Support My Blog

Showing posts with label SERAI WANGI - APA FAKTANYA. Show all posts
Showing posts with label SERAI WANGI - APA FAKTANYA. Show all posts

Wednesday, July 22, 2026

SERAI WANGI - APA FAKTANYA (Part 2)

TANAMAN SERAI WANGI (Cymbopogon nardus) ialah satu jenis serai yang di tanam di Malaysia berlainan fungsi dengan tanaman Serai Makan (Cymbopogon citratus). Serai wangi adalah sejenis tumbuhan herba aromatik daripada keluarga rumput-rumputan iaitu famili Poaceae (dulu di bawah keluarga Graminae). APa pun penulis blog dapati jenis ini ia berbeza daripada serai makan dimana serai wangi mempunyai bau citrus yang jauh lebih kuat dan tidak sesuai digunakan untuk masakan tetapi ia sebaliknya digunakan untuk menghasilkan minyak pati, sabun dan bahan penghalau serangga semula jadi seperti nyamuk yang sangat berkesan. Tumbuhan ini yang mana ia dipercayai memang natif di Asia dengan nama saintifik sebagai Cymbopogon nardus berasal dari kawasan Asia termasuk di Malaysia. Apa pun secara umumnya di MAlaysia tanaman serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau ada kalangan petani yang menanamnya secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Mengenali akan beberapa ciri serai wangi dimana ia mempunyai bau lemon yang segar dan kuat berbanding dengan jenis serai makan. Apa pun dari segi kegunaan luaran selalunya minyak pati yang di ekatrak akan dijadikan pelbagai produk sebab ia amat kaya dengan sebatian dinamakan 'Citronelal' dan 'Geraniol' yang sangat berkesan sebagai agen antibakteria dan bahan yang mampu penghalau serangga. Serai wangi sering di gunakan didalam kaedah rawatan kesihatan Aromaterapi dimana ia sering digunakan secara meluas untuk melegakan tekanan (stress) dan menyegarkan udara dalam ruangan. Apa pun dilaporkan didalam kegunaan industri dimana serai wangi ini menjadi bahan utama dalam pembuatan produk mandian, losyen dan cecair pembersi. Penulis blog merujuk rekod Jabatan Pertanian Malaysia dimana jumlah keluasan tanaman serai di Malaysia pada tahun 2025 adalah seluas 1,993 hektar dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 21,428 metrik tan. Dalam pada itu merujuk pengalaman dan rujukkan lain penulis blog dapati dimana jumlah keluasan komersial tanaman serai wangi di Malaysia pada tahun sama 2025 dianggarkan antara 300 -  400 hektar secara keseluruhan dimana pengeluaran itu yang banyak tertumpu di kawasan pinggir bandar. rekod menunjukkan dimana kawasan utama penanaman dan pengeluaran serai di Malaysia termasuklah beberapa kawasan Beranang, Selangor yang terkenal sebagai salah satu lokasi pengeluar utama di Malaysia dengan keluasan tanaman meliputi kira-kira 283 hingga 324 hektar. Selain itu serai wangi agak luas di tanam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dimana ia di tanam dikawasan yang aktif dengan penanaman serai makan dan serai wangi secara komersil. Ada lokasi lain yang luas menanam serai seperti di Baling, Kedah dengan setiap lokasi mencapai keluasan puluhan hektar tanah yang penulis blog ada membuat lawatan teknologi dahulu (2016). Agak baik di kongsikan juga dimana di Masjid Tanah, Melaka juga ia aktif menanam serai termasuk serai wangi dengan tumpuan bagi pengeluaran industri hiliran seperti kilang pemprosesan pati serai. Apa pun selain dijual sebagai daun mentah dimana serai wangi diproses secara komersial sebagai minyak pati (minyak serai wangi) yang popular sebagai losyen, aromaterapi, atau cecair penghalau serangga organik. Meninjau akan harga pasaran serai wangi di Malaysia adalah berbeza mengikut bentuk dan kuantiti dimana harga purata bagi daun segar atau borong adalah sekitar RM2 sehingga harga RM4 sekilogram  manakala pek runcit daun kering atau pek segar dijual lebih kurang RM5 hingga RM6 untuk 100g. