Merujuk kepada portal mstar.com ada fakta menarik bertajuk 'Pemuda tanam sayur organik atas bumbung mall, pelanggan boleh pilih dan petik sendiri... Ikan talapia merah pun ada!' amat menarik dikongsikan. Makan sayur-sayuran dalam diet seharian penting dalam memastikan tubuh dibekalkan dengan nutrisi berkhasiat. Namun ada dalam kalangan pemvbaca blog ini yang tidak gemar makan sayur-sayuran selain faktor sukar mendapatkan bekalan segar terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Apa lebih membimbangkan adalah kebanyakan sayuran yang berada di pasaran ditanam menggunakan racun serangga dan dipetik sekurang-kurangnya tiga ke lima hari sebelum ia sampai di pasaran untuk dijual. Dalam tempoh masa itu bahan sayuran tersebut sudah kehilangan 50%s daripada nutrisinya dan menyebabkan khasiatnya menjadi rendah dan berisiko untuk menimbulkan pelbagai penyakit disebabkan oleh kadar penggunaan racun serangga. Menyedari tentang masalah ini, seorang pemuda iaitu Emil Jihad mengambil inisiatif membuka sebuah perniagaan diberi nama Fresh Growcer yang berjaya menghasilkan sayur-sayuran ditanam sendiri tanpa didakwa menggunakan racun serangga perosak. Pemiliknya Emil Jihad nyatakan di Fresh Growcer mereka tidak hanya menanam dan menjual sayur-sayuran sebaliknya turut memberi peluang kepada pelanggan memetik sendiri jenis sayuran disukai. Ada jenis tanaman masih hidup di dalam sistem penanaman dan pelanggan dapat memilih dan memetik apa yang merka suka. Cara ini membolehkan sayur-sayuran dipetik masih segar dan tidak berlaku sebarang kehilangan nutrisi malah pelanggan boleh melihat sendiri bahawa racun serangga langsung tidak digunakan kerana ikan di dalam kolan tidak boleh hidup dalam sistem itu. Kini menerusi perniagaan yang dibuka sejak awal Mac lalu, dia mempraktikkan konsep 'green and sustainable farming' di mana ia menggabungkan tahap biodiversiti yang tinggi dengan alam sekitar yang memelihara sumber semula jadi. Di Fresh Growcer di gunakan sistem akuaponik di mana najis daripada ikan menjadi baja kepada sayur-sayuran yang ditanam. Air di dalam sistem tersebut pun dikitar semula malah penggunaan elektrik juga rendah disebabkan lokasinya, di mana terdapat banyak sumber cahaya matahari semula jadi. Apa pun premis Fresh Growcer dibuka di atas bumbung pusat beli-belah One Utama di Petaling Jaya yang akan memberi pengalaman menarik kepada pelanggan yang berkunjung ke situ. Siapa sangka semua sayur-sayuran segar ini ditanam di atas bumbung sebuah pusat beli-belah!. Berkongsi mengenai idea pembukaan perusahaan itu dia bersama pengasas bersama Tony Yong terpanggil apabila sedar tentang risiko kesihatan disebabkan penggunaan racun serangga terhadap tanaman. Ada terdapat banyak sisa daripada mengimport yang memberi kesan negatif terhadap alam sekitar iaitu isu disebabkan oleh penghasilan karbon daripada aktiviti membekal sebelum ini. Pelanggan memahani manfaat makan sayuran tanpa racun serangga dan mereka juga gembira dapat merasai pengalaman memetik sendiri sayur-sayuran yang tumbuh di tengah-tengah bandar. Terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran dari Asia yang ditanam di situ termasuklah bayam merah, sawi Jepun, sawi Hong Kong, dan sawi susu selain salad Romain, kale, arugula dan salad butterhead. Ada beberapa jenis sayuran lain yang sedang membesar adalah seperti cili api, ketumbar dan daun bawang dimana para pelanggan teruja dapat memetik dan memlilih sendiri sayuran yang mereka gemari. Meskipun sayur-sayuran itu ditanam di atas bumbung namun pihaknya telah menyediakan tempat khas untuk mengawal 'kebun' daripada sinaran cahaya matahari secara langsung, pencemaran dan juga masalah serangga perosak. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan 100% sayuran berkhasiat kepada semua pengguna Fresh Growcer. Kini tidak hanya menjual sayuran, di pasar raya ini juga turut menjual ikan hidup seperti talapia merah, buah-buahan, bunga dan pokok hiasan serta produk tanaman organik. Pembeli ikan akan disediakan khidmat dimana pekerja akan menangkap, memotong dan seterusnya membersihkan ikan tersebut sebelum dibawa pulang. Sesiapa yang ingin merasai pengalaman memetik sayur-sayuran segar dipelawa berkunjung ke Fresh Growcer di Tingkat 3 (Rooftop), 1UE, One Utama dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Apa pun perlu disemak dahulu info kemaskini syarikat tersebut.
