (dulu masa kecil pakai seluar pendek). Paling sukar bila menerung tumbuh dalam kebun getah dikawasan berpaya dan dengan kadar pertumbuhan agak cepatterutama musim hujan. Artikel ini say aberkongsi maklmat mengenai rumpai menerong untuk bacaan bersama.
Menerong tumbuh menegak secara berumpun dengan batang terbentuk daripada pangkal rumpun. Batangnya berwarna hijau dan lembut. Daun menerong terdapat bermacam bentuk samaada tirus, tiga segi atau leper berwarna hijau dan ada yang hijeu kemerahan. Bunga menerong berbentuk komposit yang dikeluarkan dari bahagian pucuk serta menghasilkan biji menerong. Akarnya jenis akar serabut lazimya berwarna coklat kehitaman atau kekuningan. Menerong dikawasan sawah merupakan masalah utama pesawah terutama dikawasan yang mempunyai kurang air atau tanah yang agak masam (asidik).
Semasa saya melawat negeri di sebelah utara Semenanjung, menerong juga dikenali dengan nama rumput tiga segi oleh orang utara. Nama ini diperolehi kerana kebanyakan batang famili menerong berbentuk tiga segi di bahagian batang. (MACAM JENIS RUSIGA) .Batang pokok menerong tumbuh menegak dengan ketinggian antara dua kaki sehingga ke empat kaki. Beberapa spises yang ditemui di Afrika dan India mempunyai ketinggian sehingga -melebihi lapan kaki. Daunnya berbentuk kipas bersusun di sekeliling batangnya yang kelihatan seperti rangka payung. Terdapat hampir sepuluh jenis rumput menerong di negara kita. Jumlah tumbuhan dalam keluarga ini di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 750 -800 jenis.
Kajian saya mendapati antara spesis menerong yang mudah ditemui di kawasan sawah di Malaysia ialah seperti Jenis Rumput Ganda (Cyperus aromaticus), Bilisjantan (Cyperus haspan), Para-para (Cyperus pilosus), Rumput Tiga Segi - Foto kanan (Cyperus odoratus) dan (Cyperaus platystylis). Terdapat juga beberapa spesis yang jarang-jarang ditemui di negara kita seperti spesis ‘broadleaf umbrella palm (Cyperus diffusus), ‘Umbrella palm’ (Cyperus alternifolius) dan ‘Egyptian paper plant’ (Cyperus papyrus). Spesis-spesis menerong ini tidak mempunyai nama tempatan kerana dipercayai berasal dari luar negara yang dibawa masuk untuk tujuan hiasan taman dan laman sejak dua-tiga puiuh tahun lampau. Kini spesis-spesis telah ditemui tumbuh meliar di kawasan paya, danau dan tali air.
Menerong adalah sejenis rumpai yang tidak memberi faedah kepada petani. Bagi arkitek landskap menerong digunakan untuk dijadikan tumbuhan landskap. Kalau tak percaya pergi ke Taman Saujana, Putrajaya dimana terdapat tumbuhan seakan menerong di tanam dilaluan utama tempat rekreasi. Menerong yang mempunyai warna daun coklat kemerahan di tanam di pintu masuk dekan pondok kawalan keselamatan. Jenis-jenis pokok yang digunakan bagi menghiasi taman air agak terbatas kepada jenis-jenis pokok yang boleh tumbuh dalam air seperti kiambang, teratai, lili dan termasuklah menerong. Penampilan menerong dalam taman air lebih menyerlah kerana bentuknya yang tinggi selalu menjadi tumpuan pandangan. Kewujudan menerong juga dapat mengimbangkan pandangan kerana kebanyakan jenis tumbuhan air yang lain biasanya berbentuk mendatar di permukaan air. Selain menjadi pokok hiasan taman air menerong juga boleh digunakan untuk menghias taman dalaman dan laman. Penggunaan dalam taman perlu diberi penjagaan rapi terutamanya kadar kelembapan tanah perlu sentiasa lembab.
Perlukah kita nak tahu cara menerong membiak ? Kalau pekerja landskap memeng perlu kerana cara pembiakan menerong adalah dengan cara yang paling mudah iaitu dengan menggunakan anak pokok yang terdapat pada perdu pokok menerong yang cukup matang. Kaedah ini lebih mudah dan mencapai pertumbuhan yang tinggi hampir 100 peratus tetapi bilangan anak pokok untuk dijadikan benih agak terbatas bilangannya. Penyediaan anak benih dalam jumlah yang besar agak mustahil dapat dihasilkan. Satu lagi kaedah yang biasa diamalkan ialah dengan cara menyemai keratan daun tua. Kaedah ini dapat menyediakan anak benih dengan jumlah yang besar. Semaian boleh juga menggunakan air sebagai media semaian. Keratan daun tua tadi direndam dalam air untuk beberapa hari
Lihat foto sebelah... Ini bukan buah salak tetapi biji menerong jenis Cyperus odoratus yang di perbesarkan. Apa yang saya perhatikan adalah dimana keratan daun menerong tua terlebih dahulu perlu dipotong helaian daunnya dan tinggalkan hanya 1 - 2 inci sebelum disemai atas media semaian. Bahan media semaian yang sesuai digunakan ialah pasirsungai atau sekam padi bakar. Buang beberapa helai daun yang telah dipotong supaya tunas-tunas muda di bawah ketiak daun nampak dengan jelas. Letakkan keratan daun tadi atas media semaian dengan bahagian batang menghala ke atas. Tutup bahagian daun dengan lapisan pasir yang nipis. Siram air secukupnya dan letakkan di bawah naungan. Kotak semaian ini perlu disiram dua kali sehari, iaitu di sebelah pagi dan petang. Pastikan media semaian sentiasa berada dalam keadaan lembab sepenuhnya. Dalam masa 4 - 5 hari tunas-tunas ketiak daun kelihatan cambah. Anak pokok yang baru cambah akan membesar dalam masa seminggu selepas disemai dengan ketinggian antara 2 - 3 inci. Pada peringkat ini anak benih bolehlah ditanam dalam pasu yang mengandungi tanah campuran pasuan 1:2:3 dengan bilangan sebanyak 3 - 4 anak bagi sebiji pasu
Kegunaan tumbuhan menerong selain dijadikan pokok hiasan taman air, pokok menerong juga dijadikan bahan hiasan jambangan dalam gubahan bunga. Bagi tujuan hiasan jambangan bunga, beberapa keratan batang menerong akan diatur dengan keratan-keratan bunga lain untuk mendapatkan bentuk gubahan tinggi dan menegak. Keratan batang menerong biasanya akan dipotong bahagian hujung helai daun untuk menampakkan keunikan sesebuah gubahan. Kajian lanjut mengkin boleh dijalankan untuk meneliti kandungan tumbuhan menerong untuk di ekstrak bagi ubat dan makanan kesihatan pada masa akan datang.
RUMPUT MENERONG...TUMBUHAN RUMPAI....
DALAM SAWAH PADI....DIA SAJA YANG SESUAI....
KALAU DI TEBAS....DI SEMBUR RACUN RUMPAI.....
TIDAK MUDAH MATI....PERLU DI SELESAI....
By
M Anem
MUAR

JOHOR
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.