Support My Blog

Tuesday, October 11, 2022

PERTANIAN MODEN - APA STATUS DI MALAYSIA?

PERTANIAN MODEN (Modern agriculture) merupakan satu istilah yang dikaitkan dengan tekonogi pertanian dan juga aspek produktiviti dalam sektor pertanian. Pada penulis blog dimana pertanian adalah aktiviti pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun manusia dimana dengan aktiviti seperti penanaman dan penternakan mampu untuk menyediakan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan aktiviti dimana pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Semua perkara dalam pertanian dikenali sebagai Sains Pertanian. Apa pun penulis dapati dimana sektor pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknikal dan pengurusan termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman beberapa jenis tanaman dilakukan diatas tanah sesuai begitu juga dengan sektor penternakan haiwan di kawasan sesuai termasuk padang ragut dan didalam reban komersil. Penulis blog dpati dimana pada abad yang dahulu bagaimana pengamalan teknik pertanian sudah dikembangkan melalui banyak penyelidikan dan biakbaka. Bagi sesetangah negara maju dimana sektor pertanian mampu menyumbang KDNK kepada negara dengan jumlah sumbangan besar apabila berjaya mengeksport pelbagai produk makanan berkualiti keseluruh dunia. Negera pertanian maju ini bukan sahaja mengeksport produk pertanian segar akan tetapi lebih banyak terlibat dengan menghasilkan produk pertanian atau produk makanan proses juga. Apa lagi kini pertanian sudah meluas aktivitinya sehingga kepada produk farmaseutikal dan perubatan juga. Pada penulis blog sudah ada perkataan 'Agronomi' yang berkaitan dengan ilmu pertanian moden termasuk aspek pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama ianya tidak menjejaskan ekologi dan juga kesihatan manusia. Prospek aktiviti pembiakbakaan tanaman, ternakan dan sebagainya adalah aspek penting bagi mendapatkan baka yang berkualiti, berhasil tinggi dan sesuai diusahakan dimana juga. Bagaimana pun teknologi seperti GMO walau pun sudah berjaya masih mendapat tentangan daripada sesetengah pihak akan jaminan keselamatan dari produk GMO. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa info mengenai Pertanian Moden dan kepentingan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dalam sektor pertanian sudah ada beberapa istilah mengenainya seperti Pertanian Sara Diri, Pertanian Pindah, Pertanian Komersil atau ia disamakan dengan Pertanian Moden dan sistem lainnya. Malaysia yang dahulunya merupakan sebuah negara pertanian kini sudah berubah kepada negara asas perindustrian dimana status pertanianya masih signifikan didalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Apa pun bagi penulis blog dimana Pertanian Moden adalah satu keadaan di mana kejayaan proses pertaniannya bergantung kepada pelbagai penggunaan teknologi, akses kepada sumber, pengurusan, pelaburan, ciri-ciri pasaran dan sokongan yang tersedia di semua peringkat perlaksanaannya. Peranan pihak kerajaan dan swasta terlibat didalam sektor pertanian di negara kita yang melibatkan ramai pekerja didalam sektor ini daripada peringkat petani kecil di kampong sehingga kepada mereka yang terlibat didalam pengedaran makanan hasil pertanian dimana juga berada. Secara asasnya pertanian moden dikaitkan dengan bagaimana pengamalan teknologi dan pengurusan yang membolehkan pengusaha mempunyai cara kawalan yang lebih baik terhadap faktor-faktor pengeluaran pertanian. Ia mmelibatkan sumber modal, tanah, teknologi dan pengurusan serta campur tangan dalam proses-proses dalam industri pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani. Malaysia adalah sebuah negara tropika yang menerima banyak hujan, cahaya matahari sepanjang tahun dan ada prasarana terbaik untuk semua sektor ekonomi. Tanah di Malaysia dikategorikan sebagai tanah subur yang perlu dikekalkan tahap kesuburannya dengan mempastikan jumlah nutrien yang mencukupi dan dengan pengairan yang sesuai serta  mencukupi menggunakan teknologi dan jentera yang sesuai sudah dilaksanakan. Sebagai contoh teknologi tanaman cili di Malaysia sudah moden dimana telah ramai petani menggunakan Teknologi Fertigasi untuk menghasilkan cili yang berkualiti. Penulis blog sempat membuat tinjauan tanaman cili 'Palermo' atau 'cili manis' di TKPM Cameroon Highland dengan menggunakan teknologi moden (Sila lihat foto disebelah). Ini merupakan salah satu indikator bagaimana modennya sektor pertanian di Malaysia ketika ini.

