Support My Blog

Friday, November 25, 2016

FERTIGASI - SEDIAKAN BAJA SET A/B

TEKNOLOGI FERTIGASI dalam pertanian merupakan teknik yang semakin popular diamalkan oleh petani yang menanam sayuran dan tanaman kontan lain. Fertigasi (fertigation) ini sebenarnya berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi yang penulis faham adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Pada masa ini Sistem Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Terdapat banyak nama dalam fertigasi ini seperti Fertigasi Rakyat, Fertigasi Tertutup dibawah SPH (Struktur Pelindung Hujan), Fertigasi Gantung, Fertigasi Bantal, Fertigasi NFT dan banyak lagi. Dalam pada itu ada beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan. Apa yang penulis tinjau dari banyak lokasi penanaman fertigasi, pokok akan ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) atau media lain yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Selain itu kaedah tanaman biasaannya akan ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga. Kaedah Sistem Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah. Teknologi Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional seperti bagaimana proses pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. FFertigasi juga memberi media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit dimana ini akan mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak. Sistem moden ini juga mampu untuk meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi dimana tiada masalah merumpai sekali gus akan dapat mengurangkan kos buruh. DAripada tinjuan penulis dibanyak TKPM yang menjalankan sistem fertigasi mendapati ia mamu penghasilkan kualiti hasil yang lebih baik dimana berlaku juga kadar penggunaan baja yang cekap. Pemerhatian dilokasi mendapati ia mampu mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30% dalam pemberian baja serta ia mampu untuk mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai. Beberapa petani mendakwa hasil diperolehi adalah lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda. Sistem ini memerlukan pengurusan tanaman yang lebih sistematik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sistem fertigasi dan kaedah menyediakan baja cecair Set A dan Set B sekadar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Dalam kaedah Fertigasi terdapat beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga (Sila lihat foto disebelah). Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas yang juga dikategorikan sebagai 'Vertical Technology System'. Antara beberapa peralatan atau komponen yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah seperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3-6 kali sehari selama 5-10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman. Kaedah Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Ringkasnya , sistem tanaman ini adalah sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran. Dalam pada itu teknologi fertigasi amat sesuai dilaksanakan ramai petani untuk mengatasi masaalah defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Pada penulis industri pertanian memang perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdayasaing. Kini kerajaan melihat bahawa negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian itu program pemindahan teknologi dan cara tanaman seperti sistem fertigasi yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.


Pada masa kini penulis dapati ramai masyarakat diluar mula mendapat kesedaran dan berminat bercucuk tanam di rumah demi mendapatkan sumber mentah seperti sayuran dan buah-buahan dengan sendiri. Oleh itu kaedah fertigasi merupakan kaedah yang mudah untuk tempat yang kecil dan tidak mempunyai kawasan yang luas. disini saya ingin berkongsi kaedah dan tips mudah untuk melarutkan stok A dan B bagi kegunaan saudara di rumah. Baja Set A dan Set B boleh dibeli daripada pembekal tempatan sama ada yang berjenama atau tidak (Sila lihat foto disebelah). Pengetahuan tentang cara menyediakan larutan baja fertigasi ini adalah penting bagi memastikan tanaman kita mendapat nutrien yang secukupnya. Baja fertigasi lebih dikenali sebagai baja AB. Ini disebabkan setiap set baja mengandungi 2 bungkusan. Iaitu set A dan set B. di pasaran ada 4 kuantiti yg berbeza iaitu 10 L, 50L, 100L dan 200L stok baja. Ia bergantung kepada berapa polibeg yang ditanam dirumah. Kebiasaannya baja 100L menjadi pilihan untuk fertigasi dirumah. Langkah pertama bagi anda untuk menyediakan pati larutan baja dimulakan dengan sediakan 2 bekas air bekas A dan bekas B (gunakan bekas atau baldi). Kemudian isikan 10 liter air paip kedalam setiap bekas dan . sekiranya di rumah tiada penyukat untuk menentukan air sebanyak 10 liter tu anda boleh gunakan botol susu yang isiannya 2 liter. Jadi anda perlu masukkan sebanyak 5 botol air mengunakan botol dan lengkap 10 liter. Kemudian dimasukkan serbuk campuran baja A dan B ke dalam bekas baja pekat A dan B. Rendam plastik yang mengandungi baja mikro supaya semua baja di dalam bungkusan tersebut akan betul-betul habis di tuang. Perkara ini perlu dilakukan kerana ada baja Mikro seperti Mo yang beratnya secubit, hanya mempunyai berst tidak sampai 1 gram. Kemudian kacau larutan sehingga sebati.


Seterusnya langkah kedua pula adlah dengan menyediakan air baja untuk siraman pokok. Mula-mula sediakan bekas berisi 10L air paip dalam bekas lain. Kemudian diambil 100ml pati baja A dan pati baja B masukkan kedalam bekas C dan kacau sehingga sebati. Campuran air baja fertigasi sedia untuk digunakan kepada pokok sehingga berumur satu bulan. Antara beberapa tips penggunaan stok air baja adalah dimana Baja Set A selalunya ada baja mikro Ferum (iaitu sejenis serbuk warna kuning) dimana stok air baja A akan berwarna kuning. Manakala selalunya baja Set B adalah dimana stok air baja set B selaluya tidak berwarna dan jernih. Jika hendak menggunakan untuk bancuhan air baja dalam tangki besar (600 gelen) disyorkan agar ambil stok air baja set B dulu diikuti dengan stok air baja set A. Jika boleh stok air baja dan tangki air baja berada di tempat yang teduh atau berbumbung untuk mengelakkan ia rosak. Jika simpan air baja set A dan B dirumah sebaiknya anda boleh simpan pati baja kedalam botol yang tertutup dan simpan. Bagi memudahkan mereka yang ingin membuat bancuhan baja Set A dan Set B boleh gunakan kadar anggaran campuran bagi yg tidak mempunyai EC meter. Berikut adalah formula membancuh iaitu kadar 1/400 = 0.5 EC (3ml AB = 1L air), Kadar 1/200 = 1.0 EC (5ml AB = 1L air), Kadar 1/100 = 1.5 EC (10ml AB = 1L air), Kadar 1/80 = 1.8 EC (13ml AB = 1L air), Kadar 1/70 = 2.0 EC (15ml AB = 1L air), Kadar 1/60 = 2.5 EC (17ml AB = 1L air) dan Kadar 1/50 = 2.8 EC (20ml AB = 1L air. Bagaimana pun mereka yang kali pertama membuat bancuhan perlu belajar daripada pihak berkenaan sehingga betul-betul mahir mengenainya. Beberapa kursus mengenai teknologi fertigasi diadakan untuk mendalamkan ilmu pengetahuan penanaman secara fertigasi. Wasallam!!!..
SISTEM FERTIGASI... POPULAR DIGUNA....
BANYAK KEBAIKAN... PERLU DILAKSANA...
MEMBANCUH BAJA... PERLU FAHAMNYA...
POKOK SUBUR... PETANI GEMBIRANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Fertigasi Inderapura,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(23 Safar 1438H)

Thursday, November 24, 2016

KUTU AIR - APA DIA?

