Support My Blog

Wednesday, May 24, 2017

POTENSI DURIAN PREMIUM - PASARAN DUNIA

MALAYSIA adalah salah satu negara di Asia Tenggara yang mempunyai tanaman durian (Durio zibethinus) yang agak luas untuk pasaran domestik dan eksport. Tanaman buah durian juga merupakan jenis buah bermusim paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar (Sumber: Laporan statistik tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Kawasan utama didalam pengeluaran buah durian di Malaysia adalah di Pahang (Daerah Raub dan Bentong), Perak (Batu Kurau) dan Johor (Muar dan Tangkak) serta beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Pasaran eksport buah durian daripada Semenanjung Malaysia secara tradisi adalah ke negara jiran Singapura. Selain itu beberapa negara yang kini disasarkan untuk pasaran eksport baru termasuk negara China, Jepun dan sebagainya. Terdapat banyak varieti durian yang ditanam di Malaysia daripada varieti durian kampong yang mutunya pelbagai kepada varieti durian cantum yang mempunyai kualiti untuk eksport. Antara varieti durian yang dikatakan sebagai 'Durian premium' dimana ia mendapat sambutan pada masa ini ialah Musang King (D197), Bukit Merah (D24), IOI (D168), Udang Merah atau Ang Aae (D175) dan Ochi atau Duri Hitam (D200). Pada penulis blog yang menulis banyak artikel mengenai durian dalam blog anim agro mendapati petani telah mula menukar pokok durian kampong atau dari varieti yang kurang berkualiti kepada varieti yang disenaraikan diatas. Pada masa artikel ini ditulis didapati durian premium Malaysia seperti Musang King bukan sahaja digemari oleh peminat tempatan bahkan pelancong asing terutamanya dari China. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi durian premium untuk pasaran eksport antarabangsa dan mampu menjana pendapatan kepada petani dan negara.

Durian Musang King ini mempunyai potensi eksport yang sangat luas keluar negara terutamanya selepas pihak Jabatan Pertanian mendapat laluan pasaran pada tahun 2011 untuk pengeksportan durian dalam bentuk ulas sejuk beku (frozen pulp) ke China. Pada masa ini selain ke negara China, durian sejuk beku juga berjaya menembusi pasaran Australia, New Zealand dan Taiwan. Pada penulis yang juga suka akan keenakkan durian varieti Musang King mendapati ia mempunyai kualiti premium yang memenuhi keperluan pasaran antarabangsa (Sila lihat foto Musang King disebelah). Kini bagi pengeksportan durian segar diberitakan dimana Malaysia juga mendapat laluan pasaran ke Jepun dan Korea. Jumlah eksport ke China dijangka meningkat kerana penggunaan durian bukan setakat dimakan segar tetapi telah dipelbagaikan bagi tujuan untuk memenuhi kehendak pasaran mereka. Selain durian sejuk beku kini pasaran untuk pes durian juga telah boleh dihantar kenegara tersebut. Bagaimana pun bagi durian sejuk beku, kebiasaannya ia dimakan segar dan dijadikan pes durian untuk pelbagai produk seperti piza, kuih bulan, aiskrim, tart kastard dan pencuci mulut. Salah sebuah syarikat pengimport, pemborong dan peruncit di Shanghai iaitu Royal Durian melaporkan, mereka mengimport durian sejuk beku dari Malaysia kali pertama pada tahun 2010. Selepas tahun 2013, ia menyaksikan pertumbuhan jualan yang konsisten sebanyak 30 peratus setiap tahun.

Sebenarnya fenomena durian Musang King yang mana semakin mendapat tempat di hati pengguna menyebabkan permintaannya tinggi dan memberi kesan kepada harga ladang durian sejak akhir-akhir ini. Harga mencecah antara RM50 sehingga RM100 sekilogram berbanding hanya sekitar RM40 sekilogram tahun lalu. Akhbar KOSMO baru-baru ini juga menyatakan harga durian musang king yang mencecah lebih RM100 sekilogram ini dikatakan sebagai 'Mencekik Darah' yang penulis blog tulis (Sila klik disini). Potensi hasil durian Musang King ialah 90 hingga 130 biji sepokok atau 150 kilogram (kg) hingga 170kg sepokok dan bagi ladang seluas 1 hektar boleh memperoleh sehingga 110 pokok bagi jarak tanaman 9 meter (m) x 9m. Harga sebiji durian Musang King di Hong Kong boleh mencecah sehingga RM800 kini membolehkan ia mendapat pasaran yang baik. Sebelum ini pun ada dilaporkan dimana durian dari Malaysia dihantar ke China melalui Thailand, Laos dan beberapa negara lain. Pada penulis blog jika dahulu ramai petani sering mengeluh kerana harga buah durian yang tidak setimpal dengan usaha tetapi kini tanaman durian khususnya durian premium seperti Musang King boleh menjana sumber pendapatan yang tinggi kepada para pengusaha dan negara. Ramai pemilik kebun daurian varieti lain kini telah menukar kepada tanaman durian varieti musang king. Ada juga pekebun kelapa sawit yang menebang tanaman mereka dan menggantikannya dengan durian varieti musang king di daerah Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang.

Kenaikan harga durian Musang King kini benar-benar mempengaruhi harga durian tersebut dipasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Kini orang ramai atau petani perlu merebut peluang ini iaitu bagi yang mempunyai kawasan tanah yang masih tidak diusahakan atau mempunyai kawasan lapang bolehlah menanam durian premium seperti Musang King. Kepada pengusaha durian yang telah menanam pokok durian tetapi bukan daripada jenis premium disyorkan agar mereka boleh memilih teknik cantuman dewasa (Mature budding). Saya ada menulis mengani teknologi ini dalam beberapa rencana sebelum ini (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Teknik ini biasanya akan menggunakan pokok penanti daripada pokok durian sedia ada di ladang tetapi yang dewasa, matang dan berbuah. Kemudian bahagian sion atau mata tunas durian klon boleh dicantumkan pada pokok durian yang telah dewasa itu. Teknik ini membolehkan tempoh berbuah disingkatkan antara empat hingga lima tahun berbanding kaedah cantuman anak pokok (kahwin) yang mana perlu menunggu lebih daripada jangka masa tersebut. Justeru penulis mengesyorkan agar penanam durian boleh menukar tanaman mereka yang tidak ekonomik kepada durian varieti Musang King. Potensi durian premium untuk pasaran eksport dan antarabangsa memang cerah dimasa hadapan dengan ujudnya persetujuan diantara Malaysia dan China mengenai protokol pengeksportan durian dan nenas yang dicapai semasa lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pserdna Menteri Malaysia di Beijing pada 13 Mei 2017. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
DURIAN PREMIUM... DIBERIKAN NAMA...
MUSANG KING... VARIETI TERNAMA...
PASARAN DOMESTIK... MAHAL DIJANGKA...
DIESKPORT PULA... MENJAMIN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lembah Benom, Kg Sg Chalit,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(13 Syaaban 1438H)

Tuesday, May 23, 2017

TUPAI DI DUSUN - CARA MENGAWALNYA?

