Support My Blog

Friday, March 23, 2012

SIPUT BABI

SIPUT BABI ( Achatina fulica) merupakan sejenis haiwan dari kumpulan siput didalam keluarga Achatininae yang mudah kita jumpa dikawasan kebun dan keliling rumah yang ada tumbuh-tumbuhan. Siput ini merupakan siput diatas tanah atau atas daratan walau pun banyak kumpulan siput lain yang hidup didalam air serta mempunyai organ seperti hidupan lain didalam air.  Saya kenal siput ini semenjak kecil lagi kerana dikawasan rumah di kampong dulu memang mudah hendak jumpa siput babi terutama dikawasan lembab seperti dicelah-celah pokok keladi, pokokk pisang dan dan pokok bunga. Semasa membuat rujukan mendapati siput babi ini dinamakan Giant African Snail yang tergolong dalam kumpulan Moluska (mollusca) dimana bergerak menggunakan organ perut dan sangat perlahan. Kita tentu masih ingat certia Sang Siput berlumba dengan Sang Arnab dimana kita tahu yang siput bergerak sangat lambat tetapi akhirnya diceritakan arnab tertidur dan siput menang dalam perlumbaan ini. Artikel malam ini saya menulis teknologi dan marfologi mengenai siput babi untuk bacaan anda.


'Siput Babi' tidak diketahui bagaimana ia mendapat nama. Kalau difikirkan kaitan antara siput babi dengan babi, mungkin ini berlaku kerana babi suka akan makan siput ini didalam keadaan ekosistem...atau saya agak ada orang terpijak dan sangat geli akan siput ini dan dia menyumpah 'Babi kau' lalu jadilah haiwan ini digelar 'siput babi'. Siput ini mempunyai cengkerang yang besar dibelakangnya berwarna coklat terang dengan coklat kekuningan yang terang berjalur-jalur atau selari. Warna cengkerang bergantung kepada lokaliti, jenis permakanan dan spesis. Cengkerang yang berbentuk piramid ini mempunyai bucu hujung yang tirus berbentuk spiral. Cengkerang ini mempunyai 7-9 pusingan apabila siput babi cukup dewasa. Fungsi cengkerang (conical shell) ini adalah sebagai perumah , pelindung, dan simpanan makanan yang keras dan tahan lama. Saiz cengkerang ini lazimnya sekitar 5-10 cm panjang tetapi ada yang mencecah sehingga 15 cm. Anggaran berat siput babi diantara 80 - 150 gram.


Terdapat 4 spesis siput babi yang direkodkan dalam wikepedia iaitu A. fulica hamillei, A. fulica rodafzi, A. fulica sinistrosa dan A. fulica umbilicata. Siput babi bergerak perlahan menggunakan perutnya yang mengandungi otot-otot khusus dan mengeluarkan lendir untuk mengembang dan mengecut sehingga mampu bergerak, melekat pada dahan atau bahagian bawah daun. Terdapat sepasang sesungut atau kelihatannya macam mata pada hujung sesungut yang boleh memanjang dan memendekkannya dibahagian kepala (Lihat foto sebelah). Keseluruhan bahan lembut badan, kepala perut dan ekor boleh masuk kedalam cengkerang apabila siput babi terancam atau untuk pertahanan diri. Siput ini akan berada didalam cengkerang beberapa lama sehingga ia rasa selamat dan akan keluar. 


Kajian dari buku mengenai siput babi menunjukkan siput babi mampu hudup selama 5 - 7 tahun (lama tu!) dari peringkat telur, anak dan dewasa. Ada laporan di mana dikawasan asal siput babi iaitu di Benua Afrika siput ini mampu hidup selama 10 tahun dikawasan habitat semulajadi. Siput Babi adalah haiwan HERMAPRODITE atau bahasa kita jenis 'Pondan' dimana mempunyai kedua-dua organ tettes dan ovari. Bagaimana pun siput perlu mengawan untuk bertukar-tukar gamete dan akhirnya bertelur selapas mengawan. Dua ekor siput yang mengawan ini akan melekat beberapa lama antara setengah jam sehingga 2 jam baru  selesai. Telur siput sebanyak 200 -300 biji dihasilkan dengan kekerapan bertelur sebanyak 5 - 6 kali dalam setahun. Apa yang menarik tentang siput ini adalah keupayaan menyimpan gamete dalam badannya selama 2-3 tahun tanpa perlu mengawan lagi. Telur siput babi menetas dalam 18 - 21 hari dengan peratus penetasan sehingga lebih 90% tanpa perlukan persekitaran khusus.


Siput babi adalah sejenis haiwan herbivore yang makan banyak jenis bahagian tumbuhan seperti daun, buah dan sayur-sayuran terutama dibahagian lembut seperti pucuk dan daun muda. Siput ini juga dilaporkan makan tanah, pasir, batu-batuan dan juga tulang atau konkrit untuk pembentukan cengkerang yang keras. Bagaimana pun siput jarang-jarang dijumpai memakan cengkerang siput lain. Keupayaan cara permakanan siput menyebabkan haiwan ini mampu membiak dengan banyak jika mempunyai sumber makanan yang banyak. Sifatnya yang kuat makan menyebabkan siput babi di kategorikan sebagai HAIWAN PEROSAK dalan sektor pertanian. Kawasan tanaman seperti sayur-sayuran dan pucuk buah-buahan yang rendak atau anak benih yang baru ditanam memang disukai oleh siput. Serangan selalunya berlaku pada malam hari dimana cuaca sejuk dan tiada sinaran matahari.


Pengalaman saya menanam sayur dibawah program Bumi Hijau dikeliling rumah dulu (ketika tinggal di Kuarters di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching, Sarawak) memang sangat geram apabila anak benih petola yang sedang naik habis di baham siput ini. Terpaksa tanam semula dan cri kaedah kawalan yang sesuai mengelakan serangan siput babi. Kalau nasib baik jumpa siang hari bersembunyi dicelah-celah pokok atau rumput tetapi kalau malam hari memang confirm jumpa. Kawalan dengan menggunakan racun kimia seperti SIPUTOX juga berkesan mengawal siput babi. Lazimnya jika siput dah makan anakbenih sayur yang saya tanam memang musnah semuanya!....Geram betul!


Saya ada mendengar cerita bagaimana siput babi ini dijadikan bahan makanan oleh manusia dengan memungutnya dan di buat sate. Sate siput babi diperbuat dengan memecahkan cengkerang dan mengeluarkan isinya dan dibasuh sehingga bersih. Daging siput babi di campur dengan ramuan seperti garam, rempah dan diperap sehingga serasi dan kemudian dibakar menggunakan api kayu arang. Bubuh sedikit minyak dan bakar sehingga masak. Kata rakan saya yang permnah makan sate siput babi memang rasanya sedap dan kenyal serta dipercayai mengandungi protin yang tinggi sekitar 20%. Saya percaya siput babi masih dijadikan makanan dibeberapa negara (tak nak sebut nama negara tersebut) yang saya lawati dua tahun lepas....gelinya. Tidak apalah.....wasallam.


SIPUT BABI.....UNIK BENTUKNYA....
JALAN PERLAHAN....ARNAB DIKALAHKANNYA...
MUSUH TANAMAN...PERLU DIMUSNAHKANNYA...
SATE SIPUT BABI...HALALKAH FATWANYA....


