Support My Blog

Monday, May 28, 2018

TANDUK RUSA - APA GUNANYA? (Part 1)

TANDUK RUSA (Keluarga Cervidae) merupakan satu produk yang dihasilkan oleh penternak rusa selain daripada untuk penghasilan daging, najis, kulit dan sebagainya. Dlm beberapa usaha menternak rusa, dinegara kita belum ada yang bertahap komersil dimana hanya ada beberapa usahawan rusa yang kurang dipromosikan. Rusa Sambar merupakan spesis rusa yang paling sering diternak dinegara kita selain daripada Rusa Import lain. Rusasambar, atau  menjangan (deer) adalah haiwan mamalia pemamah biak  (ruminan) yang termasuk keluarga Cervidae. Salah satu ciri khas rusa adalah adanya antler (tanduk rusa) dimana selalunya tanduk keluar hasil dari proses lama iaitu berlaku pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun atau aktif biasanya pada musim panas. Tanduk rusa terhasil pada terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa sebab pengecualian). Sebenarnya terdapat sekitar 34 spesies rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar iaitu Kelompok Lama iaitu Muntiacinae dan Cervinae serta kelompok rusa dunia baru iaitu Hydropotinae dan juga Odocoilinae. Dari beberapa rujukkan didapati ada beberapa jenis rusa yang perlu kita kenali iaitu Rusa Sika (Cervus nippon)Rusa Sambar (Cervus unicolor)Rusa Merah (Cervus elapus)Rusa Wapiti atau ElkRusa Fallow (Dama-Dama)Rusa Cital (Axs-Axis) dan juga Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis). Daging rusa yang juga dipanggil sebagai venision merupakan sejsni daging premium yang harganya memang mahal di Malaysia sekitar RM40 - RM50 sekilogram bergantung kepada jenis daging. Itu pun agak susah untuk mendapatkan daging rusa segar dipasaran biasa dan hanya ada beberapa outlet sahaja menjualnya. Tanduk rusa pula memang salah satu produk yang kini dijual dalam banyak kategori untuk dimenafaatkan terutama dari segi kesihatan. Bagaimana pun lebih banyak tanduk rusa yang digantung didinding rumah orang kaya dan pemburu sebagai hiasan. Artikel malam Sabtu ini say amenulis dala blog ''Anim Agro Technology'' mengenai tanduk rusa dan khasiatnya selepas melawat ladang rusa Datuk Yap di Keningau, Sabah dan mendapat buahtangan satu tanduk rusa kecil darinya untuk kenangan.


Lawatan keladang ternakan lembu tenusu, ladang nanas dan penternakan ikan tilapia dalam kolam konkrit di kebun Datuk Yap tidak lengkap kalau tidak melihat sekali ternakan rusa. Rusa yang diternak ada berpuloh ekor diberi makan rumput napier dan pelbagai makanan tambahan lain. Rusa ini diternak untuk penghasilan daging dan tanduknya. Tanduk rusa ini dipotong setiap 6 bulan atau satu tahun mengikut umur dan juga panjang tanduk. Ia akan dipotong menggunakan mesin pemotong khas dan semua tanduk-tanduk ini akan dikumpulkan untuk dijadikan hadiah kepada rakan dan taulan yang berkunjung keladang beliau. Penulis blog dapati tanduk rusa ini amat keras dan sesuai untuk dibawa pulang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun dakwanya tanduk rusa segar yang dihasilkan ini amat berkhasiat dan ada penduduk tempatan yang datang untuk membelinya bagi kegunaan kesihatan. Tanduk rusa ini sebenarnya berharga sama ada untuk kegunaan kraftangan atau pun sebagai makanan kesihatan. Menurut pemilik rusa ini jika ada tanduk rusa yang patah dan jatuh diatas tanah pun nanti rusa lain akan memakannya. Ini menunjukkan tanduk rusa pada pemerhatiannya memang mempunyai kehebatannya yang tersendiri. 


Rusa memang telah terkenal akan bahagian tanduknya berbanding dengan tanduk daripada haiwan lain. Sebenarnya mungkin pernahkah kalian menyentuh binatang bertanduk?. Jika pembaca pernah melakukannya sudah pasti ia perkara sangat kagum sebab lazimnya bahagaian tanduk haiwan hanya muncul dari binatang berbulu serta berkulit lembut tetapi tanduknya ternyata keras seperti batu. Kita juga boleh membandingkan tanduk dengan kuku. Kuku keras yang keluar dari kulit jari kaki dan tangan biasanya untuk pelbagai kegunaan haiwan tersebut. Sebenarnya pertumbuhan tanduk binatang mirip dengan pertumbuhan kuku cuma ia lebih tebal, lebih keras, dan lebih besar. Ketika proses pertumbuhan lazimnya tanduk tertutup oleh lapisan kulit. Semasa tanduk tumbuh sempurna maka uratnya terputus sehingga tidak dapat lagi memberi rasa pada lapisan kulit tersebut. Pada masa ini juga lazimnya rusa menggaru-garu kulitnya dengan menggosokkan hujung tanduknya pada benda keras sehingga struktur tulang mucul. Setelah berumur enam tahun biasanya tanduk boleh tumbuh sempurna. Setelah itu akhirnya bahagian tanduk rusa akan perlahan-lahan rosak jika tidak dipotong. Panjang, bentuk dan jumlah cabang tanduk rusa berbeda-beda antara satu dengan yang lain (Sila lihat foto disebelah)Timbul persoalan kenapa haiwan rusa memiliki tanduk disebabkan ia adalah sejenis senjata untuk dari serangan musuh. Kadang-kadang hanya melihat tanduknya sahaja maka seekor pemangsa akan meninggalkan rusa seorang diri. Bila ada tanduk dibahagian kepala maka mereka dapat melindungi diri dan kawan-kawannya. Selain bermanfaat bagi rusa itu sendiri, ternyata ada manfaat lain yang dapat kita ambil yaitu sebagai obat alternatif. tanduk rusa dikenal berfungsi untuk tujusn menghangatkan dan memperkuat tubuh, menambah darah, dan daya pikir, memperkuat otot dan tulang, serta didakwa menghilangkan keletihan. Tanduk rusa boleh rawat pening kepala, gangguan pendengaran, mata rabun, tulang sakit, masaalah ejakulasi awal, mengatasi kencing batu dan kudis serta memperkuat kandungan bayi.


