Support My Blog

Saturday, July 13, 2024

KELAPA TACUNAN - KISAH DI MEDIA

KELAPA TACUNAN
(Cocos nucifera) merupakan sejenis varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. Menurut sumber dari Philiphines Coconut Authority (PCA) yang penulis telah berbincang dengan beberapa pegawainya di Manila ada menyatakan, kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. Ia mempunyai permintaan tiinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa (Nira dan Gula Melaka). Terdapat seluas 3.6 juta hektar tanaman kelapa di Filipina yang mana ia telah menduduki tempat kedua terluas menanam kelapa selepas negara Indonesia iaitu seluas 3.8 juta hektar. Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014). Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya. Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk di komersilkan iaitu Varieti Galas Hijau dan Varieti Tacunan. Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness). Dari segi fizikal kelapa Galas Hijau mempunyai bentuk seragam yang membulat dengan purata buah bersaiz besar, sabut yang tebal dan juga tahap keseimbangan pokok dipucuknya. Ia juga mempunyai batang yang kukuh dipangkalnya dengan batang bawah lurus (Jenis renek) pertumbuhan yang lambat meninggi dengan warna mayang (peduncle) kekuningan atau kehijauan. Pada para penanam kelapa dan pengguna, ramai memilih kelapa Galas Hijau dan Tacunan kerana kualiti airnya dan juga khasiat kesihatan yang ada padanya, Kelapa Tacunan dan Galas Hijau ini merupakan varieti yang popular ditanam di negara tersebut kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kisah di media mengenai Kelapa Tacunan dan kepentingannya didalam mempelbagaikan varieti kelapa di Malaysia untuk bahan rujukkan semua.


Dalam bharian.com dilaporkan kisah bagaimana '
Dua sahabat jual anak pokok kelapa tacanun dalam talian' sesuai di kongsikan. Du sahabat Nur Muhamad Faiz (21) dan Fakhrul Azam (21) menunjukkan pokok kelapa Tacunan yang dijual pada harga RM25 sepokok kepada pelanggannya ketika ditemui di rumah di Kampung Pak Badol, Melur, Kota Bahru, Kelantan. Apa pun percubaan menjual anak pokok kelapa tacunan berasal dari Filipina menerusi dalam talian bagi mencari wang sampingan ternyata membuahkan hasil buat dua sahabat apabila usaha mereka mendapat perhatian ramai. Kini lebih 700 anak pokok dijual dalam masa sebulan selepas mendapat permintaan daripada pelanggan seluruh Malaysia. Mereka juga mengambil langkah berani menjual anak pokok kelapa itu kerana terdapat peminat yang tersendiri terutama dalam kalangan pekebun dan petani. Mereka mempromosikan anak pokok terbabit melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp serta membuat iklan di laman Mudah.my. Mereka menggunakan kemudahan teknologi masa kini dengan sebaiknya bagi memudahkan orang ramai mengetahui tentang jualan anak pokok kelapa tacanun dengan lebih cepat. Anak pokok kelapa tacunan diambil dari Thailand dan dijual pada harga RM25 sepokok. Selain itu kami turut menjual anak pokok kundang, durian belanda dan jambu madu yang diambil dari Thailand. Dia beritahu ada pelanggan akan mengambil sendiri anak pokok yang dibeli atau kami akan menghantarnya kepada pelanggan dengan bayaran bergantung kepada jarak penghantaran” katanya ketika ditemui di rumahnya. Mereka berdua adalah  pemegang Sijil Kolej Komuniti (SKK) (M) Pastri dari Kolej Komuniti Jeli, berkata kelapa tacunan menjadi pilihan kerana pokoknya yang renek dan mampu menghasilkan 50 sehingga 100 biji buah selain memiliki rasa yang manis dan isi tebal. Ada juga mereka akan menghantar anak pokok secara pos jika pelanggan luar daripada Kelantan. Pernah mereka akan menyewa lori untuk menghantar 350 anak pokok ke Johor. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan buat kami apabila jualan mendapat permintaan tinggi selain berasa gembira jika pelanggan berpuas hati dengan produk kami. Dia dakwa biarpun di usia yang masih muda namun percaya dengan usaha yang berterusan kami mampu menjadi usahawan berjaya dalam bidang pertanian.