TUPAI (Callosciurus cenisep atau Callosciurus nigrovittatus, atau Callosciurus notatus) merupakan sejenis binatang dari keluarga Tupaiidae, Sciuridae atau Ptilocercidae iaitu sejenis Rodentsia yang terdapat dinegara kita dan sering dikenali sebagai perosak tanaman terutama buah-buahan. Tupai merupakan sejenis binatang mamalia yang berdarah panas dan memakan kebanyakannya dari jenis tumbuh-tumbuhan dihabitatnya. Tupai merupakan sejenis binatang yang makan bahagian Buah, Daun, Kulit Pokok malahan bahagian akar tumbuhan. Antara pokok buah-buahan lazimnya buah durian akan rosak akibat ditebuk tupai (Sila lihat foto diatas)Tupai ialah sejenis rodensia yang kecil hingga sederhana saiznya dimana ia mampu bergerak dengan pantas diatas pokok mahu pun diatas tanah. Pergerakan pantas ini diantara dahan juga kadang-kadang melalui kaedah 'ala- terbang' daripada satu dahan kedahan yang lain dengan bantuan anggota dibahagian ekornya. Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya didalam saramh kayu yang dibina dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya. Tupai adalalah mamalia yang bersosial bermasyarakat di mana tupai jantan dan betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa. Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring utuk berkomunikasi dengan kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau pun ia diganggu musuh. Di kalangan pemilik dusun seperti pemilik tanaman dusun durian serangan tupai berlaku dimana ia akan menebuk buah durian dan merosakkannya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kaedah dan tips untuk mengawal populasi tupai yang menyerang tanaman.


Dalam membuat penelitian, penulis blog mendapati ada beberapa kelebihan tupai dimana kemampuannya bergerak dengan pantas dan laju diantara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai mampu terbang dengan lompatannya dari satu dahan kedahan lain atau pun dari bahagian atas kebahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya. Kukunya yang tajam selalu menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu yang dia hinggap dengan kuat. Tupai juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu menggigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau batang pokok yang keras. Ketajaman gigi tupai juga mampu menebuk buah durian yang mempunyai duri-duri tajam. Walau pun kehadiran tupai dikawasan dusun durian adalah semulajadi tetapi jika populasinya tinggi maka kadar kerosakannya juga terkesan kepada buah durian yang dihasilkan kelak. Terdapt beberapa cara atau tips untuk mengawal populasi tupai dikawasan susun. Kaedah kawalan ini walau pun dilakukan untuk tujuan mengawal populasi tupai bagaimana pun agak jarang dilaksanakan oleh pemilik kebun kecuali mereka yang merasa kerugian akibat serangan tupai. Artikel ini menjelaskan beberapa petua untuk mengawal tupai untuk dijadikan rujukkan iaitu dengan cara menembak guna senapang, memasang zink pada batang pokok, memasang perangkap tupai, menyembur bahan air kencing harimau dan sebagainya.


Teknik mengawal tupai dkawasan dusun adalah dengan menembak guna senapang patah dan peluru penabur. Ramai pemilik dusun yang ada senapang patah untuk tujuan mengawal musuh tanaman. Pemilik dusun kemuidan lazimnya akan memohon lesen daripada pihak polis dan siasatan laporan kebun atau dusun akan dilakukan oleh Jabatan Pertanian. Laporan Jabatan Pertanian lazimnya menyatakan akan jumlah pokok buah-buahan dan keperluan senapang untuk mengawal kerosakkan akibat serangan perosak seperti tupai, babi hutan, monyet dan sebagainya. Petani akan menembak tupai dikawasan dusun durian hanya semasa pokok mula menghasilkan buah dimana kehadiran tupai pada waktu tersebut adalah banyak berbanding dengan musim biasa. Pemilik dusun akan membawa senapang patah dan peluru pada waktu siang dan menunggu tupai yang hadir diatas pokok sedang menebuk buah atau bersarang. Mereka akan membidik sehingga tupai jatuh ketanah dan mati atau cedera (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog dapati kaedah menembak tupai merupakan teknik mengawal tupai yang cekap untuk dilakukan.


Kaedah atau petua kedua didalam mengawal serangan tupai terutama pada pokok durian adalah dengan memasang sekeping zink pada batang pokok. Zink ini sama jenis zink atap rumah (Sila lihat foto disebelah) atau zink licin sesuai dipasang denga memakunya kepada batang pokok durian. Zink ini yang bersifat licin tidak membolehkan tupai, minyet dan hariwan lain untuk memanjat batang pokok durian. Kuku tupai yang tajak tidak membolehkan ia memanjat pokok untuk menikmati buah durian. Kaedah ini memang murah, tahan lama dan praktikal untuk dilakukan dalam dusun durian yang kedudukan pokoknya berjauhan atau pokok laon disekeliling yang ada dahan dibuang dahulu. Dalam penulis membuat pemerhatian dikawasan dusun durian komersil, kaedah memasang zink logam adalah yang paling popular dikalangan penanam durian di Malaysia. Ia mesra alam, mudah dipasang dan boleh dicat dengan warna sesuai untuk membuat inventori pada pokok durian tersebut. Tupai memang tidak mampu memanjat pokok durian daripada bahagian bawah pokok.


Teknik yang mana ada digunakan untuk mengawal tupai dikawasan dusun adalah dengan memasang 'perangkap tupai'. Kini terdapat beberapa jenis perangkap tupai yang dipasang didusun untuk memerangkap tupai. Perangkap kotak logam seperti perangkap tikus adalah antara yang sering digunakan. Ia dipasang pada laluan utama tupai didahan atau diatas tanah dengan cara memberi umpan yang sesuai (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya tupai akan tertarik dengan umpan yang diberikan dan memakannya dan pintuk perangkap akan tertutup apabila disentuh. Tupai ini perlu dikeluarkan untuk ianya dimusnahkan dan perangkap boleh digunakan semula. Kini selain perangkap tsersebut terdapat beberapa jenis perangkap tupai lain seperti menggunakan getah pelekat yang disapu pada dahan pokok. Tupai yang melaluinyua akan melekat pada getah dan usukar untuk melepaskan diri. Selain itu ada dibuat perangkap separti tali racik benang sama seperti racik untuk burung merpati. 


