Kelapa sawit (Elaeis guineensis) merupakan tumbuhan dari keluarga Palmae yang kini menjadi tanaman penting di Malaysia dan beberapa negera lain didunia. Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies iaitu jenis Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit dan juga Kelapa sawit Jenis Amerika (Elaeis oleifera) yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan dan kurang dikomersilkan. Penulis kali ini akan menulis menganai tanaman kelapa sawit berdasarkan maklumat dari pembacaan dan juga pengalaman dalam bidang pertanian selama hampir 30 tahun.
Keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia mencecah 1.52 juta hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak 18.9 juta metrik tan setahun. Pengeluaran minyak sawit meningkat dari cuma 431,069 metrik tan pada 1970 (Tempat ke empat) kepada sebanyak 17,734,441 metrik tan pada tahun 2009 iaitu merupakan komoditi terbanyak dihasilkan dari sektor pertanian. Nilai pengeluaran minyak sawit pada 2009 adalah sebanyak USD 5.36 juta. Tanaman kelapa sawit di Malaysia menggunakan benih tanaman TENERA iaitu kacukan antara Dura dan Pisifera yang berhasil tinggi setelah menjalani beberapa proses biakbaka. Penanaman kelapa sawit dijalankan oleh Estet Swasta (Guthrie Plantation, Kulim Berhad, Sime Darby, IOI, KL-Kepong, Pamol dan banyak lagi) dan juga organisasi kerajaan (FELDA, FELCRA, UPEN, Kerajaan Negeri dan sebagainya) serta pekebun-pekebun kecil. Pengurangan keluasan tanaman getah dan dusun mengurang setiap tahun dan ditukar kepada tanaman kelapa sawit.
Minat petani terhadap tanaman kelapa sawit di Malaysia disebabkan oleh banyak faktur. Faktur utama ialah Pulangan Hasil yang lumayan, Cepat dan lebih menguntungkan berbanding dengan tanaman lain serta pasaran hasil terjamin. Teknologi pengurusan tanaman sawit juga lengkap dari penyediaan kawasan sehingga penuaian dan pemprosesan. Kemudahan pasaran kelapa sawit juga tersedia dari peringkat pekebun kecil sehingga sistem perladangan. Kilang-kilang kelapa sawit terdapat di merata lokasi diseluroh negara yang bilangannya lebih dari 1,200 buah.
Pokok Kelapa Sawit yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.
Related articles:
1. Racun Tikus (KLIK DISINI)
2. Racun Rumpai (KLIK DISINI)
3. Racun Kulat (KLIK DISINI)
Kajian penulis melalui pembacaan menunjukkan bahawa sejarah penanaman kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada tahun 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera dan pada dekad 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada tahun 1911-1912. Kajian menunjukkan di Taman Botani Bogor terdapat pohon kelapa sawit yang tertua di Asia Tenggara yang berasal dari Afrika. Taman botani ini yang seluas 87 hektar dibina pada tahun 1817, dan merupakan usaha Prof. Dr. Reinwadt, ahli botani Belanda. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000 spesies.
Perladangan kelapa sawit (Elaeis guineensis) di Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan Dura x Pisifera (D x P). Pokok dari keluarga ARECACEAE ini adalah jenis kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran. Artikel ini saya membentangkan perkembangan industri kelapa sawit du Malaysia sehingga menjadi satu sumber ekonomi terpenting dalam sektor pertanian negara. Pengalaman berkerja selama 30 tahun dalam bidang pertanian digarap dalam penulisan ini dengan membuat banyak bacaan sebagai rujukkan.
Kelapa sawit dikelaskan termasuk tumbuhan pokok atai jenis yang ada pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang. Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.
Pelepah sawit merupakan bahagian yang penting dimana bilangan pelepah yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga hingga empat tahun dan kemudiannya menurun sehingga 18 hingga 25 pelepah. Pelepah sawit meliputi lai daun dengan setiap satunya mengandungi lamina, racis tengah, petiol dan kelopak pelepah. Setiap pelepah mempunyai lebih kurang 100 pasang lai daun. Lai daun berukuran 55 sentimeter hingga 65 sentimeter dan menguncup, dengan lebarnya antara 2.5 sentimeter hingga 4 sentimeter. Ada dua jenis bentuk kedudukan lai daun dalam Elaeis oleifera. Pelepah sawit tersusun dalam bentuk pusaran, dengan setiap lapan pelepah membentuk satu pusaran.Stomata atau rongga terbuka untuk menerima cahaya dalam proses fotosintesis wujud pada permukaan lai daun. Pelepah matang mempunyai duri, dan berukuran hingga 7.5 sentimeter, dengan petiol lebih kurang satu perempat daripada panjang pelepah.
