Sebuah kilang memproses untuk kanji ubi kayu yang kecil memerlukan kawasan penanaman ubikayu seluas 1,500 hektar untuk beropersai sepenohnya. Kawasan tradisional yang ditanam dengan ubi kayu dahulu kini telah banyak yang berubah jenis tanaman kepada tanaman Kelapa Sawit, Getah, Buah-buahan dan sayur-sayuran. Kajian penulis mendapati hanya varieti untuk kegunaan segar sahaja yang masih ditanam seperti Varieti Sri Medan, Varieti Sri Pontian dan verieti tempatan yang lain. Varieti ubi kayu untuk jenis kandungan kanji tinggi (yang banyak ditanam di Thailand) tidak diusahakan oleh petani kerana ia lebih untuk diproses dijadikan kanii dan biodisesel dinegara tersebut. Varieti ubi kayu untuk dimakan segar ini harganya dua kali ganda lebih mahal daripada varieti untuk diproses dimana petani sanggup menanam kerana mengambil masa 8 - 10 bulan untuk dituai berbanding dengan ubi kayu berkanji mengambil masa lebih lama sekitar 10 - 12 bulan keatas. Bagaimana pun di Malaysia ada 2 varieti ubi kayu makan segar yang popular ditanam iaitu Varieti Sri Medan dan Varieti Sri Pontian yang rasanya lebih manis dan lembut. Dua varieti yang rasanya 'pahit' dengan kandungan kanji tinggi erta kandungan cyanide tinggi seperti Varieti Sri Kanji1 dan Sri Kanji 2. Tidak banyak varieti ubi kayu yang diperkenalkan di Malaysia dimana ini juga adalah menunjukkkan bahawa tanaman ini semakin tidak popular. Apa pun diantara jenis-jenis varieti ubi kayu yang tergolong dalam jenis manis ialah Varieti Sawah, Varieti Medan, Varieti Kabu, Varieti Betawi, Varieti Pulut dan sebagainya. Pada umumnya jenis manis mencapai kematangan 6 - 10 bulan selepas ditanam. Ubinya mudah rosak jika penuaian lambat dilakukan. Jabatan Pertanian mengesyorkan varieti Sawah untuk ditanam oleh petani. Varieti ini didapati sesuai untuk dimakan setelah direbus kerana isinya empuk.
Penanaman ubi kayu di Malaysia ini kebanyakannya oleh pekebun kecil sebagai tanaman intercrop, monocrop atau pun tanaman sementara sebelum pokok lain ditanam (Sila anda lihat foto disebelah). Rujukan yang penulis buat dari Jabatan Pertanian dan MARDI mendapati varieti Ubi Kayu Medan mampu menghasilkan sebanyak 23.6 mt sehektar, Ubi Sri Pontian sebanyak 31.6 mt sehektar, Varieti Sri Kanji 1 sebanyak 38.0 mt sehektar dan varieti Sri Kanji 2 sebanyak 32 mt sehektar. Jabatan Pertanian masih berfungsi sebagai pembekal benih tanaman ubi kayu terpilih sehingga tahun 2010 sebelum ia berkurangan membekalkan benih ubi kayu kepada petani berskala kecil-kecilan pada masa kini disebabkan perubahan dasar kerajaan. Beberapa isu yang menyebabkan berkurangnya aktiviti penanaman ubi kayu di Malaysia perlu diatasi jika mahukan tanaman ini menjadi tanaman penting seperti tanaman lain. Kini produk berasaskan ubi kayu banyak diimport daripada negara jiran untuk keperluan sektor industri dan peruncitan. Keperluan kanji dari ubi kayu apa yang penulis blog teliti dimana ia masih mempunyai potensi tinggi dimasa akan datang begitu juga produk kerepik ubi kayu yang meningkat permintaannya setiap tahun dan sudah menembusi pasaran eksport. Dilihat dari segi dasar mengenai pembangunan tanaman ubi kayu di Malaysia masih kurang diberikan penekanan oleh kerajaan berbanding dengan tanaman makanan lain seperti padi, nanas, sayuran dan beberapa buah-buahan terpilih lain.
Antara langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan lagi aktiviti penanaman ubi kayu di Malaysia adalah dengan kempen dan juga mengadakan varieti ubi kayu yang mampu menghasilkan pengeluaran tinggi dan cepat dituai. Kawasan tanaman ubi kayu boleh dikenalpasti terutama dikawasan khusus yang agak luas agar proses mekanisasi ladang terutamanya aktiviti menuai dapat dilakukan dengan jentera khas. Minat menanam ubi kayu dikalangan petani perlu di kukuhkan dengan potensi kuantiti pasaran dan jaminan harga jika ingin dibandingkan dengan komoditi atau tanaman lain. Kawasan tanah terbiar juga penulis blog dapati ia boleh dimajukan dengan tanaman ubi kayu jika mendapat sokongan dari semua pihak dengan konsep perlaksanaan yang lebih terancang. DIlaporkan ada berpuluh ribu hektar tanah terbiar diseluruh negara yang berpotensi untuk dimajukan. Apa yang penulis blog ingin katakan melalui pemerhatian adalah musuh tanaman ubi kayu iaitu serangan oleh haiwan seperti Babi Hutan yang mampu merosakkan umbisi ubi kayu terutama di kawasan pinggir hutan dan kawasan tanaman komersil. Ia bukan menjadi masaalah di Thailand kerana babi hutan amat 'enak' agaknya untuk ianya dijadikan sumber protin. Kalau penanaman ubi kayu tidak mendapat galakan maka penulis blog fikir tanaman ini akan semakin kurang popular dimasa akan datang. Lebih banyak insentif dan teknologi serta varieti baru ubi kayu perlu diperkenalkan kepada petani agar industri akan terus berkembang dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini.Wasallam!.
UBI KAYU... KURANG DITANAMNYA...
DIBUAT KEREPEK... PALING UTAMA..
PRODUK LAIN... IA KURANG DIBICARA...
KURANG UNTUNG... IA SATU SEBABNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Sg Blankan,
Sg Pelek, Daerah Sepang.
Selangor, Malaysia.
(18 Ramadan 1435H)
(Ditulis pertama pada 31 Januari2017
Semakan ke 2 pada 18/10/2022)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.