Dalam pengubatan tradisional penulis blog ada merujuk beberapa perkara mengenai kegunaan tanduk rusa. Ada juga dilaporkan dimana selain daging rusa, bahagian lain yang ada dimenafaatkan seperti ekor, darah, janin, dan alat kelamin rusa jantan juga sering dimanfaatkan. Dalam perubatan China pula tanduk rusa ini dipanggil sebagai 'Lu Yung' yang menjadi bahan perubatan tradisional.  Ini kerana dalam ilmu perubatan tradisional China (Traditional Chinese Medicine) didakwa kandungan yang terdapat dalam tanduk rusa dapat menjadi tonik bertenaga yang menghangatkan dan membuat jantung serta sistem pembuluh darah menjadi sihat. Para pakar TCM seringkali menggunakan tanduk rusa untuk meningkatkan jumlah darah dan khususnya dalam menangani kes-kes anemia yang timbul selepas kemoterapi. Disebabkan oleh pertumbuhan tanduk rusa yang cepat maka bahan ia juga dipercayai dapat meningkatkan pertumbuhan sel darah merah Monoacetyldiglycerides yang merupakan komponen yang terdapat dalam tanduk. Peranan ini amat ditakini oleh saintis berkait dengan merangsang pada sumsum tulang dan sel-sel darah merah. Dalam kajian lanjut dilaporkan bahawa suplemen tanduk rusa membuktikan kemampuannya dalam meningkatkan kekuatan otot jantung, menstabilkan rythm jantug dan mengatur tekanan darah. Tanduk rusa ternyata juga dapat digunakan untuk menjadi salah satu alternatif dalam mengatasi Osteoporosis (pereputan tulang). Mungkin ini akibat kandungan glucosamine, chondroitin, dan kolagen yang begitu tinggi. Sila baca artikel mengenai kegunaan tanduk rusa dalam anim agro technoloy Part 1 da Part 2. Wasallam!!!...
BANYAK CABANG... ITU TANDUK RUSA...
PELBAGAI SPESIS... IANYA ADA HARGA...
TANDUK SEGAR... BOLEH DIUJI RASA...
BANYAK KHASIAT... ARTIKEL DIBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Bandar Baru UDA, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Ramadan 1439H).

Sunday, May 27, 2018

KUMBANG ANCAM TANAMAN SAWIT

TANAMAN KELAPA SAWIT (Eleais guineensis) merupakan tanaman terpenting di Malaysia yang menyumbang hasil terpenting kepada KDNK dalam sektor pertanian. Terdapat seluas lebih dari 5 juta hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia dengan sektor perladangan dan pekebun kecil bersama-sama dalam penanaman ini. Teknologi penanaman kelapa sawit di negara kita telah mencapai status terbaik dengan sistem amalan agronomi yang mampu menghasilkan buah yang tinggi dan minyak CPO yang berkualiti. Apa pun penyelidikan tentang tanaman sawit diteruskan oleh pelbagai pihak sama ada oleh MPOB, universiti dan pihak swasta untuk mempastikan tanaman kelapa sawit terus dominan didalam industri pertanian negara. Apa pun tanaman ini masih menghadapi banyak masaalah seperti serangan serangga perosak dan penyakit. Salah satu daripada perosak tanaman ini adalah serangan serangga kumbang yang mampu memgancam tanaman sawit. Kumbang yang dimaksudkan adalah perosak KUMBANG BADAK (Oryctes rhinoceros) dan beberapa jenis kumbang lain yang didapati diladang sawit. Kumbang Badak atau dipanggil sebagai Rhinocerous beetle ini mampu merosakkan kelapa sawit dibabarapa peringkat dimana ia menjadi serangan kritikal. Artikel malam ini sambil meninton TV9 perlawanan Liga Super Bolasepak diantara Melaka dengan Negeri Sembilan saya menulis dalam "Anim Agro Technology'' mengenai kumbang badak yang mengancam tanaman kelapa sawit dikawasan Felda.

Penulis blog dapat melawat tanaman sawit yang rosak akibat serangan kumbang di Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan dalam siri lawatan pemantauan kebeberapa projek TKPM dikawasan berhampiran.  Penulis juga disambut oleh peneroka di Blok 8, Felda Lui Muda dekat sini yang mendakwa mereka telah pun menanggung kerugian berikutan pokok sawit seluas 46 hektar yang ditanam itu kini diancam kumbang perosak yang telah menyerang tanaman mereka sejak pertengahan tahun lalu. Sebagai bukti penulis dapati terdapat begitu banyak larva kumbang dipercayai jenis kumbang badak (Oryctes rhinoceros) yang dikenal pasti antara serangga perosak yang menyerang pokok sawit muda dengan mengorek bahagian pucuk untuk menghisap manisan di dalamnya hingga ke umbut. Seorang peneroka Encik Hamidun yang berusia 60 tahun menyatakan dimana banyak pokok sawitnya menjadi layu dan telah terbantut pertumbuhannya berikutan serangan kumbang berkenaan (Sila lihat foto disebelah)Setiap kali mendekati anak pokok kelapa sawit ini beliau dapati banyak larva kumbang ini yang menyerang.  Dia telah maklumkan kepada pihak Felda beberapa kali mengenai ancaman kumbang berkenaan dan setakat ini, mereka telah meracun untuk membinasakan serangga itu. Berdasarkan kajian am yang telah dijalankan mendapati, masalah serangan oleh kumbang badak semakin serius kerana serangan ini boleh menyebabkan bahagian pucuk pokok muda mati dan membantutkan pembesarannya.

Dalam pada itu serangan kumbang yang juga dikenali sebagai kumbang tanduk atau kumbang kelapa itu bukan saja boleh menyebabkan kematian pokok tetapi jika pokok itu masih hidup ia akan kekurangan hasil sehingga 25 peratus. Walau pun pekebun sudah meracun beberapa pam biasa yang digunakan tetapi ianya tidak lagi meninggalkan kesan kepada serangan kumbang tersebut. Mereka berharap yang pegawai Felda dan agensi berkaitan dapat datang melihat ke kawasan ini dan membantu mereka yang terpaksa terus menanggung kerugian akibat kerosakan ini. Dalam pada itu pekebun lain dikenali dengan nama Encik Baharin berusia 51 tahun pula ada juga memberitahu dimana pokok sawit itu baru ditanam tahun lalu bagi projek penanaman semula. Mereka menjangkakan ia akan mengeluarkan hasil pada tahun hadapan dan kalau masalah ini tidak diatasi segera maka sush bagi mereka. Telah dilakukan pelbagai kaedah dan cara diguna penanam dan pengusaha ladang sawit untuk menghapuskan koloni kumbang badak seperti menggunakan perangkap feromon, tanaman pokok kekacang dan semburan racun serangga dengan perawis aktif Carbofuran dan Cypermethrin. Apa pun didapati kaedah itu kurang berkesan untuk mengawal kitaran hidup kumbang badak. Aktiviti tanam semula dengan kaedah penebangan pokok yang kemudian batang diracik, dikumpul dan dibiar reput di situ menggalakkan kumbang badak membiak dengan hebat. Apa yang lebih malang lagi dimana kaedah semburan racun serangga memang mampu membunuh kumbang tanduk dengan baik akan  tetapi semburan yang sama turut memudaratkan kumbang pendebungaan sawit dan serangga lain yang diperlukan untuk proses penghasilan buah sawit.

