Support My Blog

Wednesday, December 11, 2019

PERTANIAN ORGANIK VS KONVENSIONAL

PERTANIAN ORGANIK DI MALAYSIA telah melangkah ketahap lebih baik pada tahun 2014 apabila Standard Malaysia MS1529: 2001 telah dikemaskini kepada satu standard baru MS1529: 2015 Tumbuhan berasaskan organik yang mengeluarkan makanan iaitu bagi keperluan untuk tujuan  pengeluaran, pemprosesan, pengendalian, pelabelan dan pemasaran, dan telah dikeluarkan oleh DOS atau pun Jabatan Piawaian Malaysia pada tahun 2015. Matlamat piawaian ini adalah pertamanya untuk melindungi pengeluar dan pengguna terhadap penipuan di pasaran dan tuntutan produk yang  tidak berasas. Matlamat yang kedua pula untuk memastikan bahawa semua peringkat pengeluaran, penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan pelabelan dipenuhi dengan standard dan ketiganya bersamaan dengan standard antarabangsa supaya ia boleh digunakan untuk memudahkan urusan perdagangan. Kemasukan keperluan pelabelan dan pemasaran sangat penting kerana ia selaras dengan keperluan pelabelan yang relevan di bawah undang-undang penguatkuasaan di Malaysia. Dilaporkan lebih daripada 151 ladang dengan keluasan 1,848 hektar diperakui dengan MyOrganic. Kebanyakan ladang organik berada di Pahang dan kebanyakannya menghasilkan sayur-sayuran. Petani lebih suka memilih untuk menanam sayuran organik kerana permintaan yang lebih tinggi, berbanding tanaman lain. Pengeluaran sayuran termasuk sayur-sayuran berdaun  seperti sayuran jenis Kobis Bunga, Broccoli, Mustard, Chinese Kale dan Bayam serta beberapa lagi. Buah organik yang ditanam termasuk buah Durian, Betik dan Pisang. Buah-buahan ini sudah mempunyai pasaran tertentu terutama disekitar Lembah Keland dan Kuala Lumpur. Pada masa sama penulis blog dapati premis rumah cendawan dan ladang herba yang berjaya disahkan dengan Persijilan MyOrganic juga semakin meningkat kerana mereka tidak menggunakan apa-apa input kimia dalam amalan pertanian  semasa dan prosedur untuk pensijilan adalah lebih mudah. Akibatnya, bilangan syarikat yang menerima akreditasi telah meningkat dari tiga pada tahun 2003 kepada 151 pada 2015. Kini ada bilangan ladang tertinggi yang menerima pensijilan myOrganik pada tahun 2011 dengan sebanyak 29 ladang. Jumlah hasil pengeluaran organik dari ladang-ladang yang disahkan itu adalah 65, 591 tan dengan anggaran nilai RM175 juta iaitu pada tahun 2014 (DoA, 2015). Sehingga Dec 2019 seramai 79 peserta MyOrganik masih aktif dimana mereka kebanyakannya akan tamat tempoh pada 2020 dan 2021. Artikel petang Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pemahaman mengenai pertanian organik dan pertanian konvensional sebagai menambah ilmu kepada semua pembaca.


Pertanian di Malaysia terbahagi kepada beberapa segmen iaitu Tanaman Industri, Tanaman Makanan (Buah-buahan, Sayuran, Padi, Kontan dsb), Penternakan, Akuakultur serta Perikanan dan lain-lain. Sejarah pertanian di negara kita lama menghadapi masa dimana dahulu tanaman untuk eksport iaitu getah dan kelapa sawit mendominasi dalam sektor perladangan semantara di sektor pekebun kecil adalah tanaman padi, dusun buah-buahan, sayuran dan tanaman singat masa. Walau bagaimanapun, pertanian dan makanan organik menghadapi beberapa cabaran di Malaysia. Walaupun permintaan terhadap makanan organik di Malaysia semakin meningkat, bekalan produk organik tempatan tidak dapat memenuhi permintaan yang meningkat. Bekalan tempatan boleh jatuh sebanyak 50 peratus dalam tempoh tertentu. Selain bekalan yang tidak  konsisten, jenis makanan organik tempatan juga terhad. Oleh yang demikian, Malaysia masih perlu mengimport hasil organik dari negara-negara lain, terutamanya dari Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand. Satu lagi masalah yang dihadapi pengguna makanan organik di Malaysia adalah perbezaan harga antara makanan organik dan konvensional. Walaupun ia terkenal dengan makanan organik lebih mahal daripada makanan konvensional, perbezaan harga di Malaysia adalah sangat besar, sebanyak 100 hingga 300 peratus, berbanding jurang harga hanya 25 hingga 30% di Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah. Walaupun harga yang lebih tinggi dan pelbagai makanan organik yang terhad di Malaysia, pertanian organik dan makanan akan terus meningkat dengan cepat di Malaysia memandangkan rakyat Malaysia mempunyai kesedaran untuk menjadi lebih sihat. Tujuan untuk membeli makanan organik (termasuk beras) sangat dipengaruhi oleh persepsi pengguna terhadap sifat-sifat alam sekitar dan kesihatannya. Di samping itu, sifat deria seperti nilai pemakanan, rasa, kesegaran dan untuk penampilan juga memainkan peranan penting bagi pengguna apabila membeli makanan organik. Kebanyakkan pembeli organik percaya makanan organik lebih sihat, lebih enak, dan lebih baik untuk persekitaran berbanding dengan makanan konvensional. Kualiti makanan biasanya dikaitkan dengan kesegaran, keselamatan makanan, kualiti nutrisi dan nilai, sementara kesegaran menjadi pilihan utama pengguna apabila membeli sayuran dan daging di Malaysia.