Kisah berlainan berlaku di Sabah apabila 'Sabah m
enjadi pelengkap kepada usaha kerajaan memajukan industri pertanian' yang di petik dari Sandakan apabila Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun di sini telah memperkenalkan dua penemuan teknologi baharu kepada kumpulan sasar iaitu tanaman kelapa Tacunan dan satu protokol kultur tisu untuk pembiakan tanaman halia. Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata pelancaran varieti kelapa Tacunan itu berupaya menjadi pelengkap kepada usaha-usaha kerajaan dalam memulihkan industri kelapa negara seperti yang dinyatakan dalam hala tuju strategik Dasar Agromakanan Negara. Sementara, protokol kultur tisu untuk pembiakan tanaman halia akan dapat meningkatkan pertumbuhan industri halia di negeri ini dan juga negara. Ada dilaporkan bersesuaian dengan objektif penubuhannya, saya berharap stesen penyelidikan ini akan terus berusaha memainkan peranan dan tanggungjawabnya dalam usaha membangun dan memperkenal teknologi tanaman serta pembekalan bahan tanaman yang berkualiti. Teknologi baharu dan bahan tanaman berkualiti yang dihasilkan akan memberi impak besar ke arah membantu masyarakat tani didalam cara mempertingkat taraf sosio ekonomi di Sabah. Dia berucap pada Hari Terbuka Ulangtahun ke-50 Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah. Pengarah Pertanian Sabah beritahu dimana kewujudan stesen itu amat sinonim dengan kelapa sawit berikutan tujuan penubuhan asalnya untuk penyelidikan tanaman industri itu. Kini dimaklumkan stesen itu telah meluaskan skop aktiviti penyelidikannya kepada tanaman lain seperti koko, kelapa, palma peach, bambu, buah-buahan, herba serta tanaman ubat-ubatan sejak 1970-an. Antara hasil penyelidikan stesen itu termasuk rambutan R170 dan R156, betik eksotika, kelapa pandan, pisang berangan, palma peach, bambu betong dan pisang sekaki. Kini dengan pelancaran kelapa Tacunan merupakan usaha berterusan Jabatan Pertanian Sabah dalam memperbanyak pilihan kepada pengusaha tanaman kelapa di negeri ini selain kelapa pandan dan MATAG. Tanaman itu merupakan kelapa jenis rendah yang telah dinilai dan berpotensi diusahakan secara komersil berikutan ciri-ciri buah yang bersaiz besar, berbuah awal serta pokok yang rendah selain kos pengeluarannya lebih murah berbanding kelapa jenis kacukan. Pengenalan teknologi kultur tisu didakwa boleh mengatasi masalah kekurangan bahan tanaman halia yang bermutu dan bebas dari penyakit reput rizom. Sabah didakwa memerlukan 24 ribu kilogram halia segar dalam sebulan, dan produktiviti sedia ada tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi. Bagi tujuan mendapatkan bahan tanaman yang seragam dan banyak pada satu-satu masa adalah dengan menghasilkan klon-klon tanaman halia melalui teknik kultur tisu.