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincang mengenai serai wangi dan fakta menarik untuk bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Salah satu produk hasi dari ekstrak Serai Wangi adalah Produk Minyak Pati Serai Wangi (lemongrass) dimana ekstrak semula jadinya adalah ia yang kaya dengan sebatian seperti citronellal dan geraniol. Ia sangat popular untuk aromaterapi, melegakan sengal otot, dan menghalau serangga. Ia boleh didapati dalam pelbagai gred di pasaran. Dilaporkan dimana ada t
erdapat beberapa teknik untuk mengekstrak minyak serai wangi, namun kaedah utama yang digunakan secara komersial adalah Kaedah Penyulingan Stim (stim distillation). Kalangan pengusaha dimana sesiapa yang ingin mencuba sendiri di rumah sebenarnya masih terdapat dua lagi kaedah yang lebih mudah iaitu dengan Kaedah Pengekstrakan Rendaman (infusion) dan Kaedah Rebusan Terus (decoction). Lazimnya dimana Kaedah Penyulingan Stim (Steam Distillation) yang digunakan ia adalah teknik paling lazim dan berkesan yang digunakan oleh pusat penyelidikan seperti MARDI dan syarikat swasta lain untuk menghasilkan minyak pati serai wangi (essential oil) yang tulen dan maha harganya. Caranya dimana bahagian daun dan batang serai wangi dilayukan terlebih dahulu dimana ia kemudian dimasukkan ke dalam tangki penyulingan bersama air. Seterusnya tangki dipanaskan bagi menghasilkan wap air yang akan membawa wap minyak pati. kemudian wap ini dialirkan melalui paip penyejuk (kondenser) lalu bertukar kembali menjadi cecair dan dii tuai didalam bekas pengumpulan khusus. Hasil cecair itu akan berpisah secara semula jadi di mana minyak pati akan terapung dibahagian atas permukaan air (dipanggil hydrosol) sebab ia lebih ringan dimana ia mudah dikutip dan air akan berkumpul di bahagian bawah (lebih berat dar minyak). Kaedah kedua adalah  Kaedah Rendaman tau Kaedah Infusi (Infusion) dimana ara ini ia lebih sesuai untuk menghasilkan minyak serai buatan sendiri (minyak urut atau minyak serbaguna) tanpa perlu ianya menggunakan mesin penyulingan. Caranya adalah dengan memotong dan hancurkan daun atau batang serai wangi. Ia kemudian dimasukkan bahan ke dalam bekas kaca dan tuangkan minyak pembawa (carrier oil) seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun atau minyak masak sehingga serai tenggelam sepenuhnya. Biarkan bekas tertutup rapat dan rendam pada suhu bilik selama beberapa minggu (kaedah sejuk) atau didihkan kaedah double boiler selama 2-3 jam (kaedah panas). Kemudian di tapis sisa serai untuk tujuan mendapatkan minyak yang telah sebati dengan khasiat serai. Penulis blog kongsikan vara ketiga iaitu Kaedah Rebusan Langsung (Decoction) dimana ia sesuai jika ada yang ingin membuat minyak serai dengan pantas untuk kegunaan segera seperti cecair penghalau serangga. Bahan serai diketuk atau dikisar dan ia kemudian direbus bersama air dan sedikit minyak (seperti minyak masak atau minyak zaitun) di atas api perlahan. Apa pun proses reneh ini dibiarkan berjam-jam sehingga air tersejat sepenuhnya dan hanya tinggal minyak yang bercampur pati serai.  


