Support My Blog

Showing posts with label PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA?. Show all posts
Showing posts with label PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA?. Show all posts

Saturday, March 25, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 6)

PATOLOGI TUMBUHAN
(Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Bagaimana menjalankan rawatan dan kawalan terhadap tumbuhan yang boleh diserang penyakit amat penting diketahui petani. Paling asas adalah kemampuan membuat diagnosa daripada simptom serangan dan apakah jenis patogen yang menyebabkan penyakit. Secara umum ada empat (4) prinsip perlu diketahui iaitu bagaimana proses E
ksklusi patogen, Pembasmian patogen (eradikasi), Perlindungan kepada tanaman diserang dan Kaji akan ketahanan tanaman yang diserang. Prinsip pertama iaitu Eksklusi Patogen adalah bertujuan untuk dapat mencegah bagaimana cara kemasukan patogen ke lokasi tanaman (kebun) yang masih bebas patogen yang berkaitan. Selama patogen dan tanaman dikebun terpisah maka tidak akan terjadi penyakit yang berlaku. Prinsip ini berhasil kalau digunakan terhadap patogen yang kaedah penyebarannya melalui bahan tanaman walau pun ia agak susah untuk patogen yang disebarkan oleh angin dapat dikawal jangkitannya. Ilmu pengetahuan tentang cara penyebaran suatu patogen sangat penting dalam cara tentukan pengasingan (eksklusi). Beberapa cara kawalan yang ikuti prinsip eksklusi adalah Karantina dan Pemeriksaan serta  Penghindaran patogen. Prinsip penguatkuasaan  Karantina dan Pemeriksaan dimana karantina adalah suatu cara melarang secara resmi pengangkutan bahan tanaman tertentu terhadap kemungkinan terbawanya patogen yang berpotensi merosakkan tanaman di suatu negara atau pun dikawasan yang baru. Ia bertujuan bagi melindungi tanaman yang ada di suatu wilayah atau lokasi tertentu terhadap potensi serangan patogen baru. Aktiviti karantina antara lain meliput menghalang (embargo) secara total terhadap tanaman tertentu dan produk-produknya, melaksanakan pemeriksaan dan certifikasi bahan tanaman dari negara asal dan juga menjalankan pemeriksaan terhadap bahan tanaman di pintu masuk negara pengimport. Kuaratina ini juga dengan memusnahkan bahan tanaman dalam apa juga bentuk dengan segera dipintu masuk, memeriksa dan meneliti kemasukan bahan dan hasil tanaman yang dilarang dan juga bekerjasama dengan ujudkan sistem karantina dengan luar negera asal bahan tanaman dikeluarkan. Prinsip kedua adalah bagaimana menghindarkan patogen melalui kaedah menanam bahan tanaman dikawasan bebas atau terasing (isolated) yang mana patogen tidak boleh membiak dan tidak ada vektornya. Anakbenih bebas penyakit tanaman terpilih ditanam dan diawasi dari awal sehingga ia matang untuk mengawasi ia bebas dari serangan patogen. Akhirnya akan dapat anakbenih tanaman tertentu yang telah disahkan bebas dan tahan dari serangan penyakit. Di Malaysia antara tanaman tersebut adalah seperti kelapa, buah tin, sacha inci, guarana dan sebagainya. 
 

Prinsip Pembasmian (Eradication) Patogen adalah p
rinsip yang bertujuan untuk memusnahkan atau mengurangkan keberadaan atau populasi patogen yang berada dalam negara atau kawasan tertentu. Prinsip ini boleh dilakukan dengan Kaedah Kultural dimana dimusnahkan perumah (host), amalan penggiliran tanaman, sanitasi ladang, memperbaiki keadaan kesihatan tanaman agar patogen lemah, Sungkupan, sistem pengairan dan perparitan sempurna. Bagi amalan secara fizikal diladang dimana aktiviti secata pensterilan tanah dan peralatan ladang amat membantu. Antaranya pembasmian patogen melalui rawatan tanah dengan kawalan suhu dan radiasi. Kaedah  pembasmian dengan menggunakan bahan kimia seperti dengan melakukan fumigasi tanah dan rawatan benih dengan racun serangga dan nuklear. Di kawasan kebun pula boleh dilakukan penggunaan tanaman perangkap dan menggunakan serangga atau mikrob berfaedah yang menjadi musih atau antagonis terhadap patogen. Sebaiknya apabila ada patogen baru yang berbahaya diketahui telah menyerang tanaman penting disuatu kawasan maka pendekatan terbaik adalah dengan cara untuk mencegah wabak dengan cara membasmi atau memusnahkan tanaman yang telah dijangkiti. Di Malaysia seingat penulis blog pernah jalankan aktiviti pemusnahan tanaman benti di seluruh Negeri Johor pada tahun 2010 - 2012 daripada serangan Penyakit Papaya Ringspot Virus (PRSV) yang memunnahkan industri betik di Malaysia. Betik mempunyai masaalah serangan penyakit dan perosak dalam pengendaliannya dimana semua pokok dijangkiti di tebang dan dibakar. Antara penyakit yang serious adalah Papaya Ringspot Virus (PSRV) dan Penyakit Papaya Dieback (PPD). Kedua-dua penyakit ini di gazetkan dibawah Akta Perlindungan Tanaman 1974 yang mana pokok betik yang dijangkiti perlu dimusnahkan segera. Industri betik Negara terjejas teruk dengan serangan kedua-dua penyakit ini sejak 10 tahun dahulu yang menyebabkan kerugian berjut ringgit setiap tahun.  boleh baca artikel tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Pengalaman saya dalam operasi membenteras kedua-dua penyakit ini diseluroh negeri Johor. Pastikan menjag akebersihan kebun dengan sanitasi baik kerana ia menyingkirkan atau mengurangkan populasi inokulum yang terdapat di lokasi. Aktiviti memangkas dan membakar bahagian tanaman yang dijangkiti akan membantu. Selain itu peralatan ladang sebaiknya dicuci dengan bahan kimia sesuai untuk selamat digunakan dan tidak menyebarkan kepada tanaman lain.