Ditinjau lanjut sebenarnya pihak Felda ada memasang perangkap basmi kumbang secara selektif. Mereka juga telah menunjukkan larva kumbang badak (Oryctes rhinoceros) yang telah pun menyerang tanaman sawit sehingga merosakkan tanaman itu di Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan. (Sila lihat foto disebelah)Pengurusan Felda telah pun mengambil beberapa tindakan bagi membasmi kumbang perosak yang mengancam tanaman kelapa sawit seluas 46 hektar di Felda Lui Muda selapsa laporan dibuat oleh peneroka. Diantara tindakan yang diambil ialah kawalan dengan menggunakan bahan kimia dan agen biologi serta memasang perangkap Feromon.  Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias En Izham berkata, sekiranya masalah itu masih berlarutan maka pihaknya akan menggunakan kaedah mengutip kumbang bagi mengatasi masalah tersebut. Felda memandang serius rungutan para peneroka berkenaan dan berharap mereka tidak risau dan panik kerana langkah tersebut sudah pun dimulakan sejak Jun tahun lalu. Pihak pengurusan sedia maklum mengenai masalah ini dan Felda telah pun mengambil beberapa langkah yang diharap dapat mengawal serangga perosak itu daripada terus merosakkan tanaman sawit di situ. Felda mengakui kumbang perosak itu masih ada walaupun usaha membasminya telah dilakukan, namun jumlahnya semakin berkurangan sejak kaedah kawalan dijalankan.

Pihak Felda juga dapati terdapat begitu banyak larva kumbang dipercayai jenis kumbang badak (Oryctes rhinoceros) yang dikenal pasti antara serangga perosak yang menyerang pokok sawit muda dengan mengorek bahagian tajak untuk menghisap manisan di dalamnya hingga ke umbut. Kini Felda telah menggunakan racun jenis ‘Ory-X’ yang disembur pada cebisan batang sawit. Ia adalah jenis racun ‘cypermethrin dan ‘blocus’ pula disembur pada pucuk pokok. Akibat serangan kumbang boleh menyebabkan kekurangan hasil sehingga 25 peratus. Lazimnya serangan haiwan perosak ini berlaku pada tahun pertama sahaja. Keadaan akan pulih dan hasil akan keluar seperti biasa setelah memasuki tahun kedua. Dalam pada itu penulis blog merujuk laporan akhbar bertajuk ''Racun serangga bahan semula jadi'' oleh En Hanapi Sainon (Sila lihat foto paling bawah). Beliau menunjukkan racun serangga keluaran Imaspro Resources iaitu syarikat pengeluar bahan kimia pertanian yang memperkenalkan racun serangga yang menggunakan bahan semula jadi pertama di dunia yang dikenali sebagai Envo-Cyper. Racun serangga yang berasaskan air itu berupaya untuk mengawal kumbang tanduk khususnya di kawasan perladangan kelapa sawit. Pengurus Kanan Imaspro Resources ada menyatakan Envo-Cyper yang menggunakan formulasi bahan mesra alam adalah lebih selamat digunakan pekerja ladang. Antara kelebihan produk ini ialah ia digabungkan dengan formulasi bahan lengai berasas minyak sawit yang dapat mengawal atau mengurangkan keradangan mata dan kulit. Produk ini juga dapat mengawal serangga perosak yang terdapat pada tanaman hortikultur lain dimana produk tersebut terdiri daripada butiran cypermethrin yang dicampur dengan air dan ia bebas daripada bahan larut berasaskan petroleum mudah meruap. Cara penggunaan racun serangga Envo-Cyper juga lebih mudah berbanding produk saingannya.  Produk ini bertindak secara sentuhan dengan kawalan yang meluas dan formulasinya yang berasaskan sumber boleh diperbaharui tidak akan terpengaruh oleh harga minyak mentah dunia. Syarikat  Imaspro sentiasa mengutamakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan sekali gus bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi penghasilan produk ini. Semuga anda mendapat info berguna membaca artikel dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KUMBANG TANDUK... IA MERBAHAYA...
MENGOREK BATANG.. POKOK MUDA...
RACUN CYPERMETRIN...KAWALNYA...
PRODUK ENVO-CYPER...BOLEH GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(11 Ramadan 1439H).

Saturday, May 26, 2018

SERANGAN RUMPAI SALVINIA DI SABAH

RUMPAI TERAPONG GERGASI SALVINIA (Salvinia molesta) merupakan ancaman terbaru yang sedang dikawal di Malaysia khususnya di Sabah. Rumpai dari keluarga Salviniaceae ini merupakan rumpai yang terapong diatas permukaan air terutama air tawar dan kini dilaporkan telah muda dijumpai dikawasan air payau dan air masin juga. Terdapat banyak spesis rimpai Giant Salvinia ini daijumpai aiaitu dikenalpati sebagai Salvinia auriculata, Salvinia biloba, Salvinia cucullata, Salvinia hastata, Salvinia herzogii, Salvinia minima, Salvinia molesta, Salvinia natans, Salvinia nymphellula, Salvinia oblongifolia, Salvinia radula dan juga Salvinia sprucei. Nama Salvinia ini pula diberikan kepada seorang saintis bernama Anton Maria Salvini pada kurun ke 17 dahulu iaitu berbangsa Itali. Kemudian pada tahun 1754 dikenalpasti sebnayak 12 spesis terdapat dimana sebaahagiannya adalah jenis hibrid. Rumpai iin dikaitkan juga dengan jenis pakupakis (ferns) termasuk kuga tumbuhan jenis Azolla yang terapong pada permukaan air walau pun gebusny adalah berbeza. Salvinia sama seperti fern yang lain akan menghasilkan spora berbagai saiz yang juga bersifat Heterosporous. Sifat pertumbuhan beberapa spesis yang sangat agressif dipermukaan air di tasik, perparitan, sungai, lopak dan sistem saliran dilapor telah menyebabkan gangguan habitan semulajadi seperti tersumbat (choked), kehidupan haiwan akuatik, perubahan kualiti air dan sebagainya. Dari segi taburan pula ia telah dilaporkan berada dikawasan beriklim tropika seperti di Amerika Utara, Mexico, Hindia Barat, Amerika Selatan, Euroasia, Amerika Tengah, Afrika, Madagascar dan juga Borneo Selatan. Beberapa tahun dahulu rumpai Salvinia hanya dikesan dibeberapa daerah di Sabah tetapi terkini dengan menggunakan teknologi satelit dilaporkan ia telah dijumpai hampir diseluruh negeri Sabah kecuali dibeberapa kawasan pendalaman. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai rumpai berbahaya yang perlu dikawal kerana ia mengancam ekosistem terutama dalam bidang pertanian. Kebanyakan info hasil dari pembacaan penulis dan pembentangan kertas oleh Jabatan Pertanian Sabah dan massmedia berkaitan. 