KUTU AIR merupakan perkataan yang mempunyai pelbagai makna digunakan di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Dari beberapa rujukan yang penulis blog dapati, perkataan 'Kutu Air' ini mempunyai beberapa makna. Pertama adalah ia satu sebutan awam bagi sejumlah krustasea kecil penghuni air dan yang kedua ia digunakan untuk satu penyakit kulit dicelah-celah kaki atau tangan (Athlete foots). Dalam kes pertama apa yang dikatakan sebagai kutu air adalah hidupan bukan serangga dan tidak hidup sebagai sejenis parasit sebagaimana banyak kutu yang hidup di luar air. Semasa belajar di universiti dulu penulis ada juga diberitahu secara taksonomi, haiwan yang disebut kutu air termasuk dalam kumpulan atau pun genera Daphnia (iaitu sejenis hidupan paling umum), Cyclops, Bosmina dan Diaptomus. Kutu air sebenarnya merupakan sebahagian hidupan dari kumpulan Zooplankton yang terdapat didalam air. Hidupan ini adalah merupakan sumber makanan kepada hidupan air yang lain seperti untuk benih udang, ikan dan sebagainya. Kutu air berukuran panjang kurang dari setengah milimeter dan ianya menjadikan sumber makanannya adalah daripada berbagai fitoplankton dan juga sisa-sisa makanan haiwan lainnya (detritus). Ia agak sukar dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat dengan jelas dengan menggunakan alat khusus seperti mikroskop. Terdapat banyak bentuk kutu air yang dilihat melalui alat mikroskop ini dan boleh dikenalpasti namanya. Penulis membuat beberapa rujukan untuk menulis rencana ini seperti daripada buku diperpustakaan dan juga nota kursus. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kutu air untuk dirujuk sebagai satu daripada bahan bacaan bagi menambahkan ilmu pengetahuan anda.


Sejak dulu kita dapat tahun bahawa kutu air sering menyerang kita terutama pada bahagian-bahagian tertentu ketika mandi menggunakan air yang mengandungi kutu air ini. Selalunya kita akan diganggu atau mendapat 'rasa gatal' yang mana ia ditimbulkan dimana keadaan ini akan membuat kita merasa tidak selesa. Ini menyebabkan kita merasa ingin terus menggaru-garu bahagian yang gatal dan menyebabkan kulit menjadi luka. Apabila kulit luka akan membolehkan kuman dan bakteria akan masuk kedalam darah seterusnya akan menyebabkan infeksi. Kesan infeksi ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan ia menjadi kudis dan bernanah. Ada orang yang tidak terkesan dengan kutu air sebaliknya ramai yang tidak tahan jika kena kutu air atau allergik. Banyak jenis kutu air yang hisup dalam air tetapi pada penulis bentuknya yang berbagai memang unik dan cantik dibawah mikroskop (Sila lihat foto disebelah). Kalau dilihat dengan teliti mangsa yang terkena kutu akan akan jadi dimana kawasan yang kena kutu air berwarna sedikit 'kemerahan' dan ujud rasa gatal-gatal. Sebaiknya jika ada tanda serangan atau alahan akibat kutu air dinasihatkan agar mangsa cepat-cepat mandi dengan air paip yang bersih (mengandungi klorin) dan sebaiknya mangsa menggunakan sabun mandi sepuas-puasnya. Air sabun akan membunuh kutu air yang melekat jika disapukan terus dan ini amat berkesan untuk peringkat awal rawatan mengelakkan alahan akibat kutu air. Penggunaan air suam atau air panas yang diambil daripada cerek atau daripada alatan 'heater' dibilik madi boleh mengurangkan rasa gatal akibat kutu air tersebut. Laluan atau siraman air panas juga akan membunuh kutu air yang melekat pada kulit.


Dalam kes kedua, Kutu Air adalah juga dimaksudkan dengan satu penyakit kulit yang sering menyerang celah jari kaki atau tangan (Sila lihat foto disebelah). Penulis sendiri pernah dahulu ada juga beberapa kali kena serangan kutu Air dicelah-celah kaki. Teringat kali paling akhir pada bulan Mei 2014 semasa melancong ke Eropah selama 10 hari. Ketika di London terpaksa mencari ubat untuk rawatan kutu air yang juga dinamakan sebagai 'Athlete foot' di London. Penulis dan ahli keluarga yang sentiasa berjalan di Bandaraya Prague (Republic Chec), London, Paris dan Amsterdam dalam musim bunga dengan kasut kurang sesuai menyebabkan berlaku jangkitan kulat air. Memang siksa semasa hendak berjalan akibat masaalah ini selain daripada kaki yang melecet. Salah satu punca serangan kutu air adalah akibat jangkitan sejenis kulat yang bernama Trichophyton rubum. Kulat ini sering selalunya menyerang di celah-celah jari kaki, tangan, kuku tangan ataupun kuku jari. Kalau sering pakai kasut dan berpeloh dalam stokin akan membolehkan kulat ini akan membiak dengan cepat. Terdapat laporan dimana pada kes lain kulat ini juga menyerang pada muka mahu pun pada bahagian kulit kepala. Kulat trichophyton akan semakin tersebar apabila rasa gatal yang dirasakan terus di garu-garu dan ianya luka. 