Varieti tanaman yang mudah dihinggapi penyakit atau yang rentan perlu untuk  sentiasa diberikan perhatian khusus dengan pelbagai cara agar tidak diserang patogen yang membawa penyakit. 
Racun Kulat (Fungicide) adalah racun yang digunakan untuk mengawal penyakit tumbuhan yang mana ia disebabkan oleh Kulat (Fungi). Terdapat berbagai-bagai jenis racun kulat sama ada kompoun kimia atau microrganisma biologi di cipta bagi mengawal berbagai-bagai jenis kulat mengikut kaedah saintifik. Sila baca tulisan saya mengenai racun kulat dengan pautan berikut (Sila klik disini)Racun Kulat bertindak samaada secara SENTUHAN atau secara SISTEMIK untuk ianya dapat menghalang atau membunuh kulat. Cara sentuhan ialah racun yang disembur terus kepada kulat dan cara sistemik dengan disembur pada tumbuhan dan meresap masuk kedalam kulat yang ada pada tumbuhan tersebut. Kebanyakkan racun kulat disediakan dan dijual dalam bentul Cecair dan kebanyakkanya mengandungi unsur SULFUR. Racun kulat yag disediakan dalam bentuk Serbuk atau Tepong sangat kuat dan merbahaya. Racun kulat meninggalkan kesan sisabaki pada hasil tanaman dan memberikan kesan toksik serta menjejaskan kesihatan kepada manusia jika tidak diuruskan dengan sempurna. Patogen Kulat yang disembur racun ini juga akan membentuk kekebalan apabila disembur racun kulat yang sama secara berulang-ulang. Oleh itu perlu digunakan racun kulat yang mengandungi bahan aktif yang berbeza-beza bagi mengelakan kekebalan pathogen tersebut. Di Malaysia terdapat 64 jenis bahan aktif yang digunakan sebagai bahan asas racun kulat daripada jenis axoxystobin (Kumpulan strobrilurin : methoxyacrylate) sehingga bahan aktif ziram (Kumpulan dithiocarbamate). Kaedah terakhir adalah dengan menyediakan biakbaka bagi mendapatan varieti tanaman yang Tahan Penyakit (Plan RĂ©sistance Variety). Ia dilakukan dengan kajian biakbaka berulang kali dengan menjalankan pemilihan (selection) varieti unggul yang tahan dari serangan sebarang bentuk patogen sama ada kulat, bakteria, virus dan juga nematod. Di Malaysia telah banyak varieti padi yang di istiharkan dimana terkini adalah varieti Padi MR315 yang kini luas ditanam diseluruh negara. Sebelum ini ada Mr219, MR220, MR220CL yang mana ia sudah tidak resistant lagi dengan mutasi patogen perosak dilapangan. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang mana ia sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H). 

Friday, March 24, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 5)

PATOLOGI TUMBUHAN
(Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam mempelajari ilmu patologi tumbuhan penting di fahami iaitu bagaimana 
EPIDEMILOGI penyakit tumbuhan. Apa pun selalunya suatu penyakit tumbuhan akan dikatakan mencapai keadaan 'epidemik' apabila patogen menyebar dan teruk menyerang populasi tumbuhan dalam kawasan yang luas dan dalam waktu relatif cepat. Unsur-unsur yang boleh ianya menyebabkan suatu epidemik adalah kerana keadaan tumbuhan yang mudah dijangkiti atau rentan, patogen yang kuat atau virulen dan keadaan persekitaran yang sesuai untuk serangan merebak dalam waktu yang lama. Kejadian Epidemik ini adalah dapat dipacu, dicegah atau dihentikan melalui campur tangan manusia seperti saintis dan petani. Beberapa faktor yang berkaitan dengan perumah penyebab serangan yang berkait dengan Epidemik termasuklah Tahap ketahanan tumbuhan (kerentanan tumbuhan), Tahap keseragaman tumbuhan, Kaedah Penanaman dilakukan (Semusim atau tahunan) dan juga umur tanaman. Jika tanaman yang ada dikebun adalah dari satu jenis atau varieti sama dengan tahap ketahanan rendah dan seragam umurnya maka serangan penyakit akan merebak dengan mudah dan cepat.  Dilaporkan dimana faktor patogen tanaman yang ada dan akan menyerang tanaman amat berpengaruh terhadap epidemik dimana ia bergantung kepada tahap virulensi (kekuatan patogen), jumlah inokulum yang ada dalam perumah, cara pembiakan atau reproduksi patogen, ciri biologi patogen dan bagaimana cara penyebaran patogen tersebut. Tumbuhan akan diserang penyakit apabila semua faktur sesuai bagi serangan tersebut berlaku.