Dalam portal hmetro.com dimana kisah 'Ladang organik' ada kaitan denga tajuk kali ini. Dilaporkan dimana penggunaan bahan kimia termasuk baja dan racun perosak dalam aktiviti pertanian sering merisaukan pengguna yang begitu mementingkan penjagaan kesihatan. Apa pun kesan penggunaan bahan kimia tidak terkawal dalam sektor pertanian bukan saja menjejaskan kesihatan pengguna malah turut selalunya memberikan impak kepada pengeksportannya. Oleh itu konsep pengurusan ladang organik dalam penanaman dan penghasilan makanan organik secara semula jadi adalah selamat, berkualiti, tidak mencemarkan alam sekitar dan dapat memulihara kepelbagaian ekosistem. Usaha penanaman dan ternakan organik tanpa menggunakan baja dan bahan kimia terlarang dalam penghasilan bahan makanan dipelopori syarikat Bestari Bersatu Sdn Bhd (Bestari) di bawah jenama anak syarikatnya, DQ Farm Products Sdn Bhd (DQF). Penulis blog pernah membuat tinjauan ladang ini pada tahun 2016 semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang dahulu. Ini bermakna semasa artikel ini di tulis pengusaha ini yang sudah mendapat persijilan MyOrganik masih kekal beroperasi dengan baik. Akhbar hmetro laporkan dimana menurut Pengarah Urusan Bestari Norhana syarikat DQF memperoleh sijil organik pertama di Malaysia untuk tanaman dan ayam kampung ternak lepas serta ayam telur ternak lepas. Dia dakwa pihaknya sentiasa berusaha ke arah konsep pengurusan ladang organik bagi memastikan pengguna dapat menikmati makanan dengan selamat walaupun kosnya agak tinggi. Konsep pengurusan ladang yang dilaksanakan lebih kepada pertanian lestari yang memanfaatkan penggunaan bahan di persekitaran sebagai sumber nutrien tanaman seperti pengkomposan sisa ladang dan ternakan. Disediakan juga beberapa unit Rumah Perlindungan Hujan (RPH) turut dibina untuk tempatkan ayam (Sila lihat foto disebelah). Syarikat akan menghasilkan sendiri kebanyakan bahan semburan antiperosak dan penyakit tanaman menggunakan tumbuhan semula jadi yang terdapat di sekitar ladang. Diantaranya serai, buah pinang dan pelbagai lagi tumbuhan herba hutan yang mempunyai manfaat untuk melindungi pokok daripada serangan serangga perosak di Bentong, Pahang. Pendekatan konsep pertanian lestari ini akan memanfaatkan penggunaan bahan yang ada di persekitaran sebagai sumber nutrien tanaman. Buat masa ini, ladangnya mempunyai kira-kira 20 ayam kampung, 5,000 pokok pisang, 800 pokok durian, 20 pokok dokong, manggis, kuinin, rambutan dan petai. Bagi menguruskan ladang organik bukan satu perkara mudah berbanding agrokimia kerana ia memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk memastikan hasil pertanian bebas racun perosak mahupun bahan kimia berbahaya kepada tubuh badan dan alam sekitar. Banyak perkara kami kena buat sendiri dan fikir alternatif lain untuk melawan penyakit tanaman tanpa menggunakan bahan kimia sedia ada. Hasil daripada usaha keras itu kami berjaya mengeluarkan hasil tanaman organik yang pertama iaitu durian organik dan tembikai organik. Selalunya semburan bahan kimia secara berterusan untuk mengekalkan kesegaran dan ciri kosmetik buah-buahan serta sayuran menyebabkan berlakunya peningkatan kandungan bahan kimia dalam hasil pertanian. Bagi ternakan ayam kampung ia diternak dengan cara belaan bebas dan diberi makan cacing dihasilkan lalat Black Soldier yang diternak sendiri di kawasan ladang. Kini kadar permintaan ayam organik ini sangat tinggi terutama mereka yang mengamalkan amalan pemakanan sihat. Apa pun didakwa pencapaian terbaik syarikatnya ialah menerima anugerah Usahawan Penternak Bukan Ruminan Jaya Peringkat Negeri 2009 dan memasarkan ayam kampung berjenama yang pertama di pasaran umum sejak 2001.