Kaedah terkini yang masih dalam perhatian penulis blog adalah dengan menggunakan bahan cairan seperti kencing harimau. Walau pun kaedah ini masih kurang diketahui ramai petani tetapi ada beberapa testimoni menyatakan kencing harimau yang disembur pada kawasan dusun mengelakkan serangan haiwan seperti tupai, monyet, tikus, babi hutan dan sebagainya. Walau pun memang sukar untuk mendapatkan air kecning harimau (Sila lihat foto disebelah) tetapi ianya diantara yang paling praktikal untuk diamalkan jika ada peluang. Kini terdapat produk seperti bau kencing harimau yang dikomersilkan di Malaysia dengan jenama KERIMO. Saya ada menulis artikel ini untuk dibaca selanjutnya (Sila klik artikel ini disini). Dalam lamanweb ada mmpromosi produk KERIMO yang dijual dalam bentuk semburan (spray) dan gel serta cairan atau pekatan. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology berkaitan kawalan musuh tupai. Wasallam!!!...
HAIWAN TUPAI... SERANG TANAMAN...
PERLU DIKAWAL... TEMBAK SENANG...
PASANG PERANGKAP... BERKESAN...
KAEDAH LAIN.... BOLEH DIGUNAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Durian Komersil,
Kg Tras, Raub, Pahang,
Malaysia.
(21 Syaaban 1438H)

Monday, May 22, 2017

APA DIA BERAS PULUT?

BERAS PULUT (Sticky Rice atau Glutinuous Rice) adalah sejenis beras (Oryza sativa var. glutinosa) yang melekit setelah dimasak dengan keadaan lekat seperti gam. Beras ini juga dipanggil sebagai Beras Pulut (Malaysia), Beras manis (Sweet rice), Beras Berlilin (Waxy rice), Beras Permata (Pearl rice), Beras Botan, Beras Mochi dan Beras Biroin dan beberapa gelaran lagi. Kita di Malaysia memang biasa dengan beras pulut kerana masyarakat Melayu telah menggunakan beras pulut untuk dijadikan banyak jenis makanan ttadisional yang enak dal lazat. Beras Pulut di negara kita lebih dikenali dengan nama Beras Pulut Putih dan Beras Pulut Hitam. Kedua-dua jenis beras pulut ini dulu telah ditanam disawah padi semenjak lama sehingga kini walau pun tidak ada data rasmi mengenai jumlah keluasan penanamannya dicatitkan. Saya berpeluang melawat petani di Bukit Rambai, Melaka dan Merlimau yang menanam pulut hitam untuk pasaran tempatan. Mereka menanam padi pulut ini kerana minat dan mendapat pasaran yang memang baik dikalangan penduduk tempatan. Jenis yang ditanam adalah Pulut Varieti PH9 denngan benihnya disimpan sendiri oleh mereka. Sebenarnya kandungan 'gluten' dalam beras pulut akan menyebabkan pulut akan melekit dan 'sticky' apabila dimasak. Beras Pulut juga sering dicampur dengan beras biasa ketika memasak nasi untuk menambah kenakkannya. Harga beras pulut dipasaran tempatan memang berpatutan dimana ia tidak dikawal seperti beras biasa. Kita di Malaysia banyak mengimpot beras pulut putih dari negara-negara jiran bagi kegunaan kecil-kecilan dan industri perkilangan yang mengeluarkan makanan berasaskan beras pulut. Petang Selasa ini sementara tunggu waktu maghrib, saya sempat menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai beras pulut untuk pengetahuan dan rujukan pembaca blog ini.

Kawasan penanaman padi pulut adalah di Asia Tenggara terutama dinegara seperti di Thailand, Laos, Filipina, Indonesia, Myanmar, Malaysia, Kemboja, Vietnam dan beberapa negara lain seperti Jepun, China, Korea, Bangladesh, Taiwan dan Indai Timur. Laporan menunjukkan di kawasan Lembah Sungai Mekong telah lama menanam padi pulut iaitu semenjak beribu tahun dahulu dengan produktiviti yang amat produktif. Tanaman padi pulut ini mengambil masa untuk menuai lebih lama jika dibandingkan dengan tanaman padi biasa. Semasa bertugas memberi ceramah di Laos pada 2011 dan hadir berkursus di Viantiane pada 2012, saya sempat melawat beberapa lokasi sawah di Laos PDR yang mana lebih 80% daripada varieti padi yang ditanam adalah jenis padi pulut. Rakyat mereka memang suka makan beras pulut berbanding dengan rakyat negara ASEAN yang lain. Beberapa varieti padi pulut yang ditanam dengan luas dan memberikan pulangan memuaskan kepada penanam padi pulut di negara mereka. Di Malaysia hanya pulut hitam PH9 sahaja yang ada ditanam secara kecil-keilan untuk pasaran tempatan (Rujuk Artikel Padi Pulut Hitam - Sila klik disini). Ini pun ditanam dikawasan luar jelapang padi atau diluar skim pengairan utama kerana jangkamasa penanaman sehingga menuai adalah lama. Pada masa ini pun memang sukar untuk mendapatkan benih padi pulut kerana ia sukar mencari pembekalnya. Dalam artikel tersebut manyatakan anggaran keluasan tanaman pulut hitam di Malaysia sekitar 15 - 20 hektar dimana dari penelitian yang dilakukan di Melaka pesawah tersebut menyatakan purata anggaran hasil sebanyak 4.0 - 4.5 metrik tan sehektar jika dijaga dengan baik. 


Basi Pulut melekit disebabkan kandungan 'gluten' yang mana kandungan tersebut dikenali sebagai 'glutenin' dan 'gliadin'. Laporan kajian juga menunjukkan bahan Amylopectin juga mempengaruhi kelekitan nasi pulut yang dimasak. Rasa nasi pulut juga agak berbeza dengan nasi biasa dimana ia lebih lemak, lebih rasa manis dan sedap dimakan serta lembut. Penulis blog mendapati ada pengguna yang lebih suka masak beras pulut separuh masak kemudian dikukus bagi mendapatkan rasa dan tekstur yang optimum. Harga beras pulut putih dan beras pulut hitam adalah lebih mahal daripada beras biasa. Lazimnya beras pulut dijual sedikit-sedikit sama ada ditimbang mengikut kehendak pembeli atau telah di bungkus dalam bungkusan 0.5 kg atau sekilogram dijual diantara RM5.00 - RM10.00. Di Pasar Rabu Alor Setar, Pasar Khadijah, Pasar Payang dan beberapa lokasi lagi beras pulut banyak dijual secara runcit untuk dijadikan bahan membuat kuih dan lain-lain kegunaan. Beras pulut juga ada dijual dikedai runcit dan juga hypermarket. Memasak beras pulut sama dengan memasak nasi tetapi lebih elok kalau mengukusnya sahaja. Nasi dagang adalah diantara makanan yang saya amat suka makan dimana beras pulut sering digunakan sebagai bahan masakan yang menambah keenakan nasi dagang.

