Support My Blog

Monday, November 22, 2021

MAKANAN SANDWICH - TERKENAL

MAKANAN SANDWICH merupakan sejenis makanan yang terkenal diseluruh dunia. Sandwich atau roti lapis ialah sejenis makanan berupa dua potong roti yang menyepit inti yang pelbagai jenis antaranya seperti daging, sayuran, keju, sardin, telur bersama perasa makanan atau sos sehingga rasanya menjadi lebih enak. Di Malaysia makanan sandwich ini mudah didapati di banyak premis daripada kantin sekolah, premis membeli belah atau pasaraya sehingga di hotel-hotel untuk kebanyakannya sarapan pagi. Penulis blog juga meminati jenis sandwich dengan inti sardin dan pelbagai ramuan lain (Sila lihat foto diatas). Pelbagai jenis roti boleh digunakan untuk membuat sandwic di Malaysia tetapi yang paling lazim jenama Gardenia dimana ia paling meluas dijual di Malaysia. Bagaimana pun roti untuk membuat sandwich ini berlainan rasa dan tekstur serta saiznya bergantung pada bahan isinya. Secara umumnya mebuat sandwich hampir sama caranya dimana permukaan roti biasanya disapu sedikit mayonis, mentega, marjerin atau minyak zaitun yang berfungsi sebagai pelekat dan penambah bau. Dalam pada itu dilaporkan dimana bagi negara-negara bukan makanan nasi sebgai makanan asasi maka selalunya makanan sandwich biasanya dibawa ke sekolah atau ke pejabat di dalam kotak yang disebut sebagai ' lunchbox' atau di dalam beg kertas berwarna coklat yang disebut brown bag (sandwich bag) untuk dinikmati sebagai makan tengah hari. Sandwich juga dibawa sebagai makanan sewaktu aktiviti untuk berkhemah, mendaki gunung atau sekadar berjalan-jalan rekreasi. Bagi kalangan ramai yang tinggal dirumah pula dimana makanan sandwich ini sering dinikmati sebagai pelengkap makanan utama. Umumnya jika pilihan sandwich ini dimakan di rumah sebagai makanan utama maka makanan sandwich ini biasanya akan ditemani dengan beberapa jenis makanan pendamping seperti sup (soup-and-sandwich), daun salad (salad-and-sandwich), kerepek kentang, kentang goreng, timun). Penulis blog merujuk kepada wikipedia dimana dinyatakan makanan sandwich ini didakwa diambil sempena nama John Montagu, Earl Sandwich IV iaitu seorang bangsawan Inggeris yang bergelar 'earl' pada abad ke-18. John Montagu mendapat ilham daripada jamuan 'meze' atau 'muqabillat' yang ada dikawasan rantau-rantau Timur Tengah dan Balkan. Penduduk dikawasan ini memakan roti-roti dengan cara ini agar memudahkan ketika sibuk bekerja dalam kerja-kerja harian pejabat. Menurut catatan Oxford English Dictionary, perkataan sandwich pertama kali muncul dalam persuratan Inggeris daripada catatan Edward Gibbon bertarikh 1762. Dalam kes lain dilaporkan dimana nama 'Sandwich' itu juga dilapor merujuk kepada suatu bandar dalam county Kent di England dimana 'Sand' bermaksud 'pasir' manakala '-wich' adalah dari bahasa Inggeris kuno yang bermakna 'kubu' bagi kawasan perdagangan.  sArtikel pagi ini dalam "Anim Agro Technology'' sambil menikmati udara dingin dari Midhill Genting Resort, Pahang saya menulis menganai makanan sandwich sebagai bahan rujukkan semua.

Makanan sandwich merupakan makanan yang popular, ringkas dan cepat untuk disediakan. Makanan ini sering disediakan untuk sarapan pagi dan aktiviti beriadah. Ia juga diminati oleh semua golongan orang daripada pelbagai bangsa dan kaum, pelbagai peringkat umur dan juga menjadi pilihan mereka yang mengamalkan makanan diet. Makanan snadwich menjadi makanan berkhasiat kerana ia lengkap mengandungi protein, vitamin, lemak, karbohiderat, mineral dan sebagainya. Dari beberapa dokumen makanan sandwich seluruh dunia ini bervariasi mengikut cara pembuatan seperti jenis sandwich Club sandwich, grilled cheese sandwich, tuna melt, peanut butter and jelly sandwich dan juga submarine sandwich. Bagaimana pun nama sandwic bergantung pada jenis isi yang dikepit oleh potongan roti sehingga ada egg sandwich (sandwich isi telur), peanut butter and jelly sandwich (sandwic isi mentega kacang dan agar-agar). Sandwich biasanya merupakan makanan yang dimakan dingin walaupun ada juga sandwic yang sering dinikmati hangat-hangat seperti grilled cheese (roti bakar isi keju). Walau pun makanan sandwic umumnya menggunakan potongan roti akan tetapi di USA makanan sandwich banyak menggunakan pelbagai jenis roti seperti 'bread rol'l dan juga 'focaccia'. Semasa penulis blog berkunjung ke United Kingdom (UK) pula dimana mereka menyebut 'butty' dan 'sarny' untuk sandwic dalam bahasa slanga. Sandwich dengan isi bacon dan mentega (butter) disebut butty walaupun ada butty yang menggunakan mayonis dan bukan mentega.  