Cara menghindari terjadinya kutu air pada kaki sebaiknya terlebih dahulu menjaga kebersihan pada diri kita. Sebaiknya cuba usahakan untuk tidak memakai sandal atau kasut yang lembab atau basah kerana ia biasanya menyebabkan kutu air sering membiak di lokasi tersebut. Ketika mandi disyorkan agar anda mengelakkan bertukar pakai tuala yang telah ada kulat air kerana cara ini boleh mengakibatkan jangkitan kulat pada kulit kita dan badan akan terasa gatal-gatal. Jika kutu air sudah menyerang kita atau hinggap pada kulit kita sebaiknya mesti cepat dirawat. Gunakan ubat kutu air banyak didapat di farmasi yang berupa sapuan atau pun berupa tablet untuk dimakan. Cara menggunakan sapuan alcohol swap kemudian disapu dengan ubat anti-fungal mampu menawat masaalah kutu air. Jikaperlu sebaiknya sapu ubat pada kawasan yang terasa gatal atau yang terkena kutu air. Kalau ambil ubat jenis tablet dimasukan mulut dan minum air seperti aturan dinyatakan. Kalau gatal tidak hilang maka sebaiknya berjumpa doktor perubatan diklinik atau hospital untuk rawatan lanjut. Dua jenis kutu air yang dibincangkan dalam rencana ini merupakan hasil karya penulis 3 tahun dulu dan dikemaskini pada Nov 2016. Semuga pembaca blog Anim Agro Technologu ini memberi info berguna kepada anda. Sekian... Wasallam!.
KUTU AIR..ADA DUA MAKNA...
DALAM AIR... AMAT HALUSNYA...
KULAT DIKAKI... GATAL JADINYA...
DISAPU UBAT... CARA RAWATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 402, Hotel Hyde Park,
London, UK.
(2 May 2014)

Wednesday, November 23, 2016

TEPUNG BERAS

TEPUNG BERAS (Rice flour) merupakan tepung yang mana ia diproses daripada beras yang dikisar.  Tepung beras berbeza dengan tepung gandum atau tepung pulut kerana bahan asas yang digunakan adalah berbeza sama sekali. Tepung ini banyak digunakan didalam pembuatan kueh-mueh tradisional Melayu serta penduduk ASEAN yang lain seperti di Indonesia, Thailand, Filipina malahan di negara China dan Jepun. Di negara Jepun, beras yang tidak berkanji atau beras berkanji dikisar menjadi tepung beras dinamakan 'mochi' yang merupakan bahan asas makanan dikalangan rakyat negara tersebut. Terdapat juga tepung beras yang mana ia diproses dari beras perang yang berwarna coklat untuk pasaran khusus. Tepung beras merupakan satu produk berasaskan beras (Oryza sativa) yang paling lama digunakan oleh penduduk Asia dan juga sangat berkhasiat. Pelbagai jenis makanan berasaskan tepung beras disediakan untuk makanan waktu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Walau pun kini kebanyakan tepung beras tempatan yang dijual dipasaran dimonopoli oleh beberapa syarikat sahaja tetapi ramai juga yang suka membuat tepung beras sendiri. Bekalan tepong beras tempatan mudah diperolehi dimana ia banyak dijual runcit di Pasaraya Besar, pasar tani, kedai runcit malahan juga dijual di pasar malam. Harga satu paket tepung beras juga murah dan berpatutan dengan pelbagai jenama dipasaran. Antara jenama tepung beras yang popular adalah Tepung Beras Cap Gajah 1. Ia berkualiti dan mudh dibeli dimana-mana  kedai runcit di negara kita (Sila lihat foto diatas). Tepong beras yang dibungkus dengan kali udara memang mampu bertahan lama jika disimpan dalam bilik terkawal berhawa dingin. Artikel malam Rabu ini (masih cuti raya lagi) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tepung beras untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan beberapa sumber untuk dijadikan bahan bacaan.


Kita boleh membuat tepung beras sendiri dirumah untuk kegunaan sendiri atau sebagai makanan bayi. Pada masa dahulu beras berkualiti akan direndam semalaman sebelum dijemur dengan menutupnya dengan kain alas. Kemudian apabila telah kering dijemur maka langkah seterusnya ia akan dikisar menggunakan giling batu secara tradisional (Lihat foto diatas iaitu pengisar batu tradisional lama dan mesin pengisar kering seperti alatan 'Dry Mill'.  Beras yang rendam dahulu semalaman dan kemudian dijemur sehingga betul-betul kering. Biji beras ini akan dimasukkan kedalam lubang khas diatas pengisar dan ia kemudian dipusingkan untuk menghancurkan beras menjadi tepung. Cara ini masih dilakukan dibeberapa negara seperti di India, China terutama dikawasan pendalaman yang masih tidak ada bekalan asas eletrik. Bagaimana pun sekarang amat mudah untuk kita menyediakan tepung beras sendiri dirumah dengan menggunakan Mesin Pengisar Letrik (Dry Mill Blender). Mesin ini mampu memproses beras untuk dijadikan tepong beras. Setelah dikisar sama ada guna batu pengisar atau Batu Giling atau Mesin Blender dan menjadi halus maka perlu dikeluarkan beras hancur dan masukkan kedalam ayak tepung. Ayak tepung ini digunakan untuk mengasingkan tepung dan beras yang telah hancur dengan beras yang masih belum hancur. Kisar semula beras yang belum hancur dan ayak semula sehingga selesai. Gunakan terus tepung beras yang dibuat sendiri atau anda boleh menyimpan dalam bekas kedap udara untuk mempastikan kualitinya. Tepong beras buatan sendiri lebih baik dan mampu menghasilkan kuih muih yang enak.