Mungkin ramai kalangan pembaca blog anim agro technology yang sering membeli dan menggunakan minyak pati serai wangi yang ada sipasaran. Dikongsikan akan 
panduan ringkas mengenai manfaat, cara penggunaan dan tips membelinya dimana nagi produk Penghalau Serangga Semula Jadi pilih yang berkualiti sesuai dengan penjelasn pada label dan proaktikal digunakan sesuai dengan kos. Pastikan dapatkan tetstimoni yang berkesan menghalau nyamuk dan serangga lain daripada penjual atau rakan-rakan yng sudah menggunakannya. Sesiapa yang ingin membeli Produk Minyak Serai yang boleh Melegakan Lenguh Badan pastikan ia sudah biasa digunakan sebagai minyak urut untuk tujuak meredakan sakit otot, sendi, dan kembung perut. Apa pun produk minyak urut serai wangi ialah sejenis minyak aromaterapi herba yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan serai wangi. Ia digunakan secara meluas untuk melegakan sengal otot, meredakan kembung perut, membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah, serta bertindak sebagai penghalau serangga semula jadi. Harga minyak urut serai wangi di pasaran biasanya berlegar antara RM7 hingga RM12 sebotol iaitu ia bergantung pada saiz dan jenama. Ada tinjauan sebab produk Minyak Urut Seri Wangi Saiz Kecil (60ml - 100ml) ia di jual dengan harga sekitar RM7 - RM10 di platform atas talian seperti Shopee danLazada dan bagi botol Saiz Besar (1 Liter) ia boleh mencecah RM40 ke atas untuk belian pukal atau kegunaan spa. Kalau hendak membeli minyai ini untuk Aromaterapi sebab aromanya yang sangat menyegarkan membantu mengurangkan stres, melegakan rasa mual, dan memberi ketenangan. Tinjauan menunjukkan dimana harga minyak urut serai wangi aromaterapi di pasaran Malaysia biasanya berkisar antara RM7.50 hingga RM20.00 sebotol (60ml - 100ml) bergantung pada jenama dan kualiti bahan. Ada produk untuk dijadikan Antibakteria dn juga bahan  Anti-radang yang mana ia akan membantu menyihatkan kulit dan meredakan keradangan ringan. Harga minyak urut serai wangi antibakteria biasanya berlegar antara RM6.00 hingga RM20.00 sebotol bergantung pada jenama dan isipadu. Ia diformulasikan untuk melegakan otot, merawat gatal, dan bertindak sebagai antibakteria. Ada dijelaskan akan cara bagi penggunaan Produk Penyembur (Spray) Minyak Serai Wangi dimana boleh dicampurkan beberapa titik minyak pati serai wangi ke dalam air di dalam botol semburan dan sembur di sudut bilik atau kawasan luar rumah. Sebagai tip membeli dimana sentiasa periksa label ramuan dan kena pastikan ia menyenaraikan nama botani seperti Cymbopogon citratus atau Cymbopogon flexuosus dan bukannya sekadar produk dari jenis pewangi tiruan (fragrance) untuk menjamin kualiti dan khasiat aslinya. 


