Support My Blog

Wednesday, November 24, 2021

ANJING DAN PERTANIAN

ANJING
(Dogs) adalah sejenis haiwan mamalia yang sering berkait dengan sektor pertanian terutamanya untuk membantu menjaga ternakan dan menjaga kebun. Anjing didakwa telah mengalami 'domestication' daripada haiwan serigala sejak 15,000 tahun yang lalu dan ada laporan menyatakan ia bahkan mungkin ada semenjak 100,000 tahun yang lalu diketahui akan keberadaannya berdasarkan bukti genetik berupa penemuan fosil dan analisa DNA. Proses domestikasi anjing adalah belum begitu lama berbanding kewujudannya. Anjing telah membiak kepada beratus-ratus jenis dengan terdapat banyak variasi. Perbezaan pada anjing juga sangat besar julatnya daripada warna bulu, bentuk badan, bentuk gigi dan taring, jenis makanannya, ciri-ciri kegarangan, sifat kemanjaan, habitat keberadaan (sejuk dan panas) dan sebagainya. Apa pun jangka hayat biasa anjing berbeza-beza antara baka akan tetapi untuk kebanyakannya berjulat dari 10 tahun hingga 13 tahun. Bagi anjing yang dari jenis baka dengan jangka hayat terpendek ialah seperti Anjing Dogue Bordeoux iaitu hanya sepanjang purata 5.2 tahun sahaja tetapi bagi sesetengah baka seperti Baka Bulterier Kecil (jenis anjing pemburu darah) pula dari Ireland mampu hidup selama 6 - 7tahin. Dalam Islam dinyatakan dimana anjing ini adalah sejenis binatang yang boleh dijinakkan dan ia mempunyai gigi taring yang tajam. Hukum asal dalam Islam berkenaan anjing ialah Najis Mughallazoh (najis berat) yang wajib disucikan dengan 1 kali air bercampur tanah dan 6 kali air bersih atau mutlak iaitu apabila bersentuhan dengannya samada dalam keadaan kering atau basah. Setengah pendapat menetapkan hanya bersentuhan dalam keadaan basah sahaja. Dalam media dilaporkan diman asejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis berat (Najis mughalazzoh) iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih. Menurut sumber dilamanweb ada juga dinyatakan kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Kajian sains moden ada jawapannya. Dilaporkan dimana sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata mereka yang mana sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Dilapornan di negara Norway sebanyak 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah. Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu Mammary Tumor Virus (MMTV). Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia yang telah juga menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing. Artikel pagi Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya tulis mengenai kaitan anjing dan sektor pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dilaporkan dalam beberapa kenyataan dimana a
njing merupakan penjaga (guard dog) haiwan ternakan lazimnya adalah sejenis anjing pastoral dibiakbakakan untuk tujuan asalnya menjadi kepada perlindungan ternakan daripada pemangsa. Kategori anjing penjaga haiwan ternakan selalunya akan tinggal bersama dengan kumpulan haiwan yang diternak untuk dilindungi olehnya sebagai anggota pengawal disepanjang masa kawanan dibeberapa negara maju yang menternak jadi industri penting (Sila lihat foto disebelah). Kebolehannya untuk menjaga kawanannya kebanyakannya kenalurian, kerana anjing ini terikat dengan kawanan itu sejak umur muda. Tidak seperti anjing gembala lebih kecil yang kerap yang mengawal pergerakan haiwan ternakan, anjing penjaga haiwan ternakan bergaul bersama haiwan ternakan, menjaganya daripada penceroboh dalam kawanan itu. Apa pun kehadiran anjing pengawal ternakan biasanya cukup handal untuk menghalau pemangsa (predator) dengan cara intimidasi suara, salakan anjing dan mempaparkan tingkah laku sangat garang. Anjing jenis ini mungkin akan menyerang atau melawan pemangsa untuk melindungi kawanan kambing bebiri atau lembu dan sekiranya tidak boleh menghalau pemangsa. Anjing penjaga haiwan ternakan mungkin giat berjaga akan pemangsa dalam kawasan atau wilayah yang  terlindung untuk menangkap dan menghapuskan pemangsa. Antara pemangsa ternakan seperti haiwan liar cayote yang membunuh bebiri sebagai makanannya.