Kegunaan tepung beras untuk membuat pelbagai jenis kueh dinegara kita memang tidak dapat dinafi atau diasingkan lagi. Penulis dapati memang ada bermacam-macam jenis kueh basah dan kueh kering dibuat berasaskan tepung beras. Lazimnya disediakan untuk dimakan sendiri atau pun dijual sebagai aktiviti harian. Saya pun tidak dapat memberikan nama-nama kueh yang dibuat dari tepung beras. Apa yang saya dapat kenal adalah seperti Kueh Apam Bunga, Kueh Lapis (Lihat foto diatas), Kueh Koci dan Kueh Buah Melaka (Lihat foto dibawah). Lain-lain kueh yang menggunakan tepung bers seperti Rempeyek, Tepung pelita, Nagasari, Apam, Kueh Talam, Kueh Lompang, Kueh Karas, Bingka dan banyak lagi. Semua jenis kueh-mueh ini merupakan kueh kegemaran yang sangat mudah disediakan dengan kos yang juga murah asalkan kita mempunyai ilmu dan kemahiran membuatnya. Bekalan tepung beras yang ada dipasaran juga sentiasa ada dengan satu paket dijual sekitar RM 2.00 seberat 500 gram/paket. Selain dari tepung beras keluaran tempatan sering saya jumpa tepung beras buatan Thailand yang banyak dijual dipasaran tempatan. Terdapat beberapa syarikat tempatan yang mempunyai kilang memproses tepung beras tetapi kebanyakannya adalah diimport daripada negara jiran (Thailand). Bahan ini dibungkus semula dalam negara sebelum diedarkan dan dijual secara runcit diseluruh negara. Industri tepung beras adalah masih relevan dalam negara kerana ia merupakan bahan asas makanan berasal daripada beras. Semuga artikel ini menambahkan ilmu saya dan juga anda semua yang membaca blog ini. Wasallam!...
TEPUNG BERAS ... PUTIH WARNANYA...
DIBUAT KUEH... SEDAP RASANYA...
DALAM BUNGKUSAN..BERJENAMA...
MUDAH DIBELI... BUAT SAHAJA...

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Holliday Inn Melaka,
Jalan Syed Abdul Aziz,, Bandar Hilir,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1434H)
Published on 24 Nov 2016.

Tuesday, November 22, 2016

BAYAM MERAH 788

BAYAM (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayuran jenis berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran dari keluarga Amaranthaceae. Umumnya, bayam yang ditanam untuk dalam pasaran Malaysia dan mendapat permintaan tinggi terdiri daripada Bayam Hijau Berdaun Bulat, Bayam Hijau Berdaun Lonjong dan Bayam Merah. Bayam adalah jenis sayur daun dari yang kaya dengan zat seperti Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian lain seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Khasiat bayam memang tidak dapat dinafikan lagi kepada permakanan manusia sebagai sumber sayuran hijau yang enak. Saya memang suka makan sayur bayam terutama jika dimasak 'Bening Air' dan dimakan dengan ikan kering serta nasi panas terutama pada masa makan tengahari. Kebanyakkan tanaman bayam di Malaysia sselalunya di tanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas pada tanah subur yang cukup baja, cahaya matahari dengan penjagaan sempurna. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2012 dan ia meningkat sedikit pada 2016 iaitu berdasarkan kepada laporan statistik Jabatan Pertanian. Penulis blog juga mendapati kawasan utama bagi penanaman bayam komersil di Malaysia adalah di Negeri Johor (sebanyak 65% keluasan tanaman bayam di Malaysia) dan diikuti dengan Selangor serta Pulau Pinang. Artikel kali ini penulis meneruskan hobi untuk membuat rencana dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu varieti iaitu BAYAM BULAT DAUN HIJAU atau nama lainnya sebagai BAYAM BULAT DAUN PUTIH daripada 8 varieti bayam yang popular ditanam di Malaysia berdasarkan kepada kajian teknikal yang dijalankan.



Terdapat lapan (8) varieti Bayam yang penulis bersama pasukan ditubuhkan untuk buat kajian iaitu bayam jenis komersil yang ditanam dinegara kita untuk kita mengenal akan varieti tersebut berasaskan kepada pencirian teknikal. Varieti yang saya akan bincang dalam siri ini mengambil masa kutipan data selama 1 tahun untuk proses mengumpul maklumat dengan menanamnya diseluruh negara dengan kerjasama Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Malaysia. Penanaman varieti bayam ini daripada banyak lokasi berada di seluruh Semenanjung Malaysia. Varieti yang dikaji adalah (1) Bayam Merah Bangladesh - Green Eagle 806 (2) Bayam Bulat Separuh Merah - Green Eagle 802 (3) Bayam Hijau Daun Panjang - Soon Huat Seeds S131 (4) Bayam Merah - Soon Huat Seeds S133 (5) Bayam Hijau Berdaun Bulat - Leckat Seeds 3388 (6) Bayam Hijau Berdaun Bulat/Lonjong - Leckat Seeds 088 (7) Bayam Merah - Leckat Seeds 788 (8) Bayam Merah Penuh - Leckat Seeds N888. Benih daripada tiga syarikat ini dibeli daripada kedai penjual benih serta syarikat pengedar benih untuk mempastikan ianya juga benih yang sama digunakan oleh kebanyakan petani yang menanam sayur bayam secara komersil. Kaedah penanaman mengikut Piawaian Teknik Kajian RCBD dengan ulangan penanaman beberapa kali (minima 3 kali ulangan) untuk setiap varieti yang dipilih. Pegawai pelaksana diberikan penerangan kaedah untuk menentukan pencirian dan pengukuran tanaman bayam. Pakej Amalan Teknologi penanaman bayam daripada Jabatan Pertanian digunapakai dalam menjalankan ujikaji.



Varieti Bayam Merah 788 ini diedarkan oleh Leckat Seeds dengan bungkusan plastik kedap udara berwarna putih biru dengan ada gambar varieti dipaparkan pada label paket (Sila lihat foto sebelah). Nama lain varieti ini ditulis sebagai 'Autumn Green Amaranth 788'. Kajian dari pasaran menunjukkan benih varieti ini dipasarkan dengan harga jualan runcit sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 sekilogram bergantung kepada saiz pembungkusan. Keterangan pada paket benih dinyatakan mengenai nama varieti, tarikh lupus dan berat benih didalam paket tetapi tiada maklumat mengenai kadar penyemaian yang sesuai digunakan untuk varieti ini. Penanaman dalam petak kajian dibuat dengan sistem tabur terus diatas batas setelah media tanaman adalah tanah yang dicampur dengan pasir halus pada kadar 1:40 (Benih : pasir halus). Satu gram benih mengandungi sekitar 900 - 1,100 biji bayam yang halus ini. Cara penanaman bayam mengikut pakej teknologi tanaman bayam yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Amalan agronomi penanaman dilakukan seperti dalam panduan menanam bayam komersil.


