Support My Blog

Monday, December 7, 2020

KAKTUS DAN CIRI-CIRINYA

TUMBUHAN KAKTUS (Cactus Plant) merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta­ceae berasal dari Benua Amerika. Tumbuhan ini adalah berbatang hijau, berisi, dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan batang berduri adalah kaktus termasuk pokok Buah naga (Pitaya). Kaktus telah berevolusi bermula dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk globe dan lajur seperti yang dikenali sekarang. Terdapat pelbagai jenis kaktus di dunia walau pun dari segi ciri-ciri hampir dikatakan berkongsi yang sama atau hampir sama seperti berduri, batang berair, hidup di kawasan berpasir dan kering dan menerima seratus peratus pancaran cahaya matahari. Tumbuhan Kaktus telah mampu untuk mengubahsuai daun mereka menjadi bentuk duri bagi mengurangkan proses transpirasi (kekeringan) terutama dikawasan yang arid. Apa yang perlu diketahui dimana kaktus adalah salah satu tumbuhan yang boleh hidup di tempat yang kering dengan sedikit air disebabkan tumbuhan kaktus mempunyai tahap kemampuan bertahan hidup dipersekitaran panas dan kering. Ia mampu menyesuaikan tempat kehidupannya dimana ia salah satu tumbuhan yang mamu hidup dikawasan gurun dan padang pasir. Sebenarnya kaktus lebih mudah dikawasan lembab dab -anas seperti di negara kita Malaysia. Bagaimana pun terkini tumbuhan kaktus telah dikomersilkan dan dijadikan tanaman hiasan (ornamental plants) yang mempunyai pasaran yang besar. Di Malaysia tanaman kaktus di jual di beberapa bnurseri dan pasar malam selain daripada premis beli belah sebagai tanaman hiasan menarik (Sila lihat foto diatas). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana tumbuhan kaktus penting dimukabumi ini untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Ciri-ciri tumbuhan Kaktus dari keluarga  Cactaceae terdiri sebanyak lebih dari 2,000 spesis diseluruh dunia. Tumbuhan ini juga  tersebar di banyak negara dengan dimana antara ciri-ciri keunikan dari bentuk dan ukurannya masing masing menjadikan masih ramai orang meminatinya untuk dijadikan 'indoor games'.  Tumbuhan ini juga biasa disebut sebagai tumbuhan sekulen. Tumbuhan sekulen adalah tumbuhan yang menyimpan air di dalam tubuhnya untuk jangkamasa lama dan musim kekurangan air. Penulis blog yang ada belajar mengenai tumbuhan kaktus ini mendapati didalam ilmu tumbuhan bahagian batang pada tumbuhan ini berukuran besar dikarenakan fungsinya untuk menampung persediaan air. Pada tumbuhan kaktus ada beberapa bahagian terdiri daripada bahagian Akar, Batang, Daun, Bunga dan Buah. Tumbuhan Kaktus memang tidak boleh dikenali tanoa organ iaitu 'DURI' yang tajam pada batangnya (Sila lihat foto disebelah)Kaktus memiliki akar yang panjang untuk mencari air dalam tanah kering kontang di gurun dan juga ajkarnya jauh kedalam melebar untuk penyerapan air dalam tanah.  Air yang diserap kaktus disimpan dalam ruang di batangnya.  Kaktus juga memiliki daun yang berubah bentuk menjadi duri sehingga dapat mengurangkan kadar penguapan air melalui bahagian daun. Ini menjadikan pokok kaktus lazimya akan mampu hidup jangkamasa yang lama tanpa air.