By,
M Anem
Banting, Selangor,
Malaysia.

(30 Rabiulakhir 1433H)

Thursday, March 22, 2012

VARIETI BUAH-BUAHAN YANG DISYORKAN

Terdapat banyak jenis varieti buah-buahan tropika yang ditanam di Malaysia daripada jenis yang tradisional, jenis lama seperti buah nadir sehinggalah jenis buah komersil. Kebanyakan varieti buah-buahan tempatan ditanam berasaskan kepada kesediaan anakbenih, minat petani, potensi hasil dan pendapatan hasil jualan atau ditanam secara suka-suka atau hobi sahaja. Tanaman buah-buahan yang disyorkan untuk ditanam secara komersil akan di tanam dengan amalan agronomi dan sistem penanaman terbaik untuk menghasilkan buah yang berkualiti dan selamat dimakan. Beberapa varieti buah-buahan telah di syorkan untuk penanaman secara komersil berdasarkan laporan pengesyoran oleh Jabatan Pertanian dimana ia mampu memberikan alternatif kepada petani-petani sebelum aktiviti  menanam dijalankan. Artikel subuh ini saya menulis beberapa jenis buah-buahan yang telah  disyorkan untuk makluman pembaca.


Cempedak CH33
Tanaman Cempedak (Artocarpus chempeden) di negara kita adalah untuk kegunaan makan segar. Terdapat 3 jenis cempedak yang telah disyorkan iaitu Varieti atau Klon CH 28, CH30 dan juga CH 33. Varieti ini merupakan varieti yang popular ditanam sehingga mencapai keluasan 10,700 hektar pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 39,050 metrik tan. Varieti CH 28 berasal dari Pusat Pertanian Serdang (Tiada nama tempatan) sementara CH30 dipanggil sebagai Kuang 4 (ada juga yang kata Paya Jaras). Varieti CH 33 adalah cempedak yang berasal dari Kedah dipanggil nama tempatan sebagai Cempedak Chin (Sila klik disini untuk untuk maklumat klon cempedak yang telah berdaftar di Malaysia). Bagi tanaman Nangka (Artocarpus heterophyllus) pula terdapat 3 variei yang telah disyorkan untuk penanaman iaitu Nangka varieti J29, J 31 dan J 32. Artikel mengenai Nangka (Klik disini) menjelaskan teknologi penanaman nagka di Malaysia sementara maklumat mengenai jenis-jenis klon nangka boleh dibaca dari artikel ini (Sila klik disini).  Nangka kini ditanam secara meluas di TKPMLanchang, Temerloh Pahang dengan beberapa varieti terutama dari varieti Tekam Yellow (J 33).


Durian D197
Bagi Durian (Durio zibethinus) pula terdapat 7 varieti yang telah disyorkan untuk ditanam terdiri daripada D24, D99, D123, D 145, D158, D159 dan D169. Maklumat mengenai varieti ini boleh dibaca dalam artikel klon durian yang didaftarkan di Malaysia (Sila klik disini). Terdapat seluas 105,000 hektar tanaman durian di Malaysia pada tahun 2011 dengan dianggarkan sebanyak 50% daripada keluasan tersebut mengeluarkan buah setiap tahun. Penghasilan buah durian selalunya banyak bergantung kepada faktur cuaca selain daripada amalan agronomi dan tahap serangan perosak. Sila baca artikel mengenai durian bertajuk Durian (klik disini), Durian Musang King (Klik disini), Durian D24 (Klik disini) dan Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini) untuk menambahkan lagi maklumat mengenai tanaman durian.

Terdapat 2 jenis Limau Bali (Citrus grandis) yang disyorkan untuk ditanam iaitu Varieti PO 55 dan Varieti PO52. Terdapat seluas 1,900 hektar limau bali di tanam di Malaysia pada tahun 2012 dengan kawasn utama di Johor, Perak dan Kedah (Baca artikel Limau bali - Klik disini).  Kawasan Jementah di Segamat dan sekitar Ipoh di Perak menanam limau bali untuk kegunaan segar serta mempunyai permintaan tinggi dimusim perayaan Tahun Baru Cina. Bagi Limau manis pula terdapat sejenis varieti yang disyorkan iaitu Limau Mandarin M33. Walau pun pada masa ini tidak ramai yang tanam dan kenal limau M33 tetapi ianya merupakan satu varieti yang popular sebelum masaalah serangan Citrus Greening Disease yang memusnahkan industri penanaman limau di negara kita. Klon-klon citrus yang didaftarkan di Malaysia ada pada artikel disini (Klik disini).


Tanaman Mangga (Mangifera indica) mempunyai beratus varieti atau klon yang didaftarkan (Sila Klik disini). Diantara mangga yang telah disyorkan adalah Varieti M 162, M 165, MA 204 dan MA 224. Tanaman mangga kini telah banyak diusahakan di Melaka, Perak, Kedah dengan tujuan untuk penggunaan segar dan sebahagian sahaja untuk tujuan di proses (Dijeruk untuk jenis mangga tradisional). Mangga Chok Anan (MA 224) adalah varieti yang paling luas ditanam kerana tanaman varieti ini mampu berbunga dan berbuah sepanjang tahun, tahap kelekatan buah yang tinggi (fruit set) serta mudah diuruskan dengan amalan agronomi yang sederhana. 


Rambutan Gading Muar
Tanaman Rambutan (Nephellium lappaceum) merupakan tanaman yang banyak ditanam dikawasan rumah dikampong dan hanya sebahagian yang ditanam sebagai tanaman monokrop. Beberapa varieti rambutan telah didaftar di Malaysia (Klik disini) dimana hanya 6 varieti sahaja yang disyorkan iaitu R134, R 156, R 170, R 162, R 191 dan R 193. Maklumat mengenai teknologi tanaman rambutan boleh dibaca dari artikel RAMBUTAN (Klik disini). Rambutan Gading Mas Muar (Klik disini) merupakan rambutan yang mempunyai warna kulit kuning yang saya juga suka kerana isinya tebal dan manis. Industri tanaman rambutan kurang popular sekarang kerana masaalah harga dan bekalan yang mencukupi serta pulangan yang agak rendah. Diharap artikel ini memberikan sedikit maklumat berguna kepada pembaca.


VARIETI BUAH...TELAH DISYORKAN...
DITANAM MELUAS...CUKUP DIMAKAN....
BENIH YANG TULIN..PERLU DIDAPATKAN...
TANAM SENDIRI...MUDAH DIPASARKAN...


By,
MAnem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia
(29 RabiulAkhir 1433H)

Wednesday, March 21, 2012

FACTORS INFLUENCING BUDDING SUCCES

GRAFTING AND BUDDING are common to me as method of planting material production. In Malaysia this techniques normally practiced for fruit tree planting material production by many private sector in a mass production. From my literature reading I found that grafting is a historic method of propagating fruit, nut and ornamental trees. Its use by the Chinese has been documented as early as 1560 BC. The technique was discussed in detail by historic writers including Aristotle and Theophrastus and it became very popular in Europe during the Renaissance (1350 to 1600). Grafting is still important today and is the basis for commercial production of fruit, nut and many ornamental trees. This article I would like to share my knowledge of the factors influencing the budding succes based on my own experience and reading from few books regarding on budding techniques.