Dalam pada itu secara umum dimana permintaan global untuk makanan kini merupakan cabaran yang nyata kerana di negara-negara maju populasi kelas menengah mendapat pendapatan yang lebih baik dan seterusnya mereka lebih berkemampuan untuk membeli produk makanan yang baik dengan harga lebih tinggi. Kini banyak pengguna lebih suka mendapatkan bahan makanan segar atau separuh proses (minimum process) daripada pasaraya sebagai 'gaya hidup baru' yang berlainan dengan kaedah konvensional. Sudah tidak pelik lagi apabila pengguna hanya membeli di pasaraya besar semua produk makanan mereka atau paling terkini mereka mendapatkannya secara 'on-line' dan akan dihantar terus kerumah. Selepas pandemik covid-19 dilihat dimana pola mendapatkan bekalan makanan dan makanan siap sudah berubah banyak. Ramai penduduk di Malaysia terutama yang tinggal di kawasan bandar hanya membuat tempahan makanan menggunakan Telefon Pintar (smart phone) sahaja dan penghantar makanan didalam waktu singkat akan menghantarnya terus kerumah (Sila lihat foto disebelah). Isu ini memerlukan penyesuaian semua dalam sektor pertanian dimana kini penggunaan ICT sudah pun disesuaikan dengan amalan teknologi masa kini. Semakin banyak pertanian konvensional dan tradisional yang dilakukan dimana pertanian komersil mengambil alih. Fakta menunjukkan dimana hasil penyelidikan menganggarkan bahawa antara tahun 2010 dan 2050 dilaporkan ramai kalangan penduduk negara maju memerlukan dua kali pengeluaran pertanian atau makanan. Akibatnya adalah dunia perlu bersedia untuk meningkatkan hasil atau produktiviti dari sektor pertanian agar mencukupi apabil pengeluaran mampu berikan hasil mencukupi dimana tidak mengalami kelewatan atau mereka menaikkan harga makanan. Walau pun ada berita viral dimana dunia akan dikatakan akan mengalami kekurangan makanan pada tahun 2023 akibat beberapa faktur dimana semua pihak diingatkan untuk melihat kembali akan kepentingan sektor pertanian dan kaitannya dengan bekalan makanan. Isu cuaca, bencana alam, peperangan dan juga pertambahan penduduk dunia boleh menyebabkan ianya berkemungkinan akan berlaku.

Pada penulis blog jika ingin mendalami pertanian moden perli melihat aspek penting didalam sektor tersebut, Perkara asas seperti benih tanaman dan baka yang berkualiti tinggi, ketersediaan sistem pengairan, penggunaan baja mencukupi, penggunaan racun kimia berkesan, pusingan tanaman, jenis penternakan dipilih, jenis akuakultur dilakukan, penggunaan jentera dan peralatan moden serta pengurusan adalah sangat penting disesuaikan. Pengusaha pertanian perlu menggunakan semua teknologi-teknologi baru yang ada untuk pembangunan tanaman dimana ini akan membawa mereka beberapa elemen seperti pelbagai benih hasil tinggi, amalan pengairan yang betul, baja, racun perosak, menanam beberapa jenis tanaman premium. Paling asas adalah memilih dan menanam benih berprestasi tinggi. Apa pun kini banyak bijibenih di Malayisa terutama untuk tanaman sayuran dan buah-buahan tertentu menggunakan biji benih hibrid yang kebanyakannya diimport. Banyak biji benih sayuran seperti benih tomato, bayam, kebanyakan benih sayuran daun adalah diimport dari luarnegara. Kos pembelian biji benih ini semakin meningkat saban tahun dimana jumlah pengeluaran benih hibrid tempatan boleh dikatakan masih sangat rendah atau tiada. Penggunaan benih tempatan untuk tanaman durian dan beberapa buah-buahan tempatan lain bagaimana pun masih mencukupi dan tidak kritikal. Antara benih tanaman yang terus mendapat permintaan tinggi termasuk Benih Hibrid Tulis Kelapa Matag, Benih Hibrid Melon, Benih Nanas MD2 dan beberapa lagi. Malaysia masih menjadi net importer kepada kebanyakan bijibenih hibrid. Pada penulis blog aktiviti biakbaka tanaman di MAlaysia perlu diperkukuhkan dalam menghasilkan baka tanaman dan ternakan dimasa akan datang.