Pokok Kaktus dipercayai telah dijumpai iaitu sebelum bangsa Eropah menemukan Dunia Baru. Bagaimana pun terdapat banyak maklumat tumbuhan tersebut hilang ketika terjadi penjajahan oleh Sepanyol. Rujukan pertama mengenai tanaman kaktus ditemui pada abad ke-16 d oleh Hernandez de Oviedo y Valdez menyatakan kaktus sebagai tanaman yang memiliki duri yang khusus dan buah yang unik. Sebahagian besar spesis kaktus didakwa berasal dari Amerika Utara, Selatan dan Tengah. Dilaporkan dimana hanya satu perempat dari keseluruhan spesies kaktus yang hidup di daerah gurun. Lazimnya kaktus akan hidup liar dikawasan separa-gurun, padang rumput kering, hutan kering atau padang rumput yang arid (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini bagaimana pun memang sesuai untuk hidup dikawasan beriklim tropika dan subtropika termasuk di Malaysia. Kaktus termasuk ke dalam golongan tanaman sukulen sebab ia mampu untuk menyimpan persediaan air di batangnya. Batang tanaman ini mampu menampung jumlah air yang banyak dan memiliki bentuk batang berbagai bentuk. Biasanya bagi ia betahan didalam gurun yang gersang  ia mempunyai sistem proses metabolisma tersendiri yang amat unik. Tumbuhan ini akan membuka stomatanya pada malam hari ketika cuaca lebih sejuk berbanding dengan pada siang hari yang terik. Lazimnya pada malam hari, kaktus juga mengambil CO2 dari sekelilingnya dan menyimpannya dalam vacuola untuk digunakan ketika fotosintesis berlangsung (terutama pada siang hari). Banyak spesis kaktus yang mempunyai duri yang panjang serta tajam. Duri tersebut merupakan modifikasi dari daun yang mana ia jug aberfungsi sebagai perlindungan terhadap ancaman musuh seperti herbivore. Bunga kaktus yang matang akan membiak dengan tunas tumbuh dari bahagian ketiak atau 'areola' dan melekat pada tumbuhan serta tidak memiliki tangkai bunga.

Pembaca blog perlu kenal akan beberapa ciri tumbuhan kaktus ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Bahagian Akar Kaktus adalah sangat panjang sebab ia harus sampai kepada air dan tersebar luas bergumpal-gumpal didalam tanah sebagai fungsi menyerap air (Sila lihat foto disebelah). Akar kaktus secara otomatiknya akan mencari sumber air yang ada di dalam tanah maka dari itu akar tumbuhan kaktus akan memanjang mencari alur ke sumber air. Sistem akar pada tanaman kaktus cukup rumit jika dilihat dan biasanya tanaman kaktus yang kecil akan memiliki akar sedikit lebih besar dari tanaman kaktus yang berukuran besar. Apa pun umumnya akar pokok kaktus tidak akan mencapai 10 cm sbab akar tumbuhan kaktus memiliki had dan batasan tersendiri sampai mana jauhnya ia mampu mencari sumber air. Lazimnya pokok kaktus dewasa akan mempunyai saiz sepanjang sekitar 2 meter garispasatnya untuk mencari air. Apa pun bentuk dan sistem akar pokok kaktus berbagai keadaan dari mempunyai akar tunjang kepada jenis akar bercabang, akar serabut dan kombinasi antara kesemuanya. Terdapat juga jenis akar kaktus yang melekat pada tumbuhan lain untuk mencari makanan dan ia dipanggil sebagai jenis kaktus Epifit dan hidup sebagai tumbuhan Parasit.

Paling unik mengenai pokok kaktus adalah daunnya yang BERDURI. Ini kerana daun kaktus mempunyai peranan sebagai alat pernafasan (Sila lihat foto disebelah). Daun pada tumbuhan kaktus berbeda dari tumbuhan lainnya dikarenakan bentuknya yang berbentuk duri. Fungsi lain dari bentuk duri pada daun tumbuhan kaktus adalah untuk mencegah penguapan yang berlebih pada tumbuhan ini. Struktur dari daun tumbuhan kaktus dipanggil sebagai 'areole'. Dalam pada itu ada beberapa jenis kaktus yang daunnya berwarna terang bagi menerima sinaran cahaya matahari yang mengarah ke tumbuhan ini akan dipantulkan sehingga tumbuhan kaktus akan tetap sejuk. Daun pada tumbuhan kaktus dikawasan gurun ini juga boleh mempertahankan diri dari serangan haiwan yang ingin menyerap air dari batang kaktus sebab bentuknya yang berupa duri. Daun kaktus memiliki beberapa kegunaan dalam aspek kesihatan bagi manusia seperti didawa mampu membersihkan usus besar, menjaga kesehatan hati, mencegah diabetes dan lain-lain.