Bagaimana pun bukan mudah untuk melatih anjing penjaga ternakan sehingga ketahap profesional. sejal awal lagi aning ini akan 
dibesarkan di kandang berdekatan dengan kambing biri-biri dan sering tinggal dengan beberapa anak kambing bebiri sebaik sahaja mereka diceraikan susu dari induknya. Penyesesuaian ini perlu dilakukan untuk anjing gembala ini dilatih untuk mengelakkan kambing biri-biri atau naluri mereka untuk mengejar dapat menimbulkan bahaya. Mengejar adalah aktiviti berbahaya bagi bebiri dan anjing dimana ada kes anjing yang mengejar bebiri ini boleh dibunuh oleh anjing penjaga ternakan jika tidak dikenali. Di kawasan-kawasan tertentu di dunia terdapat anjing yang mengejar biri-biri bahkan akan ditembak oleh para peternak kerana ancaman yang berlaku. Di banyak negara juga dilaporkan memang gembala boleh membunuh anjing  jika dia mengejar biri-biri. Antara kidah menarik dimana ada  kelas latihan yang terdapat di Britain dan di beberapa tempat di USA khusus untuk melatih anjing penjaga ternakan. Apa yang dilakukan dalam melatih anjing dimana asas latihan adalah 'ketaatan asas. Anjing ini diajarkan cara kaedah kawalan dorongan yang lain supaya dia digunakan untuk mematuhi hembala dalam semua situasi. Salah satu cara melatih juga mengarahkan anjing untuk berbaring dikawanan bebiri yang berkumpul. Latihan kepada anjing ini dengan mengepung sambil menyalak seakan memberi arahan kepada kawanan bebiri lalu dikawasan yang dibenarkan oleh gebala dan semua kawanan ini tidak berpecah. Selalunya apabila anjing telah menjalani latihan berkali-kali akhirnya ia boleh diberi kelonggaran dan membiarkan dia berjalan berdekatan kawanan bebiri. Arahan oleh gembala yang difahami anjing pengawal ternakan memainkan peranan penting didalam aktiviti mengawal gerombolam bebiri atau ternakan lain.

Akhbar Harian Metro melaporkan berita bertajuk '
Jasamu anjing tetap di kenang' dakwa Zalina yang memelihara anjing gi dusun durian di Kampung Lingai, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu. Dakwanya anjing peliharaannya itu pernah menyelamatkanny daripada dia diserang beruk dan justeru jasa semua anjing ini sangat besar kepadanya dan keluarga. Menurut dakwaan Ismail Tawang (71 tahun) juga pemilik dusun durian ntatakan bukan sahaja beruk akan tetapi banyak haiwan yang sebelum ini mengancam keselamatan dia dan isteri semasa mereka berada di dusun itu (Sila lihat foto disebelah). Apa pun diberitahu dimana kumpulan anjing berkenaan terlebih dahulu menyerang haiwan terbabit dan ini sekali gus menyelamatkan mereka daripada serangan haiwan buas. Dakwanya antara kebaikan membela anjing di dusun kerana haiwan ini akan memastikan keselamatan tuannya sepanjang berada di dusun. Ada kala harta benda termasuk hasil tanaman seperti durian juga terjaga daripada dicuri atau dimakan haiwan perosak seperti babi dan beruk. Dia juga masih ingat detik cemas ketika diterkam beruk bertaring di dalam dusun dan mujurlah anjingnya terlebih dahulu menyerang beruk itu sehingga berlaku pergelutan yang menyebabkan beruk itu akhirnya mati digigit. Mereka kagum dengan sifat semula jadi anjing yang setia, menyayangi tuan serta tidak pernah ingkar arahan. Dia sudah tidak kisah tanggapan orang sekeliling kerana mereka menjaga haiwan itu mengikut garis panduan yang ditetapkan agama. Terdapat lapan ekor anjing yang dibela dan dilatihnya sejak kecil, diberi nama Lily, Mimi, Kurus, Merah, Panjang, Beja, Kancil dan Bobo. Kalau sebelum ini dia dakwa durian mereka sering dicuri pada waktu malam sehingga tidak ada berpeluang untuk menikmatinya. Jika satu pokok mempunyai 100 biji didakwa hanya 20 biji yang mereka berjaya kutip dan selebihnya dicuri atau dimakan babi. Mereka pernah kerugian lebih RM100,000 apabila durian pada gred dan pelbagai peralatan kebun termasuk mesin air, gergaji rantai dan baja dicuri orang. Kini selepas membela lapan ekor anjing maka masalah kecurian tidak berlaku lagi. Mereka memelihara anjing bukan untuk dibelai seperti kucing akan tetapi sebagai pengawal di dusun durian dan ladang kelapa sawit seluas 12 hektar. Semua anjing itu manja dengannya tetapi ia tidak bermakna haiwan itu perlu dipeluk dan dibelai. Mereka cukup sekadar memberi makan dan merawatnya apabila ia sakit atau tercedera. Sementara itu, Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah iaitu Ahmad Ridhwan Radzi berkata dimana kegiatan memelihara anjing bagi tujuan menjaga harta benda termasuk dusun buah-buahan tidak dilarang dalam Islam dan ianya dibolehkan kerana bersebab. Bagaimanapun sebaiknya pemilik anjing itu perlu mengikuti adab tertentu seperti tidak terlalu terbuka bermain atau menyentuh anjing tanpa tujuan supaya ia tidak mengundang fitnah di kalangan masyarakat. Memng ada batas pergaulan dengan haiwan itu juga perlu dihadkan dan bersebab dimana tidak dibolehkan pemilik dengan sengaja membelai haiwan itu seperti kucing kerana ia najis berat, melainkan untuk tujuan tertentu seperti memberi rawatan kepada anjing yang tercedera. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
HAIWAN ANJING... BANTU GEMBALA...
MENGAWAL BEBIRI... LEMBU PUN ADA...
PERLU DILATIH.. AGAR LEBIH SETIA...
MENJAGA DEBUN DURIAN.. DI MALAYSIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Safar 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...