Dalam beberapa penjelasan di laporkan minyak pati serai wagi ada banyak khasiat tersendiri. Apa pun antara k
egunaan Minyak Serai terutama didalam dunia perubatan ia  dilaporkan digunakan bagi tujuan perubatan termasuk yang pertama untuk tujuan Menyingkirkan cacing atau parasit lain daripada usus, Mengawal kekejangan otot, Meningkatkan selera makan dan juga Melegakan retensi cecair serta degan Menyapukan minyak ini secara langsung kepada kulit dapat mengelakkan nyamuk dan serangga lain. Apa pun masih banyak persoalan bagaimana minyak serai wangi sama ada ia selamat jika ia digunakan. Beberapa sumber menyatakan jika minyak ini kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang dalam jumlah sedikit yang ditemui dalam makanan akan tetapi ia tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang banyak. Walau pun ia kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila disapukan pada kulit sebagai penghalang serangga tetapi tidak selamat untuk menghidu minyak ini. Perlu tahu akan langkah berjaga-jaga jika ingin menggunakan minyai ini. Bagi kumpulan kanak-kanak dilaporkan yang minyak ini tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak melalui mulut. Terdapat laporan keracunan bagi kanak-kanak dan ada budak yang baru bertatih dilaporkan dia mati selepas menelan bahan penghalang serangga yang mengandungi minyak ini. Ancaman lain juga kepada kalangan ibu yang mengandung dan ibu menyusu badan kepada bayinya dimana sebaiknya lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya. Dalam beberapa laporan ada kesan sampingan penggunaan minyak serai dimana minyak ini mengakibatkan beberapa kesan sampingan antaranya seperti Alergi Kulit dan juga Kerosakan Paru-paru dimana tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin masih terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan dimana sebaiknya sesiapa yang ada mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas sebaiknya berjumpa pakar herba atau doktor. Ada kes apabila seseorang akan mengambil herba tambahan lain dimana cara ini mungkin berlaku ancaman tindak balas dengan ubatan semasa. Apa pun di laporkan dimana kadari penggunaan herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk kepekatan 0.5% hingga 10%. Apa pun ada terdapat pelbagai jenama minyak serai wangi di pasaran Malaysia yang bergantung kepada kegunaan sama ada untuk urutan badan, kesihatan atau aromaterapi. Berikut adalah antara jenama popular yang boleh dibeli seperti Jenama Minyak Serai Wangi Petani yang mana ia popular untuk melegakan lenguh otot, perut kembung dan wanita dalam pantang (Sila lihat foto disebelah). Kedua ada Jenama SuzyHoney Herbs iaitu produk tempatan yang menawarkan minyak herba serai wangi yang digabungkan bersama daun mengkudu untuk masalah angin dan urutan. Ketiga ada jenis Jenama Minyak Serai Warisan Tok Saju iaitu jenis pati serai wangi yang bagus untuk melegakan sengal-sengal dan juga kegunaan aromaterapi. Keempat ada Jenama Young Living and PURAS iaitu satu jenama terkenal yang menawarkan minyak pati (essential oil) serai wangi tulen untuk diguna sebagai 'diffuser' dan mandian dan kelima ada Jenama Plant Origins (Signature Market) iaitu produk minyak pati serai wangi yang bagus untuk menyegarkan badan dan menghalau nyamuk. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..

SERAI WANGI... KUAT AROMANYA...
TIDAK DI MAKAN...EMBIL PATINYA...
BANYAK GUNA...KAWAL SERANGGA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 810, Tingkat 8,
A41-3, Lorong Tun Ismail 3, 25000,
Sri Dagangan Business Centre, Kuantan,
Pahang,
Malaysia.
(3 Safar 1448H).

Tuesday, July 21, 2026

SERAI WANGI - APA FAKTANYA (Part 1)

TANAMAN SERAI WANGI 
(Cymbopogon nardus) ialah satu jenis serai yang di tanam di Malaysia berlainan fungsi dengan tanaman Serai Makan