Antara makanan berasaskan pulut yang popular adalah Kuih SERI MUKA. Kuih Pulut Serimuka merupakan jenis kuih yang mudah disediakan dan dibeli (Sila lihat foto disebelah). Resepi turun temurun ini mudah didapati daripada buku masakkan dan melayar internet melalui Handphone atau Laptop dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti 1.5 cawan beras pulut, 2 cawan santan, 4 biji telur,1 cawan gula, sedikit kulit kayu manis yang ditumbuk halus dan juga 1/2 cawan pati santan yang diperah dengan air daun pandan. Cara menyediakannya dengan memasak pulut dengan 2 cawan santan dan sedikit garam dalam loyang sehingga masak. Sementara itu, pukul telur, gula, santan dan air daun pandan serta serbuk kulit kayu manis sehingga sebati dan kemudian tapiskan. Apabila pulut masak maka perlu ditekan supaya kejap dengan daun pisang yang bersih.
Tuang adunan telur dan santan ke atasnya dan kukus sehingga masak. Kuih Seri Muka atau yang memanggilnya Kuih Talam kini telah dikomersilkan dan boleh dibeli dikantin, pasar malam malahan kini ada dijual melalui laman wen atau internet. Kuih yang enak ini memang telah dikomersilkan dan mudah untuk disediakan sendiri dirumah. 

Beras pulut juga sering dimasak untuk menyediakan PULUT KUNING. Ini kerana apabila memasak PULUT KUNING ianya amat mudah dan hanya memerlukan bahan asas yang memang mudah. Bagaimana pun lazimnya pulut kuning akan dimakan dengan rendang daging, rendang ayam atau serunding daging atau serunding ayam. Lazimnya apabila memakan pulut kesannya adalah ianga amat kenyang untuk jangkamasa yang lama. Pulut Kuning ini lazimnya disediakan dan dihidangkan ketika hari-hari kebesaran atau hari raya puasa atau ada nazar (Sila anda lihat foto disebelah). Bagi tujuan memasak pulut kuning sahaja amat mudah iaitu dengan menyediakan bahan iaitu 1 kg beras pulut yang perlu dibasuh dahulu, 3 keping asam keping, 2 sudu besar kunyit serbuk yang dibancuh dan ia ditapiskan, garam. gula dan air secukupnya untuk merendam pulut. Sebaiknya sediakan bahan daun pisang yang diguna untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan serta 1 biji kelapa untuk diambil santan atau beli sahaja santan pek dikedai. Cara membuat dengan meendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam dimana tujuannya adalah untuk mendapatkan warna kuning. Sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna semua warna kuningnya. Kemudian perlu toskan beras pulut dalam tapisan. Panaskan kukusan dan kemudian dilapikkan daun pisang dalam periuk kukusan. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. Kukuskan pulutu tersebut sehingga naik wap dari tepi periuk. Kemudian angkat keluar pulut dan masukkan dalam bekas mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dgn garam dan gula. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi. Apabila telah naik wap, tutup api dapur dan ia adalah sudah sedia dihidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NAMA BERAS PULUT... PUTIH WARNANYA...
JENIS PULUT HITAM ... MAHAL HARGANYA...
DIMASAK MELEKIT...IANYA  ISTIMEWA...
PELBAGAI MAKANAN... SEDAP RASANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 320, Hotel Lavender,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(2 Syaaban 1438H)

Sunday, May 21, 2017

IPM UNTUK TANAMAN PADI

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan tanaman yang penting di kebanyakan negara Asia dimana beras menjadi bahan utama makanan ruji (Staple Food) negara tersebut. Seluas lebih daripada 600,000 hektar kawasan padi sawah dinegara kita Malaysia telah menghasilkan sebanyak 70% keperluan beras di Malaysia. Kajian menunjukkan dimana keperluan beras negara direkodkan pada tahun 2012 adalah sebanyak 700.7 mt yang mana sekitar 30% adalah diimpot daripada negara jiran. Terdapat beberapa negara didunia yang menjadikan tanaman padi sebagai tanaman yang di kategorikan sebagai 'tanaman keselamatan' bagi negara seperti China, India dan Indonesia kerana kepentinganya dalam mempastikan rakyat negara tersebut cukup bekalan beras. Pelbagai faktur penanaman seperti jenis varieti padi ditanam, pengurusan air, kawalan musuh dan penyakit dan amalan teknologi penanaman di jalankan untuk mempastikan penghasilan padi yang tinggi dan berkualiti. Biasanya aspek Amalan Agronomi bagi tanaman padi di kaitkan dengan Faktor Pengurusan termasuk Kawalan Perosak Bersepadu (IPM) tanaman padi dititikberatkan. Pertama sekali dalam faktur pra-syarat untuk mendapatkan hasil padi yang tinggi adalah Faktur Keperluan Infrastruktur dan Rekabenuk sawah padi. Paling utama adalah petak sawah mestikan mempunyai infra lengkap seperti sistem pengairan, jalanladang, sistem perparitan dan lain-lain kemudahan. Sistem pengairan pelu ditingkatkan agar sawah dapat menerima air mengikut keperuan dari peringkat awal semaian sehingga hampir menuai. Bentuk petak sawah yang seragam, rata dan sederhana besar dalam bentuk empatsegi bujur sesuai untuk penanaman. Kesemua infra mestilah diselenggara dengan baik agar dapat berfungsi dengan sempurna untuk tujuan penanaman, amalan aronomi dan post harvest. Key Check kedua adalah Tahap Infra Ladang yang sesuai untuk memberikan tahap pertumbuhan ladang yang sempurna. Kecekapan air keluar dan masuk pada waktu kritikal amat penting untuk pertumbuhan pokok padi. Pemeriksaan infra sawah perlu dijalankan setiap waktu bagi mempastikan kecekapannya. Penggunaan Benih Padi Sah dari varieti yang di syorkan merupakan Key Check dalam peningkatan hasil padi. Benih merupakan input asas untuk mendapatkan penghasilan padi seperti varieti disyorkan (MR219, MR220) yang didapati daripada pembekal benih yang diiktiraf. Benih padi mempengaruhi faktur pengeluaran dimana Kualiti Benih yang menepati piawaian amat kritikal. Penggunaan varieti Padi yang terpilih dan disyorkan untuk ditanam. Varieti padi berubah mengikut lokasi, musim penanaman, kategori benih dan jenis tanah serta kaedah pengurusan sawah. Lazimnya sesuatu jenis varieti padi hanya bertahan untuk beberapa tahun atau musim penaman sahaja dan jarang melebihi dari 10 - 15 tahun. Setiap jenis mempunyai potensi hasil yang berbeza, ketahanan terhadap serangan perosk dan penyakit serta jangkamasa kematangan yang berbeza. Keycheck ke lima adalah tahap Kerja-kerja Penyeian Tanah di peringkat awal. Kerja membajak, meratakan tanah dan melembutkan permukaan sawah penting untuk pemeridian yang sempurna. Permukaan tanah rata adalah penting menentukan kadar percambahan biji benih dan faktur pengurusan air yang cekap terutama ketika Terbit Tangkai. Tanaman Padi itu sendiri dan beberapa faktur utama yang lain. Artikel petang ini saya menulis beberapa cara pengurusan IPM untuk tanaman padi yang difikirkan perlu di ketahui pesawah dalam 'Anim Agro Technology' bagi menambahkan kapasiti ilmu pengetahuan pembaa setia blog ini.