Agak berkaitan di media adalah laporan bertajuk 'Baja bio-organik untuk tanaman berkualiti tinggi' untuk artikel ini. Dilaporkan inovasi baja terkini dalam dunia pertanian berjaya menarik bagi perhatian ramai khususnya kalangan petani terutama pengusaha tanaman sawit apabila penghasilan tanaman mereka meningkat dan berkualiti. Apa pun terinspirasi daripada kesan dan akibat penggunaan baja kimia yang kini meningkat kepada alam sekitar, Pengasas Baja Nadi iaitu Hasrul Hassan dengan tekad menggabungkan bahan semula jadi untuk mencipta formula unik yang dapat memenuhi keperluan tanaman secara optimum. Dia ada buat kombinasikan semua bahan utama dan dihantar ke makmal yang diperakui, untuk menilai kekuatan dan kebolehupayaan baja ini bagi menggantikan baja kimia yang di sedia maklum memberi kesan secara langsung kepada tanah dan manusia. Kini dengan kandungan bahan semula jadi yang diperakui dan bebas daripada bahan berbahaya maka Baja Nadi menjadi pilihan yang selamat dan berkesan untuk tanaman. Baja Nadi sangat berbeza dengan jenama lain kerana ia dibuat daripada bahan semula jadi yang melalui ujian kekuatan dan perkara keberkesanan di makmal diperakui. Perkara itu bagi memastikan setiap penggunaan Baja Nadi membawa manfaat yang optimum kepada tanaman dan tanah. Baja Nadi didakwa mengandungi kandungan mikrob baik yang tinggi untuk membantu dalam meningkatkan kesihatan tanah dan dapat menghalang jangkitan penyakit. Ini berikan keberkesanan baja ini dalam menyuburkan tanah dan meningkatkan produktiviti tanaman secara semula jadi. Operasi Baja Nadi yang berpusat di Yong Peng, Johor sejak 2013 menunjukkan kesungguhan syarikat ini dalam memberikan sokongan kepada industri pertanian tempatan. Ia boleh menjadi pilihan dalam industri pertanian dengan memberikan alternatif yang selamat, berkesan dan berpatutan kepada petani. Didakwa dimana antara kelebihan Baja Nadi ia dapat mengembalikan tanah kepada sifat semula jadi dan boleh menghalang jangkitan penyakit. Ia boleh meningkatkan produktiviti dan yang paling penting harga yang ditawarkan adalah sangat kompetitif berbanding baja yang ada di pasaran terutama baja kimia. Tiga perkara utama mengenai Baja Nadi yang perlu diberi perhatian ialah kemampuannya untuk menstabilkan pH tanah dan menyuburkan tanah dan didakwa ia akan menghalang jangkitan penyakit bawaan tanah dan akhir sekali mampu untuk meningkatkan hasil tanaman. Bagi tanaan sawit didakwa ia turut membantu terutama pengusaha tanaman sawit dalam menghalang serangan kulat Ganoderma iaitu musuh utama tanaman sawit. Testimoni oleh seorang petani atau peneroka sawit di Felda Redong 1, Segamat iaitu Mohd Nor Hafiz Jaafar dakwa selepas menggunakan Baja Nadi ini iaitu di sepanjang 12 bulan katanya secara purata hasil sawitnya setiap bulan melebihi 10 tan. Hasil tertinggi yang pernah diperoleh adalah 17.45 tan untuk kebun sawit yang berkeluasan 10 ekar. Peneroka sawit di Felda Keratong 8, Nordin Yunus dakwa dimana Baja Nadi ini mampu dalam menyelamatkan pokok sawit akibat serangan Ganoderma. Apa pun katanya biasanya pokok yang sudah berlubang akibat serangan Ganoderma akan tumbang dan mati. Akan tetapi kini apabila dia menabur Baja Nadi pada pangkalnya dalam masa tiga bulan, pokok kembali berbuah dan mula pulih. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.