Support My Blog

Tuesday, April 15, 2014

PEPIJAT - CARA KAWALAN

PEPIJAT (Climex lectularius) adalah serangga penghisap darah panas yang mengganggu kehidupan kita dan juga haiwan. Serangga ini tidak mempunyai kepak dan bersaiz amat kecil daripada keluarga Cimicidae yang sering berada dikawasan dimana kita sering tidur. Ia menyebabkan gatal-gatal dan ketidak selesaan mangsa yang diserang. Nama lain bagi serangga ini adalah PIJAT-PIJAT atau dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Bed Bugs. Ia tergulung dalam serangga kumpulan Hematophagy iaitu menghisap darah panas untuk makanan dan pembiakan dalam kitaran hidupnya. Saya dapati tidak banyak kajian dan laporan kajian ini dijalankan di negara kita kerana ianya bukan sesuatu yang merbahaya tidak seperti Nyamok Denggi dan juga penyakit lain berpunca daripada serangga. Serangan oleh pepijat tidak menyebabkan kematian dan ianya mudah dikawal tidak seperti serangga lain yang menyerang manusia. Sebenarnya terdapat berjuta-juta pepijat yang tinggal didalam sarang burung atau kelawar atau pada haiwan mamalia lain dan ada yang terus melekat dibadannya. Sebahagian spesis pepijat ini telah melalui adaptasi sehingga boleh berada didalam bilik tidur manusia sebagai mangsanya. Kini terdapat banyak cara digunakan untuk mengelakkan serangan pepijat ini dengan paling utama adalah kebersihan dan sanitasi dalam bilik tidur. Artikel subuh Isnin ini saya dapat idea menulis mengenai kaedah kawalan serangga pepijat dalam blog "Anim Agro Technology" untuk dikongsi bersama berdasarkan pembacaan beberapa buku teknikal dan lamanweb.

Serangga pepijat boleh dikawal dengan banyak cara daripada kawalan menggunakan racun kimia atau tidak menggunakan racun kimia. Ancaman serangga pijat tidak mengira bangsa, umur mangsa, jenis rumah dan juga pelbagai punca lain. Anda mungkin rasa kurang selesa semasa sedang tidur diwaktu malam seperti gatal-gatal dan terpaksa menggaru dibahagian tersebut. Kadang-kadang ada yang dapat rasa ada benda sedang merayap ke seluruh tubuh badan anda. Keesokan paginya anda dapati terdapat banyak kesan bintik-bintik berwarna merah diseluruh tubuh badan. Itu adalah tanda-tanda awal bilik tidur anda telah mempunyai serangga pepijat dan anda terkena serangan pijat. Jadi untuk memastikan samada bilik anda bebas dari sebarang ancaman dan serangan serangga seperti pijat eloklah buat pemeriksaan rapi dan pastikan betul-betul tiada seekor pijat yang berkongsi tempat tidur dengan anda. Pepijat akan mengigit mangsanya terutama ketika kita tidur nyenak. Ia akan mengeluarkan cecair (saliva) yang menyebabkan kita tidak rasa apa-apa semasa menghisa darah tetapi rasa gatal tersebut akan muncul beberapa minit selepas gigitan. Saliva sebenarnya semacam 'ubat bius' yang menyebabkan tidak ada rasa gigitan pepijat.