Kajian penulis mendapati yang Kelapa Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan pisifera (tiada tempurung).Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur. Program pembiakan di Malaysia dan Indonesia sejak dekad 1920-an terhadap baka dari Deli untuk tujuan komersil telah menjadikannya seragam dan bermutu tinggi. Bahan ini kemudiannya dikenali sebagai dura Deli.
Pembiakan benih sawit dijalankan secara serious di Malaysia dan Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912 dan kemudian diambil oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai tahun 1969, Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979 dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000. Program pembiakbakaan sawit adalah berdasarkan kepada objektif-objektif seperti Meningkatkan hasil minyak, Meningkatkan kualiti minyak, Mengurangkan kadar ketinggian pokok dan Tahan kepada perosak dan penyakit.
Related Articles :-
1. Agro Makanan Malaysia 2011 (Klik disini)
2. Infrasstruktur Ladang (Klik disini)
3. Statistik Pertanian Malaysia (Klik di sini)
Induk untuk pengeluaran biji benih D x P dipilih berdasarkan hasil tandan dan komponen kualiti tandan dari pokok yang diketahui salasilahnya. Data ukuran vegetatif sering diambil kira ketika pemilihan. Rekod hasil dikumpul bagi tempoh tidak kurang empat tahun berturut-turut. Komponen kualiti tandan seperti peratusan perahan minyak dan hasil isirung ditentukan melalui kaedah 'analisis tandan', dengan 3 - 5 tandan dianalisis bagi setiap pokok. Semua data yang dikumpul berdasarkan pokok individu.Pemilihan Berulang Salingan (RRS) diamalkan untuk memilih induk, dengan dura dan pisifera dipilih secara berasingan, dan kemudian dikacukkan. Ujian progeni dijalankan untuk menilai keupayaan bergabung induk-induk berkenaan. Misalnya, pisifera AVROS bergabung baik dengan dura Deli untuk menghasilkan buah tandan segar (FFB) yang banyak dan perahan minyak yang tinggi .
Pengeluaran biji benih D x P berpandukan kepada Piawai Malaysia MS157:1997, iaitu Biji Benih Kelapa Sawit Untuk Penanaman Komersil. Hanya D x P bermutu dikeluarkan dan dipasarkan kepada pengguna. Kawalan mutu yang tinggi dipastikan agar tidak berlaku pencemaran ketika mengumpulkan debunga pisifera dan pendebungaannya terkawal pada induk penanti dura.Pada tahun 2003, dianggarkan 58 juta benih D x P dikeluarkan di Malaysia. Jumlah keluaran pada tahun tersebut meningkat selepas pengurangan permintaan antara tahun-tahun 2000 hingga 2002. Peningkatan ini disebabkan oleh aktiviti penanaman semula.
Potensi minyak sawit diketahui melalui program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat kali ganda, berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika.
Sungguhpun wujud progeni dan pokok individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun, namun masih wujud ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar setahun.Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera, terutama dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun hasil minyak telah dimajukan daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar setahun (D x P).
Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang perkembangannya demikian pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan juga tinggi. Secara umum, hasil dari industri kelapa sawit terdiri daripada tiga jenis, iaitu minyak cair, padat dan gas. Minyak kelapa sawit berasal dari unit proses pengukusan (pensterilan), proses pembersihan, dan buangan dari hidrosiklon.
Pada umumnya, minyak industri kelapa sawit mengandungi bahan organik yang tinggi sehingga berpotensi mencemari air tanah, dan sungai serta laut. Minyak likat kelapa sawit dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Likat yang berasal daripada proses pengolahan dan Limbah padat ini berupa Tandan Kosong Kelapa Sawit, cangkang atau tempurung, serabut atau serat, enap cemar atau lumpur, dan bungkil. TKKS dan lumpur yang tidak tertangani menyebabkan bau busuk, tempat bersarangnya serangga dan lalat dan berpotensi menghasilkan bahan larut lesap. Likat yang berasal daripada pengolahan minyak cair: Limbah padat ini berupa lumpur aktif yang terbawa oleh hasil pengolahan air limbah.
Kesimpulan daripada penelitian ini adalah sebagai (a)Ditinjau dari segi kematangan kompos (seperti nisbah C/N, profil suhu, penyusutan isi padu dan penampilan fizikal kompos), kecepatan proses pengkomposan TKKS dengan penambahan dan tanpa penambahan pengaktif (OrgaDec, Biostar dan EM4) adalah lebih kurang sama tempohnya, iaitu sekitar 13 minggu. (b) Keperluan air untuk proses pengkomposan TKKS berkisar antara 1.7 - 2.3 m³ dan (c) Kandungan unsur hara kompos sekitar 0.4 % N, 0.029 - 0.05 % P2O5, dan 0.15 - 0.2 % K2O.