Dalam penanaman padi, dua jenis musuh tanaman yang boleh dikawal untuk dengan kaedah kawalan biologi IPM adalah bagi mengawal Tikus dan Siput Gondang Emas. Antara kejayaan Jabatan Pertanian dalam mempromosikan teknologi kawalan tikus adalah dengan menggunakan Burung Pungguk Jelapang Padi (Tyto alba) atau burung hantu (BPJ) didalam mengawal serangan Tikus (Ratus argentiventer). Tikus akan merosakkan hasil padi dengan kadar serius jika ianya tidak dikawal apa lagi jika populasinya banyak didalam sarang yang dibina disekeliling sawah padi. Penggunaan racun tikus walau pun berkesan pada peringkat tertentu tetapi ianya melibatkan kos dan kekebalan serta ancaman kepada hidupan lain. Daripada laporan Jabatan Pertanian dinyatakan sebelum program BPJ, petani sangat bergantung kepada pengumpanan menggunakan racun tikus. Biasanya hanya selepas setahun program bermula, kuantiti racun yang diedarkan oleh Jabatan Pertanian kepada petani telah berjaya dikurangkan sehingga 40% dan ini amat menjimatkan kos pengeluaran padi. Burung BPJ ini juga merupakan pemangsa kepada tikus secara semulajadi. Ia akan memburu tikus terutama yang bergerak pada malam hari melalui matanya yang terang dan menyambarnya dan memakannya. Tikus yang berada dikawasan sawah padi akan berkurangan.

Bagi tujuan ini Rumah Burung Pungguk Jelapang (BPJ) disediakan ditengah-tengah sawah untuk burung ini bersama keluarganya tinggal didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Jabatan Pertanian ada memasang rumah BPJ ini diseluruh skim sawah diseluruh negara bersama agensi IADA, MADA, KADA dengan kerjasama pesawah. Satu sarang boleh mencakupi kawasan keluasan sawah untuk kawalan tikus seluas lebuh 20 hektar. Rumah ini yang dibina mempunyai dua bilik didalamnya untuk BPJ induk tinggal dan tekur atau anaknya tinggal. Kehadiran BPJ yang tinggal dipantau dengan memeriksa sisa tinggalan najis yang ditinggalkan. Penulis juga bersama kumpulan Pejabat Pertanian Mersing pada 1999 telah mencipta alat inovasi Periskop BPJ yang menang pertandingan inovasi Jabatan Pertanian dimana periskop ini memudahkan kita melihat sarang BPJ ini tanoa perlu untuk memanjatnya. Dengan periskop ini boleh melihat bahagian dalam rumah BPJ dengan jelas. Delain rumah BPJ perlu juga dipadang tiang berbentuk 'T' dibeberapa lokasi ada banyak tikus bagi tujuan burung BPJ 'bertenggek' untuk parking dan meihat mangsanya. Seekor BPJ dewasa mampu makan banyak tikus dan ini merupakan kawalan biologi yang berkesan untuk kawalan dalam mengurangkan serangan tikus. Bagaimana pun penuls ada menulis mengenai isu BPJ ini dibunuh melalui pelbagai cara oleh pengusaha burung walet 'Edible Birds Nest'. Pengusaha burung wali sering menembak burung BJP yang juga mengancam dengan memakan burung walet. Kada kes dimana koloni burung walet berpindah kerana serangan burung BJP.

Bagi musuh tanaman Siput Gondang Emas (Pomacea spp) ianya menyerang kawasan padi dengan menjejaskan sehingga teruk jika tidak dikawal. Di Malaysia khususnya di kawasan MADA terdapat 2 jenis SGE yang merosakan tanaman padi iaitu Pomacea canaliculata (berwarna keemasan) dan Pomacea incerlarus (berwarna kehitaman). Kedua-dua jenis ini merosakan tanaman padi dikawasan jelapang padi. Siput SGE merosakkan padi yang baru diubah kesawah atau yang baru di semai dimana pokok padi berumur kurang dari 21 hari.Serangan teruk akan berlaku jika paras air disawah melebihi 1 cm atau kawasan air yang dalam atau air yang bertakung. Tanda-tanda serangan mudah dilihat dimana akan kelihatan kehilangan rumpun-rumpun padi dan kelihatan daun anak padi terapong-apong diatas permukaan air. Kajian juga menunjukkan serangan amat aktif pada waktu malam dan ketika fajar dengan merosakkan tanaman padi. Dalam konsep kawalan IPM maka penggunaan itik dan ikan didapati mampu dalam mengawal populasi SGE dengan memakan telur siput dewasa. Sebenarnya sebanyak100 ekor itik dapat mengawal 5 - 6 Hektar kawasan padi. Kini ramai pesawah turut mendapat faedah pendapatan tambahan melalui penjualan telur itik sekitar RM 70.00 sehingga RM 150.00 jika menggunakan amalan IPM ini disamping penghasilan padi yang meningkat. Semuga artikel dalam anim agro subuh ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!..
TANAM PADI.... BERAS HASILNYA...
ADA PENYAKIT... PEROSAK JUGA...
PERLU DIKAWAL...IPM CARANYA...
TIKUS DAN SGE...SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronmist,
Sawah Pahang Tua,
Pekan, Pahang,
Malaysia.
(8 Syaaban 1438H)