There are reasons for grafting and budding techniques being practiced for many decades. From my observation on many private nurseries in Johor especially in Muar District, the grafting and budding are the most expensive forms of propagation. This issue frequently surpassing even micropropagation in terms of cost and labor involved. This techniques need skilled workers and genuine mother plants to ensure high successful rate. The skill worker sometimes fail to achieve a high successful rate due to weather condition such as long drought, heavy rainfall and other factors. However, grafting allows propagators to perpetuate clones that cannot be readily maintained or economically propagated by other means. From my experience shows that this method able to combine different cultivars into a composite plant with each part contributing a special characteristic. Change cultivars of established plants – TOPWORKING – including combining more than one scion cultivar on the same plant and for repair the plant injuries. It also able for disease indexing to test latent viral diseases. I found that this techniques suitable to study plant development and physiological processes. Grafting involves the union of a root system (called the UNDERSTOCK) with a shoot system (the SCION) in such a way that the cambiums are aligned and they subsequently grow to develop one composite plant. There are many methods and techniques used to accomplish this goal including BUDDING, a process wherein the scion is reduced in size and usually consists of only a single bud. 




FACTORS THAT INFLUENCE GRAFTING SUCCESS

The success of budding activities varies depend on many factors. From my survey done around Muar District for 134 private nursery operators in Johor in 2011 seems that many factors affect the success of budding and grafting activities. Cost of production of each planting material increase due to this factors. Many factors influence graft success including:

1. Plant
2. Temperature
3. Moisture
4. Growth activity of rootstock
5. Polarity
6. Craftsmanship
7. Pests and diseases
8. Compatibility


Some plant species and types of grafts take more easily than others do. According to my lecturer at Universiti Pertanian Malaysia some tree will graft as long as “the rootstock and scion are in the same room”. However, some species are so difficult to graft that they are approach grafted. The scion is grafted to the rootstock while still maintained on its own roots and the roots aren’t severed until the graft union forms which may take months or even years. Gymnosperms tend to be grafted while angiosperms tend to be budded. The temperature is important because callus growth does not occur below 0 Celsius. Above 60 Celsius tissue death occurs. Plants are usually held at 45 to 50 F for several months to promote callus formation without pushing vegetative growth on the scion. Higher temperatures can cause excessive callus growth that can result in depletion of the plant’s carbohydrate reserves. It is important to maintain adequate moisture and high relative humidity around the graft union to prevent uncontrolled water loss and dessication. This is usually achieved by wrapping the union and sealing it with grafting wax or cellophane to prevent moisture loss.

The growth activity of the rootstock is important as well. Some methods of grafting including T-budding and bark grafting require actively dividing cambium (so the bark will “slip”). In the case of bench grafting, the rootstock is usually grafted just as new roots start to grow in the later winter. Outdoor grafting and budding is usually done in the early spring when the temperatures are favorable and the cambium is active. Plants with strong root pressure may bleed – leading to exudation at the graft union. Polarity is important in grafting and appropriate polarity must be maintained in the scion and rootstock. However, in nurse-grafting, the rootstock may be inserted with reduced polarity in order to stimulate selfrooting. Craftsmanship is critical to the success of the graft. Craftsmanship determines how far apart the cambia are and the amount of space that must be overcome during the healing process. Craftsmanship plays a role not only in initiatial graft union healing but also in how well the plant grows out after grafting. The stress of contamination by viruses, insects or disease organisms can overwhelm the already stressed, grafted plant. Infested materials may result in poor graft take and poor outgrowth of the grafted plants. Likewise, latent infestations may result in the death of a more susceptible rootstock or scion cultivar. I hope this article able to provide significant information to all of you there. Thanks.



By,
M Anem

Senior Agronomist,
Bukit Beruang, Air Keroh,
Melaka, 

Malaysia.
(28 RabiulAkhir 1433H)

Tuesday, March 20, 2012

PENGESAHAN BENIH TANAMAN

BENIH TANAMAN BERKUALITI merupakan perkara asas didalam memulakan aktiviti pertanian selain daripada input lain seperti input baja, racun, tanah, mekanikasi dan tanah serta pengurusan agronomi yang lain. Ramai dikalangan petani dan pengusaha nurseri yang menghasilkan bahan tanaman secara kecil-kecilan atau komersil yang dipelajari semenjak lama dulu sebagai satu aktiviti biasa. Bahan tanaman ini disediakan, disedar dan dijual kepada pengguna dengan harga dan kualiti jaminan seperti pokok induk yang baik. Tahukan kita bahawa pada masa ini terdapat satu sistem pengesahan bahan tanaman yang berkualiti yang di akreditasikan oleh Jabatan Pertanian?... Skim ini dipanggil sebagai Skim Pengesahan Bahan Tanaman Jabatan Pertanian (SPBT). Bahan tanaman yang berkualiti dan disahkan ini dijamin mempunyai ciri-ciri kualiti yang terjamin untuk ditanam terutama sekali tanaman parenial yang perlukan masa panjang untuk berhasil. Tanaman seperti Durian, Rambutan, Dokong, Manggis dan sebagainya memerlukan masa yang lama untuk berhasil. Oleh itu bahan tanaman perlu dipastikan ketulinannya.


Pemeriksaan ini akan dijalankan secara permohonan oleh individu, syarikat atau sesiapa yang ingin mendapatkan pengesahan dan anak benih akan diperiksa ketulinannya oleh pihak yang pakar di Jabatan Pertanian. Pada masa ini contohnya banyak swasta memohon untuk pengesahan anak benih durian D197 atau lebih dikenali dengan Mao' sang King. Durian ini dulu dipanggil dengan Durian Raja Kunyit telah menembusi pasaran di China sebagai satu produk yang mendapat harga yang baik. Permintaan yang mendadak anak benih varieti Mou'sang King ini menyebabkan ada pihak yang menjual sehingga RM 25.00 sepokok. Ini tidak dijamin ketulinannya sehingga ada pemeriksaan disahkan dibawah skim SPBT.


Diharap informasi ini akan membantu mereka yang terlibat dengan industri pengeluaran bahan tanaman untuk lebih berpengetahuan. Banyak maklumat berguna yang saya dapati dengan membaca link ini. Berikut adalah senarai pokok induk yang telah disahkan oleh pemeriksa untuk bulan Febuari 2012 dan boleh dijadikan sion cantuman yang tulin.




Sekian dulu.


By,
 M Anem
Muar, Johor,
Malaysia
(27 RabiulAkhir 1433H) 

Monday, March 19, 2012

PEROSAK TANAMAN KELAPA

KELAPA (Cocos nucifera) merupakan satu jenis tanaman yang dikenali sejak zaman dahulu kala dikalangan ramai penduduk kawasan tropika didunia. Keluasan penanaman kelapa sama ada secara komersil, separa komersil atau tanaman keliling rumah atau penghias di kawasan pesisir pantai menjadikan tanaman ini merupakan tanaman dari keluarga Palmae yang paling banyak tumbuh. Pengurusan tanaman pokok kelapa secara komersil kini menjadi satu amalan yang perlu dijalankan bagi mempastikan penanaman kelapa secara komersil mampu menghasilkan buah kelapa yang produktif dan berkualiti. Selain daripada menggunakan varieti yang berhasil tinggi, pembajaan yang cukup, kawalan rumpai dan amalan agronomi yang lain , kawalan serangga perosak tanaman kelapa amatkan perlu diawasi. Artikel malam ini saya menulis pengalaman penulis yang pernah terlibat dengan projek penanaman kelapa mengenai perosak tanaman kelapa. Rujukan juga dibuat dari Jabatan Pertanian.