Dalam mengenali rumpai ini, pakar di Jabatan Pertanian Sabah telah kenalpasti dimana pertumbuhannya mempunyai 3 fasa iaitu Fasa Pertama, Fasa Kedua dan Fasa ke 3 seperti foto yang diatas. Pada fasa pertama rumpai ini mempunyai daun berwarna hijau dan bersaiz kecil dengan berukuran 0.5 - 10 mm sahaja. Kemudian daun yang berwarna hijau ini pada fas kedua aakan membesar sehingga ia berukuran kurang 10 mm dengan bentuk yang mula melengkong. Akhirnya pada fasa ke 3 tumbuhan ini akan daun yang berlapis-lapis dengan warna hijau keperangan dan ukuran sekitar lebih 20 mm dengan tumbunya yang menegak. Kawasan infestasi paling teruk dari penelitian Jabatan Pertanian Sabah adalah sekitar Kinabatangan dengan keluasan terjejas seluas 14.56 hektar elibatkan 12 lokasi diikuti dengan beberapa lokasi lain seperti di Beaufort/Menumbuk (15 lokasi/3.35 hektar), Papar (6 lokasi/6.45 ha), Sandakan (5 lokasi/2.8 ha), Tongod (5 lokasi/5.2 ha) dan 10 lokasi lain seluruh Sabah (Sumber: Laporan ststu infestasi rumpai Salvinia di Sabah, Jabatan Pertanian Sabah 2018). Tumbuhan kecil yang sangat cepat membiak ini mempunyai sistem akar menjalar (cerrping stems), bercabang serta mempunyai keupayaan terapong dan mudah bergelak mengikut aliran arus air. Antara agen pembiakan rumpai ini dikenapasti adalan manusia sendiri (mereka menjual rumpai ini untuk kegunaan akuarium ikan), kerbau, buaya, aliran arus air dan beberapa lagi.



Selain ia terdapat didalam kawasan permukaan air biasa terkini rumpai ini sudah dikesan dikawasan sawah padi di Kg Kasapan, Kota Belud. Keujudan rumpai ini dikawasan sawah padi pastinya menjadi ancaman kepada pesawah untuk mengawalnya kerana ia mampu menyerap baja, mengambil ruang serta kos untuk mengawalnya juga tinggi. Kehadiran rumpai ini disawah padi didapati mengurangkan produktiviti padi dikawasan sawah. Beberapa kawasan tasik dilaporkan sudah dipenohi dengan rumpai ini sehinggakan ia tidak kelihatan seperti permukaan tasik sebaliknya semuanya berwarna hijau seperti daratan sahaja (Sila lihat foto disebelah). Ini seerusnya aakan juga
menyebabkan kualiti air didalam lopak atau tasik ini akan menjadi rendah kualiti dimana kandungan oksijan didalam air menjadi rendah. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hidpan seperti ikan yang tidak cukup oksijan dan belakan makanan didalam air. Ikan-ikan dilaporkan menjadi semakin berkurangan akibat keujudan rumput salvinia dipermukaan air dengan teruk. Hidupan akuatik lain seperti biawak, buaya, udang, ikan, memerang, ular dan sebagainya telah dilaporkan berkurangan dan terjejas apabila rumpai ini telah infestasi dikawasan seperti ini.


Jabatan Pertanian Sabah kini berjaya mengenalpasti satu kaedah untuk mengawal infestasi rupai Salvinia  ini dengan mencari kumbang yang memakan rumpai ini. Pasukan petugas khas telah ditubuhkan dan mencari kumbang ini diseluruh negara mencari agen biologi mengawal rumpai Salvinia molesta dan dimana mereka akhirnya hanya menjumpai kumbang ini berada di Empangan Tasik Durian Tunggal, Melaka. Usaha eran dilakukan dan beberapa ratus ekor dan dikutip dan dibiakkan di Sabah. Memang mencari kumbang biologi yang dikenali dengan nama Crytobagous salvinae ini amat mencabar kerana pasukan ini memeriksa kawasan luas untuk mengutipnya (Sila lihat foto disebelah). Pasukan khas ini telah membuat kajian mengenai marfologi, marfologi, epidermiologi, ekologi, kaedah kawalan, pemuliharaaan dan juga pembiakan kumbang ini secara sistematik. Kajian ini melibatkan 5 orang saintis dengan memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tingii sebelum ianya dikenalpasti sebagai salah satu kaedah kawalan biologi yang mampu mengatasi masaalah ini. Walau pun hasil penggunaan kumbang yang memakan daun rumpai salvinia ini masih dalam kajian tetapi ia setidak-tidaknya mampu untuk mengurangkan kadar perebakkan rumpai yang menyerang kawasan perairan di Sabah. Sebagai tumuan awal bagaimana rumpai ini dikelaskan sebagai merbahaya dilaporkan bilangan hari yang diperlukan oleh rumpai salvini a ini memerhi ruang 1 meter pesegi hanya mengambil masa 60 hari sahaja. Bilangan hari yang diambil untuk peringkat primary kepada peringkat secondary adalah 60 hari sahaja. Peringkat pertumbuhan secondary akan berlaku sebaik sahaja keseluruhan permukaan air ditutup atau dipenohi rumpai ini. Bilangan hari yang diperlukan untuk memenuhi 1 meter persegi (1m3) dengan Salvinia peringkat tertiary adalah hanya 100 hari sahaja. Kini Jabatan Pertanian Sabah telah bekerjasma dengan banyak pihak termasuk NGO, laporan Media dan organisasi tempatan untuk melakukan kawalan dan kempen kesedaran mengenai infestasi dan kawalan rumpai ini. Beberapa aktiviti menjual rumpai ini dijaja juga dibuat kawalan agar ia tidak terus membiak. Semuga laporan dalam artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology semua Termakasih kepada Pn Hjh Julia yang berkongsi maklumat untuk saya menulis artikel ini. Wasallam!!!..
RUMPAI MERBAHAYA... NAMA SALVINIA...
CEPAT MEMBIAK... DISABAH IA BERADA...
KUMBANG KECIL... DIKENALPASTI UPAYA...
KAWAL SEGERA.... KESEDARAN BERMULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(6 Ramadan 1439H).

Friday, May 25, 2018

KARBID - PENGALAK BUNGA NANAS

PRODUK KARBID merupakan sejenis bahan yang sesuai dan efektif digunakan untuk pembungaan nanas keluarga Queen seperti nanas Yankee, Nanas Sarawak dan nanas Golden Diamond. Penulis blog mendapati bahan penggalak pembungaan pokok nanas di Kebun Nanas Golden Diamond di Kg Bambangan, Keningau, Sabah digunakan dengan cara meluas. Kebun nanas seluas 25 hektar ini dipunyai oleh pekebun Datuk Yap yang menanamnya semanjak 3 tahun lepas. Karbid jenama ''CAP NANAS" ini dibungkus dengan bungkusan beg plastik putih sesuai digunakan dengan tanaman nanas terutama untuk kumpulan nanas Queen yang agak kurang berkesan dengan menggunakan bahan penggalak seperti, Pil ANAA, Ethrel atau Etephon. Daripada tinjauan penulis blog dikebun nanas ini, terdapat banyak bungkusan karbide ini dimerata lokasi yang terbiar selepas digunakan (Sila lihat foto diatas). Pada label jelas ditulis dimana karbide ini sangat sesuai digunakan untuk induksi pembungaan Nanas (Ananas comosus) dan agen 'ripening' bagi tanaman dan hasil buah-buahan seperti Pisang (Musa spp)Mangga (Mangifera indica), Betik (Carica papaya), Ciku (Manikara sapota), Cempedak (Artocarpus cempeden) dan beberapa jenis buah-buahan lain. Penelitian penulis lagi pada label ditulis sebagai ''Fruit Ripening Hormone'' dalam bahasa Inggeris dan juga dalam bahasa Malaysia sebagai ''Agen Homogenasi Permatangan Buah-buahan (Gred Khas)''. Bahan kardide ini didakwa pekebun mudah dibeli daripada kedai pertanian dengan harga yang berpatutan. Artikel malam Sabtu ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai produk bahan Karbide sebagai satu bahan kimia penggalak proses untuk pembungaan nanas untuk dijaikan bahan rujukkan.