Saturday, May 20, 2017

SISTEM KITARAN ANGIN UNTUK SPH

SISTEM STRUKTUR PELINDUNG HUJAN (SPH) kini merupakan satu kaedah pertanian yang kini semakin popular di Malaysia. Kalau berpuluh tahun dahulu petani di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland tidak percaya dengan kaedah ini tetapi kini penggunaan SPH merupakan satu kaedah lazim untuk penanaman sayuran dan bungaan, malahan jika ada petani yang masih menanam tidak menggunakan SPH hanya untuk tanaman tertentu sahaja yang perlukan kawasan terbuka dikawasan tanah tinggi ini. Rekod dari Jabatan Pertanian Negeri Pahang menyatakan daripada seluas 3,491 hektar kawasan sayuran dilaporkan seluas 1,142 hektar adalah dibawah SPH semantara seluas 2,799 hektar sayuran ditanam secara terbuka (Sumber: Jabatan Pertanian negeri Pahang, 2017). Kawasan SPH ini melibatkan sebanyak 2,049 lokasi sementara kawasan penanaman sayuran dikawasan terbuka pula melibatkan sebanyak 3,888 lokasi berdasarkan kepada fakta yang diambil menggunakan 'aerial fotography' dan semakan pengesahan oleh pegawai dikawasan. Umumnya terdapat seluas 3,491 hektar kawasan tanaman sayuran, 603.57 hektar tanaman bunga, 22.4 hektar kawasan tanaman strawberri, 43.9 hektar kawasan tanaman buah-buahan dan 1,616 hektar kawasan ladang teh di Cameroon Highland pada tahun 2017. Apa pun sektor pertanian di Cameroon Highland semakin maju selain daripada sektor pelancongan yang masih menarik ramai pelancong domestik dan juga peringkat antarabangsa. Bagaimana pun bukan itu yang penulis hendak paparkan dalam artikel subuh ini sebaliknya berkaitan dengan sistem kitaran angin yang perlu dilakukan didalam Struktur Pelindung Hujan atau Green House. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology' satu teknologi bagaimana sistem kitaran ini perlu dilakukan untuk menghasilkan keadaan sesuai bagi pertumbuhan dan penghasilan tanaman tomato di Benom Height Hydroponic Sdn Bhd yang terletak di banjaran Gunung Benom, Raub, Pahang untuk dikongsi dengan pembaca. 


Suhu yang tinggi pada tengahari dan awal petang dalam rumah SPH menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pekerja dan juga menyebabkan tanaman akan sedikit layu. Keadaan ini lebih ketara semasa musim kemarau atau musim panas sekitar bulan Januari sehingga Mac setiap tahun, Ianya amat terkesan pada tahun 2016 apabila El-Nino berlaku selama 4.5 bulan dikawasan ini dan menjadikan penghasilan tomoto dari syarikat ini berkurangan sehingga 50% pada tahun tersebut. Selain daripada suhu tinggi ini menyebabkan tidak selesa untuk pekerja menjalankan tugas, ia menyebabkan kerap berlaku serangan musuh tanaman iaitu serangga 'white fly' yang membiak cepat dengan suhu panas ini. Kehadiran serangga white fly ini yang juga pembawa kepada masaalah serangan virus menjadikan pemilik ladang pernah mengalami kerugian berbanding dengan musim biasa. Menurut pemilik kebun En Yew, kitaran angin dalam rumah SPH sangat perlu dilakukan dengan sistem betul agar suhu didalam rumah SPH terkawal. Perkara ini amat penting diketahui kerana ianya menentukan kutipan hasil tomato yang ditanam. Oleh itu kaedah pemasangan KIPAS ANGIN GERGASI dilakukan untuk mempastikan ianya mampu memberikan persekitaran baik untuk penanaman tomato (Sila anda lihat foto diselah). Sebanyak 5-8 unit akan dipasang dalam setiap SPH bergantung kepada saiz SPH dan kedudukan SPH. Kipas akan dihidupkan mengikut jangkasuhu yang dipasang dalam SPH dan disambung dengan alat automatik disiang hari.


Setiap rumah SPH akan dipasang dengan beberapa kipas angin dengan satu kipas dipasang untuk menyedut udara luar kedalam SPH dan beberapa unit lagi didalam SPH mengikut arah angin yang hendak dipusingkan. Bagaimana pun memang perlu untuk udara panas di kitar dalam SPH untk mempastikan suhu didalam rumah green house ini adalah sama untuk pertumbuhan pokok tomato. Udara panas yang lazimnya adalah bersifat ringan dimana ianya akan dapat dilepaskan keluar melalui bumbung SPH yang terbuka luas sekitar 1 meter. Ruang Udara dibumbung SPH ini menyebabkan udara panas keluar sendiri. Bagaimana pun jaring netting akan membolehkan udara sejuk yang ditapis sahaja mampu dibawa masuk untuk langkah-langkah penjagaan. Kitaran angin sebaiknya dalam aturan atau kitaran 'ZIG - ZAG' dimana kedudukkan kipas disusun agar akhirnya udara panas dalam SPH dikawasan 600 meter dari paras laut memberikan kondisi terbaik pertumbuhan tomato agar menghasilkan buah tinggi kuantiti dan kualiti hasil. Pusingan udara dalam SPH ini dilalukan dibahagian atas struktur SPH kerana udara panas selalunya naik keatas. Tanaman tomato fertigasi lazimnya akan menunjukkan seakan 'layu' dalam keadaan suhu panas dan memerlukan lebih banyak air berbanding dengan keadaan biasa. Kitaran angin dalam SPH yang sekata membolehkan penghasilan buah tomato lebih seragam dari segi kualitinya (Sila lihat foto disebelah). Oleh kerana kawasan kebun ini terpencil, maka bekalan eletrik hanya menggunakan generator yang beroperasi hanya waktu siang sahaja.


Pengusaha telah lama membuat penelitian mengenai SPH dan sistem kitaran udara hampir 20 tahun. Bagi SPH yang berada paling tepi lazimnya menerima tiupan angin lebih baik berbanding dengan SPH yang berada ditengah-tengah kebun. Oleh itu susunan kipas diatur mengikut arah tiupan angin bagi mengelakkan berlakunya angin songsang. Penelitian penulis mendapati kipas yang digantung tinggi ini berselelahan dengan sistem micro-jet sprinkler dimana ianya akan menyejukkan lagi udara dalam SPH pada musim panas. Air yang keluar dari sprinkler ini juga akan mampu untuk mengawal populasi serangga white fly sebagai satu kaedah kawalan. Bagaimana pun didapati penggunaan kipas kitar udara ini kurang dilakukan semasa musim sejuk atau sepanjang musim hujan kerana udara didalamnya adalah sejuk dan sesuai untuk pertumbuhan tanaman tomato. SPH yang bersaia besar sekitar 4-5 ekar memang memerlukan sistem kitaran udara yang sempurna berbanding dengan SPH yang bersaiz kecil. Penggunaan netting halus 50 mesh oleh syarikat ini juga menyebabkan suhu didalamnya selalu tinggi berbanding dengan petani di Cameroon Highland yang hanya gunakan netting halus 32 mesh. Semuga penulisan pada subuh ini dalam anim agro technology memberi info berguna kepada semua pembaca. Wasallam!... 