Keadaan persekitaran tumbuhan perumah memang sangat berpengaruh terhadap ketersediaan punca kepada membiaknya patogen pada perumah sama ada dalam bentuk stadia, spora, mikrob dan sebagainya. Selain ia mampu mempengaruhi terhadap ketahanan hidup, tahap pembiakan, tahap sporulasi, kemudahan, arah dan jarak penyebaran patogen serta tingkat percambahan spora dan tahap penetrasinya (penetration stage). Faktor persekitaran yang berperanan penting adalah seperti kelembaban, suhu dan kegiatan manusia seperti cara pengurusan tanaman yang dilakukan dan aktiviti serta tindakan perlindungan tanaman. Kelembaban yang tinggi dalam jangkamasa yang lama dan berulang-ulang dilihat merupakan faktor penting dalam menyebabkan wabak dan epidemik penyakit tanaman. Ia libatkan patogen kulat dan bakteria dengan persekitaran yang sesuai. Kes epidemik yang disebabkan oleh virus atau fitoplasma secara tidak langsung dipengaruhi oleh kelembaban terutama melalui vektornya yang aktif sewaktu kelembaban (hujan) tinggi. Pada musim hujan biasanya aktiviti serangga tertentu yang menjadi vektor virus atau fitoplasma lazim adalah kurang atau ia  menurun. Epidemik dapat meningkat pada masa dimana 
suhu tidak sesuai kepada perumah akan tetapi ia dalam keadaan cukup baik bagi perkembangan patogen. Pada suhu yang optimum biasanya kitaran hidup penyakit tumbuhan akan lebih cepat terjadi apabila banyak inokulum tersedia untuk merebak dalam musim tersebut. Namun suhu yang memang sejuk pula ia akan dapat mengurangkan populasi seragga vektor. Aktiviti pergerakan manusia bagaimana pun ianya memang amat  berpengaruh terhadap terjadinya suatu epidemik. Ini kerana beberapa faktur yang disebabkan manusia sebagai agen penyebar penyakit tumbuhan boleh datang melalui pemilihan lokasi kebun untuk tanaman (kawasan tersebut sudah ada patogen atau disekelilingnya ada jangkitan penyakit), cara pemilihan anakbenih tanaman (elakkan benih yang terjangkit), cara dan teknik amalan tanaman dan agronomi serta populasi manusia yang mengunjungi kawasan kebun. Kawasan bagi program agrotourism pula perlu diawasi pelancong yang datang sama ada mereka ada mengunjungi kebun yang tanamannya sudah diserang penyakit.  
 

Kejadian kes wabak penyakit tumbuhan atau epidemik boleh terjadi apabila kes berlaku interaksi antara patogen dengan tanaman sihat yang dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan dan aktiviti manusia. Selalunya perumah patogen sama ada jenis tanaman semusim maupun tanaman tahunan dimana ia akan melalui berbagai peringkat pertumbuhannya memang ada patogen tinggal. Perumah tersebut dapat dibiakkan dengan bijibenih atau pembiakan vegetatif (keratan, sulur dsb) yang mana ia lazimnya akan membawa sekali patogen walau pun ia tidak dijangkiti penyakit pembawaan patogen tersebut. CUa bagi perumah yang tidak rentan mungkin akan ada simptom tertenntu seperti bintik-bintik dan sedikit layu. Patogen akan berada pada tumbuhan perumah sehingga ia merebak kepada tanaman lain. Menilai akan po
la Epidemik dimana ia berlainan dari satu tanaman kepada tanaman yang lain walau pun dari patogen yang sama kerana simptom penyakit akan ditunjukkan dipengaruhi oleh keadaan cuaca, varieti tanaman, umur tanaman, kelembapan dan persekitaran mengikut apa yang dikatakan sebagai peramalan kejadian serangan penyakit. Wabak penyakit tanaman akan lebih cepat merebak dan merosakkan tanaman apabila didalam kebun terdapat jenis tanaman yang seragam dari segi jebisnya, umurnya dan juga persekitarannya. Wabak penyakit tumbuhan ini juga cepat berlaku apabila terdapat tanaman perumah (host plant) dengan jumlah yang banyak yang ditanam serta ada patogen dalam dikawasan yang luas. Kejadian wabak penyakit tanaman juga akan lebih buruk jika terdapat kombinasi yang tepat antara faktor-faktor dipersekitaran seperti situasai kelembaban, suhu, angin dan agen vektor bersama dengan stadia rentan tanaman dan dengan tersedianya inokulum yang banyak. Dalam menyediakan peramalan kemungkinan akan berlaku kejadian wabak penyakit perlu ada kaedah yang menggunakan penyediaan Modek Epidemik. Model ini dibuat berdasaran kepada semua faktur diatas dan bagaimana cara mengatasinya atau membuat rawatan apabila ada serangan penyakit tanaman. Peramalan penyakit akan memberi peluang untuk menjangka bila terjadinya ledakan wabak atau pun kes penurunan intensiti serangan penyakit. Dalam peramalan ini beberapa kajian perlu dibuat berdasarkan kepada keadaan cuaca sebelum dan semasa penanaman, julah inokulum dan populasi patogen yang terdapat di udara, tanah dan perumah. Model sistem peramalan yang baik juga harus ada dinyatakan sistem peringatan yang berkesan termasuk bagaimana hendak menyebarkan maklumat kepada petani  melalui pelbagai jenis media. Ini membolehkan petani yang dijangka akan diserang wabak penyakit kepada semua tanamanya mempunyai masa persediaan mencukupi untuk mengambil tindakan. Tindakan pantas boleh dilakukan terutama kepada jenis tanaman bernilai tinggi serta kaedah kawalan yang tepat dan berkesan serta ekonomik. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3. Part 4, Part 5 dan Part 6 yang mana sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H). 

Thursday, March 23, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 4)

PATOLOGI TUMBUHAN (Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Tumbuh-tumbuhan merupakan hidupan dimana apabila diserang penyakit ia akan m
empertahankan diri dengan pelbagai cara. Cara yang pertama adalah dengan  Pertahanan Struktural dimana secara semulajadi ada berbagai struktur khas pertahanan tumbuhan seperti Lapisan Lilin serta kutikula yang melapisi sel-sel struktur dinding epidermis (Sila lihat foto disebelah). Sesetengah bahagian daun yang mempunyai stomata serta sel-sel lenti terbentuk sebagai sistem pertahanan tumbuhan. Lilin pada permukaan buah dan daun dapat mencegah terjadinya lapisan air yang dapat menjadi tempat cendawan patogen bercambah dan bakteria daripada akan membiak dan merosakkan tumbuhan. Sesetengah tumbuhan pula mempunyai Lapisan Bulu yang rapat pada permukaan kulit dimana ia juga dapat menolak air sehingga mengurangkan peluang terjadinya jangkitan oleh patogen. Jika diteliti dimakmal dapat dilihat melalui mikroskop dimana dinding sel epidermis yang tebal dan keras sukar ditembusi patogen. Tahap ketebalan dan kekerasan dinding sel-sel tumbuhan ini akan menyukarkan patogen untuk berkembang. Struktur pertahanan tumbuhan ada yang dibentuk setelah adanya kesan jangkitan atau infeksi. Contohnya adalah cara ia melakukan pembentukan lapisan gabus, lapisan absisi, tilosis, dan pembentukan gam. Ada tumbuhan yang mempertahankan diri dengan membentuk seperti pembungkusan hifa yang menembusi dinding sel dengan bahan yang berasal daripada aktiviti pelebaran dinding sel. Tindakbalas tumbuhan terhadap patogen yang mrenyerang dan hipersensitif iaitu dengan ada cara 'mematikan' secara cepat sel-sel di sekitar tempat yang dijangkiti sehingga patogen kemudian terkurung di dalam kawasan sel yang sudah mati. Cara ini menjadikan patogen ini tidak dapat bekalan makanan dimana lazimnya semakin cepat sel perumah mati setelah dijangkiti akan makin tahan lasak tumbuhan tersebut terhadap serangan dan jangkitan.