Kisah kelapa tacunan juga di laporkan di Sarawak dimana '
Kerajaan negeri kaji perkembang penanaman spesies baharu kelapa' yang di petik dari utusan sarawak.com. Kidah dari Asajaya menyatakan kerajaan negeri akan menjalankan kajian untuk dikembangkan penanaman spesies baharu kelapa dalam usaha menjana pendapatan sektor pertanian di Sarawak. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia telah terbukti dengan pendapatan sektor pertanian di Filipina kira-kira RM2 bilion setahun menerusi kumpulan spesies itu. Katanya jenis kelapa yang dipercayai dari spesies Tacunan merupakan varieti kelapa terbaik yang berhasil tinggi di Filipina. Dia melihat banyak pokok kelapa di sepanjang jalan (Samarahan ke Asajaya) di sini yang akan dibuat kajian penanaman spesies baharu kelapa seperti yang terdapat di Filipina yang telah berjaya menjana pendapatan RM2 bilion. Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Youth Fun Run 2018’ (YFR18) di Kompleks Sukan Asajaya di mana kini dengan spesies baharu itu ia juga dijangka mampu menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi pertanian di negeri ini. Di gesa agar semua pusat penyelidikan pertanian si Sarawak sedia ada mengambil maklum berhubung perkara itu untuk menjalankan kajian awal yang diperlukan. Beliau tahu apa yang berlaku di bawah (lapangan) oleh sebab itu sebagai Ketua Menteri dia selalu turun padang untuk memantau kawasan dimana tiada orang dapat tipu kerana dia tahu apa yang harus dilaksanakan di peringkat bawah apabila turun padang dengan menunggang motosikal, kalau saya naik helikopter saya tidak akan nampak apa yang berlaku. Beliau berharap golongan muda bukan sahaja sihat dari segi fizikal tetapi juga minda yang boelh dimantapkan dengan pengetahun teknologi maklumat. Kerajaan mahu agar orang muda bersenam dan bersukan bukan sahaja untuk sihat tubuh badan tetapi juga sihat fikiran ke arah pembangunan negeri digital kerana jika badan sihat, minda IT ke era Revolusi Industri 4.0 dalam mencapai matlamat negeri digital. Ada lebih 500 peserta menjayakan program tahunan anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan tersebut yang bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan belia tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat. 


Penulis blog ada menulis lebih 5 artikel mengenai tanaman kelapa Tacunan diantaranya dengan pautan disini (Sila Klik Disini) dan beberapa  lagi. Merujuk neberapa sumber lain termasuk facebool bertajuk 'CIRI-CIRI POKOK KELAPA TACUNAN' juga menarik d kongsikan. Kelapa tacunan adalah jenis KELAPA RENEK dimana uniknya dilihat yang tandan pertama lazimnya mencecah tanah dan buahnya boleh dipetik tanpa perlu dipanjat atau menggunakan alat galah.  Jangkaan berbuah seawal 2-3 tahun sahaja. Purata sebiji kelapa tacunan boleh menghasilkan sebanyak 53 ml VCO (Virgin Coconut Oil). Ia merupakan varieti kelapa yang sangat sesuai ditanam untuk industri pembuatan VCO dimasa akan datang. Kajian juga mendapati buah kelapa tacunan yang cukup matang mengandungi 460g isi segar yang boleh menghasilkan 247g kopra pada 6% kelembapan. Purata berat buah yang diukur adalah 1,292 gram (atau 1.3 kg sebiji) dan saiz buah ini sebenarnya sangat besar. Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!) Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga adalah kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis. Apa pun di laporkan yang jika kelapa matag mampu mengeluarkan hasil sehingga 250 biji kelapa setahun hebatnya dimana varieti  Kelapa tacunan 200 biji kelapa setahun dan sebagai perbandingan yang varieti kelapa pandan 180 biji kelapa setahun. Dalam pada itu antara ciri penting kelapa tacunan adalah dimana ia menjadi pilihan baik untuk petani yang tidak mempunyai tanah luas. Kelapa ini adalah jenis rendah (dwarf) hybrid yang mampu berbuah lebat dan sejak lama merupakan varieti kepapa yang paling famous di Filipina. Apa yang penulis blog telah ujirasa dimana rasa airnya manis dengan ia mempunyai saiz buah lebih besar dan juga isinya lebih tebal. Tanaman kelapa tacunan juga mudah dijaga dimana dilihat pokoknya boleh tahan Panas dan Hujan di banyak lokasi atau pun sesuai untuk pelbagai keadaan cuaca (lasak). Ia didakwa mampu berpotensi pengeluaran purata sebanyak 204 biji sepokok setahun. Mereka yang berminat menanam perlu bertanya kepada Jabatan Pertanian dimana boleh mendapatkan anakbenih kelapa varieti Tacunan yang tulin dan disahkan melalui persijikan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA TACUNAN... BENIH MANA...
BERBUAH CEPAT...SENANG DIJAGA...
BUAHNYA BESAR.. MANIS AIRNYA....
BACA ARTIKEL... TERINGIN PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Muharam 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...