MENANAM TOMATO...SPH DISANA...
KELILING DITUTUP...PANAS DALAMNYA...
UDARA DIKITAR... KIPAS BESAR DIGUNA...
HASIL BERKUALITI... TEKNOLOGI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Syarikat Benom Height Hydroponic Sdn Bhd,
Gunung Benom, Raub,
Pahang, Malaysia.
(2 Syaaban 1438H)

Friday, May 19, 2017

TERNAK UDANG GALAH - SATU CATITAN

UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) merupakan hidupan air tawar yang sangat aktif pada waktu malam dimana kini udang galah telah sesuai diternak secara komersil. Lazimnya udang galah pada kebiasaannya akan hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang jenis-jenis lain yang ada di perairan Malaysia. Harga udang galah segar biasanya akan dijual di dipasaran dimana ia  kini mencecah RM 40 ringgit - RM60 sekilogram. Harga udang galah yang tinggi sebegini menjadi pemangkin kepada penternak ikan lain untuk bertukar kepada aktiviti penternakan udang galah. Walaubagaimanapun, Malaysia tetap jauh ketinggalan dalam industri udang galah ini jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, Taiwan dan Vietnam dalam beberapa aspek teknikal dan pengeluaran. Di negeri Pahang ada bandar mana ia sering menghasilan udang galah iaitu Daerah Rompin. Ini kerana banyak sungai-sungai didaerah ini merupakan 'syurga' kepada pemancing dan nelayan sungai untuk mencari udang galah. Udang galah mudah dijumpai di Sg Endau, Sg Pontian dan banyak lagi sungai yang ada habitat udang galah mengikut musi, Pengalaman penulis blog yang dulu merupakan pemancing  udang galah di Sg Endau juga faham akan musim memancing udang galah paling baik iaitu sekitar Januari - Febuari (musim panas setiap tahun). Tangkapan udang galah liar di sungai-sungai didaerah ini telah menjadikan beberapa restoren dan gerai khusus memasak udang gsalah untuk peminatnya. Seekor udang galah berukuran sedang dimasak sambal dijual dengan harga RM12 - RM15 seekor. Bagaimana pun penulis leih suka saiz udang galah saiz sedernana yang masih segar. Artikel petang Sabtu ini selepas mambuat lawatan ke gerai-gerai pameran senpena HPPN Pahang 2017 di Kuantan, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti berkaitan, Semuga semuanya akan lebih produktif dalam penternakkan udang galah.


Penternakan udang galah kini telah boleh diusahakan dengan kaedah monokultur (monoculture) atau dalam ertikata lain sebagai 'penternakan tunggal' atau pun cara polikultur (polyculture) atau maknanya sebagai 'penternakan bersepadu'. Kini didalam negara kita masih banyak sumber air tawar yang belum tercemar seperti di negeri Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dimana kawasan ini merupakan lokasi yang ideal untuk penternakan dan juga tumbesaran udang galah. hanya terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian khusus sebelum memulakan penternakan udang galah ini kepada individu, syarikat atau pelabur. Pada penulis blog antara asper utama seperti saiz dan kedalaman kolam udang yang hendak digunakan. Sebaiknya saiz kolam perlulah sesuai dengan kuantiti udang yang bakal diternak. Ini kerana kolam yang terlalu sempit akan menyebabkan persaingan yang sengit diantara udang galah yang mana keadaa ini akan mempengaruhi saiz udang. Aspek yang kedua adalah masa dan kaedah pengeringan kolam. Sebagai amalan terbaik disyorkan agar semua kolam udang galah perlu didedahkan dengan matahari terik bagi tujuan membunuh semua jenis pemangsa yang ada di dalam kolam tersebut. Antara pemangsa yang perlu dihapuskan seperti ikan dan belut. Ini kerana ikan terutamanya ikan haruan dan belut akan terus memakan udang didalam kolam jika ia berada didalamnya. Keperluan cahaya matahari juga membantu didalam proses mempercepatkan aktiviti pereputan bahan organik seperti najis, daun dan rumput mati. Sebaiknya aktiviti seperti pengeringan kolam mestilah dibuat selama dua minggu. Jangkamasa ini sesuai untuk menghapuskan kebanyakkan pemangsa udang dalam kolam kelak. Sekiranya pengeringan tidak dapat dijalankan ada juga disyorkan supaya kolam tersebut hendaklah diracun untuk membunuh pemangsa tetapi pastikan kesan racun dibuang sebelum memulakan penternakan udang galah.


Penjagaan ternakan udang galah tidaklah rumit bagi penternak yang berpengalaman, mereka yang mempunyai modal cukup dan kawasan yang sesuai. Bagaimana pun kepada para penternak baru ianya perlukan pengalaman dan kemahiran tertentu sebelum mereka ingin memulakannya. Lazimnya pengusaha cuma perlu melaksanakan beberapa perkara saja iaitu mengapur, membaja, memberi makanan dan mengawal penyakit. Walau pun bunyinya nampak macam mudah tetapi pernah dilaporkan bagaimana ada penternak udang galah di negara kita mengalami kerugian besar dalam menternak udang galah. Kini secara teorinya aktiviti mengapur kolam udang memang dilakukan untuk menstabilkan pH air dan ini dapat menggalakkan udang untuk salin kulit. Anatara jenis-jenis kapur yang biasa digunakan ialah calcium oxide dan calcium carbonate. Membaja kolam udang pula perlu dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan makanan semula jadi seperti cacing, siput dan lumut. Bagi baja kimia digalakkan agar menggunakan Triple-phosphate dimana pemberian boleh digunakan pada kadar 3,5kg/1000m/week. Bagi tujuan mempastikan kualiti air yang baik, ada penternak yang memasang 'aerator' dikolam (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya dalam penternakan udang galah memang perlu dipastikan bahawa air yang disalurkan ke kolam hendaklah sentiasa bersih dan tidak membawa apa-apa pathogen yang boleh menyerang udang galah. Penyakit yang biasanya menyerang udang galah ialah Black Spot iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Penyakit ini mampu dikawal dengan cara merawat sumber air yang digunakan dan juga dengan mengelakkan kecederaan fizikal udang. Antara jenis rawatan kimia yang boleh dipraktikkan adalah dengan cara mengunakan 10ppm Asid Oxolinic selama setengah jam atau dua nifurpirinol untuk 98 jam dan 11-13ppm furozolid.Kini negara Malaysia mampu untuk maju dalam industri udang galah ini jika kepakaran dalam teknologi pembenihan, penternakan dan pemprosessan udang galah dipertingkat. Setiap industri mempunyai risiko tersendiri namun ianya tetap mampu berkembang dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak.