Tumbuh-tumbuhan mempertahankan dirinya juga melalui kaedah 
Pertahanan Biokimia yang sistematik. Apa pun mekanisma melalui pertahanan kimia lebih berperanan secara signifikan daripada cara pertahanan struktural. Perkara ini dibuktikan apabila tidak berkembangnya suatu patogen dalam sel-sel tumbuhan yang mana ia tidak mempunyai struktur kimia perencatan. Zat kimia yang merencatkan patogen ada yang akan dikeluarkan oleh tumbuhan sebelum ia dapat membiak dan menyerang tumbuhan tersebut. Bagaimana pun jika sudah ada serangan bahan perencatan masih dikeluarkan setelah ada induksi oleh patogen yang menyerang. Kajian mendapati dimana sebagai contoh bsgi situasi yang pertama adalah dimana zat fungitoksik yang terdapat pada permukaan bawang yang berkulit merah dan juga apabila Asid klorogenat iaitu unsur fenol yang beracun bagi banyak mikroorganisma didalam ubi kentang yang tahan. Ada jenis tanaman kentang yang dilaporkan yang rentan terhadap penyakit kudis yang disebabkan oleh Streptomyces scabies. Dilaporkan dimana bagi akar kentang iaitu dari jenis tahan terhadap Verticillium mengandungi didapati ia ada lebih banyak Asid klorogenat dari pada akar verieti kentang yang rentan. Dalam kes kedua dimana pertahanan biokimia tumbuhan berlakudengan ia menghasilkan zat fungitoksik di sekitar rangkaian yang rosak atau pun berlaku pembentukan lapisan pelindung seperti kalus (callus) dan gabus (cork). Kebanyakan bahan kimia perencat tumbuhan ini adalah seperti Fenol dan juga Fitoaleksin. Bahan seperti Fitoaleksin ini tidak terdapat pada tumbuhan yang sihat tetapi dikeluarkan apabila sudah terjadi rangsangan oleh patogen, luka mekanikal atau secara kimia. Perubahan sintesis protein di dalam tumbuhan yang mana ia boleh menyebabkan ketahanan lokal atau lapisan menjadi tebal terjadi di sekeliling tempat kawasan jangkitan. Selalunya pertahanan biokimia juga dilihat munculnya bahan kimia yang tidak mudah diuraikan oleh enzim patogen yang akan cuba menyerangnya. Dilaporkan juga dimana unsur kimia Fenolate adalah mampu menghalang serangan daripada enzim dari patogen. Ilmu pengetahuan ini agak jarang di bincangkan dikalangan petani dan pakar patologi di negara kita.


Adalah baik apabila tumbuhan yang dijangkiti patogen dapat menunjukkan respon yang berupa simptom seperti nekrotik, hipoplastik atau hiperplastik. Respon patologik tumbuhan ini dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktur adanya patogen lain, faktur persekitaran, faktur pengaruh angin, faktur kemasaman tanah atau pH tanah. Pertama dimana faktur a
danya patogen lain pada tumbuhan adalah apabila suatu tumbuhan yang diserang oleh dua jenis patogen maka tindakbalasnya adalah pertama ia dilihat tidak berbeza dengan bila diserang masing-masing patogen secara berasingan atau kesan anergistik atau kesan sinergistik. Dilaporkan dimana pada tanaman kentang yang diserang oleh dua jenis virus telah didapati respon secara sinergistik berlaku kenaikan konsentrasi kepada virus yang lemah. Dilaporkan virus yang ganas tidak banyak berbeza dengan konsentrasi yang akan terdapat apabila virus tersebut menyerang sendiri-sendiri. Tindakbalas oleh tumbuhan terhadap jangkitan oleh kedua-dua patogen ditentukan juga oleh hubungan taksonomi patogen yang terlibat juga. Reaksi sinergistik dalam infeksi berganda menunjukkan bahawa kedua patogen yang terlibat tidak mempunyai hubungan taksonomi yang dekat. Infeksi yang berganda oleh dua strain dalam satu spesies patogen jarang menimbulkan reaksi sinergistik ataupun anergistik. Faktur kedua adalah keadaan Persekitaran kerana ia juga akan dapat meningkatkan kerentanan tumbuhan atau pun menyesesuaikan tumbuhan terhadap serangan penyakit. Sebagai contoh seperti serangan Penyakit Layu Fusarium pada tanaman tomato yang akan meningkat pada tanah yang kering, intensiti cahaya matahari kurang dan tanah berasid. Penggunaan unsur nitrogen (N) yang berlebihan juga boleh menyebabkan terdedahnya tumbuhan kepada penyakit yang disebabkan oleh parasit obligat. Proses kejadian daun yang basah akibat hujan lebat juga akan memudahkan berlakunya kejadian serangan penyakit tertentu. Pengembangan penyakit tumbuhan secara umumnya terjadi sama ada pada musim yang panas, sewaktu hari-hari basah dimusim hujan dan juga apabila tanaman yang di berikan baja N secara berlebihan. Perkara ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran lain seperti faktur suhu, kelembaban, cahaya, nutrien dan pH tanah berpengaruh terhadap kejadian serangan penyakit kepada tumbuhan. Serangan penyakit memerlukan kepasa tiga faktor iatu tumbuhan yang rentan, patogen yang infektif dan persekitaran yang sesuai bagi serangan oleh patogen.