Dalam pertanian air merupakan asas kepada pertanian moden dan amalan penggunaannya. Telah diketahui umum dimana air ianya diperlukan untuk tanaman untuk tumbuh dan selalunya ia dikaitkan dengan air sebagai asas kepada kehidupan tanaman. Air memainkan peranan penting dalam pembangunan corak penanaman, kombinasi tanaman, kepadatan tanaman dimana ia berkait juga dengan sumber air dan luas tanah yang akan ditanam. Tanpa pengairan yang mencukupi maka memang tidak mungkin jika petani hanya menggunakan sumber benih berkualiti tinggi tetapi ianya akan menghasilkan produktiviti rendah disebabkan masaalah air dan pengairan dikebun. Teknologi penggunaan baja tanaman merupakan bahan penting untuk pertanian moden kerana baja akan meningkatkan produktiviti atau berikan hasil tinggi. Di Malaysia kebanyakan petani komersil sudah menggunakan baja kimia dan pelbagai baja lain termasuk biofertilizers kerana ia mampan dan mesra alam sekitar. Penulis blog juga mendapati semakin ramai petani telah pun jalankan amalan menyuburkan tanah dengan menambahkan bakteria nitrogen dalam tanah. Penggunaan racun perosak dalam pertanian di Malaysia sudah menjadi lumrah. Racun perosak adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengawal perosak yang selalu menyerang tanaman. Jabatan Pertanian sentiasa menjalankan aktiviti pengembangan untuk memberi kesedaran akan kaedah betul menggunakan racun dikebun. Pemeriksaan hasil-hasil tanaman yang sedia dipasarkan oleh Jabatan dan Kementerian Kesihatan dijalankan bagi memeriksa kandungan sisa baki racun (MRL) didalam sampel sayuran dikedai. Kini ramai petani di Malaysia didalam amalan pertanian moden sudah didedahkan kepada teknologi Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) sebagai alternatif yang mampan terhadap penggunaan racun perosak. Amalan dan pengurusan ini membolehkan penggabungan siri teknik untuk mengawal perosak yang menyerang tanaman tetapi dengan kerosakan yang kurang terhadap alam sekitar. Salah satu contoh amalan ini ialah menanam tanaman yang tahan terhadap perosak, menggunakan kawalan biologi dengan serangga yang memakannya, memusnahkan kawasan di mana mereka membuat sarang, antara lain. Dengan cara ini maka tahap penggunaan racun perosak kimia adalah kaedah terakhir dilakukan dikebun.

Penggiliran tanaman atau pusingan  tanaman adalah salah satu pendekatan yang membolehkan tanaman pelbagai jenis tanaman di tanam tempat yang sama supaya tanah dibenarkan untuk memulihkan nutrien yang dikeluarkan oleh tanaman sebelumnya. Teknik ini dianggap sebagai salah satu yang paling kuat dalam pertanian moden dimana ia menghindari akibat menanam jenis tanaman yang sama di kawasan yang sama setiap tahun. Satu lagi manfaat 'crop rotation' adalah kawalan biologi terhadap perosak kerana banyak daripada mereka seperti tanaman tertentu yang selalu ditanam setiap tahun di permukaan yang sama sehingga mereka dijamin memiliki makanan yang cukup untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Di Malaydia dimana antara slah satu contoh putaran tanaman yang boleh digerakkan oleh beberapa petani menanam kekacang kaca dan digilirkan dengan tanaman lain. Tanaman kekacang akan menambah nutrien dalam tanah setiap kali diusahakan. Tidak lupa dimana pertanian moden terkait juga dengan Pertanian Bersepadu yang melibatkan tanaman, perternakan dan perikanan serta industri pemprosesan. Pertanian moden dan pertanian ternakan bergantung kepada satu sama lain dimana ia  juga merupakan sebahagian daripada sumber yang amat berharga yang ditawarkan. Setiap tumbuhan atau haiwan mempunyai peranan tertentu dalam proses ekologi pertanian lestari. Hasil kajian saintis dapati dimana untuk pengeluaran satu kilogram daging sebanyak 3 - 10 kilogram bahan bijirin diperlukan. Antara elemen insentif ini adalah pengetahuan biologi dan amalan pertanian yang digunakan untuk pelbagai jenis ekosistem, rantau, jenis tanah dan pelepasan. Walaupun banyak masalah yang disebabkan oleh peningkatan ternakan sukar dikawal, dengan peruntukan insentif yang tepat dan mungkin untuk bekerjasama dengan peningkatan manfaat pengeluaran pertanian terhadap masyarakat.