Perosak Pertama ialah Kumbang Tanduk (Orycytes rhinoceros) yang berwarna kehitaman dan mudah dikenali kerana mempunyai tanduk atau dikampung dipanggil 'sumbu'. Kumbang dewasa mengorek bahagian pucuk serta makan bahagian lembut atau umbut kelapa dipucuknya. Akibatnya pelepah akan yang keluar membentuk seakan kipas dan akan berlaku takungan air serta menyebabkan pucuk reput atau busuk yeng akan mengundang kumbang jalur merah pula. Masaalah ini saya jumpa di kawasan penanaman semula di Kg Sg Balang, Parit Jawa dan di sekitar Batu Pahat diparas merbahaya jika tidak dikawal. Kumbang dewasa bertelur dalam batang kelapa yang reput, batang organik dan sampah sarap dikebun. Larva berwarna putih akan hidup ditempat tersebut sehingga menjadi Pupa. 


Beberapa kaedah kawalan boleh dijalankan untuk mengawal populasi kuumbang tanduk seperti kawalan Kultura, Kimia dan Memasang Perangkap Kumbang Tanduk. Kawalan kultura dijalankan dengan memotong semua batang kelapa yang baru ditebang dan dikeringkan dan dibakar sehingga habis. Ini akan dapat menghapuskan tempat untuk pembiakan atau tempat bertelur kumbang tanduk. Ramai petani yang tidak membuat perkara ini dan akibatnya anak pokok kelapa Matag yang sekarang berharga RM 22.00 sepokok rosak akibat diserang kumbang tanduk. Kawalan Kimia kumbang tanduk dijalankan dengan meletakkan 1-2 moth ball dipucuk pokok dan 3-4 butir racun carbufuran dipucuk pokok muda mengurangkan kadar serangan. Perangkap PVC setinggi 2 meter panjang dengan 10 cm ukurlilit dengan dibubuh pheromone yang akan menarik kumbang tanduk (Lihat foto sebelah). Pheromon perlu ditukar setiap 3 bulan dan kutip serta musnahkan kumbang dewasa yang terkumpul didalam perangkap. Pastikan meletakan kawasan peramhkap yang terlindung cahaya matahari. 


Kaedah ke 4 dalam mengawal kumbang tanduk adalah dengan membuat Perangkap  Batang Kelapa (Lihat foto sebelah).  Empat batang kelapa disusun empatsegi sama 1 meter x 1 meter dan diisikan dengan sabut kelapa untuk membiarkan kumbang tanduk bertelur dan menetas. Periksa setiap minggu dan jika ada telur atau larva maka kutip dan musnahkan populasi kumbang tanduk tersebut. Cara ini juga merupakan satu cara yang mudah tetaapi praktikal dan perlukan pengawasan sempurna. Jika petani tidak membuat pemeriksaan dan lalai maka bukan sahaja ia membantu pembiakan kumbang tanduk untuk kebunnya tetapi juga membekalkan kumpang tanduk untuk keliling kawasan penanaman kelapa disekitarnya.


Perosak kedua adalah Kumbang Jalur Merah (Rhynchoporus schach) yang mana kumbang dewasa mempunyai warna merah dan berjalur-jalur hitam (Lihat foto).  Serangan oleh kumbang dewasa dengan mengorek bahagian pucuk yang mempunyai lubang-lubang yang dikorek oleh kumbang tanduk.  Larva betina akan bertelu dipucuk dan larvanya akan makan tisu lembut dibahagian pucuk yang boleh menyebabkan pokok kelapa mati.  Serangan kumbang ini adalah merupakan perosak sekunder selepas serangan kumbang tanduk dimana salah satu simptomnya adalah pucuk pokok mereput dan mudah dicabut dengan tangan. Seterusnya pokok kelapa yang diserang akan bercabang dua....Apa! Kelapa Bercabang dua?...banyakkah buahnya nanti.....Kawalan dibuat dengan racun sistemik iaitu methamidophos dan monocrotophos sebanyak 5-110 ml/pokok. Penggunaan 3-4 butiran racun carbofuran dibahagian pucuk anak pokok mengurangkan kadar serangan kumbang ini.


Perosak Ke 3 adalah Rama-rama Artona (Arthona catoxantha) iaitu rama-rama dewasa berwarna perang dan hujung kepak berwarna kuning. Larva rama-rama ini akan makan daun kelapa dengan lahapnya yang menyebabkan tinggal lidi sahaja atau kelihatan daun pokok macam 'terbakar'. Saya berpengalaman mengesan, memantau dan menbuat kawalan serangan rama-rama ini di Kg Air Papan, Mersing (1999) dan di Kawasan Asajaya, Kuching, Sarawak (1997) dengan serius. Apa yang saya perhatikan serangan berlaku dengan teruk jika musim panas dan kering berpanjangan. Pernah dibuat kawalan dengan metamidophos atau monotocrotophos di Air Papan dengan kaedah 'trunk injection' dan semburan racun serangga di Sarawak dengan Helipcopter . Bagaimana pun keadaan hujan lebat juga yang menyebabkan popolasi perosak ini musnah pada semua peringkat serangan. 


Ulat Beluncas (Setora nitens) menyerang ketika peringkat larva dengan memakan daun-daun kelapa daripada tepi sehingga tembusi seakan nampak bergigi pada daun. Serangga dewasa akan bertelur dibahagian bawah daun dan akan menetas an boleh dikawal dengan racun sistemik jenis monotocrotophos  atau metamidophos pada kadar 5-10 ml sepokok.  Seterusnya serangan Rama-rama Haidari (Hidari irava) yang mana serangga dewasa juga bertelur dibawah daun dan larvanya memakan daun kelapa. Walau pun terdapat musuh semulajadi yang mengurangkan populasi perosak ini tetapi hujan lebat mampu mengurangkan populasi perosak ini. Seterusnya adalah perosak Kumbang Plesispa (Plesispa reichei) iaitu kumbang halus berwarna coklat tua dan hitam (Lihat foto diatas). Larvanya menyerang daun anak pokok menyebabkan bergulong dimana anakbenih yang diserang akan menyebabkan pertmbuhan pokok terencat. Kawalan dengan racun kimia jika da serangan serius.


Paling akhir saya nak 'story' malam ini adalah serangan perosak yang dipanggil sebagai BABI HUTAN (Wild boar). Saya acap kali nampak babi hutan yang berwarna hitam ketika bertugas di Mersing dan Segamat. Foto sebelah adalah babi hutan yang berwarna hitam keputihan yang sering ada berhampiran kawasan kampong yang menuodok anak pokok kelapa untuk mencari cacing dan makan umbut kelapa. Berbagai kaedah untuk mengawal babi hutan seperti menembak, memasang perangkap , memasang pagar letrik dan macam-macam cara tradisional lain yang saya tak dapat story. Vetebret lain seperti kerosakan akibat lembu, kerbau, kambing, bebiri dan tikus. Serangan tupai juga perlu dikawal kerana tupai mampu menebuk buah kelapa...maka timbullah peribahasa....Kelapa ditebuk Tupai!