(Cymbopogon citratus). Serai wangi adalah sejenis tumbuhan herba aromatik daripada keluarga rumput-rumputan iaitu famili Poaceae (dulu di bawah keluarga Graminae). APa pun penulis blog dapati jenis ini ia berbeza daripada serai makan dimana serai wangi mempunyai bau citrus yang jauh lebih kuat dan tidak sesuai digunakan untuk masakan tetapi ia sebaliknya digunakan untuk menghasilkan minyak pati, sabun dan bahan penghalau serangga semula jadi seperti nyamuk yang sangat berkesan. Tumbuhan ini yang mana ia dipercayai memang natif di Asia dengan nama segi nama saintifik sebagai Cymbopogon nardus berasal dari kawasan Asia termasuk di Malaysia. Apa pun umumnya di Malaysia tanaman serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau ada kalangan petani yang menanamnya secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Mengenali akan beberapa ciri serai wangi dimana ia mempunyai bau lemon yang segar dan kuat berbanding dengan jenis serai makan. Apa pun dari segi kegunaan luaran selalunya minyak pati yang di ekatrak akan dijadikan pelbagai produk sebab ia amat kaya dengan sebatian dinamakan 'Citronelal' dan 'Geraniol' yang sangat berkesan sebagai agen antibakteria dan bahan yang mampu penghalau serangga. Serai wangi sering di gunakan didalam kaedah rawatan kesihatan Aromaterapi dimana ia sering digunakan secara meluas untuk melegakan tekanan (stress) dan menyegarkan udara dalam ruangan. Apa pun dilaporkan didalam kegunaan industri dimana serai wangi ini menjadi bahan utama dalam pembuatan produk mandian, losyen dan cecair pembersi. Penulis blog merujuk rekod Jabatan Pertanian Malaysia dimana jumlah keluasan tanaman serai di Malaysia pada tahun 2025 adalah seluas 1,993 hektar dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 21,428 metrik tan. Dalam pada itu merujuk pengalaman dan rujukkan lain penulis blog dapati dimana jumlah keluasan komersial tanaman serai wangi di Malaysia pada tahun sama 2025 dianggarkan antara 300 -  400 hektar secara keseluruhan dimana pengeluaran itu yang banyak tertumpu di kawasan pinggir bandar. rekod menunjukkan dimana kawasan utama penanaman dan jumlah pengeluaran serai di Malaysia termasuklah beberapa kawasan Beranang, Selangor yang terkenal sebagai salah satu lokasi pengeluar utama di Malaysia dengan keluasan tanaman meliputi kira-kira 283 hingga 324 hektar. Selain itu serai wangi agak luas di tanam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dimana ia di tanam dikawasan yang aktif dengan penanaman serai makan dan serai wangi secara komersil. Ada lokasi lain yang luas menanam serai seperti di Baling, Kedah dengan setiap lokasi mencapai keluasan puluhan hektar tanah yang penulis blog ada membuat lawatan teknologi dahulu (2016). Agak baik di kongsikan juga dimana di Masjid Tanah, Melaka juga ia aktif menanam serai termasuk serai wangi dengan tumpuan bagi pengeluaran industri hiliran seperti kilang pemprosesan pati serai. Apa pun selain dijual sebagai daun mentah dimana serai wangi diproses secara komersial sebagai minyak pati (minyak serai wangi) yang popular sebagai losyen, aromaterapi, atau cecair penghalau serangga organik. Meninjau akan harga pasaran serai wangi di Malaysia adalah berbeza mengikut bentuk dan kuantiti dimana harga purata bagi daun segar atau borong adalah sekitar RM2 - RM4 sekilogram  manakala pek runcit daun kering atau pek segar dijual lebih kurang RM5 hingga RM6 untuk 100g. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincang mengenai serai wangi dan fakta menarik untuk bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Fakta menarik pertama dimana ada t
erdapat dua kategori utama serai yang ditanam secara meluas di Malaysia iaitu jenis pertama adalah Jenis Serai Makan iaitu ia sejenis serai serbaguna untuk masakan dan kedua adalah Jenis Serai Wangi iaitu jenis serai yang digunakan untuk perubatan dan sebagai bahan penghalau nyamuk. Di bawah kategori serai makan pula penulis blog dapati ada terdapat beberapa varieti popular seperti Serai Kampung, Serai Gajah dan Serai Peha Ayam. Membincangkan lanjut Jenis Serai Makan atau pun namam botaninya adalah Cymbopogon citratus dimana Jenis Serai Kampung adalah yang paling popular ditanam dan dijual segar untuk kegunaan harian terutaman jadi bahan masakkan. Apa ciri batangnya ia bersaiz sederhana, beraroma sangat wangi dan mengeluarkan rasa sitrus yang kuat. Dalam kategori ini ada Jenis 
