Support My Blog

Tuesday, December 22, 2020

POTENSI KELAPA RENEK COKLAT


KELAPA MALAYAN RENEK COKLAT
atau KELAPA MBD (Malayan Brown Dwarf dengan nama saintifik Cocos nucifera memang agak kurang dikenali dikalangan petani di Malaysia. Kelapa renek ini merupakan satu jenis atau varieti kelapa renek yang ada ditanam oleh pihak tertentu seperti di MARDI, Estet Swasta dan juga beberapa individu. Penulis juga pernah membuat tinjuaan teknologi pokok kelapa MBD ini yang ada ditanam di MARDI, Sungai Sumun, Bagan Datok, Perak didalam plot penyelidikkan mereka. Benih kelapa ini dari segi rekod adalah dibawa masuk ke Malaysia melalui kerjasama COGENT untuk menjaga janaplasma kelapa renek diseluruh dunia sebagai langkah penting dalam industri penanaman kelapa. Kelapa MBD ini mungkin ada juga yang telah ditanam oleh petani atau pekebun kecil lain dalam negara tanpa ianya disedari atau diketahui mereka. Ini kerana menlihat daripada pencirian pokok tersebut apa yang penulis lihat memang ada beberapa ciri persamaan marfologi dengan jenis Kelapa Sungai Gulang-Gulang (SGG) yang ditanam oleh beberapa petani dimana induknya daripada Kampng Sg Gulang-gulang, Selangor. Ada yang berpendapat mungkin varieti kelapa Sungai Gulang-Gulang (CN16) ini adalah hasil mutasi pokok kelapa MBD walau pun kajian lenjut belum dilakukan oleh saintis biakbaka tanaman. Kelapa Sungai Gulang-gulang telah didaftarkan atas nama Encik Ismail Tahir daripada Sungai Gulang-gulang, Tanjong Karang, Selangor dengan Jabatan Pertaian pada Julai 2013. Daripada maklumat yang ditulis dalam Buku Senarai Varieti Tanaman Yang Didaftarkan oleh Jabatan Pertanian rujukan (BK134/01.14/0.5R) yang telah diterbitkan telah menyatakan akan beberapa pencirian kelapa tersebut. Walau bagaimana pun beberapa pakar kelapa dan agronomis perlu membuat pemeriksaan lebih teliti mengenai perkara ini demi kebaikan industri kelapa. Permintaan kelapa MATAG yang tinggi dan tidak mencukupii bekalan ini menjadi isu kepada penanam uuntuk menenam kelapa renek sebagai satu alternatif terbaik yang disyorkan kerajaan. Artikel pada subuh yang dingin ini di bulan Disember ini saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai potensi penanaman kelapa renek coklat atau Kelapa MBD (Malayan Brown Dwarf) yang berpotensi untuk ditanam secara meluas sebagai tanaman monokrop atau sebagai tanaman berintergrasi dengan tanaman lain yang sesuai.

Memang pada masa ini agenda untuk ramai ingin menanam kelapa meningkat apabila kerajaan umumkan kelapa sebagai salah satu komoditi dimasukkan didalam Program Sumber Kekayaan Baru Negara (SKB) pada tahun 2018. Negara mengeluarkan sekitar 450 juta biji kelapa setahun dari kawasan seluas 85,700 hektar yang kebanyakannya adalah dari kelapa Malayan Tall (CN1). Kekurangan kelapa untuk diproses menjadikan Malaysia perlu mengimport sekitar 150 - 200 juta biji kelapa tua daripada negara jiran Indonesia dengan kebenaran mengimport (AP) yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Kini semakin ramai yang ingin menanam kelapa MATAG kerana potensi hasil yang tinggi dan cepat berhasil. Bagaimana pun kekurangan benih kelapa hibrid ini menjadikan ramai petani dan usahawan swasta yang kecewa apabila benih kelapa matah F1 mencecah sekitar RM60.00 sepokok. Diluar sana bukan masaalah harga yang menjadi halangan penanaman kelapa matag secara komersil sebaliknya kekurangan benih kelapa matag F1 disediakan. Ada petani yang tertipu membeli benih kelapa matag F2 (benih diambil daripada pokok kelapa matag yang matang) menjadikan pokok yang ditanam tidk berbuah atau lambat berbuah selain daripada masaalah lain. Kerajaan melalui Jabatan Pertanian kemudian menyesyorkan tanaman kelapa pandan tetapi kemudiannya ia kurang sesuai untuk dijadikan pelbagai produk lain berasaskan kelapa kerana airnya yang aromatik. Alternatif lain bagi pengluasan tanaman kelapa dengan menggalakan tanaman kelapa bercampur atau menanam kelapa renek lain seperti Kelap MRD atau MYD. Kini penulis blog syaorkan untuk penanaman kelapa renek coklat (MBD) untuk meningkatkan pengeluaran kelapa negara.