Satu kampit bahan agen homogenisasi permatangan buah-buahan ini adalah sebanyak 1 kg sebungkus (Sila lihat foto disebelah). Ia mudah dibawa kerana ringan dan plastik pembungkus adalah dari jenis tebal yang sesuai bagi mengelakkan daripada kebocoran dimana ia akan boleh merosakkan karbide tersebut jika bocor. Produk ini yang dikeluarkan oleh MCB Industries Sdn Bhd (133836K) yang beralamat di 765M, Butterworth-Ipoh Main Trunk Road, PO Box 2, 34007, Taiping , Perak, Malaysia ddimana ia ada diedarkan keseluruh negara. Capaian dilamanweb syarikat pengeluar adalah melalui email infomalaysiacarbide.com. Produk Cap nanas ini penulis blog dapati mudah dikenali kerana ada ditulis dalam bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris tetapi tiada tulisan jawi sepertimana produk yang sama dipasaran. Daripada rujukkan mendapati syarikat pengeluar bahan karbid ini merupakan diantara syarikat yang menghasilkan bahan karbid untuk kegunaan pertanian terutama didalam engeluarkan Acetylene didalam proses penyeragaman penghasilan buah-buahaan terutama jenis nanas Sarawak. Bahan Karbid Cap Nanas sebaiknya dibeli dan mesti disimpan didalam tempat selamat untuk mengelakkan daripada kerosakan dan dicuri orang lain untuk pelbagai tujuan lain. KArbide digunakan sebagai bahan untuk lampu suluh, bahan untuk letupkan meriam buruh dan juga agen penguningan dan kemasakan buah-buahan tempatan.


Penulis blog merujuk kepada lamanweb dimana dinyatakan bahawa Kalsium karbid merupakan satu sebatian kimia dengan formula kimia CaC2. Bahan ini adalah tidak berwarna dalam keadaan tulen tetapi kebanyakan sampel kelihatan berwarna hitam sehinggalah ada flam bentuk ketulan putih kekelabuan. Warna karbid ini penulis blog dapati bergantung kepada grednya. Kegunaan utama di dalam industri adalah bagi penghasilan gas asetilena. Gas ini akan menyebabkan tanaman yang sudah matang akan berbunga dan buah-buahan yang dituai akan cepat masak didalam simpanan yang dibubuh karbid. Bahan karbid sering digunakan sebagai agen kemasakan buah (ripening agent) yang sangat berkesan seperti untuk buah pisang. Sebenarnya Kalsium karbid dihasilkan secara industri dengan menggunakan relau arka elektrik yang mana ia akan dimuatkan dengan campuran Batu Kapur dan juga  Arang Batu (kok) pada suhu lebih kurang 2,000 °C. Kaedah ini tidak berubah sejak pengenalannya pada tahun 1888 ladgi dengan formula karbid adalah CaO + 3C → CaC2 + CO. Lazimnya pada suhu tinggi diperlukan bagi tindak balas ini secara praktikalnya adalah mustahil dicapai jika kaedah menggunakan kaedah pembakaran tradisional maka tindak balas dilakukan pada relau arka elektrik dengan elektrik grafit. 


Hasil proses membuat karbid secara amnya mengandungi lebih kurang 80% kalsium karbid dari segi beratnya. Karbid tersebut kemudiannya dihancurkan bagi tujuan untuk menghasilkan ketulan kecil daripada sebesar beberapa milimeter sehingga 50 mm. Jika ada bendasing yang terkandung biasanya ia lebih tertumpu kepada pecahan yang lebih halus. Kandungan CaC2 di dalam hasil dianggarkan dengan mengukur jumlah asetilena yang dihasilkan melalui proses hidrolisis. Sebagai contoh prnulisblog merujuk kepada cara piawaian British dan Jerman bagi kandungan pecahan yang lebih kasar ialah masing-masing sejumlah 295 L/kg dan 300 L/kg. Bendasing yang bisanya terkandung di dalam karbide termasuklah fosfide yang menghasilkan fosfina jika ianya dihidrolisiskan.  Tindak balas ini merupakan bahagian penting semasa revolusi perindustrian dalam bidang kimia. Di USA kinikarbide adalah hasil daripada proses penjanaan hidrolektrik yang murah hasil daripada Empangan Air terjun Niagara sebelum abad ke-20. Kaedah penghasilan yang menggunakan relau arka elektrik ditemui secara berasingan  hanya tahun 1888 dan 189. Lazimnya Kalsium karbide sering digunakan bagi beberapa tujuan. Pertama dalam proses penghasilan produk Asetilena iaitu melalui hasil tindak balas kalsium karbida dengan air iaituCaC2 + 2H2O → C2H2 + Ca(OH)2. Kedua ia digunkan untuk menghasilkan Kalsium cyanimide iaitu melalui hasil tindak balas dengan nitrogen pada suhu tinggi iaituCaC2 + N2 → CaCN2 + C. Ketiga adalah ia digunakan dalam menghasilkan bahan keluli terutamanya bagi penyingkiran sulfur yang terkandung di dalam bijih besi. Kegunaan ke 3 adalah untuk digunakan dalam lampu Karbide seperti yang digunakan pada model-model kereta terawal serta semasa melombong (kecuali di lombong arang batu kerana kehadiran gas-gas mudah terbakar yang berbahaya) tetapi kini telah digantikan dengan lampu elektrik. Sementara itu kegunaan lain merupakan sebagai salah satu sumber gas asetilena untuk menjadikan buah-buahan cepat masak (serupa dengan etilena) dan terakhir sebelum penulis lupa karbide digunakan sebagai  bahan api bagi meriam buluh.