Faktur seperti 
Pengaruh Suhu penting kerana sama ada tumbuhan atau patogen memerlukan suhu tertentu untuk ia membiak dengan baik dan menyerang tumbuhan. Patogen mempunyai pilihan yang berbeza-beza untuk suhu tinggi atau pun pada suhu rendah. Sebagai contoh dimana serangan Penyakit Hawar Daun pada tanaman kentang oleh patogen iaitu Phytophthora infestans lebih cepat berlaku apabila suhu dalam keadaan lebih sejuk. Sementara itu bagi Penyakit Layu pula yang disebabkan oleh Fusarium spp atau pun Ralstonia solanacearum pada tanaman keluarga Solanaceae lebih banyak terjadi dikawasan yang suhunya panas. Pada suhu optimum untuk kebanyaka jenis patogen kesannya adalah penyakit akan mudah menyerang. Faktur seperti Pengaruh Kelembaban kritikal kerana kelembaban mempengaruhi kadar percambahan bagi spora cendawan. Kelembapan juga menyebabkan patogen membiak pada perumah dengan pesat, mengaktifkan bakteria yang sedang rehat dan juga membolehkan nematod menyerang tanaman. Kelembaban juga meningkatkan kelembutan tisu tumbuhan sehingga akan meningkatkan kerentanan tumbuhan terhadap beberapa jenis patogen untuk menyerang. Contoh penyakit yang meningkat pada musim hujan dan lembap adalah seperti serangan penyakit Hawar Daun Kentang, kudis pada Epal dan embun bulu pada tanaman Anggur. Dilaporkan jika ada banyak jenis patogen dalam tanah seperti cendawan Phytophthora, Rhizoctonia, Sclerotium dan bakteria Erwinia serta patogen Pseudomonas akan berkembang pesat dalam keadaan keliling tumbuhan yang lembab sampai basah. Bagi patogen seperti Streptomyces scabies sebagai penyebab serangan  kudis kentang banyak menimbulkan masalah pada tanah yang agak kering.  Faktur Pengaruh Angin selalunya akan dapat menyebarkan patogen dan mempercepatkan pengeringan permukaan tumbuhan yang basah. Angin lebih berperanan dalam penyebaran patogen bilaia disertai hujan. Hujan yang bertiup bersama angin akan membantu melepaskan spora cendawan dan sel-sel bakteria dari rantaian tumbuhan yang sudah dijangkiti penyakit dan ia kemudian mengangkutnya melalui udara dan melekat pada permukaan tumbuhan yang basah. Angin juga membolehkan epidermis tumbuhan luka dimana kesannya akan memudahkan jalan masuk bagi virus dan bakteria. Terakhir adalah faktur Kemasaman Tanah atau pun faktur Pengaruh pH Tanah. Selalunya penyakit akar pada tanaman kobis yang disebabkan oleh patogen cendawan Plasmodiophora brassicae lebih hebat pada pH tanah dibawah 5,7 daripada pH yang lebih tinggi. Sebaliknya penyakit kudis kentang umumnya lebih berkembang pada pH tanah diatas 5,2 dari pada dibawahnya. Selain mempengaruhi patogen, kemasaman tanah juga berpengaruh terhadap ketersediaan unsur hara bagi tumbuhan. 5. Pengaruh Unsur Hara Ketersediaan unsur hara dapat mempengaruhi pertumbuhan dan ketahanan tumbuhan. Kelebihan unsur N (Nitrogen) akan menyebabkan pertumbuhan yang sukulen, memperpanjang masa vegetatif, dan meningkatkan kerentanan tumbuhan terhadap patogen tertentu, misalnya Erwina dan Pucinia. Sebaliknya kekurangan N akan membuat pertumbuhan lambat, tumbuhan lemah, dan menjadi rentan terhadap patogen seperti Sclerotium, Fusarium, dan Pythium. Pada umumnya tanaman yang mendapat unsur hara yang lebih seimbang dalam jumlah yang sesuai dengan keperluann akan lebih kuat terhadap serangan patogen. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 5 yang mana ia sesuai dibaca  semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H). 
Selamat Berpuasa Ramadan 1444H...

Wednesday, March 22, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 3)

PATOLOGI TUMBUHAN (Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod. Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Petani perlu tahu bagaimana cara dalam mengawal penyakit tanaman yang mana memerlukan pengetahuan tentang cara bagaimana 
sebaran geografik. Penting juga difahami akan tahap ketahanan hidup patogen, cara pembiakan dan penyebaran inokulum serta cara-cara jangkitan patogen kedalam tanaman dan juba bagaimana proses infeksinya. Patogen yang berkait rapat dengan perumah (host) adalah punca bagaimana inokulum seperti  jenis partikel virus, sel-sel bakteria, miselium cendawan dan larva nematoda boleh hadir. Inokulum tersebut akan dibawa kepada bahagian tanaman yang masih sihat seperti benih, umbisi, anakbeni dan keratan. Struktur patogen yang selalu terdapat pada perumah termasuk klamidospora, sklerotia, miselia dan beberapa konidia ascomycetes, uredospora kulat karat dan sklerotia basidiomycetes. Struktur patogen ini biasanya terdapat pada benih atau bahan tanaman yang mati atau dalam tanah. Inokulum yang terdapat dalam benih tanaman akan tersebar luas melalui kegiatan pergerakan manusia. Selain itu pengaruh tiupan angin dan aliran air juga merupakan agen penyebar patogen yang penting. Spora cendawan selalu akan dapat bertahan lama di udara sehingga dapat dibawa angin sampai jarak yang jauh. Apa pun jika ada deretan pegunungan dan hamparan lautan luas maka ia dapat membataskan penyebaran patogen.  