PEROSAK KELAPA....PERLU DIKAWAL....
CARA KAWALAN...DARI AWAL-AWAL.....
KUMBANG TANDUK...PEROSAK UTAMA....
HASIL BERKURANG...UNTUNG TAK KEMANA...


By,
M Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rabiulakhir 1433H)   

Sunday, March 18, 2012

APA ITU RACUN MAKHLUK PEROSAK

APA ITU RACUN MAKHLUK PEROSAK?
Ramai diantara kita pernah mendengar perkataan Racun. Tetapi tahukah anda bahawa racun mempunyai pelbagai jenis mengikut kegunaan dan formulasi pembuatannya serta kegunaannya?.  Dalam sektor pertanian racun bolehlah  dibahagikan kepada 3 kumpulan mudah untuk difahami iaitu Racun Serangga, Racun Kulat dan Racun Rumpai dan ada yang tambah sebagai Racun Roden. Racun Serangga dirumus untuk mengawal populasi, menjauhkan serangga atau membunuh serangga perosak yang menyerang tanaman sementara racun kulat bertindak sama terhadap kerosakan tanaman akibat serangan kulat (fungi). Racun Rumpai adalah sejenis racun yang dirumus untuk pengawal, merencat atau membunuh rumput yang menjadi masaalah terhadap pertumbuhan tanaman kerana persaingan nutrien makanan, ruang, cahaya matahari dan juga sesetengahnya merupakan perumah (host) kepada serangga perosak. Artikel pagi Ahad ini saya menerangkan mengenai racun serangga dan maklumat berkaitan dengan racun tersebut untuk perkongsian maklumat.


Pemprosesan dan Penyediaan Racun Makhluk Perosak (RMP) dirumus daripada bahan sebatian kimia yang sesuai untuk penyimpanan, pengendalian, penggunaan, keselamatan dan keberkesanan.  Berbagai jenis dan formulasi serta spesifikasi ada dinyatakan didalam label pada bekas racun yang perlu difahami. Paling penting dalam racun adalah cara proses atau penyediaan FORMULASI racun samaada ianya formulasi sedia digunakan atau pun yang perlu dicampur dengan bahan-bahan kimia lain. Saya pernah belajar sedikit dan mengenai formulasi racun di universiti dahulu dan daripada rakan-rakan yang bertugas dalam bidang tersebut. Formulasi racun mengandungi (a)Bahan Aktif (atau dipanggil sebagai 'active ingredient') (b) Bahan Pelarut (c) Pembawa - komponen formulasi (d) Agen aktif permukaan (surfactance) dan (e) Penambah (Conditioner). BAHAN AKTIF atau dalam bahasa teknikal kita dipanggil juga sebagai 'Bahan Perawis' dalam racun merupakan bahan paling aktif dalam tindakannya. Ianya merupakan komponen utama dalam racun  serangga, rcun roden, racun kulat dan racun rumpai.


Komponen fomulasi PELARUT pula perlu dipilih untuk keterlarutan bahan aktif (ai - active ingredient), kefitotoksikan pelarut yang digunakan , tahap toksikologi dan kemudahbakaran pelarut dan kemeruapan pelarut serta yang pasti kos bahan tersebut. Bahan pelarut ini disesuaikan dengan bahan aktif agar sesuai digunakan dan efektif.  Bahan PEMBAWA dalam racun adalah kandungan bahan pepejal kandunga lengai yang digunakan untuk mencairkan bahan teknikal seperti 'Profilit' iaitu sejenis tanah liat yang lengai. AGEN AKTIF PERMUKAAN (Surfactant) merupakan agen pembasah, penyebar, perebak dan agen pembusa dalam racun. Bahan ini perlu diformulasikan dalam racun mengikut kesesuaian jenis racun. Komponen formulasi PENAMBAH (Condiotioner) pula digunakan untuk fungsi Penstabil-menstabil formulasi racun, Penisinergi-bergabung dengan bahan lain yang akan meningkatkan sesuatu aktiviti (contoh proporanil butoksida), Pembasah dan meningkatkan kuasa pembasahan, Penyahbusa iaitu mengurangan buih-buih, Pemekat-Kelikatan larutan semburan racun dan juga bertindak sebagai Agen perwarnaan untuk mengurangkan kemalangan. 


Pemilihan Formulasi dalam komponen formulasi penyediaan racun berfungsi bagi tujuan melindungi objek yang hendak dilindungi, alatan aplikasi yang sedia ada, tahap bahaya kepada larian dan aliran, unsur keselamatan, tabiat atau pola pertumbuhan perosak serta jenis persekitaran. Formulasi ini penting bagi pembuat racun dan pengguna mementingkan keselamatan pengguna, petani, alam sekitar dan kesan sisabaki terhadap seumua jenis hidupan. Beberapa bentuk formulasi LARUTAN YANG PERLU DICAIRKAN adalah (a) Pekatan Teremulasi (EC), (b)  Pekatan Ampaian (AC), (c)Granul (Granule), (d) Pekatan yang boleh larut (WSC - Water soluble concentrate)  (e)Serbuk Bancuh (WP) , (f) Butir terserak Air , (g) Larutan Berair. Terdapat 5 pula  FORMULASI YANG TIDAK PERLU DICAIRKAN iaitu (a) Butir (Granule) , (b) Debu (D),  (c) Isipadu yang tersangat Rendah  -ULV, (d) Umpan dan (e) Aerosol. Kebanyakan formulasi ini digunakan sebagai satu strategi promosi oleh syarikat pengeluar.


Bagi jenis racun yang perlu dicairkan seperti PEKATAN TEREMULASI (Teremulation concentrate) dimana larutan bahan kandungan aktif dalam pelarut ini boleh dicairkan dengan larutan bukan air. Racun jenis ini bersifat Bendalir dan Homogen dimana boleh juga dilarutkan dengan air. Jenis formulasi ini mudah dikendali, diangkut dan juga untuk penyimpanan amat mudah. Cara penyediaannya juga mudah iaitu dengan dikocak sedikit sahaja dan kesan residu yang sedikit. Kelemahan formulasi ini adalah kadar kepakatan tinggi, mudah diserap oleh kulit, iainya Pelarut iaitu menghakis bahagian penyembur racun, mengubahwarna serta menyebabkan kesan lubang pada bahagian yang dicat dan bersifat penghakis juga.


Formulasi Pekatan Ampaian (SC) merupakan ampaian kandungan bahan kandungan aktif yang stabil dalam bendalir. Racun jenis ini perlu dicairkan dengan air sebelum digunakan. Kelebihan racun ini adalah tidak perlu di kocak tetapi tidak banyak produk yang berasaskan kepada jenis formulasi ini dipasaran. Formulasi Granule Termikrokapsul (MG) adalah formulasi berbentuk granule yang mempunyai satu lapisan perlindungan dan pengawalan perlepasan dimana kadar perlepasan adalah secara beransur-ansur. Memang sukar hendak memahami bahasa teknikal mengenai racun ini....


Formulasi Pekatan Yang Boleh Dilarut (WSC- Water Soluble Concentrate) adalah formulasi cecair yang perlu dicairkan dengan air dahulu sebelumdigunakan. Racun jenis ini mudah disimpan, diangkut dan mengandungi bahan kandungan aktif yang tinggi.   


