Support My Blog

Saturday, September 24, 2011

KESAN RACUN PEROSAK

Bagaimana racun perosak memasuki tubuh manusia? Racun Perosak adalah sajenis bahan kimia yang memberikan toksik dan merbahaya kepada manusia. Terdapat 3 cara bagaimana Racun Perosak akan memasukki tubuh manusia iaiu Melalui Kulit, Melalui Saluran Pernafasan dan Melalui Sistem Pernafasan. Kesan Racun serangga juga akan menyebabkan keracunan untuk jangkamasa pendek , sederhana dan jangkamasa panjang. Berikut adalah bagaimana racun memasukki tubuh manusia :- 


1) Melalui liang kulit
Ini boleh berlaku melalui tumpahan ke atas pakaian atau pun secara langsung ke atas kulit, menyentuh tanaman yang baru sahaja disembur, resapan semburan racun perosak ke dalam kulit atau ketika merendam pakaian, membancuh racun perosak tanpa memakai sebarang sarung tangan, atau semasa membasuh pakaian yang tercemar dengan racun perosak. Cara ini meliputi 90% daripada kaedah bagaimana racun memasukki tubuh manusia. Pastikan bahagian kulit tidak terdedah semasa kerja-kerja penyemburan racun dijalankan.


2) Melalui saluran pernafasan
Bagi kebanyakan petani yang bekerja di ladang, cara utama mereka terdedah kepada racun perosak adalah melalui kulit. Ini adalah cara yang paling biasa berlaku bagi petani yang menyembur racun perosak, atau bagi sesiapa yang berada berdekatan dengan kawasan yang baru sahaja disembur. Adalah amat penting untuk sentiasa diingati bahawa sesetengah racun perosak tidak mempunyai bau. Pastikan menutup mulut dan hidung untuk mengelakan racun memasukki tubuh melalui udara yang tersedut. Semburan titisan halus mudah disedut terutama menyembur racun serangga 'aerosol' didalam rumah untuk membunuh nyamok, lipas dan serangga lain.


3) Melalui pemakanan
Ini berlaku apabila seseorang meminum racun perosak secara tidak sengaja ataupun sebaliknya, memakan atau meminum air yang dicemari dengan racun perosak, mengambil makanan tanpa membasuh tangan dengan teliti dari racun perosak yang baru sahaja mereka gunakan. Elakkan aktiviti makan atau minum ketika menjalankan aktiviti meracun. Pastikan tangan, pakaian dan peralatan bersih dari racun sebelum memakan atau meminumnya.


Kesan Akut Racun Perosak Terhadap Kesihatan berlaku kerana semua racun perosak berpotensi untuk membahayakan kesihatan. Terdapat dua jenis cara bagaimana berlaku keracunan iaitu serta-merta dan jangka panjang. Kesan toksik akut berlaku apabila kesan keracunan dapat dirasai dengan serta merta. Nama lain bagi kesan toksik akut adalah keracunan akut. Kesan toksik kronik berlaku apabila kesan keracunan dari racun perosak tidak berlaku dengan serta merta. Kesan jangka masa panjang ini mungkin hanya berlaku sebulan atau mungkin juga bertahun-tahun selepas pendedahan terhadap racun perosak.


Sebahagian Daripada Kesan Akut termasuklah:
• Sakit Kepala Pening Kepala Loya
• Sakit Dada Muntah Ruam
• Sakit Otot Peluh Keluar Berlebihan Kekejangan Otot
• Cirit-birit
• Sukar Bernafas
• Mati
• Pandangan Kabur


Apakah yang dimaksudkan dengan “kesan akut setempat” racun Perosak ?
Kesan akut setempat merujuk kepada perubahan atau tindak balas yang berlaku pada bahagian badan tertentu apabila secara langsung telah bersentuhan atau terkena racun
perosak. Kesan akut setempat boleh digambarkan dengan rasa menyakitkan seperti kering, kemerahan dan gatal pada mata, hidung, tekak dan kulit; mata berair serta batuk.
Ataupun, ia boleh juga digambarkan melalui masalah kulit seperti kemerahan, gatal, rasa bahang/panas, ruam, melepuh dan keputihan. Simtom yang biasa dilihat akibat dari keracunan racun perosak adalah apabila kuku tangan dan kaki bertukar warna kepada hitam atau biru. Dalam keadaan yang lebih teruk kuku mungkin akan tertanggal.


Apakah yang dimaksudkan dengan “kesan akut sistemik” racun perosak ?
Kesan akut sistemik racun perosak berlaku apabila racun perosak telah memasuki tubuh dan memberikan kesan kepada keseluruhan sistem badan. Darah membawa racun perosak memasuki semua bahagian tubuh anda dan ini akan
memberikan kesan terhadap mata, jantung, paru-paru, perut, usus, hati, buah pinggang, otot, otak dan urat saraf. Simtom-simtom bagi keracunan akut sistemik racun perosak dan sepantas mana racun tersebut akan meracuni anda bergantung kepada jenis bahan, panjang tempoh pendedahan, dan tahap toksik racun tersebut.


Adakah racun perosak memberikan kesan akut ke atas kulit? YA!
Jenis racun perosak apakah yang diketahui menyebabkan masalah kulit dikalangan pekerja ladang?
Racun kulat merupakan sejenis racun perosak yang paling banyak menyebabkan masalah kulit berbanding dengan jenis-jenis racun perosak yang lain. Walau bagaimanapun, racun rumpai, racun serangga dan penyemburan juga dilaporkan turut menjadi penyebab kepada masalah kulit. Racun perosak adalah bahan toksik yang boleh diserap ke dalam badan melalui liang kulit. Kulit, dalam proses itu akan turut dirosakkan oleh bahan tersebut. Kadang-kadang, tindakbalas kulit ditunjukkan dalam bentuk alahan terhadap racun perosak atau komponen-komponen tertentu yang terdapat di dalam campuran tersebut. Kulit memberikan tindakbalas yang kuat walaupun ia didedahkan kepada bahan tersebut dalam jumlah yang sedikit.


RACUN KULAT
Benomyl
Captafol
Captan
Chlorothalonil
Copper sulfate
Dicloran (DCNA)
Dinobuton
Dinocap
Ditalimfos
Dithianon
Dyrene
Folpet
HCB
Maneb
Mancozeb
Organotins
PCNB
PCB
Sulfur
Thiophanate
Thiram
Triphenyltin
Zineb


Racun Kulat Racun Rumpai Racun Serangga Pewasap
RACUN RUMPAI
2,4-D
Alachlor
Allidochlor
Amitrole
Atrazine
Barban
Diquat
Glyphosate
MCPA
Nitralin
Paraquat
Phenmedipham
Propachlor
Pyrazon


RACUN SERANGGA
Arsenic
Cryolite
Dienochlor
Dinitrophenol
Malathion
Naled
Parathion
Pyrethrins


PEWASAP
Dazomet
Dichloropropene
Ethylene oxide
Metam sodium
Methyl bromide


Walaupun ada banyak lagi racun perosak yang tidak termasuk di dalam senarai ini, tidak bermakna ia selamat pada kulit anda. Badan kita memberikan tindakbalas yang berlainan kepada bahan-bahan ini. Sesetengah individu mungkin memberikan tindakbalas yang lebih kuat berbanding dengan individu yang lain.


By,
M Anem
(Adapted dari bengkel APEC)
Melaka
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...