Meihat kepada pencirian varieti 
Kelapa Sungai Gulang-gulang (CN16) yang penulis blog tahu ada juga menyatakan dimana ada persamaan sedikit dengan ciri asas MBD seperti dibahagian daun pokok kelapa ini mempunyai panjang petiol sekitar 98cm dengan lebar petiol pula sekitar 8.0 cm. Panjang rachis pula adalah 330.3 cm dengan jumlah anak daun sebanyak 206 helai. Setiap helai daun mempunyai ukuran panjang anak daun iaitu 115 cm dengan lebar anak daun sekitar 4 cm dan warna bahagian atas daun adalah Yellow Green Group (147A). Panjang central axis adalah 27 cm dengan diameter tangkai bunga pada bahagian tengah adalah sekitar 83 cm. Bagaimana pun penulis b;log yang memeriksa pokok MBD yang berumur 4 tahun dan mendapati pokok tersebut mempunyai pertumbuhan baik dengan buah yang lebat (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini yang juga jenis kelapa renek ang memang cepat berbuah berbanding dengan pokok jenis kelapa tinggi seperti varieti Malayan Tall dan Tagnanan yang mula berbuah selepas 5-7 tahun setelah ditanam. Bagaimana pun jenis pokok kelapa tinggi lazimnya hidup lebih lama kerana ketahanannya dari serangan penyakit dan perosak jika diuruskan dengan baik. Kelapa MBD masih kurang dikenali dan ditanam secara komersil kerana ia merupakan jenis kelapa renek yang lazimnya berbuag kecil. Bagaimana pun lawatan penulis dibeberapa plot tanaman kelapa MBD di Stesyen Pertanian Lain ada mendapati ia menghasilkan buah sederhana besar setanding dengan kelapa tinggi jika dibuat penjarangan buah (Sila lihat foto dibawah). Ia juga ada yang mencecah kepada buah gred A dengan pengurusan buah yang baik dan dikawal jumlah biji setandan. 

Kelapa jenis renek (Dwarf coconut variety) yang terdapat didunia banyak dari kawasan 'tropika seperti jenis 'Malayan Dwarf'. Pokok renek yang tumbuh menegak ini mempunyai ketinggian 20-50 kaki dengan jarak tanaman lazimnya 6 meter x 6 meter. Tumbuhan kelapa ini memang memerlukan cahaya matahari yang banyak dan tidak sesuai dijadikan tanaman dikawasan teduh. Ia boleh tumbuh dengan baik pada tanah jenis subur atau pun tanah liat, tanah pasir, tanah lom dan mesti ada sistem saliran baik. Jenis kelapa ini juga tahan dalam keadaan kemarau dan tanah yang masin sedikit seperti kawasan pantai. Pokok kelapa ini sperti pokok kelapa lain mempunyai ancaman perosak seperti Coconut Leaf Miner (CLM), Kumbang Tanduk, Kumbang Jalur Merah, Artona dan juga Ulat Beluncas. Penanaman kelapa MBD sesuai dikawasan keliling rumah sebagai pokok hiasan dan naungan disamping mendapatkan hasilnya. Selain dari buah kelapa, pokok kelapa MBD yang tumbuh boleh diambil daunnya untuk buat ketupat, lidinya untuk dibuat penyapu dan sebagainya. 
Kelapa Malayan Brown Dwarf (MBD) saya fikir boleh dijadikan satu alternatif kepada petani di Malaysia untuk ditanam secara komersil. Menurut Ketua Stesyen MARDI Sg Sumun, Bagan Datok, Perak potensi hasil pokok dewasa berumur 8 tahun mampu menghasilkan sebanyak 8,000 - 10,000 buah sehektar setahun. Kiraan saya mendapati pokok berumur 4 tahun diplot kajian mereka mempunyai sebanyak 12 - 18 biji buah setiap satu tandan. Satu tandan kelapa akan keluar setiap bulan bermakna sepokok akan menghasilkan antara 140 - 210 biji setahun. Anda boleh kira berapa banyak buah kelapa dihasilkan jika 272 pokok kelapa ditanam dalam kawasan kebun sehektar. Kelapa MBD sesuai untuk ditanam daripada buah biji kelapa matang yang gugur dan telah dikhususkan untuk pengeluaran benih (Perlu ditutup dengan plastik pendebungaan atau pokok benih isolated). Ia tidak perlukan proses kacukan seperti kelapa hibrid Matag atau MAWA yang kos pengeluaran benihnya tinggi. Jika dipasaran harga benih kelapa MATAG mencecah RM 30 sepokok, pilihan petani untuk kelapa MBD (Jika ada stok anak benih) adalah jauh lebih murah. Penulis anggarkan harga benih kelapa MBD boleh dijual dengan anggaran RM4.00 sepokok sama seperti kelapa pandan. Adalah menjadi harapan penulis pada masa hadapan agar kelapa varieti MBD ditanam secara komersil sebagai memenuhi keperluan kelapa negara. Malaysia masih kekurangan bekalan buah kelapa pada tahun mendatang kerana keluasan tanaman pokok kelapa semakin berkurangan dan masih mengimpot kelapa tua dari negara jiran. Semuga artikel ini memberikan idea baru kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
KELAPA MBD INI ... ADA POTENSINYA...
MENCARI BENIH ...TETAPI DIMANA...
CEPAT BERBUAH... BANYAK HASILNYA..
BOLEH  DIGALAKAN... LIBAT SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Stesyen Komoditi Kelapa,
Sungai Sumun, Bagan Datok,
Perak, Malaysia.
(16 Muharam 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...