APA ITU RACUN....MEMANG MERBAHAYA....
KENA TAHU...TAHAP KETOKSIKANNYA....
BERBAGAI FORMULASI....APA NAK TANYA....
PALING PENTING...SEALAMT CARA GUNA....


By,
A Anem
Pct 11, Putrajaya,
Malaysia.
(24 RabiulAkhir 1433H)     

Saturday, March 17, 2012

SALM




SALM (Sijil Amalan Ladang Baik Malaysia) ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. Saya telah mendengar SALM ini semenjak lebih 10 tahun dulu di Johor Bahru ketika kali pertama menghadiri majlis pelancaran dan penerangan mengenai skim ini. Logo SALM kini sudah mula dikenali oleh ramai petani diseluruh negara iaitu logo berwarna 'right' merah dengan hijau disekelilingnya (lihat foto diatas). Logo ini diberikan kepada ladang-ladang yang memenuhi syarat-syarat pematuhan akreditasi ladang yang dijalankan melalui beberapa peringkat pemeriksaan. Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP). Artikel petang Sabtu ini say asuka untuk menulis SALM untuk perkongsian maklumat tersebut bagi pengetahuan semua.

Proses Pensijilan SALM adalah satu proses untuk pensijilan melibatkan kerja-kerja pemprosesan, permohonan, pemeriksaan ladang dan kawasan, verifikasi amalan ladang, analisis hasil ladang, penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pensijilan. Permohonan untuk memasukkin skim ini dimulakan dengan mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada website Jabatan Pertanian atau daripada pejabat pertanian daerah berdekatan secara percuma. Borang ini pelu diisikan dan dipenohkan maklumat asas pemohon dan ladang yang terlibat dan dihantar kepada Jabatan Pertanian. Setelah didaftarkan oleh urusetia maka pemeriksan seterusnya seperti pemeriksaan tanah seperti status pemilikan tanah, kualiti dan sumber air serta maklumat asas lain. Pemeriksaan seterusnya berkaitan dengan rekod ladang, setor ladang, keselamatan pekerja, amalan agronimi diladang dan sebagainya. Sampel hasil akan diperiksa untuk mengetahui kandungan MRL yang terdapat didalam makmal.

Pegawai-pegawai yang terlibat dengan peperiksaan skim ini telah dilatih didalam satu kursus Pegawai Audit SALM yang bertujuan meningkatkan kredibiliti persijilan. Mereka dilatih secara teori dan 'hands-on' diladang-ladang terpilih seperti ladang sayur-sayuran atau buah-buahan yang telah menerima sijil SALM. Mereka akan menjalani latihan praktika dan mengkaji semua aspek persijilan dan semuanya adalah terdiri dari pegawai pemeriksa (Kumpulan Profesional). Selain itu kursus ini adalah untuk melatih pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang dipilih untuk menjadi pegawai audit yang tugasnya adalah mengaudit ladang-ladang pemohon pensijilan SALM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SALM.

Satu lagi kaedah adalah memberikan latihan kepada Pembimbing SALM diperingkat operasi terutama kategori Pegawai Pertanian Daerah. Kursus bagi mereka adalah untuk pegawai Jabatan Pertanian terdiri dari pegawai-pegawai di daerah yang bertujuan untuk melatih mereka agar dapat membimbing pengusaha-pengusaha yang memohon pensijilan SALM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SALM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri.
Bagi mempastikan program ini berjalan lancar program Kursus kepada Pengusaha SALM direkabentuk bagi bakal pemohon dan ramai petani. Kursus untuk pengusaha yang berminat untuk menyertai pensijilan SALM. Peserta akan diberi pendedahan tentang aspek-aspek dalam Amalan Pertanian Baik dan langkah-langkah di dalam mendapatkan pensijilan SALM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SALM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri. 



Dikalangan petani dan pemohon SALM memerlukan kefahaman yang tinggi untuk memahahi kepentingan Akteditasi Ladang Baik Malaysia (SALM) sebelum membuat atau yang telah mendapat sijil SALM. Kursus diberikan secara percuma dan secara sukarela dan diaturkan oleh Jabatan Pertanian. Kefahaman ini akan memudahkan pemohon dapat sijil dengan kadar lebih cepat dari cara konvensional. Mereka yang mendapat sijilSALM boleh mempastikan produk tanamannya berkualiti, bebeas daripada sisa racun dan juga selamat dipasarkan oleh pengguna.

Untuk maklumat lanjut dan penghantaran borang permohonan, boleh menghubungi pegawai kami di pejabat atau melalui talian:

Urusetia Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian Malaysia
Aras 7, Wisma Tani, Lot 4G2,
No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya,
Malaysia.

 
Sehingga kini persijilan seperti SALM, SOM (Sijil Organik Malaysia) , SPLAM (Perikanan), VHMVertenery Health Mark) dan sebagainya masih kurang mendapat perhatian petani dan penternak. Adalah diharapkan agar lebih ramai yang akan memohon dan mendapat persijilan ini pada masa akan datang. Negara-negara maju telah memperkenalkan ciri keselamatan makanan sebagai satu syarat dalam pengimpotan produk segar kenegara tersebut.

By,
M Anem
PWTC Kuala Lumpur,
Malaysia.
(23 Rabiulakhir 1433H)

Friday, March 16, 2012

TALI PARA

TALI PARA merupakan satu jenis tali yang digunakan dalam aktiviti penanaman sayur secara komersial masa kini terutama petani yang menanam sayur menggunakan Sistem Para Trellis (Sila klik disini untuk artikel ParaTrellis). Saya rasa tidak banyak maklumat mengenai Tali Para yang ditulis untuk pengetahuan usasawan tani secara terperinci kerana teknologi ini belum begitu lama diperkenalkan kepada petani-petani kecil tetapi telah menjadi teknologi utama kepada penanam sayur komersil. Artikel ini saya akan mengupas teknologi ini berdasarkan ilmu pengetahuan, pengalaman, lawatan di kebun petani dan pemantauan dibeberapa projek sayuran komersil di seluruh negara terutama di sekitar Johor, Pahang, Selangor , Perak dan Melaka. Penggunaan para junjung kayu secara pancang bersilang kini tidak lagi popular digunakan didalam penanaman sayur secara komersil walau pun masih dibuat oleh petani sayur-sayuran berskala kecil dan sederhana. Kesukaran untuk mendapatkan kayu pancang dan banyak menggunakan tenaga upah memasang dan mencabut menyebabkan petani menukar kepada sistem para trellis dan menggunakan 'Tali Para'.


Antara tanaman yang menggunakan para trellis dan tali junjung seperti Kacang Panjang (Vigna sesquipedalis), Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris), Peria (Momordica charantia), Petola (Luffa acutagula) , Kacang Botor (Phorpocarpus tetragonolobus), Cili (Capsicum annum) , Terung (Solanum melongena), Tomato (Lycopersicum esceluntum), Cili Benggala (Capsicum sp), Timun (Cucumis sativus), Petola Ular (Tricosanthes sp),  Labu Air (Lagenaria siceraria) dan sebagainya. Tumbuhan menjalar atau merayap ini (creepers) akan melilit atau menggunakan sulur paut (tendrils) untuk naik keatas bagi mendapatkan cahaya matahari. Bagi jenis melilit seperti kacang panjang, Kacang Botor, Kacang buncis akan melilit pada tali atau junjung pada bahagian pucuk atau tunas baru. Jenis tumbuhan yang menggunakan sulur paut seperti Peria, Timun dan Petola menggunakan sulur pautnya yang melilit kuat pada tali atau kayu atau dawai sokong. Tanaman cili besar, terung dan cili benggala pula adalah jenis pokok berkayu lembut yang perlu diikat atau dililit agar tidak patah atau sekah akibat buah atau daun terlalu lebat. 