Sistem pengairan kolam udang galah penting untuk selalu dibuat pemantauan. Sumber air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukan haiwan jenis pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk. Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu dalam menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan juga memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang sangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang. Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air bagi membantu menambah kandungan oksigen terutama waktu malam. Bagi aktiviti pemberian makanan udang galah, sebaiknya berikan jenis makanan rumusan udang galah (pellet) sesuai kerana mengandungi protein yang tinggi (30 hingga 40 peratus), mengandungi zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air. Bagaimanapun didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semula jadi dari kolam. Pemberian makanan adalah dua atau tiga kali sehari. Makanan awalan (starter) diberikan untuk bulan pertama hingga kedua, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan kedua hingga keempat dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang dipasarkan. Kini penternak mampu untuk menghasilkan makanan sendiri. Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Bahan-bahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan. Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya juga boleh diberikan. Bagaimanapun mutu air kolam hendaklah sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang ternakan.


Dalam penternakan udang galah perlu dipastikan akan berlaku pungutan hasil. Biasanya kadar tumbesaran individu udang berbeza bergantung kepada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan. Penjaringan boleh dimulakan pada bulan ke empat dan diulangi tiga hingga empat minggu sekali sehingga semua udang dikeluarkan dari kolam. Kolam kemudian dikeringkan dan rawatan kolam dilakukan. Udang yang terlalu kecil dari beberapa kolam boleh di asing dan di pindah ke satu kolam lain untuk dibesarkan. Penyakit dan kawalan perlu sentiasa dilakukan pemantauan. Ini kerana jika berlaku serangan penyakit maka akan menyebabkan kerugian keraia ia merupakan faktor yang membatas penghasilan udang galah. Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5. Penyakit tersebut boleh dicegah melalui pengurusan air dan elakkan dari kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan. Kaedah rawatan boleh dilakukan dengan merendam dalam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau dua ppm nifurpirinol untuk 96 jam. Penyakit yang disebabkan oleh bakterial berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stres. Rawatan boleh dilakukan dengan merendam dalam 11 - 13 ppm Furozolidone selama tiga hari dimana ia mangawal serangan. Semuga artikel malam Ahad danam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!!...

UDANG GALAH... MAHAL HARGANYA...
MUDAH DITERNAK... PELBAGAI CARA...
KAWALAN PENYAKIT... KUALITI AIRNYA...
ENAK DIMAKAN.. BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 310, Hotel Charisma,
Indera Mahkota, Kuantan,
Pahang, malaysia.
(16 Syaaban 1438H)

Thursday, May 18, 2017

KANTAN - MARFOLOGI TUMBUHAN

POKOK KANTAN (Phaeomeria speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 120 hektar (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2016). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini ditanam sebagai tanaman komersil ketika melawat projek tanaman kantan di Daerah Batu Pahat seluas 4 hektar dan Kg Pamah Rawas, Raub seluas 12 hektar. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah dikawasan kampong bagimana pun kini telah ramai petani yang menanam secara komersil dan ada yang ditanam didalam pasu. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Artikel subuh Sabtu ini sambil mendengar kicauan burung dari FELDA Residence Hotsprings di Sungkai, Perak saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai marfologi tanaman kantan untuk di jadikan bahan bacaan.



Tumbuhan Kantan tumbuh dalam keadaan berumpun dan berkelompok secara semulajadi terutama dikawasan tanah subur yang agak lembab. Pokok kantan membiak dalam rumpun melalui umbisi dalam tanah dalam keadaan kelompok atau secara merimbun. Marfologi kantan terdiri daripada bahagian Daun, Bunga, Batang, Biji, Akar dan juga Umbisi (Lihat rajah disebelah). Daun Kantan merupakan jenis daun yang lurus dan mempunyai upih. Saya dapati ia mempunyai urat daun selari dengan permukaan daun yang licin. Ia mempunyai warna hijau cerah semasa muda dan akan berwarna hijau gelap kebiruan apabila matang (Lihat foto dibawah). Pucuk daun lazimnya berwarna hijau dan kemerahan dibahagian tepi daun. Panjang daun adalah sekitar 0.6 - 1.0 meter dengan susunan bertentangan pada tangkai daun yang panjang. Lebar daun adalah antara 15 - 25 cm dimana setiap pelepah mempunyai antara 10 - 15 helai daun.


Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan elakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi kebanyakkannya Kultivar Tempatan Jenis Pink. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau boleh juga dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil sedangkan biji benih lama untuk berhasil ( 2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk pertumbuhan. Jarak penanaman disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput/ daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha. Pangkas daun kantan yang tua untuk elakkan penyakit dan glakkan pengeluaran bunga kantan. Daun yang dipangkas diletak selari dalam barisan tanaman untuk kawal rumpai dan sebagai satu jenis sungkupan. Pembajaan bermula dengan CIRP (50 gm/pk) dan 125 gm/pk semasa menanam dan 4 bulan pertama dengan tahi ayam (1 kg/ pk). selepas 5 bulan guna NPK 15:15:17:2 (30 gm/ pk) dinaikkan kepada 70 gm, 100 gm pada bulan ke 7 dan ke 9. Pembajaan selepas 15 bulan sebanyak 0.5 kg/pk setahun di buat 2 kali.


Penuaian bunga kantan yang berlebihan pada bulan Mei setiap tahun menyebabkan ianya agak sesuai untuk diproses bunga kantan menjadi 'pes kantan' yang boleh didimpan lama dalam peti sejuk. Biasanya daripada tinjauan penulis di beberapa lokasi premis memproses kantan pesmendapati sebanyak 30 kuntum bunga kantan segar memberikan sebanyak 4 kg pes bunga kantan yang berkualiti tanpa apa-apa bahan campuran tambahan mahupun air. Bunga kantan segar yang telah dibersihkan akan dikisar beberapa kali sehinga menjadi pes yang halis dan dijual dengan harga borong RM9.00 - RM12.00 sekilogram. Pes ini tahan lama dan dua syarikat yang menjadi pembeli tetap produk pes bunga kantan seperti syarikat berkaitan dengan penyediaan mkanan seperti Dewina dan Sos Nyonya yang mana ia berberpengkalan di Kuala Lumpur dan Melala. Kini pes bunga kantan telah dibungkus dalam dalam pek kecil-kecil untuk dibekalkan kepada pasar basah dan juga kedai runcit. Penulis blog  fikir produk pes bunga kantan ini mempunyai potensi yang sangat besar pada masa akan datang kerana ia merupakan produk yang perlu digunakan oleh ramai surirumah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!.
POKOK KANTAN...MUDAH KENALNYA...
TUMBUH MENEGAK....JENIS HERBA... 
ADA BATANG, BUAH...DAN BUNGA...
BIJI DAN UMBISI...BERGUNA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 222, FELDA Residence Hotsprings,
Sungkai, Perak,
Malaysia
(13 April 2013)
Kemaskini 15 April 2017

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...