Apakah sebenarnya perbezaan diantara pertanian secara Konvensional dengan Pertania Secara Organik?. Secara teori dan berdasarkan kepada orientasi ekonomi memang penggunaan jentera berat serta pengkhususan dan penyelewengan dalam sistem pembangunan pertanian dan perusahaan dengan program berorientasi pasaran yang tidak stabil dahulu adalah berasaskan kepada orientasi ekologi, sistem keberkesanan penggunaan input yang cekap,  gabungan perusahaan yang seimbang dengan kombinasi kestabilan. Pertanian konvensional akan menambah nutrien melalui baja, kawalan rumpai oleh racun herbasida (bahan yang beracun kepada tumbuh-tumbuhan dan ia akan  juga digunakan untuk memusnahkan tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini). Biasanya kaedah atau langkah perlindungan tumbuhan oleh bahan kimia dan jarang berkombinasi dengan ternakan. Secara saintifiknya kitaran nutrien dalam ladang seperti kawalan rumpai oleh pusingan tanaman dan amalan  budaya, perlindungan tumbuhan oleh bahan yang tidak mencemarkan dan gabungan yang lebih baik dengan ternakan. Bagaimana pun berdasarkan falsafah untuk memberi makan tanaman, ternakan, ternakair atau untuk tumbuhan petani akan memberi bekalan kepada tanah dan bukannya tanaman adalah slogan kepada pertanian organik. Dalam pada itu lazimnya kaedah pengeluaran tidak dibuat secara bersepadu dengan alam sekitar tetapi mengekstrak lebih banyak melalui manipulasi teknikal, persenyawaan  yang berlebihan dan berlaku ketidakseimbangan nutrien.


Lazimnya Pertanian Organik adalah dari penghasilan tanaman dan pengeluaran disepadukan dengan alam sekitar, seimbang, kekurangan keadaan untuk  tumbuhan dan haiwan perlu dibetulkan. Dalam pada itu jika input rendah maka berlaku nisbah output dengan pencemaran yang banyak. Dalam pada itu untuk pertanian organik jarang memberikan jumlah input tinggi yang mana ia bertujuan untuk elakkan nisbah output tanpa pencemaran kepada persekitaran. Konsep yang diamalkan adalah dengan cara bermotivasikan ekonomi sumber asli tanpa mengambil kira prinsip penggredan semulajadi. Dalam pada itu lazimnya dilakukan pertimbangan yang maksimum terhadap semua sumber semula jadi melalui pendekaatan yang holistik. Sebenarnya pada penulis blog perlu dibuat kempen kesedsran awam mengenai kepentingan pertanian organik berbanding dengan pertanian konvensional. Hasil dari aktiviti pertanian oorganik dianggap sebagai 'mahal' kerana ia ada kala didakwa memberikan pulangan hasil agak rendah berbanding dengan kaedah konvensional yang mana ia dibantu pertumbuhan dan amalan agronominya dengan bahan sintetik seperti baja kimi dan racun kimia. Negara kita Malaysia telah mempunyai satu sistem piawaian Perladangan Organik yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan pengiktirafan ststua produk organik tempatan. Dari segi pengguna, perlu ada kempen kesedaran umum diantara produk makanan segar (sayur dan buah) yang selamat dimakan atau kurang selamat dimakan. Persijilan organik mampu membantu petani mendapatkan sistem kawalan demi kepentingan semua. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA ORGANIK... PIAWAIAN ADA...
BANYAK SYARAT... DIPATUHI SEMUA...
SIJIL DIBERIKAN... JAMINAN TERBELA...
BACA ARTIKEL... INGIN MEMOHONNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Bandar Melaka,
Jalan Cendana 2, Melakan,
Malaysia. 
(10 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...