Aspek penting dalam memehami k
etahanan putara hidup patogen yang menyebabkan penyakit tumbuhan juga penting diketahui. Biasanya ada patogen tertentu yang boleh hidup dalam jangkamasa yang lama di suatu lokasi dengan berbagai musim dan kesesuaian bersama tanaman. Struktur patogen yang tahan seperti jenis konidia dan peritesia cendawan akan hidup menyesuaikan dengan habitat. Sebagaii contoh dimana konidia kulat atau cendawan Alternaria solani penyebab kepada penyakit bintik daun tomato dan kentang dapat bertahan hidup selama 18 bulan pada daun yang diserang penyakit yang hampir atau pun yang sudah kering (Sila lihat foto disebelah). Klamidospora Fusarium yang mana ia berdinding tebal dan uredospora cendawan karat juga penting sebagai struktur untuk ia mempertahankan diri dalam persekitaran yang kurang baik. Cacing Nematoda bertahan hidup dalam bentuk telur, kepompong dan larva. Kemampuan hidup sebagai saprofit memberi kemungkinan bagi beberapa patogen-patogen tertentu untuk bertahan hidup dalam tanah atau dalam sisa-sisa bahan organik tanpa adanya perumah. Keseimbangan mikrobiologi dalam tanah dapat mempengaruhi terhadap ketahanan hidup patogen yang bersifat saprofitik. Dalam tanah selalunya mikroorganisme yang mana ia bersifat antagonis ataupun parasit terhadap patogen. Beberapa jenis patogen akan dapat bertahan dalam biji seperti jenis kulat Colletotrichum lindemutianum iaitu penyebab Penyakit Antraknose pada buah. Dalam pada itu patoge bakteria seperti Xanthomonas malvacearum adalah punca dan penyebab kepada penyakit bintik daun bersudut pada kapas dan juga patogen bean mosaic virus. Patogen lain pula ada yang dapat bertahan hidup dalam badan sesetengah serangga seperti jenis bakteria layu timun dalam tubuh sejenis kumbang.


Jangkitan Penyakit Tanaman berlaku apabila sp
ora cendawan yang jatuh pada permukaan tanaman akan bercambah apabila keadaan sekitarnya sesuai. Faktor-faktor persekitaran yang penting adalah adanya lapisan air dan kelembaban tinggi dan suhu sesuai (biasanya sekitar suhu antara 15 - 30 Celcius). Faktor lainnya adalah kemasaman tanah yang diukur dengan  pH, kehadiran Oksigen dan Karbon dioksida, nutrien dan rangsangan khusus. Patogen dapat masuk kedalam tanaman melalui luka, lubang semulajadi atau menembusi secara  langsung di permukaan tumbuhan yang sihat. Bakteria dan virus tanaman juga boleh masuk melalui luka yang terjadi secara mekanikal seperti akibat geseran diantara tanaman semasa ada angin kuat bertiup, luka oleh terkena peralatan petani, calar-calar pada hasil tanaman semasa menuai dan juga semasa proses pengangkutan. Buah betik yang tidak diuruskan dengan baik boleh rosak akibat serangan patogen (Sila lihat foto disebelah). Luka bekas tusukan atau gigitan serangga pula dilaporkan antara yang banyak menjadi punca untuk membuka jalan masuk bagi bakteria. Suatu patogen dapat pula masuk melalui luka yang telah dibuat oleh patogen lain. Misalnya luka oleh cacing nematod pada akar dapat menjadi jalan masuk bagi bakteria penyebab penyakit layu bakteria. Nematod boleh berada dalam bintil akar bersama-sama dengan cendawan P. nicotianae yang boleh juga ia menyebabkan meningkatnya serangan pada daun tembakau.  Lubang-lubang (holes) yang ada pada tumbuhan secara semulajadi memang merupakan pintu masuk bagi kebanyakan patogen seperti bakteria penyebab bintik daun. Jenis bakteria seperti Xanthomonas campestris sebagai penyebab penyakit  busuk hitam pada kobis bulat selalunya akan  masuk kedalam daun melalui stomata. Terdapat juga jenis bakteria sebagai penyebab masaalah serangan kudis pada kentang yang mana ia boleh masuk melalui lapisan lentisel. Bahagian-bahagian tanaman yang tidak khusus seperti pucuk, bunga dan hujung akar memang agak mudah sekali ditembusi oleh patogen tertentu kerana ia lembut dan berair.  Sebaiknya pembaca belajar secara khusus bagaimana mengetahui penyakit tumbuhan berlaku dan kepentingannya untuk mengawal. Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang sesuai ianya dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!....
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H). 

Tuesday, March 21, 2023

PATOLOGI TUMBUHAN - APA DIA? (Part 2)