Dalam pada itu anda jug aperlu tahu dimana pada bahagian batang Kaktus ada berlapis lilin (wax layer). Batang pada tumbuhan kaktus mempunyai ciri-ciri berbentuk besar disebabkan fungsi dari batang kaktus sendiri adalah untuk ia menampung air dari akar. Batang kaktus juga memiliki lapisan kulit yang tebal dan ia berfungsi untuk meminimakan penguapan pada tumbuhan kaktus . Uniknya tidak hanya kulit yang tebal akan tetapi bahagian kulit batang pada pokok kaktus juga dilapisi oleh bahan seperti lilin yang mampu menahan panas sinar matahari (Sila anda lihat foto disebelah). Apa pun jika diteliti akan dapat dilihat dimana batang kaktus lazimnya tersusun atas jaringan Spans. Antara ciri kaktus selanjutnya adalah batangnya tersusun atas beberapa lapis jaringan spans. Didalam batang kaktus terdapat lapisan spans yang berfungsi menyerap dan menahan air yang terdapat didalam batang kaktus. Pada cuaca panas biasanya batang dari tumbuhan kaktus akan berkedut sedikit sebab ia kekurangnya kuantiti air. Pada bahagian batang kaktus memiliki banyak lubang pori yang digunakan untuk menyerap air. Semasa musim hujan lazimnya batang tumbuhan kaktus akan kembung sebab ia akan menyerap dan menyimpan air. Namun semasa musim kering batang kaktus akan berkedut atau kecut sedikit kerana simpanan air didalam batangnya digunakan. 

Pokok kaktus boleh tumbuh dalam iklim subtropika dan tropika kerana ia adalah lasak. Bagaimana pun kini kaktus boleh ditanam dimasa sahaja dan kini menjadi pilihan ramai orang untuk dijadikan tanaman hiasan sama ada indoor atau outdoor plants. Pokok kaktus ini juga mempunyai stomata yang dibuka hanya pada malam hari. Fungsi stomata pada tumbuhan kaktus yang hanya dibuka pada malam hari pada cuaca yang sangat sejuk bagi mengambil CO2 dan menyimpannya di vacoula untuk digunaan semasa proses fotosintesis pada siang hari. Tumbuhan kaktus memiliki 7 stomata terbuka dan 7 stomata tertutup yang menjadikan tumbuhan ini menjadi unik dan hebat. Kini pokok kaktus lebih banyak dijadikan tanaman hiasan yang sangat menarik. Terdapat beberapa jenis kaktus yang memiliki bunga berwarna cantik Seperti Kaktus Bali, Kaktus Fairy Castle, Kaktus Zebra, Kaktus Cereus Peruvianus, Kaktus Gymnocalycium dan juga Kaktus Rainbow Hedgehog. Jenis  Kaktus Ball ini mempunyai bentuk tubuh bulat seperti bola dan berduri tebal. Ketebalan duri ini membuatkan ramai antara kita tidak akan luka jika menyentuh durinya. Jenis  Kaktus Fairy Castle diberikan namanya sebab bentuknya yang menyerupai bentuk 'King Castle'. Kaktus ini sesuai untuk ditanam dalam pasu kecil atau ditanam sebagai tanaman pagar sebab bentuknya yang boleh hidup dan ia akan tumbuh tinggi. Kaktus Zebra juga unik sebab coraknya yang seperti kuda zebra. Banyak orang yang menanamnya dirumah dan dijadikan sebagai tanaman hiasan sebab tarikan corak warnanya dan keistimewaannya untuk bertahan di tempat yang minim cahaya. Seterusnya adalah jenis  Kaktus Cereus Peruvianus yang mana ia asalnya adalah banyak ditanam di pekarangan rumah di USA. Ada ramai yang menanam kaktus ini sebab bentuknya yang boleh mencapai atap rumah dan warnanya yang hijau sejuk.   Seterusnya adalah jenis Kaktus Gymnocalycium dimana ia kaktus yang mempunyai bentuk bunga yang paling cantik dan selalu diitempatkan di ruang tamu. Akhirnya adalh jenis Kaktus Rainbow Hedgehog yang mana ia sejenis kaktus yang mempunyai bunga yang berwarna cerah atau merah terang. Kaktus ini biasanya berbentuk oval. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
POKOK KAKTUS... UNIK CIRINYA...
DAUN BERDURI... AMBOI TAJAMNYA...
MUDAH DI TANAM... SENANG DIJAGA...
MEMBACA ARTIKEL... ILMU DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan ,
Malaysia.
(13 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...