Diladang nanas ia dipilih oleh penanam nanas untuk menbolehkan tanaman nanas yang matang berbunga dimana ia seterusnya berbuah serentak. Daripada tinjauan penulis blog ramai pekebun nanas yang menanam nanas jenis Cayene seperti Nanas Sarawak, Nanas Yankee, Nanas Golden Dimond dan beberapa lagi (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan karbide cap nanas mudah digunakan dengan meletakkan hablur karbid tersebut kecelah pokok nanas dicampur dengan bahan lain sesuai agar bahan acetylene ini masuk ditengah pkok nanas. Lazimnya pokok nanas ini akan mengeluarkan bunga dan seterusnya menghasilkan buah nanas dengan msa hampir serentak. Kaedah meletakkan bahan karbide ini akan memudahkan perancangan adual penuaian hasil nanas dan seterusnya memudahkan perancangan jadual jualan hasi nanas. Semuga tulisan kali ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Wasallam!!!...
BAHAN KARBIDE... CA NANAS DIA...
ADA DIJUAL.. SATU KG BERATNYA...
DIKEBUN NANAS...MUDAH DIGUNA...
BERBUH SERENTAK... MUDH JUALNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 905, Hotel Juta,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(28 Syaaban 1439H).

Thursday, May 24, 2018

NAPIER - TEKNOLOGI DI KENINGAU

RUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) merupakan tanaman rumpu yang sering digunakan untuk makanan ruminan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Penulis blog berkesempatan meinjau sebuah ladang tenusu terbesar di Sabah iaitu Evergreen Sdn Bhd di Kg Bomboi, Keningau dengan jumlah 5,000 ekor lembu tenusu dan pengeluaran susu segar melebi 3 juta liter setahun. Makanan utama untuk lembu tenusu jenis Freshian-Sahiwal ini adalah rumput segar napier yang ditanam diladang yang luasnya melebihi 100 hektar ini. Jenis napier yang digunakan adalah diimport iaitu mudah dikendalikan amalan agronominya dan hasil yang amat tinggi. Pemilik ladang tenusu dengan jenama susu segar iaitu "ECO-YAP" ini menerima kunjungan rrombongan penulis blog dan memberikan taklimat diladang. Dakwanya hanya memberikan rumput napier segar yang berkualiti maka lembu tenusu akan menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti serta konsistent. RUMPUT NAPIER atau juga dalam bahasa lain dipanggil 'Napier Grass' atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang ditanam untuk makanan ternakan. Jenis tanaman rumput juga merupakan tumbuhan yang berperanan dalam mempastikan bahawa tanah dan air dikawasan tanaman dapat tumbuhan optimakan penggunaanya disamping dapat membantu untuk membantu mencegah hakisan pada tanah. Rumput yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lemgu, kambing dan sebagainnya. Rumput Napier atau rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam. Walau pun sebelum ini penanaman rumput napier hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk tujuan memberikan bahan makanan ternakan mereka tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada penternak. Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan dan diproses menjadi produk lain seperti silaj dan hay. Tanaman rumput sesuai digunakan dalam usaha memelihara kestabilan tanah daengan cara mencegah daripada hakisan teruk. Ini adalah disebabkan rumput jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu meliputi tanah dengan kadar rapat dan tebal. Selain itu tumbuhan rumput yang ditanam menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Selain itu pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah. Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh dilakukan secara monoculture ataupun interculture dengan tanaman lain untuk dapatkan manfaat secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap hakisan tanah, maka pembudidayaan rumput gajah dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai penanaman rumput napier di ladang Datuk Yap di Keningau, Sabah untuk tujuan makanan ternakan khususnya lembu tenusu.


Penanaman rumput napir diladang tenusu ini merupakan keperluan asas didalam usaha menternak lembu tenusu. Rumput Napier yang segar perlu ditanam mengikut jadual penanaman dan penuaian agar diberikan kepada lembu tenusu setiap hari. Menurut Datuk Yap, aktiviti paling utama untuk rumput diladangnya adalah proses pembajaan iaitu dengan menggunakan baja kompos tinja lembu yang telah diproses. Semua kawasan tanah tanaman napier telah dipotong agar bercerun memudahkan proses pembajaan. Ada dua kaedah pembajaan selepas rumput dipotong iaitu dengan mengalirkan air baja kumbahan lembu tenusu terus kekawasan tanaman napier dan juga menabur baja kompos pepejal dipangkal rumput napier. Kesuburan tanah sering diperiksa oleh pemilik ladang secara berkala (Sila lihat foto disebelah). Dengan kaedah pembajaan yang baik ini membolehkan rumput napier disini cepat membesar dan subur selain daripada kedudukan ladang dikawasan tanah tinggi melebihi 250 meter dari paras laut. Penuaian rumput napier disini dilakukan setiap 30 hari sahaja berbanding dengan rumput napier dikawasan lain memerlukan masa selama 46 hari satu pusingan. Pembajaan baja organik yang banyak membolehkan walau pun kawasan penanaman napier disini tidak begitu luas tetapi jumlahnya mencukupi untuk memberi makan kepada 5,000 ekor lembu tenusu diladang ini. 



Rumput Gajah (Pennisctum purpureum) ini atau disebut juga rumput napier merupakan salah satu jenis tumbuhan hijau yang kini dijadikan makanan ternakan yang berkualiti dan disukai oleh haiwan ruminan seperti Lembu dan kambing. Rumput ini dilaporkan didapati amat sesuai untuk tumbuh dalam pelbagai tempat iaitu daripada kawasan ketinggian paras tanah 0 - 3,000 kaki dari paras laut dengan kawasan yang terbuka dibawah sinaran cahaya matahari sepenuhnya. Ia adalah tumbuhan rumput yang tidak perlukan lindungan dan memberi kesan baik terhadap pembajaan serta akan tumbuh cepat diatas tanah yang subur. Rumput yang telah cukup umur akan dipotong dan diberikan terus kepada ternakan atau diproses menjadi silaj atay hay. Penelitian penulis di kebun ini mendapati memang banyak baja kompos diletakkan diatas tanah rumput napier ini (Sila lihat foto disebelah). Ramai dikalangan ahli penternak lembu terutamanya yang menanam rumput jenis ini secara kecil-kecilan di kawasan kandang atau berjauhan menanam rumput ini untuk dijadikan sumber makanan yang penting. Rumput napier ini tumbuh merumpun dengan sistem perakaran dari jenis akar serabut yang padat dan mampu untuk terus menghasilkan banyak anak (tillering) apabila ianya dipangkas dengan cara teratur. Morfologi rumput napier adalah ia merupakan rumput yang tumbuh merimbun dimana ia dapat mencapai tinggi lebih dari 2 meter dan ia juga akan berperanan sebagai penghalang ancaman angin (wind breaker) kepada tanaman utama dikawasan kebun. Ia juga amat cekap didalam satu cara untuk mengawal hakisan tanah dikawasan kebun yang ditanam dengan rumput napier. Walau pun kini rumput ini ditumpukan kepada penanaman untuk makanan ternakan tidak seperti rumput vertiver yang ditanam. Rumput vertiver kini banyak ditanam dikawasan tebing jalanraya dan lebuhraya.