Bayam varieti ini mempunyai bentuk daun 'Broad Ovate' atau dalam bahasa kita agaknya Lebar Ovat dengan warna daunnya adalah hijau dibahagian tepi dan merah ungu dibahagian tengahnya terutama amat jelas dilihat dibahagian bawah laidaun (Sila lihat foto sebelah). Penulis blog yang meniliti mendapati dibahagian tepi lai daun tidak ada sedikit lekukan (lobing) pada varieti ini. Dibahagian hujung laidaun bentuknya bulat (Rounded) dan bentuk permukaan pada daun pada pokok (curving of leaf margin) adalah mendatar (flat). Bentuk tangkai daun pada batang (petiole altitude) didapati menegak (erect) dengan nyata. Varieti ini mempunyai batang dan daun diperingkat awal penanaman adalah merah ungu solid dengan akarnya berwarna putih krim. Dari segi pertumbuhan, varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan sederhana cepat dikalangan semua varieti. Varieti ini selalunya hanya ditanam oleh petani khususnya untuk pasaran segar dan antara yang diminati oleh ramai pengguna kerana mempunyai warna hijau yang menarik dan segar. Varieti ini akan menghasilkan bunga dengan jambak berwarna hijau (lihat foto dibawah).


Bayam varieti ini merupakan varieti yang popular dikalangan pengguna tempatan diseluruh Malaysia. Bayam ini dimasak masak air, sup atau ditumis dan dimakan bersama nasi lazimnya pada hidangan makan tengahari. Kajian daripada beberapa sumber mendapati bayam varieti daun merah ini memang mengandungi bahan vitamin, zat galian seperti Posforan, Kalium, Zat Besi dan juga Manganese yang baik untuk meningkatkan kesihatan kita. Dalam batang bayam merah kaya dengan bahan seperti Alkoloid, Flavanoid dan juga Poliferol. Antara khasiat bayam ini didakwa baik untuk sistem pencernaan kita, dapat mengurangkan kemungkinan Penyakit Nyanyuk (Alzeimer), Antikanser, Awet muda, mengurangkan risiko serangan diabetik, meningkatkan pengambilan serat dan sebagainya. Paling penting adalah semasa memasak jangan sampai 'overcook' sehingga banyak kandungan zat hilang. Kepada semua rakyat Malaysia saya syorkan tanam sendiri bayam BULAT HIJAU BERDAUN BULAT 3388 ini dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri secara organik. Penulisan ini berdasarkan kepada kertas yang dibentangkan dalam Seminar Teknikal Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian yang dilaksanakan. Selamat mengenali Bayam Merah 788. Wasallam!.
BAYAM MERAH BERDAUN OVAT...
NOMBOR 788 PENGEDAR LECKAT...
VARIETI POPULAR DITUMIS PEKAT...
SESUAI DIMAKAN BANYAK KHASIAT...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pulau Gadong Agriculture Center,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.

(4 Ogos 2013)
Posted bya November 2016 (3years after).

Monday, November 21, 2016

CEKER AYAM

CEKER AYAM atau dalam bahasa kita dipanggil sebagai KAKI AYAM merupakan bahagian kaki ayam yang dipotong semasa proses pemotongan ayam. Bahagian ayam yang sering diasingkan selain daripada daging ayam sama ada dibuang atau dijual berasingan adalah seperti Kaki Ayam, Kepala Ayam, Usus Ayam, Perut Ayam, Hati Ayam, Pedal Ayam dan juga Organ Dalaman lain serta Bulu Ayam. Bagaimana pun bahagian yang terus dibuang adalah Bulu Ayam sementara yang lainnya ada nilai ekonomi. Usus Ayam dan bahagian dalam ayam sering digunakan sebagai bahan makanan untuk ikan air tawar terutama ikan keli dalam kolam ikan komersil. Bahagian kepala diambil untuk dimakan oleh golongan tertentu sementara hati dan pedal ayam dimasak sebagai lauk atau dibuat sate. Diantara bahagian tersebut kini Kaki Ayam merupakan pilihan ramai peminat makan 'ceker ayam' dalam bahasa jawa dimana ia dihidangkan dalam pelbagai resepi. Kalau dahulu kaki ayam ini dibuang sahaja tetapi kini penjual ayam daging akan mengasingkan bahagian ini. Penulis mendapati lazimnya ia akan dijual dengan harga yang sesuai bergantung kepada lokasi dan mudah dibeli di Pasar Basah, Pasar Malam, Pasar Tani malahan dalam pasaraya pun ia sering ada dijual. Saya menulis artikel ini selepas menjamu selera 'Kari Ceker Ayam' yang dihidangkan dengan roti canai di Pekan Air Hitam, Johor yang popular dengan Bandar Produk Untuk Kenduri Kahwin dan Pengantin. Satu pinggan dengan 4 potong kaki ayam dijual dengan harga cuma RM1.00 sahaja (Paling murah yang saya jumpa - restoren orang Jawa BP). Ini berbeza dengan kari kambing di restoren Bai berharga RM5.00 sepinggan dimakan dengan capati pada kesokkan harinya. Pengalaman saya dengan Sanusi (Boss lama di Johor) yang sangat minat dengan resepi kaki ayam mendapati beliau memang akan cari tempat makan yang ada menjual resepi kaki ayam. Kini ada banyak resepi telah dipopularkan dicipta untuk masak kaki ayam di Malaysia (Hebat lagi di Indonesia agaknya) sebagai hidangan semakin popular. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan ceker ayam sebagai satu sumber makanan berkhasiat untuk bacaan dan rujukan anda pembaca blog ini.

Bagi sesetengah orang 'ceker ayam' ini merupakan makanan yang tidak disukai atau geli untuk makannya mungkin karena kaki ayam dikaitkan dengan kekotoran. Ini kerana kaki ayam memijak tanah dan tahi ayam yang memang tidak hygenik. Kaki ayam mempunyai struktur dari paras lutut sehingga kepada jarinya yang bercabang. Lazimnya ia dipotong dan dibersihkan dengan membuang bahagian kukunya dan bahagian kulit sisik (bagi ayam tua). Kemudian ia dibasuh bersih dengan air dan boleh dimasak. Ia boleh dimasak terus atau pun disimpan dalam peti ais sejuk beku untuk jangkamasa yang lama. Pengalaman saya makan ceker ayam ini semanjak kecil dulu dikampong (ayam kampong) dimana ia merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat tempatan terutama ketika majlis kenduri kahwin dimana banyak ceker ayam. Lazimnya ceker ayam ini dimasak resepi 'ungkep' bersama pedal ayam, hati ayam dan usus ayam untuk dihidangkan kepada kendarat pada waktu pagi sebelum mulakan aktiviti rewang. Kaki ayam memang tidak asing di makan sejak dahuu dikalangan masyarakat Jawa di Johor yaang menjadikan ia sebagai satu budaya. Kini setelah ada lamanweb, baru kita dapat membuat rujukan bahawa kaki ayam rupanya amat berkhasiat dan menjadi bahan rebutan ramai peminat.