Terdapat banyaj jenis sandwich yang disediakan oleh rakyat Malaysia dimana kepelbagaian ini ada yag mencapai tahap komersil dan ada dijual. Antara yang popular adalah jenis Sandwich Tuna (Original) dimana ia juga sangat popular diseluruh dunia. Sandwich tuna juga dilaporkan menggukan isi daging ikan tuna yang sangat berkhasiat dimana selalunya akan gunakan daging tuna didalam tin. Malahan di Malaysia sudah ada tin ikan tuna yang siap dijual khusus untuk dijadikan makanan sandwich. W
alaupun tuna bukan ikan tempatan namun kerana selalu daging isinya ada dijual didalam tin sebenarnya ia amat mudah untuk dibeli dan disediakan. Resepi original tanpa menambah banyak bahan paling popular dimana ia selalu menggunakan bahan seperti satu buku roti keping, satu tin isi dagung atau ketulan tuna, bawang holland (potong dadu),  Mayonis, Buah tomato (di hiris kepingan),  timun Jepun (dihiris), serbuk black pepper (pilihan) dan juga butter atau mentega. Pertama sekali ambil tin daging isi tuna dan adalah sebaiknya dibuang minyak dalam tuna dan seterusnya ia mesti dihancurkan dengan sudu. Apabila hancur maka ia boleh dicampurkan dengan mayonis dan black pepper dalam bekas dan diketepikan. Kemudian keluarkan kepingan roti dari bungkusan dan disapukan butter atau mayonis pada permukaan dengan rata. Ada juga kalangan peminat sandwich ini yang membakar dahulu roti ini didalam toaster (pembakar roti). Kemudian sapukan atau letakkan adunan daging tuna tersebut sebagai inti keatas roti tersebut. Bagi melengkapkan sandwich tuna dibubuh atau ditambahkan dengan hirisan timun dan tomato dan ditekupkan dengan kepinagn roti lain yang sudah disapu butter. Lazimnya sadwich tuna ini akan dipotong menjadi dua berbentuk tiga segi dan boleh dihidangkan. Ada juga kalangan peminat sandwich tuna yang membuat sandwich yang tebal dengan leletakkan beberapa keping roti.

Pada penulis blog paling senang dan murah adalah menyediakan Sandwich Telur
Sandwich jenis ini juga sangat popular diseluruh dunia dimana sering dihidangkan dirumhah atau dipasaran. Sandwich ini hanya menggunakan telur rebus (paling lazim adalah menggunakan telur ayam) bersama mayonis dan juga sayuran (salad atau timun) serta lada sulah. Bahan untuk membuatnya adalah terdiri dari roti sandwich (apa juga jenama yang dijumpai sesuai digunakan) tetapi pilih yang bersaiz besar khusus untuk sandwich. Bahan lain adalah 3 biji telur rebus, 3 sudu besar mayonis, 1/2 sudu teh garam, timun jepun dipotong nipis atau dadu kecil-kecil), buah tomato yang perlu di potong dadu kcil), 1 sudu teh serbuk lada sulah (pepper), butter atau mentega), mayonis dan daun salad. Sebaiknya sebiji tomato dihiris bulat kepada 6-7 kepingan. Cara membuatnya mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan kemudian di ketepikan. Langkah selanjutnya adlah mengeliarkan kepingan roti dan disapukan dengan butter pada rsebelah permukaan roti yang selang selikan dengan mayonis. Seterusnga dikupas kulit telur ayam yang telah direbus dan dilenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai dalam bekas. Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati. Ia kemudian ditaburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi. Seterusnya adalah memasukkan garam dan serbuk lada sulah dan boleh ujirasa untuk anggarkan semak rasa masin. Gaul semua bahan hingga mesra dan sebati. Bagi tujuan menyediakan kediakan kepingan pertama boleh letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua. Kemudian boleh disapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich dan diletakkan sehelai daun salad diatasnya. Bagi dapatkan kemasan boleh di tutup dengan kepingan roti ketiga dan diatur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi. Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ atau pun bekas plastik yang sesuai dan siap dimakan atau dijual.

Terkini jenis Sandwich Ayam Crispy menrupakan resespi yang telah mula popular di Malaysia dan mula disukai ramai. Dilaporkan ia diinspirasikan dari menu terkenal KFC iaitu zinger burger KFC. Ayam yang digunakan merupakan isi daging ayam yang bersalut tepong yang berperisa. Bagi menyediakan makanan ini perlu disediakan b
ahan-bahan iaitu roti keping sebungkus, 2 keping isi ayam (bahagian dada yang siap untuk digoreng), tepung segera ayam, minyak masak untuk goreng tenggelam, tomato, timun dan apa-apa sayur kegemaran seperti daun salad atau lettuce, mayonis, sos Thousand Island, kepingan keju (Cheese). Bagi menyediakan resepi ini maka mulakan menyalut isi ayam dengan tepung goreng ayam dan kemudian digoreng dengan minyak panas sehingga masak. Ia kemudian di toskan minyaknya dan diketepikan dan disejukkan. Seterusng=ya ambil kepingan roti dan disapu permukaan roti dengan mayonis atau butter. Lapikkan dengan cheese,salad dan tomato dan kemudian dibubuh isi ayam yang telah digoreng dan akhirnya ia ditutup dengan sekeping lagi roti. Ada yang makan terus dalam bentuk empat segi akan tetapi lazimnya akan dipotong dua menjadi iga segi untuk dihidangkan atau dijual. Selamat mencuba. Artikel ini diharap memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MAKANAN SANDWICH... POPULAR DIA...
DI MALAYSIA ... DAN SELURUH DUNIA...
BANYAK JENIS... PILIHLAH YANG MANA...
BERKHASIAT... MUDAH MEMBUATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 605, Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara,
No 6, Jalan Damalela, Bukit Damansara,
Kuala Lumpur, WP,
Malaysia.
(15 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...