Penanaman pokok kopi dikawasan tanah tinggi ini dijalankan dengan agresif oleh kerajaan gajah putih ini sebagai satu hub pengeluar kopi utama di utara Thailand. Jenis kopi yang ditanam adalah Arabica dan sebahagian lagi jenis robusta yang sesuai kerana kawasan ini menerima suhu sejuk yang sesuai untuk proses pembungaan (Kopi jenis ini perukan suhu sejuk untuk 'flushing' bunga kopi). Pokok kopi ditanam dicelah-selah pokok hutan yang dijadikan sebagai naungan dan mengelakkan hakisan akibat proses penebangan yang sukar dikawal (Sila lihat foto disebelah). Produk kopi ini menerima pengiktirafan dunia dalam kategori 'Deep Forest Special. dan 'Tropical Forest Exotic'. 'Evergreen Forest Premium', 'Rain Forest Supreme' dan juga kategori 'Black Forest Extra' yang dipasarkan diseluruh dunia. Selain daripada kawasan Chiang Rai, kawasan sekitar yang mengamalkan penanaman kopi organik seperti di Mae Lao, Mae Korn dan Mae Sruai iaitu kawasan bergunung ganang yang dingin. Penanaman kopi ini melibatkan kerjasama diantara petani dengan Earth Net Foundation atau Green Net SE yang mementingkan konsep pemuliharaan sumber hutan dan membangunkan kawasan perhutanan dengan pertanian lestari berdasarkan konsep 'komuniti tinggal dalam hutan lestari'. Projek ini telah didakwa berjaya memberikan kemajuan kepada penduduk dikawasan pergunungan tinggi untuk menghasilkan kopi organik.
Konsep yang dilaksanakan oleh petani dengan kerjasama kerajaan dan badan-badan akreditasi antarabangsa ini mampu menghasilkan produk kopi orgnik. Buah kopi mentah yang lazimnya akan dituai pada bulan tertentu akan diproses mengikut amalan organik yang mengikut piawaian antarabangsa. Amalan 100% konsep organik mestik dilakukan oleh petani dimana jika ada petani yang gagal mematuhinya maka kopi yang dihasilkan tidak akan dibayar dengan harga premium seperti kopi organik yang lain. Semua hasil akan diuji dahulu sebelum diproses, digred dan dibeli dengan aroma kopi unik dan dijaga kualiti dengan baik. Ia mesti mematuhi kedua-dua peringkat iaitu diperingkat perkebunan dan juga diperingkat pemprosesan biji kopi. Kopi ini mesti ditanam dikawasan kebun dengan ketinggian mesti 1,000 meter dari aras laut dengan ditanam diatas tanah subur (volcanic soils) yang dikategorikan sebagai 'strictly hard beans'. Ia mesti ditanam dibawah naungan pokok hutan hujan tropika semulajadi dengan mementingkan kelestarian perhutanan semulajadi. Ianya akan memberikan pulangan tinggi yang setimpal kepada penduduk pribumi asal (Indigenous farmers) yang mengusahakan tanaman kopi ini. Buah kopi yang masak sahaja dipetik pada bulan tertentu untuk mempastikan dapat memberikan citarasa dan aroma kopi organik sebenar.
Pemerhatian penulis semasa membuat lawatan kekilang memproses kopi organik di Kilang Doi Chaang mendapati, semua biji kopi segar yang baru dipetik mesti diproses dama tempoh masa 24 jam selepas dipetik, Ianya akan dapat mempastikan produk kopi yang mana produk akhir akan menepati aroma dan citarasa sebenar kopi yang harum dan enak. Setiap biji kopi akan diperiksa dan digredkan oelh pekerja mahir mengikut kesesuaian sebelum diproses dikilang (Sila lihat kilang Doi Chaang disebelah). Setiap batch juga diperiksa mengikut piawaian SCAA (Speciality Coffee Association of Amerca) dan juga piawaian SCAE (Speciality Coffee Association of Europe). Kopi organik yang menepati kehendak piawaian antarabangsa ini menerika harga premium yang tinggi berbanding dengan kopi biasa yang tiada persijilan. Mereka akan mematuhi semua komponen pengamalan dan persijilan Organic Agriculture Certification Thailand (ACT) yang mana pemeriksaan ketat dilakukan oleh badan akreditasi yang dilantik. Penanaman dan penghasilan kopi organik ini telah saya lihat semasa pemeran Chiang Rai Coffee and Tea Festival yang diadakan di Central Plaza, Chiang Rai pada 21 Ogos 2015. Festival ini yang diadakan sempena worksyop ASEAN telah dirasmikan oleh Gavernor Chiang Rai bersama Persatuan Pengusaha Industri Kopi Thailand dan Jabatan Pertanian serta sempena hari kelahiran raja negara tersebut amat berjaya dimana ia telah mengumpulkan lebih 40 gerai pameran. Ini adalah satu contoh dimana kejayaan Thailand menghasilkan kopi dan Teh Organik untuk pasaran global amat dibanggakan. Wasallam!.
KOPI ORGANIK... ADA KAEDAHNYA...
AKREDITASI...DI PERINGKAT DUNIA...
HARGA PREMIUM... KUALITI DIJAGA...
PASARAN DOMESTIK...ANTARABANGSA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Exibition Hall, Central Plaza,
Chiang Rai, Thailand.
(21 Ogos 2015)
Attend Worksyop on ASEAN Coffee GAP
from 19 -22 August 2015.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.