Kepentingan kelapa sawit dalam Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit. Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara. Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia. Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad. Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tonggak ekonomi negara.
Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan. Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain. Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar. Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.
Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri. Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka. Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998.
Pengalaman penulis mendapati bahawa antara Serangga perosak dan Penyakit Kelapa Sawit seperti serangga perosak daun sawit seperti ulat bungkus dan beluncas. Ulat bungkus ataupun beluncas yang banyak akan memakan daun sawit dengan begitu hebat sekali, sehingga menyebabkan daun tinggal bahagian lidinya saja. Akibatnya pokok sawit akan kehilangan permukaan daun untuk melakukan proses fotosintesis bagi tujuan menghasilkan buah. Hasil akan merosot sebanyak 40 peratus bagi tempoh 2 tahun berikutnya.Biasanya keluasan tanaman sawit yang diserang adalah agak luas dan kadangkala membabitkan beberapa buah ladang yang berhampiran atau bersebelahan.Bilangan ulat bungkus yang melebihi 10 ekor larva hidup dan memakan daun bagi setiap pelepah sudah dianggap melebihi ‘paras ambang’ dan perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga. Cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan peringkat serangga berkembang lebih cepat daripada biasa. Ini akan menyebabkan serangga perosak ini mencapai peringkat dewasa dengan lebih cepat dan akhirnya mengawan, bertelur dan seterusnya meningkatkan populasinya.
Ulat bungkus ataupun beluncas mempunyai musuh semula jadi tertentu seperti serangga parasitoid atau pemangsa. Musuh semula jadi seperti inilah yang sentiasa mengawal populasinya di bawah paras ambang. Sekiranya populasi musuh semula jadi adalah amat rendah, keupayaan perosak untuk meningkatkan bilangannya amat tinggi. Serangga parasitoid adalah jenis penyengat halus, yang hidup dengan cara bertelur di dalam badan serangga perosak tadi. Larvanya akan memakan tisu dalaman badan perosak tadi dan akhirnya membunuh perosak berkenaan. Serangga pemangsa pula adalah serangga lain yang bertindak dengan cara memakan atau menghisap cairan tubuh serangga perosak tersebut, sekali gus akan membunuhnya.
Related Articles:-
1. Add value to farm products (Klik di sini)
2. Rumput Israel (Klik disini)
3. Rumput Kapalterbang (Klik disini)
Selain serangga, musuh semula jadi lain membabitkan daripada jenis mikrob seperti kulat, bakteria ataupun virus. Kewujudan mikrob ini juga bergantung kepada faktor cuaca. Biasanya mikrob akan lebih cepat merebak dalam keadaan cuaca yang lembap. Serangga parasitoid dan pemangsa memerlukan tempat perlindungan dan sumber makanan. Serangga parasitoid memerlukan nektar ataupun madu untuk melanjutkan tempoh hidupnya. Di dalam persekitaran ladang sawit, wujud pelbagai jenis tanaman bermanfaat yang mengeluarkan nektar sepert Cassia cobanensis, Euphorbia hetrophylla dan Antigonon leptopus. Penggunaan racun hanya dilakukan bila perlu saja. Pastikan ia pergi tepat ke sasaran (daun sawit) dan bukan ke kawasan persekitaran di mana terdapat kebanyakan musuh semula jadi. Perbuatan ini akan menurunkan bilangan musuh semula jadi dan sekali gus meningkatkan risiko berlakunya serangan merebak.
Teknologi baru dalam teknologi kelapa sawit dikira dalam aspek produktiviti dimana industri sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan. Tahun 2003, purata penghasilan minyak hanya 3.75 tan/ hektar/ tahun. Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap masing-masing 18.99 tan/hektar/tahun dan 19.75 peratus juga masih jauh rendah dari sasaran 35 tan/hektar/tahun dan 25 peratus.
Kajian menunjukkan yang MPOB telah berjaya membangunkan satu proses pensterilan tandan sawit secara berterusan di kilang. MPOB TOT 148 (2002): Continuous Sterilization of Oil Palm Fresh Fruit Bunches, oleh sekumpulan saintis dan penyelidik. Proses pensterilan tandan sawit secara berterusan yang dibangunkan MPOB berpotensi berdaya maju pada skala komersil. Antara kebaikan proses ini adalah seperti (a) Tidak memerlukan gerabak sterilizer, trak rel, kren di atas, tippers, pengangkut pindahan dan traktor. (b)Memberi peluang untuk keseluruhan proses di kilang sawit dibuat secara berterusan, boleh diautomatikkan dan mengurangkan penggunaan buruh. (c) Permintaan wap untuk proses pensterilan akan berada pada tahap yang tetap, mengurangkan ketidakstabilan tekanan wap, voltan dan frekuensi elektrik. (d) Ketidakstabilan berkenaan biasanya menyebabkan masalah menjurus kepada kehilangan produk yang tinggi, kualiti produk rendah dan pengurangan keseluruhan. (e) Mengurangkan atau menghilangkan keperluan pembakaran secara manual di boiler untuk memenuhi keperluan disebabkan ketidakstabilan tekanan wap, yang dapat meningkat kecekapan boiler, dan mengurangkan asap hitam/ tebal yang dikeluarkan boiler stack. (f) Mengurangkan tumpahan buah sawit di kilang dan membantu ke arah persekitaran kilang sawit yang lebih bersih. (g) Membantu dalam reka bentuk dan pembinaan kilang sawit yang kecil dan mudah alih yang memerlukan pelan yang lebih ringkas berbanding kilang konventional.
