Taklimat diberikan oleh pengurus ladang menyatakan jenis tanah bercerun amat sesuai untuk tanaman teh (sila lihat foto disebelah). Cahaya matahari panas tropika dikawasan tanah setinggi lebih 500 meter dari aras laut membolehkan pokok teh disini tumbuh subur dengan amalan agronomi organik yang berbeza. Pokok teh secara teorinya mampu tmbuh dengan ekonomik selama 25 tahun tetapi dibanyak kawasan ladang teh dimana ia mampu hidup lebih lama lagi dengan kaedah penjagaan yang baik. Walau pun pokok teh kelihat hanya setinggi 0.6 - 1 meter dari paras tanah, sebenarnya ia mempunyai sistem kedalaman akar dalam tanah sehingga 3 meter (10 kaki) untuk pokok yang dewasa. Semestinya kawasan penanaman teh mempunyai sistem saliran baik atau memang ia sesuai untuk ditanam dikawasan lereng bukit. Pokok teh akan terjejas bahagian akarnya jika ia terendam dalam air untuk masa agak lama. Kebanyakan tanaman teh perlukan suhu panas dan juga sederhana sejuk yang sesuai untuk mendapatkan daun berkualiti dan aroma yang kuat. Pokok teh merupakan pokok saka yang sentiasa perlu dicantas untuk menghasilkan pucuk daun muda yang dituai untuk dijadikan teh yang berkualiti. Kalau di Semenanjung Malaysia penanaman teh hanya popular di Cameroon Highland dengan jenama 'Boh Teh' dan juga 'Cameroonian', syarikat teh Sawirun ini mempunyai banyak jenama dan jenis teh seperti Black Tea Jasmine, Oolong Tea dan juga pelbagai jenama ;green tea'.
Lazimnya pokok teh perlu dikutip daun mudanya dimana ia perlu dicantas untuk memudahkan pengurusan agronomi dan petik hasil. Diladang Sawirun ini dijalankan amalan pertanian organik dimana proses pembajaan dan kawalan perosak akan dilakukan mengikut spesifikasi organik. Pemasangan 'pelekat kuning' untuk memerangkap serangga (yellow sticker) dan penanaman tanaman perangkap (crop trap) dilokasi khusus (sempadan kawasan) membantu mengawal serangan serangga perosak. Hanya plastik yang yang ada kertas kuning disapu dengan gam apabila telah cukup tempohnya dan ia adalah murah. Cara Pembajaan menggunakan baja organik yang diperolehi daripada sekitar seperti sekam padi (paddy husks - sumber K), Tanaman kekacang (unsur N) dan juga kelapa (unsur P) serta beberapa baja organik lain. Penggunaan formulasi baja campuran menggunakan kacang soya didapati memberikan pertumbuhan baik kepada pokok teh didini. Setiap pokok teh akan dikunjungi dalam tempoh 45 hari untuk dipetik pucuk mudanya dan akan terus dibawa kekilang memproses teh yang terletak ditengah kawasan ladang. Daun ini akan melalui beberapa proses fermentasi yang unik untuk dijadikan Teh Hitam (Black Tea), Teh Oolong (Oolong Tea) dan juga Teh Hijau (Green Tea). Proses melakukan fermentasi daun teh ini amat kritikal dalam menentukan kualiti teh organik ini seperti spesifikasi pemprosesan organik yang menjalankan proses akreditasi.
Daun teh yang siap difermentasi ini akan melalui proses selanjutnya sehingga ia dikisar menjadi serbuk teh mengikut kategori. Daripada banyak proses, saya diberitahu bahawa penyediaan teh Oolong paling sukar dilakukan dan mengambil masa yang lama untuk selesai. Ia akan melalui beberapa langkah sebelum sedia untuk dikisat. Berbanding dengan penyediaan teh hitam dimana daun teh muda yang segar akan dibiarkan seama 24 jam melalui fermentasi sebelum dikisar (fully fermented). Apa yang syarikat ini sedang majukan adalah untuk menghasilkan sejenis teh yang boleh menenangkan jika diambil setelah diperkayakan dengan Hidrogen. Teh ini akan merangsang otak manusia agar menjadi 'tenang' dan mampu meningkatkan kecerdasan selepas mengambilnya. Teh organik syarikat ini mempunyai pelbagai range product' daripada yang paling asas (original) sehinngga ada dicampur dengan bahan perasa lain seperti serai, roselle, oren, strawberry dan bermacam lagi. Apa pun ia juga bergantung kepada khasiat antioksidan daripada teh organik yang dihasilkan. Tahniah kepada pengusaha Teh Suwirun jenama Doi Chaang dari Chiang Rai yang mampu menghasilkan produk teh organik berkualiti. Wasallam!..
TANAM TEH... ORGANIK PRODUKNYA...
JENIS TEH NO 12...MUDAH JAGANYA...
DAUN DIPETIK... IKUT JADUALNYA...
PROSES ORGANIK..TINGGI HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang dan Kilang Teh Suwirun,
Thanalai Rd, Wiang,
Chiang Rai, Thailand.
(21 Ogos 2015)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.