Penggunaan teknolgi jentera dan peralatan pertanian disektor pertanian sudah dilakukan di negara kita. Jentera Pertanian merupakan satu unsur yang sangat penting dalam pertanian moden kerana tanpa mereka maka adalah tidak mungkin petani mampu membangunkan proses pertanian yang baik. Di Malaysia dalam sektor tanaman padi dimana akses kepada jentera dan teknologi moden menentukan faktor penghasilan padi. Kini dalam mengusahakan sawah dari peringkat pembajakan, mennanam padi (seed blower) sehingga kepada penuaian (Jentuai) sudah menggunakan jentera. Hanya beberapa petani dikawasan pendalaman yang menanam padi diluar kawasan jelapang padi dan padi bukit yang masih menuai padi dengan kaedah tradisional. Di ladang kelapa sawit juga penggunaan jentera sudah banyak di lakukan seperti alat menuai tandan sawit, jentera mengangkut buah dan treller membawa buah sawit semuanya digunakan. Sistem pengairan dalam pertanian moden adalah salah satu ciri yang penting dalam mempastikan air mencukupi. Bagi kerja-kerja penyediaan tanah, pengairan, benih menyemai, pengumpulan tanaman, persenyawaan dan kawalan serangga, dalam setiap kegiatan ini penyertaan jentera moden diperlukan untuk menjamin keberhasilan proses. Teknologi pertanian dianggap sebagai salah satu bidang yang paling mengesankan dan revolusi dalam bidang pertanian kerana ia memberi tumpuan kepada mencapai pengeluaran makanan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk yang terus meningkat. Pada penulis blog walaupun ia tidak sepatutnya dilupakan bahawa teknologi berkembang pesat sebaiknya ramai petani moden kini sudah melakukan pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka. Penulis blog menilai dimana teknologi telah mengubah cara mesin beroperasi, penggunaan sistem komputer, sistem kedudukan global (GPS), program pengurusan automatik, mengurangkan penggunaan bahan bakar, kehilangan biji dan baja, antara lain. Pertanian moden membolehkan petani untuk merancang matlamat mereka dengan kelestarian amalan mereka dalam fikiran. Ini menunjukkan pemuliharaan dan perlindungan sumber alam, menyediakan makanan dan bahan bakar kepada penduduk yang semakin meningkat, semuanya dengan cara yang berdaya maju untuk pengeluar dan pengguna. Walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada pengurusan yang baik yang dibuat dari setiap elemen yang membentuk sistem pertanian moden. Jika mana-mana daripada mereka gagal, tidak mungkin untuk mencapai hasil atau produktiviti yang dikehendaki dan akibatnya kualiti dan kuantiti makanan yang ada akan berkurangan. Pada penulis blog pertanian moden di Malaysia sudah banyak dilakukan cuma skala komersilnya sahaja yang berlainan. Semuga sektor pertanian di Malaysia akan terus maju dan berkembang agar mampu menghasilkan bahan makanan mencukupi, selamat dimakan dan berkualiti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN MODEN... APA CERITA...
SUDAH DILAKSANA... DI MALAYSIA...
PELBAGAI TEKNOLOGI... BANYAK CARA...
MEMBACA ARTIKEL... JAWAPAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,}WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rabiulawal 1444H).

Today is my Birthday!!!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...