Terdapat beberapa pembangunan Teknologi dandang baru dibangunkan seperti Teknologi Dandang masih baru iaitu inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya mengawal pelepasan asap dan partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam. Teknologi baru ini sangat relevan dengan penekanan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi menstabilkan kepekatannya di atmosfera dan pada masa sama dapat menangani pemanasan sejagat berikutan kenaikan suhu air laut. Bagi teknologi Pembuangan benda asing dibangunkan dimana Teknologi Pembuangan Benda Asing menggunakan proses pemisahan dua peringkat bagi pengasingan benda asing bersama buah lerai daripada tandan kosong. Manakala teknologi Pensterilan Berterusan dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah teknologi pengilangan holistik yang membolehkan operasi dijalankan berterusan melalui kawalan komputer dan menggunakan keperluan tenaga kerja yang minimum. Manakala teknologi rawatan efluen terkini dan lebih sistematik, tidak memerlukan pembinaan kolam mendapan yang luas di kawasan kilang berbanding kaedah rawatan efluen sedia ada.
Untuk Teknologi Kitar semula industri kelapa saiwt dilaksanakan melalui penggunaan bahan biojisim sawit (berasaskan bahan kering) telah berada di tahap 90%. Tahap ini dijangka akan meningkat melalui pelbagai inisiatif yang telah dilaksana untuk menggalakkan usahaniaga pengeluaran tenaga melalui bio-diesel sawit serta program tenaga baru, di samping pengeluaran pulpa dan kertas, serta bahan tambah nilai yang lain.
Related Articles:-
1. Lalang (Klik disini)
2. Semalu (Klik disini)
3. Sendayan (Klik disini)
Teknologi Pengurusan ladang dan pekebun kecil sawit di Malaysia terutama Pahang, Terengganu dan Kelantan diminta memberi kerjasama supaya tidak menuai buah sawit muda dan menjualnya kepada peniaga atau kilang bagi memastikan kilang hanya memproses buah sawit yang bermutu tinggi. Hasil pengeluaran kelapa sawit bagi negeri Pahang dan Kelantan pada bulan September 2004 menurun berbanding KPM bulan Ogos, iaitu masing-masing daripada 19.57 peratus kepada 19.13 peratus (-0.44%) dan 20.04 peratus kepada 19.60 peratus (-0.36%). Beberapa buah kilang pemprosesan dikenal pasti membeli dan memproses buah muda dalam jumlah peratusan tinggi iaitu antara 20 hingga 25 peratus. Setiap satu peratus buah muda diproses menyebabkan kejatuhan KPM sebanyak 0.6 peratus.
Teknologi menjadikan Minyak petrolium biasanya diperoleh dari minyak bumi dikenal sebagai bahan bakar kenderaan dan jentera jenis diesel yang telah biasa digunakan. Sebagai pengganti minyak petrolium orang sekarang sudah mulai menggunakan minyak biodiesel. Biodiesel sudah banyak digunakan pada motor diesel tanpa penuesesuaian di Amerika Syarikat dan Eropah. Campuran yang banyak dipakai adalah 20% ME : 80% diesel dan 35% ME : 65% diesel. Biodiesel murni (100%) sudah pula digunakan sejak 1994, dengan mesin yang sedikit ubahsuai atau tanpa ubahsuai . Penggunaan 100% ME dapat menurunkan pengeluaran gas asap sampai 50% tetapi tidak disyorkan kerana dapat merosakkan dan menyumbat saluran bahan bakar seperti paip dan sistem injin. Minyak sawit yang telah dicsmporkan dengan metanol dengan perbandingan 30% ME minyak sawit : 70% diesel. Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang tidak diproses menjadi minyak masak karena kualiti yang kurang baik .