Penulis blog dapati sistem tanaman rumput napier ini, jadual penuaian dimana ia terus diedarkan dikandang lembu tenusu amat cekap dan mesra alam sekitar. Cara beliau uruskan jadual penanaman dan penuaian memang moden dimana rumput yang dihasilkan tidak pernah putus. Selalunya selepas pemotongan terakhir dijalankan maka tanah diantara barisan dirotor semula untuk penanaman baru atau hanya gunakan pokok ratoon sahaja dan dilakukan pembajaan. Bagi tanaman baru diplot lain lazimnya pekerja ladang akan membuat lubang tanaman baru untuk benih baru. Ianya adalah bertujuan tujuan mempastikan rumput napier akan dijaga kesinambungan stok tuaian bahan untuk ternakan tidak akan terputus. Setelah tanaman baru tumbuh maka rumput napier lama dibongkar hingga ke akar-akarnya untu memberi ruang kepada rumput napier yang baru itu ditanam. Napier diladang ini amat subur sehingga ketinggian mencecah 8 - 10 kaki tingginya (Sila lihat foto disebelah). Rencana ini tidak akan lengkap jika tidak terus membincangkan akan kandungan nutrisi dan permakanan dalam rumput napier yang amat sesuai diberikan sebagai makanan ternakan. Rumput Napier segar adalah paling sesuai diberikan kepada ternakan lembu kerana khasiatnya yang tinggi. Datuk Yap sentiasa akan memberikan rumput segar dan tidak diproses menjadi hay atau silaj. Bagaimana pun sebagai rujukkan jika rumput napier ini dikeringkan ia dilaporkan mengandungi zat protein kasar sebanyak 10.19%, Bahan Serat Kasar (34.15%), Bahan Lemak (1.64%), Bahan Abu atau Ashes (11.73%) dan selebihnya BETN sebanyak 42.29%. Kini galakkan untuk meningkatkan industri ternakan khususnya untuk bagi pengeluaran daging segar dan susu segar tempatan sedang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beberapa program seperti penanaman jagung bijirin, Sediakan Lembah Tenusu dan penanaman rumput napier semakin digalakkan. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada pembaca semua pembaca blog Anim Agro Technology. Wasallam!!..

MENANAM NAPIER... BAGUS AGRONOMINYA...
POKOK SUBUR... ASASNYA ADALAH BAJA...
SETIAP 30 HARI... DITUAI MEMANG CEPATNYA...
LEMBU SIHAT... BANYAK SUSU DIHASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 905, Hotel Juta,
Keningau, Sabah,
Malaysia.
(23 Syaaban 1439H).
Bersama Datuk Yap diladang Napier di Keningau.

Wednesday, May 23, 2018

BUAH BELINJAU - ENAK DIMAKAN?

POKOK BUAH BELINJAU atau POKOK BIJI MELINJO (Gnetum gnenum) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga GENCEAE yang berasal dari kawasan Asia Tenggara terutama di Indonesia, Malaysia dan Filipina dimana digunakan untuk makanan ringan dan perubatan. Kini terdapat hanya sedikit tanaman ini di negara kita dimana ia semakin kurang diminati oleh petani. Nama-nama lain tumbuhan ini seperti Melinjo, Belinjo , Peesse, Muling (Malaysia, Indonesia) Phak miang (Thailand), beb'; Rau bep ; Rau danh ; gam (Vietnam) dan Padi oat ; paddy Oat (English). Penulis blog mendapati kini memang tidak ada laporan keluasan dan penanaman pokok melinjo di laporkan yang ditanam di Malaysia kerana tanaman ini hanya diusahakan di keliling rumah dan tidak ada laporan menyatakan ianya di tanam secara monokrop. Biasanya pokok Melinjo adalah jenis pokok saka bersaiz sederhana yang tumbuh menegak dengan mencapai ketinggian 15 - 20 meter. Pokok ini mempunyai dahan yang seimbang dengan daun berwarna hijau gelap bersusunan bersilang dan berukuran 8-20 cm panjang dengan 3-10 cm lebar. Daun muda berwarna agak keperangan seperti preak sebelum bertukar kepada warna hijau. Bunga melinjo (Sila lihat foto di atas dan bawah sekali) dimana ia keluar dari batang dan dahan berwarna hijau keputihan bersusun pada tangkai panjang dalam satu jambak yang agak panjang. Bunga ini akan menghasilkan buah muda berbentuk bulat lonjong berwarna hijau gelap berukuran 2-4 cm panjang dengan 1.0 -1.5 cm garispusat. Kulit buah melinjo akan bertukar menjadi kuning atau merah ungu apabila buah telah matang atau masak (Sila lihat foto diatas).  Berat purata sebiji buah melinjo lingkungan 5.5 gram dimana 3.8 gram adalah berat biji. Biji belinjau atau melinjo adalah komponen penting dalam penanaman melinjo untuk di proses dijadikan makanan. Biji melinjo mempunyai kulit selaput nipis yang mengandungi isi berwarna putih dan rasa yang pahit. Bagaimana pun kini diantara makan ringan popular dikalangan Masyarakat kita adalah Keropok Beinjau yang diimport dari negara jiran. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Belinjau atau Melinjo yang didapati polular di negara jiran dan juga enak jika diproses untuk dimakan serta berkhasiat untuk bacaan dan rujukkan anda berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan membuat rujukkan dari beberapa sumber teknikal.

Buah Belinjau dari pokok yang matang mempunyai kulit berwarna ungu kemerahan dan memang di gemari di makan oleh burung, serangga dan juga manusia (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis teliti dimana kulitnya mengandungi gula yang agak manis dan boleh dimakan. Biji melinjo yang matang di proses untuk dijadikan kerepek melinjo yang sangat sedap di goreng dan di makan dengan nasi goreng. Di Indonesia pula buah muda di masak seperti 'Asam Pedas' atau di panggil 'masak assem'. Isi biji melinjo dikeringkan dan di proses untuk di buat tepong melinjo yang bernilai tinggi. Di Aceh pula pokok melinjo di tanam dimana daun dan buah digunakan dalam masakan untuk kenduri. Daun yang di potong boleh juga dijadikan makanan ternakan. Pokok kayu ini juga boleh di gunakan untuk bahan api terutama dikawasan kampong tradisional di Indonesia dan Malaysia. Penanaman pokok melinjo agak mudah menggunakan biji benih, cantuman, tut, cantuman udara (Layering) dan juga daripada keratan batang. Pokok melinjo sesuai di tanam diatas tanah yang subur dengan tanah lom berpasir dan mempunyai saliran yang baik. Di Kampong saya pokok melinjo hidup subur di belakang rumah diatas tanah gambut cetek. Pokok mudah tumbuh tanpa banyak masaalah. Pembiakan dengan biji benih dijalankan dengan memilih buah cukup matang dan buang kulit. Semai dalam nurseri berpasir dan lazimnya biji bercambah 45-360 hari selepas di semai. Benih yang telah berumur lebih 6 bulan boleh di alih kekebun. Kadar pertumbuhan pokok adalah sederhana iaitu lingkungan 0.75 - 1.5 meter setahun (2.5 - 5 kaki setahun). Penjagaan yang sempurna akan melihat pertumbuhan peringkat awal cepat sehingga ianya perlahan semula apabila dewasa. Kawasan yang mempunyai cahaya matahari mencukupi pokok cepat membesar. Kajian menunjukkan penggunaan inokulais Mycorhiza mengalakan pertumbuhan di kawasan tanah asidik. Pokok akan mula berbunga selepas 5-8 tahun di tanam bergantung kepada pengurusan tanaman. Lazimnya bunga akan keluar sebanyak 3 kali setahun iaitu selepas musim hujan. Buah melinjo juga banyak keluar selepas musim hujan. Pokok yang di tanam di belakang rumah berbunga sepanjang tahun tetapi memuncak pada April, Ogos dan November.. Kesan asap dapur dan membakar sampah di sekitar pokok melinjo mungkin menyebabkan 'nafthalene' dari asap menyebabkan pokok berbuah sepanjang tahun.