Dalam kita hendak mempastikan setiap malam anda tidak ditemani dengan serangga penghisap darah. Anda perlu melakukan sesuatu supaya ianya tidak berlaku lagi dibilik tidur anda. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membuat beberapa pemeriksaan rapi untuk kita mengesan serangga pepijat ditempat tidur anda. Periksa betul-betul dimana tempat pepijat ini sering bersembunyi. Lazimnya tempatnya adalah dicelah-celah tilam tempat persembunyian pijat (Sila lihat foto sebelah).
Mungkin dicelah-celah lipatan tilam, selimut dan bantal. Ini adalah tempat yang paling mudah untuk mengesan serangga penghisap darah ini. Selain itu juga kerja-kerja mengesan serangga pijat ini juga boleh dikesan didalam almari yang terdapat banyak menyimpan baju-baju, beg-beg pakaian dan sebagainya. Dengan melakukan pemeriksaan yang teliti anda pasti ia dapat dikesan dan anda akan menemui serangga penghisap darah ini ditempat-tepat yang disebutkan diatas dengan mudah. Jika terjumpa pepijat maka ia pastinya musuh yang perlu dibasmi agar tidak mengigit mangsa dan menyebabkan ketidakselesaan. 


Penting kita mencari jalan bagaimana untuk menghapuskan semua keturunan serangga pepijat yang menumpang dalam rumah kita. Setakat ini terdapat beberapa kaedah dan cara untuk menghapuskan mereka ini samada cara berbayar ataupun cara percuma. Kini cara berbayar mungkin pilihan anda yang mempunyai duit dan inginkan 'effective total solution'. Memang memilih kaedah berbayar anda perlu mengeluarkan sedikit kos iaitu dengan menghubungi pakar kawalan serangga ditempat anda dan pastikan ia bertauliah. Kajian penulis mendapati biasanya kos itu bergantung pada keadaan, kaedah rawatan, tempat dan sebagainya. Hubungi rakan-rakan dan jiran yang pernah mendapatkan rawatan daripada pakar kawalan serangga yang berhampiran dikawasan anda. Penulis juga dapati terdapat juga cara lain mengawal pepijat dengan melakukannya sendiri. Anda perlu mendapatkan produk atau membeli bahan kimia yang boleh menghapuskan pepijat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang dapat membantu anda menyingkirkan serangga penghisap darah ini. Jika perlu kita boleh melakukannya sendiri tetapi pastikan ia selamat. Dipasaran juga terdapat penyembur Ubat Anti Pijat dengan beberapa jenama (Sila lihat foto disebelah)Ia juga perlu sedikit kos dan bayaran tapi anda sendiri lakukan kaedah rawatan pembasmian serangga pijat dengan tangan sendiri. Pastikan bahan yang boleh anda dapatkan ini sesuai untuk kegunaan isi rumah serta tidak mengandungi toksik dan selamat digunakan. 


Terdapat petua lain secara percuma yang mungkin sesuai dibuat untuk mereka yang tinggal dikampong. Ini kerana ujud beberapa bahan-bahan yang diperlukan untuk menghalau serangga pijat ini. Petua ini tidak menjamin kawalan seperti kawalan menggunakan racun kimia tetapi anda boleh cuba. Pokok durian belanda menghasilkan buah durian belanda yang enak dan boleh merawat masaalah 'Gout'.  Lebih menarik lagi adalah bahagian kulit buah durian belanda yang didakwa mampu menjauhkan serangga pepijat ini. Kajian mendapati pepijat memang tidak suka langsung dengan kulit buah durian belanda. Kalau tempat tidur didalam bilik kita penuh dengan sarang pijat maka ambil kulit buah durian belanda dan letak ditempat sesuai. Pepijat memang anti betul dengan kulit buah durian belanda dan akan lari ketempat lain. Bukan setakat kulitnya sahaja, ranting dan daunnya juga mampu menghidari pijat dari bilik tidur jika ia diletakan dikawasan yang penuh dengan serangga pijat. Bagaimana pun terpulang kepada anda untuk memilih cara yang sesuai dengan pilihan anda. Sekian. Wasallam!

KAWAL PEPIJAT... ADA CARA...
EFEKTIF...SYARIKAT SWASTA...
BELI RACUN... KENA WASPADA...
ADA PETUA...DURIAN BELANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1407, Hotel Ipoh City,
Jalan Dass, Ipoh,
Perak, Malaysia.
(14 JamadilAkhir 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...