Biodiesel nampaknya akan menjadi sumber tenaga baru dimana ia mempunyai prospek dan masa depan yang cerah. Ini kerana Biodiesel tidak beracun, biodegradable, essentially free of sulfur dan carcinogenic benzene, dihasilkan dari bahan yang dapat diperbaharui, sumber yang dapat didaur ulang, tidak menambah secara signifikan terdapat pengumpulan (acumulation) gas rumah kaca. Penggunaan bahan bakar spesifik 30% ME hanya sekitar 2% lebih tinggi dibanding dengan solar murni. Bilangan setana biodiesel lebih tinggi dibanding dengan disel. Rata-rata biodiesel 53 dan diesel 42 sehingga dapat mengurangi bunyi pada enjin kenderaan. Biodiesel mampu dijadikan sebagai bahan bakar alternatif untuk kenderaan diesel. Kadar asap yang relatif rendah pada putaran yang tinggi (dibawah 4 BSU) dan NOx yang lebih rendah dan kandungan O2 yang tinggi dapat mengurangi pembentukan partikulat.
Kelapa sawit dipelbagaikan banyak kegunaannya. Produk dari getah dapat dipelbagaikan kegunaannya menjadi 1500 jenis barangan begitu juga dengan kelapa sawit. Antara barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah dapat menghasilkan. (a) Aiskrim - Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam pengeluaran aiskrim (Foto sebelah) . Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan alternatif. Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim bukan sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak.
(b) Konfeksi - Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk menggantikan secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan produk coklat dan konfeksi. Melalui proses pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana bahan berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.
Kegunaan lain ialan (c) Krimer - Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan. Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan, satu ciri yang mampu mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Secawan kopi yang menggunakan krimer berasaskan sawit lebih enak, berperisa dan memuaskan cita rasa peminumnya.
Bagi produk lain (d) Serbuk santan - Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya. Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak tengik) daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada suhu 15ºC pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan.
Produk seterusnya (e) Sosej dan burger - Lemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi menggantikan lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej, burger, bebola daging dan ayam, serta nugget. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam. Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak makanan, malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa kolesterol dan mikrob makanan perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati. Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. Bagaimana dengan sejumlah 20% lagi? Selebihnya adalah untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan yang akan dibincangkan minggu hadapan.
Cabaran industri kelapa sawit diperingkat dunia seperti Malaysia perlu mematuhi keputusan Mekanisasi Pembangunan Bersih (CDM), satu prosedur ditetapkan mengikut Konvensyen Rangka kerja Perubahan Iklim (UNFCCC), bertujuan menstabilkan kepekatan gas rumah hijau (GHG) di atmosfera. Industri sawit Malaysia perlu mengambil kira penebasan hutan, pencemaran alam sekitar, hak asasi manusia dan perubahan iklim. Industri juga perlu membuat penyesuaian ke atas struktur dan sistem teknologi yang diguna pakai selari dengan keputusan UNFCCC dan pada masa sama, memastikan penghasilan produktiviti keluaran sawit terus dapat dipertingkatkan.
Persaingan minyak sawit dengan minyak sayuran dan lemak lain dunia akan berterusan pada masa depan. Bagi mempertahankan Malaysia terus unggul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia. Langkah-langkah yang perlu diambil seperti Inovasi dan teknologi pengeluaran produk makanan dari minyak sawit, Biomas dari buangan sawit, Biofuel dari minyak sawit dan Meningkatkan produktiviti minyak sawit. Antara tindakan ialah dengan mengubal Dasar memenuhi permintaan makanan dunia, Mengelakkan kemusnahan hutan, Mengelakkan kemusnahan habitat haiwan, Mesra alam dan selaras dengan keputusan UNFCCC untuk menangani pemanasan sejagat melalui pengurangan pelepasan GHG ke atmosfera yang menyebabkan kenaikan suhu air laut, kemarau dan juga ribut taufan.
Related Articles :-
1. Tanah Gambut (Klik disini)
2. Tanah Terbiar (Klik disini)
3. Plant Diseases (Klik disini)
Minyak sawit akan menjadi minyak sayuran dan lemak utama dunia. Oleh itu industri sawit perlu bersedia mengadaptasikan pendekatan pengurusan yang dapat mempertahankan kedudukan industri dari pesaing minyak sayuran dan lelemak lain dunia. Kajian mendapati 90% pengeluaran minyak sawit negara di eksport ke 140 buah negara seluruh dunia selain menyumbang kepada 60% minyak sayuran dan lelemak yang di perdagangkan di pasaran dunia. Tidak mustahil minyak sawit akan di eksport dan digunakan semua penduduk 202 negara seluruh dunia pada masa akan datang.