Serai Gajah atau di panggil juga sebagai Jenis Serai Peha Ayam dimana jenis ini ia mempunyai batang dan rizom (ubi) yang jauh lebih besar menyerupai peha ayam. Kurang wangi berbanding serai kampungakan tetapi memang ia ada banyak digunakan secara komersial untuk tujuan bagi mendapatkan isi yang lebih banyak. Ada juga Jenis Serai East Indian iaitu nama botaninya Cymbopogon flexuosus didakwa ia berasal dari India dan Sri Lanka. Walaupun boleh dimakan, ia lebih banyak digunakan untuk penghasilan teh herba atau minyak wangi kerana baunya yang sangat kuat. Apa pun Jenis Serai Wangi (Cymbopogon nardus) adalah serai jenis ini tidak sesuai dimakan kerana rasanya yang pahit dan berkayu dimana ia ditanam khusus untuk menghasilkan minyak pati (minyak atsiri) yang digunakan dalam industri kosmetik, sabun, aromaterapi dan sebagai pengusir nyamuk atau serangga secara semula jadi. Jenis serai wangi secara umumnya terbahagi kepada beberapa jenis utama iaitu Jenis Serai Wangi Asli (Cymbopogon nardus) dan Jenis Serai Wangi Merah (Cymbopogon nardus var. red). Selain itu penulis blog dapati jika ia sering dikelirukan dengan Jenis Serai Makan atau Jenis Serai Dapur (Cymbopogon citratus) kerana kedua-duanya berbau harum. Asasnya dimana ciri perbezaan dan butiran lanjut mengenai jenis-jenis ini adalah bagi jenis Serai Wangi Asli (Cymbopogon nardus) dimana ia dikenali dengan daun yang lebih halus dan panjang dan ia berbentuk mmelengkung hingga ke tanah serta pada pangkal batang yang berwarna merah keunguan. Ia mempunyai aroma citronella yang sangat kuat dan sesuai digunakan untuk penghasilan minyak aromaterapi, losyen, sabun dan berfungsi sebagai penghalau serangga (nyamuk) dan jenis ini ia tidak sesuai dimakan kerana rasanya pahit.  Bagi Jenis Serai Wangi Merah (Cymbopogon nardus var. red) dimana ia mempunyai ciri dan kegunaan yang sama seperti serai wangi biasa akan tetapi batangnya berwarna lebih kemerahan dengan aroma yang jauh lebih tajam dan kuat.  
 

Aktiviti dan teknik menanam serai wangi sangat mudah menggunakan kaedah pecahan rumpun dari pokok induk yang sihat. Perlu dipotong daun berlebihan dan kemudian ia direndam pangkal batang di dalam air sehingga berakar dimana ia kemudian boleh tanam di kawasan tanah atau didalam pasu dan pastikan ia mendapat cahaya matahari penuh dengan tanah bersaliran baik. Siram dengan kerap dan ia boleh dituai dalam masa 6 hingga 8 bulan kemudian selepas ditanam dan dijaga baik. Penulis blog paparkan panduan langkah demi langkah untuk menanam serai wangi dimana pertama adalah memilih an menyediakan benih tanaman iaitu pilih batang serai wangi yang matang, sihat dan mempunyai sedikit pangkal akar. Ia dipotong pada bahagian daun dan tinggalkan kira-kira 10 - 15 cm batang dari pangkal umbisi dan untuk mempercepatkan pertumbuhan akar disyorkan agar ia boleh direndam pangkal batang tersebut di dalam bekas berisi air selama beberapa hari sebelum ditanam (Sila lihat foto disebelah). Kerja penyediaan Tanah dan Tapak Menanam dimana serai wangi memerlukan kawasan yang mendapat cahaya matahari penuh dan mempunyai sistem pengairan yang baik (tidak bertakung) dan tanah digemburkan gaulkan dengan baja organik atau kompos bagi membekalkan nutrien yang cukup untuk pertumbuhan sihat. Menanam dengan mengorek lubang sedalam kira-kira 10 - 15 cm dan boleh dimasukkan satu ke dua batang serai wangi ke dalam setiap lubang secara menegak atau boleh menanamnya terus ke atas batas di tanah atau di dalam pasu besar yang mana ia  bersesuaian. Timbus dan padatkan sedikit tanah di sekeliling pangkal pokok supaya ia teguh dan kemudian perlu disiram iaitu ia perlukan banyak air dan disiram dua kali sehari (pagi dan petang) terutamanya pada peringkat awal penanaman.  Pembajaan dilakukan dengan menaburkan baja organik atau baja subur (seperti NPK) setiap bulan untuk merangsang pertumbuhan daun yang lebat. Aktiviti penjagaan rumpun perlu dilakukan dengan membuang daun-daun yang kering atau telah rosak secara berkala. Aktiviti menuai serai wangi sesuai dilakukan serai wangi biasanya matang dan sedia dituai pada bulan keenam hingga kelapan selepas ditanam. Kaedah atau cara menuai yang betul adalah dengan memotong rumpun dan keseluruhan rumpun atau mencabut beberapa batang matang dari bahagian luar rumpun dengan berhati-hati. Ia kemudian di kumpulkan dan di hantar kepusat pemprosesan untuk diamil ekstrak pati serai wangi.