PATOLOGI TUMBUHAN
(Plant Pathology) adalah bidang ilmu yang berurusan dengan masalah penyakit tumbuhan yang disebabkan oleh mikrob seperti Kulat, Bakteria, Virus dan Nematod
Ilmu Penyakit Tumbuhan adalah ilmu yang mana ia mempelajari kerosakan tumbuhan yang disebabkan oleh organisma yang tergolong ke dalam dunia tumbuhan seperti Parasit, Kulat, Bakteria, Cendawan, Mikroplasma, Virus dan patogen lain. Kerosakan akibat penyakit tumbuhan ini boleh berlaku dalam seua peringkat pertumbuhan daripada benih, anak benih sehingga penuaian hasil dan aktiviti lepas tuai. Penyakit tumbuhan dapat diperiksa melalui dua sudut iaitu sudut biologi dan sudut ekonomi serta tahap kerosakan disebabkan oleh serangan penyakit. Penting untuk lebih ramai agar mempelajari Ilmu Penyakit Tumbuhan kerana akibat kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit tumbuhan akan menyebabkan kerugian yang sangat besar terhadap petani dan negara. Kerosakan ini selain disebabkan oleh faktur kehilangan hasil ternyata ia menimbulkan gangguan terhadap pengguna dengan adanya racun yang digunakan semasa kawalan dilakukan (sisabaki racun). Dalam pada itu ilmu sains patologi ini menekankan kepada asas kepentingan dalam kemahiran sebagai pakar dalam bidang yang digelar 'Plant Pathologisr'. Bidang ini melibatkan banyak rujukkan dan penyelidikan termasuk kawalan biologi dan juga teknologi dalam pengurusan penyakit, epidemiologi dan diagnosa dan penilaian penyakit tumbuhan. Pada penulis blog yang belajar di universiti dahulu subjek teras ini memang agak sukar berbanding dengan subjek-sunjek lain. Sebenarnya patologi tumbuhan (atau Fitopatologi) ialah kajian mengenai penyakit tanaman khususnya mengkaji bagaimana proses-proses penyakit tumbuhan berkembang dimana merangkumi jenis penyakit, agen punca penyakit, penyebaran, kerosakan yang dilakukan serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran dan merawat penyakit tersebut. Kedatangan patogen tertentu (virus, bakteria, kulat dan nematod) adalah penyebab atau punca kepada faktor penyakit yang menyerang tanaman. Bidang fitopatologi adalah juga termasuk patologi tumbuhan iaitu skop analisis dan teori, bakteriologi, biokimia dan sel, kawalan biologi, kawalan penyakit dan serangga perosak, ekologi, biologi populasi, epidemiologi, etiologi, genetik dan ketahanan, mikologi, nematologi, tekanan tumbuhan dan masalah abiotik, patologi pascatuaian dan mikotoksin, serta virologi. Pendek kata memang luas dunia seorang patologis yang perlu dikuasai untuk membolehkan ia pakar didalam bidang ini. Selalunya semua proses-proses ini amat penting dalam bidang pertanian dan hortikultur bagi mempastikan segala masaalah kesihatan tumbuhan dapat dilakukan. Seorang pakar patologi bertugas mengikut disiplin masing-masing dimana bagi pakar patologi untuk kesihatan manusia adalah berlainan dengan seorang pakar patologi dalam bidang pertanian (skop tanaman, haiwan dan perikanan). Pakar patologi yang memeriksa manusia biasanya akan mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi pesakit dan kemudian akan mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk tujuan bagaimana mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. Sistem imun manusia memegang banyak rahsia dimana ujian ini akan mengukur perkara seperti paras hormon, antigen virus dan respons antibodi serta penanda kanser kepada pesakit. Patologi Tumbuhan pula walau pun cara bekerjanya agak sama tetapii tumbuhan agak banyak jenisnya dan komplikated. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai perkara berkaitan dengan patologi tumbuhan untuk dijadikan bagan rujukkan dan bacaan semua.


Se
barang gangguan pada tanaman boleh berlaku disebabkan oleh kerana faktur cuaca yang buruk (kemarau, banjir, sejuk melampau), kekurangan nutrien dalam tanah, gangguan rumpai, serangan haiwan dan serangga serta serangan patogen mikro-organisma. Selalunya dalam kumpulan mikroorganisma terdapat hidupan seperti bakteria, kulat atau cendawan, virus dan nematoda. Masalah gangguan yang disebabkan oleh mikroorganisma terhadap tumbuhan beserta faktor-faktor yang sering mempengaruhinya dan cara-cara bagaimana untuk mengendalikan boleh dipelajari dalam Ilmu Penyakit Tumbuhan atau Fitopatologi Tumbuhan (Plant Pathology). Tumbuhan dikatakan 'sakit' apabila fungsi dalam fisiologinya tidak berjalan normal seperti biasa. Fungsi fisiologi ini meliputi antara lain pembelahan sel, perkembangan sel, cara penyerapan air serta nutrien dari tanah serta aktiviti lain seperti translokasi, metabolisma, pembiakan tumbuhan dan penyimpanan zat makanan. Perubahan atau penurunan fungsi fisiologi ini sebenarnya adalah akibat sebahagiannya dkesan daripada serangan patogen (penyebab penyakit). Masalah penyakit tanaman mendapat perhatian besar ketika terjadi serangan patogen penyakit seperti jenis kulat Phytophthora infestans yang menyebabkan kegagalan penuaian tanaman kentang selama beberapa tahun pada pertengahan abad 19 di Ireland dan Eropah dahulu. Disebabkan serangan oleh sebab penyakit tersebut yang kemudian dikenali sebagai Penyakit Hawar Daun (Leaf blight) ini maka terjadinya kelaparan dan kematian manusia secara meluas. Beribu-ribu keluarga petani Ireland kemudian berpindah ke Amerika Utara untuk mencari makanan dengan berkebun dan menternak haiwan. Penyakit Karat Daun juga yang disebabkan oleh cendawan Hemileia vastatrix menyebabkan musnahnya industri tanaman kopi di banyak negara termasuk di Sri Lanka. Dilaporkan masa itu masih belum ada cara pengawalan penyakit ini yang efektif (diakhir abad 19) yang mana ia memaksa kerajaan Sri Lanka menghapuskan tanaman kopi dan menggantikannya dengan tanaman teh. Dalam kes lain di Indonesia dimana serangan penyakit Karat Daun ini juga memaksa tanaman kopi arabica telah diganti kopi robusta yang kurang enak rasanya namun lebih tahan terhadap penyakit karat. Di Malaysia pula tanaman pisang yang diserang Penyakit Moko Pisang oleh bakteria Ralstonia solanacerum merugikan ribuan hektar pisang ditanam petani. Jabatan Pertanian melakukan pelbagai kaedah rawatan dan pemulihan tanaman pisang di Malaysia sehingga pulih pada masa sekarang.