Tali Para ada ada dua jenis yang digunakan iaitu TALI PARA dan TALI JUNJUNG. Tali Para adalah jenis tali plastik berwarna hijau muda yang bersaiz kasar yang digunakan untuk direntangkan diatas para trellis menyambungkan antara dawai-dawai para. Tali ini di ikat kepada dawai denga jarak antara 100 - 500 cm bergantung kepada jenis tanaman menjalar (creepers). Tali para ini ada dua jenis iaitu jenis tali kasar dan jenis tali halus yang berbeza harga, pembungkusan dan ketahanannya serta kegunaannya. Tali para keluaran Syarikat Chiap Hup merupakan jenis tali para yang paling digemari oleh petani kerana kualiti yang baik serta harga berpatutan. Kata En Rahim daripada TKPM Pulau Manis, Kuantan, Pahang yang saya temui berkata, tali dari syarikat ini adalah jenis kering, tahan 2-3 musim dan mudah diikat. Bagi tali para sebanyak 5 guni plastik diperlukan setiap 1 hektar mengandungi sebanyak 10 gulong. Harga satu gulong tali para RM 14.00 bermakna satu hektar sistem trellis memerlukan kos RM 140.00.  Kerja memasang tali ini juga agak lama sekitar 1 minggu oleh 1 orang pekerja (7 tenagahari). Saya telah cuba mengikat untuk 15 minit dah sakit tengkuk....


Lapisan lantai tali para.
Cara mengikat tali para memang memerlukan ketekunan dan kemahiran tinggi. Bagi pekerja kebun sayur buah berpengalaman , mereka akan mengikat dari pangkal dawai dan merentang dengan jarak ditentukan dan mengikat dengan menyimpul pada setiap dawai trellis yang direntang. Tali ini akan berfungsi untuk membentuk lapisan 'lantai' pada permukaan atas para trellis bagi menampung batang tumbuhan yang menjalar diatasnya (lihat foto diatas). Lebih rapat jarak tali para sebenarnya baik tetapi memadainya dengan jarak yang disyorkan untuk penjimatan kos dan tenagakerja. Sulur paut dan batang pokok akan menjalar diatas lantai tali ini dan akhirnya permukaan atas trellis akan penoh. Pada masa ini tidak perlu lagi mengawal rumpai dibawah para trellis kerana redup dan kurang rumpai. Bunga dan buah akan bergantungan dan mudah dilihat dari bawah untuk kerja menungut hasil.


Tali Junjung atau di panggil juga sebagai Tali Putus adalah tali yang diikat dari dawai atas atau tali para kebahagian bawah pangkal pokok. Tali ini lazimnya berwarna hijau muda dan agak halus berbanding dengan tali para tadi. Tali ini berfungsi sebagai tali yang digantung dari bawah untuk memberikan peluang anak pokok melilit atau memanjat yang perlukan latihan peringkat awal. Bahagian atas tali di ikat terus pada dawai atau tali para sementara bahagian bawah juga diikat pada tali para yang direntang panjang atau diikat pada kayu buluh atau kayu pancang berdekatan lubang penanaman. Elakkan mengikat terus pada batang anak benih kerana jika angin bertiup kencang anakbenih akan tercabut. Bagi tanaman kacang panjang sebanyak 10 helai tali junjung diperlukan sepokok atau satu lubang dimana semuanya akan digunakan untuk menaikan 10 sulur pokok kacang keatas. Satu anak benih kacang panjang akan diikat kepada 10 tali (menjadi 10 batang) untuk menjalar keatas.


Kajian saya dibeberapa lokasi kebun sayur komersil diJohor dan Selangor mendapati sebanyak 25 ikat tali junjung diperlukan untuk kebun seluas 1 hektar. Tali ini selalunya berukuran 7 kaki panjang yang mempunyai jenis kering dan jenis lembab (basah) yang diikat dan dibungkus dalam plastik jernih mengandungi 600-800 helai tali (lihat foto sebelah). Tali junjung syarikat Chiap Huat juga digemari oleh ramai petani kerana ketahananya serta mudah didapati dipasaran. Satu ikat dijual dengan harga RM 5.00 dimana kajian saya mendapati dalam 5 tahun dulu ianya cuma berharga RM 3.50 seikat sahaja. Ini bermakna untuk satu hektar kini kos sebanyak RM125.00 diperlukan untuk membeli tali junjung. Kerja mengikat tali junjung memang kritikal dan perlukan kemahiran tinggi serta memenatkan. Keperluan tenaga pula dianggarkan sebanyak 2 orang pekerja perlukan 7 hari (atau 14 tenagahari) untuk menyiapkan. Memasang tali junjung perlu dibuat sebelum pokok terlalu tua dan tinggi dan menjalar diatas tanah. Tali jungung dan tali para merupakan input penting dalam penanaman sayur secara komersil yang merupakan teknologi terkini yang perlu dikembangkan kepada petani yang belum mencapai tahap komersil. Teknologi ini saya dapati  mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil sayuran yang dihasilkan oleh petani kita.


TALI PARA....DIIKAT DIATAS TRELLIS....
BERWARNA HIJAU....NAMPAK JELAS...
TALI JUNJUNG....IKAT ATAS BATAS....
POKOK MENJALAR...NAIK KEATAS...


By,
M Anem
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(22 RabiulAkhir 1433H)

Thursday, March 15, 2012

TKPM Pulau Manis

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Manis (TKPM) di Daerah Kuantan, Pahang merupakan salah satu projek pengeluaran bahan makanan seperti sayur-sayuran yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian. Pada masa ini dilaporkan terdapat sebanyak 58 buah TKPM diseluruh negara dengan melibatkan lebih kurang 1,200 orang usahawantani komersil. Saya berpeluang melawat TKPM tersebut pada hari ini selepas membuat tinjauan keprojek ini pada tahun 2000 dahulu (dah hampir 12 tahun dahulu!). Lokasi Projek ini yang terletak di Mukim Kuala Kuantan dalam Daerah Kuantan boleh dihubungi dengan mudah dari jalan utama Segamat ke Gambang iaitu kira-kira 5 km dari tepi jalan. Keluasan kawasan projek ini adalah 62 hektar dimana seluas 36.07 hektar diusahakan dengan tanaman sayuran dan bakinya merupakan kawasan paya yang mudah tenggelam pada musim hujan . Artikel malam ini saya mempaparkan kejayaan projek ini yang mampu bertahan lama sehingga kini dengan pencapaian hasil tahunan mencecah 1 juta kilogram bernilai menghampiri RM 1.5 juta setahun.