Tapi tahukah anda disebalik namanya sebagai 'ceker ayam' ada tersembunyi banyak manfaat yang perlu anda mengetahuinya. Ini terutama ditujukan kepada mereka yang tidak suka makan kaki ayam kerana geli dan fikir ia adakah bahan buangan.Ada beberapa rakan yang menyatakan bahawa kandungan kaki ayam seakan sama dengan khasiat Sirip Ikan Yu yang mahal. Kajian ahli permakanan mendapati salah satu kandungan bermanfaat yang terkandung pada sirip ikan Yu dan ada pada Kaki ayam adalah kandungan Kartilago atau Tulang Rawan. Bahan ini didakwa mampu untuk memperbaiki kekebalan badan (immunity system) dan mampu untuk mencegah kanser. Kandungan  banyak bahan Kartilago pada kaki ayam mampu untuk merawat masaalah sakit sendi. selain itu didakwa bahawa kaki ayam mampu merawat dan menjaga kulit. Ini kerana ceker ayam telah disahkan mengandung kolagen yang didakwa berfungsi mengentatkan dan menghaluskan kulit termasuk kulit pada bahagian wajah. Kandungan Kolagen dalam kaki ayam bermanfaat untuk membantu pertumbuhan dan menguatkan tulang bayii yang mula membesar. Dalam beberapa laporan juga dinyatakan kaki ayam yang mengandungi Kartilago serta kolagen berkhasiat untuk merawat pesakit reumatik (sakit tulang) dengan mengambilnya secara berjadual.

Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya masaalah ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh atau tulang yang mudah retak atau mudah patah. Lazimnya masalah tulang ini tidak akan menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Kajian tersebut menunjukkan bagi mencegah kes seperti osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan untuk mengurangkan faktor risiko dengan cara meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. bagi mengelakkan tulang rapuh adalah digalakkan agar kita makan kaki ayam. Ini kerana kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelakkan kes tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Kaki Ayam didakwa mengandungi Hydroxyapatite oleh Bl Health yang berasal dari tulang makanan. Logiknya kaki ayam adalah jenis makanan tepat untuk tulang kerana ia juga adalah jenis tulang. Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. Anda munkin baru tahu kejadian tulang patah akibat jatuh atau timbulnya rasa sakit yang amat sangat kerana tulang retak atau patah. Antara bahagian tulang yang sering patah adalah bahagian pergelangan tangan, tulang belakang dan tulang pinggang.

Kejadian osteoporosis itu degeratif dimana ia mula muncul setelah orang berusia di atas 45 tahun. Bagaimana pun kini penyakit ini boleh menyerang golongan muda yang gaya hidupnya tidak sihat seperti kuat merokok, malas bersukan, minum kopi dalam dos berlebihan dan juga mengambil bahan minuman keras. Selama ini ramai kita mengetahui kalsium adalah ubat dari penyakit yang dibincangkan. Kalsium hanya mampu menguatkan tulang bahagian luar saja sedangkan yang penting kita nutrisi adalah tisu tulang dibahagian dalamnya. Tulang bahagian dalam akan menghasilkan zat yang bernama zat hydroxyapatite yang kemudian akan menguatkan tulang bagian luar. Zat ini didapati mempunyai komponen sama dengan tulang dan lapisan keras mamalia. Kini terbukti bahawa salah satu makanan yang banyak mengandung zat ini adalah kaki ayam atau ceker. Kandungan utama pada ceker ayam adalah Asid Amino iaitu komponen asa kepada protein. Dalam Asid Amino sendiri terdapat glisin-prolin, hidroksiprolin-agrinis-glisin yang terkandung dalam kaki ayam. Ceker ayam juga mengandung zat kapur dan sejumlah mineral. Bahan Kalsium memang peranan untuk kekuatan tulang termasuk membantu mengatur degupan jantung, pertumbuhan otot dan mencegah kepekatan darah. Tubuh badan manusia akan mencari sumber kalsium yang diperlukan tulang. Oleh itu makan kaki ayam merupakan satu aktiviti sihat asalkan mengambilnya dengan cara betul dan tidak berlebihan. Makanlah hidangan ;'ceker ayam' yang berkhasiat, lazat dan selamat dimakan sama ada dimasak sendiri atau yang dijual di restoren. Wasallam!.
CEKER AYAM... KAKI AYAM SAMA...
HARGA MURAH...DIJUAL DIMANA...
MASAK KARI...SUP PUN BIASA...
BERKHASIAT... TULANG PERKASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Air Hitam,
Taman Bistari, Air Hitam,
Johor, Malaysia.
(7 Zulhijjah 1435H)
Published on 21 November 2016

Sunday, November 20, 2016

GETAH - INOVASI ALAT RRI METER


TANAMAN GETAH (Hevea brasilliensis) merupakan satu industri penting di negera kita dan menajdi tanaman yang ke 2 terluas selepas kelapa sawit. Penanaman pokok getah ini dilaksanakan oleh sektor Pekebun Kecil dan perladangan. Pekebun kecil mendominasi tanaman getah dan menjadi sumber pekerjaan penting dalam negara untuk menoreh getah. Susu Getah yang dihasilkan selepas meroreh getah akan dipungut dan diproses sebelum dijual. Harga getah yang menurun pada masa ini menyebabkan golongan penoreh getah antara kumpulan yang berpendapatan rendah berbanding dengan sektor lain. Selain itu terdapat beberapa isu lain seperti isu penentuan Kandungan Getah Kering (KGK) untuk getah dalam bentuk cecair atau beku dimana isu ini telah menghantui industri getah negara sejak puluhan tahun dahulu. Isu dan perkara ini disebabkan kandungan KGK memainkan peranan penting dalam menentukan kadar harga serta kualiti getah yang terhasil bermula dari ladang sehingga ke kilang. Selama ini memang tiada suatu alat khas yang dapat menentukan KGK secara tepat dan pantas untuk digunakan oleh mereka yang terlibat didalam menentukan kualiti dalam industri getah. Hasil kajian dan ciptaan maka muncul sejenlis alai iaitu 'RRImeter' hasil inovasi terkini daripada sekumpulan penyelidik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang gigih membuat kajian. Menurut Timbalan Pengarah (Inovasi dan Penyelidikan) LGM, Dr. Zairossani memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kaedah penentuan KGK yang dibangunkan oleh agensi tersebut sebelum ini tetapi memiliki kekangan tertentu. Jelasnya beberapa kaedah yang sedia ada memerlukan tempoh yang panjang, kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi, prosedur yang rumit serta memerlukan kakitangan yang terlatih. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai alat RRImeter sebagai satu alatan mampu untuk menentukan KGK getah untuk rujukkan anda.