Apa pun dalam 
dunia tumbuhan (plants) kewujudan patogen memang sentiasa ada sama ada ianya kulat, bakteria, virus dan sebagainya yang mana ia boleh menyebabkan serangan penyakit kepada tumbuhan. Memang ada banyak jenis virus tumbuhan dimana ia termasuk juga virus asimptomatik. Biasanya virus tumbuhan hanya mengakibatkan kerugian hasil dimana selalunya ia tidak berdaya maju untuk mengawalnya dari segi ekonomi. Kebanyakan virus tumbuhan juga ia mempunyai genom-genom RNA bebenang tunggal yang kecil. Genom-genom itu hanya boleh mengekod 3 (coding) atau 4 protein:replikase, protein kulit, protein pergerakan untuk membenarkan pergerakan dari satu sel ke sel yang lain. Ada kalanya dimana protein yang membenarkan penghantaran untuk disebarkan kepada tanaman lain melalui agen seperti 'vektor'. Virus-virus tumbuhan harus disebar dari sebatang pokok ke pokok yang lain melalui vektor. Vektor ini biasanya merupakan serangga akan tetapi oleh hidupan lain termasuk oleh sebilangan kulat (fungi), nematod,dan protozoa yang berada didalam linglungannya. Mengmbil contoh dimana serangan virus menyebabkan Penyakit Tungro merupakan penyakit virus yang penting pada padi (Oryza sativa). Apa yang penulis blog faham dimana serangan penyakit virus tungro dapat merosakkan pertanaman padi dalam satu lokasi dengan meluas dalam waktu singkat (Wabak). Virus tungro ditularkan oleh serangga Benah Daun Hijau (Nephotettix virescens). Virus tungro dalam diserap dalam serangga dapat bertahan selama 5 hari namun tidak dapat ditularkan melalui telur. Serangga vektor ini dapat menyebarkan virus dalam waktu 2 jam setelah mengisap tanaman padi yang sakit. Pada varieti padi yang rentan dimana benah hijau ini akan mengisap cairan pada jaringan phloem tanaman padi seterusnya menjangkitinya. Simptom serangan tungro akan dilihat pada tanaman padi yang berumur 2-3 minggu setelah ditanam bila ketara pertumbuhan tanaman menjadi kerdil dan jumlah anak (tiller) berkurangan. Helaian daun padi dan pelepah padi akan kelihatan jadi pendek. Warna daun berubah dari hijau menjadi kuning sehingga kekuningan oren dan kemudian menjadi kuning coklat dimulai dari pucuk daun kearah pangkal daun-daun tua. Daun muda yang terserang tungro sering dilihat sebagai berbintik-bitik atau warna hijau pucat sehingga macam ada bergaris-garis putih sejajar dengan tulang daun yang panjangnya berbeza. Pada daun tua pula serangan tugro dilihat ada bintik-bintik coklat bekas tusukan serangga benah. Serangan virus tungro juga boleh sebabkan masa untuk pembungaan tertunda dimana malai yang dihasilkan kecil-kecil keluar tidak sempurna.


Ilmu patologi tumbuhan juga mengkaji bagaimana proses penularan atau penyebaran patogen penyakit tanaman dilapangan. Penulis blog yang banyak kali belajar ilmu ini mendapati ia dipengaruhi oleh lima (5) faktor iaitu Penyebaran oleh Angin, Penyebaran oleh Air atau Hujan, Penyebaran oleh Serangga, Penyebaran oleh Benih Tanaman dan Penyebaran oleh Manusia. Faktur penyebaran penyakit melalui cara Penyebaran oleh Angin juga dipanggil sebagai bersifat tular udara (air-borne) seperti spora kulat atau cendawan patogen kepada daun, tangkai dan buah. Selalunya cara penyebaran oleh angin mencakupi bagaimana inokulum terbang di udara (take-off) dimana cara ini akan memindahkan inokulum tersebut dari satu tempat ke tempat lain (flight). Inokolum ini adalah ringan dimana ia boleh terbang sejauh angin bertiup dan akan melekat pada tumbuhan lain yang akan dimana ia menyebabkan jangkitan. Cara 
Penyebaran oleh Air atau Hujan juga dikenali sebagai bersifat tular air (water-born). Ada kalanya dimana titik air atau hujan membawa bakteria sekali yang mana ia akan menyebabkan sel bakteria dibawa keseluruh lokasi yang ada tumbuhan melalui kontak atau proses menembusi tumbuhan (penetration). Tersedianya air juga adalah diperlukan spora kulat untuk bercambah atau patogen bakteria untuk melakukan penetrasi dimana ia akan mempercepatkan terjadinya jangkitan kepada tanaman. Apa pun cara Penyebaran oleh Serangga sering berlaku dimana serangga akan menghisap air sap tumbuhan berpenyakit sebelum ia memindahkannya kepada pokok lain yang masih sihat. Ada kalanya luka oleh gigitan serangga juga menjadi punca serangan penyakit. Contohnya serangga aphid akan membawa virus dalam perutnya dan dipindahkan ke pokok cili lain menyebabkan Penyakit Daun Kerinting (Sila lihat foto disebelah). Faktur ke 4 adalah Penyebaran oleh Benih dan bahan tanaman digunakan yang mana ia sudah dijangkiti dari pokok induknya. Patogen atau inokulum (spora kulat atau sel bakteria) sering terbawa di dalam benih atau bahan tanaman (keratan, sulur, markot dsb) yang terinfeksi penyakit sehingga dapat menyebarkan penyakit kekawasan lain atau tanaman lain. Punca dan cara Penyebaran oleh Manusia dimana ia  merupakan penyebar patogen penyakit tanaman jarak jauh, melalui introduksi benih atau bakal tanaman yang terinfeksi patogen antar negara atau daerah. Manusia juga merupakan  menyebarkan patogen tanpa disedari di kebun semasa dia memegang tanaman yang berpenyakit dan kemudian pergi memegang tanaman yang sihat untuk penyebaran. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologu kali ini. Wasallam!!!...
PATOLOGI TUMBUHAN... APA DIA...
PENYAKIT TUMBUHAN...BERPUNCA....
BAKTERIA, KULAT... VIRUS JUGA....
PATOGEN LAIN ... NEMATOD JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Syaaban 1444H). 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...