Kajian nmenunjukkan pada tahun 2003 jumlah keluasan tanaman kacang soya 88.4 juta hektar (61%), biji sesawi (25.2 juta hektar -17.4%)) dan bunga matahari (22.6 juta hektar (15.6%) seluruh dunia. Keluasan ini adalah jauh lebih besar berbanding keluasan tanaman sawit yang hanya berjumlah 8.5 juta hektar (5.9%). Namun dari segi penghasilan minyak kacang soya (Foto sebelah kiri) cuma berjumlah 31.4 juta tan atau 38.5% iaitu hanya berbeza 3.3% dengan keluaran minyak sawit yang kini berjumlah 28.7 juta tan atau 35.2%. Manakala pengeluaran minyak biji sesawi dan bunga matahari hanya masing-masing 12.5 juta tan atau 15.3% dan 9 juta tan atau 11%. Senario ini memberikan kelebihan kepada minyak sawit dan lebih strategik sekiranya negara pengeluar minyak lain mengimport minyak sawit dari Malaysia dan tanaman berkenaan ditukar kepada tanaman makanan lain atau menanam hutan yang boleh memulihkan keadaan alam sekitar serta dapat mengurangkan pelepasan GHG yang membahayakan atmosfera.
Malaysia berjaya merekacipta inovasi dan menghasilkan penemuan produk baru dari keluaran sawit seperti produk oleokimia, nutraseutikal, farmaseutikal, kosmetik, detergen, kelengkapan pendandanan, minyak masak, majerin, produk makanan dan lain -lain. Produk-produk ini bukan sahaja bermutu tinggi, malah lebih baik dan setanding produk lain yang ada di pasaran. Pulangan dari produk ini membantu sektor pertanian negara berkembang dan menjadi punca pendapatan utama kepada negara. Pada tahun 2003, kadar pertumbuhan sektor kelapa sawit mencapai 5.2% GDP berbanding unjuran awal 4.5% dan telah menyumbang sejumlah RM26.3 bilion kepada pendapatan negara hasil perolehan eksport.
Pada tahun 1980an terdapat isu dari Kesatuan Kacang Soya Amerika mendakwa yang kononnya minyak sawit tidak sesuai dimakan manusia kerana menyebabkan penyakit kanser. Sebenarnya minyak sawit mengatasi minyak saingannya kerana pengeluarannya bebas daripada organisma yang dipinda secara genetik (GMO), sementara lemak yang dihasilkan adalah bebas trans, dan dengan itu adalah pilihan yang lebih sihat bagi pengguna. oleh kerana itu mereka tidak lagi dapat membuat tuduhan bertentangan dengan kegunaan kelapa sawit yang pelbagai. Oleh itu itu mereka membuat tuduhan baru yang kononnya menurut mereka tanaman atau ladang kelapa sawit akibatkan penebangan hutan bagi tanaman sawit mencabul hak asasi serta memusnahkan habitat orang utan (Foto diatas) . Cubaan mereka gagal bagi menyekat pengimportan minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia dan bagi menyemarakkan lagi sekatan mereka Amerika Syarikat telah cuba meletakkan ‘food safety standards and traceability’ ke atas minyak sawit yang diimport dari negara Malaysia dan Indonesia.
Kajian masa hadapan industri kelapa sawit pada tahun 2000 hingga 2050 mendapati industri sawit perlu memberi perhatian dan menanganinya dengan bijak ke atas lima faktor luaran bagi memastikan industri berupaya bersaing dengan pengeluar minyak sayuran dan lelemak lain dunia. Faktur Pertambahan penduduk dunia yang meningkat kepada 9 bilion pada tahun 2050 aingkatkan permintaan ke atas minyak sawit akan meningkat sedangkan kawasan tanaman berkurangan. Cara yang proaktif yang perlu diambil seperti mencipta inovasi dan teknologi baru, meningkatkan pengurusan ladang, penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi, pembajaan berjadual, menangani penyakit pokok, kejenteraan ladang perlu diguna pakai dan kemajuan dalam bidang internet dan e-komersil.
Kemajuan dalam bidang internet dan e-komersil membolehkan pengilang dan peniaga mengurangkan kos pengeluaran. teknologi baru yang inovatif seperti teknologi Pensterilan Berterusan Buah Tandan Segar, Automasi Keseluruhan Kilang, Pemprosesan Tandan Kosong, Teknologi Pembuangan Benda Asing dan Rawatan Efluen bagi kilang pemprosesan buah sawit berjaya meningkatkan kecekapan pengilangan dan mengurangkan penggunaan pekerja sebanyak 50 peratus. Inovasi dan teknologi baru seperti ini akan di galakkan pemakaiannya kepada semua kilang pemprosesan buah sawit di seluruh negara.