Dalam isu ini walaupun kaedah piawai penentuan KGK telah dibangunkan dan diiktiraf oleh badan tertentu namun keperluan analisis yang menitikberatkan faktor kecepatan ujian dan laporan, ketepatan, ujian yang ringkas serta kos yang rendah amat diperlukan. Apa yang lebih penting tentang peralatan tersebut dapat dikawal selia oleh LGM bagi mengelakkan sebarang usaha didalam menyalahgunakan kemudahan atau manipulasi sistem tersebut. Alat RRImeter merupakan kaedah analisis alternatif berasaskan teknologi NIR (Near Infrared) bagi menangani keperluan pengguna bagi menentukan kandungan KGK (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya NIR merupakan teknologi yang sering untuk digunakan dalam aplikasi pengimejan molekular, analisis farmaseutikal dan organik kimia, bioteknologi dan pelbagai lagi bidang. Pada masa kinisebenarnya terdapat pembuat mesin instrumen analisis menggunakan kelebihan dan keunikan NIR dalam menghasilkan alat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti serta menentukan kuantiti unsur yang terdapat dalam spesimen. Teknologi ini bukan sahaja dapat memberikan kadar bacaan yang tepat dan pantas malah tidak menggunakan sebarang bahan kimia. Apabila menggunakan RRImeter juga kini tidak memerlukan kakitangan profesional yang berkemahiran tinggi untuk mereka mengoperasikannya. Penggunaan teknologi NIR membolehkan RRImeter menentu dan mengesan secara terus hidrokarbon yang terdapat di dalam sampel yang mampu memberikan kandungan sebenar KGK. Peranti itu bukan sahaja mampu menentukan KGK getah cair dan getah bekuan, malah aplikasi yang sama boleh digunakan untuk menentukan kandungan unsur-unsur lain yang terdapat di dalam getah tersebut.

Kajian selama dua tahun di LGM yang telah bermula pada tahun 2014 itu kini berjaya membuahkan hasil apabila berjaya menguji hampir 5,000 sampel susu getah dan kini sedia dikomersialkan. Bagi tujuan tersebut diberitahu bahawa aktiviti kalibrasi (penentu ukur) menggunakan RRImeter sedang giat dilaksanakan bagi menentukan kandungan protein dan quebrachitol di dalam getah dan diikuti dengan pelbagai kandungan unsur dan sebatian mengikut keperluan industri (Sila lihat foto disebelah). Pada masa kini peranti berteknologi NIR seperti yang dicadang telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sebagai contoh antara pengilang besar berasaskan agrikultur telah menggunakan teknologi tersebut bagi penentuan kandungan unsur produk, kawalan kualiti, pemantauan produktiviti dan pelbagai lagi. RRImeter ini digunakan bersama aplikasi teknologi NIR menawarkan penambahbaikan kaedah penentuan KGK iaitu satu akses pemantauan dan penentu ukuran secara dalam talian dan sistem laporan secara integrasi. Perkara ini sekali gus dapat mengawal manipulasi dan ketirisan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kini alat RRImeter telah sedia untuk dikomersialkan secara besar-besaran oleh LGM menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat dari luar negara dan dipasarkan oleh Matrix Analytical Solution Sdn. Bhd. yang merupakan ejen kepada pengeluar tersebut.

Pasaran getah dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang. Ini kerana pasaran getah dunia mengalami kesan kejatuhan kmoditi ini semenjak beberapa tahun lepas dan menjejaskan pendapatan pekebun kecil getah. Kini pasaran getah Malaysia diunjur semula dimana dijangka meningkat minggu depan memandangkan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjadi komoditi itu lebih murah kepada pembeli. Peniaga berkata mata wang tempatan yang rendah menjadikan komoditi itu lebih menarik sekali gus mewujudkan permintaan baharu dari pembeli terutama dari luar negara. Laporan menunjukkan bagi minggu yang baru berakhir didapati pasaran getah tempatan pada awalnya mencatat prestasi bercampur-campur namun pada 15 November 2016 didapati harga telah melonjak ke paras tertinggi yang pernah dicatat pada Januari 2014. Jika dilihat berdasarkan mingguan, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 95.5 sen kepada 709 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok 22 sen kepada 524 sen sekilogram. Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 melonjak 111 sen kepada 726.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 22.5 sen kepada 525.5 sen sekilogram. Peningkatan harga getah akan melegakan ramai penoreh dan pekebun kecil getah bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini. Peningkatan harga ini didoakan akan berlaku dalam jangkamasa yang panjang dan tidak tutun naik tanpa haluan. Pekebun kecil getah yang terjejas pendapatannya juga diberikan nasihat untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti seperti menanam cendawan, membuat projek industri asas tani, menanam tanaman kontan dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!!!!.
TANAMAN GETAH... INDUSTRI LAMA...
KADAR DALAM KGK... PERU DIPERIKSA...
ALAT DICIPTA... KUALITI DAPAT DIJANA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO KONGSI SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Hollidah Inn Melaka,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(20 Safar 1438H)