Pegawai kawasan iaitu En Tarmizi menyatakan seramai 6 orang peserta mengusahakan kawasan ini dimana terdiri daripada 4 orang Melayu, 1 orang Cina dan 1 orang India (Konsep 1 Malaysia dan berjalan lama di projek ini). Projek ini dimulakan pada tahun 1999 dan pembangunan kawasan siap sepenohnya pada tahun 2000 dimana disediakan infrastruktur asas seperti jalanladang, kolam pengairan, sistem pengairan, pusat pengumpulan hasil dan sebagainya. Tanaman utama diprojek ini adalah sayur-sayuran jenis sayur buah dengan menggunakan sistem para trellis. Menurut beberapa petani yang hadir dalam majlis penerangan awal dimaklumkan 3 masaalah utama diprojek ini adalah Kekurangan Tenaga Buruh (Buruh tempatan amat sukar didapati dan hanya buruh daripada Indonesia, Thailand dan Bangladesh). Masaalah kedua adalah kawasan tanah paya yang tidak dapat dimajukan dan masaalah ketiga adalah serangan penyakit dan perosak akibat penjadualan tanaman yang tidak serentak.


Semasa melawat Lot 251 kepunyaan En Ramli mendapati kawasannya penoh dengan tanaman kacang panjang (Jenis 388) yang berumur 7-8 minggu peringkat awal pengeluaran bunga dan buah. Penanaman seluas 2 hektar ini menggunakan sistem pembajaan fertigasi menggunakan 'drip tape'  yang disambung dengan tong bancuhan di bahagian tengah ladang. Pembajaan dijalankan setiap hari (ini satu teknologi baru yang sangat praktikal) dan larutan baja ditambah dengan racun kimia (jika perlu) untuk kawalan perosak. En Ramli menyatakan kacang dijual dengan harga RM2.20 sekilogram semalam dan pernah mencapai sehingga RM 5.00 - RM 7.00 sekilogram terutama bulan Disember (pengeluaran sayur kurang akibat banjir dan cuaca hujan berpanjangan). Pada lot 224 pula (kawasan berasingan) En Ramli menanam Petola dan Timun seluas 4 hektar diperingkat mengutip hasil. Antara masaalah dihadapi katanya adalah kekurangan tenaga pekerja ladang walau pun beliau sanggup bayar RM 24.00 - RM 30.00 sehari. Semasa memetik ini beliau dibantu oleh 8 orang pekerja. Pendapatan beliau mencecah lebih RM3,000 sebulan sebagai peserta diprojek ini.


En Kamaruzaman yang menanam Timun dan Peria seluas 4 hektar mempunyai ladang yang dijaga dengan rapi. Peria beliau dalam peringkat mula mengutip hasil dan pokok timun baru berumur 3 minggu.  Pada musim lepas beliau menanam Terung Bulat (eggplant) dan Terung Mini dan mendapati pendapatan daripada Terung Mini sangat baik dimana harga ladang pada purata RM 2.80 sekilogram dan kurang masaalah serangan serangga perosak atau penyakit. Pokok terung mini yang rendah, buah yang kecil dan manis mudah dijaga berbanding dengan pokok terung bulat yang mencecah ketinggian sehingga 5-6 kaki dibawah sistem trellis. Beliau terpaksa menukar kepada tanaman lain kerana sebagai penanam sayur berpengalaman perlu membuat 'penggiliran tanaman' atau crop rotation sebagai satu kaedah Amalan Pertanian Baik. Masaalah utama En KAmaruzaman adalah kekurangan tenaga pekerja ladang terutama ketika peringkat menanam, malatih naik junjung dan memetik hasil. Kadang-kadang beliau sendiri sering bertugas dari jam 8.00 malam hingga 2.00 pagi memetik hasil menggunakan lampu....Hardwork!


Dalam lawatan kekebun En Liew yang menanam Terung Mini atau lebih dikenali sebagai Terung Budu atau Terung Tikus mendapati pokok baru berumur 2 minggu. Benih terung ini diperolehi daripada Siam dan disemai terus didalam barisan tanaman tanpa batas (seperti menanam labu). Kawasan diracun dahulu dan timun mini akan mengeluarkan daun serta merayap diatas permukaan tanah untuk berbunga dan berbuah diatas tanah. Katanya tidak ramai petani yang mahu menanam timun mini kerana tidak tahu cara menanam dan tempat untuk memasarkan timmun tersebut. Tanaman ini memerlukan air dan dipasangkan sistem pengairan titis disetial pangkal pokok timun tikus. Katanya pendapatan daripada timun bulu memang menguntungkan  jika pokok tidak diserang penyakit dan harga yang stabil. 


Tanaman Cili Kulai oleh En Abdul Jalil merupakan lokasi akhir yang saya lawati. Soalan pertama beliau adalah "Bagaimana hendak mengatasi masalah Cili Kerinting?" dan itulah soalan yang saya sering utarakan ketika bercerita masaalah tanaman cili. Khidmat nasehat teknikal yang diberikan oleh En Wan dan saya adalah untuk memeriksa penyebab dan punca penyakit kerinting cili. Penyakit kerinting cili boleh menyebabkan petani kerugian teruk jika berlaku kerana bunga dan tidak keluar dan pokok akan lemah. Syor kepada beliau adalah untuk memeriksa keasidan tanah (diperiksa pH kira-kira 2-3 tahun lepas) dan menambah penggunaan kapor (mungkin kapor jenis Humibox) atau GML (murah) untuk menaikan pH tanah. En Jalil menggunakan baja foliar (jenis Yara) untuk meningkat kesuburan tanaman dan memang telah menjadi amalan dalam penanaman cili. Pemerhatian saya mendapati pada daun cili ada tanda-tanda kekurang zat mikro yang ketara. Kata beliau memang ada menggunakan baja yang mengandungi trace element tetapi tidak mencukupi. Dalam perbincangan teknikal juga diterangkan agar petani sentiasa mematuhi amalan pertanian baik seperti menggunakan racun yang berdaftar  sahaja...


Projek TKPM Pulau Manis ini merupakan satu kawasan pengeluaran bahan makanan untuk negara yang perlu di teruskan bagi menjamin bekalan makanan terutamanya sayur-sayuran segar yang berkualiti serta selamat dimakan dihasilkan. Beberapa isu luahan petani perlu diambil kira terutama masaalah mendapatkan pekerja ladang (kadang-kadang lari tengah malam bila mendapat tawaran lain atau yang kembali tidak datang semula) dan masaalah serangan perosak dan penyakit. Mungkin kerajaan atau pihak-pihak tertentu memikirkan insentif kepada pengeluaran bahan makanan seperti sayur-sayuran ini untuk masa akan datang seperti insentih harga sayuran, insentif harga baja dan racun serta insentif harga minyak untuk pam air. Insentif lain seperti bagaimana untuk mendapatkan pekerja ladang penting dibincangkan kerana tidak ramai orang tempatan yang sanggup bekerja dikebun sayur yang kritikal dan penting untuk bekalan makanan negara. Projek ini saya anggap berjaya kerana mampu mengeluarkan hampir sejuta kilogram sayuran segar setiap tahun dan bertahan lama. Tahniah....


TKPM PULAU MANIS.....SAYUR DITANAM...
MASAALAH PEKERJA....MEMANG MENGANCAM...
AMALAN PERTANIAN BAIK...PERLU DIAMALKAN...
HASIL BERKUALITI...SELAMAT DIMAKAN.....


By,
M Anem
TKPM Pulau Manis,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...