Produk farmaseutikal dan nutraseutikal hasil pemerosesan dan penemuan baru daripada produk minyak sawit dijangka mempunyai peluang dan nilai pasaran besar di dalam atau pun di luar negara. Ia memerlukan pendaftaran paten bagi harta intelek ini untuk melindungi hasil penemuan dan hak penyelidik tempatan daripada diekploitasi pihak berkepentingan. Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah akan diproses dalam negeri dan dieksport bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
Dahulu, Malaysia mengeksport minyak mentah sawit ke luar negara dan pemprosesan produk industri hiliran bagi nilai tambah di lakukan di negara pengimport. Kini dengan dasar kerajaan telah membolehkan syarikat multinasional membeli dan mengambil alih syarikat luar negara berkenaan. Ini adalah strategi yang dilaksanakan bagi membawa pulang teknologi memproses produk hiliran ke dalam negara supaya dapat melindungi kepentingan produk berkenaan sebagai cara memperkukuhkan lagi industri sawit negara tersebut. Kerjasama dan titik persefahaman dalam perdagangan yang membabitkan minyak sawit antara negara mestilah ada. Jurang perbezaan dan persefahaman adalah terlalu besar. Punca utamanya adalah untuk melindungi kepentingan perdagangan terutamanya, minyak sayuran dan lelemak keluaran negara masing-masing yang bersaing dengan minyak sawit di pasaran dunia.
Pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh kilang sawit perlu dikaji dengan teliti dimana laporan mendapati dalam tahun 2002 terdapat sejumlah 68 buah kilang memproses kelapa sawit mentah telah dilesenkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Daripada 68 buah kilang kelapa sawit di Johor , sebanyak 34 premis telah diberikan lesen untuk melepaskan air buangan ke alurair dan 34 untuk pelupusan ke atas tanah. Sebagai insentif bagi kilang-kilang yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun-tahun lepas, Jabatan Alam Sekitar telah memberi tempoh lesen 2 tahun kepada 10 buah kilang. Kilang kelapa sawit di Teluk Intan ini merupakan kilang terbesar di Malaysia.
Tahun 2002, 41 buah (59%) premis kilang kelapa sawit berjaya mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977. Dalam tahun 2002, sebanyak 16 arahan, 28 Notis dan 3 kompaun telah dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Seluruh dunia sedang memerhatikan kepatuhan pihak industri kepada standard alam sekitar. Untung sekali, penanaman sawit memang sedia bersifat mesra alam. R&D cara mengatasi pencemaran sawit menunjukkan bahawa (a) Tanaman sawit Malaysia mengetengahkan kecekapan tenaga dan produktiviti tinggi minyak sawit berbanding lain-lain tanaman minyak makan lain dari segi nilai ‘input-output’ dan (b) Dari segi perbandingan fisiologi antara pokok sawit dan kawasan hutan menunjukkan bahawa pokok sawit memainkan peranan penting dalam membaikpulih kawasan pembalakan, serta dapat memenuhi pelbagai fungsi kawasan hutan dan (c) Undang-Undang dan Pengkuatkuasaan.
Malaysia tidak kekurangan peraturan yang mengawal selia industri minyak sawitnya.Kepatuhan dan penguat kuasaan peraturan terutamanya Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Antara yang dilaksanakn dengan peraturan (1) Akta Racun Perosak 1974 dan Arahan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) 1987 menghasilkan sebuah industri yang telah menepati banyak peraturan dalam usaha meminimumkan pencemaran, atau menghindari bencana, kepada alam sekitar. (2) Ciri pokok sawit itu sendiri yang bersifat kekal, boleh dikatakan secara semula jadi sangat sesuai untuk amalan pengurusan yang menggalakkan pertanian berkekalan. (3) Pengurusan alam sekitar yang efektif. (4) Penggunaan bahan buangan atau bahan sampingan, seperti tandan kosong (EFB) (5) Efluen kilang sawit yang dirawat (POME) sebagai baja organik, adalah amalan industri ini. (6) Teknologi buangan sifar, di mana EFB dan POME digabungkan dalam pengeluaran kompos bernilai. (7) Teknik pembakaran sifar semasa penyediaan ladang untuk ditanam semula. (8) Amalan pemulihan tanah merangkumi penyediaan jalan, membina teres dan pembinaan lubang dan ‘bunds’ tanah, penanaman tanaman kacang penutup bumi dan pengurusan perosak bersepadu.