GETAH - INOVASI ALAT RRI METER


TANAMAN GETAH (Hevea brasilliensis) merupakan satu industri penting di negera kita dan menajdi tanaman yang ke 2 terluas selepas kelapa sawit. Penanaman pokok getah ini dilaksanakan oleh sektor Pekebun Kecil dan perladangan. Pekebun kecil mendominasi tanaman getah dan menjadi sumber pekerjaan penting dalam negara untuk menoreh getah. Susu Getah yang dihasilkan selepas meroreh getah akan dipungut dan diproses sebelum dijual. Harga getah yang menurun pada masa ini menyebabkan golongan penoreh getah antara kumpulan yang berpendapatan rendah berbanding dengan sektor lain. Selain itu terdapat beberapa isu lain seperti isu penentuan Kandungan Getah Kering (KGK) untuk getah dalam bentuk cecair atau beku dimana isu ini telah menghantui industri getah negara sejak puluhan tahun dahulu. Isu dan perkara ini disebabkan kandungan KGK memainkan peranan penting dalam menentukan kadar harga serta kualiti getah yang terhasil bermula dari ladang sehingga ke kilang. Selama ini memang tiada suatu alat khas yang dapat menentukan KGK secara tepat dan pantas untuk digunakan oleh mereka yang terlibat didalam menentukan kualiti dalam industri getah. Hasil kajian dan ciptaan maka muncul sejenlis alai iaitu 'RRImeter' hasil inovasi terkini daripada sekumpulan penyelidik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang gigih membuat kajian. Menurut Timbalan Pengarah (Inovasi dan Penyelidikan) LGM, Dr. Zairossani memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kaedah penentuan KGK yang dibangunkan oleh agensi tersebut sebelum ini tetapi memiliki kekangan tertentu. Jelasnya beberapa kaedah yang sedia ada memerlukan tempoh yang panjang, kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi, prosedur yang rumit serta memerlukan kakitangan yang terlatih. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai alat RRImeter sebagai satu alatan mampu untuk menentukan KGK getah untuk rujukkan anda.

Dalam isu ini walaupun kaedah piawai penentuan KGK telah dibangunkan dan diiktiraf oleh badan tertentu namun keperluan analisis yang menitikberatkan faktor kecepatan ujian dan laporan, ketepatan, ujian yang ringkas serta kos yang rendah amat diperlukan. Apa yang lebih penting tentang peralatan tersebut dapat dikawal selia oleh LGM bagi mengelakkan sebarang usaha didalam menyalahgunakan kemudahan atau manipulasi sistem tersebut. Alat RRImeter merupakan kaedah analisis alternatif berasaskan teknologi NIR (Near Infrared) bagi menangani keperluan pengguna bagi menentukan kandungan KGK (Sila lihat foto disebelah). Sebenarnya NIR merupakan teknologi yang sering untuk digunakan dalam aplikasi pengimejan molekular, analisis farmaseutikal dan organik kimia, bioteknologi dan pelbagai lagi bidang. Pada masa kinisebenarnya terdapat pembuat mesin instrumen analisis menggunakan kelebihan dan keunikan NIR dalam menghasilkan alat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti serta menentukan kuantiti unsur yang terdapat dalam spesimen. Teknologi ini bukan sahaja dapat memberikan kadar bacaan yang tepat dan pantas malah tidak menggunakan sebarang bahan kimia. Apabila menggunakan RRImeter juga kini tidak memerlukan kakitangan profesional yang berkemahiran tinggi untuk mereka mengoperasikannya. Penggunaan teknologi NIR membolehkan RRImeter menentu dan mengesan secara terus hidrokarbon yang terdapat di dalam sampel yang mampu memberikan kandungan sebenar KGK. Peranti itu bukan sahaja mampu menentukan KGK getah cair dan getah bekuan, malah aplikasi yang sama boleh digunakan untuk menentukan kandungan unsur-unsur lain yang terdapat di dalam getah tersebut.

Kajian selama dua tahun di LGM yang telah bermula pada tahun 2014 itu kini berjaya membuahkan hasil apabila berjaya menguji hampir 5,000 sampel susu getah dan kini sedia dikomersialkan. Bagi tujuan tersebut diberitahu bahawa aktiviti kalibrasi (penentu ukur) menggunakan RRImeter sedang giat dilaksanakan bagi menentukan kandungan protein dan quebrachitol di dalam getah dan diikuti dengan pelbagai kandungan unsur dan sebatian mengikut keperluan industri (Sila lihat foto disebelah). Pada masa kini peranti berteknologi NIR seperti yang dicadang telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sebagai contoh antara pengilang besar berasaskan agrikultur telah menggunakan teknologi tersebut bagi penentuan kandungan unsur produk, kawalan kualiti, pemantauan produktiviti dan pelbagai lagi. RRImeter ini digunakan bersama aplikasi teknologi NIR menawarkan penambahbaikan kaedah penentuan KGK iaitu satu akses pemantauan dan penentu ukuran secara dalam talian dan sistem laporan secara integrasi. Perkara ini sekali gus dapat mengawal manipulasi dan ketirisan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kini alat RRImeter telah sedia untuk dikomersialkan secara besar-besaran oleh LGM menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat dari luar negara dan dipasarkan oleh Matrix Analytical Solution Sdn. Bhd. yang merupakan ejen kepada pengeluar tersebut.

Pasaran getah dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang. Ini kerana pasaran getah dunia mengalami kesan kejatuhan kmoditi ini semenjak beberapa tahun lepas dan menjejaskan pendapatan pekebun kecil getah. Kini pasaran getah Malaysia diunjur semula dimana dijangka meningkat minggu depan memandangkan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjadi komoditi itu lebih murah kepada pembeli. Peniaga berkata mata wang tempatan yang rendah menjadikan komoditi itu lebih menarik sekali gus mewujudkan permintaan baharu dari pembeli terutama dari luar negara. Laporan menunjukkan bagi minggu yang baru berakhir didapati pasaran getah tempatan pada awalnya mencatat prestasi bercampur-campur namun pada 15 November 2016 didapati harga telah melonjak ke paras tertinggi yang pernah dicatat pada Januari 2014. Jika dilihat berdasarkan mingguan, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 95.5 sen kepada 709 sen sekilogram dan susu getah pukal menokok 22 sen kepada 524 sen sekilogram. Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang bagi SMR 20 melonjak 111 sen kepada 726.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 22.5 sen kepada 525.5 sen sekilogram. Peningkatan harga getah akan melegakan ramai penoreh dan pekebun kecil getah bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini. Peningkatan harga ini didoakan akan berlaku dalam jangkamasa yang panjang dan tidak tutun naik tanpa haluan. Pekebun kecil getah yang terjejas pendapatannya juga diberikan nasihat untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti seperti menanam cendawan, membuat projek industri asas tani, menanam tanaman kontan dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info tambahan kepada pembaca semua. Wasallam!!!!.
TANAMAN GETAH... INDUSTRI LAMA...
KADAR DALAM KGK... PERU DIPERIKSA...
ALAT DICIPTA... KUALITI DAPAT DIJANA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO KONGSI SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Hollidah Inn Melaka,
Bandar Hilir, Melaka,
Malaysia.
(20 Safar 1438H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...