Serai wangi kaya dengan minyak pati seperti 'Citral' dan 'Geraniol' yang mana ia memberikan khasiat luar biasa. Ia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan, melegakan lenguh-lenguh, melancarkan peredaran darah, serta akan bertindak sebagai penghalau nyamuk dan serangga semula jadi. 
Selain itu khasiat serai wangi dilaporkan ia akan Melegakan Masalah Pencernaan iaitu ia akan membantu membuang angin, mengurangkan kembung perut dan melegakan kekejangan atau senggugut ketika haid. Apa pun serai wangi berkait dengan Rawatan Aromaterapi dan Mampu Untuk Mengurangkan Tekanan sebab baunya yang menyegarkan membantu menenangkan minda dan mampu bagi mengurangkan keresahan (anxiety) dan memberi rehat yang mendalam jika digunakan sebagai minyak mandian atau penyegar udara. Khasiat seterusnya dimana serai wangi dilaporkan sebagai bahan Antibakteria dan Antikulat dan ciri ini akan Membantu melawan jangkitan dan boleh digunakan dalam sabun atau deodoran untuk mencegah bau badan.  Penghalau Nyamuk Semula Jadi: Minyak serai wangi adalah bahan utama dalam banyak semburan serangga organik kerana ia selamat dan berkesan tanpa bahan kimia yang berbahaya Paling terkenal adalah dakwaan dan penggunaan serai wangi secara amnya selamat dan terkenal sebagai Penghalau bagi serangga semula jadi. Walau bagaimanapun, ia membawa beberapa ancaman atau kesan sampingan jika tidak betul cara digunakan khususnya akan ujud Ancaman Kerengsaan kulit, alahan, bahaya kepada haiwan peliharaan, dan risiko semasa mengandung. Ancaman Kerengsaan Kulit disebabkan oleh cara penggunaan minyak pati serai wangi yang tidak dicairkan (undiluted) boleh menyebabkan ruam, kulit kering dan rasa pedih. Ada juga kemungkinan berlaku ancaman Alahan (Reaksi Alergik) bagi individu yang mempunyai alahan kepada rumput atau tumbuhan herba tertentu mungkin mengalami gatal-gatal atau kesukaran bernafas jika tersedut wapnya. Kesan Toksik pada Haiwan Peliharaan akan terjadi bila minyak serai wangi atau ekstrak tulennya adalah toksik kepada kucing dan anjing dimana jika berlaku kes berlaku dan pendedahan berlebihan boleh menyebabkan masalah hati, muntah, atau sawan pada haiwan. Seteruanya ada ancaman atau Risiko Kehamilan dan Penyusuan dimana wanita hamil atau menyusukan anak dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan produk berasaskan serai wangi, terutamanya dalam bentuk minyak pati disebabkan ia didakwa boleh ianya mengganggu kestabilan hormon dan kehamilan. Ancaman seterusny adalah Ancaman Kerosakan pada Selaput Lendir dimana perlu dielakkan semburan atau titisan serai wangi berdekatan dengan mata, telinga atau bahagian sensitif lain kerana ia boleh menyebabkan keradangan teruk kepada mangsa.