Kilang buah sawit dikehendaki mengurangkan kadar pembuangan air kumbahan (dengan menggunapakai konsentrasi ‘Biological Oxygen Demand’ (BOD) sebagai pengukur utama) dari 25,000 mg/l efluen tidak dirawat kepada 5,000 mg/l dalam tahun 1978/79 dan 500 mg/l menjelang tahun 1981, dan akhirnya turun kepada 100 mg/l daripada tahun 1984 dan tahun seterusnya. Di samping standard ini, fe efluen dikenakan ke atas kandungan BOD yang dikeluarkan.Industri minyak sawit telah mengalami progres berterusan ke arah mencapai sasaran BOD 100 mg/l. Dalam sektor pemprosesan sawit, di mana keprihatinan utama alam sekitar seperti penghasilan efluen dan pengeluaran asap menjadi fokus, kini terdapat pertukaran paradigma dalam cara untuk menghadapi isu ini. Seandainya dulu, pendekatan ‘end-of-the pipe’ digunakan untuk memastikan pematuhan kepada peraturan alam sekitar, kini ia bertukar kepada pengurusan ‘in-the-pipe’. Terkini, sembilan buah kilang buah sawit di Malaysia telah melaksanakan ISO 14001 Sistem Pengurusan Alam Sekitar.
Hasil purata sebanyak 31.24 tan metrik/hektar bagi tahun 2003, Petani yang mengusahakan kebun sawit seluas 4.4 hektar telah diiktiraf sebagai Pekebun Kecil Sawit Terbaik Anugerah Industri Sawit Malaysia 2003 peringkat Semenanjung. Beliau turut mengamalkan integrasi ladang dengan menternak 150 ekor lembu dan mengusahakan tanaman kontan lain seperti ubi kayu, keledek dan sayur-sayuran. Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong, Pahang telah mencipta satu mesin yang dipanggil uncracked nut separator bagi mengatasi masalah kekotoran isirong dalam pengeluaran isirong kelapa sawit yang telah diproses. Melalui mesin ini, isirong yang tidak dapat dipecah akan ditapis dan diasingkan bersama dengan kekotoran lain dan dikeluarkan melalui penghantar. Pengasingan isirong yang tidak dapat dipecah ini dapat dijalankan kerana mesin ini mengandungi rod-rod yang mempunyai jarak-jarak tertentu.
Kadar kekotoran dapat dikawal pada had yang lebih rendah iaitu enam peratus berbanding lapan peratus sebelum ini. Melalui penggunaan mesin ini, tuntutan penalti ke atas isirong yang kadar kekotorannya melebihi enam peratus telah dapat diturunkan kepada RM22,586 pada tahun 1998 berbanding RM139,813 pada tahun 1994. Masa bagi mengasing dan mengitar semula isirong yang ditolak juga dapat dijimatkan kerana kandungan kotoran telah berkurangan.
Industri minyak sawit adalah satu cerita kejayaan Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia daripada negara pengeluar komoditi utama berasaskan pertanian kepada negara pengeluar moden bagi barangan makanan tambah nilai, adalah selaras dengan polisi penswastaan Malaysia dan juga adalah asas kepada polisi pembangunan kerajaan seperti yang termaktub dalam Visi 2020. Dengan mengguna pakai biji benih daripada negara luar dan memperbaiki kaedah penanamannya agar bersesuaian dengan keadaan tempatan, Malaysia kini memiliki sebuah industri bertaraf dunia. Ia adalah hasil visi dan perjuangan ramai pengusaha, baik pada peringkat kerajaan mahupun sektor swasta, yang mempeloporinya dengan polisi strategik termasuk mengadakan dan melaksanakan polisi pengurusan alam sekitar.
Seperti yang ditonjolkan oleh pihak industri hari ini, ia telah berkembang mengikut masa untuk menjadi lebih secocok dengan alam sekitar. Tanpa sangsi, pihak industri memang memiliki praktik pengurusan yang terbaik bagi menggalakkan pertanian yang berkekalan. Sebalik semuanya ini, yang nyata industri minyak sawit di Malaysia masih belum berpuas hati dengan rekod pengurusan alam sekitar sedia ada yang menitikberatkan sistem pengurusan kumbahan secara agronomik dan ‘di hujung paip’. Pihak industri bertekad untuk berubah, serta komited bagi memasuki satu era pengurusan alam sekitar yang baru.Ia tampak lebih nyata dalam keadaan agenda dunia yang lebih meluas ke arah pembangunan berkekalan.
Dengan 90 peratus daripada hasil minyak sawit Malaysia diurusniagakan di pasaran antarabangsa, pertimbangan ke atas tiga perkara utama merangkumi ekonomi, sosial dan alam sekitar, menyerlahkan polisi pihak industri yang menyokong pengeluaran serta pengagihan berterusan, secara ekonomi dan mesra alam, bekalan makan yang selamat dan mudah diperoleh kepada penduduk dunia yang semakin bertambah
KELAPA SAWIT ....NILAINYA BESAR....
ASAL NEGARA LUAR...MALAYSIA TAK TERSASAR...
PERSAINGAN SAIHAT...MALAYSIA TAK GUSAR....
TEKNOLOGI DIBANGUNKAN....TIDAK TERCABAR...
By,
M Anem
Johor
Malaysia

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.