Penanaman belinjau secara komersil boleh dijalankan sepertimana di Indonesia dengan jarak penanaman 5 - 12 meter antara barisan dan pokok. Pastikan anakbenih di tanam dalam lubang penanamn yang telah diberikan baja organan dan pembajaan NPK 15:15:15 boleh digunakan peringkat vegetatif. Benih belinjau mudah disediakan dari menyemai bijinya yang matang (Sila anda lihat foto disebelah). Baja NPK 12:12:17:2 diberikan di peringkat pokok matang dan baja organan sebanyak 2 kg sepokok diberikan 3 kali setahun. Perlu buat cantasan pembentukan untuk mendapatkan pokok seimbang dan kawal ketinggian pokok bagi memudahkan kerja mengutip hasil. Jalankan cantasan pucuk jika pokok terlalu tinggi. Kajian oleh beberapa saintis mendapati pokok melinjo mampu hidup sehingga lebih 100 tahun. Pokok belinjau yang matang telah pun berumur lebih 10 tahun yang penulis blog lawati iaitu di kawasan Sumatra di laporkan mampu memberikan hasil 20,000 - 25,000 biji melinjo dalam setahun. Hasil maksima di perolehi sekitar 80 - 100 kg sepokok setahun. Aktiviti penanaman melinjo biasanya berselang dengan tanaman buah-buahan yang lain seperti pokok durian, rambutan dan pisang serta buah-buahan lain dalam kebun. Tidak banyak perosak dan penyakit yang menyerang tanaman melinjo di kwbun kerana sifat semulajadi pokok tersebut kecuali di makan tikus dan tupas untuk buah masak. Kerja memetik buah melinjo memang perlukan tenagakerja banyak bagi memilih buah matang dan memetiknya. Buah yang di petik akan di kumpulkan dan diproses seterusnya untuk di jadikan emping, keropok, tepong dan sebagainya.

Memproses melinjo untuk dibuat emping dan kerepek memerlukan teknik khusus secara tradisional. Buah yang telah dibersihkan perlu dijemur sehingga ia agak kering dan dibuang kulitnya. Bijinya akan dijemur sehingga agak kering dileperkan menggunakan mesin. Biji yang leper dijemur dibawah matahari atau dengan mesin pengering. Bagi tujuan komersil ia digredkan mengikut saiz kepingan dimana yang besar sebagai gred A. Apabila cukup kering di masukkan dalam bekas kedap udara untuk dijual atau di goreng. Saya ada membeli kerepek melinjo buatan Indonesia dengan harga RM 15.00 - RM 20.00 setiap 5 kg yang dibungkus dalam kotak. Gred dan kualiti kerepek melinjo mentah berbeza2 mengikut saiz, warna, kadar pecah dan ketebalan aerta kesegarannya. Kerepek melinjo sedap dimakan apabila di goreng dan dimakan panas-panas lagi. Kerepek belinjau goreng memberikan rasa lemak, pahit dan rangup. Kini industri tanaman melinjo di Malaysia masih kurang di menafaatkan oleh petani-petani kerana kurang pengetahuan dan kos memetik hasil yang perlukan kesabaran kerana memilih buah yang matang sahaja untukndipetik. Melinjo adalah salah satu tanaman yang boleh di usahakan oleh pemilik dusun buah-buahan tradisional di kawasan kampong diseluruh negara. Pada masa ini belum ada program khas dari kerajaan untuk penanaman pokok belinjau ini.  Program seperti kursus memberikan ilmu pengetahuan kepada petani perlu dijalankan. Walau pun Malaysia boleh mengimpot produk melinjo dengan murah dari Indonesia, galakan penanaman melinjo perlu di jalankan untuk mempastikan pokok ini tidak akan pupus pada masa akan datang.

Dalam akhbar Berita Harian tempatan ditulis tajuk ''Buah Belinjau Enak dijadikan Keropok dan Emping'' dan dikupas semula isinya. Penulis tulis semula artikel ini dimana pokok belinjau adalah tumbuhan yang boleh didapati di Asia Tenggara dan banyak ditanam atau tumbuh secara meliar. Di Malaysia, pokok belinjau banyak tumbuh secara meliar terutama di Terengganu. Ia sejenis pokok yang tidak bermusim dan kadang-kadang pada masa dan pokok yang sama terdapat bunga, buah muda dan buah yang masak. Pokok ini boleh dibiakkan menggunakan biji benih, namun jarang-jarang ditanam dalam jumlah yang banyak. Dari segi botani, bahagian yang dipanggil buah itu ialah bijinya. Buah belinjau berbentuk bujur dan mempunyai tiga lapisan kulit. Bahagian kulit luar buah berwarna hijau ketika muda dan menjadi merah setelah masak. Lapisan kedua kulit agak keras dan berwarna kuning pada peringkat muda dan bertukar menjadi coklat gelap setelah masak. Lapisan ketiga kulit buah belinjau berwarna putih, nipis dan dalam bahagian ini terdapat biji belinjau yang boleh dimakan. Pokok belinjau ditanam daripada pelbagai varieti yang berbeza dari segi saiz buahnya. Ada yang mengeluarkan buah berukuran antara 2.5 hingga 3.5 sentimeter (sm) panjang dan 2.5 sm lebar manakala bagi buah berukuran kecil 1.5 hingga 2.5 sm panjang dan 1 hingga 1.5 sm lebar. Buah belinjau diproses untuk dijadikan keropok atau emping. Daun dan buah belinjau dijadikan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dibuat sayur masak lemak atau masak air dengan rasanya agak manis. Buah belinjau yang muda sedap dimasak bersama daging cincang atau dibuat kari. Buah yang sudah masak direbus dan dimakan seperti kacang tanah rebus. Selain direbus, buah belinjau boleh dibakar dengan sabut. Ia kemudian dibuang kulit dan ditumbuk sehingga leper dan boleh terus dimakan seperti kerepek. Kayunya digunakan sebagai bahan membuat papan.  Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah dan daunnya. Semuga tulisan kali ini menjadi bahan rujukkaan kepada anda dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
POKOK BELINJAU....SENANG DI TANAM....
HASILNYA KELUAR..SELEPAS 6 BULAN...
DIBUAT EMPING...KEROPOK DAN LAIN...
BACA ARTIKEL INI ...ILMU DISAMPAIKAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.(4 Ramadan 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...