Fakta menarik dimana sudah ada banyak jenis produk-produk dijual di pasaran Malaysia dimana p
roduk serai wangi adalah barangan yang diperbuat daripada ekstrak tumbuhan dituai iaitu daripada Serai Wangi (Cymbopogon nardus) yang terkenal dengan aroma citrus yang segar. Produk-produk ini ia sangat popular untuk kegunaan isi rumah dan kesihatan serta akan  menggabungkan haruman semula jadi dengan pelbagai khasiat botani.  Paling sering di jumpai di premis jualan atau jualan atas talian adalah Jenis Produk Semburan dan Cecair Pembersih (Penghalau Serangga) yang mudah didapatkan dengan harga seemurah RM5 (botol kecil) sehingga RM56 (botol besar berjenama). Apa pun jenis produk ini ia fungsi utamanya akan digunakan secara meluas untuk menghalau serangga seperti nyamuk, lalat, lipas dan semut tanpa menggunakan bahan kimia toksik. Ia amat mudah di beli dan digunakan dengan menyembur sahaja dan cucian seperti semburan pada lantai, penyegar udara atau cecair lap meja di dapur. Ada juga Jenis Produk Kesihatan dan Produk Terapi (Aromaterapi) seperti jenis  Minyak Angin dan Jenis Minyak Urut dimana produk ini ia akan mampu melegakan sakit otot, lenguh-lenguh badan, kembung perut, dan gigitan serangga. Bagi jenis produk Aromaterapi dimana ia akan meredakan tekanan dan keletihan mental melalui bau yang menyegarkan. Kategori ketiga ada Jenis Produk  Penjagaan Diri seperti produk sabun mandi dan produk syampu serai wangi dimana ia membantu mengawal masalah kulit dan minyak berlebihan kerana sifat antibakteria dan anti-radang semulajadinya. Bagi penulis blog dimana bagi tujuan melihat pelbagai pilihan produk berasaskan serai wangi yang ada di pasaran, anda boleh menyemak platform seperti Shopee Malaysia atau Lazada Malaysia untuk pelbagai jenama tempatan. Dalam bab ini di kongsikan kisah akan beberapa Mitos utama mengenai serai wangi sering berkisar tentang kepercayaan mistik bahawa ia berbunga. Ramai yang percaya jika tumbuhan ini jika ia mengeluarkan bunga ianya adalah petanda kehadiran kes mistik seperti potensi akan ada penemuan permata atau geliga. Selain itu juga ia dianggap mampu menghalau makhluk halus dan gangguan sihir jika ditanam mengelilingi rumah. Mitos kedua agak unik sebab ia dianggap sebagai bahan Penghalau Serangga Semulajadi sebab serai wangi mengandungi minyak citronella yang sangat berkesan menghalau nyamuk, semut dan serangga perosak. Seterusnya ada Mitos Aromaterapi dan Mandian apabila di laporkan yang air rebusan daunnya sering digunakan dalam rawatan tradisional, mandian untuk menyegarkan badan serta membantu melegakan keletihan dan meredakan stress. Asanya setelah membaca artikel ini pembaca blog semua sudah boleh membezakan antara Jenis Serai Makan dengan Jenis Serai wangi mempunyai daun yang lebih panjang, warna keunguan pada pangkalnya, dan bau yang lebih kuat. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
SERAI WANGI... KUAT AROMANYA...

TIDAK DI MAKAN...EMBIL PATINYA...
BANYAK GUNA...KAWAL SERANGGA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 810, Tingkat 8,
A41-3, Lorong Tun Ismail 3, 25000,
Sri Dagangan Business Centre, Kuantan,
Pahang,
Malaysia.
(3 Safar 1448H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...